Personalized Mother’s Day Gift Sempena Hari Ibu | Bulan mei memang dah sinonim dengan sambutan hari ibu kan. Memandangkan hari ibu bakal ...

Personalized Mother’s Day Gift Sempena Hari Ibu | Bulan mei memang dah sinonim dengan sambutan hari ibu kan. Memandangkan hari ibu bakal tiba tak lama lagi, mesti korang tengah fikir nak bagi hadiah apa untuk ibu/mak/mama tersayang kan. Buat suami juga tak terkecuali. Bagi lah sesuatu buat isteri dan ibu kepada anak korang. Kalau tak tau nak bagi apa, meh aku bagi idea.


Personalized Mother’s Day Gift Sempena Hari Ibu


Apa kata korang bagi Personalized Mother’s Day Gift Sempena Hari Ibu dengan personalized mug macam ni. Cute kan... hehehe... Boleh pilih nak letak gambar apa. Boleh letak gambar family atau nak letak gambar ibu sahaja pon boleh. Yang bestnya kan, kat bahagian dalam mug ni tak kosong tau sebab ada corak dalam tu. Memang bestlah Personalized Mother’s Day Gift Sempena Hari Ibu ni.


Menarik sangat kan. Kalau korang nak tahu. motto mug ni dihasilkan oleh BestSub Malaysia yang merupakan pembekal sehenti untuk produk pemejalwapan yang menawarkan pelbagai jenis produk, seperti produk bersalut seramik (eg: Mug, jubin, plat, dan lain-lain), kes-kes pemejalwapan, alat pemejalwapan, haba mesin akhbar, aksesori, produk kain dan lain-lain produk pemejalwapan berkaitan. Sesuai sangat dengan slogan 'Best Sublimation Expert'


#makanakempat dengan personalized mug nya sempena Hari Ibu ☺☺


Antara Design Motto Mug


Antara design untuk Happy Mother's Day. Tempahan untuk motto mug bukan hanya untuk Mother's Day saja tau. Tempahan untuk Birthday dan juga Valentine's Day turut disediakan. Tak payah pening kepala nak beli hadiah apa. 


Cantik kan. Tak teringin ker nak tempah? Masih sempat lagi kalau nak tempah sempena Hari Ibu yang bakal tiba ni. Harga pon tak mahal. Hanya RM30.00 untuk personalized mug macam ni. Kalau korang nak tahu lebih lanjut atau ada sebarang pertanyaan atau nak buat tempahan. Info ada kat bawah ni:

Tel 

 019-9858151 (Ms. Elaine) 
 019-3231515 (Mr. Steven)

Email

enquiry@libertyprinting.com.my





Waktu Operasi

Isnin - Sabtu : 9 pagi - 6 petang

Alamat

BestSub Malaysia, Liberty Printing Sdn. Bhd. (1080784-T),  Sublimation Blank Supplier:
Address: 6, 6A & 6B, Jalan Harmoni 1A/KU3, Kristal Klang Commercial Centre, 42100 Klang.


Selamat Tambah Umur Husband HUSAINI MOHD TAIB. Tak lama lagi nak masuk 4 series dah. Sebelum ni rajin jugak buat kek. Tapi lately macam moo...

Selamat Tambah Umur Husband HUSAINI MOHD TAIB. Tak lama lagi nak masuk 4 series dah. Sebelum ni rajin jugak buat kek. Tapi lately macam mood baking merudum. Sorry husband. Tak ada hadiah yang special kecuali hadiah anak-anak yang 4 orang tu jer. Selain dari ucapan pukul dua belas lebih tengah malam tadi. Semoga dikurniakan Iman yang sempurna. Dilimpahi rezeki yang berkat, kesihatan yang berpanjangan dan dijauhkan dari mara bahaya yang tak diingini.... Aamiin... 


Doa isterimu ini... Semoga dikurniakan Iman yang sempurna. Semakin disayang Allah dan menyayangi Allah. Dilimpahi rezeki yang berkat, kesihatan yang berpanjangan dan dijauhkan dari mara bahaya yang tak diingini.... Aamiin... 

#abahanakempat

HAPPY BIRTHDAY TO YOU ABAH!!! We LOVE you so much.

Note: Mereput lagi kat umah cuti nih. Orang tu kena standby... huhuhu... 


Woot... woot... Buat pencinta-pencinta makanan yang suka makan, kuat makan dan suka jalan-jalan cari makan. Ni ada acara menarik untuk kora...

Woot... woot... Buat pencinta-pencinta makanan yang suka makan, kuat makan dan suka jalan-jalan cari makan. Ni ada acara menarik untuk korang menikmati pelbagai jenis makanan di PjH Food Truck Fiesta @ Menara PjH


Weekend ni kalau korang tak ada apa-apa aktiviti jom terjah PjH Food Truck Fiesta yang akan berlangsung di Menara PjH Precint 2, Putrajaya. Bawak family, bagitau jiran-jiran dan kawan-kawan datang sini makan-makan sebab ada macam-macam makanan yang tersangatlah menarik perhatian. Antaranya... KAMBING BAKAR, SOTONG BAKAR, SATAY, MAGGIE KETAM dan macam-macam lagi lah.

Kambing Bakar 


Satay

Maggie Ketam




Yang menariknya, ada busker performance. Sambil makan sambil dengar lagu gittew kan. Ada clown party. Anak-anak mesti suka nih. Dan yang paling best, korang berpeluang memenangi iPhone dalam cabaran selfie/wefie di PjH Food Truck Fiesta ni tau. Siap yang suka selfie/wefie ni boleh lah datang dini. mana tahu boleh menang iPhone. 

Jangan lupa minggu ni tau. Save the date for @pjhfoodtruckfiesta on 29 April 2017 (Sabtu) @ 5.00 pm - 10.30 pm. More detail boleh terjah:

Facebook


Instagram


Address

Menara PjH 
No. 2, Jalan Tun Abdul Razak
Precint 2, 62100 Putrajaya




Memang annoying sangat. Masa nak pinjam, bukan main lagi pujuk rayu. Terdesak sangat nak pakai duit. Si pemurah hati ni pon bagilah pinjam....

Memang annoying sangat. Masa nak pinjam, bukan main lagi pujuk rayu. Terdesak sangat nak pakai duit. Si pemurah hati ni pon bagilah pinjam. Orang hati tisu memang macam ni. Tak boleh tengok orang yang dalam kesusahan. Bagi lah pinjam. Bila si peminjam ni dah ada duit lebih, boleh pulak lupa dengan hutang dia. Sengaja buat-buat lupa? Memang lupa ingatan yang dia pernah berhutang? Atau memang jenis dah berhutang tak reti nak bayar balik.

Yang aku hairan, berjalan sana sini ada duit. Makan best-best ada duit. Beli itu ini, ada jer duitnya. Tapi kenapa hutang orang kau tak reti nak bayar? Alahhhh… Si pemberi hutang tak minta hutang dia. Relax lah. Hello!!!! Kau tahu tak yang si pemberi hutang ni rasa malu nak minta hutang dia di bayar. Kau sebagai penghutang faham-faham sendiri lah nak bayar. Tak kan nak tunggu orang mintak baru nak bayar. Selagi tak mintak selagi tu lah kau tak bayar yerp.

Baca... fahamkan dan mohon terasa pada yang berkenaan (Sumber: SINI)

Ada yang lagi best. Dapat duit berpuluh ribu. Tapi hutang orang yang dah lama tu tak reti nak bayar. Orang yang bagi duit ni sangat lah bagus nak menolong kau. Dapatkan balik barang kau sebab kesian tak ada transport nanti. Dulu kata nak ganti. Sebelum dapat duit, siap minta nombor account. Bila dah dapat duit, terus kelabu mata. Hutang orang yang kau janji nak bayar… janji tinggal janji. Boleh pulak kata duit dah simpan masuk TH. Tak boleh ker asingkan duit hutang kau dulu?

Kisah diatas berdasarkan kisah orang disekeliling aku. Entahlah… Bila cakap pasal HUTANG ni aku jadi sakit hati. Tak takut dosa ker? Tahu kan dosa berhutang ni. Even kau mati syahid, tapi kalau ada hutang yang kau tak langsaikan, roh kau akan tergantung. Nak halalkan? Bukan sikit… Makan ribu. Si pemberi hutang pon bukan orang senang. Gaji cukup-cukup makan. Kadang-kadang tak kluar makan sebab nak jimat duit.

Kalau kau mampu halalkan semua hutang orang pada kau, kau memang hebat. Aku tak sehebat itu nak halalkan semua. Duit gaji bulan² banyak tolak sebab bayar hutang kereta dia yang dibeli atas nama aku. 10 tahun aku terpaksa menahan azab bayar hutang koperasi sebanyak RM11,200.00. Satu jumpah yang besar untuk orang bergaji kecik macam aku ditambah dengan kos sara hidup yang tinggi.


Untuk yang berhutang tapi tak reti nak bayar balik. Bak kata [Dr Zulkifli Mohamed Sharif]… Si pemberi hutang minta hutang di bayar bukan kerana pentingnya hutang itu. Tetapi adalah usaha kita untuk menyelamatkan si penghutang dari menerima pembalasan tidak membayar hutang di akhirat kelak. Tak bagi… kesian. Dah bagi… Senyap seribu Bahasa. 

Note: Masih menunggu hutang aku dibayar.



Ramadan adalah bulan yang mulia di mana umat Islam berpuasa dan bersyukur dengan nikmat kurniaan, serta menjalankan persiapan bagi menyambu...

Ramadan adalah bulan yang mulia di mana umat Islam berpuasa dan bersyukur dengan nikmat kurniaan, serta menjalankan persiapan bagi menyambut Aidilfitri. Bermula dengan mengemas rumah, membeli baju baru, merancang menu berbuka puasa, sehingga membuat kuih raya, ini sememangnya musim yang sangat sibuk buat semua.


Sempena bulan yang mulia ini, Dettol dan Air Wick mengambil kesempatan untuk memastikan anda kekal bebas dan terlindung daripada kuman sebelum anda sibuk menjalankan persiapan sepanjang musim perayaan ini, dan pada masa yang sama, memastikan rumah anda kekal harum bagi pengunjung dan orang tersayang, terutamanya setelah memasak juadah Ramadan mahupun Aidilfitri! 

Bayangkan adanya warna-warna menarik untuk menghidupkan suasana di ruang tamu apabila ada yang berkunjung. Sepanjang bulan Mei dan Jun 2017, anda hanya perlu berbelanja sebanyak RM25 atau lebih bagi produk-produk Dettol dan/atau Air Wick dalam satu resit, dan anda layak mendapat sebuah bekas kuih Raya untuk menyimpan kuih-muih kegemaran anda. Kumpul keempat-empat warna untuk menceriakan rumah anda! Semuanya boleh anda dapati di farmasi utama dan pasar raya di Malaysia. 


Bukan itu sahaja! Layari laman Facebook Dettol Malaysia untuk mendapatkan Resepi Koleksi Khas daripada Chef Anis Nabilah, sertai pertandingan dalam talian kami dan anda mungkin berpeluang untuk membuat kuih bersama chef selebriti, Anis Nabilah! Anis dikenali ramai sebagai seorang chef yang versatil dalam masakan Malaysia dan antarabangsa, dan merupakan hos bagi beberapa rancangan masakan yang popular, seperti Eat Clean with Anis di Astro Bella dan 1, 2… Bakar! di TV3. 


Dengan pembelian produk-produk Dettol dan/atau Air Wick yang bernilai RM25 itu, hantarkan penyertaan anda di laman Facebook Dettol Malaysia (www.facebook.com/DettolMalaysia) dan siapa tahu – anda mungkin menjadi salah seorang antara 8 pemenang yang dapat membuat kuih bersama Chef Anis Nabilah! Tempoh pertandingan adalah dari 1 hingga 14 hari bulan Mei 2017, jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini. Pertandingan dalam talian Dettol ini terbuka  kepada rakan runcit terpilih Dettol iaitu Mydin, Econsave, Giant dan Tesco.  

Tiffany Tang, Pengarah Pemasaran RB Malaysia & Singapura, berkongsi keterujaannya akan kerjasama bersama Chef Anis Nabilah untuk menceriakan persediaan Hari Raya tahun ini. “Kami gembira dapat bekerjasama dengan Chef Anis bagi kempen Raya tahun ini, dan Chef Anis juga telah menghasilkan beberapa resipi kuih Raya yang unik khas hanya untuk kami! Anis merupakan salah seorang chef kegemaran Malaysia, dan kami ingin membawakan sedikit kegembiraan di rumah setiap rakyat Malaysia dengan perwatakannya yang ceria dan juga mengeratkan silaturahim dengan menggalakkan semua orang untuk meluangkan lebih banyak masa bersama menerusi aktiviti seperti membuat kuih dan biskut raya,” kata Tang lagi.     

“Reckitt Benckiser sentiasa berusaha untuk menggembirakan para penggunanya dengan produk inovatif dan berkesan yang dapat menyihatkan para pengguna dan menceriakan seisi keluarga. Dengan Dettol dan Air Wick serta Resepi Koleksi Khas Chef Anis Nabilah untuk menyambut Ramadan tahun ini, kami benar-benar berharap agar kami dapat mengeratkan silaturahim antara ahli keluarga dalam kalangan masyarakat Malaysia,”  kata Tang. 


Chef Anis Nabilah turut meluahkan kegembiraannya untuk menyambut Raya hari ini bersama Dettol dan Air Wick. “Ramadan sentiasa merupakan bulan yang sibuk bagi saya kerana saya perlu membuat persiapan Raya, daripada menyediakan makanan sehinggalah membuat kuih Raya bagi keluarga dan rakan-rakan. Satu tip yang ingin saya kongsikan kepada semua adalah betapa pentingnya bagi anda untuk memastikan kebersihan ruangan dan alatan memasak, dan jangan lupa untuk membasuh tangan sebelum dan selepas memasak atau membuat kuih. Setelah penat memasak, saya pastikan rumah saya kekal harum dengan semburan wangian Air Wick – saya lebih menggemari semburan wangian automatik kerana ia memudahkan saya!”

Kami berharap agar Ramadan kalian berjalan dengan tenang dan penuh keberkatan dengan perlindungan bebas kuman dari Dettol serta wangian Air Wick di rumah. Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook Dettol Malaysia bermula dari bulan Mei. 

Perkongsian dari group Bandar Baru Bangi Community. Apa perasaan korang bila baca statement ni? Rasa biasa? Atau tak ada perasaan langsung?...

Perkongsian dari group Bandar Baru Bangi Community. Apa perasaan korang bila baca statement ni? Rasa biasa? Atau tak ada perasaan langsung? Kalau tak ada rasa apa-apa memang korang jenis tak ada perasaan. Aku yang baca ni rasa macam nak nangis... Speechless. Terus teringat dekat anak sendiri yang tengah sekolah tu. 


Dari komen-komen yang aku baca. Budak ni sekolah dekat Seksyen 7, Bangi. Rumah dia dekat Seksyen 8, Bangi. Kelas koko setiap hari Rabu. Kalau ada kelas koko dia kena blik sekolah jalan kaki. Kelas koko habis pukul 4.00 pm kalau tak silap. Kalau korang nak tahu, dari seksyen 7 nak ke seksyen 8 tu jaraknya boleh tahan jauh jugak. Kau kena lalu roundabout. Jalan yang boleh tahan sesak. Tak tahu lah kalau budak ni lalu short cut. Tapi dari penceritaan, budak ni ikut roundabout dan bukan jalan short cut.

Kau bayangkan dengan keadaan cuaca yang ada masa nya hujan dan panas terik. Dan kebetulan petang rabu tu hujan. Balik sekolah jalan kaki dalam keadaan hujan dan basah. Allah... Kesian sangat-sangat. Yang aku hairan, parents budak ni tak risau ke dengan keselamatan anak dia ni? Buatnya yang nak tumpangkan anak dia balik tu orang jahat? Zaman sekarang kau kena fikir keselamatan anak jugak. Zaman dulu dengan sekarang lain. Dulu aku pergi sekolah agama jalan kaki jer. Agak jauh jugak dari rumah. Tapi dulu jenayah tak macam sekarang. Totally different.

Bersangka baik. Mungkin 2 bijik kereta yang ada kat rumah tu rosak. Kalau rosak, kau kena ada planning macam mana nak amik anak. Atau mungkin emak budak ni ada masalah lain yang buat dia tak boleh amik anak dia. Atau mungkin mak dia dalam pantang. Kalau korang nak tahu, dah 5 orang pernah hantar budak ni balik. Maknanya parents dia memang tak kisah pon pasal keselamatan anak dia. Baca nih:


Tahun lepas mak dia dalam pantang. Tahun ni? Pantang jugak ker? Bagi aku simple jer. Kalau kau dan suami ada hal dan memang tak boleh amik anak balik dari koko, kau cakap dengan anak tak payah pergi kelas koko. Kalau anak kau nak pergi jugak, kau upah lah jiran atau van untuk tolong ambilkan. Hari biasa aku tak tahu budak ni balik macam mana. Yang cerita ni kalau ada kelas koko (kokurikulum) mak dia suruh balik jalan kaki. 

Kalau korang nak tahu, budak ni Darjah 6. Owh... mungkin parents ni nak ajar anak dia berdikari. Hello... Kalau nak ajar anak berdikari, bukan macam ni caranya. Ini kau dah bahayakan nyawa dan keselamatan anak kau sendiri. Orang jahat ada dimana-mana. Depan mata kau pon diorang boleh culik inikan jalan kaki sorang balik rumah. Petik jari jer. 

Aku anak balik lambat pon aku dah risau even dia naik van sekolah. Ada satu hari tu dah pukul 7.30 pm pon tak sampai rumah lagi, Aku dah risau. Selalunya pukul 7.00 pm dah sampai rumah. Suruh husband call van. Rupanya van hantar budak lain dulu sebab budak tu sakit perut. Lega rasa. Nak biar anak aku main kat luar pon aku dah risau. Inikan nak biar anak balik jalan kaki. Tapi since diorang dah sekolah ni, baru aku bagi kelonggaran sikit nak main kat bawah. Dengan syarat, abang dia kena ada. 

Macam Iman Hakimi pulak, since dia dah berkawan ni, aku limitkan jarak dia. Paling jauh pon pergi flat sebelah dengan surau jer. Habis majlis kat surau terus balik. Lebih dari tu tak boleh. Kekadang aku naik risau nengok budak-budak naik basikal. Melintas jalan besar pergi kedai. Allah... tak risau ker parents dia biarkan anak naik basikal tanpa pengawasan orang dewasa. 

Untuk budak ni memang aku sedih dan kesian sangat-sangat. Aku tak dapat bayang kan budak sekolah balik jalan kaki dalam keadaan hujan. Kalau korang duduk bangi, korang boleh tahu jarak dari seksyen 7 nak ke seksyen 8 tu. Boleh tahan jauh tau. Kalau rumah dekat dengan sekolah aku tak kisah. Semoga anak ini sentiasa dibawah lindunganNYA. Syabas pada warga Bangi yang prihatin hantar budak ni balik. For you PARENTS... Tolonglah... Jangan abaikan keselamatan anak. Jangan bahayakan nyawa anak sendiri. 

Bukan nak mengaibkan parents budak ni sebab aku pon tak tahu siapa parents dia dan budak tu pon aku tak kenal. Cuma kita amik pengajaran dari cerita ni. Jangan bila jadi apa-apa yang tak elok pada anak baru nak menyesal. 

Note: Even aku suka bertekak dengan anak-anak, tapi bab keselamatan diorang aku jaga betul-betul, Especially kalau kat luar. Lantak lah kau nak pandang-pandang jeling-jeling bila aku jerit kat anak. Yang penting anak aku ada depan mata. Sebab si qhalif dengan qhahirah ni suka jalan menonong... ppffttt...



Mau tak menggelabah bila temperature kereta tiba-tiba naik. 1st time kena nih. Dan aku pon tak tahu yang itu tanda-tanda yang kereta sedang...

Mau tak menggelabah bila temperature kereta tiba-tiba naik. 1st time kena nih. Dan aku pon tak tahu yang itu tanda-tanda yang kereta sedang mengalami high temperature... ppffttt... Memang boleh membahayakan nyawa betul woihhh!!! Kereta boleh terbakar. Kisahnya.....


Balik kerja petang isnin tu. Cuaca hari isnin tu memang panas semacam lah. Macam biasa... Masuk jer kereta terus bukak tingkap kereta. Dah sejuk sikit baru on aircond. On the way balikk tu aku rasa macam aircond tak berapa function. Rasa panas even kau dan kukak 2. Lepas tu terpandang meter dashbord kat sebelah kanan. Erkkkk... Kenapa bar tu naik tinggi sangat?? Yang aku perasan kalau normal bar tu hanya 3 jer. Tak per... Aku buat relax. Off aircond and bukak tingkap. Tapi bar macam tu jugak. Dia turun 4 pastu naik 5.

Aku tak terfikir lagi yang itu tandanya kereta dalam high temperature. Sampai Tadika Qhalif. Aku off enjin. Tapi pelik sebab kereta still berbunyi. Macam bunyi kipas berpusing. Pada hal enjin dah mati. Arghhhh... Mesti ada something wrong somewhere nih. Aku on off engine, pon macam tu jugak bunyinya. Tak per... Amik Harraz pulak. Sampai nursery aku buat benda yang sama. Masih berbunyi. 

Rasa tak sedap hati, aku call husband. Tapi Husband tak boleh nak agak apa masalahnyaa. Aku record and amik sekali gambar meter hantar dekat husband nak tunjuk gambaran sebenar. Sementara tu aku on off kereta nak tahu bunyi ada lagi ker tak. Ok... dah tak ada. Aku masih tak terfikir lagi bahawa bahayanya memandu dalam keadaan temperature tinggi. Terus drive nak amik Qahirah pulak. Dah nak keluar simpang husband call suruh balik rumah terus. Tu tanda temperature kereta tinggi. Kereta boleh terbakar.

Ok... Nasib tak keluar simpang lagi. Terus patah balik rumah. Kereta pon bawak slow-slow and aircond tak bukak. Parking kereta. Off engine tapi masalah yang sama jadi. Bunyi macam kipas masih terpasang. Relax jap. On off macam aku buat kat nursery tadi. Menjadi... phewwwww... Qahirah balik petang tu naik van sekolah.

Apa Nak Buat Bila Temperature Kereta Naik?


Sepatutnya bila temperature kereta dah tinggi kau kena cepat-cepat berhentikan kereta di tepi jalan. Buka bonet depan, biarkan seketika enjin sedikit sejuk barulah periksa apa yang rosak. Alhamdulillah... Allah pelihara perjalanan balik aku anak beranak. Kau bayangkanlah aku drive dari Cyberjaya ke Bangi dalam keadaan meter 5 bar (macam dalam gambar tu). Tak ker bahaya. Bila tak tau ilmu pasal kereta macam ni lah. Main redah jer.

Antara penyebab boleh mengakibatkan suhu naik antaranya air cooling radiator kering, radiator tersumbat, drain screw radiator longgar, tidak menutup penutup radiator dengan baik, sensor suhu tak betul, hos penyambung ke radiator bocor, water pump rosak atau tersumbat, kipas radiator atau termostat rosak. Hamek kau... Satu benda pon aku tak tahu. Yang aku tahu, tempat isi air tu masih penuh. 

Semalam dah hantar kereta masuk bengkel. Terpaksalah emergency leave semalam. Pagi hantar kereta petang baru siap. Total kena RM210. Dalam keadaan nak tunggu gaji ni kan. Faham-faham jer lah :-(

Note: Orang perempuan, sila amik tahu pasal kereta. Peringatan buat diri sendiri.



Shell baru-baru ini telah melancarkan #StationStories , iaitu siri video dalam talian yang menampilkan cerita sebenar rakyat Malaysia dan p...

Shell baru-baru ini telah melancarkan #StationStories, iaitu siri video dalam talian yang menampilkan cerita sebenar rakyat Malaysia dan perjalanan mereka yang unik dalam kehidupan. Tanpa skrip, tanpa castings atau pelakon, siri ini hanya bergantung kepada cerita-cerita sahih daripada orang-orang yang berjalan melalui pintu Shell.


  • Mula disiarkan di laman media sosial pada tahun 2015, #StationStories memaparkan kisah benar rakyat Malaysia, yang terdiri daripada pelanggan yang melangkah masuk ke stesen minyak Shell.
  • Kepelbagaian kisah-kisah tersebut adalah  kerana mereka yang berkongsi cerita mempunyai kelainan tersendiri. Ianya disatukan dengan nilai-nilai seperti rasa hormat-menghormati, kesungguhan, kasih sayang dan harapan.
  • Kini dalam tahun ketiga, siri video tersebut telah ditonton sebanyak 11 juta kali sehingga kini.

Shell melancarkan
#StationStories, satu siri web yang memaparkan kisah benar rakyat Malaysia dan keunikan perjalanan hidup mereka. Tanpa skrip, uji bakat atau pelakon, siri tersebut bergantung pada kisah benar pelanggan yang melangkah masuk ke stesen minyak Shell.

Pada tahun 2015, Shell Malaysia mencetuskan satu program transformasi selama tiga tahun yang dikenali sebagai “Welcome to Shell” yang meletakkan para pelanggan sebagai paksi atas dalam apa jua yang dilakukannya. #StationStories disiarkan buat pertama kalinya pada tahun yang sama sebagai platform untuk Shell berhubung dengan rakyat Malaysia dan meraikan kepelbagaian mereka.

Berikutan kejayaan edisi pertama, Shell membawa siri web itu ke tahap yang lebih tinggi pada tahun 2016 dengan menampilkan kisah-kisah perkembangan individu dan cerita yang penuh berinspirasi. Kini dalam tahun ketiga, Shell sekali lagi merakamkan pelbagai kisah yang menyentuh hati, seperti dikongsi oleh pelanggan Shell Malaysia dari seluruh negara.

Ketua Pemasaran Runcit Shell Malaysia, Ben Mahmud berkata, “Shell mengalu-alukan kedatangan lebih 10 juta pengunjung ke stesen-stesen minyaknya setiap minggu. Kami percaya semua orang mempunyai kisah unik mereka yang tersendiri untuk diceritakan, dan #StationStories telah menjadi platform yang membolehkan kami berhubung dengan para pelanggan serta berkongsi kisah mereka sebagai inspirasi kepada orang lain. Selama beberapa tahun ini, #StationStories telah membolehkan kami untuk mengenali pelanggan dengan lebih dekat lagi, dan mengetahui kisah mereka yang berlandaskan nilai-nilai seperti rasa hormat-menghormati, kesungguhan, kasih sayang dan harapan.”

Tambah beliau lagi, “#StationStories menggalakkan netizen untuk berkongsi cerita mereka juga. Maklum balas terhadap #StationStories sangat memberangsangkan dan kami terharu dengan penerimaan tersebut. Kami berharap dapat terus memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia dengan kisah-kisah yang mengetengahkan kepelbagaian dan nilai-nilai umum di negara kita.”



Sehingga kini, #StationStories telah mencatat lebih 11 juta tontonan di laman Facebook dan YouTube. Kaji selidik yang dijalankan oleh Shell menunjukkan bahawa video itu menyumbang kepada tarikan terhadap jenama, dan meningkatkan rasa ingin membeli produk Shell.

Pada majlis pelancaran #StationStories 2017, Shell menayangkan kisah Rasyidah dan Zakiah, edisi terbaharu dalam siri web itu. Bertemakan persahabatan, kisah yang menyentuh hati itu menampilkan dua orang pelajar universiti yang menjadi sahabat karib selama hampir satu dekad. Video #StationStories edisi 2017 akan disiarkan secara berperingkat sepanjang tahun ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai #StationStories, sila layari laman web shell.com.my/stationstories


    

Kebersihan dan kecantikan pada seorang yang bergelar wanita bukan terletak pada kulit wajah yang cantik dan bersih sahaja yer. Ia juga meli...

Kebersihan dan kecantikan pada seorang yang bergelar wanita bukan terletak pada kulit wajah yang cantik dan bersih sahaja yer. Ia juga melibatkan kawasan tertutup seperti bawah lengan, kawasan keintiman dan kawasan-kawasan lain juga tau. Bercukur merupakan salah satu perkara yang penting dan perlu dititikberatkan bagi menjaga kebersihan. Kadang-kadang nak bercukur pon rasa ngeri jugak. Ngeri sebab takut terluka. Memang kena berhati-hati juga ketika menggunakan pisau cukur. Salah cukur memang boleh mendatangkan kecederaan. Nak buat Brazilian wax… Lagi lah tak berani woihhh!!! Macam ngeri jer.


Tapi sekarang ni para wanita diluar sana tak perlu risau dan gusar bila nak bercukur kerana VEET akan membantu anda semua dengan alat elektronik penaggal bulu pertama yang baru bagi memudahkan proses penjagaan dan perapian semasa bercukur iaitu VEET SENSITIVE TOUCH ELECTRIC TRIMMER. Ianya direka khas untuk penampilan yang sempurna, menarik dan pada masa yang sama ianya sangat mudah, cepat dan lembut pada kulit.


Dah boleh ucap selamat tinggal pada pisau pencukur, pencabut bulu dan seangkatan dengannya lah. Selamat datang untuk VEET SENSITIVE TOUCH ELECTRIC TRIMMER. Yang bestnya dengan VEET SENSITIVE TOUCH ELECTRIC TRIMMER ni sebab ianya pelbagai guna. Bukan setakat untuk keguaan bawah lengan dan kawasan intim. Tapi juga boleh untuk membentuk dan merapikan kening, merapikan sideburns serta boleh membuang bulu-bulu halus dikawasan muka.

Antara barang-barang yang terdapat didalam set VEET SENSITIVE TOUCH BEAUTY TRIMMER 



Face:

1 x 2 Sided Trimming head – 16mm and 6mm
1 x comb attachment (2mm & 4mm) to uniform hair lenth
1 x Styler cap

Other Body Areas:

1 x 1 sided Trimming Head (20mm)
1 x comb attachment to uniform hair length

Other Accessories:

1 x Cleaning brush
1 x Beauty pouch to take it with you anywhere
1 x AA Battery


Aku berpeluang untuk mencuba sendiri VEET SENSITIVE TOUCH ELECTRIC TRIMMER dan hasilnya amat memuaskan. Masa mula-mula pakai tu, agak terkial-kial jugak sebab 1st time pakai peranti elektronik untuk bercukur kan. Tapi lama-lama kau akan biasa menggunakannya. Dah tak payah risau pasal terluka lagi. Menjimatkan masa kau jugak... hahaha... Yang paling best, saiz nya yang kecil dan comel serta boleh dibawa ke mana-mana sahaja, packaging nya yang berwarna pink, senang nak pakai, aksesori yang berbeza untuk setiap bahagian dan mencukur dengan tepat dan lembut.

Kalau korang nak beli atau dapatkan VEET SENSITIVE TOUCH ELECTRIC TRIMMER ni, harganya RM119.00 dan dijual di farmasi utama di seluruh negara serta ada dijual didalam talian. 

Kalau nak lebih lanjut, korang boleh layari:

Website


Facebook 




Produk Kesihatan Kecantikan Original Hanya di HCube Shop  Tak susah nak cari product kesihatan dan kecantikan sekarang ni kan kalau nak ...

Produk Kesihatan Kecantikan Original Hanya di HCube Shop 

Tak susah nak cari product kesihatan dan kecantikan sekarang ni kan kalau nak dibandingkan dengan dulu. Sebab sekarang semua teknologi ada didepan mata. Kalau dulu semua info mengenai sesuatu produk kecantikan dan kesihatan kita boleh dapat hanya di TV, suratkabar dan juga pamphlet. Tapi sekarang ni lebih senang lagi bila semua maklumat, promosi dan pengiklanan hanya dihujung jari.

Tapi tu lah. Bila dah banyak sangat produk yang dijual secara online mahu pon offline, kita jadi rambang mata dan keliru. Produk yang dijual tu original ker tak? Ada pengesahan dari KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) ker? Status halalnya macam mana pulak? Nak beli pon rasa ragu-ragu kan. Nak beli barang online, tapi tak yakin dengan online seller. Acaner tu? 


Dah… Tak payah nak fikir sangat. Sebenarnya ada jer online shop yang menyediakan produk kesihatan kecantikan yang ORIGINAL. Korang boleh dapatkan di HCube Shop. Haaa… HCube Shop? Jual apa tu? Kalau nak tahu, HCube Shop ni menyediakan produk kecantikan kesihatan terkini dan berkualiti dengan harga yang berpatutan. Dan yang paling penting ORIGINAL. Terdapat lebih dari 300 produk yang popular dan terkini.

Tak yakin lagi? Nak tambah keyakinan korang. HCube Shop adalah Syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atas nama HCube Resources dengan nombor pendaftaran A S0354878-P. Jelas dan nyata kan. Ada macam-macam produk yang ditawarkan di HCube Shop ni. Kiranya macam one stop centre lah. Antaranya:



Ini sebahagiannya sahaja. Ada banyak lagi produk yang terdapat di HCube Shop ni. Kalau korang rasa nak mencuba atau membeli produk-produk ni, tapi rasa tak puas kalau tak ada testimoni dari pengguna. Jangan risau. Ada testimoni disediakan. Banyak feedback dari pelanggan yang berurusan dengan HCube Shop ni. Tak perlu diragukan lagi. Korang boleh baca dekat [SINI]. Banyak feedback kat situ dan rata-rata pembeli berpuas hati dengan service yang diberikan.

Pembelian Dan Penghantaran

Senang jer. Ada no account disediakan. Korang boleh baca dekat [SINI]. Penghantaran pula menggunakan perkhidmatan Poslaju National Courier. Pengeposan dilakukan setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad. Tracking number akan diberi selepas postage.


Yang Murah, Original dan Berkualiti hanya di HCube Shop. Jaminan wang akan dikembalikan kerana HCube Shop menitikberatkan kualiti dan keselesaan palanggan mereka. Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai HCube Shop dan juga produk-produk yang dijual, boleh layari atau hubungi:

SMS/Wassap: 
017-3664440

FACEBOOK

YOUTUBE

INSTAGRAM

INSTAGRAM FEEDBACK



12 April 2012 - 12 April 2017 = 5 Tahun  Gigi mana... gigi ☺☺ Alhamdulillah... Harini genap usia anak nombor tiga ni 5 tahun. Umur...

12 April 2012 - 12 April 2017 = 5 Tahun


 Gigi mana... gigi ☺☺

Alhamdulillah... Harini genap usia anak nombor tiga ni 5 tahun. Umur dah bertambah, tapi badan kecik tak sepadan dengan umur, Makan boleh tahan banyak. Tapi badan tak naik-naik. Risau jugak. Haishhhh,... Perangai pon boleh tahan jugak ni. Buat ibu urut dada hari-hari. Cepat sentap betul tau budak ni. Memang tak boleh di bawak bergurau. Gurau sikit dah sentap. Dia buat orang tak apa. Kalau orang buat dia... hurrmmm... 

Menyemart memang nombor 1. Nak smart jer, Duduk rumah pon nak pakai seluar jeans. Ada masa tidur malam pon ber seluar jeans jugak. Kalau ada benda yang dia tak suka, kau jangan lah paksa. Macam weekend haritu. Ada sukan sekolah PASTI. Boleh dia tak nak pergi. Kau rasa? Hangin jer lah aku. Dah bayar yuran untuk sukan. Boleh dia tak nak pergi. Buat keras dia. tak nak bangun and tak nak mandi. Sehari aku tak layan dia.... hahaha.. Hemak kau bila dah sentap kan. 

Fresh form oven

Macam mana pon perangai awak, Ibu tetap sayang. Selamat Hari Lahir yang ke 5 Iman Qhalif Bin Husaini. Doa ibu semoga Iman Qhalif membesar sebagai anak yang soleh didunia akhirat, bijak pandai, sihat tubuh badan dan berjaya dalam apa jua yang dilakukan. Ibu, Abah, Abang Kimi. Kakak Qahirah dan Adik Harraz sayang Iman Qhalif. Nanti kita potong kek yer.

Note: Aku masih hutang cerita pengalamam lahirkan Iman Qhalif ni... ppffttt...


Neutrogena® Deep Clean Menjadikan Kulit Lebih Sihat Dan Cantik  Memiliki masalah kulit pada wajah merupakan antara perkara yang sering di...

Neutrogena® Deep Clean Menjadikan Kulit Lebih Sihat Dan Cantik 

Memiliki masalah kulit pada wajah merupakan antara perkara yang sering dihadapi oleh para wanita seperti kulit berjerawat, kulit berminyak. tona tak sekata, jeragat dan lain-lain lagi. Faktor ini menyebabkan mereka yang mempunyai masalah kulit hilang keyakinan diri dan rasa malu untuk berhadapan dengan orang sekeliling. Iyerlah… bila kulit tak berapa nak cantik kan. Mula lah ada mata-mata yang memandang sinis.

Alhamdulillah… Aku tidak mempunyai masalah kulit wajah yang teruk kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Tipulah kalau aku cakap kulit aku bersih. Masalah kulit berminyak ada masa datang menyerang juga. Jerawat apatah lagi. Lebih-lebih lagi bila usia dah makin meningkat ni. Jeragat dah mula nak menyerang. Scary hokay. Tapi masih dalam kawalan lah. Jadinya… baik kita bersiap sedia dengan menjaga kesihatan kulit wajah kita… haaa gittewww…

Bagi mereka yang menghadapi masalah kulit pada wajah, pemilihan product penjagaan wajah yang tidak bersesuaian juga antara factor penyumbang kulit makin teruk. Kalau tak nak kulit bertambah teruk, kena lah cari product penjagaan kulit yang memfokuskan kepada penyelesaian kesihatan kulit bermula daripada permbersih muka, serum pelembap, masker serta losyen perlindngan matahari. Seperti product Neutrogena®.


Kenapa Neutrogena®? Sebab baru-baru ni aku diberi peluang untuk mencuba sendiri product Happy Skin 24/7 kit dari Neutrogena®. Yang bestnya, Happy Skin 24/7 kit dari Neutrogena® yang diberi untuk dicuba ini mengikut kesesuaiaan kulit aku tau. Antaranya Deep Clean Cleansing Oil to Foam, Deep Clean Foaming Cleanser dan juga Deep Clean Blackhead Eliminating Scrub. Apa fungsi nya? Ok… Aku terangkan satu persatu.

DEEP CLEAN CLEANSING OIL TO FOAM


  • Untuk kulit normal / kombinasi - Dengan ekstrak Rosemary yang kaya dengan Nutrisi dan Antioksidan
  • Proses Dual-transformasi (mengubah dari minyak gel kepada krim lembut berbuih). Menjadikan kulit lembut, mudah dicuci dan membantu kulit berasa bersih dan sihat
  • Minyak-gel yang mengandungi ekstrak daun Oleifera secara perlahan-lahan membuang semua 

DEEP CLEAN FOAMING CLEANSER


  • Pembersih muka yang menyegarkan. Teliti dalam Menghilangkan kotoran, minyak dan sel-sel kulit mati di samping memberikan kawalan minyak yang berpanjangan untuk meningkatkan rupa dan rasa kulit.
  • Formula ini terbukti secara klinikal. Buih berkrim yang membuang kekotoran kulit yang boleh terkumpul di dalam liang seperti minyak berlebihan, kotoran dan make-up.
  • Formula kawalan minyak membantu mengurangkan permukaan minyak yang sama mengekalkan keseimbangan dan kelembapan semula jadi kulit untuk mengekalkan kulit yang jelas, segar dan sihat.
    • Bebas Minyak
    • Diuji Dermatologi
    • Non-comedogenic

DEEP CLEAN BLACKHEAD ELIMINATING SCRUB


  • Membantu untuk menghapuskan bintik hitam dengan berkesan dari yang pertama digunakan dan menghalang bintik hitam datang kembali, untuk kulit yang jelas & sihat!
  • Microbeads yang boleh berkesan, tetapi terkelupas kulit dengan perlahan-lahan
  • "Fighting Complex Blackhead", menembusi jauh ke dalam liang-liang untuk membubarkan minyak yang berlebihan untuk membantu menghapuskan bintik hitam degil. Menghalang pembentukan baru daripada terbentuk dengan penggunaan berterusan.
  • Bahan-bahan semulajadi yang terbukti keberkesanan kawalan minyak. Jelas membantu dan memperbaiki liang.
    • Diuji Dermatologi
    • Oil free Hypoallergenic.
    • Non-comedogenic

Best ker pakai Neutrogena® ni? Apa hasilnya? Mana yang paling best? Tu dia. Soalan cliché yang orang akan tanya kan. Ok… Overall memang best product Neutrogena® ni sebab product Neutrogena® adalah product yang berkualiti tinggi dan terbukti secara saintifik untuk memberikan hasil yang berkesan pada penggunanya.

Aku suka ketiga-tiga product yang terdapat dalam Happy Skin 24/7 kit dari Neutrogena® ni sebab aku dah cuba ketiga-tiganya. Untuk Deep Clean Cleansing Oil to Foam, baunya memang wangi sangat. Hanya tuangkan sedikit saja ditangan… dah berbuih. Sesuai untuk cucian muka dan juga untuk hilangkan kesan solekan. Untuk kaki-kaki make-up, korang boleh cuba nih. Memang best. Deep Clean Foaming Cleanser pulak, pon wangi jugak. Sesuai untuk kulit aku yang ada masanya berminyak jugak ni. Rasa bersih kulit muka lepas pakai.


Dan yang paling aku suka… Deep Clean Blackhead Eliminating Scrub. Tersangatlah best bila pakai. Selalunya kalau scrub lain dia punya texture kasar-kasar kan. Tapi Deep Clean Blackhead Eliminating Scrub dari Neutrogena® tak kasar. Halus dan lembut jer texture nya. Bila kau gosok kat muka pon rasa best sebab kehalusan dan kelembutan texture nya tu. Lepas dah cuci lagi lah tersangat best. Sebab kulit kau rasa halus dan bersih… Halus selembut kulit bayi gittew. Kulit muka pon rasa lembap.

Kalau korang nak kulit muka licin dan tak kasar macam jalan tar tu… ekekeke… Boleh lah try Deep Clean Blackhead Eliminating Scrub dari Neutrogena® ni. Bukan setakat menghaluskan kulit dan mengawal muka yang berminyak macam aku ni. Boleh juga menghapuskan bintik-bintik hitam @ Blackhead degil pada wajah. Packaging pon menarik dan senang dibawa kemana-mana. 

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang product Neutrogena®, boleh layari Facebook [Neutrogena Malaysia] dan Instagram [@neutrogenamy]


Kos sara hidup yang meningkat telah menyebabkan pengguna mencari alternatif untuk mengurangkan perbelanjaan. Namun bajet yang ketat tidak...


Kos sara hidup yang meningkat telah menyebabkan pengguna mencari alternatif untuk mengurangkan perbelanjaan. Namun bajet yang ketat tidak bermaksud anda perlu mengorbankan keperluan penjagaan diri, terutamanya apabila tiba masa mandi untuk si manja anda. Sebagai jenama yang percayai dengan inovasi, CARRIE JUNIOR sentiasa mencari cara baru bagi memenuhi keperluan pengguna setia yang sentiasa mengutamakan nilai dan kualiti. Iyerlah... Jenama CARRIE JUNIOR telah mencipta nama lebih daripada 20 tahun dan jenama yang dipercayai dalam pasaran penjagaan diri kanak-kanak yang dirumus khas untuk kanak-kanak dan bayi.


Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia, CARRIE JUNIOR kini menawarkan pek isian semula, suatu pilihan penjimatan kos. Pek isian semula mudah guna, dan menjimatkan ini bukan sahaja khas untuk pengguna setia, tetapi juga sesuai untuk pengguna baru yang ingin mencari produk penjagaan diri buat si manja tanpa perlu berbelanja lebih.

Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut si manja. Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berasa segar dan bersih sepanjang hari. Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian. 

Pek isian semula baharu ini turut membantu memulihara alam sekitar kerana ia mengurangkan keperluan membeli botol mandian baru yang akan meningkatkan pembaziran sisa plastik dan memberikan kesan buruk kepada alam sekitar. Dengan CARRIE JUNIOR Refill Packs, ibu bapa dapat berjimat dan menyelamatkan alam sambil menyediakan si manja dengan kelengkapan peribadi yang terbaik.

Diiktiraf Halal, rangkaian Carrie Junior termasuklan Baby termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil. Ia juga mempunyai bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak.

CARRIE JUNIOR Refill Packs kini tersedia untuk rangkaian Hair and Body Wash dan Baby Bath.


Pek isian semula CARRIE JUNIOR Baby Bath 500g berharga RM8.90* (Semenanjung) dan RM 9.30* (Sabah & Sarawak) manakala CARRIE JUNIOR Hair and Body Wash terdapat dalam harga RM9.90* in (Semenanjung) dan RM 10.40* (Sabah & Sarawak). Produk CARRIE JUNIOR boleh didapati di gedung-gedung runcit terkemuka, pasaraya hyper, pasaraya, dan farmasi terkemuka di seluruh Malaysia. *Harga termasuk GST.



Spongebob Run Malaysia | Berpagian Di Setia City Park, Shah Alam Demimu Spongebob Run Malaysia, pukul 6.00 pagi dah bangun. Kisah hujun...

Spongebob Run Malaysia | Berpagian Di Setia City Park, Shah Alam


Demimu Spongebob Run Malaysia, pukul 6.00 pagi dah bangun. Kisah hujung bulan March haritu. Kitorang anak beranak masuk acara larian. Tapi aku terkecuali lah sebab ada anak kecik kan. Lagi pon tiket hanya untuk 4 orang sahaja. Kelam kabut jugak lah sebab larian start pukul 7.00 pagi. Kalau ikut jadualnya lah. Tapi biasalah... mesti start lewat punya. Pukul 6.40 pagi baru kau nak keluar rumah... ppffttt... Dengan harapan semoga larian belum bermula.

Buat pertama kali jugak lah kami jejak Setia City Park tu. Nasib husband expert bab selok belok jalan ni. Memandangkan nak kejar masa, tak sempat nak breakfast. Just beli roti buat alas perut. On the way tu pulak boleh tapak kasut Iman Hakimi tercabut. Dedua belah pulak tu. Pada hal baru jer beli kasut. Dah macam mana kau nak lari nak. Sudahnya... pakai selipar jer lah. Sadis betul. Nak cari gam memang dah tak sempat. Nasib kau lah anak. Layan lah gambar-gambar ni yerp ☺

Baru sampai. Muka kimi stress sebab tak ada kasut nak lari ☺☺

Sampai-sampai tengok orang dah ready kat garisan permulaan. Haaaaa... kan dah cakap. Mesti start lewat punya. Kitorang sampai dalam pukul 7.45 pagi. Tak lama lepas tu Spongebob and Patrick pon keluar. Tak koser aku nak amik gambar sebab orang yang ramai. Baik aku amik gambar anak-anak ni haaa ☺☺

#makanakempat... Tak dapat bergambar dengan Patrick, balloon patrick pon jadilah. Nampak tak keterujaannya yang hover tu... hehehe... ☺☺ 

Sis tak lari pon. Sis jadi pompom girl sambil babywearing anak paling kecik menanti suami dan anak-anak digarisan penamat. Nasib anak kecik sis ni baik tak meragam. Ontok @ diam jer duduk dalam tu. Best yer kena polok dengan ibu ☺


Akhirnyaaaa.. Setelah lama sis menanti kelibat suami dan anak-anak digarisan penamat, muncul juga mereka dicelah-celah orang yang ramai tu. Risau jugak sis sebab lama jugak diorang lari. Mana lah tak sampai-sampai lagi ni.. Haaa.. gittew hati sis berbicara. Biasalah... lari dengan anak-anak kan. Bawak stroller lagi. Standby kot anak-anak tak larat.

Yeayyyy... Dapat medal ☺

Tahniah semua sebab berjaya menghabiskan larian sepanjang 3 km. Bermandi peluh dah masing-masing. Abaikan lah muka anak-anak sis yang stress sebab kepanasan dan keletihan. Ditambah pulak paksaan dari sis yang suruh ber posing dengan medal tu pulak.... hahaha... Ibu kau ni blogger nak. Kalau tak amik gambar tak sah. 


Ini lah dia medal yang anak-anak dan suami dapat. Cute sangat tau. Sis is sangat jealous hokay sebab sis tak dapat medal yang cute ni. Anak-anak pon teruja bila dapat medal ni. Especially budak ni ⬇


Ini lah budah yang hover teruja dengan medal yang dia dapat ni. Balik tu singgah supermarket beli barang basah. Di gantungnya medal tu kat leher. Tidur malam pon pakai medal. Pergi sekolah pon pakai medal. Balik akim dia pon medal masuh tergantung kat leher. Kau dah kenapa nakkkkk!!! Taksub betul dengan medal spongebob ni. Dua hari jugaklah kelakuan anak ketiga sis macam nih. Bila tanya nak masuk larian lagi tak? Katanya nak lari lagi. 

1st time masuk acara larian ni. 1st time jugak bagi anak-anak join. Ada macam-macam aktiviti kat Setia City Park, Shah Alam sempena Spongebob Run Malaysia ni. Tapi aku tak tunggu sampai habis. Tak menahan aku dengan cuaca yang panas berdeting. Baru pukul 9.00 pagi kot. Round-round kejap lepas tu balik. Lagi pon kimi ada latihan Silat. 

Note: Teringin jugak nak masuk larian sambil gendong anak. Ada jer yang lari sambil gendong anak kecik ☺













Happy 8th Anniversary to you my Blog. Dah lepas pon, Boleh pulak terlupa tarikh penting ni. Tarikh dimana aku mula menjadi penulis separuh ...

Happy 8th Anniversary to you my Blog. Dah lepas pon, Boleh pulak terlupa tarikh penting ni. Tarikh dimana aku mula menjadi penulis separuh masa, penulis sambilan atau lebih dikenali sebagai penulis blog. Dari suka-suka terus jadi serious. Alhamdulillah.... Dah berusia 8 Tahun dan Masih Bertahan hingga saat ini. 


8 Tahun Dan Masih Bertahan!!!


Iyer... Aku pon tak percaya yang aku masih boleh bertahan. Sebab apa tau? Sebab ramai kawan-kawan blog yang seangatan dengan aku dah tak active blogging. Especially kawan-kawan blog zaman forum susuibu.com. Sebab forum susuibu.com lah aku create blog. Ramai kawan-kawan forum ada blog masa tu. Tak nak ketinggalan, kau pon buatlah jugak. Tukar-tukar link. Memang meriah lah waktu tu. Tapi sekarang ni semua member-member forum dah tak blogging lagi. Forum susuibu,com pon tak tak ada. Rindu woih!!! 😭😭

Dulu pon bukan main rajin lagi. Rajin blogwalking... Rajin join segmen... Rajin jadi tukang komen. Sekarang?? Kau dah jadi malas nak buat semua tu. Faktor ketuaan barangkali. Tapi tak der lah aku tak terjah langsung blog kawan-kawan. Cuma sekarang ni masa agak limited. Mana yang sempat, aku terjah. Kekadang jadi pembaca senyap jer. Tak tahu nak komen apa. Sorry korang kalau aku dah lama tak terjah dan tak tinggalkan jejak. Nak kena cari balik momentum blogging macam dulu.

Sepanjang 8 tahun blogging ni pon, dah beberpa kali tukar cat rumah ☺

Tak ingat tahun berapa ni

Cat rumah lagi tahun 2015 kot. 

Dan ini yang latest buat masa ni. Suci murni gittew

Pageviews pon makin bertambah. 8 tahun baru nak cecah 2 juta PV ☺

Dengan blog jugak kawan makin bertambah. Means dah 8 tahun jugak aku berkawan dengan korang kan. Dari yang belum kawin... Dah berkahwin. Dari yang belum ada anak... Dah dapat anak. Dari anak sorang... Dah bertambah 2,3,4 orang. Dari berhubung di alam maya, terus besua dialam realiti. Rapatnya dengan kawan-kawan blog tak serapat macam kawan-kawan zaman sekolah. 

Dengan blog jugak, aku dapat buat side income. Boleh lah tampung mana yang kurang kan. Bila dibuat kira-kira, pendapatan blog untuk setahun cecah 4 angka jugak lah.. Alhamdulillah. Dalam zaman serba mencekik poket ni, kau kena pandai cari duit lebih. Event pon aku dah jarang pergi. Melainkan event yang melibatkan family.

Ok lah. Aku rasa ayat aku ni macam tak tersusun jer. Tunggang langgang... hehehe... Last but not least... HAPPY 8TH BLOGIVERSARY SuperMOM With SuperKIDS ☺

Note: Cerita banyak. Tapi tak ada masa nak karang ☺☺



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...