AFB Feeds

Showing posts with label Baby Leap Year. Show all posts
Showing posts with label Baby Leap Year. Show all posts

Budak Suka Mengutip | Ada Petua Tak?? Update blog terus nak minta petua kan. Iyer... Nak minta petu...

Budak Suka Mengutip | Ada Petua Tak??

Budak Suka Mengutip | Ada Petua Tak?? Update blog terus nak minta petua kan. Iyer... Nak minta petua sangat ni. Memang ftrah budak suka mengutip kan. Tapi budak ni melampau-lampau betul mengutipnya. Memang pantang nampak benda bersepah atas lantai. Semuanya nak masuk dalam mulut. Pada hal kau dah sapu lantau rumah kau berkali-kali. Tetap jugak nampak dek anak bertuah sorang ni. Teliti betul lah. Orang tak nampak tapi dia nampak. 


Inilah budaknya. I is geram tahap maksimum dengan anak soleh ni. Rasa macam nak gigit-gigit jer dia tau sebab suka sangat mengutip. Pemantauan dia kena 100%. Kalau kau lambat, memang bahan kutipan dia selamat masuk dalam perut. Kalau kau cepat bertindak, minta maaf lah nak, ibu terpaksa korek mulut awak sampai bendasing yang awak kutip tu dapat ibu keluarkan. 

Apa yang dia tak kutip... Sisa nasi yang dah keras, serpihan biskut, mee, bihun goreng, keropok, kertas, tisu dan baru-baru ni playdoh. Ada jugak sisa kertas dan playdoh yang aku tak sempat nak korek sebab dia dah telan. Memang sadakallahula'zim lah jawabnya. Dengan harapan semoga bendasing yang dia kutip tu keluar ikut najis. 

Korang ada petua tak nak elakkan baby suka mengutip nih. Atau ada tips yang boleh aku follow. Geram jer rasa tau. Nak buat kerja pon tak tenang. Kejap-kejap tengok anak soleh ni. Nak marah, dia bukan faham apa lagi. Dah explain banyak kali pon, mengutip jugak dia :-(

Note: Gigi atas dah mula tumbuh sebatang. Total ada 3 batang gigi ☺


Terlepas pandang lagi tarikh 29 haribulan. Nampak sangat mak kau ni dah makin pelupa. Sepatutny...

Happy 10th Months Old Sayang!!!


Terlepas pandang lagi tarikh 29 haribulan. Nampak sangat mak kau ni dah makin pelupa. Sepatutnya semalam. Tapi tak per lah. Lewat sehai jer. Ok lah... Dah 10 bulan pon usia anak soleh Iman Harraz ni. Kenapalah cepat sangat kau membesar nak *ayat cliche. Sepatutnya last week haritu cucuk MMR untuk 9 bulan. Tapi tetiba masa tengah menunggu giliran yang maha lama tu, boleh pulak dedar badan anak soleh ni. Terus reject. Kena next appointment.

Jadinya.. Rabu baru dapat cucuk. Alhamdulillah,,, sado lengan kau nak sebab tak nangis. Syukur tak demam. Kau tak tahu aku pulun 2 biji vitamin C sebelum gi klinik nak bagi susu tu berkhasiat supaya anak aku tak demam lepas cucuk... hahaha... Ok, back to the story. Perkembangan Iman Harraz macam biasa. Sama jer dengan bayi-bayi lain yang seusia dengannya *ayat cliche lagi ☺

Alhamdulillah... Dah 10 bulan aku menyusukan Iman Harraz dengan susu ibu. Dan 4 bulan jugak Iman Harraz mendapat makanan hasil dari air tangan ibu dia ni. Aku masih istiqomah memasak dan sediakan sendiri makanan anak. Say no to nestum dan yang sewaktu dengannya. Kalau aku beli pon aku pastikan yang makanan tu adalah dari sumber yang natural. Tiada gula, garam dan bahan pengawet.

Masih lagi tak merangkak. Lagi suka mengesot. Laju woihhh. Bersih lantau rumah aku tu sebab ada DBKL tukang lap lantai... hahaha... Kesannya kat aku? Baju habis hitam... ppffttt... Tak per lah nak. Enjoy your development. Nanti pandai lah merangkak tu. 

Yang paling aku stress skang ni, Iman Harraz kuat mengutip. Makin menjadi-jadi pulak tu. Pantang nampak benda atas lantai, semuanya nak masuk mulut. Jumpa kertas... masuk mulut. Jumpa tisu... masuk mulut. Jumpa makanan... Lagi lah laju kan. Korang ada petua tak tak nak bagi baby mengutip nih.... huhuhu...

Itu jer lah kisahnya. Kang citer lebih-lebih kang annoying pulak korang... ngeeee... Tunggu next entry untuk 11 bulan pulak yerp... hahaha... 

Note: Semoga membesar dengan sihat yer nak  


Semalam ibu saya lupa nak update pasal saya. Ibu sibuk lettew kan. Selalu tiap-tiap bulan mesti...

Hi! Umur Saya 7 Bulan


Semalam ibu saya lupa nak update pasal saya. Ibu sibuk lettew kan. Selalu tiap-tiap bulan mesti update. Tak per... Harini saya ganti tempat ibu. Semalam 29 September 2016 genap usia saya 7 bulan. Cepat betul saya membesar kan. Masih belum tumbuh gigi lagi. Tapi gusi saya dah start gatal sebab saya rasa asyik nak menggigit jer. 

Alhamdulillah... Saya membesar dengan sihat. Cuma ada batuk-batuk sikit. Ibu pon risau tu bila saya dah start batuk. Rajin ibu buat garlic steam. Hobi saya macam biasa... Kuat menyusu. Sejak dah mula makan makanan pejal ni, makin kuat saya makan. Rajin ibu saya buatkan bubur dan puree. Ibu kata kalau boleh dia tak nak bagi saya nestum. Ibu nak masak sendiri untuk saya. Doa kan ibu saya terus istiqamah menyediakan makanan untuk saya yerp.

Diusia 7 bulan ni saya dah pandai berguling-guling. Sampai masuk bawah katil. Kalau berguling-guling atas katil boleh jatuh saya dibuatnya. Sebab tu ibu tak tidurkan saya atas katil. Saya pon dalam proses nak merangkak. Kalau orang lain merangkak maju ke depan. Saya pula merangkak maju ke belakang. Tapi saya masih tak pandai lagi nak angkat punggung. Punggung berat kot... hehehe...

Saya pon dah pandai mengutip. Ibu kena bagi extra attention kat saya. Ibu pon dah bagi amaran dekat abang-abang denga kakak saya supaya berhati-hati ketika bermain. Barang-barang kecil jangan sepah-sepahkan kat lantai. Takut nanti saya kutip dan masuk dalam mulut. Haritu ibu terkejut bila saya pegang duit syiling. Nasib saya tak masukkan dalam mulut. Apa lagi... bising lah ibu kat abang-abang dengan kakak saya. 

Oh! Ya... saya juga suka membebel. Dan saya dah boleh sebut perkataan 'Bah'. Merujuk kepada 'Abah'. Tu yang buat ibu saya sentap. Sekian kisah saya diusia 7 bulan. Doakan saya membesar sebagai anak yang sihat yerp. 

Note: Saya tak sabar nak tunggu ibu balik amik saya ☺


Dah petang baru nak update ko. Orang dah nak balik masak untuk buka posa pon. Pepetang baru datang i...

Sarung Tangan Comel

Dah petang baru nak update ko. Orang dah nak balik masak untuk buka posa pon. Pepetang baru datang idea nak menulis. Tengok gambar terus laju jari ni menari² dipapan kekunci. Daripada tak der entry, kisah sarung tangan pon bley jadi bahan cerita gak kan...ekekeke...Ok... Kisahnya:


Sarung tangan sapa lah yang tertinggal ni erk. Comel jer nengok. Ni gara² si hemak lupa nak letak sarung tangan si anak dalam bag, Bag dah selamat letak kat kereta. Maka si hemak pon simpanlah sarung tangan ni dalam poket seluar. Dah sampai ofis tetiba rasa apsal lah poket seluar aku ni kembung semacam. Hurmmmmm... sarung tangan si Harraz rupanya.

Dah dok ingatkan dalam kepala dah ni nak letak sarung tangan dalam bag...haaishhhh...lupa jugak. Dah lah pagi ni anak soleh tu pakai sarung tangan sebelah jer. Sebab sempat potong kuku sebelah tangan dan lagi sebelah tak sempat nak potong. Tunggu anak tido dengan hemak dia sekali tumpang tido....ppffttt...

Nasib lah anak. Jangan muka calar balar sudah lah. Kuku cepat sangat panjang. Memang aku tak suka pakaikan sarung tangan kat Harraz. Melainkan kalau kuku dia panjang dan aku tak sempat nak potong. Nak ajar stimulation gittew kan. Skang kalau pakaikan sarung tangan dia asyik dok hisap lah sarung tangan tu sampai basah. 

Sarung tangan bila dah basah memang berbau lah. Masam bau tangan tu. Tapi bau tangan yang masam tu sedap plak bila di cium²...hahahaha... Korang pon sama kan. 


Budak banyak akal. Suka nau buat mata juling cenggitu. Semalam follow up check-up. Ada sedikit kerisauan. Smoga doa aku di bulan yang mulia ini di perkenankan olehNYA. 21 June ni ada follow up lagi. Hope everything back to normal. 

Note: Alhamdulillah... masuk 2 hari berpuasa aku masih dapat bertahan lagi. Production susu pon meriah seperti biasa. Mind setting dan makanan yang betul adalan sangat penting untuk ibu menyusu dibulan puasa nih.




Apsal gebu sangat ha??? Gewam ibu nengok tau. Rasa macam nak gigit² jer. Dah macam drumstick KF...

Peha tu...Peha...!!!


Apsal gebu sangat ha??? Gewam ibu nengok tau. Rasa macam nak gigit² jer. Dah macam drumstick KFC...hahaha... Alhamdulillah...membesar bagai johan si Harraz skang ni. Ibu dia makin kurus cikeding. Anak makin menambah berat badan, Zat² ibu dah pegi kat anak gamaknya. Sluar jeans jaman anak dara pon dah muat....woot...woot...

Jumaat lepas Harraz demam. Terpaksalah si ibu amik emergency leave. Sedih nengok anak demam. Bila dah masuk nursery ni kena siap sediakan mental, fizikal dan emosi yang kental. Demam dah baik skang ni selsema dan batuk plak datang...huhuuhu... Doa aku biarlah aku yang demam, batuk selsema. Jangan lah budak debab ni yang tak sihat. Ibu kalau tak sihat masih kebah lagi buat kerja² rumah. Anak kalau tak sihat kena pantau siang malam.


Suka sangat buat mata cenggitu. Dah nak masuk 3 bulan dah si debab harraz ni. Cepat betul masa. Please lah...please don't grow up so fast boleh tak. Sebab bau baby ni sedap sangat. Air liur basi pon wangi...muahahaha... Tak sabar nak balik gomol awak ni debab. Kaki borak si debab ni. Tu yang syiok melayan ☺☺

Note: Nak kena amik jugak jab pneumococal vaccine nih. Extra precaution.


Tak der angin.. Tak der citer tetiba dah bersalin yerp... Hehehe... Biarlah rahsia gittew. Sa...

Leap Year Baby | Alhamdulillah... Dah Bersalin!!



Tak der angin.. Tak der citer tetiba dah bersalin yerp... Hehehe... Biarlah rahsia gittew. Saja jer nak buat kejutan. Tapi baby ni lagi lah buat kejutan kat ibu abah dia. Dah lah kluar tahun. Dalam keta plak tu..ppffttt...

Alhamdulillah... Urusan bersalin dipermudahkan olehNYA. Citer bersalin kali ni agak Epic dan istimewa. Tak sempat masuk labour room pon sebab baby dah tak menyempat nak kluar. Kalau Qhalif dulu sampai spital dah bukak 6 cm. Kali ni plak dah full dilate dalam keta.

Maka bersalin lah dalam keta dengan bantuan midwive dan nurse. Nasib tak terbesalin kat umah. Memang aku jenis mudah bersalin gamaknya.

Kronologi bersalin tu nanti aku citer. Tips mudah bersalin pon nanti aku sharing. Both ibu dan anak sihat. Berpantang pon sendirian berhad jer.
Ok lah. Nampaknya aktiviti blogging stop buat sementara. Bergantung pada masa. Hurrmmmm... Macam tak caya jer anak dah 4  .

Note: Sedap betul bau baby kan 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks