Sunday yang Sendu | Muntah-muntah

Monday, February 13, 2017

Bukan  aku yang muntah-muntah. Tapi iman Harraz. Pagi bukan main active lagi. Petang dah start melepek. Petang tu jer dah 6 kali muntah. Malam bersambung lagi.



Bila anak dah start muntah, mau kau tak risau. Habis semua makanan keluar balik. Mengempeng dan tido jer dia. Nampak lemah lah badan tu. Nak kata muntah sebab jatuh. Harraz tak ada jatuh pon. Sebab ikan bilis ker? Sebab aku baru introduce ikan bilis kat Harraz hari sabtu tu. Tapi ok jer dia makan. Ahad pagi tu bagi bubur dengan ikan bilis jugak. Ker ada benda yang dia kutip yang aku terlepas pandang. Memang kuat mengutip si Harraz nih.

Malam tu terus bawak gi klinik. Sampai kat klinik muntah lagi. Nasib sempat bawak gi toilet. Doctor check perut. Ok jer perut harraz.. Lembut dan tak ada tanda-tanda hernia atau angin pasang. Cirit birit pon tak ada. Nak kata muntah sebab batuk, harraz tak batuk pon. Cuma nampak tonsil dia macam bengkak sikit. Doctor cakap possibility harraz muntah pon mungkin sebab tonsil. Doctor pon tak sure apa masalah sebenarnya. Doctor tak bagi ubat pon.

Solution nya... Doctor suruh observe. Kalau muntah berterusan lagi, terus bawak pergi hospital. Seriau betul aku dengar perkataan HOSPITAL tu. Sebab dah 3 kali Harraz pernah admitted. Cukup-cukuplah tu. Tak sanggup aku nak tengok anak kena cucuk lagi. Start malam semalam aku start observe.

Alhamdulillah... Balik dari klinik malam semalam dah tak muntah-muntah sampai pagi ni. Tapi aku still monitor jugak ni even muntah dah tak ada. Bila anak dah tak sihat memang mood kau nak pergi kerja pon ke laut. Jadinya amik emergency leave harini. Demimu anak, ibu sanggup korbankan cuti.

Budak bila tak sihat faham-fahamlah.... Crancky semacam. Mengempeng jer. Tido pon kejap-kejap. Kau nak bergerak pon tak boleh. Melalak-lalak macam kena rotan. Sudahnya... Kau duduk jer lah hadap dia. Tak payah buat kerja rumah yerp... Huhuhuhu...

Get well soon Iman Harraz. Smoga Allah kuatkan lagi antibodi awak. Getting beter dah harini. Jangan buat ibu risau lagi. Dan please... Janganlah suka mengutip anak oiii!!!




You Might Also Like

5 comments

  1. get well soon sayang.. kesian sangat bila tengok budak sakit2 ni.. Alhamdulillah takde apa2.. :D


    jemput join ye :D
    http://www.syahirahvaliant.com/2017/02/segmen-review-blog-by-syahirahvaliantcom.html

    ReplyDelete
  2. get well soon.
    terkejut td ingatmaknya nak dpt adik lagi..

    ReplyDelete
  3. Kesian budak comel ni... anak kalau kuat mengutip memang kena extra care... takut apa-apa dia masuk dalam mulut...

    ReplyDelete
  4. sama dengan Furqan. suka mengutip. takut betul kalau dia terkutip taik cicak. huuuu taik cicak kan orang kata beracun.

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive