12 April 2012 - 12 April 2017 = 5 Tahun  Gigi mana... gigi ☺☺ Alhamdulillah... Harini genap usia anak nombor tiga ni 5 tahun. Umur...

Iman Qhalif Turns 5 Today!!!

/
9 Comments

12 April 2012 - 12 April 2017 = 5 Tahun


 Gigi mana... gigi ☺☺

Alhamdulillah... Harini genap usia anak nombor tiga ni 5 tahun. Umur dah bertambah, tapi badan kecik tak sepadan dengan umur, Makan boleh tahan banyak. Tapi badan tak naik-naik. Risau jugak. Haishhhh,... Perangai pon boleh tahan jugak ni. Buat ibu urut dada hari-hari. Cepat sentap betul tau budak ni. Memang tak boleh di bawak bergurau. Gurau sikit dah sentap. Dia buat orang tak apa. Kalau orang buat dia... hurrmmm... 

Menyemart memang nombor 1. Nak smart jer, Duduk rumah pon nak pakai seluar jeans. Ada masa tidur malam pon ber seluar jeans jugak. Kalau ada benda yang dia tak suka, kau jangan lah paksa. Macam weekend haritu. Ada sukan sekolah PASTI. Boleh dia tak nak pergi. Kau rasa? Hangin jer lah aku. Dah bayar yuran untuk sukan. Boleh dia tak nak pergi. Buat keras dia. tak nak bangun and tak nak mandi. Sehari aku tak layan dia.... hahaha.. Hemak kau bila dah sentap kan. 

Fresh form oven

Macam mana pon perangai awak, Ibu tetap sayang. Selamat Hari Lahir yang ke 5 Iman Qhalif Bin Husaini. Doa ibu semoga Iman Qhalif membesar sebagai anak yang soleh didunia akhirat, bijak pandai, sihat tubuh badan dan berjaya dalam apa jua yang dilakukan. Ibu, Abah, Abang Kimi. Kakak Qahirah dan Adik Harraz sayang Iman Qhalif. Nanti kita potong kek yer.

Note: Aku masih hutang cerita pengalamam lahirkan Iman Qhalif ni... ppffttt...




You may also like

9 comments:

  1. yeyyy dah masuk 5 tahun dia.. Epi besday boyyy... esok anak lea lak masuk 2 tahun.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Selamat hari lahir Imaan Qhalif. Comel je gigi.

    Semoga jadi anak yang baik. Bila dah besar jangan lupa baca blog ibu awak. Banyak entri pasal awak ni :)

    ReplyDelete
  3. Aamiin untuk doa2 akak buat anak2 akak ^^

    ReplyDelete
  4. Happay birthday Iman Qhalif.. Moga jadi anak soleh membahagiakan mak ayah :)

    Eh, sebijik mcm perangai anak no 3 saya.. Bab sentap and lagi satu, high determination... Kalau nak sesuatu, dia akan cuba juga dapatkan sampai dapai... Phew!

    ReplyDelete
  5. Fiza. saya dulu masa kecik2 badan saya pun cekeding jer macam papan, kawan2 lain semua badan besar.huhu. tapi takpe saya membesar dengan sihat. hehhe. Nanti qhaliff pun sama - OK jer - jenis gen kecik

    ReplyDelete
  6. Fiza, gigi qhaliff tu cabut ke atau patah sendiri?

    ReplyDelete
  7. Happy birthday qhaliff, aunty doakan semoga qhaliff membesar menjadi anak yang soleh & berbakti pada ibubapa & agama.

    ReplyDelete
  8. happy belated birthday =)
    semoga jadi anak soleh..

    ReplyDelete
  9. wah dah lima tahun dah dia. happy birthday walaupun lambat hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...