Baju Muslimah Kanak-kanak
Showing posts with label Air Pollutant Index Apps. Show all posts
Showing posts with label Air Pollutant Index Apps. Show all posts

Baru jer tau ada Apps untuk kita check tahap API atau Air Pollutant Index atau dalam bahasa melayunya Indeks Pencemaran Udara. Ketinggalan ...

Air Pollutant Index Apps | Jom Download!!!

Baru jer tau ada Apps untuk kita check tahap API atau Air Pollutant Index atau dalam bahasa melayunya Indeks Pencemaran Udara. Ketinggalan jaman betul kan. Tak yah nak check kat website lagi dah. Download jer Apps API ni kat Play Store.


Ni pagi semalam punya bacaan. Sangat tak sihat hokay. 


Senarai² kawasan yang terlibat. Macam Cyberjaya dan Bangi tak der dalam senarai sebab dia amik kawasan yang terdekat. Jadinya...kawasan yang terdekat adalah Putrajaya.


Dalam bentuk map. Dah tersedia berapa bacaannya.


Permandangan di Cyberjaya pagi semalam. Tersekat nafasku. Kabur pandangan mataku. Amat tersiksa diriku. Dengan jerebu itu...erkkkk...dah macam lagu terasing plak...ngeeeee...

Permandangan yang makin kabur
Pernafasan yang semakin menyesakkan
Mungundang penyakit datang
Hidung dah start gatal²...bersin²...mata pedih...tekak perit
Jerebu oh! Jerebu...cepatlah berlalu
Risaukan kesihatan anak²
Ya! Allah....lindungilah kami dan anak² kami dari bala penyakit

Ahad haritu Bangi hujan dengan harapan dapat mengurangan jerebu. Sangkaan meleset sama sekali. Makin teruk jadinya. Tak dapat mengurangkan jerebu yang makin berlelasa. Jaga kesihatan semua. Minum air secukupnya. Kurangkan aktiviti luar. Pakai mask dan jangan lupa pantau kesihatan diri sendiri dan anak². Especially utk mereka yg ada penyakit asthma/lelah.

Pagi ni plak kelam kabut bila husband hantar anak gi skolah tapi skolah tutup. Data tenet dah habis. Tak tau apa citer. Rupanya kementerian umum sekolah cuti tengah malam semalam....ppffttt...Bila IPU dah cecah 200 baru nak istihar cuti. Nasib daycare bukak. Tapi malam tadi memang teruk IPU kat bangi. Kelabu asap jer permandangan.

Note: Alhamdulillah...pagi ni hujan. IPU pon nampak lebih ok dari semalam. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...