Baju Muslimah Kanak-kanak
Showing posts with label 1212 Beauty Takeover. Show all posts
Showing posts with label 1212 Beauty Takeover. Show all posts

Warga Malaysia membeli lebih daripada 20 produk kecantikan setiap minit sepanjang tempoh jualan selama tiga hari KUALA LUMPUR (Dis 20...

HERMO | Kekal Menawan, Malaysia!

Warga Malaysia membeli lebih daripada 20 produk kecantikan setiap minit sepanjang tempoh jualan selama tiga hari

KUALA LUMPUR (Dis 20, 2016): Sambutan yang begitu menggalakkan terhadap acara jualan 1212 Beauty Takeover Hermo membuktikan bahawa warga Malaysia kini semakin peka terhadap kepentingan perapian diri.

Menawarkan diskaun sehingga 90%, acara jualan 1212 Beauty Takeover selama tiga hari – yang bermula pada Dis 12, menyaksikan lebih daripada 500,000 pembeli mengunjungi laman sesawang Hermo Malaysia untuk melihat-lihat produk kecantikan kegemaran mereka yang merangkumi kosmetik, penjagaan kulit, mandian dan badan, keharuman, dan penjagaan rambut serta segala produk berkaitan kecantikan yang lain.

Dengan lebih daripada 300 jenama dan lebih daripada 6,000 produk yang ditawarkan melalui Hermo, iaitu peruncit kecantikan dalam talian terbesar di Malaysia, para pembeli menjadi rambang mata sambal melihat-lihat produk perapian diri kegemaran mereka. Sepanjang tempoh jualan, lebih daripada 20 produk telah dibeli setiap minit. Fenomena ini tidak menghairankan kerana selain daripada harga yang rendah, Hermo turut menawarkan baucar tunai dan diskaun, sekaligus membolehkan para pembeli untuk memaksimakan setiap ringgit yang dibelanjakan.

Selain daripada baucar, jualan kilat dan tawaran yang tiada tandingan, pengguna Hermo juga berpeluang untuk merealisasikan impian kecantikan mereka melalui Peraduan 12.12 Wish and Win – tujuh pemenang dengan impian yang paling kreatif telah dipilih dan Hermo akan merealisasikan impian mereka. Ia semudah menyatakan impian mereka pada laman utama acara jualan 1212 Beauty Takeover, dan berkongsi semula impian mereka melalui laman Facebook peribadi mereka dengan hashtag #HMx1212Wish.


Salah seorang daripada pemenangnya, Aqilah Abd Jabar, akan menerima 10 unit Cerro Qreen Fashion Makeup Brush Kit Natural Animal Wool dengan impian ini:

Sisters shared laughter, 
Sisters shared tears, 
Through it all we have been together, 
Regardless of any distance and fears. 
A complete set of makeup brushes for a sister of mine where we have 2304 kilometres distance between us. #HMx1212Wish

Seorang pemenang lain, Phoenie Mao, telah membawa pulang Klairs Supple Preparation Toner dengan ucapan Krismas:

Dearest Hermo Santa,
Wish to win any top 5 People's Choice product.
My little red socks are waiting for you.
FYI, I've cleaned my chimney just for you, Hermo Santa. 
Love ya & Merry Xmas #HMx1212Wish

Ian Chua, CEO Hermo Malaysia, menyatakan bahawa acara jualan 1212 Beauty Takeover, beserta keterlibatan kerap dengan pengguna Hermo, seperti peraduan 1212 Make A Beauty Wish, bertujuan untuk melonjakkan Hermo sebagai lebih daripada sekadar sebuah laman e-dagang.


“Kami berhasrat untuk menyediakan platform bagi menggalakkan semua orang untuk menyerlahkan kecantikan dalaman mereka. Kami percaya bahawa keyakinan diri bermula dari dalam bagi meningkatkan seri anda; oleh kerana itu, kami telah menggunakan satu rangkaian personality media sosial dan pemblog kecantikan yang mengongsi petua solekan serta penjagaan kulit kepada para pengguna, manakala sebuah Beauty Wall membolehkan para pengguna berkongsi pengalaman mereka dengan orang lain menggunakan hashtag #hermomy.

Dengan bilangan pengikut yang bertambah dengan pesat, Hermo bakal menjadi platform dalam talian terpilih bagi kebanyakan gergasi jenama kosmetik terkemuka, yang pastinya ingin memanfaatkan bilangan pengikut yang ramai untuk melonjakkan profil branding dalam talian jenama-jenama mereka.

“Kami sentiasa mencari jalan untuk mengembangkan rangkaian produk kami dan kami mengalu-alukan pemilik jenama, sama ada yang terkenal maupun yang baharu, untuk berbincang dengan kami bagi membina kolaborasi terbaik untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada para konsumer kami.

“Berbeza daripada platform e-dagang lain, kami bukan pasaran untuk penjaja dan penjual. Sebaliknya, kami berkolaborasi secara langsung dengan pemilik jenama dan pengedar utama dengan menawarkan mereka sebuah rangkaian pengedaran dalam talian. Dengan cara ini, kami berupaya untuk mengawal kualiti serta ketulenan produk yang dijual dengan lebih baik,” kata Chua.

Ditubuhkan di Johor Bahru, Hermo adalah satu platform tempatan dan hakikat ini telah memainkan peranan dalam menambat hati konsumer tempatan kerana ia memahami keperluan warga Malaysia.

“Kami menjual produk yang sesuai dengan tona kulit, iklim serta gaya hidup Malaysia; kami juga mendapatkan produk yang sukar dicari dan tidak ditawarkan di pasaran tempatan,” kata Chua.

“Kami juga sedar bahawa pembeli Malaysia adalah sensitif berkenaan harga, dan wujud trend yang semakin berkembang di mana konsumer lebih gemar membeli daripada dalam kediaman mereka. Harga-harga kami sememangnya amat kompetitif – anda boleh merujuk kepada lebih daripada 100,000 ulasan oleh pengguna mengenai Hermo – jadi, anda boleh bayangkan tawaran-tawaran hebat yang menanti anda di Jualan 1212 Beauty Takeover, kan?” kata Chua.

Chua mengucap terima kasih kepada para consumer atas sambutan yang begitu menggalakkan, di mana lebih daripada 500,000 konsumer telah melayari laman sesawang Hermo Malaysia sepanjang acara jualan 1212 Beauty Takeover.

“Ini menunjukkan bahawa warga Malaysia semakin sedar mengenai kepentingan perapian diri. Kita ingin tampil menawan, kita inginkan penampilan yang terbaik,” kata beliau.

Produk penjagaan kulit daripada jenama antarabangsa terkenal di seluruh dunia merupakan produk terlaris sepanjang acara jualan 1212 Beauty Takeover. Jika anda ketinggalan menyertai acara jualan 1212 Beauty Takeover, jangan menyesal, kerana ubah rupa ini belum berakhir. Jualan Xmas 2016 Hermo masih diteruskan sehingga Dis 31, dengan produk-produk baharu dan tawaran-tawaran terbaik daripada jenama antarabangsa yang bakal bergemerlapan dan menyinar sempena musim percutian ini. Jadi, segeralah melayari https://www.hermo.my/christmas.


BEAUTY TAKEOVER HERMO KUALA LUMPUR (Dis 5, 2016): Bersedialah untuk jualan makeover terbesar tahun ini! Sempena musim percutian yang ...

ALAMI MAKEOVER SEMPENA JUALAN 1212 BEAUTY TAKEOVER HERMO

BEAUTY TAKEOVER HERMO

KUALA LUMPUR (Dis 5, 2016): Bersedialah untuk jualan makeover terbesar tahun ini! Sempena musim percutian yang menjelang, marilah kita bersama bertampil unggul sempena keraian hujung tahun ini.

Bermula pada jam 12 tengah malam pada Disember 12, peruncit kecantikan dalam talian terbesar Malaysia Hermo akan menganjurkan Jualan 1212 Beauty Takeover, yang menawarkan diskaun sehingga 90%. Jualan ini akan berlangsung sehingga Disember 14, dan memberikan para consumer peluang untuk mengumpul produk kecantikan kegemaran mereka, daripada kosmetik, penjagaan kulit, mandian dan badan, wangian dan penjagaan rambut hingga ke produk kecantikan lain yang berkaitan.

Ian Chua, CEO Hermo Malaysia, menyatakan bahawa jualan ini adalah cara untuk Hermo melafazkan rasa terima kasihnya kepada peminat setia yang telah menyokong Hermo dengan penuh setia sejak ia mula beroperasi pada tahun 2012.

“Angka 12 adalah amat istimewa bagi kami. Kami ditubuhkan pada bulan Jun 2012, maka pada Dis 12, atau 1212, kami ingin memberi penghormatan kepada peminat setia kerana tanpa mereka, kami tidak akan berada di sini pada hari ini. Tahun ini sahaja, kami telah memberi khidmat kepada lebih daripada 500,000 pelanggan. Daripada kami semua di Hermo, kami amat tersyukur!”

“Perkara yang menjadikan 1212 lebih istimewa ialah dua ahli daripada Pasukan Pengurusan kami – Ian Mok, COO Hermo Malaysia dan Ann Khoo, Ketua Pemasaran Digital akan meraikan hari jadi mereka pada Dis 12 juga,” kata beliau.

Ditubuhkan di Johor Bahru, Hermo adalah satu platform tempatan dan hakikat ini telah memainkan peranan dalam menambat hati konsumer tempatan kerana ia memahami keperluan warga Malaysia. Hermo bukan sekadar laman e-dagang yang biasa; ia memiliki satu rangkaian personaliti media sosial dan penulis blog kecantikan yang memberi petua-petua solekan dan penjagaan kulit kepada para pengguna, manakala sebuah dinding Kecantikan (Beauty Wall) membolehkan para pengguna berkongsi pengalaman mereka dengan orang lain menggunakan hashtag #hermomy.

“Kami menjual produk yang sesuai dengan tona kulit, iklim serta gaya hidup Malaysia; kami juga menyediakan produk yang sukar dicari dan tidak ditawarkan di pasaran tempatan,” kata beliau.

“Kami juga sedar bahawa pembeli Malaysia adalah sensitif terhadap harga barangan dan kewujudan trend yang semakin hangat iaitu konsumer kian gemar membeli-belah dengan selesa dan mudah di kediaman mereka. Harga-harga kami sememangnya amat kompetitif – anda boleh merujuk kepada lebih daripada 100,000 ulasan oleh pengguna mengenai Hermo – jadi, anda boleh bayangkan tawaran-tawaran hebat yang menanti anda di Jualan 1212 Beauty Takeover, kan?” kata Chua.

Dengan lebih 300 jenama dan lebih daripada 6,000 produk untuk dipilih, para pembeli pasti akan rambang mata. Dan untuk menambahkan nilai ringgit anda, carilah Baucar Beauty Explosion; baucar tunai dan diskaun ini akan diedarkan secara berkelompok sepanjang tempoh jualan tiga hari tersebut.

Jangan ketinggalan mengikuti Jualan Kilat XOMO kami yang amat popular, menawarkan produk kecantikan terkini pada harga yang tidak dapat ditandingi untuk masa yang terhad sahaja. Juga, jangan ketinggalan menikmati tawaran Bestsellers 1+1 dan hemat berbelanja di Hermo sepanjang jualan ini.

Kemudiannya, terdapat juga Mask Mania, di mana untuk setiap pembelian 12 mask muka , 12 mask muka diberikan secara percuma! Dan jika menikmati tawaran hebat serta tawaran khas tidak mencukupi, sertai Peraduan 12.12 Make A Beauty Wish Hermo, di mana Hermo akan menunaikan impian kecantikan seorang pemenang bertuah.

Sementara menunggu pelancaran Jualan 1212 Beauty Takeover, pihak Hermo telah memilih 12 produk kegemaran mereka yang menambat hati para consumer untuk  menjangkaui apa yang bakal tiba. Berikut adalah senarai pilihan produk terunggul mereka yang boleh didapati di https://www.hermo.my/.  


1) Biotherm Overnight Skin Recovery Mask [Life Plankton Mask 75ml]

Kembalikan seri keremajaan anda dengan penyelesaian berkesan yang dapat melawan kemerahan, ketidakselesaan dan kerosakan kulit. Mengandungi 35 bahan, Life Plankton adalah sebuah penjana dan pelindung selular, dan di tahap paling pekat (5%), ia berupaya menghasilkan kulit yang dibina semula.

2) Banila Co. Two Kisses Dual Tint 

Alihkan perhatian kepada bibir menggiurkan anda dengan penampilan solekan bibir sederhana yang cantik ini. The Banila Co Two Kisses Dual Tint memberikan kesan dual emulsi dan gel, dan ditawarkan dalam empat warna: Bride Coral, Orange Chu, Pink Princess dan Red Queen.

3) Yadah Oh My Sun Slush 50ml [FREE] Yadah Oh My Sun Block 20ml + Brightening Mask Pack 1s

Jika anda belum pernah mencuba ekstrak Prickly Cactus, inilah masanya! Yadah Oh My Sun Slush mengandungi 56% ekstrak Prickly Pear Cactus, yang mengandungi lima kali ganda lebih Vitamin A dan C daripada aloe vera. Selain daripada menawarkan perlindungan semula jadi daripada matahari, ia juga menenangkan dan melembapkan kulit anda.

4) Cosrx One Step Pimple Clear Pads 70pads

Jika jerawat dan jerawat hitam menjejaskan gaya anda, One Step Pimple Clear Pads adalah penyelesaian kepada masalah anda. Dengan hanya satu langkah, ia menangani tiga masalah kulit – penjagaan masalah, penjagaan kawalan sebum, dan penjagaan pengelupasan! Diperbuat dengan bahan semula jadi, seperti BHA semula jadi dan Whitewilow Bark Tree, anda boleh menyelesaikan masalah ton kulit yang tidak sekata. 

5) Jewel Jouer Fragrance Body Cream 200ml 

Diperbuat daripada air mawar, ekstrak buah mawar dan ekstrak bunga mawar, air ion-seimbang yang digunakan dalam Jewel Jouer Fragrance Body Cream memastikan penembusan penuh ke dalam kulit anda. Ditawarkan dalam tiga varian - Coco Torte Pink untuk keharuman berbunga-bunga yang manis, Mimi Torte Orange untuk keharuman buah-buahan segar dan Luca Galette Green iaitu keharuman mawar hijau yang unik.

6) Anna Sui La Vie De Boheme EDT 75ml

Daripada pereka Anna Sui, digambarkan sebagai nakal namun penuh misteri. Keharumannya bersifat berbunga dan buah-buahan dengan latar belakang berkayu. Nota atas termasuk ‘accord’ Mawar Turki, buah pir segar, buah beri dan pitahaya, manakala not asas termasuk kayu kering, cendana, kesturi dan vanila hitam.

7) Memebox Pony Effect Nail Lacquer 15ml 

Salutkan kuku anda dengan pelbagai warna ceria musim percutian! Dengan pilihan 24 warna, anda boleh menggayakan warna berlainan setiap hari sehingga kita meraikan Tahun Baru. 

8) Heimish All Clean Balm 120ml

Diperbuat daripada ekstrak kelapa, mentega sayur (shea butter) dan susu keldai, Heimish All Clean Balm adalah pencuci pelbagai yang lembut dan melembapkan kulit, namun berkesan untuk mencuci solekan tebal dan sisa daripada kulit dengan kesan pembersihan yang mendalam.

9) Repetto EDT Rollerball 10ml

Repetto, wangian pertama daripada jenama tarian ikonik Perancis, menggambarkan kuintesens kewanitaan dalam keharuman kesturi dan mawar. Nota wangian termasuk bunga sakura, pir, mawar, bunga limau, vanila dan kayu ambar.

10) Kumano Yushi Horse Oil Shampoo 600ml

Minyak kuda? Ya, betul tu. Kumano Yushi Horse Oil Shampoo mengandungi sifat-sifat yang amat melembapkan yang menghasilkan rambut licin, lembut bak sutera selepas dicuci. Komponennya menembusi jauh ke dalam rambut, mencuci sambil memulihkan rambut yang rosak. Dan jangan khuatir, it tidak berminyak dan berbau harum.

11) NYX Ultimate Shadow Palette 

Ditawarkan secara eksklusif melalui Hermo, NYX Ultimate Shadow Palette adalah palet peringkat pro yang penuh dengan 16 pembayang mata berprestasi tinggi pelbagai warna. Disediakan dalam empat kombinasi warna yang menarik - Neutral-Cool, Neutral-Warm, Bright dan Smokey/Highlight, setiap set menawarkan satu adunan terang tekstur selembut baldu dan kemasan memukau yang merangkumi matt dan satin hingga ke kilauan dan metalik.

12) [TwinPack] Naruko Sheet Mask

Dengan lima jenis mask muka, Naruko menawarkan penyelesaian khusus agar anda sentiasa kelihatan segar dan bertenaga.

√ Naruko Narcissus Repairing Mask direka khas untuk kulit yang tua sebelum waktunya dengan menghidrat, memulihkan dan melegakan kulit anda

√ Naruko Peptide Purrty Kitty-Eye Lifting Eye Mask memperkukuhkan keanjalan dan kekenyalan kawasan sekeliling mata sambil mengurangkan garis-garis halus.

√ Naruko Raw Job’s Tears Supercritical CO2 Pore Minimizing & Brightening Mask diperbuat dengan ekstrak merah dan putih Job's Tears dan Yeast Complex B bagi mengawal sebum dan mengecilkan liang bagi menghasilkan kulit sempurna yang cerah lagi berseri-seri.

√ Naruko Rose & Botanic HA Aqua Cubic Hydrating Mask memberikan penghidratan tinggi dan menambahkan semula kelembapan kepada kulit yang kusam sekaligus mengembalikan serinya.

√ Naruko Tea Tree Shine Control & Blemish Clear Mask menyerap minyak berlebihan dan menghalang jerawat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...