AFB Feeds

Showing posts with label #PrayforPantaiTimur. Show all posts
Showing posts with label #PrayforPantaiTimur. Show all posts

Rumah opah kat Kg. Selat Pulau. Area Kg. Gajah, Perak tak terkecuali terkena musibah banjir. Ga...

Banjir | Oh! Rumah Opahku!!!


Rumah opah kat Kg. Selat Pulau. Area Kg. Gajah, Perak tak terkecuali terkena musibah banjir. Gambar hasil tangkapan dari adik ipar yang balik kampung hari sabtu baru nih. Air paras pinggang. Rumah bawah dah separuh dimasuki air. Mesin basuh sempat bawak naik atas rumah. 


Gambar cilok dari FB mak mertua. Sebelum ni pernah jugak banjir. Tapi tak der lah teruk macam nih. Memang banjir kali ni sangat teruk. Bertabahlah buat mereka yang terlibat. Semoga terus diberi kekuatan dan semangat yang tinggi dalam menempuh ujian dan dugaan dariNYA ini. 

Note: Sedih tengok gambar² selepas banjir. Dah macam tsunami. Hilang rumah dan harta benda sekelip mata :-(

[Tidurlah Sayang] Bila tengok si ayah mendodoikan si anak yang nak tido. Cer tengok baby ni d...

Luluh Hati ini


Bila tengok si ayah mendodoikan si anak yang nak tido. Cer tengok baby ni duduk kat mana. Dalam polisterin. Dengan baju singlet dan berpampers saja. Entah tukar entah tidak baju tu. Luluh hati aku. Anak² kita tido berbuai. Baju lengkap. Baby ni? Ok...mata aku dah masujk habuk :-(

My heart is breaking kalau membatikan anak² kecil nih, Hanya doa...doa dan terus berdoa supaya banjir berlalu pergi, air segera surut dan keadaan kembali pulih. 

Note: Kita sayu, tapi yang menaggungnya lagi sayu :-( 



Cuaca pagi ni masih mendung. Hujan dari semalam. Bersambung sampai petang ni. Masih lagi hu...

Bila Sejuk Bertandang

Cuaca pagi ni masih mendung.


Hujan dari semalam. Bersambung sampai petang ni. Masih lagi hujan. Seakan tak mau berhenti. Office pon dah terasa semacam sejuknya. Bila sejuk² macam ni, Mulalah mengundang rasa lapar. Tapi tak per, kat office ada biskut. Macam² jenis biskut ada...biskut gula, biskut lemak dan juga biskut kacang. Boleh buat air...milo, teh-o, nescafe tarik. Semua ada. Kalau tak der kudap kudapan, boleh keluar gi kedai kejap.

Tapi fikiran mula terkenangkan mangsa² banjir. Berebut makanan...tak cukup makan...malahan tak makan berhari². Anak² kecil dan bayi yang tak cukup makanan dan susu. Warga² emas yang kurang tenaga. Dalam keadaan cuaca sejuk lagi. Kita enak berselimut diatas timalm yang empuk. Mereka? Ada ker selimut dan tilam? Cukup kah selimut dan tilam? Ya! allah...hebatnya dugaan mereka. 

LANGIT, BERHENTILAH HUJAN
BUMI, TELANLAH AIR
SUNGAI, REDAKAN GANASMU
JALAN, BUKALAH LALUANMU

Bertabahlan buat mangsa² banjir. Semoga terus diberi kekuatan dan semangat yang tinggi dalam menghadapi musibah ini. Buat petugas² dan sukarelawan, semoga dipermudahkan semua urusan olehNYA. 

Note: Rumah opahku kat perak pon ta terkecuali. Air naik paras pinggang. 


KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA ...

Sesi Persekolahan Tahun 2015 Ditangguh Seminggu



KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin). Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Terima kasih.

Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014

Whatsapp yang aku dapat pagi ni. Dan memang disahkan. Dah keluar kat [Berita Harian Online]. Hati masih dirundung kesedihan. Mengenangkan nasib mangsa² banjir. Especially anak² yang akan memulakan sesi persekolahan. Ya! allah...sedihnya :-(

Note: Nak update citer happy² pon rasa macam tak sesuai skang ni. 

posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks