Baju Muslimah Kanak-kanak

Mau tak menggelabah bila temperature kereta tiba-tiba naik. 1st time kena nih. Dan aku pon tak tahu yang itu tanda-tanda yang kereta sedang...

Bila Temperature Kereta Tiba-Tiba Naik !!!

/
0 Comments
Mau tak menggelabah bila temperature kereta tiba-tiba naik. 1st time kena nih. Dan aku pon tak tahu yang itu tanda-tanda yang kereta sedang mengalami high temperature... ppffttt... Memang boleh membahayakan nyawa betul woihhh!!! Kereta boleh terbakar. Kisahnya.....


Balik kerja petang isnin tu. Cuaca hari isnin tu memang panas semacam lah. Macam biasa... Masuk jer kereta terus bukak tingkap kereta. Dah sejuk sikit baru on aircond. On the way balikk tu aku rasa macam aircond tak berapa function. Rasa panas even kau dan kukak 2. Lepas tu terpandang meter dashbord kat sebelah kanan. Erkkkk... Kenapa bar tu naik tinggi sangat?? Yang aku perasan kalau normal bar tu hanya 3 jer. Tak per... Aku buat relax. Off aircond and bukak tingkap. Tapi bar macam tu jugak. Dia turun 4 pastu naik 5.

Aku tak terfikir lagi yang itu tandanya kereta dalam high temperature. Sampai Tadika Qhalif. Aku off enjin. Tapi pelik sebab kereta still berbunyi. Macam bunyi kipas berpusing. Pada hal enjin dah mati. Arghhhh... Mesti ada something wrong somewhere nih. Aku on off engine, pon macam tu jugak bunyinya. Tak per... Amik Harraz pulak. Sampai nursery aku buat benda yang sama. Masih berbunyi. 

Rasa tak sedap hati, aku call husband. Tapi Husband tak boleh nak agak apa masalahnyaa. Aku record and amik sekali gambar meter hantar dekat husband nak tunjuk gambaran sebenar. Sementara tu aku on off kereta nak tahu bunyi ada lagi ker tak. Ok... dah tak ada. Aku masih tak terfikir lagi bahawa bahayanya memandu dalam keadaan temperature tinggi. Terus drive nak amik Qahirah pulak. Dah nak keluar simpang husband call suruh balik rumah terus. Tu tanda temperature kereta tinggi. Kereta boleh terbakar.

Ok... Nasib tak keluar simpang lagi. Terus patah balik rumah. Kereta pon bawak slow-slow and aircond tak bukak. Parking kereta. Off engine tapi masalah yang sama jadi. Bunyi macam kipas masih terpasang. Relax jap. On off macam aku buat kat nursery tadi. Menjadi... phewwwww... Qahirah balik petang tu naik van sekolah.

Apa Nak Buat Bila Temperature Kereta Naik?


Sepatutnya bila temperature kereta dah tinggi kau kena cepat-cepat berhentikan kereta di tepi jalan. Buka bonet depan, biarkan seketika enjin sedikit sejuk barulah periksa apa yang rosak. Alhamdulillah... Allah pelihara perjalanan balik aku anak beranak. Kau bayangkanlah aku drive dari Cyberjaya ke Bangi dalam keadaan meter 5 bar (macam dalam gambar tu). Tak ker bahaya. Bila tak tau ilmu pasal kereta macam ni lah. Main redah jer.

Antara penyebab boleh mengakibatkan suhu naik antaranya air cooling radiator kering, radiator tersumbat, drain screw radiator longgar, tidak menutup penutup radiator dengan baik, sensor suhu tak betul, hos penyambung ke radiator bocor, water pump rosak atau tersumbat, kipas radiator atau termostat rosak. Hamek kau... Satu benda pon aku tak tahu. Yang aku tahu, tempat isi air tu masih penuh. 

Semalam dah hantar kereta masuk bengkel. Terpaksalah emergency leave semalam. Pagi hantar kereta petang baru siap. Total kena RM210. Dalam keadaan nak tunggu gaji ni kan. Faham-faham jer lah :-(

Note: Orang perempuan, sila amik tahu pasal kereta. Peringatan buat diri sendiri.





You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...