Budak Suka Mengutip | Ada Petua Tak?? Update blog terus nak minta petua kan. Iyer... Nak minta petua sangat ni. Memang ftrah budak suka men...

Budak Suka Mengutip | Ada Petua Tak??

/
8 Comments
Budak Suka Mengutip | Ada Petua Tak?? Update blog terus nak minta petua kan. Iyer... Nak minta petua sangat ni. Memang ftrah budak suka mengutip kan. Tapi budak ni melampau-lampau betul mengutipnya. Memang pantang nampak benda bersepah atas lantai. Semuanya nak masuk dalam mulut. Pada hal kau dah sapu lantau rumah kau berkali-kali. Tetap jugak nampak dek anak bertuah sorang ni. Teliti betul lah. Orang tak nampak tapi dia nampak. 


Inilah budaknya. I is geram tahap maksimum dengan anak soleh ni. Rasa macam nak gigit-gigit jer dia tau sebab suka sangat mengutip. Pemantauan dia kena 100%. Kalau kau lambat, memang bahan kutipan dia selamat masuk dalam perut. Kalau kau cepat bertindak, minta maaf lah nak, ibu terpaksa korek mulut awak sampai bendasing yang awak kutip tu dapat ibu keluarkan. 

Apa yang dia tak kutip... Sisa nasi yang dah keras, serpihan biskut, mee, bihun goreng, keropok, kertas, tisu dan baru-baru ni playdoh. Ada jugak sisa kertas dan playdoh yang aku tak sempat nak korek sebab dia dah telan. Memang sadakallahula'zim lah jawabnya. Dengan harapan semoga bendasing yang dia kutip tu keluar ikut najis. 

Korang ada petua tak nak elakkan baby suka mengutip nih. Atau ada tips yang boleh aku follow. Geram jer rasa tau. Nak buat kerja pon tak tenang. Kejap-kejap tengok anak soleh ni. Nak marah, dia bukan faham apa lagi. Dah explain banyak kali pon, mengutip jugak dia :-(

Note: Gigi atas dah mula tumbuh sebatang. Total ada 3 batang gigi ☺




You may also like

8 comments:

  1. Petuanya - sapu sampah n mop lantai hari-hari.hehehe

    ReplyDelete
  2. fiza, anak saya ammar dulu pun suka kutip2 tau..jenuh jugak tapi entah macam mana berhenti sendiri..dalam nak berhenti tu jenuh gak nak menjaga..

    ReplyDelete
  3. macam anak buah akak dulu, kakak akak letakkan halia, bila anak dia terkutip dan makan halia tu lepas tu dah tak mengutip lagi benda2 kat atas lantai tu heheh

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ini. :)

    ReplyDelete
  5. Nampak macam sebaya ngan anak bongsu sis (14bulan). Sama lah dengan si kecik kat rumah ni kerja mengutip je, walau anak sis dh 5 tapi honest cakap sis sendiri takde petua dalam hal ni.. huhu

    ReplyDelete
  6. Solutionnya memang hari-hari kena kemaslah kan... huhuhuhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...