AFB Feeds

Showing posts with label Anniversary. Show all posts
Showing posts with label Anniversary. Show all posts

Pejam celik pejam celik... Laaaa... Dah sebelas tahun AKU TERIMA NIKAHNYA . Tarikh 26 November ...

Alhamdulillah... Dah 11 Tahun Hidup Bersama


Pejam celik pejam celik... Laaaa... Dah sebelas tahun AKU TERIMA NIKAHNYA. Tarikh 26 November 2005 menjadi saksi berakhirnya kisah cinta kami. Berakhirnya status tunang dengan bergantinya status Suami dan Isteri. Tarikh yang tak kan pernah luout dalam ingatan. Dengan 5 kali lafaz tu. Nasib tak kena mandi dengan air kolam masjid kan... Hahahaha... Gementar yerp. 

Alhamdulillah... Sebelas tahun yang penuh dengan memori... Suka, duka, pahit, manis...cukup rencah nya. There are things we don't want to happen but have to accept. Things we don't want to know but have to learn. Bukan mudah nak pertahankan mahligai yang kita bina bila dugaan datang menjelma. Dugaan yang buat kau berubah 360 darjah kalau iman kau tak kuat. Kunci untuk semua ini adalah 'SABAR' dan 'REDHA' untuk setiap ujian yang datang. 

Happy 11th Anniversary suami. Pimpinlah tangan isterimu ini ke Syurga ALLAH. I will continue to gather all my strenght to love you. Inshaa'allah... jika dengan izinNYA. Sebelas tahun usia perkahwinan dengan kehadiran empat penyeri rumahtangga... Alhamdulillah... Terima kasih atas ucapan dan doa yang diterima di FB dan juga IG. Aamiin untuk doa-doa tersebut. Hanya allah yang dapat membalasnya. Smoga ada doa-doa kalian semua yang di angkat olehNYA.

Note: Baru sebelas tahun. Perjalanan masih panjang lagi. 



26th NOVEMBER 2005 - 26th NOVEMBER 2015 = 10 TAHUN Even dan 10 tahun kawin, wajah tu masih ...

10 Tahun Bersama | Happy Wedding Anniversary!!!

26th NOVEMBER 2005 - 26th NOVEMBER 2015 = 10 TAHUN


Even dan 10 tahun kawin, wajah tu masih maintain macam baru kawin...muahahaha...dasar perasan. Alhamdulillah...sedekad sudah usia perkahwinan kami. Macam tak percaya jer dah 10 tahun melayari alam rumahtangga. Dah melepasi fasa kedua. Dalam erti kata pada fasa ini suami isteri sudah memahami sikap pasangan masing-masing. Sudah maklum apa yang boleh jadi punca konflik dan cara mengelakkannya.

Sedekad yang penuh dengan memori...Suka, duka, pahit, manis, ribut, taufam, tsunami sampai ada masanya rasa nak tersungkur...cukup rencah nya. Tapi alhamdulillah...Masih kekal bertahan. Terima kasih ALLAH sebab memilih aku untuk menjadi insan terpilih menerima ujian dariMU ini. Kunci untuk semua ini adalah 'SABAR'.


10 Tahun usia perkahwinan dengan kehadiran 3 amanah dariNYA ini sebagai pelengkap dan penyeri rumahtangga. Ada yang bakal menyusul???...Insya'allah...doa² kan lah. Kita hanya merancang. Tapi DIA perancang terhebat. 


Happy 10th Anniversary suami. Growing old with you is the best thing I could ever dream of. I will continue to gather all my strength to love you. Inshaa'allah...jika dengan izinNYA. Smoga dugaan yang pernah dilalui membuatkan hubungan kita makin matang, kuat, mekar, erat dan hangat...I Love You.

Semoga diberi kekuatan untuk terus melayari alam rumahtangga yg penuh cabaran dan dugaan ini dengan penuh tabah dan sabar. Maaf suami jika aku tak sempurna di matamu. Maaf di atas segala kelemahan dan kekhilafan sepanjang menjadi zaujah mu.

Note: Pepagi dah hantar WhatsApps. Ingatkan husband lupa tarikh. Biasalah orang lelaki kan selalu lupa tarikh² penting ☺☺


Biasa² jer. Itu jer yang mampu. Nak bagi kad, tak sempat nak beli dan tak sempat nak tempah. Nak ba...

Cerita Anniversary | Choc Moist Cake lapis Cheese jer

Biasa² jer. Itu jer yang mampu. Nak bagi kad, tak sempat nak beli dan tak sempat nak tempah. Nak bagi hadiah, hadiah dah lama dapat. Hadiah paling berharga lagi. Tu...anak² yang 3 orang tu lah hadiahnya. Selain dari hadiah KASIH SAYANG yang berterusan selama 9 tahun hidup bersama ni. Ehhhh...straight to the point. Ini lah hadiah yang di bakar dengan penuh kasih sayang:


CHOC MOIST CAKE LAPIS CHEESE. Curlass ko jot. Siap ada angka 9 lagi tu. Abaikan lah angka 9 aku yang tak center tu. Keras tangan lagi bab men deco nih. Kali ni aku tambah choc rice. Meriah kek aku tu dengan coklat. Maklumlah...fiza dan coklat tak dapat di pisahkan. Bertambah lah berat badan aku macam ni. Dengan cheese nya lagi dalam tu.

Kebetulan dah lama tak membakar kek. Kebetuan anak² sibuk nak kek. Dan kebetulan jugak anniversary. Jadinya kita buat kek lah untuk somi kita tu. Gigih tak gigi lah #makbanyakanak ni. Malam rabu baru nak membakar. Kononnya nak  buat surprise pagi khamis tu. Tapi.....biarlah rahsia...ekekeke...

Kepuasan berganda bila dapat hasilkan kek dari tangan sendiri. Dan kepuasan berganda jugak sebab nak kena mengemas balik...ppfftttt...Ko tau lah bila buat kek kan. Berkecah dapur dengan bekas² untuk di basuh. Nak kena tunggu kek siap di bakar lagi. Nak topping lagi....haishhhh...memang banyak kerja lah. Mata pon dah macam panda sebab tido pukul 2.30 am semata² demi untukmu kek...hahaha...baru sehari tido lewat dah keluar dah panda erk. Sila jangan percaya...ngeeeee...

Note: Orang lelaki dan lupa tarikh memang tak\dapat dipisahkan. Mak redho jer noks *sambillapairmata 


26th NOVEMBER 2005 - 26th NOVEMBER 2014 = 9 TAHUN Alhamdulillah...masih di beri kesempatan ol...

9 TAHUN | AKU TERIMA NIKAHNYA...

26th NOVEMBER 2005 - 26th NOVEMBER 2014 = 9 TAHUN


Alhamdulillah...masih di beri kesempatan olehNYA untuk kekal melayari alam rumahtangga bersama suami hingaa saat ini. How tie flies *ayat cliche*...dah 9 tahun ikatan ini terbina *perghh..ayat*. Dugaan dalam berumahtangga...kami juga tak terkecuali. Suka, duka, pahit, manis...cukup rencah nya. Kunci untuk semua ini adalah 'SABAR'.


Buat teman serumah, teman sebantal, teman bermesra, teman bergaduh, teman bermasam muka, teman menangis, my best friend dan SUAMI, Happy 9th Wedding Anniversary. Growing old with you is the best thing I could ever dream of. I will continue to gather all my strenght to love you. Inshaa'allah...jika dengan izinNYA.

Buatmu SUAMI

Isteri yang kamu nikahi ini…
Tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Mariam
Tidak juga setabah Fatimah
Tidak seikhlas wanita solehah yang enggan di kenal
Tidak secantik Cleopatra

Isterimu ini hanyalah wanita akhir zaman yang mempunyai cita2…
Menjadi isteri yang Solehah
Wanita bersahaja yang sangat memerlukan bimbingan dan arahan daripadamu
Pernikahan ini untuk mengajarkan kewajipan
Untukmu saling mencintai dan menghormati

Semoga diberi kekuatan untuk terus melayari alam rumahtangga yg penuh cabaran dan dugaan ini dengan penuh tabah dan sabar. Maaf suami jika aku tak sempurna di matamu. Maaf di atas segala kelemahan dan kekhilafan sepanjang menjadi zaujah mu.

Note: Bagi chance lah #makbanyakanak ni nak jiwang²...hehehe...



26 November 2005 - 26 November 2013 = 8 TAHUN How time flies. Kejap jer dah 8 tahun usia perkahw...

WEDDING ANNIVERSARY | 8 TAHUN SUDAH!!

26 November 2005 - 26 November 2013 = 8 TAHUN




How time flies. Kejap jer dah 8 tahun usia perkahwinan kami. Suka duka, pahit manis, masam masin...cukup rencahnya. Perkahwinan mana yang tak dilanda badai kan. Adat lah tu dalam alam rumahtangga ni. Perkahwinan ibarat satu 'Perjudian'. Kebahagiaan dan penderitaan...bergantung pada kita. Kita yang mencorakkan perjalanan alam rumahtangga kita. Yang penting... SABAR dengan setiap dugaan yang datang.




Buat teman serumah, teman sebantal, teman bermesra, teman bergaduh, teman bermasam muka, teman menangis, my best friend dan SUAMI, Happy 8th Wedding Anniversary.


'GROING OLD WITH YOU IS THE BEST THING I COULD EVER DREAM OF. SO, I WILL CONTINUE TO GATHER ALL MY STRENGHT TO LOVE YOU. HOPE OUR RELATIONSHIP WILL BE FOREVER TILL JANNAH, IN SHAA ALLAH...Jika dengan IzinNYA'


Buatmu suami, maaf jika aku tak sempurna di matamu. Maaf di atas segala kelemahan dan kekhilafan sepanjang menjadi zaujah mu.


Note: Touching plak dgn entru sendiri :-(

posted from Bloggeroid

Sedar tak sedar, dah 4 tahun aku menceburkan diri dalam bidang penulisan blog ni yer. Dah lepa...

Apa...Dah 4 TAHUN???




Sedar tak sedar, dah 4 tahun aku menceburkan diri dalam bidang penulisan blog ni yer. Dah lepas pon tarikh nya....cisss...macam mana bley tak perasan nih. Next time kena set alarm lah #poyonya.

Dalam masa 4 tahun ni, dah banyak kawan² alam maya yang aku kenal. Yang dah bersua muka pon ada juga. Tapi boleh di kira dengan jari. Kan best kalau dapat bersua muka dengan kamu semua #besarnyahajat☺☺. Macam tak percaya jer yang aku ni ada bakat dalam menulis kan #poyolagi. Mana tak nya. Entry dah cecah ribuan. Kan berbakat tu...hahaha...


Nak gelak guling² bila baca entry blog yang pertama. Lawak tahap gaban plak rasanya. Speaking london tu uols...kahkahkah...Cuba uols baca plak entry pertama blog uols semua, mesti gelak² juga kan. Macam naive jer rasa.

Pencapaian sepanjang berblog ni adalah bila dapat hadiah dari kawan² blog. Dan yang paling best adalah bila dapat income pertama dari hasil bloging. Macam tak percaya jer dengan blog pon boleh dapat duit. Lama juga aku kumpul duit nih. Dan yang paling mengembirakan, baru² ni buat pertama kalinya dapat Sponsored Post dari Nuffnang. Alhamdulillah...rezeki anak². Doaku semoga kawan² pon di beri peluang untuk buat sponsored post juga.

Last but not least...HAPPY 4TH BLOG ANNIVERSARY untuk blog picisan daku nih. Semoga terus maju. Dan semoga ukhwah kita di alam maya ni berkekalan sampai bila². Di harap ada lah rezeki kita untuk bersua muka kan ☺☺

Rasa-rasanya macam nak buat BLOG ANNIVERSRY GIVEAWAY...hurmmmm...Ada yang berminat nak join ker ☺☺☺
Note: Salam perkenalan buat kawan baru. Ada masa nanti saya terjah kamu balik yer. Jangan merajuk tau.

Extra Note: Maaf sayang² semua, masih tak sempat nak BW. Ke busy an tahap gaban. Rasa tak syiok sebenarnya bila tak dapat jejak rumah kamu sebenarnya...so sorry.


7 Tahun melayari alam rumahtangga. Ada hujan..ada panas. Ada manis..ada masin. Ada suka...ada duka...

26 November 2005 - 26 November 2012...


7 Tahun melayari alam rumahtangga. Ada hujan..ada panas. Ada manis..ada masin. Ada suka...ada duka. Masam, manis, pahit, masin...Cukup bahan dan rencahnya.


HAPPY 7TH WEDDING ANNIVERSARY

Alhamdulillah...masih bertahan hingga kini. Di kurniakan dengan 3 orang amanah dariNYA.Harapan??? Seperti pasangan² lain yang ingin hidup bahagia selamanya, begitu jugalah dengan saya. Begitu banyak dugaan dan cabaran sepanjang tempoh 7 tahun ini. Semoga saya tabah dan sabar mengharunginya dan semoga saya dapat terus bertahan. Bahagia...datang tanpa di undang...pergi pon tanpa di rancang kan. Semuanya terserah padaNYA.

Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu
Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin…….
Buat si dia...Maaf di atas segala kelemahan dan kekhilafan sepanjang menjadi zaujah. Terima kasih untuk wish yang in-advance  itu dan TERIMA KASIH atas segalanya. 

Dah penat mengejar cinta hati. Sedang mengejar cintaNYA. Cinta kepadaNYA juga yang kekal abadi.

Note: Ada Town Hall Meeting kat Solaris Dutamas. Tak sempat nak singgah rumah kamu.

Extra Note: Hajat nak posa sunat 10 dan 11 Muharram 1434 tak kesampaian . Bendera merah Nippon Paint menjelmakan diri plak...cissssss...tak dapat nak tambah pahala...ekekeke...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks