Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Showing posts with label Baby Milestones. Show all posts
Showing posts with label Baby Milestones. Show all posts

Semalam citer pasal 11 tahun. Harini citer pasal 9 bulan pulak. Sepatutnya 29 November buat entry. Tapi boleh terlupa plak tarikh tu. Baru ...

Saya Dah 9 Bulan!!

Semalam citer pasal 11 tahun. Harini citer pasal 9 bulan pulak. Sepatutnya 29 November buat entry. Tapi boleh terlupa plak tarikh tu. Baru teringat harini dah 1 December. Biasalah hemak-hemak baru dapat baby kan. Mesti nak update milestones anak setiap bulan kan. Hover tau.


Dah 9 bulan umur anak soleh Iman Harraz ni. Alahaiiii... Jangan cepat membesar boleh tak? Naughty sangat buat muka mulut ternganga cenggini tau. Makin melasak anak soleh nih. Kuat mengutip betul. kalau tak masuk mulut tak per. Ini asal kutip masuk dalam mulut. Hari tu anak-anak makan tempe. Serpihan tempe bersepah... ppffttt... Sekali tengok anak soleh ni macam tengah mengunyah sesuatu. 

Zasssss... Sepantas kuasa angin boboiboy aku korek mulut anak soleh nih. Tengok-tengok dok menguyah tempe. Nak cantik kan kulit ker nak. Kulit awak tu memang dah halus mulus. Tak payah nak makan tempe lagi. Tunggu dah besar baru boleh makan... ngeeee... Gelabah jugak lah sebab takut tercekik. Kuat makan jugak nih. Sehari bagi makan 2 - 3 kali sehari. Menyusu jangan cakap lah.... Champion. 

Masih belum merangkak lagi. Lebih selesa menyusur gamaknya yer nak. Kemahen laju lagi dia. Tempat lepak dia bawah meja dan bawah kerusi. Kau tengah makan tetiba rasa ada objek kat kaki kau. Tanjat ibu kau ni nak. Tengah-tengah makan tetiba rasa sesuatu kat kaki. Dalam pada belum pandai merangkak lagi, ada hati nak belajar duduk tu. Merangkak dulu nak. Baru boleh belajar duduk. Step by step... hahaha... 

Ok... Yang ni paling seriau. Gigi Iman Harraz dah tumbuh 2 batang di usia 8 bulan uolls. Seram mak nak. Rasa nak lari bila anak minta disusukan. Sakit woihhh bila kena gigit dan kena tarik nih. Dah macam puting elastik dibuatnya. Hanya ibu-ibu menyusu yang tahu macam mana perasaannya setiap kali nak bagi susu bila anak dah start tumbuh gigi ni.... 😓😓

Budak mesra camera ☺

Alhamdulillah... Masih mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya. Bermakna dah 9 bulan aku berjaya susukan Iman Harraz even stok susu dah tak ada... huhuhu... Hari-hari Iman Harraz dapat susu fresh. Memang mencabar. Solid food jugak masih dari hasil air tangan ibu yang rajin... hehehe... Kena paksa rajinkan diri jugak woihhh. Demimu anak. Sekian kisah milestone Iman Harraz untuk hari ini... Hahahaha... 😃😃😃

Note: Nak masuk tahun baru dah kita yep. 

.

Alaaaaa... Kenapa dah 8 bulan. Alaaaa... kenapa cepat sangat awak membesar ni nak ooiiiii. Kenapa cepat sangat masa berlalu ni ha. Seke...

Alaaaaa... Dah 8 Bulan Ker???


Alaaaaa... Kenapa dah 8 bulan. Alaaaa... kenapa cepat sangat awak membesar ni nak ooiiiii. Kenapa cepat sangat masa berlalu ni ha. Sekejapan betul dah 8 bulan. Tak puas rasanya mengulit baby ni. Baby yang ada ni pon makin besar. Boleh tak kalau jadi baby jer. Tengok baby rasa macam.. haishhhh... Semacam plak. Kau jangan macam-macam #makanakempat. Cukup dah lah empat orang ni haaaa. Tu pon dah naik semput dibuatnya. Dengan kos living yang makin meningkat ni kan. 

Alhamdulillah... Membesar bagai johan anak soleh Harraz ni. Demand susu makin hari makin tinggi even dah start solid food. Stock susu ibu dia ni pon memang dah tak der. Hari-hari Harraz dapat susu fresh. Makan pon kuat jugak ni. Hari-hari habis bekalan makanan dengan susu. 

Makin melasak setiap hari. Gigi pon masih belun tumbuh lagi. Elok jugak tu. Tak der gigi pon asyik dok menggigit jer kerjanya. Sakit pulak tu. Kalau ada gigi mau gerun ibu kau dibuatnya. Benda yang paling ditakuti oleh ibu menyusu bila anak kau dah tumbuh gigi. Bersiap sedia lah kau yerp. Merangkak pon belum lagi. Dari haritu dok practice angkat punggung. Tapi free gear jer lah. Tak per lah... Development budak lain-lain. Relax sudah lah ibu. 


Dah pandai mengutip woihhh. Semalam dah selamat kemam kertas,,, ppffttt... Kena bagi extra attention nih. Kalau mengesot kemahen laju lagi. Nak pakai pampers skang pon bukan main susah. Asyik nak memusing jer. Mandi pon dah tak pakai air suam. Mandi air sejuk jer. Ibu kau ni dah malas nak siapkan air mandian anak dia... hahahaha... Tu jer lah kisah anak ke empat nih.

Note: Kejap jer dah nak masuk penghujung tahun kan.

  

Semalam ibu saya lupa nak update pasal saya. Ibu sibuk lettew kan. Selalu tiap-tiap bulan mesti update. Tak per... Harini saya ganti te...

Hi! Umur Saya 7 Bulan


Semalam ibu saya lupa nak update pasal saya. Ibu sibuk lettew kan. Selalu tiap-tiap bulan mesti update. Tak per... Harini saya ganti tempat ibu. Semalam 29 September 2016 genap usia saya 7 bulan. Cepat betul saya membesar kan. Masih belum tumbuh gigi lagi. Tapi gusi saya dah start gatal sebab saya rasa asyik nak menggigit jer. 

Alhamdulillah... Saya membesar dengan sihat. Cuma ada batuk-batuk sikit. Ibu pon risau tu bila saya dah start batuk. Rajin ibu buat garlic steam. Hobi saya macam biasa... Kuat menyusu. Sejak dah mula makan makanan pejal ni, makin kuat saya makan. Rajin ibu saya buatkan bubur dan puree. Ibu kata kalau boleh dia tak nak bagi saya nestum. Ibu nak masak sendiri untuk saya. Doa kan ibu saya terus istiqamah menyediakan makanan untuk saya yerp.

Diusia 7 bulan ni saya dah pandai berguling-guling. Sampai masuk bawah katil. Kalau berguling-guling atas katil boleh jatuh saya dibuatnya. Sebab tu ibu tak tidurkan saya atas katil. Saya pon dalam proses nak merangkak. Kalau orang lain merangkak maju ke depan. Saya pula merangkak maju ke belakang. Tapi saya masih tak pandai lagi nak angkat punggung. Punggung berat kot... hehehe...

Saya pon dah pandai mengutip. Ibu kena bagi extra attention kat saya. Ibu pon dah bagi amaran dekat abang-abang denga kakak saya supaya berhati-hati ketika bermain. Barang-barang kecil jangan sepah-sepahkan kat lantai. Takut nanti saya kutip dan masuk dalam mulut. Haritu ibu terkejut bila saya pegang duit syiling. Nasib saya tak masukkan dalam mulut. Apa lagi... bising lah ibu kat abang-abang dengan kakak saya. 

Oh! Ya... saya juga suka membebel. Dan saya dah boleh sebut perkataan 'Bah'. Merujuk kepada 'Abah'. Tu yang buat ibu saya sentap. Sekian kisah saya diusia 7 bulan. Doakan saya membesar sebagai anak yang sihat yerp. 

Note: Saya tak sabar nak tunggu ibu balik amik saya ☺


Bukan main menyengih lagi dia. Gigi mana... gigi... hehehe...  Alhamdulillah... Harraz dah 6 bulan harini. Ya! allah... cepatnya masa...

Happy 6 Months Old!!


Bukan main menyengih lagi dia. Gigi mana... gigi... hehehe...  Alhamdulillah... Harraz dah 6 bulan harini. Ya! allah... cepatnya masa. Kenapalah cepat sangat besar ni nak oiiii... Dari 3.1 kg dah naik 7.5 kg dah awak. Memang tak larat ibu nak dukung sebab badan makin sado. Bila dah 6 bulan ni maknanya dah boleh start solid food... yeayyyy... Ibu pon tak prepare apa lagi nih,


Alhamdulillah... Membesr bagai juara. Makin melasak sejak dah pandai meniarap ni. Tidur pon lasak jugak. Memang tak boleh letak atas katil dah ni sebab budak ni suga berguling². Asyik terkeluar dari landasan jer. Sekejapan nengok dah tergolek kat lantai. Nak pakaikan pampers pon susah. Nak memusing jer kerjanya. Mat senyum ni. Kuat nyusu macam biasa. Smoga membesar dengan sihat yerp Iman Harraz.

The besr part harini ialah... Tahniah buat diri sendiri sebab berjaya menyempurnakan misi penyusuan SUSU IBU selama 6 bulan pertama... Yeayyyy... Dapat Diplome in Breastfeeding. Smoga misi berjaya untyk bulan² yang seterusnya sampai 2 tahun... InsyaAllah. 

Note: Tengah struggled nak mengumpul stok susu ni. 



Haaaa... Dah 5 bulan dah. Cepat betul masa kan. Kejap jer dah 5 bulan. Apa yang 5 bulan nya? Ni lah. Dah dobot Harraz ni dah 5 bulan harini...

5 Bulan dah!!!

Haaaa... Dah 5 bulan dah. Cepat betul masa kan. Kejap jer dah 5 bulan. Apa yang 5 bulan nya? Ni lah. Dah dobot Harraz ni dah 5 bulan harini.


Alhamdulillah... Masih mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya. Si ibu pon masih gigih mengepam hari² kat office untuk menambah stok susu yang makin hari makin berkurangan disebabkan permintaan yang makin meningkat. Nampaknya bukan kena mengepam kat office jer. Kat umah pon kena mengepam gak. Selalu weekend memang direct feeding jer. Memandangkan frozen EBM pon tinggal berapa jer ni. Kena merajinkan diri jugak bangun malam mengepam... huhuhu.... Kuat nyusu budak nih. 

Perkembangan lain... Dah boleh meniarap. Tapi tak pandai nak pusing balik. Kekadang lepas kekadang tak lepas. Kalau tak lepas tu pepaham jer lah. Nangis lah dia minta tolong. Pastu habis basah tilam dek ailio dia yang wangi tu. Kalau dah meniarap kan. Meleleh ailio. 

Lain² perkembangan... Sama jer macam bayi² lain yang seusia. Kang citer banyak² sangat apa yang anak aku dah pandai ada yang annoying plak... Hehehehe... Bulan depan dah boleh makan dah. Jadi si ibu kena bersiap sedia dari sekarang kumpul menu² untuk Iman Harraz. 

Note: Sorry lah. Tak sempat nak terjah rumah uolls. Kekangan masa lah skang ni. huhuhu...


Semalam genap 3 bulan dah dak debab nih. Cepat betul masa. Rasa macam baru dalam pantang. Ayat cliche sangat kan...hahaha... Smalam nak...

Happy 3rd Months Old Harraz!!!


Semalam genap 3 bulan dah dak debab nih. Cepat betul masa. Rasa macam baru dalam pantang. Ayat cliche sangat kan...hahaha... Smalam nak gi cucuk. Sekali ubat cucuk habis stok daaa. Kena tunggu klinik call. Selamat lah paha gebu awak dari kena cucuk smalam yerp. 

Hobi harraz macam biasalah. Mentido dan menyusu. Memang kuat tido si debab nih. Asal menyusu jer mesti tido. Kalau jaga pon tak jaga lama sangat. Malam lagi lah lena tido aku sebab Harraz bangun 2-3 kali jer. Sampai kena kejut soh bangun minum susu. Betapa kuatnya budak ni tido kan. 

Kekadang ada gak meragam. Kembung lettew. Antara dugaan ibu menyusu bila kau terpaksa alert dengan apa yang kau makan. kalau salah makan memang kembung perut si anak dibuatnya. Tapi Harraz kalau meragam tak der lah beriya melalak². Cuma dia nak kau peluk dia. Nak anja² gittew. 

Makin menambah berat badan si debab Harraz nih. Tak larat aku nak mandikan dia lelama. Lenguh tangan nih. Ibu dia pulak makin menurun berat badan. Sampai member² ofis ni tegur dah kurus sangat. Tapi makan banyak dah macam orang membela. Elok lah tu. Anak kuat nyusu. Ibu kuat makan tapi badan tak naik². Penangan breastfeeding kot. Breastfeeding is the best way to loose weight ☺

Note: Minggu depan dah start posa. Hope production susu maintain. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...