Perkongsian dari group Bandar Baru Bangi Community. Apa perasaan korang bila baca statement ni? Rasa biasa? Atau tak ada perasaan langsung?...

Biarkan Anak Balik Sekolah Seorang Diri | PARENTS... Please Take Note

/
11 Comments
Perkongsian dari group Bandar Baru Bangi Community. Apa perasaan korang bila baca statement ni? Rasa biasa? Atau tak ada perasaan langsung? Kalau tak ada rasa apa-apa memang korang jenis tak ada perasaan. Aku yang baca ni rasa macam nak nangis... Speechless. Terus teringat dekat anak sendiri yang tengah sekolah tu. 


Dari komen-komen yang aku baca. Budak ni sekolah dekat Seksyen 7, Bangi. Rumah dia dekat Seksyen 8, Bangi. Kelas koko setiap hari Rabu. Kalau ada kelas koko dia kena blik sekolah jalan kaki. Kelas koko habis pukul 4.00 pm kalau tak silap. Kalau korang nak tahu, dari seksyen 7 nak ke seksyen 8 tu jaraknya boleh tahan jauh jugak. Kau kena lalu roundabout. Jalan yang boleh tahan sesak. Tak tahu lah kalau budak ni lalu short cut. Tapi dari penceritaan, budak ni ikut roundabout dan bukan jalan short cut.

Kau bayangkan dengan keadaan cuaca yang ada masa nya hujan dan panas terik. Dan kebetulan petang rabu tu hujan. Balik sekolah jalan kaki dalam keadaan hujan dan basah. Allah... Kesian sangat-sangat. Yang aku hairan, parents budak ni tak risau ke dengan keselamatan anak dia ni? Buatnya yang nak tumpangkan anak dia balik tu orang jahat? Zaman sekarang kau kena fikir keselamatan anak jugak. Zaman dulu dengan sekarang lain. Dulu aku pergi sekolah agama jalan kaki jer. Agak jauh jugak dari rumah. Tapi dulu jenayah tak macam sekarang. Totally different.

Bersangka baik. Mungkin 2 bijik kereta yang ada kat rumah tu rosak. Kalau rosak, kau kena ada planning macam mana nak amik anak. Atau mungkin emak budak ni ada masalah lain yang buat dia tak boleh amik anak dia. Atau mungkin mak dia dalam pantang. Kalau korang nak tahu, dah 5 orang pernah hantar budak ni balik. Maknanya parents dia memang tak kisah pon pasal keselamatan anak dia. Baca nih:


Tahun lepas mak dia dalam pantang. Tahun ni? Pantang jugak ker? Bagi aku simple jer. Kalau kau dan suami ada hal dan memang tak boleh amik anak balik dari koko, kau cakap dengan anak tak payah pergi kelas koko. Kalau anak kau nak pergi jugak, kau upah lah jiran atau van untuk tolong ambilkan. Hari biasa aku tak tahu budak ni balik macam mana. Yang cerita ni kalau ada kelas koko (kokurikulum) mak dia suruh balik jalan kaki. 

Kalau korang nak tahu, budak ni Darjah 6. Owh... mungkin parents ni nak ajar anak dia berdikari. Hello... Kalau nak ajar anak berdikari, bukan macam ni caranya. Ini kau dah bahayakan nyawa dan keselamatan anak kau sendiri. Orang jahat ada dimana-mana. Depan mata kau pon diorang boleh culik inikan jalan kaki sorang balik rumah. Petik jari jer. 

Aku anak balik lambat pon aku dah risau even dia naik van sekolah. Ada satu hari tu dah pukul 7.30 pm pon tak sampai rumah lagi, Aku dah risau. Selalunya pukul 7.00 pm dah sampai rumah. Suruh husband call van. Rupanya van hantar budak lain dulu sebab budak tu sakit perut. Lega rasa. Nak biar anak aku main kat luar pon aku dah risau. Inikan nak biar anak balik jalan kaki. Tapi since diorang dah sekolah ni, baru aku bagi kelonggaran sikit nak main kat bawah. Dengan syarat, abang dia kena ada. 

Macam Iman Hakimi pulak, since dia dah berkawan ni, aku limitkan jarak dia. Paling jauh pon pergi flat sebelah dengan surau jer. Habis majlis kat surau terus balik. Lebih dari tu tak boleh. Kekadang aku naik risau nengok budak-budak naik basikal. Melintas jalan besar pergi kedai. Allah... tak risau ker parents dia biarkan anak naik basikal tanpa pengawasan orang dewasa. 

Untuk budak ni memang aku sedih dan kesian sangat-sangat. Aku tak dapat bayang kan budak sekolah balik jalan kaki dalam keadaan hujan. Kalau korang duduk bangi, korang boleh tahu jarak dari seksyen 7 nak ke seksyen 8 tu. Boleh tahan jauh tau. Kalau rumah dekat dengan sekolah aku tak kisah. Semoga anak ini sentiasa dibawah lindunganNYA. Syabas pada warga Bangi yang prihatin hantar budak ni balik. For you PARENTS... Tolonglah... Jangan abaikan keselamatan anak. Jangan bahayakan nyawa anak sendiri. 

Bukan nak mengaibkan parents budak ni sebab aku pon tak tahu siapa parents dia dan budak tu pon aku tak kenal. Cuma kita amik pengajaran dari cerita ni. Jangan bila jadi apa-apa yang tak elok pada anak baru nak menyesal. 

Note: Even aku suka bertekak dengan anak-anak, tapi bab keselamatan diorang aku jaga betul-betul, Especially kalau kat luar. Lantak lah kau nak pandang-pandang jeling-jeling bila aku jerit kat anak. Yang penting anak aku ada depan mata. Sebab si qhalif dengan qhahirah ni suka jalan menonong... ppffttt...





You may also like

11 comments:

  1. sama la fiza...suka ati org nak ckp apa..yg penting dorang takde pape..biar dorang menangis skrng dripd kita menangis kemudian hari...tak sanggup nak bayangkan..tolongla parents2 oi...prihatin la sikit..tlngla arrange sesape ke amikkan budak ni kan? berlambak kot org bagi servic pick up deliver antor anak2 ni...adoiiii...pening laa...tak pahammm

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar... takutnya bila tgk budak2 jalan sorang2... selalu liez igtkan diri sendiri walaupun anak2 tak sekolah lagi... jgn lepaskan anak2 jln sorang2 walaupun kita dekat belakang dia... sbb klau yg nak buat jahat.. boleh je bwk lari depan mata kita..

    ReplyDelete
  3. fae yang baca pulak rasa geram. betul cakap akak, zaman dulu lain dan sekarang macam2 jenayah gila blh berlaku kalo kita leka sikit. semoga budak tu sentiasa dalam lindungan Allah. aamiin...

    ReplyDelete
  4. tak perasan pulak kisah ni kat grup.. diorg ni jenis dah berlaku kejadian baru nak insaf bagai

    ReplyDelete
  5. ya Allah.. kalau kita risau kan anak orang lain, apatah lagi anak sendiri kan.. em.. macam2 kes saya dengar sejak anak dah masuk sekolah darjah 1.. ada tu anak tunggu mak / ayah sampai terlelap kat kantin.. ada tu tertinggal bas tapi pukul 8 lebih baru mak / ayah datang jemput..

    ReplyDelete
  6. Yang penting keselamatan anak kena jaga.jenayah ada di mana-mana tau..allahu...kesiannya kat budak tu

    ReplyDelete
  7. Baca ni pun jadi geram. Boleh pula biar anak tu balik rumah sorang-sorang tengah hujan. Cuba juga untuk bersangka baik, tapi macam tak boleh. Kereta ada dua bijik. Dan dah ramai pulak tu yang hantar anak dia balik. Agaknya dia seronok kot ada orang yg hantar anak dia balik. Tak payah pergi ambil. Jangan dah jadi sesuatu nanti baru nak menyesal sudahla. Nasi dah jadi bubur.

    ReplyDelete
  8. Masaf cakap fiza,
    Ibu bapa macam ni pandai ..... je. Tapi tanggongjawab ambik mudah.

    Maaf, sebab saya tersentuh baca entry ni.

    ReplyDelete
  9. betul fiza, akak ni pun suka berperang dengan anak2 tapi bab keselamatn dorang memang takde kompromi..biarlah bayar lebih amik transport dari nak suruh dorang naik basikal atau jalan kaki

    ReplyDelete
  10. Kita rasa mmg tak patut mak dia buat mcm tu tp kalau dah mak dia tak ambik kisah kita org luar nak buat mcm mana?

    Doakan ajelah budak tu selamat dan mak bapaknya berubah

    ReplyDelete
  11. no way la aida kasik anak2 aida balik sendiri jalan kaki sejauh tu, fiza.
    dia dah la penat. blaja dari pagi ke ptg. makan minum x tentu arah hari tu.
    maybe mengantuk ke hape ke. sian la... sayu hati baca citer fiza ni.
    maybe mak dia yakin yg anak dia takkan diculik or apa2. Allahu Akbar.
    anak tu. bukan kucing ke burung ke...
    moga Allah pelihara la anak tu kalau memang mak abah dia acuh tak acuh aje membesarkan dia. selamatkan la anak tu gi balik dari menuntut ilmu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...