Baju Muslimah Kanak-kanak
Showing posts with label #NeutrogenaBeautySquad. Show all posts
Showing posts with label #NeutrogenaBeautySquad. Show all posts

Neutrogena® Deep Clean Menjadikan Kulit Lebih Sihat Dan Cantik  Memiliki masalah kulit pada wajah merupakan antara perkara yang sering di...

Neutrogena® Deep Clean Menjadikan Kulit Lebih Sihat Dan Cantik

Neutrogena® Deep Clean Menjadikan Kulit Lebih Sihat Dan Cantik 

Memiliki masalah kulit pada wajah merupakan antara perkara yang sering dihadapi oleh para wanita seperti kulit berjerawat, kulit berminyak. tona tak sekata, jeragat dan lain-lain lagi. Faktor ini menyebabkan mereka yang mempunyai masalah kulit hilang keyakinan diri dan rasa malu untuk berhadapan dengan orang sekeliling. Iyerlah… bila kulit tak berapa nak cantik kan. Mula lah ada mata-mata yang memandang sinis.

Alhamdulillah… Aku tidak mempunyai masalah kulit wajah yang teruk kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Tipulah kalau aku cakap kulit aku bersih. Masalah kulit berminyak ada masa datang menyerang juga. Jerawat apatah lagi. Lebih-lebih lagi bila usia dah makin meningkat ni. Jeragat dah mula nak menyerang. Scary hokay. Tapi masih dalam kawalan lah. Jadinya… baik kita bersiap sedia dengan menjaga kesihatan kulit wajah kita… haaa gittewww…

Bagi mereka yang menghadapi masalah kulit pada wajah, pemilihan product penjagaan wajah yang tidak bersesuaian juga antara factor penyumbang kulit makin teruk. Kalau tak nak kulit bertambah teruk, kena lah cari product penjagaan kulit yang memfokuskan kepada penyelesaian kesihatan kulit bermula daripada permbersih muka, serum pelembap, masker serta losyen perlindngan matahari. Seperti product Neutrogena®.


Kenapa Neutrogena®? Sebab baru-baru ni aku diberi peluang untuk mencuba sendiri product Happy Skin 24/7 kit dari Neutrogena®. Yang bestnya, Happy Skin 24/7 kit dari Neutrogena® yang diberi untuk dicuba ini mengikut kesesuaiaan kulit aku tau. Antaranya Deep Clean Cleansing Oil to Foam, Deep Clean Foaming Cleanser dan juga Deep Clean Blackhead Eliminating Scrub. Apa fungsi nya? Ok… Aku terangkan satu persatu.

DEEP CLEAN CLEANSING OIL TO FOAM


  • Untuk kulit normal / kombinasi - Dengan ekstrak Rosemary yang kaya dengan Nutrisi dan Antioksidan
  • Proses Dual-transformasi (mengubah dari minyak gel kepada krim lembut berbuih). Menjadikan kulit lembut, mudah dicuci dan membantu kulit berasa bersih dan sihat
  • Minyak-gel yang mengandungi ekstrak daun Oleifera secara perlahan-lahan membuang semua 

DEEP CLEAN FOAMING CLEANSER


  • Pembersih muka yang menyegarkan. Teliti dalam Menghilangkan kotoran, minyak dan sel-sel kulit mati di samping memberikan kawalan minyak yang berpanjangan untuk meningkatkan rupa dan rasa kulit.
  • Formula ini terbukti secara klinikal. Buih berkrim yang membuang kekotoran kulit yang boleh terkumpul di dalam liang seperti minyak berlebihan, kotoran dan make-up.
  • Formula kawalan minyak membantu mengurangkan permukaan minyak yang sama mengekalkan keseimbangan dan kelembapan semula jadi kulit untuk mengekalkan kulit yang jelas, segar dan sihat.
    • Bebas Minyak
    • Diuji Dermatologi
    • Non-comedogenic

DEEP CLEAN BLACKHEAD ELIMINATING SCRUB


  • Membantu untuk menghapuskan bintik hitam dengan berkesan dari yang pertama digunakan dan menghalang bintik hitam datang kembali, untuk kulit yang jelas & sihat!
  • Microbeads yang boleh berkesan, tetapi terkelupas kulit dengan perlahan-lahan
  • "Fighting Complex Blackhead", menembusi jauh ke dalam liang-liang untuk membubarkan minyak yang berlebihan untuk membantu menghapuskan bintik hitam degil. Menghalang pembentukan baru daripada terbentuk dengan penggunaan berterusan.
  • Bahan-bahan semulajadi yang terbukti keberkesanan kawalan minyak. Jelas membantu dan memperbaiki liang.
    • Diuji Dermatologi
    • Oil free Hypoallergenic.
    • Non-comedogenic

Best ker pakai Neutrogena® ni? Apa hasilnya? Mana yang paling best? Tu dia. Soalan cliché yang orang akan tanya kan. Ok… Overall memang best product Neutrogena® ni sebab product Neutrogena® adalah product yang berkualiti tinggi dan terbukti secara saintifik untuk memberikan hasil yang berkesan pada penggunanya.

Aku suka ketiga-tiga product yang terdapat dalam Happy Skin 24/7 kit dari Neutrogena® ni sebab aku dah cuba ketiga-tiganya. Untuk Deep Clean Cleansing Oil to Foam, baunya memang wangi sangat. Hanya tuangkan sedikit saja ditangan… dah berbuih. Sesuai untuk cucian muka dan juga untuk hilangkan kesan solekan. Untuk kaki-kaki make-up, korang boleh cuba nih. Memang best. Deep Clean Foaming Cleanser pulak, pon wangi jugak. Sesuai untuk kulit aku yang ada masanya berminyak jugak ni. Rasa bersih kulit muka lepas pakai.


Dan yang paling aku suka… Deep Clean Blackhead Eliminating Scrub. Tersangatlah best bila pakai. Selalunya kalau scrub lain dia punya texture kasar-kasar kan. Tapi Deep Clean Blackhead Eliminating Scrub dari Neutrogena® tak kasar. Halus dan lembut jer texture nya. Bila kau gosok kat muka pon rasa best sebab kehalusan dan kelembutan texture nya tu. Lepas dah cuci lagi lah tersangat best. Sebab kulit kau rasa halus dan bersih… Halus selembut kulit bayi gittew. Kulit muka pon rasa lembap.

Kalau korang nak kulit muka licin dan tak kasar macam jalan tar tu… ekekeke… Boleh lah try Deep Clean Blackhead Eliminating Scrub dari Neutrogena® ni. Bukan setakat menghaluskan kulit dan mengawal muka yang berminyak macam aku ni. Boleh juga menghapuskan bintik-bintik hitam @ Blackhead degil pada wajah. Packaging pon menarik dan senang dibawa kemana-mana. 

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang product Neutrogena®, boleh layari Facebook [Neutrogena Malaysia] dan Instagram [@neutrogenamy]


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...