Showing posts with label Advantage Quest. Show all posts
Showing posts with label Advantage Quest. Show all posts

Memang wow!!! sangat kan. Memang keluaran buku-buku Disney semuanya dalam Bahasa Inggeris. Tak pernah lagi lah jumpa dalam Baha...

Wow… Advantage Quest Terbitkan Buku Disney Edisi Bahasa Melayu !!!


Memang wow!!! sangat kan. Memang keluaran buku-buku Disney semuanya dalam Bahasa Inggeris. Tak pernah lagi lah jumpa dalam Bahasa Melayu. Memang bagus sangat Advantage Quest ni sebab amik inisiatif untuk menerbitkan buku-buku Disney yang popular ni dalam Bahasa Melayu. Iyerlah.. tak semua budak-budak fasih dan faham berbahasa inggeris kan. Nak beli buku Disney, semuanya dalam Bahasa Inggeris. Kalau beli jugak, tak faham bila membacanya. Haaaa… gittew kan. Nampak nya Advantage Quest memahami situasi ini dengan ada nya buku Disney edisi Bahasa Melayu.


Ok.. Sebelum nak bercerita dengan lebih lanjut, meh berkenalan dulu dengan penerbit buku Disney Edisi Bahasa Melayu ni. Advantage Quest telah ditubuhkan dan dikenali sebagai penerbit dan pengedar di Asia Tenggara. Antara buku-buku edaran Advantage Quest ialah buku kanak-kanak, buku-buku berkaitan kesihatan, buku masakan dan banyak lagi lah. Advantage Quest juga merupakan penerbit utama buku-buku Disney di Malaysia dan telah menerbitkan lebih 60 buah buku Disney dalam Bahasa Melayu sejah tahun lepas lagi. Nak tau tak, Advantage Quest akan menyambut ulang tahun yang ke 19 pada tahun ni. 



Sekarang kita berkongsi pula apa yang bestnya buku Disney edisi Bahasa Melayu ni. Dah tentu-tentu lah senang nak baca kan sebab dalam Bahasa Melayu. Bukan anak-anak jer boleh baca. Ibu pon boleh tumpeng baca sekali. Boleh juga dibuat bed time story sebelum tidur. Boleh juga dibuat bahan bacaan mengajar untuk anak-anak. Nak didik anak-anak membaca dari awal, kena pastikan anak-anak minat dengan buku. Buku yang menarik juga dapat menarik minat anak-anak untuk membaca. Memang buku-buku Disney edisi Bahasa Melayu ni ada magnet sebab anak-anak tertarik dan sangat suka. 



Selain dari buku bacaan, buku Disney edisi Bahasa Melayu ni ada juga buku untuk anak-anak ber kretiviti dengan adanya buku mewarna dan buku pelekat yang terdiri dari karektor-karektor kartun Disney. Memang seronok sangat anak-anak bila dapat buat aktiviti nih. Bangun pagi dah sibuk cari buku.

Kusyuk mewarna 



Macam Qahirah dia memang suka mewarna. Ada mood memang cantik hasil mewarnanya. Kalau hilang mood memang caca marba hasil mewarnanya. Qhalif pulak memang suka main pelekat. Dah habis lekat kat buku, dilekatnya kat badan. Mewarna pon dah boleh. Tapi hasil budak 4 tahun, faham-faham lah. Iman Hakimi pulak memang suka membaca. Eloklah tu… sorang suka mewarna, sorang suka maik lekat-lekat dan sorang lagi suka membaca.

Antara buku koleksi Frozen


Tambah menariknya buku-buku Disney edisi Bahasa Melayu terbitan Advantage Quest ni, buku keluaran mereka standing dengan kualiti buku-buku antarabangsa. Harga pon berpatutan tau. Memang puas hati sangat dengan kualitinya. Tak rugi kalau membeli buku-buku Disney edisi Bahasa Melayu nih.

Nak bagitau berita best ni. Kalau anda berminat nak membeli buku-buku Disney edisi Bahasa Melayu ni, boleh terjah kedai buku Popular sebab Kedai Buku Popular sedang mengadakan peraduan “Percutian ke Disneyland Hong Kong” dengan setiap pembelian RM50 buku-buku Disney. Borang peraduan boleh diperolehi di semua cawangan Kedai Buku Popular di seluruh Malaysia. Haaaa... Cepat serbu kedai buku Popular. Mana tahu ada rezeki dapat pergi Disneyland Hong Kong kan. 

#BukuDisney #MariBaca #Popular #AdvantageQuest


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...