Baju Muslimah Kanak-kanak

Bukan main menyengih lagi dia. Gigi mana... gigi... hehehe...  Alhamdulillah... Harraz dah 6 bulan harini. Ya! allah... cepatnya masa...


Bukan main menyengih lagi dia. Gigi mana... gigi... hehehe...  Alhamdulillah... Harraz dah 6 bulan harini. Ya! allah... cepatnya masa. Kenapalah cepat sangat besar ni nak oiiii... Dari 3.1 kg dah naik 7.5 kg dah awak. Memang tak larat ibu nak dukung sebab badan makin sado. Bila dah 6 bulan ni maknanya dah boleh start solid food... yeayyyy... Ibu pon tak prepare apa lagi nih,


Alhamdulillah... Membesr bagai juara. Makin melasak sejak dah pandai meniarap ni. Tidur pon lasak jugak. Memang tak boleh letak atas katil dah ni sebab budak ni suga berguling². Asyik terkeluar dari landasan jer. Sekejapan nengok dah tergolek kat lantai. Nak pakaikan pampers pon susah. Nak memusing jer kerjanya. Mat senyum ni. Kuat nyusu macam biasa. Smoga membesar dengan sihat yerp Iman Harraz.

The besr part harini ialah... Tahniah buat diri sendiri sebab berjaya menyempurnakan misi penyusuan SUSU IBU selama 6 bulan pertama... Yeayyyy... Dapat Diplome in Breastfeeding. Smoga misi berjaya untyk bulan² yang seterusnya sampai 2 tahun... InsyaAllah. 

Note: Tengah struggled nak mengumpul stok susu ni. 



Makanan tambahan untuk anak² seperti Vitamin adalah sangat penting untuk memantapkan ketahanan sistem badan anak². Bermacam2 jenis vi...


Makanan tambahan untuk anak² seperti Vitamin adalah sangat penting untuk memantapkan ketahanan sistem badan anak². Bermacam2 jenis vitamin yang ada dipasaran skang nih. Tapi ada masanya anak² agak memilih dalam pengambilan vitamin. Mungkin tak menepati citarasa mereka. Memahami keperluan ini, Scott’s®… Jenama makanan kesihatan tambahan kanak² nombor 1 di Malaysia telah memperkenalkan produk yang inovatif dan menyeronokkan dikenali sebagai Scott’s® DHA Gummies.


Apa DHA tu? DHA (Asid Docosahaxaenoic) merupakan sejenis asid lemak Omega-3 yang penting untuk pembentukan otna dan mata, serta Vitamin D yang penting untuk pertumbuhan dan pembangunan yang sihat. Scott’s® DHA Gummies dilancarkan sebagai tambahan kepada produk warisan Scott’s® Emulsion Cod Liver Oil. Ianya khusus untuk kanak2 berusia empat tahun dan ke atas.


Saya telah berpeluang untuk turut bersama² dalam majlis pelancaran Scott’s® DHA Gummies yang berlangsung di Aquaria, KLCC. Di majlis pelancaran itu, Pengurus Besar GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Malaysia dan Brunei, Stacy Wallace berkata, produk baru Scott’s® DHA Gummies memastikan usaha seoran ibu dalam menyediakan cara yang lazat dan menyeronokkan untuk menbantu anak² memenuhi pengambilan DHA harian mereka. DHA membantu menyokong fungsi dan pembangunan otak yang normal. Otak yang berfungsi dengan baik dapat membantu menyokong kebolehan kognitif seperti pembelajaran, perhatian, ingatan dan penyelesaian masalah. Matlamat Scott’s® DHA Gummies adalam untuk membantu ibu² yang sering menghadapi cabaran dengan jadual harian yang padat dalam pengambilan DHA harian untuk anak mereka.


Scott’s® juga telah menjemput seorang pakar kanak² iaitu Dr. Ali Azman Minhaj yang berkongsi pengetahuan mengenai kepentingan DHA semasa fasa kanak-kanak semakin meningkat dan berkongsi lebih mendalam mengenai peranan penting DHA dalam pembangunan kanak².

Didatangkan dalam 2 versi. Botol dan juga plastic.

Scott’s® DHA Gummies ni didatangkan dengan dua perisa iaitu perisa orange dan juga strawberry serta dalam tiga bentuk hidupan laut yang berbeza. Memang cute sangat tau. Rasanya jangan cakaplah. Dijamin sedap sebab kau yang dewasa nip on makan seketul terus jatuh cinta. Tak cukup seketul tambah berketul² makan. Cer bayangkan kalau anak² makan? Boleh habis sebotol dalam waktu yang singkat kalau tak control sebab tersangat sedap rasanya. 


Tengok lah ni. Si ayu dan si rongak... hahaha... Muka puas hati sebab dapat Scott’s® DHA Gummies yang sedap ni. Bersempena dengan pelancaran Scott’s® DHA Gummies, Scott’s® turut melancarkan kempen 'Bright Little Explorers' dimana pelbagai program untuk anak² untuk meneroka didalam Aquaria seperti 'Discovery Hunt' dan 'Sleep with Sharks'. Ini merupakan sebahagian daripada aktiviti menguji minda. Dengan menampilkan aktivi²yang merangsang otak, kempen 'Bright Little Explorers' telah dibangunkan untuk mencetus rasa ingin tahu kanak² terhadap alam semula jadi.


Nampak tak anak² #makanakempat tu ☺


Excited memasing nengok hidupan laut kat dalam Aquaria nih. Almaklumlah... 1sti time masuk sini. MakPak pon sama teruja gak nengok ikan besar².


Disamping pelancaran Scott’s® DHA Gummies, Scott’s® juga melancarkan aplikasi realiti tambahan yanbg dikenali sebagai 'Blipper'. Tujuannya bagi memudahkan ibu bapa mendapatkan maklumat tambahan mengenai DHA selain dari aktiviti² yang menyeronokkan seperti permainan teka teki dan gerai foto maya. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Scott’s® DHA Gummies dan produk² lain keluaran GlaxoSmithKline, boleh layari:



Jangan lupa dapatkan Scott’s® DHA Gummies yang super duper sedap ni di semua kedai² runcit utama diseluruh negara. Disarankan beli lebih sebab nanti tak cukup kalau beli sebotol ☺


Iyer... Tak tau lagi ker? Ramai betul yang upload gambar air kotak Dutch Lady singgit smalam. Rasanya dah macam trending bila memasing dok ...

Iyer... Tak tau lagi ker? Ramai betul yang upload gambar air kotak Dutch Lady singgit smalam. Rasanya dah macam trending bila memasing dok menayang banyak air kotak yang tersangat murah tu. Kau memang pantang nampak barang murah kan. Tak pasal² menjebakkan diri gak gi terjah 7Eleven balik keja petang smalam.


Hasil tangkapan. Tak menaruh harapan sangat kot sebab takut dah habis kan. Sekali masa gi 7E petang smalam nengok banyak lagi. Nyesal plak tak beli berkotak². Dasar tamak kau kan. KitKat pon singgit wei. Tapi aku tak beli. Pastu menyesal dah kenapa kau tak beli...ppffttt... Ada beberpa jenis barang jugak yang harganya singgit. Tak ingat apa benda nya. 

Nak tau tak, kalau dapat kat anak² ni memang sekejapan jer hoi!!. Dapat 16 kotak smalam dah tinggal 6 jer. Kalau aku tak menyinga mau habis dikerjakannya. Aku rasa kalau beli sekaton mau dalam sehari tu jugak habis. Balik nak nak try singgah lagi kot² ada rezeki nak memborong susu Dutch Lady ni lagi ker kan. Sebab dekat kebanyakan 7Eleven dah habis.

Oh! Ya. Promosi jimat berganda ni sampai 28 August ni jer yerp. Tapi aku tanya budak7E kat bangi tu sampai harini jer. Tak tau lah kalau lain tempat lain tempoh promosinya. Jadinya... Silalah serbu 7Eleven berdekatan anda skang yerp. Cer cari 7Eleven yang tak berapa pupular dan tak ramai orang datang. Mesti banyak lagi kot... Hehehe...

Note: Pasal susu murah pon boleh jadi entry kan... hehehe... 



Siapa yang tak suka makanan laut kan. Rugi hoi siapa yang tak suka makanan laut tu. Tapi kalau yang ada alergik dengan makanan laut memang ...

Siapa yang tak suka makanan laut kan. Rugi hoi siapa yang tak suka makanan laut tu. Tapi kalau yang ada alergik dengan makanan laut memang dah tak boleh nak buat apa lah kan. Mohon bertabahlah. Baru² ni saya berpeluang mencuba hidangan yang berasaskan makanan laut di sebuah retoran yang terletak di Sunway Giza Mall.


JUST SEAFOOD… Inilah restorannya. Menyediakan sajian hidangan laut yang terbaik dan segar untuk setiap pelanggan yang datang. Makanan² lautnya terdiri dari KETAM, SOTONG, UDANG, TIRAM dan KUPANG. Nak tau tak, makanan² laut yang dibawa masuk setiap hari ni adalah dalam keadaan yang segar. Brought in fresh daily gittew. Dimasak dengan perasa 3 sauces yang berbeza iaitu LOUISIANA CAJUN, BUTTER MILK dan CREAMY PEANUT. 

Cara penyediannya pulak ianya dihidangkan di atas meja makan. Meja tu akan di alas dengan kertas dan makanan² laut ini akan disajikan terus atas meja berbekalkan sarung tangan, bekas dan juga pengepit ketam. Nak makan ketam kan. Tak kan nak gigit pakai gigi kot. Mau patah gigi kau. 

Signature sauces di Restoran Just Seafood ni diilhamkan dengan pelbagai rasa dari Amerika Syarikat, Vietnam dan Malaysia. Pilih jer nak sauce apa. Ikut tekak dan selera memasing. Tapi yang pasti, sauces² dari Restoran Just Seafood ni memang terbaik dan sedap. Ok… Tak nak bebel panjang². Nak bagi korang telan ailio tengok gambar² ni.


Air harus diutamakan dulu. Fresh Orange untuk saya. Watermelon Juice untuk dia.


Tu dia... Lambakan hidupan laut diatas meja makan untuk round yang pertama. Besar² baq hang. Yang ni perasa LOUISIANA CAJUN. Sauce ni paling popular di Just Seafood. Oh! ya... Korang boleh pilih nak makan dengan nasi atau pon roti yerps. Pilih salah satu. Nak makan dengan nasi dan roti pon boleh. 


Close up sket. Sangat sedap dan menyelerakan sungguh. Rasa LOUISIANA CAJUN ni agak pedas sikit. Tapi tak der lah pedas sangat pon. Just nice. Kalau orang tak makan pedas langsung boleh order sauce lain. Ada rasa rempah² tapi sedap. 


Bersedia untuk dilambakkan diatas meja. Ini perisa CREAMY PEANUT. 


Kita kasi close up nak bagi hati korang panas hati... Hahaha... Serious... saya paling suka sauce ni. Rasanya tersangatlah sedap bagi tekak saya. Rasa macam kuah kacang sikit. Tapi tak pedas. Memang highly recommended lah sauce ni. Bila CREAMY PEANUT bergabung dengan makanan laut segar yang manis... perghhhh... double triple sedap.


Yang sauce ketiga ni pulak namanya BUTTER MILK. Nampak tak besar² makanan laut tu.


Yang ni pon tersangat lah sedap. Lemak² manis memang disukai ramai... erkkk... Cuma bila makan banyak rasa cepat muak. Dah nama pon BUTTER MILK kan. Petua nak elak muak, makan dengan cili padi atau cili kicap. Kalau boleh makan makanan lain dulu baru makan perisa butter milk ni. 


Oyster pon ada uols. Segar² dan besar² datangnya. Tapi saya tak makan. Tekak kampungdotcom katakan. Husband jer yang makan. Sedap katanya sebab tak der rasa hanyir. 

Menu dan Harga. Mahaplah kalau tak terang. Sila buntangkan biji mata anda...ngeeee...

Ok... Beralih kepada menu. Ianya didatang kan dengan hidangan untuk 1-2 orang, 3-4 orang dan 5-7 orang. Kalau nak buat event or party pon boleh jugak. Untuk satu set biasa, terdapat KETAM YANG PENUH DENGAN DAGING, UDANG GALAH, TAMBAHAN UDANG BESAR, KERANG BESAR, KUPANG CHILE, SOTONG, KENTANG, LOBAK MERAH, JAGUNG dan NASI atau ROTI BAKAR. Dan yang paling istimewa di Just Seafood adalah. Tiram sebenar yang diimport dari Amerika Syarikat


Dah muak nengok gambar makanan kan. Haaaa... ni gambar si raksasa pemakan pulak. Tak padan denga kecik tapi kuat makan. Versi gelojoh dengan versi cute... muahahaa... Nak muntah dengar perkataan cute tu yerp. Gi cari gayung.... hahaha...


Ini plak permandangan kedai dari luar dan dalam. Konsepnya open kitchen. Kau boleh nampak dorang masak. Nak duduk luar boleh nak duduk kat bahagian dalam pon boleh. Nak duduk tempat tinggi, bley naik kat tingkat atas sebab Restoran Just Seafood ni dua tingkat yerp. 


Last but not lease... Si raksasa pemakan bersama pemilik Restoran Just Seafood, Mr. Terence Ham yang sudi belanja kami makan. Thanks for having us Mr. Terrance. Memang makanan² kat Just Seafood tersangatlah sedap. Rasa puas dapat makan seafood haritu. Memang gendang gendut tapi kecapi kenyang perut senang hati betul lah. 

Kecur ailio kan nengok makanan² ni. Saya yang menaip pon telan² ailio tau. Kalau korang rasa teringin, mengidam dan tak tau nak makan kan mana, boleh terjah Just Seafood. Ini alamatnya:

Just Seafood
A-9-G, Sunway Giza Mall
Jalan PJU 5/14, Dataran Sunway
Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Tel: 012-229 0855 / 03-6144 6366

Operating Hours: 12.00 pm – 10:30 pm Daily



Mind Benders ni adalah satu teka-teki yang dianjurkan oleh HP Malaysia. Bagi HP Malaysia, mereka ingin menggalakkan ibu bapa diluar sana un...

Mind Benders ni adalah satu teka-teki yang dianjurkan oleh HP Malaysia. Bagi HP Malaysia, mereka ingin menggalakkan ibu bapa diluar sana untuk membantu anak² mereka mengembangkan kemahiran berfikir pada usia yang masih muda. Dengan adanya HP Mind Benders ini, ibu bapa boleh mendidik anak² mereka dengan aktiviti yang menarik dan menyeronokkan secara tak langsung dapat membangunkan otot fikiran mereka ketika bermain.


Saya telah diberi peluang oleh HP Malaysia untuk mencuba HP Mind Benders set ini. Kiranya cabaran untuk saya dan anak² untuk menyelesaikan teka teki yang terdapat didalam kotak ini. Agak teruja masa dapat kotak ni. Anak² apatah lagi. Over teruja dibuatnya. Nak tau apa isinya? Meh tengok nih:


Penuh sekotak. Dalam kotak ni terdapat 3 pakej yang disediakan. Antaranya:


Set yang pertama. HP Mind Banders Puzzle Set. Dalam ni ada 3 teka teki. Memang menguji emosi dan minda betul lah soalan nya sebab kau kena think out of the box gittew dalam nak mencari jawapannya. Kalau orang yang padai, memang boleh jawab kot. Kalau tak boleh jawab, tak perlu risau. Sebab ada disediakan jawapannya sekali...hehehe... Tapi kau kena selesaikan dulu lah teka teki tu. Kalau dah surrender baru boleh nengok jawapnnya. 
 

Set yang kedua. Illusion Science. Permainan sains yang didatangkan bersama dengan buku panduan yang berguna untuk buat gambar 3D, buat geometric dan banyak lagi lah. 


Si kakak sedang berimaginasi dengan set Illusion Science


Si adik pon tak nak ketinggalan. Lagi hebat imaginasinya. Dengan kuku² jari
 dan tangan di kalernya. Stress mak nyah. Gasaklah asalkan kau bahagia nak.


Set ketiga. Math Magic. Mengandungi permainan matematik, teka-teki dan tips berguna yang didatangkan dengan calculator sekali. Cute jer calculator tu.

Overall memang best HP Mind Banders set nih. Buat anak² lupa pada gadget dengan adanya Mind Benders. Selain dari menguji minda parents dan anak², ia juga salah satu aktiviti yang sangat menyeronokkan bila kita dapat menghabiskan masa bersama anak² untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan kerjasama antara satu sama lain. 

Kalau anda nak tahu lebih lanjut  mengenai aktiviti² dan juga nak tau product² terbaru yang dianjurkan dan dilancarkan oleh HP Malaysia, boleh intai² [Facebook Page HP Malaysia]. Jangan lupa LIKE skali tau. 



Crochet? Apa tu? Laaa… tak kan tak tau kot. Crochet ni maksudnya mengait. Mengait dengan menggunakan sebatang jarum yang berkepala hook. Ba...

Crochet? Apa tu? Laaa… tak kan tak tau kot. Crochet ni maksudnya mengait. Mengait dengan menggunakan sebatang jarum yang berkepala hook. Bagi saya crochet ni adalah sangat seni kerana ia memerlukan kemahiran tangan. Bertuah pada siapa yang ada minat crochet ni tau. Saya pernah juga belajar crochet dengan arwah kakak. Tapi saya tak sesabar dia. Sebab bagi saya crochet ni memerlukan ketelitian dan minat yang tinggi. Bukan mudah sebenarnya nak menghasilkan sesuatu dari benang ni. Dari segulung benang boleh terhasilnya sebuah topi. Ni contoh lah. 

Sebenarnya saya nak share satu FB Page yang menjual barang² crochet. Bagi peminat² yang suka dengan barang² crochet dan juga suka dengan barang² yang unik, cute dan cantik, boleh lah terjah Crochet Lela AB. Macam² ada kat page ni. Semuanya cute². Harga pon berpatutan tau. Haaaa… Kalau nak hadiahkan sesuatu yang lain buat anak² atau nak hadiahkan kat kawan yang baru lepas bersalin. Kat page Crochet Lela AB ni ada. Nak tau barang apa yang ada? Meh jamu mata dengan gambar² ni:


Ni haaa… Sarung botol air untuk 500ml. Ada saiz lain jugak rasanya ni. Macam² corak dan macam² kaler ada. Boleh bagi kat anak. Mesti semangat anak bawak air hari² pergi sekolah sebab ada bekas botol yang comel ni. Kalau nak gi beriadah pon senang. Tak payah nak pegang botol atau nak bawak bag isi botol. Jinjit jer bag ni. Senang kan.



Ok… Serious saya geram tengok topi dengan kasut baby ni. Kenapa comel sangat haaaa. Ni kalau nak hadiahkan kat kawan baru lepas bersalin pon ok gak nih. Kot dah boring nak bagi baby gift set kan. Nak bagi lain sket. Boleh bagi cenggini. Nak set atau nak kasut saja. Pon boleh. Cute sangat tau. Geram jer nengok.


Key chain yang perbagai bentuk dan rupa. Cer tengok key chain sotong. Cute sangat. Phone case, pencil case dan purse pon hado.  Boleh jugak buat hadiah untuk hari guru atau last day persekolahan nanti. Kenangan gittew kan. 


Kopiah pon hado. Nak tempah letak nama pon boleh. Kalau ada anak² lelaki berderet tu, elok lah buat cenggini. Tak der lah nak berebut² kan. Tempah untuk husband pon boleh ni. Biar husband teringat kat kita sentiasa bila dia pakai kopiah ni. Asal nengok kopiah teringan kat isteri. Asal teringat kat isteri tengok kopiah... erkkkk... hehehe...


Bag jerut yang comel. Boleh bagi anak² perempuan buat bag tangan…hehehe… Drawstring bag Spongebob yang sangat cute dan juga tempat tissue cover.

Banyak lagi sebenarnya barang² crochet yang dihasilkan yang terdapat di Crochet Lela AB. Ni sebahagian jer gambar yang saya kongsi. Kalau nak tau lebih lanjut atau nak order, boleh terjah detail dibawah

FB Page: Crochet Lela AB
Instagram: @ab_lela

Kalau dah terjah tu ringan² kan lah jari tu untuk LIKE sekali FB Page dan Instagram Crochet Lela AB yerp ☺


AssalamuAlaikum Tenggelam timbul kau kan. Ok lah... Tak nak tenggelam lagi dah. Moh ler kita update. Bila dah jarang menulis. Nak menga...

AssalamuAlaikum

Tenggelam timbul kau kan. Ok lah... Tak nak tenggelam lagi dah. Moh ler kita update. Bila dah jarang menulis. Nak mengarang sebutir ayat pon amik masa... ppffttt... Makin lama makin kurang entry sebulan. Kalau dulu boleh cecah berpuluh² skang ni nak cecah 10 entry sebulan pon menggigil kau. Bilalah nak consistent balik menulis ni pija oiii. 

Ok lah. Tak nak bebel panjang. Moh ler layan citer #makanakempat ni. Citer pasal anak jerlah modal nya. Macam dah tak der citer lain... hahaha... Gasaklah. Ni nak citer pasal berjanji. 

Kalau dah bergambar cenggini. Memang akan ada sorang yang tak senunuh. Abaikan seketul budak #imanqhalif ni... 😄😄

Kalau kau dah cakap dengan anak nak gi kedai. Maka kau kena jugak tunaikan. Selagi tak gi kedai, selagi tu lah dok ulang² ayat 'bila nak gi kedai?' 'jomlah gi kedai' 'ibu kata nak gi kedai. Cepatlah'.... Ppfftttt... Naik menanah tinge kau. Jadinya... Moh ler gi kedai sebelum tinge kau tercabut dek soalan² bertubi². Siap sedialah mak kau ni ha kena pau.

Sebenarnya bukan berjanji sangat pon. Kekadang tak nak bagi dorang bergaduh. Maka terkeluarlah ayat... 'Ibu nak keluar gi kedai. Siapa gaduh tinggal'. Haaaa... memang mendapatlah kau kalau dah cakap macam tu. Macam dah tak der ayat lain. Dah automatic kluar ayant cenggitu. Memang dituntutnya sampai dapat. 

Pastu kan. Bebudak ni kalau kita nak kluar berjalan, jangan lah kau bagitau nak pergi mana. Kau senyap² sudah. Tau² jer dah sampai tempat yang dituju. Kalau kau bagitau nak pergi mana. Perghhhh... Berbuih mulut kau nak menjawab pertanyaan bila kau lambat bersiap atau tetiba kau tak jadi keluar. Especially dengan anak dara sorang ni. Macam bertih jagung kalau bercakap. 

Tu jer lah kisahnya. Tunggu lah kisah pasal anak yang seterusnya yerp... hahaha... Janji update entry harini.

Note: Kejap jer dah hujung bulan kan.


AssalamuAlaikum...  Dah berapa hari blog sunyi sepi. Tetiba hari ni kau update nak citer pasal Virus plak. Sebab virus  ni lah aku tak k...

AssalamuAlaikum... 

Dah berapa hari blog sunyi sepi. Tetiba hari ni kau update nak citer pasal Virus plak. Sebab virus  ni lah aku tak keja 3 hari tolak sehari aku cuti sakit sebab jaga anak. Rasanya ramai parents yang tak aware pasal virus nih termasuk lah #makanakempat ni ha. 1st time dengar kot. Betul lah kata [Yana]... Bila kita dah jadi mak ni, automatic kita terlibat dengan proses pembelajaran. Daripada kau tak tau penyakit/virus tu, terus kau jadi serba tau. 

Budak tak sihat :-(

Dugaan datang lagi buat aku dengan Iman Harraz. Allah... Sedih sangat² hanya DIA yang tahu, Baru 5 bulan dah macam² Harraz tempuh. Kalini Harraz kena jangkitan VIRUS ROSEOLA INFANTUM. Macam mana boleh kena? Aku pon tak tau. Semuanya bermula petang jumaat lepas bila nursery whatsApp kata badan Iman Harraz panas. Aku kat office dah macam cacing kepanasan bila baca whatsApp  tu, Aku suruh dorang jaram kepala Harraz dengan kain basah. Haritu tu aku balik awal sikit. Tak senang hati hoiii!!

Sampai nursery nengok kain basah atas kepala. Memang dedar lah badan harraz. Malam tu aku jadi nurse. Keep tracking suhu dia. Sponging badan dan kepala. Tapi still dedar jugak badan. Masuk hari sabtu still macam tu jugak. Sponging, jaram kepala dengan air asam jawa dan mandikan dia. Still suhu tinggi. Malam tu bawak gi klinik. Doc bagi ubat masuk vontot sebab suhu tinggi takut kena tarik. Doc bagi ubat demam dengan antibiotic. Alhamdulillah... malam tu turun sket suhu. Tapi ahad tu panas lagi. Just bagi ubat demam. tapi suhu on and off panasnya. Kalau boleh aku nak buat natural remedies. Tak nak bagi ubat kononya. Tapi hati tak kuat sebab aku tak nak jadi apa² kat Harraz. 


Just kerapkan brestfeeding. Memang dia asyik mengempeng jer. Antibiotic memang aku tak bagi kat harraz. Alhamdulillah... demam harraz dah kebah malam ahad tu. Tapi aku tak sampai hati nak hantar nursery keesokkannya, Nak pantau lagi kot² suhu dia naik balik. Syukur demam dah baik tapi petang Isnin tu naik bintik² merah kat badan, tangan, kaki dan muka. Aku perasan masa nak tukar pampers. Makin lama bintik² merah tu merebak kat satu badan. Aku dah panik sebab takut kena chicken pox atau measles. Nangis aku nengok bintik² merah kat badan harraz. Kat muka agak banyak jugak bintik² merah tu. Janganlah kena chicken pox.

Merah² kat badan dan belakang

Malam tu tunggu husband balik keja terus gi klinik. Doc check cakap ni bukan chicken pox. Phewwwww... Betapa leganya aku bila doc cakap macam tu. Katanya ni virus. Balik tu aku terus google dan dapat jawapannya. Jom kita berkenalan dengan virus ni.


Virus Roseola Infantum tu apa?

Roseola Infantum atau sixth disease adalah penyakit virus yang agak ringan dan biasa yang biasanya menyerang kanak² berumur antara 6 bulan hingga 3 tahun. Ia disebabkan oleh sejenis virus herpes. Bermula dengan demam yang agak tinggi secara tiba² sehingga boleh mencapai suhu 40'c. Berlangsung selama 3 hingga 5 hari dan di ikuti dengan ruam selepas demam beransur pulih. Ruam ini tidak gatal dan biasanya bermula pada bahagian badan (leher, dada dan punggung). Kemudian merebak ke bahagian muka, tangan dan kaki.  Gejala ini hampir sama menyerupai demam campak yang buat ramai parents keliru.

Kesan Virus Roseola Infantum pada Bayi dan Kanak²

Bagi bayi dan kanak² yang mengalami Roseola, biasaya mereka akan:

  1. Mudah merengek
  2. Cepat marah
  3. Rasa letih
  4. Mengalami cirit birit ringan
  5. Kurang selera makan
  6. Mata merah
  7. Kelopak mata bengkak
  8. Hidung berair
  9. Sakit tekak disebabkan kelenjar pada leher mungkin bengkak
Kira² 10-15 peratus yang mengalami sawan. Namun begitu selalunya mereka kelihatan sihat, aktif dan mempunyai selera makan yang baik.

Rawatan untuk Virus Roseola Infantum

Tiada rawatan khusus untuk penyakit ini kerana ianya akan reda selepas beberapa hari. Paling penting, pastikan anak minum air yang secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi. Dehidrasi akan menyebabkan anak lambat sembuh atau menjadikan keadaan bertambah teruk.

Virus Roseola Infantum boleh Berjangkit ker?

Ok... Yang ni ada 2 fakta ianya boleh dan tak boleh berjangkit.

1) Roseola boleh merebak melalui air liur atau ketika bersin dan batuk. Ia juga merebak melaui sentuhan najis apabila kanak² ini tidak mencuci tangan selepas ke bilik air. Jika anak dihantar ke nursery, dicadangkan ia tidak dihantar bagi mengelakkan jangkitan pada kanak² lain, Boleh dihantar selepas ruam dibadannya hilang. 

2) Ini pencerahan dari Doc Khairul. Memang Roseola akan start dengan demam utk 2- 3 hari. Lepas demam kebah 48 jam, insyaAllah dah tak berjangkit. Walaupon masih ada rash tapi kalau dah 2 hari tak demam tak perlu lagi kuarantin. 

Tanda² Virus Roseola Infantum makin teruk

Langkah² pengawasan juga perlu jika keadaan bayi atau kanak² tak berubah. Bawa anak² untuk pemeriksaan doctor jika:
  1. Ruam anak menjadi lebih teruk
  2. Demam semula atau demam menjadi lebih tinggi
  3. Bayi/kanak² jadi tak aktif
  4. Ruam melebihi seminggu
Sumber: [SINI] dan [SINI]

Gittew lah infonya. Alhamdulillah... Rash harraz dah mula nak hilang. Memang kesian nengok masa memula naik rash. Merah² badan ngan muka. Tapi aku pakai calamine lotion tu sekali jer. Selebihnya pakai BAYBIE Cream. Memang nampak perubahan sangat sebab cepat kurang rashnya. Yang best BAYBIE cream ni sebab ianya dari bahan² semulajadi dan no chemical. Nanti aku share pasal BAYBIE cream ni. 

Tapi since baik demam ni harraz jadi agak cranky sket. Nak melekap jer. Bila letak kat tilam tak lama lepas tu merengek. Tak per lah nak. Janji awak dah sihat dan tak demam lagi. 



Note: Agak payah gak  nak cari info pasal virus Roseola ni sebab kebanyakan info dari website Indonesia. 

Tu dia. Tajuk kemahen panjang lagi. Ni nak berkongsi dengan parents² semua especially yang ada anak² kecik. Sebelum ni pernah jugak tertany...

Tu dia. Tajuk kemahen panjang lagi. Ni nak berkongsi dengan parents² semua especially yang ada anak² kecik. Sebelum ni pernah jugak tertanya² macam mana nak tau kalau ada serangga masuk dalam telinga anak². Kalau tergaru² telinga tu maknanya ada benda erk dalam telinga. Nak tau jugak kalau ada termasuk serangga dalam telinga anak² macam mana nak halau menatang tu. Kebetulan aku tertengok tajuk video [LIPAN BERJAYA DIKELUARKAN DARI DALAM TELINGA] 



Tapi aku tak nengok pon videonya. Rasa meremang plak nak nengok. Geli wei dengan menatang panjang² macam lipan nih. Pastu menatang tu masuk plak dalam tinge. Lagi lah aku scary. Klik jer lah tajuk tu kalau nak tengok. Ada plak baca komen kat video tu tanya macam mana nak tau dan nak halau serangga keluar dari telinga anak² kecik nih. Kalau kita yang dewasa ni boleh lah tau kalau ada menatang masuk dalam tinge kan. Kalau bebudak? Especially bayi? Macam mana nak tahu? Nah... Ini jawapan yang En. Muhammad Ahmad ni bagi. 

1) Cari tempat gelap atau tutup lampu. Nyalakan lampu suluh atau guna lampu hp. Suluh lampu menghala dari sisi tepi telinga, gerak² kan sedikit lampu, serangga akan cari cahaya untuk keluar, jika tidak keluar juga suluh ke dalam telinga lihat serangga jenis apa.

2) Boleh titis minyak ke dalam telinga, guna minyak yang tidak sensitive.(saya guna vco). Sediakan picagari (syringe) untuk menyedut kembali minyak jika serangga tersebut keluar.

3) Jangan guna apa² alatan tajam yang boleh mematikan serangga tersebut. Alatan tajam juga bahaya kan telinga atau apa² alatan yang boleh menolak serangga semakin dalam.

4) Jika serangga belum keluar, makin sakit elok ke klinik, di klinik mereka ada alatan seperti Forsep (crocodile)

5) Guna minyak juga untuk melemaskan serangga. Biasanya serangga akan keluar jika dah lemas dan pastikan suluh lampu untuk serangga bergerak ke arah lampu.

Sila lah salin tips ni yerp. Kalau nengok anak asyik garu² telinga atau anak cakap sakit telinga, cuba try buat macam nih. 

Terima kasih lah Encik Matt sebab berkongsi tips ni. Kalau nak tau, Encik Matt ni Doctor. Aku suka baca FB Encik Matt ni sebab banyak info², tips² dan nasihat pasal kesihatan dan kekeluargaan. Silalah follow FB Encik Matt ni. Rugi kalau tak follow



Lately ni rasa malas nak update blog. Bukan malas apa pon. firstly sebab masa agak membataskan skang nih. Iyerlah... blogger part time....


Lately ni rasa malas nak update blog. Bukan malas apa pon. firstly sebab masa agak membataskan skang nih. Iyerlah... blogger part time. Dengan keja office lagi. Dapat plak task baru yang berkaitan dengan nombor dan kira². Fenin kpala mak nyah buat task baru ni. Bukan tak suka. Tapi sangatlah complicated buat security punya claim nih. Ko kena check betul² dia datang pukul brapa. Balik pukul berapa. Berapa duit yang nak kena tolak sebab datang lewat/balik awal. Nak kena check balik LOA dia betul ker tak bleh tolak cenggini cenggitu. Haaaa... Tak pasal² terluah perasaan pasal keja plak khenn,

Blogwalking pon dah jarang lately. Mana yang sempat jer aku terjah. Sorry sangat² kalau aku dah lama tak tinggal jejak kat umah korang. Kekadang aku baca tapi jadi silent reader jer. Sebab kekadang tak tau nak komen apa. Kang komen lagi dari tajuk kang kena kecam. Nampak sangat tak baca citer pastu komen merapu .... hahaha... 

Secondly masalah aku rasa malas dan tak der mood nak update blog. Bila blog feed problem. Aku update blog pagi ni. Tapi kat bloglist korang nampak macam aku tak update. Sedih hokey. Macam tak wujud jer blog aku kat bloglist korang. Tak tau apa masalahnya. Nak godek², aku buta HTML. Kang habis hilang suma. Since tukar template aku perasan blog feed problem.. Tapi sejak tukar template jugak page view blog naik dengan jayanya. Ini aku suka ☺☺

Tapi kemalasan aku ni tak der lah lagi sampai tahap tak update langsung. Ada blog job yang aku kena buat. Blog juga lah sumber pendapatan sampingan aku tau. Sumber rezeki jugak. Alhamdulillah... Walau tak seberapa job yang aku dapat. Ada lah jugak daripada tak der. Siapa nak bagi kan. Macam² dah aku dapat daripada hasil blog. Bukan untuk aku jer, tapi untuk family especially anak². 

Aku rasa entry ni pon dah bercampur². Nak citer pasal blog feed jer. Sekali kau kluar macam² citer.... Hahaha... Nampak sangat kepala tengah serabut. Mana tak serabut. Kimi tak sihat. Harraz plak dah start batuk². Breast pump plak problem disaat² stok susu tinggal nyawa² ikan....pppffttt... Ok lah. tu jer nak citer.

Note: Mesti entry ni tak petang masuk esok kat bloglist korang kan... huhuhu...  


Babywearing… Siapa yang masih tak familiar lagi pasal babywearing? Mungkin ramai yang dah tau dan jangan terkejut kalau ada yang masih sama...

Babywearing… Siapa yang masih tak familiar lagi pasal babywearing? Mungkin ramai yang dah tau dan jangan terkejut kalau ada yang masih samar² lagi pasal Babywearing. Ok.. Harini kita belajar pasal Babywearing yerp. Babywearing atau dalam Bahasa Malaysianya bermaksud perbuatan/aktiviti Mengendong Bayi. Mengendong bayi adalah perbuatan/aktiviti memegang atau mendukung bayi dengan menggunakan tangan atau menggunakan pelbagai medium pengendong bayi (Baby Carrier). Dah faham kan.


Skang ni terdapat bermacam² jenis baby carrier dan juga pelbagai jenama baby carrier yang ada dipasaran. Sampai pening tak tau nak pilih yang mana kan. Ada yang mahal dan ada juga yang murah. Perlu diingat yer, pemilihan jenis baby carrier juga sangat penting tau. Sebab ramai parents² diluar sana yang masih belum ada kesedaran mengenai pemilihan babywearing yang betul. Cuba tengok nih:


Kesian kan. Cuba kalau kaki kita tergantung macam ni. Sakit tak? Cer bayangkan kaki baby tergantung plak? Kalau lah baby tu boleh bercakap kan. Dah tentu dia akan cakap tak selesa tau. Kekadang bila nampak parents yang pakai baby carrier jenis tergantung tu rasa macam nak tegur jer…hurmmmm… Ok… Tak nak bebel panjang². Ni saya nak share pasal baby carrier yang bagi saya sangat unik. Function nya bukan untuk babywearing jer tau tapi function nya untuk pelbagai kegunaan.

Fefeeling model I-Angel Hip Seat Baby Carrier

Ini dia… I-Angel Hip Seat Carrier. Kalau keluar ke mana², saya lebih prefer pakai baby carrier daripada pakai stroller sebab bebas untuk bergerak. Tak perlu nak menolak stroller dan tak perlu nak menunggu lif yang lama. Anak pon rasa selamat dan selesa dalam dakapan kita. 

Apa yang boleh saya cakap mengenai baby carrier ni ialah tersangat lah best. Sesuai untuk bayi 3 bulan hingga 36 bulan. Memang tak rugi melabur untuk I-Angel Hip Seat Carrier ni sebab ianya diperbuat daripada 100% kapas organik yang selamat untuk kulit halus bayi. Iyerlah… Kulit bayi kan sensitive. Jadinya parents tak perlu risau lah sebab bahan² yang digunakan juga adalah selamat dan berkualiti tinggi yang telah diluluskan oleh ujian makmal. 

Sumber [SINI]

Perasan tak. Ada sesetengah baby carrier yang materialnya jenis panas. Bila kita pakai baby cepat berpeluh. Kesian kan. Mungkin sebab baby carrier tu tidak mempunyai system pengudaraan yang baik. Tapi kan. Dengan I-Angel Hip Seat Carrier ni, anda tak perlu risau pasal peluh sebab ianya direka dengan system pengudaraan yang baik. Bagus kan.


Ianya juga didatangkan dengan teething pads. Bukan sebarangan teething pads tau. Tapi Organic Teething Pads. Tak payah nak beli asing² sebab kalau beli I-Angel Hip Seat Carrier ni memang dan ada sekali. Best kan. Apa function teething pads ni? Dah nama pon baby. Ailio meleleh² kekadang. Pastu dorang kan suka menghisap. Dengan ada nya Organic Teeting Pads ni, tak der lah basah carrier tu secara tak langsung memberi perlindungan pada baby dan juga carrier tu jugak. 

Sumber [SINI]

Dari sisi depan. Ibu petite. Anak debab. Nampak sangat mcm tak larat nak dukung kan. Jadinya kita pakai hip seat jer...hehehe...

Dari sisi belakang. Ewahhh... lenggang lenggok mak limah gittew ☺

Apa yang uniknya I-Angel Hip Seat Carrier nih. Cer tengok gambar diatas. Ada macam² function. Bukan setakat untuk babywearing jer tau. Tapi untuk Hip Seat Carrier pon boleh. Kalau tak larat nak dukung, letak jer Hip Seat tu kat pinggang. Sesuai untuk di pakai dimana² saja. Kat rumah, kat shopping mall atau ketika beriadah juga. 

Selamat ker I-Angel Hip Seat Carrier nih? Sudah semestinya selamat. I-Angel Hip Seat Baby Carrier telah memenagi anugerah baby carrier terbaik tau. I-Angel Hip Seat Carrier diperakui mengikut peraturan-peraturan keselamatan Eropah dan telah berjaya lulus ujian standard keselamatan komponen dan oleh Liga Pengguna Kebangsaan di Amerika Syarikat.

Kalau nak tau lebih lanjut mengenai I-Angel Hip Seat Carrier ni, boleh layari www.facebook.com/iangelMalaysia 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...