Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Showing posts with label Alvin and The Chipmunks: The Road Chip. Show all posts
Showing posts with label Alvin and The Chipmunks: The Road Chip. Show all posts

Alhamdulillah...rezeki blogging. Dapat invitation dari Nickelodeon untuk tengok Preview Screening Alvin and The Chipmunks: The Road Chip...

Movie Review | Alvin and The Chipmunks: The Road Chip


Alhamdulillah...rezeki blogging. Dapat invitation dari Nickelodeon untuk tengok Preview Screening Alvin and The Chipmunks: The Road Chip kat GSC Nu Sentral 22 December last week. Terus apply half day leave sebab weekdays kan. Anak² memang dah teruja tak sabar nak tengok wayang. Iyerlah...cuti sekolah ni tak gi memana pon. Dapat tengok wayang pon dah happy. Nasib jalan tak sesak. Mungkin sebab ramai yang dah start cuti. Faham² lah area KL Sentral kan. Tak sah kalau tak sesak.

Registration start pukul 7.45 pm. Wayang start plak pukul 8.45 pm. Ingatkan tak ramai orang. Gi lah alas perut dulu. Sekali bila masuk GSC...perghhhhh...beratur panjang orang wei. Dalam panggung jangan cakap lah, seat belakang ngan tengah dah full. Nasib dapat seat yang tak berapa dekat dengan screen. Ok...meh baca sinopsis ringkas Alvin and The Chipmunks: The Road Chip.


Alvin and The Chipmunks: The Road Chip | Alvin and The Chipmunk mengisahkan 3 ekor tupai iaitu Alvin, Simon dan Theodore. Kisah bermula bila mereka membuat kejutan sempena sambutan hari jadi Dave. Tapi ia sebenarnya amat mengecewakan Dave. Dalam masa yang sama, Dave ingin memperkenalkan wanita yang dikenali sejak beberapa bulan yang lalu iaitu Samantha dan bersetuju membawa Alvin, Simon dan Theodore ke mini golf walaupon kecewa dengan perbuatan mereka. Di mini golf, mereka berjumpa dengan si pembuli iaitu Miles yang juga merupakan anak kepada Samantha.

Kekecohan bermula bila The Chipmunks ni terjumpa cincin dalam bag Dave dan percaya bahawa Dave ingin melamar kekasih barunya Samantha. Mereka cuba mencuri cincin tapi tak berjaya. Apa yang merisaukan ialah mereka takut akan kehilangan dan kasih sayang Dave dan dalam masa yang sama ingin menyelamatkan diri dari calon abang tiri mereka, Miles yang mengerikan dan sangat membenci mereka. 

Kebetulan, Dave ada tugasan di Miami dan memutuskan untuk membawa Samantha bersama. Alvin, Simon dan Theodore ditinggalkan bersama dengan Miles dibawah pengawasan jiran mereka Ms. Price. Demi menggagalkan proses lamaran dave, Alvin, Simon, Theodore dan Miles telah bersetuju untuk pergi ke Miami demi membatalkan lamaran yang bakal berlansung.

Maka bermulalah perjalanan mereka ke Miami yang penuh dengan dugaan, cabaran dan gelak tawa. Milik siapa kah cincin itu? Betul ker Dave akan melamar Samantha? Tak bley lah nak citer lebih². Nak tau sila lah bawak anak² tengok citer ni. Memang best dan kelakar. 

Note: Tak dapat nak upload gambar kimi dengan Alvin and The Chipmunks. Samseng TAB dah menamatkan riwayat dia malam tadi. No IG, no WA, no FB on smartphone...APTB...ppffttt...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...