Yesssss... 12 months already and still counting for another 12 months. Kiranya aku dah dapat Diploma in Breastfeeding. Tahniah buat diri se...

Breastfeeding Journey | 12 Bulan Yang Indah

/
10 Comments
Yesssss... 12 months already and still counting for another 12 months. Kiranya aku dah dapat Diploma in Breastfeeding. Tahniah buat diri sendiri kerana dah berjaya mencapai stage kedua. Stage pertama dari lahir hingga 6 bulan. Stage kedua 6 bulan hingga 1 tahun. Sekarang dalam target nak kejar PHD in Breastfeeding pulak sampai cukup umur Iman Harraz 2 tahun.


Menyusu anak tak semudah yang disangka. Tapi ada yang kata menyusu badan ni senang. Iyer... memang senang sebab kau tak perlu bancuh susu malam-malam. Kau tak perlu bawak bakul susu pergi mana-mana. Kau tak perlu fikir harga susu yang makin melambung harganya sebab breastfeeding ni is free. Kau dah jimat berganda kat situ. Memang senang kan.

Tapi kau tau tak atas kesenangn tu ada cabarannya nya jugak yang kau kena lalui? Tidur malam kau tak cukup sebab anak minta disusukan. Iyer... kau selak jer. Tapi kalau dah 4-5 kali bangun kau lena ker lepas tu? Breastfeeding in public. Kau ingat ibu-ibu menyusu macam aku ni tak segan ker menyusu dekat kawasan yang crowded even aurat terjaga? Malu tetap malu. Nak cari nursing room macam lah kau kenyit jer mata dah boleh sampai kat situ. Takkk... Melainkan kau dah faham selok belok pasaraya dimana letaknya nursing room. Tak kan kau nak biar anak kau menangis-nangis nak susu tapi kau tak nak bagi sebab tak jumpa nursing room. Kejam sangat nih. Nak tak nak kau kena lah cari kerusi susukan anak kau. Lepas tu hadaplah kau dengan pandangan-pandangan yang kurang enak ibarat kau susu kan anak ditempat awam tu ada lah satu kesalahan yang besar. Seronok tak bila ada segelintir manusia berfikiran macam ni... ppffttt...

 Kenangan... Stok susu yang berjaya dibuat. Tapi dah habis :-(

Bila susu kau merudum secara tiba-tiba. Kau ingat senang nak maintain kuantiti susu setiap hari? Especially bagi ibu-ibu yang baru bekerja lepas cuti bersalin. Timing untuk mengepam mesti lari punya. Dengan stress kerjanya lagi. Bertuah lah kalau korang jenis yang konsisten setiap hari. Yang ni memang aku salute. Tambah parah bila stok susu kau dah habis macam aku. Hari ni perah untuk bekalan hari esok. Macam ni lah bila susu kau merudum. Asik amik stok yang dah disimpan. Lama-lama susut sampai dah tak ada baki. Memang menangis kau dibuatnya.

Support.. Bukan mudah nak dapat support dari orang sekeliling. Bila cerita susu makin kurang, jawapan dia senang jer 'Bagi jer susu formula'. Bila anak kau asyik mengempeng, dikatanya 'tak puas menyusu tu. Susu dah sikit agaknya'. Bila susu yang kau pam tu nampak cair, dikatanya 'tak der khasiat tu. nampak cair jer susu'. Nampak sangat kau tak tau apa itu FOREMILK dan HINDMILK.

Kau kena faham. FOREMILK adalah air susu ibu yang yang pekat dan keluar pada peringkat awal menyusukan bayi.Ia bersifat cair tetapi kaya dengan laktosa dan protein yang penting untuk pertumbuhan otak. Oleh kerana sifatnya yang cair maka foremilk berguna untuk menghilangkan dahaga bayi. HINDMILK pula keluar beberapa saat selepas foremilk. Sifatnya lebih pekat dan mengandungi banyak lemak berbanding foremilk. Ia berfungsi untuk membantu tumbesaran fizikal bayi. Hindmilk yang lebih tinggi lemak dapat memberikan kesan kenyang kepada bayi.

Medela Swing yang masih berkhidmat. Dah nak masuk 7 tahun pakai :-)

Jadinya... Tolong lah support. Suami especially. Isteri dah tolong bagi anak susu sedangkan awak tidur lena tanpa gangguan. Dah tolong jimatkan duit susu. Apa salahnya tolong ambil berat pada isteri yang menyusukan anak awak ni. Cuba tanya isteri 'Macam mana susu. Cukup tak?'. 'Susu lancar ker? Nanti abang beli kan milkbooster' 'Pam susu ok tak. Ada nak kena tukar sparepart?'... Haaa.. Contohnya. Ambik lah berat sikit. Tolong basuhkan pam susu ker. Tolong asingkan susu dalam botol siap-siap selepas di perah ker. Kan sweet kalau macam nih. Pleaseeee!!!

 Alhamdulillah dah setahun... Rezeki Iman Harraz dapat minum susu ibu

Bukan mudah sebenarnya nak capai tahap macam ni. Ada masa kau rasa macam nak give up bila susu kau merudum dimana kau kena bangun malam perah susu. Penat... memang penat. Dengan urusan rumahtangga lagi. Belum lagi bila nipple kau luka. Rasa nak menyorok bila nampak anak. Kejang-kejang kaki kau menahan sakit. Sebab tu aku cakap... Kalau kau dah pilih untuk susu kan anak, kau kena ada jiwa yang kental. Semangat kena tinggi. Abaikan mulut-mulut puaka yang suka mengata. Putus asa kena buang jauh-jauh. Dan yang penting MIND SETTING. BREASTFEEDING IS NOT A CHOICE. IT'S A RESPONSIBILITY. Smoga Allah permudahkan urusan aku dan smoga susu aku cukup. Wish me luck.

Sijil syiok sendiri ☺☺

Buat ibu-ibu yang tak dapat susukan anak dengan susu ibu. korang dah cuba yang terbaik. Ianya bergantung pada rezeki. Jangan salahkan diri sendiri. Jangan rasa down. Susu kan anak dengan susu ibu atau susukan anak dengan susu formula. Kita tetap IBU yang habat.

Note: Panjang lagi aku nak citer. Tapi cukuplah sampai sini. Semangat lain macam kalau dah mula cerita pasal breastfeeding ni ☺☺




You may also like

10 comments:

  1. Taniah #makbanyakanak... You did it!

    Saya dah fail diploma.. terpaksa campur sbb demand si Aina ni byk sgt... bekalkan 5 oz susu sebanyak 5 botol pun tak cukup masa di taska...

    Nak bekalkan 5 botol sehari tu pun dah bersengkang mata bangun pam malam2... tidur kejap, bangun pam lagi sblm solat subuh.. stok susu mmg tak ada sbb semua stok susu masa dlm pantang rosak sbb rumah black out masa balik kampung..

    last2 terpaksa mengalah dgn top up juga dgn FM..

    ReplyDelete
  2. tahniah kak berjaya dpt diplome in breastfeeding..salute to u😜

    ReplyDelete
  3. kipidap fiza..akhirnya berjaya sehingga anak setahun..Alhamdulillah..memang bukan senang fiza nak buat stock..nak mengepam..stress susu sikit..I feel u..Tapi tak berjaya jugak Bf si naura sampai umur dia setahun..Dapat smpi 7-8 bulan je..tak larat dah nak bagi dia..selalu sangat sakit..adehh..Pengalaman sungguh..

    Teruskan usaha tau..Insyallah..Keep Positif

    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
  4. chaiyok fiza!! semoga semangat ini memberi inspirasi untuk ibu-ibu di luar sana, tahniah dah melepasi 12 bulan pertama!!!

    ReplyDelete
  5. Tahniah.. kali ni jue tak pump simpan stok sangat.. kekadang kalo sebelah tgh susu sebelah kena pump kalo tak basah.. lepas jer pump kekadang ada la simpan utk masukkan dlm bubur qeisya nanti ataupun yg pump tu terus bagi kan susu tu tahan 4 jam. ;)

    ReplyDelete
  6. Tahniahhh.. bertuah dia dpt minum susu ibu sepenuhnye.
    anak2 Zura semua campur dengan FM. Maknye susu x meriah. tapi Alhamdulillah, walaupon campur FM. Delisha nyusu badan sampai umur 2 tahun. Amzar pon masih susu badan. cuma kakak nye ajer yang nyusu badan x lama.

    ReplyDelete
  7. Zaman menyusukan anak dulu mmg campur dgn susu formula tak delah simpan stok mcm hang tu Fiza....Kenapa yeh dulu tak buat mcm tu. Tp masa tu rasanya tak musim simpan stok mcm sekaranglah

    ReplyDelete
  8. Fuhhh... mmg byk tu ek. dan mmg tahan ek susu tu?

    ReplyDelete
  9. Teringat dulu masa saya menyusukan Alisya macam-macam orang dok cakap... saya senyum saja. Bila dorang cakap pasal formula milk, saya just cakap saya nak bagi AMANAH saya susu yang terbaik.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...