Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Alaaaaa... Kenapa dah 8 bulan. Alaaaa... kenapa cepat sangat awak membesar ni nak ooiiiii. Kenapa cepat sangat masa berlalu ni ha. Seke...


Alaaaaa... Kenapa dah 8 bulan. Alaaaa... kenapa cepat sangat awak membesar ni nak ooiiiii. Kenapa cepat sangat masa berlalu ni ha. Sekejapan betul dah 8 bulan. Tak puas rasanya mengulit baby ni. Baby yang ada ni pon makin besar. Boleh tak kalau jadi baby jer. Tengok baby rasa macam.. haishhhh... Semacam plak. Kau jangan macam-macam #makanakempat. Cukup dah lah empat orang ni haaaa. Tu pon dah naik semput dibuatnya. Dengan kos living yang makin meningkat ni kan. 

Alhamdulillah... Membesar bagai johan anak soleh Harraz ni. Demand susu makin hari makin tinggi even dah start solid food. Stock susu ibu dia ni pon memang dah tak der. Hari-hari Harraz dapat susu fresh. Makan pon kuat jugak ni. Hari-hari habis bekalan makanan dengan susu. 

Makin melasak setiap hari. Gigi pon masih belun tumbuh lagi. Elok jugak tu. Tak der gigi pon asyik dok menggigit jer kerjanya. Sakit pulak tu. Kalau ada gigi mau gerun ibu kau dibuatnya. Benda yang paling ditakuti oleh ibu menyusu bila anak kau dah tumbuh gigi. Bersiap sedia lah kau yerp. Merangkak pon belum lagi. Dari haritu dok practice angkat punggung. Tapi free gear jer lah. Tak per lah... Development budak lain-lain. Relax sudah lah ibu. 


Dah pandai mengutip woihhh. Semalam dah selamat kemam kertas,,, ppffttt... Kena bagi extra attention nih. Kalau mengesot kemahen laju lagi. Nak pakai pampers skang pon bukan main susah. Asyik nak memusing jer. Mandi pon dah tak pakai air suam. Mandi air sejuk jer. Ibu kau ni dah malas nak siapkan air mandian anak dia... hahahaha... Tu jer lah kisah anak ke empat nih.

Note: Kejap jer dah nak masuk penghujung tahun kan.

  

Kaki-kaki membaca, kaki-kaki suka membeli buku dan juga kaki-kaki kumpul koleksi buku, dah terjah Pesta Lelong Buku Putrajaya ker? Kala...


Kaki-kaki membaca, kaki-kaki suka membeli buku dan juga kaki-kaki kumpul koleksi buku, dah terjah Pesta Lelong Buku Putrajaya ker? Kalau dah, baguslah. Kalau belum tu, korang memang kena pergi sebab rugi kalau korang tak pergi. Buku-buku yang ditawarkan terlajak murah. Harga dari serendah seringgit woihhhhh... 

Macam-macam buku ada. RM2.00 jer

 Yang ni buat kau rambang mata sebab murah, berkualiti dan best. Memang rugi kalau kau tak beli.  

Booth Ana Muslim. Komik 1 RM2.00 jer. Tapi kalau beli 2 RM3.00. Tak kan kau nak tengok jer kan. Rembat jugak lah untuk Iman Hakimi sebab dia suka baca komik

Bukan nak cakap apa lah kan. Memang terlajak murah. Pergi lah terjah. Memang kau rasa nak beli semuanya lah. Pada hal buku yang kau beli dulu pon tak berusik lagi... ppffttt... Cengginilah kalau dah jadi seorang yang gilakan buku. Tapi bacanya entah bila... erkkkk... Nasib kau lah anak-anak dapat ibu cenggini. Sila khatamkan buku-buku yang ibu beli ni yerp.


Ini lah dia hasil rembatan. Kau nengok. Buku anak-anak jer yang banyak. Buku untuk diri sendiri ada satu jer. Tu ha... Kalau ada masalah hati atau kalau rasa hati macam dah nak hitam, elok lah beli buku Ubat Hati nih. Mana tau boleh bersihkan hati kau yang kotor tu. Harga RM4.00 jer. 

Dah... Pergi cepat. Ahad @ 30 October 2016 ni last dayBag mahal boleh beli. HP mahal boleh bertukar ganti. Tapi nak beli buku kau boleh berkira lagi. Gi bawak anak-anak. Mesti dorang happy. Sekian pesanan khidmat masyarakat dari #makanakempat.

Note: Blog dah back to normal ☺☺


Bak kata pepatah. Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak marah kat anak, kau jadi sugul sebab dok teringat kat perbuatan kau marahkan ...


Bak kata pepatah. Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak marah kat anak, kau jadi sugul sebab dok teringat kat perbuatan kau marahkan anak malam tadi. Bersambung pulak pagi ni bila anak kau sambung buat perangai. Allah... Betul-betul menguji kesabaran. 

Anak nombor dua ni betul-betul buat aku urut dada. Kesabaran kau kena tinggi tahap dewa. Nak kata degil... Tak. Cuma dia nak kan perhatian. Bila kau tak fokus kat dia, dia akan memberontak. Cara nak pujuk. Kau kena cakap elok-elok, lembut-lembut, peluk cium baru mood dia ok. Sifat lain... anak kedua ni berani. Hati kental. Selamba dia jer pegang lipas pastu memain bagi dekat abang Kimi ngan adik Qhalif. Apa lagi... bertempiaran lah lari. Tak padan dengan lelaki tapi takut lipas... ppffttt...

Ibu minta maaf lah kakak. Sebab marahkan kakak. Ibu dah geram sangat. Tiap-tiap malam kakak buat perangai. Ibu dah cakap kan nanti ibu tidur sebelah kakak. Ibu nak susukan adik dulu. Kakak tetap dengan keras kepala tu kan. By hook or by crook nak ibu tido jugak sebelah kakak kan. Cuba lah sabar sikit. 

Haishhhh... Dah lah sorang tu jer anak pompuan. Tu pon tak boleh nak handle kan. Masih tipis lagi sifat sabar dalam diri aku ni. Ya! Allah... Sabarkan aku dalam menghadapi karenah anak-anak. 

Tak sabar nak balik. Nak tebus salah aku kat anak pagi tadi. Terbayang-bayang muka sedih dia. Sambil meleleh aimata sebab kena marah dengan mak singa dia nih. Balik ni kita gi pasar malam yer kakak. Cari colour book yg kakak nak tu. 

Note: blogging pakai HP jer ni. Memang blog dah kena blocked. 



Selamat tinggal lah sangat Sedih woihhh. Sejak bila blog #makanakempat ni termasuk dalam kategori porn. Pagi ni bukak blog ok lagi. Ten...


Selamat tinggal lah sangat Sedih woihhh. Sejak bila blog #makanakempat ni termasuk dalam kategori porn. Pagi ni bukak blog ok lagi. Tengah semangat nak update tetiba internet connection error. Lepas lunch baru ok. Pastu nak sambung update entry. Sekali keluar notification macam ni... Huhuhu... ๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”

Hilang mood dibuatnya. Try restart balik PC. Kot-kot ada keajaiban. Tapi hampa belaka. Buka link blogger lain yang aku ingat link nya. Masih boleh dibaca. Ada beberapa blog yang kluar notification macam nih. 

Ker office dah blocked? Tapi kenapa link lain boleh masuk? Kalau office dah blocked blogspot, tak boleh nak bukak blog lain dah. Sebelum ni banyak blog yang aku tak boleh bukak. Ada domain dotcom yang boleh baca and ada yang tak boleh. Blogspot pon macam tu jugak. Ada yang boleh and ada yang tak. Mana yang aku dah lama tak tinggalkan jejak tu ini lah masalahnya. Kena pakai HP. Tapi tu lah... Leceh sangat. Dengan ada blog yang tak mobile friendly. 

Hurmmmm... Sedih lah kalau dah kena blocked macam ni. Tak best kalau blogging pakai HP nih. Hope sementara jer lah. Mana tau esok dah ok kan. 

Note: Ada entry review nak kena buat nih ๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”

Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin . Lama rasanya mummy tak buat giveaway kan. Sempena ulang tahun Play-Doh yang k...

Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin. Lama rasanya mummy tak buat giveaway kan. Sempena ulang tahun Play-Doh yang ke 60 tahun. Mummy nak buat satu Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin. Ha...suka tak?

Seronok main Play-Doh, sebab teksturnya tak melekit dan juga bagus untuk sistem motor dan sensorik anak.

Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin


Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin

Syarat Mudah Join Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin


Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin

Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin

1. Buat satu entri blog bertajuk Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin.
2. Berikan sebab kenapa anda patut menang dalam Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin
3. Follow facebook Hasbro dan blog ini.
4. Kalau boleh masukkan www.azlindaalin.com di bloglists pilihan anda supaya mudah dapat tahu pengumuman pemenang Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin pada bila-bila masa.
5. Dah siap semua, jangan lupa tinggalkan blog URL anda di ruangan komen.

Keputusan Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin

Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin adalah  kolabrasi Azlinda Alin bersama pihak Hasbro Malaysia

Segala keputusan pemenang akan di pilih secara rawak. 
_________________________________________________________________________________

Bismillah...

Ok... Kenapa saya patut menang dalam Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin ni? Sebab pertama, saya nak hadiahkan Play-Doh ni pada the one and only princess yang saya ada... Qahirah. Memang minat betul dia dengan tanah liat. Tengok nih:

Imaginasi seorang kanak-kanak. Sotong katanya nih.

Sebab kedua pulak, kerana bermain dengan tanah liat banyak kebaikannya. Dari sudut fizikal, ianya dapat menguatkan otot-otot tangan kerana ketika bermain, anak-anak perlu membentuk tanah liat seperti memicit, mencucuk dan menggentel sebelum dijadikan objek. Manakala dari sudut emosi pula, ianya dapat meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti dimana dengan bermain tanah liat, secara tak langsung anak-anak dapat menggunakan kemahiran berfikir untuk mencipta objek atau bentuk binaan yang difikirkan. Selain dari itu, anak-anak dapat mengenal warna ketika bermain tanah liat. 

Sebab ketiga, kerana jenama Play-Doh ni memang terkenal dan ianya bebas dari bahan kimia dan toksid yang merbahaya. Selamat untuk anak-anak kita bermain. Itu yang bestnya. 

Note: Good luck #makanakempat ☺☺


Dalam zaman serba canggih ni, printer merupakan antara keperluan yang sangat penting. Lebih-lebih lagi untuk ibu bapa yang mempunyai ...


Dalam zaman serba canggih ni, printer merupakan antara keperluan yang sangat penting. Lebih-lebih lagi untuk ibu bapa yang mempunyai anak yang sedang bersekolah. Sebab apa? Sebab kebanyakan kerja sekolah anak-anak zaman sekarang memerlukan kita untuk mencetak gambar untuk tugasan mereka. Dan bagi saya printer sangat diperlukan.

Produk HP merupakan antara produk yang sangat dikenali. Baru-baru ini HP telah memperkenalkan  HP DeskJet Ink Advantage All-in-One (AiO) printers, iaitu  pencetak inkjet terkecil dunia. DIdatangkan dengan tiga warna terang... Electric Blue, Sea Grass Green and Cardinal Red.


HP Reinvents Home Printing for Digital Natives with World’s Smallest Inkjet All-in-One

HP PPS Sales Sdn. Bhd. today unveiled its next generation of HP DeskJet Ink Advantage All-in-One (AiO) printers, the ideal device for the style savvy, always connected consumer. 

Designed for digital natives who want to print from Facebook, Instagram and more, the HP DeskJet Ink Advantage 3775/3776/3777 is half the size of other inkjet all-in-one printers in its class(1), yet combines robust print, scan and copy capabilities all for RM 379(2). 

From left, Yuen Lai, Business Director for Print Category, HP PPS Sales Sdn Bhd, Diane Fong, Market Development Manager, Inkjet Printing Systems, HP PPS Sales Sdn Bhd, Kym Lim, Managing Director, HP PPS Sales Sdn Bhd

Recently named one of TIME Magazine’s 50 Most Influential Gadgets of All Time, the redesigned DeskJet offers easy printing from a smartphone or tablet. The HP DeskJet Ink Advantage 3775/3776/3777 does not just optimize space, it energizes space with a variety of vivid hues that include Electric Blue, Sea Grass Green and Cardinal Red. 

Bringing in a fresh design to fit today’s modern homes, the printers feature a white base that easily blends with any home dรฉcor, with a celebration of colours ranging from the cool neutrals that exude a calming, soothing effect to a bright red that is fun and playful. The scroll feed scanner is designed like a fin and lights up when a document is fed through for scanning or copying. 

  Kym Lim, Managing Director, HP PPS Sales Sdn Bhd with the newly launched printer

“Consumers crave tiny, wireless devices that fit into their lifestyle and enable them to stay connected, social and productive wherever they may be,” said Kym Lim, Managing Director, HP PPS Sales Sdn. Bhd. “HP’s new DeskJet turns the traditional consumer printing experience on its head with its innovative, fun design and intuitive mobile connectivity from virtually any device or social network.” 

Phone to Print Seamlessly 

Setting up and printing directly from a mobile device has never been easier with the HP All-in-One Remote mobile application(3). The free app provides users with key features including printing, copying and scanning wirelessly from most smartphones and tablets including Apple™, Android™ and Windows® devices. Using Wi-Fi Direct(4), consumers can immediately begin printing from their mobile devices and access their printer without a network. 

Using HP Printbot, Facebook Messenger users can print content effortlessly from a Facebook Messenger conversation. In addition to easily printing photos and documents, the bot allows users to add printers, print from the printer's history, and order replacement supplies. The new, colorful HP DeskJet Ink Advantage 3775/3776/3777 All-in-One printers are available now. 

Untuk maklumat lanjut, boleh layari [http://www.hp.com.my] dan juga Facebook [HP Malaysia]


Kembali lagi dengan Segmen Bloglist Azhafizah.com untuk bulan November dan December . Segmen Bloglist yang terakhir untuk tahun 2016 . Macam...

Kembali lagi dengan Segmen Bloglist Azhafizah.com untuk bulan November dan December. Segmen Bloglist yang terakhir untuk tahun 2016. Macam biasa syaratnya mudah je. Hanya perlu copy paste je coding yang Fiza dah sediakan. Mudah je kan? Mana yang tak sempat join haritu, boleh join untuk bulan November dan December ni ye. Macam biasa pemilihan 10 blog akan dibuat melalui random.org.

KLIK BANNER UNTUK SERTAI SEGMEN



Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Nov & Dec 2016
2. Copy coding dalam kotak bawah ni dan paste di ruangan HTML entry

3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Nov & Dec 2016 


Tarikh Tamat : 28 Oktober 2016
  Terima kasih atas sokongan semua ^__^

Tu dia. Jualan gudang sudah bermula hari ini bersamaan dengan 21 Oktober 2016. Jualan penghabisan stok katanya. Korang memang pantang d...


Tu dia. Jualan gudang sudah bermula hari ini bersamaan dengan 21 Oktober 2016. Jualan penghabisan stok katanya. Korang memang pantang dengar jualan gudang ni kan. Kalau dah gaji lagi best memborong ni. Macam private sektor ada yang dah dapat gaji awal. Maklumlah... Deepavali nak dekat. Cepat dapat maka cepatlah habisnya kan. 


Macam-macam ada nih. Pakaian berjenama seperti Xixili, Household Items, Hush Puppies, Levis, Adidas, Superdry, Armani, Zara, Dockers, Everlast, Disney, Nike, Hugo Boss dan banyak lagi lah. Harga mug pon seposen jer kau. Kalau nak buat hadiah boleh lah beli. Kalau yang baru pondah rumah tu, boleh lah shopping kat sini. Household items serendah seringgit jer tu. 

Date: 21 - 30 Oktober 2016
Venue: Wisma Minlon, Seri Kembangan
Time: 11.00 am - 8.00 pm

Dah... Gi serbu. Selamat menghabiskan duit. Boleh terjah [The Marcat Warehouse Retail] kalau nak tau lebih lanjut.

Note: Kejap jer dah jumaat. 


Ada yang teringin nak bawak anak-anak pergi Legoland ker? Siapa yang tak teringin kan. Saya pon ada impian nak bawak anak-anak pergi Legola...

Ada yang teringin nak bawak anak-anak pergi Legoland ker? Siapa yang tak teringin kan. Saya pon ada impian nak bawak anak-anak pergi Legoland ni. Ada rezeki nanti sampai lah tu kan. Ni nak share dengan korang semua yang merupakan pemegang kad Maybank. Diskaun untuk masuk Legoland Resort Malaysia tau. Bukan sikit punya diskaun. Boleh tahan banyak jugak lah.


Nak tahu tak, LEGOLAND® Malaysia Resort dan Maybank telah bekerjasama sekali lagi dengan memberikan tawaran yang ekslusif kepada pemegang kad Maybank bersempena dengan perasmian LEGO® Ninjago ™ The Ride. Pemegang kad Maybank boleh menikmati diskaun yang menakjubkan ini sebanyak 35% bermula dari 5 Oktober 2016 sehingga 30 Oktober 2016. 

Wahhhh... Banyak juga tu 35%. Memang berbaloi-baloi kalau beli nih. Meh bandingkan harga sebelum dan selepas:

Annual Pass
Original Price vs. promotion
Adult Standard Annual Pass
RM 320 RM208
Child/Senior Citizen Standard Annual Pass
RM 245 RM159
Adult Premium Annual Pass
RM 450 RM292
Child/Senior Citizen Premium Annual Pass
RM 450 RM292


Nampak tak perbezaannya yang banyak nih. Kat mana nak beli?
  • Online: www.LEGOLAND.com.my/promo/MBBOnline2016 from 5th Oct - 30th Oct
  • LEGOLAND’s ticketing window from 5th Oct  - 30th Oct, Time: 10:00am – 5:00pm
  • Roadshow at Aeon Bukit Indah Johor 4th – 9th Oct 2016, Time: 10:30am – 10:00pm
Upcoming Grand Launch of LEGO® NINJAGO™ The Ride – Nov 2016

The upcoming LEGO® NINJAGO™ The Ride is the largest new addition to the premiere family theme park with breakthrough attractions that promise to be a real game-changer to the theme parks around the world. The ultimate 4D indoor ride will feature never-seen-before technology manufactured by Triotech, a world leader in media-based interactive attractions, and features Maestro™ hand gesture technology that enables guests to control the outcome of their adventure through the power of their hands without the use of a handheld device. The attraction is set to be a 4D indoor ride inspired by the popular LEGO® line of NINJAGO™ toys and a related TV series. Riders play as Ninja warriors in training under the guidance of NINJAGO™ character Master Wu to vanquish a legion of enemies from snake tribes, ghosts and skeletons to the Great Devourer.

Untuk maklumat lanjut, promosi atau aktiviti, boleh hubungi nombor nih 07-597 8888. Boleh juga layari:




Semangat kau nyah, Bila anak dah start makan, kau tak boleh nak malas-malas. Walaupon kau rasa malas nak buat makanan anak ni... hahaha... ...

Semangat kau nyah, Bila anak dah start makan, kau tak boleh nak malas-malas. Walaupon kau rasa malas nak buat makanan anak ni... hahaha... Perasaan jer malas. Tapi rajin sebenarnya. Bila dah jadi Mak/Ibu/Mommy memang kau kena buang perasaan malas tu. Lebih-lebih lagi bila anak kau yang paling kecik ni dah start makan. Anak yang besar-besar ni tak kisah sangat, Apa yang kau masak diorang akan makan. Yang baby ni kau kena lah sediakan dan masak kan makanan yang sesuai untuk dia makan kan. Haaaa... introduce kemahen panjang lagi. Dah... straight to the story.

Sumber: Fabulous Mom

Weekend haritu buat stock puree untuk Harraz. Beli bahan makanan nya dah lama. Tapi weekend baru ni start buat sebab nak tunggu  Baby Food Freezer Cubes. Semangat tak semangat lah kau kan. Senang sikit kalau ada baby food freezer cubes ni. Setakat baby bullet storage cup yang ada 6 ketul tu mana cukup. Nak buat stock untuk seminggu kenalah ada baby food freezer cubes ni banyak sikit kan. Kebetulan Fabulous Mom tengah buat sale. Apalagi.... Beli 2 bekas terus brand [TREENIE - BREASTMILK & BABY FOOD FREEZER CUBES].


Ok... Bekas pon dah ada. Boleh lah kita buat stock Puree. Aku buat 2 jenis puree. Puree sayur... Carrot dengan Sweet Potato-Red. Dengan Puree Buah... Apple Red Delicious and Pear Forella. Aku steam semua sayur and buah-buah nih. Kalau rebus takut khasiat nya dah kurang. Jadi... Kita steam saja.


Dah lembut semua buah dengan sayur nih, kita blend lah dan letak terus dalam bekas baby food freezer cubes ni. Nak tau tak, buah Pear Forella ni tersangat lah sedap. Manis sangat. Pear kan ada banyak jenis. Tapi kalau korang nak buat puree pear, better beli yang jenama forella nih. Aku selalu beli pear yang biasa tu jer. 1st time beli pear forella nih. Memang sesuai sangat untuk buat puree sebab rasanya yang manis.

Nanti nak try bagi Avocado plak. Harga Avocado pon boleh tahan jugak kan. Pisang pon tak try bagi lagi nih. Asal beli pisang jer Abang-abang dengan kakak yang habiskan. Tak sempat nak bagi Harraz makan. Untuk bubur nasi memang aku masak fresh. 15 minit jer pakai Noxxa pressure cooker. Nanti campur jer dengan puree ni. Next project nak buat serbuk bilis dan bone broth. Harap-harap kerajinan ibu kau ni berterusan lah yer nakkk ๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž

Note: Kena cari resipi untuk makanan baby plak nih. 



Wah... Dah setahun rupanya usia Yogurt llaollao ni bertapak di Malaysia yerp. Nak tahu tak? Dalam tempoh hanya setahun, para penggemar...


Wah... Dah setahun rupanya usia Yogurt llaollao ni bertapak di Malaysia yerp. Nak tahu tak? Dalam tempoh hanya setahun, para penggemar llaollao di Malaysia telah memakan 20,000 kilogram buah-buahan dan 120,000 liter yogurt asli! Woww... Saya pernah share mengenai kesedapan yogurt llaollao [DISINI]. Tak teringin ker nak cuba? Sedap sangat tau sebab disajikan dengan topping rangup atau buah-buahan segar seperti strawberi, kiwi, nangka, buah naga, mangga dan banyak lagi lah.


Sempena meraikan ulangtahun pertama Yogurt llaollao di Malaysia ni, Ilaollao menawarkan harga istimewa RM11.00 ke atas pembelian semua saiz tab dan Sanum pada 18 Oktober ini. Harini uolls. Bukan itu jer, ada kempen “Well-nesday” mulai Oktober tahun ini. Dengarnya... 5 lagi cawangan bakal di buka akhir tahun ni. Meh baca:

Pelanggan teraju gaya pemakanan yang lebih sihat dengan Ilaollao


KUALA LUMPUR, 13 Oktober – Gaya pemakanan sihat yang ditonjolkan para penggemar Ilaollao harus dijadikan teladan kepada masyarakat umum. Dalam tempoh hanya setahun, para penggemar llaollao di Malaysia telah memakan 20,000 kilogram buah-buahan dan 120,000 liter yogurt asli!

Disajikan dengan topping rangup atau buah-buahan segar seperti strawberi, kiwi, nangka, buah naga dan mangga, llaollao berjaya mendorong rakyat Malaysia memakan buah-buahan di mana beratnya menyamai 200, 000 biji epal atau lima ekor gajah.

Ilaollao, yang kini tampil sebagai jenama yogurt sejuk beku yang paling pantas berkembang di Eropah, telah menghidangkan sejumlah 120,000 liter yogurt semula jadi – dalam erti kata lain, cukup untuk mengisi 3,000 tangki kereta bersaiz sedan.

“Semasa Ilaollao mula-mula diperkenalkan di Malaysia setahun yang lalu, Ilaollao berhasrat untuk menggalakkan rakyat Malaysia menukar gaya hidup dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Para pengguna semakin mencari alternatif atau pilihan kaedah pemakanan yang sihat dengan mengurangkan pengambilan gula, garam, makanan yang tepu iaitu berminyak dan berlemak,” kata Tan Kai Young, Pengarah Loob Management Services Sdn. Bhd.

Tan berkata, semakin ramai rakyat Malaysia yang arif tentang pengambilan makanan dan gizi seimbang dan Ilaollao berharap dapat memainkan peranan dalam meningkatkan kesedaran betapa pentingnya diet atau tabiat pemakanan yang baik. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan, National Health and Morbidity Survey (NHMS) tahun lepas (2015) menunjukkan, 94 peratus `(94%) rakyat Malaysia dewasa memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak mencukupi dalam pemakanan mereka.

“Melalui Ilaollao, kami menyediakan yogurt sebagai makanan pelengkap pilihan yang rendah kalori dan lemak tetapi berperisa tinggi. Ilaollao lebih daripada sekadar sajian pencuci mulut atau makanan ringan – ia begitu lazat dan berkhasiat dan boleh dijadikan satu sajian penuh.

“Kami terdorong untuk melihat lebih ramai rakyat Malaysia memilih makanan pilihan yang lebih sihat; ini menunjukkan tahap kesedaran yang semakin meningkat,” kata Tan.

Sebagai penghargaan kepada para pelanggan setia dan meraikan peralihan kepada gaya pemakanan yang lebih sihat, sempena dengan ulang tahun pertama Ilaollao di Malaysia, Ilaollao menawarkan harga istimewa RM11.00 ke atas pembelian semua saiz tab dan Sanum pada 18 Oktober ini. Untuk memanfaatkan sepenuhnya tawaran ini, inilah masanya untuk para pelanggan memesan tab bersaiz besar yang lazimnya berharga RM18.90, manakala Sanum berharga RM17.90.

Selain daripada promosi ulang tahun pertama, Ilaollao juga menambah nilai kempen “Well-nesday” mulai Oktober tahun ini.

Dengan pembelian minima tab bersaiz sederhana, para pelanggan boleh menikmati diskaun 11 peratus (11%) pada hari Rabu minggu pertama, 22 peratus (22%) pada hari Rabu minggu kedua dan 33 peratus (33%) pada hari Rabu minggu ketiga.

Pada hari Rabu minggu keempat, kadar diskaun berbalik kepada 11 peratus (11%). Dan sekiranya terdapat minggu kelima Rabu, sepertimana pada bulan November 2016, diskaun dinaikkan kepada 22 peratus (22%).

Disebut dengan sebutan Yao Yao, Ilaollao yang disediakan segar – anda tidak akan memperoleh yogurt sejuk beku yang lebih segar daripada Ilaollao. Diperbuat daripada sajian susu skim, satu tab yogurt IlaoIlao mengandungi 46 peratus (46%) kalsium yang perlu ada dalam pemakanan seharian. Walaupun Ilaollao rendah lemak, rendah kalori dan bebas gluten, tiada kompromi dalam kelazatan rasanya sebagai yogurt yang kaya lagi berkrim.

Sebagai memberi kelainan rasa, IlaoIlao menawarkan pilihan topping yang pelbagai, daripada buah-buahan segar dan berperisa kepada kerangupan bijirin, muesli, ‘cookies’, kacang dan rasa yang klasik iaitu OREO®.  Kerangupan dan perisa diimport dari Eropah dan kebanyakannya tidak dapat dibeli atau diperoleh di mana-mana pasar raya tempatan.

“Kejayaan awal Ilaollao menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mengalu-alukan konsep F&B (makanan dan minuman) premium yang pantas. Hari ini para pelanggan beralih daripada makanan segera kepada ‘gourmet’ dan kualiti bahan-bahan adalah penting untuk mencapai rasa sebenar dengan sepenuhnya.

“Inilah nilai-nilai yang kami dukung tinggi; nilai-nilai ini ada pada semua jenama dan di bawah portfolio Loob Holding, sama ada Ilaollao, Chatime, Gindaco atau Tino’s Pizza,” kata Tan.

Bertitik tolak daripada pembukaan pertama cawangan di Pavilion pada bulan Oktober tahun lepas, IlaoIlao kini mempunyai 14 cawangan, di mana cawangan di KLCC akan dibuka untuk para pelanggan pada Oktober 15, 2016. Sebelum tahun 2016 menutup tirai, lima lagi cawangan akan dibuka di lokasi berikut: Sky Avenue, Genting; AEON Tebrau dan City Square di Johor Bharu; Ipoh Parade di Ipoh; dan Sunway Velocity di Cheras, Kuala Lumpur.

“Ketika kami bermula pada tahun lepas, sasaran kami ialah untuk membuka 35 cawangan menjelang tahun 2018. Kita sekarang ini sudah di garisan tengah dan segala perancangan nampaknya berjalan dengan lancar dan berada di landasan yang betul,” ujarnya.


Sudah menjadi rutin setiap pagi si ibu untuk menyediakan breakfast terbaik untuk anak-anak. Cakap jer nak makan apa, semua ibu boleh sediak...

Sudah menjadi rutin setiap pagi si ibu untuk menyediakan breakfast terbaik untuk anak-anak. Cakap jer nak makan apa, semua ibu boleh sediakan. Macam saya, breakfast yang selalu saya sediakan biasanya Roti bakar, nasi goreng, mi hoon goreng, cekodok dan macam-macam lagi lah. Tapi kali ni saya bagi breakfast lain dari yang lain sikit. Apa yang lain tu?


Pernah dengar The Frutzee Family tak? Haaaaa… Sebenarnya ini produk baru. Produk keluaran Nutri Food ni baru jer dilancarkan bulan Ogos yang lepas. The Frutzee Family ni merupakan produk makanan ringan sihat yang pertama bagi kanak-kanak tau. Kalau selama ni kita selalu bagi anak-anak makanan ringan yang tak berapa nak sihat tu. Tapi apa kata korang cuba makanan ringan The Frutzee Family ni pulak.

Apa yang best dengan makanan ringan The Frutzee Family  ni? Bestnya sebab ianya snek yang sihat secara semulajadi, enak rasanya, tanpa bahan pengawet, pewarna dan penambah rasa. The Frutzee Family dikenali sebagai snek siri buah-buahan pertama bagi kanak-kanak dan sesuai untuk kanak-kanak berumur 12 bulan ke atas. Penghasilannya daripada buah-buahan segar sebenar yang dibeku-keringkan sebaik sahaja dipetik supaya ia dapat mengekalkan  segala zat-zat asli dan kebaikan nutrisi buah-buahan segar. Terdapat 4 jenis rasa buah-buahan bagi Frutzee iaitu

Crispy Banana

Pisang adalah sumber Vitamin B6 yang sangat baik yang membantu badan kita untuk pertumbuhan sel-sel baru. Kandungan potassium yang tinggi adalah penting untuk otot yang baik dan fungsi saraf. Manganese adalah penting untuk kesihatan tulang dan metabolisme.

Crunchy Grapes

Kalsium adalah sangat penting untuk diet kanak-kanak kerana ia menyumbang kepada pertumbuhan tulan dan gigi. Potassium dalam anggur adalah penting untuk kesihatan jantung. Anggur adalah sangat tinggi dengan vitamin C yang mengandungi antioksidan yang kuat.

Crispy Apple

Isi apple mengandungi Boron, mineral yang amat penting untuk kesihatan tulang dan pertumbuhan otot. Pectin mengawal system penghadaman anak-anak kita. Sebiji Apple mempunya jumlah serat yang sama dengan semangkuk bijirin. Tinggi dengan Vitamin C, Apple membantu meningkatkan system imun anak-anak kita.

Crunchy Berry

Kandungan serat yang tinggi dalam Strawberry juga merupakan sumber folat yang menakjubkan. Ia dipenuhi dengan antioksidan iaitu penggalak imuniti yang kuat untuk kanak-kanak. Manganese adalah penting untuk kesihatan tulang dan metabolisme. Phytonutrients dan flavonoids dalam Strawberry membantu system pencernaan, pemutihan dan kerengsaan kulit.

Menarik sangat kan. Nutrio Food menggunakan teknologi yang terbukti canggih dan dipatenkan. Buah-buahan dibersihkan dan diletakkan di dalam ruang vakum untuk disejukkan sehingga suhu 30 darjah Celsius supaya buah-buahan dibekukan dalam keadaan segar supaya rasa asli dapat dikekalkan. Macam mana nak nikmati hidangan snek makanan ringan ni? Meh cuba resipi nih. 


Bahan-Bahan

1) Fresh Milk
2) Natural Yogurt
3) The Frutzee Family 


Campurkan saja The Frutzee Family ke dalam susu atau pon yogurt dan makan ☺


Macam budak ni ha. Qhalif makan dengan yogurt. Makan macam tu saja pon dah ok sebab sedap tau. Dalam banyak-banyak flavor, saya suka flavor pisang. Tapi semua sedap sebenarnya. Boleh lah korang gantikan makanan ringan dengan The Frutzee Family snack ni. Terbaik.

Kalau nak tau lebih lanjut mengenai produk The Frutzee Family. Boleh layari:

Website: www.frutzee.my



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...