Baju Muslimah Kanak-kanak
Showing posts with label Ayam Ladangku. Show all posts
Showing posts with label Ayam Ladangku. Show all posts

Asyik citer pasal anak, pasal review jer kan. Harini kita citer pasal ayam lah pulak. Asal ada cerita kan. Kisah ayam pon boleh.... ngeeee,...

Ayam Ladangku Pilihan Saya

Asyik citer pasal anak, pasal review jer kan. Harini kita citer pasal ayam lah pulak. Asal ada cerita kan. Kisah ayam pon boleh.... ngeeee,,, Korang kalau beli ayam apa kriteria yang korang pilih? Dah semestinya ayam yang segar, yang disembelih dan datang dari pembekal melayu islam kan. Kau tanya pastu kau yang jawab kan... hahahaha... Dulu aku main beli jer ayam kat kedai runcit. Nak beli ayam kampung, harga boleh tahan mahal jugak. Nak beli ayam organik, pon sama jugak harganya. 


Nak kata berkira tu, tak lah. Tapi memandangkan ekonomi sekarang ni yang makin mencabar dan ditambah dengan anak-anak yang makin membesar dan kuat makan. Kau kena fikir pasal ekonomi jugak. Faham-fahamlah saiz ayam kampung dan ayak organik kan. Cukup untuk sekali masak jer kot. Setiap ibu bapa nak bagi makanan terbaik buat anak-anak kan. Sekali sekala beli... bolehlah. Kebetulan ternampak newsfeed kat FB pasal ayam LADANGKU. Dan kebetulan ada jual ayam LADANGKU dekat Yakin Halal Mart, Bangi. Jadinya... Moh ler kita bertukar kepada ayam yang lebih selamat.


Apa Perbezaan Ayam Ladangku Dengan Ayam Yang Lain?


Memang ada perbezaannya, Kalau aku beli ayam yang dekat kedai runcit tu kan. Ayam dia punya lah banyak lemak. Kau nak siang ayam pon jenuh sebab lemak menimbun, Melainkan kalau kau memang suka makan lemak... hehehe... Aku kalau basuh ayam memang aku buang semua lemak-lemak yang ada. Tapi kalau kau dah fed up sangat sebab banyak sangat lemak, Kita let it go jer lah. Letih woihhh mengerjakan ayam sekor yang banyak lemak nih. Banyak betul perkataan lemak kau kan,.. ppffttt... Beza dengan ayam LADANGKU, lemak memang tak banyak sangat. Memang senang nak cuci lah. Ada sebab lain kenapa ayam LADANGKU jadi pilihan.

Kelebihan Ayam Ladangku


✔ 100% produk MUSLIM
✔ TIDAK DISUNTIK hormon tumbesaran
✔ DISEMBELIH mengikut hukum syarak
✔ HARGA MAMPU MILIK
✔ Disejuk beku untuk keselamatan dan kesegaran ayam
✔ BEBAS KIMIA dan KLORIN ketika pemprosesan
✔ SIAP POTONG dan bersih-hanya bilas sblm masak
✔ Diiktiraf JAKIM dan lulus sijil HALAL



Ayam Ladangku ni ada 3 jenis potongan. Tepulang pada korang nak pilih potong 8, potong 12 atau potong 14. Nak potong sendiri pon boleh kot... hahaha... Kalau makan sikit, ambil yang merah, kalau makan banyak, ambil yang hijau.... Gittew konsepnya kan. Kalau korang nak cuba ayam Ladangku ni, boleh cari dekat Yakin Halal Mart, Bangi Seksyen 7 dan juga boleh kunjungi premis dia dekat Iman Laundry, Seksyen 4 Bangi. Kat tempat lain, aku tak sure. Kalau nak tahu lebih lanjut, korang boleh terjah [FB Ladangku] ni.

Sekian perkongsian pasal ayam dari #makanakempat. Kadang-kadang terbeli jugak ayam kat kedai runcit kalau ayam Ladangku tak ada stok ☺

Note: Ikan pon dah mahal kan. Balik ni nak cari ayam ☺☺


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...