Oh! My TUPPERWARE!!!

Monday, July 31, 2017

Oh! My TUPPERWARE!! | Jenama yang tidak asing lagi bagi penggemar-penggemar dan pengumpul-pengumpul bekas makanan berjenama nih. Aku pon tak tahu lah apa istimewanya dengan jenama Tupperware ni sampai orang sanggup berhabis duit membelinya. Termasuklah aku. Tapi tak ada lah fanatik sangat. Bukan murah. Boleh tahan mahal jugak harganya tau. Lagi best, ada yang suka beli sebagai koleksi. Pakai nya tidak. 

Memang best sebenarnya jenama Tupperware ni sebab berkualiti dan designnya pon cantik-cantik. Ini lah puncanya orang orang sanggup berhabis duit. Kadang-kadang rambang mata kau dibuatnya bila tangok catalogue. Rasa macam nak beli semua design yang cantik-cantik. Tapi yang tak bestnya… Bila Tupperware kau jahanam. Jahanam digigit tikus woihhh!!!! Oh! My TUPPERWARE. Tengok lah nih:


Nak nangis dibuatnya. Sakit betul hati aku. Dah lama tikus tak mengganas macam ni kat office. Selalu memang aku letak dalam drawer Tupperware ni. Sekali last week lupa nak letak. Esoknya datang dah serupa gittew jadinya. Sebelum ni ada cubaan menceroboh Tupperware. Tapi tak lepas. Nampak lah kesan gigitan sikit kat tepi penutup tu. 

Dia tak puas hati gamaknya. Gi asah gigi kot sampai pecah habis dikerjakannya. Misi kau berjaya yer tikus. Dengan biskut-biskut habis dibedalnya. Dah kembali mengganas nampaknya tikus ni. Ni kali kedua bekas makanan jenama TUPPERWARE aku digigit tikus. Dah lah bulan lepas si Qhalif pergi jahanam kan sandwich keeper brand TUPPERWARE jugak. Termasuk ni dah 3 tupperware aku rosak... huhuuhuhuhuhuhuhu....

Macam ni lah rupa sandwich keeper tu. Klip penutup tu patah dikerjakan si Iman Qhalif. Aku ada 3 sandwich keeper. Satu dah rosak, tinggal 2. Tambah sadis... Sandwich keeper gambar sesame street macam dalam gambar tu dah hilang dari pandangan mata aku. Tak tahu lah mana dia menyorok. Tinggal satu jadinya daripada tiga. bekas. Nak kena cari jugak ni. Tengok sandwich keeper ni rasa macam nak menambah koleksi balik lah. 

Macam ni lah penangan tupperware. Jangan sekali-kali kau rosakkan atau hilangkan. Kalau korang bekalkan makanan dekat suami pakai bekas tupperware ni, kena pesan jangan bagi hilang atau tertinggal. Memang cari nahas jawabnya. Orang perempuan dan jenama Tupperware memang sensitive sikit. Dengan si qhalif pon aku bising . Sedih woihhh!!!

Note: Kalau pergi kedai tupperware boleh beli tutup saja tak... hurmmm... Nak buang sayang pulak.



You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Labels

Blog Archive