Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Showing posts with label Baby Carrier. Show all posts
Showing posts with label Baby Carrier. Show all posts

Babywearing… Siapa yang masih tak familiar lagi pasal babywearing? Mungkin ramai yang dah tau dan jangan terkejut kalau ada yang masih sama...

Bestnya I-Angel Baby Hip Seat Carrier Nih!!!

Babywearing… Siapa yang masih tak familiar lagi pasal babywearing? Mungkin ramai yang dah tau dan jangan terkejut kalau ada yang masih samar² lagi pasal Babywearing. Ok.. Harini kita belajar pasal Babywearing yerp. Babywearing atau dalam Bahasa Malaysianya bermaksud perbuatan/aktiviti Mengendong Bayi. Mengendong bayi adalah perbuatan/aktiviti memegang atau mendukung bayi dengan menggunakan tangan atau menggunakan pelbagai medium pengendong bayi (Baby Carrier). Dah faham kan.


Skang ni terdapat bermacam² jenis baby carrier dan juga pelbagai jenama baby carrier yang ada dipasaran. Sampai pening tak tau nak pilih yang mana kan. Ada yang mahal dan ada juga yang murah. Perlu diingat yer, pemilihan jenis baby carrier juga sangat penting tau. Sebab ramai parents² diluar sana yang masih belum ada kesedaran mengenai pemilihan babywearing yang betul. Cuba tengok nih:


Kesian kan. Cuba kalau kaki kita tergantung macam ni. Sakit tak? Cer bayangkan kaki baby tergantung plak? Kalau lah baby tu boleh bercakap kan. Dah tentu dia akan cakap tak selesa tau. Kekadang bila nampak parents yang pakai baby carrier jenis tergantung tu rasa macam nak tegur jer…hurmmmm… Ok… Tak nak bebel panjang². Ni saya nak share pasal baby carrier yang bagi saya sangat unik. Function nya bukan untuk babywearing jer tau tapi function nya untuk pelbagai kegunaan.

Fefeeling model I-Angel Hip Seat Baby Carrier

Ini dia… I-Angel Hip Seat Carrier. Kalau keluar ke mana², saya lebih prefer pakai baby carrier daripada pakai stroller sebab bebas untuk bergerak. Tak perlu nak menolak stroller dan tak perlu nak menunggu lif yang lama. Anak pon rasa selamat dan selesa dalam dakapan kita. 

Apa yang boleh saya cakap mengenai baby carrier ni ialah tersangat lah best. Sesuai untuk bayi 3 bulan hingga 36 bulan. Memang tak rugi melabur untuk I-Angel Hip Seat Carrier ni sebab ianya diperbuat daripada 100% kapas organik yang selamat untuk kulit halus bayi. Iyerlah… Kulit bayi kan sensitive. Jadinya parents tak perlu risau lah sebab bahan² yang digunakan juga adalah selamat dan berkualiti tinggi yang telah diluluskan oleh ujian makmal. 

Sumber [SINI]

Perasan tak. Ada sesetengah baby carrier yang materialnya jenis panas. Bila kita pakai baby cepat berpeluh. Kesian kan. Mungkin sebab baby carrier tu tidak mempunyai system pengudaraan yang baik. Tapi kan. Dengan I-Angel Hip Seat Carrier ni, anda tak perlu risau pasal peluh sebab ianya direka dengan system pengudaraan yang baik. Bagus kan.


Ianya juga didatangkan dengan teething pads. Bukan sebarangan teething pads tau. Tapi Organic Teething Pads. Tak payah nak beli asing² sebab kalau beli I-Angel Hip Seat Carrier ni memang dan ada sekali. Best kan. Apa function teething pads ni? Dah nama pon baby. Ailio meleleh² kekadang. Pastu dorang kan suka menghisap. Dengan ada nya Organic Teeting Pads ni, tak der lah basah carrier tu secara tak langsung memberi perlindungan pada baby dan juga carrier tu jugak. 

Sumber [SINI]

Dari sisi depan. Ibu petite. Anak debab. Nampak sangat mcm tak larat nak dukung kan. Jadinya kita pakai hip seat jer...hehehe...

Dari sisi belakang. Ewahhh... lenggang lenggok mak limah gittew ☺

Apa yang uniknya I-Angel Hip Seat Carrier nih. Cer tengok gambar diatas. Ada macam² function. Bukan setakat untuk babywearing jer tau. Tapi untuk Hip Seat Carrier pon boleh. Kalau tak larat nak dukung, letak jer Hip Seat tu kat pinggang. Sesuai untuk di pakai dimana² saja. Kat rumah, kat shopping mall atau ketika beriadah juga. 

Selamat ker I-Angel Hip Seat Carrier nih? Sudah semestinya selamat. I-Angel Hip Seat Baby Carrier telah memenagi anugerah baby carrier terbaik tau. I-Angel Hip Seat Carrier diperakui mengikut peraturan-peraturan keselamatan Eropah dan telah berjaya lulus ujian standard keselamatan komponen dan oleh Liga Pengguna Kebangsaan di Amerika Syarikat.

Kalau nak tau lebih lanjut mengenai I-Angel Hip Seat Carrier ni, boleh layari www.facebook.com/iangelMalaysia 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...