AFB Feeds

Showing posts with label Advertorial Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label Advertorial Nuffnang. Show all posts

*Sticky Post for 48 hours. Please Scroll Down For New Entry MAMEE…Siapa yang tak kenal dengan p...

MAMEE CHEF – MELAKA FACTORY VISIT

*Sticky Post for 48 hours. Please Scroll Down For New Entry

MAMEE…Siapa yang tak kenal dengan produk mamee ni kan. Jenama produk yang terkenal dan telah lama bertapak di Malaysia. Antara produk yang ditawarkna adalah Mamee, Mamee Monster, Mr potato, Cheers, nutrigen dan macam² lagi lah. Dalam penyelidikan data yang dilakukan oleh Kantar WorldPanel baru² ini telah menunjukkan bahwa daripada 5.7 juta jumlah isi rumah, mamee instant noodle telah manjadi pilihan 4.2 juta pembeli di Malaysia…wow…

Geng² blogger yang terpilih. Kita bergambar dulu sebelum masuk kilang MAMEE

Seperti yang diwar² kan dalam entry [INI] dan [INI], baru2 ni aku telah berpeluang melawat sendiri ke kilang mamee yang terletak di Melaka. Menyaksikan sendiri bagaimana produk mamee seperti snacks dan instant noodle di proses dari awal hinggalah proses pembungkusan. Bukan itu saja, dapat jugak tengok proses mee Tarik secara live. Daripada doh sampailah di uli jadi mee tarik. Meh tengok nih:

Camera dari Samseng TAB saja
Tukang buat mee Tarik ni memang datang dari China. Ianya di panggil [Teknik La Mian]. Dikatakan bermula di China pada abad ke-15 iaitu daripada etnik Hui yang ada di bahagian barat laut China, iaitu Xinjiang, Ningxia, Shaanxi, Gansu, dan Qinghai. Secara etimologi, ia bererti menarik atau meregangkan dan mian ialah mi. Keistimewaan cara pembuatan mi ini adalah dengan cara diadun, diregang, dilentur dan ditarik bagi menghasilkan untaian serta ukuran halus dan kenyal. Memang agak rumit nak membuatnya.

Memandangkan cara pembuatan mee tarik yang agak rumit dan mustahil untuk dihasilkan dengan kuantiti yang banyak dari sepasang tangan manusia…cewahhhh ayat haku. Mamee Double-decker telah melabur sebanyak RM80 juta untuk sebuah mesin yang boleh menaghasilkan mee tarik yang prosesnya sama seperti teknik la mian. Mamee Double-decker percaya dengan teknologi yang serba canggih, tak mustahil teknik La Mian dapat dihasilkan dari sebuah mesin yang dapat meningkatkankan lagi rasa mee dan menjadikan tekstur mee menjadi lebih kenyal.

Lepas tu ada demo masak memasak plak. Bau dia…perghhhhh…manusuk hidung. Sedap betul baunya.


Ok…skang kita tengok proses penghasilan snacks mamee dan juga instant noodle:

Proses demi proses:

1. Mixing
2. Rolling
3. Slitting
4. Steaming
5. Cutting
6. Seasoning Shoe
7. Frying
8. Cooling
Dan proses yang terakhir adalah Packaging 

Untuk pengetahuan semua, Mamee double decker dan juga mamee chef telah memenangi beberapa anugerah. Antaranya 
  1. Mamee Chef Curry Laksa rated Top 10 Best Instant Noodles in the World for 2014 by Theramenrater.com,
  2. Putra Brands Awards Bronze Recpient 2014 under Food Stuff Category
  3. Frost and Sullivan Malaysia Excellence Awards Recipient
Dan Mamee telah melancarkan produk baru iaitu Mamee Chef  dengan kerjasama dari chef selebriti, Datuk Chef Ismail. Pes Mamee Chef ‘s Thai Tom Yam dan Curry Laksa  dihasilkan menggunakan ramuan segar dan rempah ratus asli yang mampu menguasai hati semua bangsa di Malaysia. Mamee chef juga disertakan dengan pek ramuan tambahan iaitu cebisan sayuran dan juga udang bagi menambah lagi kelazatannya.

Bagi yang masih ragu2 dengan produk mamee dan juga Mamee chef, anda tak perlu risau kerana ianya telah mendapat sijil halal JAKIM dan anda boleh check sendiri [DISINI]


Ok…dah selesai kita melawat kilang Mamee, kita ker Mamee Jonker House plak yang terletak di Jonker Walk. Aku pon baru tahu tentang kewujudan kedai Mamee Jonker House ni. Kalau uols ker Jonker Walk, jgn lupa singgah sini. Meh layan gambar.

Kedatangan kami di sambut oleh Mamee Monster. Crunch it...Shake it...Munch it...MAMEE ☺☺

 

Antara barang² yang dijual disini. Ada cafe juga. Memang best lah. Sambil shopping boleh makan. Dan Antara aktiviti² kitorang kat sini:


Berkretiviti dengan mamee cup nih. Kita main color². Pastu kita buat mamee ikut citarasa sendiri. Yang ni expired date sampai 16 June 2014 jer sebab tak buat kat kilang…hehehe… Memang best lah lawatan ke kilang Mamee ni. Bila kita dapat tengok sendiri cara² mamee diproses. Satu pengalaman indah yang tak kan dilupakan. Dan juga:

Dapat bergambar dengan orang kuat Mamee ☺


Last but not least. Thanks for the goodies bag and note. Terima kasih juga buat nuffnang kerana memilih saya untuk Lawatan ke Kilang Mamee. Untuk maklumat lanjut dan juga info² lain, boleh layari www.mamee.com dan juga "LIKE" Mamee Chef @ www.facebook.com/mymameechef
-         

Cer cari...cer cari...hehehe... Jadi single jap sabtu haritu. Memang meriah. Dapat kenal ngan...

Mamee Chef Day Out | Teaser

Cer cari...cer cari...hehehe...

Jadi single jap sabtu haritu. Memang meriah. Dapat kenal ngan blogger² baru dan juga dapat bersua muka dengan blogger yang dah lama kenal. Layan gambar dulu lah erk. Tak dapat nak bergambar dengan blogger² yang lain sebab bateri HP dah habis nyawa. Camera tak bawak. Harapkan samsebg TAB ku ittew her lah.

Siapa yang tak kenal dengan blogger cun ni kan. Nice meeting you Namee Roslan. Memang cantik and sweet jer orangnya ☺

Dengan blogger si tinggi lampai, Ema Johari @ Emarieys. Bertemu juga akhirnya even berlainan group and bas. Thanks sebab tegur kita dulu. Sorry sangat sebab memang tak perasan langsung tau. Nice meeting you Ema.

Dari alam maya ke alam nyata pula. Nice meeting you Jueliza @ MamaJue PapaMimi

Kawan baru, Rina @ Cindyrina  and Azza @ Embunpena. Nice meeting both of you.

Last but not least. Yang ni bukan blogger yerp. Tapi orang kuat MAMEE, Datuk Pang ☺

Tunggu entry penuh nanti. Jenuh lah haku nak menyusun gambar dan membina ayat. Dateline sampai minggu ni jewr. 

Note: Lewat up entry. Busy harini. Ok bye!!






Sibuk baca orang lain dapat blogbuster, sekali mak jemah pon dapat noks. Bukan satu, tapi dua uo...

Dapat 2 BLOGBUSTER CAMPAIGN!!!


Sibuk baca orang lain dapat blogbuster, sekali mak jemah pon dapat noks. Bukan satu, tapi dua uols. 1st time tau pasal Blogbuster Campaign ni. Tapi kan, masalahnya aku tak tau nak buat macam mana. Setakat rakam video untuk masuk dalam keek tu retilah....huhuhu...Kalau dapat sponsored post kan bagus. Apa² pon, TERIMA KASIH NUFFNANG atas peluang ni. 

Sedikit info mengenai BLOGBUSTER CAMPAIGN:

As this is a first of its kind campaign, we understand that many of our Nuffnangers have questions about this campaign. Here is a summary of what to do:


1. Record a short video (approx. 10 seconds) creatively based on the brief below in your own preferred language. Please note that video should not be a reproduction of client's materials (purely copy paste images) and should include your own recordings.

2. Upload your video in the space provided. You may upload up to 5 videos.

3. If your video(s) is chosen for the campaign, it will be shown on the ad displayed on your blog. Kindly note that if your video(s) is not chosen, the ad will not show up on your blog.

4. Please note that approved videos will be compressed and a 5-sec branding clip will be added to the end of your video.


Note: Acaner ni? Saya budak baru nak belajar...Tolonglah ajar ^_~ 


Sticky Post for 48 hours. Please Scroll Down For New Enntry 2 orang budak yang tengah aktif ...

Tukarlah Untuk Lebih Senang Di pakai bersama HUGGIES Dry Pants!!!


Sticky Post for 48 hours. Please Scroll Down For New Enntry

2 orang budak yang tengah aktif

‘Susahnya nak pakaikan pampers budak ni’. Itu antara rungutan para ibu² di luar sana kan? Mengaku jer lah ^_^. Saya antara salah seorang ibu yang sedang menghadapi masalah ini. Memiliki 2 orang anak yang sedang dalam proses tumbesaran adalah agak mencabar. Sebabnya: 


Anak dara saya yang berumur 2 tahun 6 bulan sedang dalam proses potty-training. Bila dalam proses potty-training ni, Huggies dry pant sangatlah membantu. Kenapa? Biasalah kan, budak2 yang baru di latih hendak ke tandas. Pampers masih juga nak pakai. Tapi bila nak kencing, pampers akan di bukanya. Acaner tu? Layan kan jer lah. Dengan adanya Huggies Dry Pants: Tukarlah untuk lebih senang di pakai ni, ianya memudahkan kerja saya. Memanglah senang. Tak perlu nak tukar pampers setiap masa sebab ianya seperti seluar. Qahirah boleh pakai dan buka sendiri Huggies dry pant nih. 


Qhalif pula. Memang sangat susah nak pakaikan pampers. Budak tengah aktif kan, berguling sana sini. Rasa nak marah pon ada juga...dah macam nak berperang dengan anak. Selagi tak bagi umpan, selagi tu lah memang susah nak pakaikan pampers. Dan lagi...qhalif pandai buka pampers sendiri. Kalau saya lambat pakaikan seluar, memang akan tertanggal lah pampers dia tu...gggrrrrrr...


Tapi sejak diperkenalkan sengan Huggies Dry Pants, saya dah jumpa jalan penyelesaiannya. Dengan adanya Huggies Dry Pant: Tukarlah untuk lebih senang di pakai ni, tugas saya bertambah mudah. Hanya perlu Koyak, Salin & Lepas. Kan senang tu. Tak sampai 30 saat pon masa di ambil. Berbanding dengan pampers yang sebelum nih.


Konsep Huggies Dry Pants: Tukarlah untuk lebih senang di pakai ini sangat lah mudah. Seperti yang anda boleh lihat dalam gambar di atas ^_^


Huggies Dry Pants ini di datangkan dengan 3 saiz iaitu saiz M, L dan juga XL. Pilihlah mengikut kesesuaian saiz anak² anda.


Apa yang saya suka mengenai huggies dry pant ni ialah kerana Huggies adalah jenama lampin bayi pakai buang pertama Malaysia yang terbukti secara klinikal dapat membantu menghalang ruam lampin. Ia juga membantu mengekalkan kulit yang sihat dan membuatkan bayi sentiasa gembira. Antara ciri2 lain yang membuatkan saya tertaik dengan huggies dry pants adalah kerana:

100 breathable Blue

Lapisan Luar Beraliran udara 100%

Mengalirkan udara keluar 10x lebih cepat supaya kulit bayi akan kekal kering.
Quick lock system
Sistem cepat memerangkap cecair segera

Membantu menghalang kebocoran kerana lapisan cepat kering yang menarik cecair jauh dari kulit bayi dan mengunci cecair di lapisan dalaman supaya kulit bayi akan sentiasa kering sepanjang masa.
DBL leak lock
Menghalang Kebocoran Berganda

Selalunya kalau bangun pagi seluar qahirah/qhalif mesti basah. Tilam pon tak terkecuali juga. Tapi dengan huggies dry pants, semuanya berubah kerana ianya memberi perlindungan tambahan terhadap kebocoran di kaki/paha.

Waist Band
Bahagian Tepi yang Elastik dan Lembut

Dengan peregang lembut di bahagian sisi, ianya memberikan lebih keselesaan dan membantu menghalang kesan merah walaupon anak-anak sedang bergerak aktif.
Wear easily
Padanan Di Kedua Bahagian

Tak kira bahagian depan atau pon belakang kerana huggis dry pant ini adalah sama coraknya. Senang dan selesa di pakai. Macam pakai seluar jer.
Tear away side seams
Jahitan Tepi Mudah Koyak

Cuma perlu koyak pada jahitan tepi. Senang dan mudah nak koyak berbanding jenama lain.


Jika anda berminat dengan produk HUGGIES dan ingin mengetahu dengan lebih lanjut mengenai produk baru HUGGIES, boleh layari website http://www.huggies.com.my/huggies-community/request-a-sample.aspx. Dapatkan sample percuma untuk si manja anda.


Untuk mengetahui info-info lain, boleh juga layari www.facebook.com/Huggies.Malaysia dan “LIKE” Huggies Facebook.

Ok...ini pandangan dari pengguna produk HUGGIES Dry Pants: Tukarlah Untuk Lebih Senang Di pakai


Mungkin lepas ni ibu kena beralih kepada produk ni ☺☺






Siapa peminat tegar produk HUGGIES ? Siapa yang tak kenal dengan produk Huggies ni kan. Produk ...

Acara HUGGIES DRY PANTS - ‘Tukarlah Untuk Lebih Senang Dipakai’



Siapa peminat tegar produk HUGGIES? Siapa yang tak kenal dengan produk Huggies ni kan. Produk yang berkualiti dan bermutu tinggi. Ini ada berita baik untuk anda semua dimana Huggies akan mengadakan satu acara yang diberi nama HUGGIES DRY PANTS - ‘Tukarlah Untuk Lebih Senang Dipakai’.


Acara roadshow “Huggies Tukarlah untuk Lebih Senang Dipakai” ini adalah untuk memperkenalkan produk terbaru keluaran HUGGIES kepada anda semua. Anda pasti tertarik dengan produk terbaru Huggies ini kerana betapa mudah untuk menukarnya hanya dengan 3 langkah iaitu KOYAK, SALIN dan LEPAS. Seperti gambaran diatas. Mudah kan.


Roadshow ini akan diadakan di Mydin USJ. Jangan lepaskan peluang ini untuk sertai acara yang penuh dengan keseronokan bersama keluarga tersayang. Butiran roadshow adalah seperti berikut:

Tempat: Ruang Legar, Mydin USJ
 Tarikh: 25 Februari 2013 (Isnin) hingga 3 Mac 2013 (Ahad)
 Pengumuman Istimewa: Sesi Cabaran Tukar Lampin 30 Saat Huggies dan persembahan akan diadakan setiap hari pada masa berikut: 10.30 pagi, 2.00 petang dan 8.00 malam.

Pelbagai acara menarik dan juga hiburan untuk seisi keluarga. Antaranya persembahan, promosi hebat, hadiah percuma...siapa yang tak suka hadiah percuma kan ^_^, permainan, pertunjukan silap mata dan pelbagai aktiviti yang menarik. Singgahlah di booth Huggies untuk mendapatkan sampel percuma Huggies Dry Pants dan rebut peluang untuk memenangi pelbagai hadiah. Menarik tak? Menarik kan. Apalagi...Mari berkumpul beramai² di ruang legar Mydin USJ untuk memeriahkan acara dan menyaksikan betapa pantas dan mudah untuk menukar lampin Huggies Dry Pants. Dan jangan lupa tau untuk sertai Sesi Cabaran Tukar Lampin 30 Saat Huggies. Yang ni anda kena practice dari sekarang. Hadiah menarik menanti bakal pemenang ^_^

Acara penutup akan berlangsung pada 3 Mac 2013 (Ahad) dari 8 malam hingga 9 malam. Datanglah beramai² untuk memeriahkan lagi acara roadshow “Huggies Tukarlah untuk Lebih Senang Dipakai”. Lebih ramai lebih meriah kan.

Disertakan untuk anda semua sedikit info mengenai Huggies Dry Pants


Mengenai Huggies Dry Pants

Huggies Dry Pants ialah pilihan yang mudah digunakan untuk bayi dan kanak-kanak yang aktif. Setelah anda mencubanya, anda pasti tertarik dengan betapa mudah untuk menukarnya iaitu hanya dengan koyak, salin dan lepas! Dengan peregang lembut dibahagian tepi memberikan lebih keselesaan dan membantu menghalang kesan merah walaupon semasa bayi anda sedang bergerak dan sistem pengunci untuk menghalang kebocoran. Tambahan pula, Huggies adalah jenama lampin bayi pakai buang pertama Malaysia yang terbukti secara klinikal dapat membantu menghalang ruam lampin!

Mengenai Huggies®

Huggies® ialah salah satu jenama penjagaan bayi dan kanak-kanak terkemuka di Malaysia. Ia membekalkan pelbagai rangkaian lampin pakai buang dan lampin seluar kepada ibu dan bayi untuk membantu mengekalkan kulit yang sihat dan membuatkan bayi sentiasa gembira. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.huggies.com.my atau www.facebook.com/Huggies.Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks