Baju Muslimah Kanak-kanak

Shell baru-baru ini telah melancarkan #StationStories , iaitu siri video dalam talian yang menampilkan cerita sebenar rakyat Malaysia dan p...

SHELL Raikan Rakyat Malaysia Dan Perjalanan Unik Mereka Menerusi Siri VIDEO WEB!!

/
2 Comments
Shell baru-baru ini telah melancarkan #StationStories, iaitu siri video dalam talian yang menampilkan cerita sebenar rakyat Malaysia dan perjalanan mereka yang unik dalam kehidupan. Tanpa skrip, tanpa castings atau pelakon, siri ini hanya bergantung kepada cerita-cerita sahih daripada orang-orang yang berjalan melalui pintu Shell.


  • Mula disiarkan di laman media sosial pada tahun 2015, #StationStories memaparkan kisah benar rakyat Malaysia, yang terdiri daripada pelanggan yang melangkah masuk ke stesen minyak Shell.
  • Kepelbagaian kisah-kisah tersebut adalah  kerana mereka yang berkongsi cerita mempunyai kelainan tersendiri. Ianya disatukan dengan nilai-nilai seperti rasa hormat-menghormati, kesungguhan, kasih sayang dan harapan.
  • Kini dalam tahun ketiga, siri video tersebut telah ditonton sebanyak 11 juta kali sehingga kini.

Shell melancarkan
#StationStories, satu siri web yang memaparkan kisah benar rakyat Malaysia dan keunikan perjalanan hidup mereka. Tanpa skrip, uji bakat atau pelakon, siri tersebut bergantung pada kisah benar pelanggan yang melangkah masuk ke stesen minyak Shell.

Pada tahun 2015, Shell Malaysia mencetuskan satu program transformasi selama tiga tahun yang dikenali sebagai “Welcome to Shell” yang meletakkan para pelanggan sebagai paksi atas dalam apa jua yang dilakukannya. #StationStories disiarkan buat pertama kalinya pada tahun yang sama sebagai platform untuk Shell berhubung dengan rakyat Malaysia dan meraikan kepelbagaian mereka.

Berikutan kejayaan edisi pertama, Shell membawa siri web itu ke tahap yang lebih tinggi pada tahun 2016 dengan menampilkan kisah-kisah perkembangan individu dan cerita yang penuh berinspirasi. Kini dalam tahun ketiga, Shell sekali lagi merakamkan pelbagai kisah yang menyentuh hati, seperti dikongsi oleh pelanggan Shell Malaysia dari seluruh negara.

Ketua Pemasaran Runcit Shell Malaysia, Ben Mahmud berkata, “Shell mengalu-alukan kedatangan lebih 10 juta pengunjung ke stesen-stesen minyaknya setiap minggu. Kami percaya semua orang mempunyai kisah unik mereka yang tersendiri untuk diceritakan, dan #StationStories telah menjadi platform yang membolehkan kami berhubung dengan para pelanggan serta berkongsi kisah mereka sebagai inspirasi kepada orang lain. Selama beberapa tahun ini, #StationStories telah membolehkan kami untuk mengenali pelanggan dengan lebih dekat lagi, dan mengetahui kisah mereka yang berlandaskan nilai-nilai seperti rasa hormat-menghormati, kesungguhan, kasih sayang dan harapan.”

Tambah beliau lagi, “#StationStories menggalakkan netizen untuk berkongsi cerita mereka juga. Maklum balas terhadap #StationStories sangat memberangsangkan dan kami terharu dengan penerimaan tersebut. Kami berharap dapat terus memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia dengan kisah-kisah yang mengetengahkan kepelbagaian dan nilai-nilai umum di negara kita.”



Sehingga kini, #StationStories telah mencatat lebih 11 juta tontonan di laman Facebook dan YouTube. Kaji selidik yang dijalankan oleh Shell menunjukkan bahawa video itu menyumbang kepada tarikan terhadap jenama, dan meningkatkan rasa ingin membeli produk Shell.

Pada majlis pelancaran #StationStories 2017, Shell menayangkan kisah Rasyidah dan Zakiah, edisi terbaharu dalam siri web itu. Bertemakan persahabatan, kisah yang menyentuh hati itu menampilkan dua orang pelajar universiti yang menjadi sahabat karib selama hampir satu dekad. Video #StationStories edisi 2017 akan disiarkan secara berperingkat sepanjang tahun ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai #StationStories, sila layari laman web shell.com.my/stationstories


    


You may also like

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...