Showing posts with label ABIM. Show all posts
Showing posts with label ABIM. Show all posts

Harap tak boring lah yer, asyik citer pasal tadika jer. Ok lah...dalam entry INI , aku lupa nak bagitau lokasi TADIKA ni semua kat mana kan....

Cerita TADIKA lagi...Lokasi SURVEY

Harap tak boring lah yer, asyik citer pasal tadika jer. Ok lah...dalam entry INI, aku lupa nak bagitau lokasi TADIKA ni semua kat mana kan. Dah excited sangat bercerita sampai lupa nak sebut tempat. Semua tadika ni terletak kat area BANGI, Seksyen 7.

Memang aku cari tadika yang dekat dengan rumah dan tadika yang sediakan daycare sekali. Sebabnya...kalau aku dapat tadika, tapi tak der daycare, perbelanjaan akan bertambah. Nak bayar duit tadika, duit daycare lagi, tu belum masuk transit. Takkan aku nak masukkan Iman kat tadika PASTI, daycare plak kat Nursery UBUDIYAH, tak ker banyak belanja tu. Jadi untuk menjimatkan, better amik tadika and daycare di tempat yang sama. Tapi terpaksa berpisah ngan adik dia lah.

Banyak sebenarnya tadika kat Bangi nih. Cuma kena rajin survey. Tadika ABIM yang aku nampak ada 2 buah. Kat Sg. Ramal and Kat Taman Surada. PASTI pon sama gak. Kat Taman Surada ada satu, tapi lupa apa namanya. Yang ni environment macam tak best sebab terletak kat tengah² dan nampak sempit, pastu sunyi plak tu. PASTI yang aku nak masukkan iman ni PASTI SITI SARAH kat seksyen 7. Rumah teres 2 tingkat and corner lot, nampak selesa lah klo bebudak nak main kat luar. Untuk booking fess kena bayar RM50.00 dulu, the rest bayar kemudian sebab agak ramai yang dah mendaftar.

Itu lah citernya. Tadika Islamic memang pilihan kami lah. Dari kecik ni lah nak terapkan dengan didikan agama, selain dari didikan agama kat umah. Harap² Iman happy lah dengan sekolah baru tahun depan.

Salam semua. Pagi ni busy to the max sebab semalam adalah hari cuti berjemaah somi isteri. Misinya adalah mencari Tadika untuk Iman Hakimi t...

Hasil SURVEY TADIKA...Yuran Pendaftaran, Yuran Bulanan, ETC.

Salam semua. Pagi ni busy to the max sebab semalam adalah hari cuti berjemaah somi isteri. Misinya adalah mencari Tadika untuk Iman Hakimi tahun depan. Dalam entry Tabika KEMAS, Taski ABIM, PASTI, Genius Aulad...Yang Mana Satu Jadi Pilihan?, aku dah buat tinjaun di beberapa buah tadika. Dah call tanya macam² lah. Tapi lagi best kalau jumpa owner sendiri kan. Cakap dalam phone tak berapa best sangat. Ni antara tadika yang aku call:


1) GENIUS AULAD

Registration ada 2 options including admin fees, ICT and others. Tapi aku lupa fees ni termasuk untuk baju atau tak. Tapi untuk buku memang tak termasuk. Umur untuk pendaftaran bermula dari 4 tahun - 6 tahun.

Option A = RM788 (1 year Fees)

Option B = RM568, selebihnya bayar kemudian

Ada 2 session class:

1) 8.30 am - 11.30 am
2) 1.30 pm - 4.30 pm

Monthly fees RM238.00

2) Tadika Khalifah Kecil (The Lil' Caliph)

Registration fees adalah RM1200.00 including monthly fees untuk January 2012. Tak termasuk duit baju.

Monthly Fees = RM220.00. Class start from 8.30 am to 12.00 pm. Ni branch untuk Lil' Caliph. ingatkan murah, sekali amik ko...terbeliak bijik mata dengar registration fees....ahaks...

3) PASTI

Registration fees RM410.00 including baju, baju sukan, buku teks, bulan january 2012 nyer fees dan lain² lagi lah. Panjang plak klo nak tulis suma kan. Umur untuk pendaftaran bermula dari 4 tahun - 6 tahun.

Monthly fees RM80.00, dah naik harga. Tahun lepas RM75.00. Ada di sediakan daycare. Fully Day RM120.00 dan half day RM80.00. Let say kalau aku nak hantar iman kat sini, total untuk tadika and daycare adalah RM200.00 sebulan. Overtime charge start dari pukul 6.30 pm. Sejam charge RM3.00

Petang ada di sediakan kelas iqra' dan Al-Quran. Tapi kena bayar RM30.00

Class session start dari pukul 8.00 am - 12.00 pm.

Transit (van) RM80.00. Yang ni mana yang hantar untuk tadika saja, nursery kat tempat lain.

4) ABIM

Registration fees RM578.00 including Buku teks, peralatan sekolah, baju, baju sukan dan lain² lagi lah. Umur untuk pendaftaran bermula dari 4 tahun - 6 tahun dan registration fees adalah berbeza mengikut umur. Untuk 6 tahun, kelas di asingkan (ada bangunan lain) dan untuk umur 4 dan 5 tahun bercampur.

Ada 2 pakej di sediakan:

Pakej Taski: 8.00 am - 1.00 am. Monthly fees RM200.00


Pakej Bistari: 8.00 am - 5.30 pm. Monthly fees RM300.00. Yang ni termasuk daycare. Ada aktiviti untuk petang. Antaranya kelas mengaji, hafazan dan aktivit² lain lagi lah. Overtime charge start dari pukul 5.30 pm. Sejam charge RM3.00

5) TADIKA UBUDIYAH

Yang ni nursery Iman, start buat tadika tahun depan. Registration fees dalam RM1,000.00 including baju, peralatan sekolah, buku teks, insurans dan banyak lagi. Ada kelas renang skali tapi optional lah. Siap ada CCTV lagi...kelas ko ^_^. TU yang mahal sket kot. Umur untuk pendaftaran bermula dari 5 tahun - 6 tahun.

Monthly fees RM200.00 tapi kalau iman daftar kat situ, ada diskaun. Dapatlah RM180.00.Boleh buat installment lagi untuk registration fees.

NI lah antara Tadika yang sempat aku survey dan call. Semalam aku buat lawatan sambil bertanya. Tapi buat masa ni yang berkenan di hati adalah tadika PASTI and ABIM. Criteria tadika yang aku cari ni suma nya dekat ngan umah. Cuma Genius Aulad and Lil' Caliph nih jauh sket. Lagi pon yuran agak mahal.

Tapi antara ABIM and PASTI, mungkin kami pilih PASTI kot. Yuran pon agak berpatutan. Yerlah...ikut kemampuan kan. Kalau gaji kecik tapi nak hantar skolah mahal, tu menyiksa diri namanya.

Ini lah info yang aku bley kongsi ngan uols. Pada yang ada anak nak skolah tahun depat, surveylah dari skang, nanti tempat penuh. Pilih ikut kemampuan. Survey harga, daycare, transit dan yang sewaktu dengannya. Ni baru anak nak masuk tadika dah pening, tu belum nak masuk skolah rendah, menengah dan seterusnya...haihhhhhh...

Ingat..."Yang bagus tak semestinya mahal dan yang mahal tak semestinya bagus"...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...