Mana tarikh 29 February ni haaaa... mana... mana... Hehehe... Kena tunggu lagi 4 tahun lah yerp Iman Harraz. Memandangkan tahun lompat. Kit...

Leap Year Baby ni dah Setahun!!!!

/
9 Comments
Mana tarikh 29 February ni haaaa... mana... mana... Hehehe... Kena tunggu lagi 4 tahun lah yerp Iman Harraz. Memandangkan tahun lompat. Kita fefeeling harini 29 February lah yerp ImanHarraz. Tunggu 4 tahun akan datang kita celebrate besar-besaran. Kalau ikut tarikh islam. Harraz dah setahun @ 20 Jamadilawal 1438H yang lepas. Tapi si ibu lupa nak buat ucapan bagai.Time flies so fast betul lah 👦👉1⃣🍰


Alhamdulillah... Dengan izinNYA Iman Harraz dah genap setahun kalau ikut calendar Hijrah. Kalau ikut calendar matsaleh, lagi 4 tahun umur Iman Harraz baru setahun.. erkkk... hehehe... Selamat ulangtahun kelahiran yang pertama Iman Harraz. Melahirkan awak adalah saat-saat terindah yang tak boleh ibu lupakan. Lebih-lebih lagi awak sangat istimewa. Istimewa sebab... Lahir dalam kereta pukul 3.13 pagi dan awak pilih tarikh yang istimewa jugak diusia kandungan baru masuk 37 minggu. Sepatutnya hari tu adalah hari check up awak tau harraz 🏥🚗 

Saat mengandung dan melahirkan awak adalah sangat-sangat mudah. Syukur sebab dipermudahkan olehNYA walaupon awak melompat keluat dalam kereta. Betapa kelam kabutnya abah dan jugak nurse² yang nak menyambutnya. Cuma dalam pantang Allah uji ibu dan abah dengan Jaundice yang lama. Hari ke 6 awak admitted due to bacaan jaundice yang tinggi. Berkampung awak dekat hospital 3 hari 2 malam. Malam-malam tanpa awak jugak ibu meroyan... Menangis rindukan awak. Baru ibu tahu perasaanya bagaimana bila berjauhan dengan anak dalam keadaan anak yang tak sihat 😢😢😢

Ingatkan Jaudice awak makin berkurang. Tapi masih sama... Up and down. Dari Breastmilk Jaundice ke Prolonged Jaundice. Maka bermulalah episode naik turun klinik dan hospital. Ibu yang dalam pantang pon dah tak serupa orang yang berpantang. Prolonged jaundice dekat sebulan. Amik darah... amik urine. Memang asyik kena cucuk jer. Finally doctor detect awak kena UTI (Urinary Tract Infection) kat saluran kencing. Luluh hati seorang ibu. Sebab tu jaundice lama. Maka berkampung kat Hospital serdang 7 hari 6 malam untuk masukkan antibiotik demi nak membunuh kuman jahat dengan keadaan ibu yang masih berpantang. Ibu redha nak demi kesihatan anak 👣🌜🌑🏥


Lepas 4 bulan awak admitted lagi due to [Pneumonia]. Allah... tak terkira sedihnya ibu. Belum capai setahun Harraz dah 3 kali admitted. Dah banyak ubat masuk dalam badan. Smoga ImanHarraz membesar sebagai anak yang soleh, bijak pandai, sihat tubuh badan dan menjadi penyejuk mata ibu abah 💋💟💖

Development... Masih belum berjalan. Baru nak bertatih. Tapi tengok gaya macam lambat lagi nak dapat kaki tu. Gigi ada 3 batang setengah sebab yang setengah lagi baru nak keluar. Makin melasak macam biasa. Kuat makan dan aku masih istiqomah sediakan bekalan Harraz ke nursery. Alhamdulillah... Masih mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya. Bermakna aku dah selamat dapat DIPLOMA IN BREASTFEEDING. Another one year to go untuk dapatkan PHD IN BREASTFEEDING pulak. Wish me luck ☺

Note: Lately anak soleh ni bangun awal. Pukul 6.00 - 6.30 pagi dah bangun... phewwww...




You may also like

9 comments:

  1. Cepatnyaaa dah setahun. Hehehe. Moga membesar dengan sihat Harraz 😊

    ReplyDelete
  2. happy birthday cute! semoga membesar menjadi anak yang soleh dan berjasa kepada ibubapa, agama, negara dan bangsa :)

    ReplyDelete
  3. aunty wish kt sini pulak..hehe


    happy birthday harraz...;)

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Lahir Hensom boy.
    Moga menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat. Amin~

    ReplyDelete
  5. anak bertuah ~ happy besday la acik aida nak wish.
    be a good boy.
    u r special !

    ReplyDelete
  6. Birthday dia 4 tahun sekali.

    ReplyDelete
  7. Special ni..setiap 4thn kna celebrate besar lah lps ni..

    Alhamdulillah..happy belated birth..smoga trs mbesar dgn sihat n berjaya dlm khidupan duniakhirat..aamin

    ReplyDelete
  8. Breastfeeding hanya untuk anak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...