AFB Feeds

Siapa yang tak suka Lego kan. Dari budak kecik sampailah orang dewasa memang suka dengan mainan Leg...

Siapa yang tak suka Lego kan. Dari budak kecik sampailah orang dewasa memang suka dengan mainan Lego ni. Orang kata mainan Lego ni memang sesuailah untuk semua peringkat usia sebab ada macam² jenis Lego yang dikhususkan mengikut umur. Sebelum saya bercerita lebih lanjut, meh kita belajar sikit asal usul Lego ni yer.


Kalau nak tau, Lego ni ditubuhkan pada tahun 1940. Perghhh… cer kira dah berapa tahun usia Lego. Lego ni berasal dari Denmark dan perkataan Lego dalam Bahasa Denmark disebut ‘Leg Godt’ yang bermaksud ‘Bermain Dengan Baik @ Play Well’. Ok, dah tau kan asal usulnya. Citer sikit² cukuplah sebab nak citer banyak lagi ni. 


Minat dengan Lego tapi tak tau nak beli kat mana. Yang ada kat mall pon tak banyak sangat koleksi Lego yang ada. Haaaaa… Nak cari kedai yang jual semua produk Lego? Nak citer dan nak share dengan uolls lah nih. Memang kadai ni jual semua jenis Lego. Macam² Lego ada. Dari yang sekecik² Lego sampailah sebesar² Lego. Nak yang murah? Ada jer. Yang mahal sampai tahap buntang biji mata kau nengok harga pon ada tau. Apa nama kedainya.

Key chain Lego dan juga mini figures Lego

Mighty Utan nama kedai diberi. Unik kan nama ni. Kedai Mighty Utan ni menjual pelbagai jenis Lego. Pilih jer nak jenis macam mana. You name it. Nak set Lego? Nak Minifigures Lego yang cute miut tu? Nak Lego Bricks? Nak Key chain Lego? Semua ada. Memang macam² ada lah senang citer. Yang lagi best, ada jual loose bricks. Kalau Lego korang ada yang hilang seketul atau dah rosak. Boleh datang Mighty Utan untuk beli loose bricks saja.

Suasana dalam kedai

Sabtu baru² ni saya dan family diberi peluang menghabiskan masa dengan bermain Lego di Mighty Utan cawangan Petaling Jaya. Rasa bergetar jantung saat melangkah masuk kedai Mighty Utan ni. Bergetar sebab anak² memang suka kan Lego. Jangan kata anak², hemak dia ni pon suka jugak. Lagi over kot kalau main dengan anak. Sebab mak yang over nak pasangkan… Hehehehe…

Pilih... Jangan tak pilih

Lego untuk Kanak²

Lego untuk kanak² perempuan dan juga lelaki

Macam². Lego Ghostbusters pon hado.

Ok… Sambung citer. Masuk jer dalam tu kau dah rasa rambang mata dan panas punggung sebab tengok bermacam jenis Lego kat dalam tu. Kalau perasaan kau pon dah macam tu, anak² apatah lagi. Tak keruan dibuatnya hoiiii!!!! Berlegar² dalam kedai nengok Lego. Hati kau pon dah tak tenang bila ada suara² mula request Lego… ‘Ibu, kita nak yang ini’… Ibu, cantiklah Lego ni’… 'Ibu, belikan untuk kita’. Kau nampak tak, kalau nak membeli semuanya sebut ‘IBU’… Ohhhhemmmgiii sangat. Cer sebut ‘ABAH’… Ekekekeke… Jangan marah husband.

Model Lego Star Wars

Bila nengok harga... hurmmm… Ok… Ada harga yang mampu milik dan ada harga yang kau mampu tengok saja yerp. Tapi kalau dah anak minat giler dengan mainan Lego ni, apadehal dengan harga kan. Lagi pon mainan Lego ni sangat bagus kalau kita bagi anak² main. Daripada kau bagi anak main gadjet yang boleh merosakkan urat saraf mata. Daripada kau belikan gadjet yang boleh melalaikan diri dia dan sekelilingnya. Baik kau beli Lego yang banyak kebaikannya. Erkkk… dah macam rangkap pantun pulak…ngeeee… 

Apa kebaikan Lego ni yerp? Haishhhh… Tak kan tak tau lagi kot. Meh nak bagitau:

KLCC dalam pembinaan gittew ☺

1) Apa yang anak² boleh dapat masa mereka main Lego ni ialah mereka dapat belajar macam mana nak merancang dan membina. Iyerlah… Kena rancang nak buat atau bina apa dengan Lego nih. Nak buat rumah ker. Nak buat bangunan ker. Dari situ ia dapat meningkatkan lagi tahap kretiviti dan berfikir aras tinggi macam mana nak reka bangunan atau rumah… Cewahhh… Ayat kau kemahen lagi

2) Lego dapat mengajar anak mengenal warna. Lego kan kalerful. Dapat juga mangajar anak mengenal bentuk sebab ada pelbagai rupa kan (bulat, segiempat, segitiga) dan juga mengenal saiz (besar dan kecil)

3) Dapat membantu anak² dalam koordinasi motor halus melalui kemahiran tangan dan mata. Iyerlah… Nak cantumkan Lego tu kan kena masukkan betul² pada ruang atau lubang yang betul. Tangan yang kuat dan mata yang tajam itu perlu gittew kan.

4) Yang pasti, Lego menyediakan persekitaran yang menyeronokkan untuk anak² meningkatkan tahap imaginasi, berfikir dalam tiga dimensi dan juga memupuk semangat kerjasama semasa bermain.


Dah baca kebaikan Lego? Bagus sangat kan. Tak teringin ker nak beli untuk anak²? Kalau nak beli, sila serbu kedai Mighty Utan yang berhampiran dengan anda. Terdapat 2 cawagan kedai Mighty Utan. Ini alamatnya:

Cawangan Petaling Jaya

Menara A, Level 7, Unit 3
The Tube, Dataran Prima
Jalan PJU 1/37
47301 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Phone: 03-7886 9369
Operation Hours: 
Mon - Fri:  12.00 PM - 7.00 PM
Sat - Sun: 11.00 AM - 7.00 PM

Cawangan Cheras

1F-23A, Cheras Sentral Mall,
Jalan 2/142A
56000 Cheras
Phone: 03-91081269
Operation Hours: 
Mon- Thu 12PM - 9PM
Fri 12PM - 10PM
Sat - Sun 11AM - 10PM

Email: custserv@mightyutan.com.my

Sila salin address ni dan pergi tau. Jangan gi sorang². Bawak family sekali. Boleh rambang mata berjemaah... Ekekekeke... Kalau nak tau lebih lanjut, boleh intai² kat sini pulak:


Note: Phewwwww... Akhirnya siap jugak. Gigih aku mengarang ayat wei. Naik juling bijik mata nih...ppffttt...


Haaaa... Dah 5 bulan dah. Cepat betul masa kan. Kejap jer dah 5 bulan. Apa yang 5 bulan nya? Ni lah...

Haaaa... Dah 5 bulan dah. Cepat betul masa kan. Kejap jer dah 5 bulan. Apa yang 5 bulan nya? Ni lah. Dah dobot Harraz ni dah 5 bulan harini.


Alhamdulillah... Masih mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya. Si ibu pon masih gigih mengepam hari² kat office untuk menambah stok susu yang makin hari makin berkurangan disebabkan permintaan yang makin meningkat. Nampaknya bukan kena mengepam kat office jer. Kat umah pon kena mengepam gak. Selalu weekend memang direct feeding jer. Memandangkan frozen EBM pon tinggal berapa jer ni. Kena merajinkan diri jugak bangun malam mengepam... huhuhu.... Kuat nyusu budak nih. 

Perkembangan lain... Dah boleh meniarap. Tapi tak pandai nak pusing balik. Kekadang lepas kekadang tak lepas. Kalau tak lepas tu pepaham jer lah. Nangis lah dia minta tolong. Pastu habis basah tilam dek ailio dia yang wangi tu. Kalau dah meniarap kan. Meleleh ailio. 

Lain² perkembangan... Sama jer macam bayi² lain yang seusia. Kang citer banyak² sangat apa yang anak aku dah pandai ada yang annoying plak... Hehehehe... Bulan depan dah boleh makan dah. Jadi si ibu kena bersiap sedia dari sekarang kumpul menu² untuk Iman Harraz. 

Note: Sorry lah. Tak sempat nak terjah rumah uolls. Kekangan masa lah skang ni. huhuhu...


Wahhh... Buntang mata hemak² bila tau ada baby fair kan. Ok... Sebelum saya bercerita lebih lanjut ...

Wahhh... Buntang mata hemak² bila tau ada baby fair kan. Ok... Sebelum saya bercerita lebih lanjut pasal Lazada Big Baby Fair ni. Saya nak share satu product yang best untuk ibu² semua. Barang baik harus dikongsi dan dihebahkan. Ni nak share pasal lampin pakai buang atau disposable diapers yang tersangat lah best.


Goo.n Premium Diaper in da house. Jenama apa ni? Tak pernah dengar pon!! Kan... Saya pon 1st time dengar jenama ni. Kalau nak tau, Goo.n ni product dari Jepun. Kalau dah nama pon dari Jepun, sudah tentu ianya produk yang boleh dipercayai dan diperbuat dari bahan² yang berkualiti kan. 

Sumber: [SINI]

Saya sendiri dah mencuba Goo.n Premium Diaper ni dah ianya ternyata tak mengecewakan kerana ciri² yang ada pada Goo.n Premium Baby Diper ni. Antaranya mengurangkan ruam bayi, lebih pengudaraan dan mempunyai lapisan bersepadu, lebih kelembapan dan wap, Memberi keselesaan kerana dibuat dari bahan² yang sangat menyerap. 

Lampin pakai buang Goo.n diperbuat daripada bahan kapas yang terlalu lembut. Ibarat lembut seperti sutera gittew kan. Ianya selembut seperti sentuhan seorang ibu pada kulit halus seorang bayi. Itulah gambaran Goo.n Premium Diaper ni. Kurlass sangat kau ☺☺

Sumber: [SINI]

Masa memula dapat tu, rasa macam... erkkk... nipis nya pampers Goo.n ni. Tak bocor ker kalau pakai sebab nipis sangat tau. Tak macam jenama lampin pakai buang yang lain yang agak sedikit tebal. Risau jugak takut bocor. Jadinya, saya cuba pakaikan Harraz dengan pampers Goo.n ni waktu malam. Hasilnya... Wowww sangat sebab tak bocor. No wonder lah sebab penyerapan nya yang sangat kuat up to 5 cups.


Nak tambah keterujaan uolls semua dengan Goo.n Premium Diaper ni. Ada indicator tu. Cuba tengok gambar double line sebelum dan selepas tu? Sebelum kaler lain dan selepas kaler lain kan. Haaaaa... inilah keistimewaan Goo.n Premium Dipaer. Kita boleh tau pampers ada kita dah terlebih muatan bula kaler tu bertukar. Kalau pampers sebelum ni kena picit² pampers tu sama ada dah penuh atau belum. Ini dengan adanya indicator kita tak payah nak picit² pampers lagi dah. Tengok jer kat double line tu.

1st time tau saya jumpa pampers yang ada indicator macam ni. Jenama lain tak pernah jumpa plak. Lepas tu kan. Even pampers dah penuh, Goo.n Premium Diaper ni tak nampak bulky. Maintain jer nipis. Kulit bayi pon kering sekering² nya. Tak basah atau berwap kalau pampers dah penuh. Memang tersangatlah best. 


Dah baca keistimewaan Goo.n Premium Diaper? Teringin nak mencuba dan membeli? Haaaaa... Ni ada berita baik. Lazada akan mengadakan jualan online untuk BIG BABY FAIR bermula 27-31 July 2016 dengan discount sebanyak 80% untuk barangan bayi. Jangan lepaskan peluang  ni. Murah tu. Set alam masing² kalau takut terlupa. Esok jer tau. Bersiap sedia di depan PC yerp ☺☺

Note: Ini berdasarkan pengalaman sendiri yang menggunakannya. Kalau hasil tak sama, minta maaf lah yer.


Haishhhh... Ingatkan dah habis citer pasal raya. Ada lagi rupanya... hehehehe... Alaaaa... rajin pl...

Haishhhh... Ingatkan dah habis citer pasal raya. Ada lagi rupanya... hehehehe... Alaaaa... rajin plak jari ni main taip². Kebetulan idea pon datang mencurah² plak pagi nih. Maka terhasillah citer ni. 


Ini lah dia orang baru tu. Tahun lepas raya berlima. Tahun ni erkkkkk... macam magic plak. Sekejapan jer dah bertambah lagi sorang... Alhamdulillah. Baik budak ni. Tak banyak ragam pon. Meragam pon kalau perut kembong, nak susu dengan pampers kotor. 

2015

2016

Gambar raya tahun lepas dengan tahun ni. Yang pasti baju raya kau tetap sama...hahahaha... Dan yang lain bila bertambahnya sorang dalam gambar nih. Sekejap jer anak kau nak empat yerp.


Bila anak dah bertambah ni. Maka masa untuk bersiap pon akan bertambah masanya. Bila ada anak kecik ni faham² lah kan. Keperluan dia kena siap kan. Anak² yang lain boleh mandi sendiri dan siapkan diri sendiri. Si kecik ni kau kena mandikan dia dan siapkan dia dulu baru kau boleh bersiap. Nasiblah si harraz ni nyusu badan. Tak perlu nak siapkan keperluan susu.

Tapi tu lah... Kalau gi beraya umah orang atau keluar gi jenjalan, kawan baik tak boleh tinggal. Memang kena bawak sentiasa. Apa tu? Nursing cover lor... hehehe...

Note: Nak masuk 5 bulan dah si Harraz nih. Cepat betul rasa.



Baru nak panas enjin citer pasal raya. Orang lain pon dah muak nak baca pasal raya yang berderet² t...

Baru nak panas enjin citer pasal raya. Orang lain pon dah muak nak baca pasal raya yang berderet² tu. yang kau pulak baru nak update,,, hehehehe... Mood sudah mari gittew. Sebelum mati kutu nak buat karangan ayat, moh ler kita buat senaman jari sementara idea sudah mari. Buat sekali harung dalam satu entry. Tak koser mak nak buat part by part.

Raya tahun ni biasa² jer *ayat cliche...ngeeee... Sebelum ni raya kat umah sendiri dulu. Lepas tu baru balik umah  mak kat Kampung Pandan Key Ell. Tapi tahun ni ada kelainan sikit. Mak raya kat umah Abang Long aku kat Seremban. Jadinya... tak dapat lah nak beraya dengan mak raya pertama haritu... sob sob sob... Makanya kita balik rumah rumah mertua kat Kampung Kenanga, Rawang. Petang rabu dah gerak balik Rawang.

Sampai² jer mak dah siap masak rendang. Perghhhh... Memang terbaik lah rendang mak. Malam tu baru tolong mak masak kuah kacang pulak. Mak kalau masak kuah kacang memang sedap. Sempatlah dok tanya resepi rahsia. Nanti boleh buat. Tapi tak tau bila,,, hahaha... Ok... Ni part sehari sebelum raya hokay.

Ibu mertuaku. Geram plak nengok si harraz bukan main senyum lagi.

Pagi raya... Juadah pagi tu tak lain tak bukan sudah semestinya rendang, kuah kacang dengan ketupat kan. Punyalah tak hingat nak amik gambar makanan... ppfftttt... Nampak sangat makin nyanyuk. Balik jer solat raya, terus sarapan. Dah kenyang memasing, baru lah sesi bermaaf maafan dipagi raya sambil bergambar. Syahdu plak rasa masa bersalam dengan mak mertua nih. Tapi kontrol jer.


Anak² pon tak terkecuali kena minta maaf. Banyak buat salah kan... hahaha... Malu² plak si qahirah minta maaf dengan abah. Si qhalif lagi lah... Ego. Tak nak langsung dia. Budak kecik lagi kan. Apa tau.


Ehemmm.... Ehemmmm... Turn hemak plak. Ni minta maaf sambil gelak² namanya. Orang minta maaf ngan somi siap package airmata. Kau minta maaf sambl gelak². Tak der perasaan langsung kau kan... hahaha...


Ok... Family photo. Kalau dah bergambar cenggini, jangan harap sumanya perfect. Ada jer yang tak ready kan. Bertabah jer lah kau bila nengok gambar. Berkali² amik. Ni kira gambar perfect lah dari banyak² gambar...ppffttt... Lagi haru, aku tak teringat langsung nak amik gambar anak² saja. Nak lah amik gambar adik beradik ni posing kan. Haishhhh...  

Selesai suma umah mak, tgh hari tu gi beraya plak. Malam tu gak gerak balik Seremban. Tak sabar nak jumpa mak. Selesai raya pertama. Kisah raya kedua plak yerp. Tahun ni kita balik kampung nismilan. Johol.... Here we come. Dah lama kot tak balik kampung. Pepagi dah gerak dari umah abang long. Gi 3 keta jer. 

Raya umah makcikpakcik. Macam² menu ada. Nasi lemak, kuah kacang, nasi himpit, kuih muih, laksa... perghhhh... Menahan diri jer aku dari makan laksa. Pantang lagi hoiii. Rasa kuah sket pon jadilah. Ni pon sadis gak sebab tak hamik gambar masa raya kat kampung. Kau dah kenapa haaa asik lupa nak amik gambar. 

Mak cik cute dengan anak fruitnya ☺☺

Kitorang gi 5 umah jer. Last gi Kota umah Maklong. Kebetulan ada buat makan² malam tu. Jadinya kita lepak relax² dulu sebab majlis start pukul 8 malam. Posing² lah dulu. Muka pon ntah hape sebab berjalan dari pagi sampai malam dengan panas nya lagi...ppffttt....


Start jer majlis... moh ler kita makan. Memang meriah lah. Makanan pon sedap². Ada kambing bakar, Ayam bakar, Mee kari dan macam² lagilah. Siap ada pertunjukan bunga api lagi tu. Kurlass kau. Karaoke pon hado. Memang meriah lah. Dah selesai makan dan perut pon dah kenyang, maka kembali ke pangkal jalan lah kita. Balik malam tu jalan sesak wei. Dah pukul duabelas tengah malam pon sesak. 

Gittew lah kisah raya #makanakempat. Overall memang best lah raya kat kampung. Dah lama tak balik kan. Anak² lah yang paling happy. Budak bandar masuk kampung kan. Kawasan plak luas. Berlari² sana sini. Kejar ayam kejar itik. Nasib lembu tak der. Kalau jumpa mau lembu pon dikerjarnya... hehehehe...

Note: Jenuh aku mikir nak letak tajuk apa...ppfftttt.... 



Klik jer banner ni. Hadiah-Hadiah Daehan Minguk Giveaway By Siti Yang Menaip : 3 x Magnet...

Klik jer banner ni.

Hadiah-Hadiah Daehan Minguk Giveaway By Siti Yang Menaip :

3 x Magnetic Holder Memo (3 Pemenang)
4 x Keychain Korean Folk (4 Pemenang)
3 x Fridge Magnet (3 Pemenang)
2 x Korean Souvenirs Nail Clipper (2 Pemenang)

12 Pemenang !! 12 Pemenang !!

Jom meriahkan giveaway ahdik manis kita nih. Mana tau ada rezeki menang salah satu daripada hadiah² ni, Made in Korea uolls. 


Woot.. Woot... Today is the day. Althea turns 1 today!! Happy Birthday to you Happy Birth...

Woot.. Woot... Today is the day. Althea turns 1 today!!


Happy Birthday to you
Happy Birthday to you
Happy Birthday to you Althea Korea
Happy Birthday to you 

Harini bersamaan dengan 20 Julai 2016 merupakan ulangtahun Althea Korea [https://my.althea.kr] yang pertama. Althea? Siapa Althea ni? Meh nak bagi tau. Althea merupakan website online yang menjual barangan kosmetik dan juga penjagaan diri yang berasal dari Korea. Kalau nak fefeeling dapat barang dari over the sea, bley gi website althea sebab barangan yang terdapat dalam kedai online ni akan di pos direct dari Korea tau.

It's soooo PINK!!

Apa yang best dengan website Althea Korea ni, barangan yang ditawarkan adalah sangat berpatutan harganya kalau dibeli ketika promotion. Buat kaki² mekup dan juga yang pentingkan penjagaan kesihatan dan kecantikan dari hujung rambut sampai hujung kaki. Anda boleh terjah website Althea Korea ni. Macam² ada. Memang rambang mata dibuatnya sebab kau tak tau nak pilih yang mana. Kalau boleh nak beli semua… hahahaha…


Saya berpeluang shopping kat website Althea Korea baru² ni. Rasa bertuah sebab antara yang terpilih dapat voucher sempena sambutan ulangtahun Althea Korea yang pertama nih. 1st time shopping dengan Althea tu. Meh tengok barang apa yang saya beli:

  1. Nursing Lip Balm RM50.00
  2. Witch's Pouch Selfie Like Shot Dual Lipstic | Selfie Coral & Red RM25.00
  3. Mamonde | Rose Water Multi Soothing Gel RM30.00
  4. Skinfood | Black Sugar Mask RM20.00
  5. Innisfree | Green Tea Mint Fresh Shampoo RM25.00

Bersempena dengan ulangtahun Althea yang berlangsung dari 20 - 31 Julai 2016 ni. Anda berpeluang memenangi hadiah² menarik dan tawaran² yang hebat. Antaranya:


Limited Edition Birthday Box + DIY Party Kit

For orders placed on 20/7 onwards. While stocks last.


Free Goodies for first 1,500 shoppers
Jangan lupa pakai kod ni. Full size beauty products. While stocks last. 


Birthday Giveaway. Pick 3 Top Sellers for 100% REBATE!
Rebate will be credited into your account. 


#AltheaTurns1 Instagram Contest
- Got your Althea party kit? Wish us a happy birthday with #altheaturns1 and stand a chance to win amazing prizes such as Macbook Air, Ipad Air 2, iPhone 6S, Galaxy S6 Edge, Canon EOS M10 Selfie Camera, Althea credits and beauty hampers from Althea! 
- Prizes total worth KRW10,000,000 to be won.
- Contest starts from 20th July - 15th August, 2016.

*Terms and conditions apply. Please refer to www.althea.kr and Althea Facebook for more information. 

Note: Apalagi... Cepat terjah website Althea ☺☺




Bukan sebarang permintaan. Memang banyak permintaan dari anak². Setakat nak buku kaler... Nak kaler...

Bukan sebarang permintaan. Memang banyak permintaan dari anak². Setakat nak buku kaler... Nak kaler warna atau nak makanan si ibu boleh bagi lagi. Tapi permintaan nan satu ni buat ibu garu kepala yang tak gatal, pening kepala secara tiba² dan hati rasa sendu tak semena². Permintaan dari the one and only Princess in my heart. Apa permintaannya???


Haritu #qahirah request:

Q: Ibu... Nak baby lagi
I: Tu, kan ada baby #ImanHarraz 
Q: Tapi kita nak baby girl. Sian kita sorang² pompuan. Tak der kawan 😔😔

Kau ghase??? Touching sentap syahdu dan macam² emosi bercampur baur ibu kau ni dengar nak. Tak der permintaan lain ker kakak? Masih terbayang sakit bersalinkan Iman Harraz bulan february haritu. Ni dia nak soh kau beranak lagi. Nak soh bagi dia adik pompuan. Kalau ibu beranak lagi dapat plak baby boy. Acaner tu kakak?


Alahaiiii kakak. Kawan jer lah ngan ibu yerp kakak. Walau pon ibu garang. Walaupon ibu hari² jadi makkauhijau dan tarzan. Skang ni kita ayik jadi kawan bergaduh jer. Sebab kakak suka cari pasal dengan ibu kan. Kekadang ibu sengak suka cari pasal ngan kakak.... Hahahaha.... Tapi satu hari nanti kita pasti akan jadi kawan baik jugak kakak. Sebab dalam umah tu kita berdua jer pompuan kakak. 

Korang jangan usul kat aku soh beranak lagi sorang yerp. Umur dah makin lanjut ni memang tak sesuai dah nak mengandung lagi, Cukuplah pengalaman [Penangan Darah Rendah] yang buat aku pitam kat skolah Qahirah awal tahun haritu. Korang yang masih muda ni silalah menambah umat Muhammad. Kalau mengandung dah melebihi usia 35 tahun memang terasa kelainannya. 

Lagi pon expenses untuk anak² kecik ni makin meningkat. Baby jer skang ni RM450 kat tempat aku. Paling tinggi kat area Bangi ni RM500 untuk seorang baby. Tu belum masuk expenses lain lagi. Kalau boleh memang tnak tutup kilang dah. Tapi kita hanya merancang. Siapa kita yang nak menidakkan apa yang telah dirancangkan olehNYA. Kalau diberi rezeki lagi, aku terima. Setiap anak tu dah tertulis rezekinya kan. 

Note: Bila nak citer pasal raya ni haaaa... ☺☺☺ 


Klik jer gambar ni. Pengumuman untuk Ibu² dan Ayah² yang sedang menunggu keputusan untuk Perm...

Klik jer gambar ni.

Pengumuman untuk Ibu² dan Ayah² yang sedang menunggu keputusan untuk Permohonan Tahun 1 2017 bagi anak masing². Nak masuk tahun satu pon nak kena semak permohonan kan. Curlass anak² jaman serba canggih ni. Semua maklumat di hujung jari jer. 

Ni nak bagitau. Keputusan dah keluar untuk ibu² yang mendaftar di Putrajaya harini bersamaan 15 Julai 2016. Untuk kawasan Selangor, sila bawak bersabar yerp. Keputusan untuk permohonan tahun satu akan keluar esok bersamaan dengan 16 Julai 2016. Sila set alarm kat Handphone tu kalau takut terlupa. Bersiap sedia esok dok depan PC.

Debar gak nih, Harap² Qahirah dapat satu skolah ngan abang dia. Masa daftar haritu nombor dah limaratus lebih....ppffttttt... Nak masuk darjah satu dah anak dara aku nih. Dah boleh buat belanjawan untuk anak² masuk skolah tahun depan. Iman Hakimi darjah Empat, Qahirah darjah Satu dan Qhalif pulak Tadika. Duit... duit... duit... Banyak gak nak kena pakai duit tahun depan nih.

Note:  

Who lives in a pineapple under the sea? Nickelodeon’s SpongeBob SquarePants! Whose birthday is...


Who lives in a pineapple under the sea? Nickelodeon’s SpongeBob SquarePants! Whose birthday is on 14 July? SpongeBob SquarePants! Wah... Harini Birthday SpongeBob SquarePants. Curlass kau SpongeBob. Siap ada tarikh lahir tu. Happy Birthday To you SpongeBob SquarePants. Same month dengan #makanakempat nih. Wanna join the party? Here are six ways you can soak up the fun with SpongeBob SquarePants!


1.       Ocean Park Summer Splash in Hong Kong

Dive into the annual Ocean Park Summer Splash’s water fun from now to 28 August with a galore of exhilarating water-themed attractions, scrumptious dishes and “Get Closer to the Animals” activities. SpongeBob SquarePants and his friends Patrick Star, Squidward Tentacles and Mr. Krabs are visiting from Bikini Bottom to engage with guests and fans from all over the world in the city’s first-ever SpongeBob Water Party. Fans of the adorable character can collect limited-edition souvenirs and enjoy SpongeBob-themed healthy vegetable delicacies and cooling dishes. Ocean Park is also presenting various “Get Closer to the Animals” programmes, including the time-limited summer edition of Grand Aquarium Exploration, which takes guests on a memorable marine adventure. A second wave of summer surprise will start on 15 July, with around 800 prizes being given out every week to guests through the Ocean Park Mobile App. For more details, visit the website HERE.


2.       Nickelodeon Slime Cup Singapore

Held from 16 to 17 July at City Square Mall, Nickelodeon’s slimiest integrated sports festival promotes active living through play for kids and their families through a series of engaging stage activities and game booths which allow attendees to get up close and personal with the green slime that is Nickelodeon’s badge of honour. There will also be meet and greet sessions where you get to meet SpongeBob SquarePants and snap a picture with the birthday boy himself! For more details on the free admission event, check out the website slimecup.com/sg.


3.       SpongeBob Run Singapore

Join SpongeBob SquarePants in search of his missing best friend Patrick Star via a fun run taking place on 6 August at Siloso Beach, Sentosa! Participants will cover a five kilometre route showcasing iconic landmarks from the underwater city of Bikini Bottom, including the Krusty Krab, and the houses that SpongeBob, Patrick and Squidward Tentacles live in. They will also receive a limited edition SpongeBob t-shirt, plush toy, runner’s license and medal! For more information and to sign up, visit the website www.sbrun.sg


4.       Nickelodeon Lost Lagoon in Malaysia

The Nickelodeon Lost Lagoon located in Sunway Lagoon, Malaysia boasts 14 immersive attractions, some of which are themed with Nickelodeon's hit properties, including SpongeBob SquarePants, Dora the Explorer, and Teenage Mutant Ninja Turtles. Visitors to Nickelodeon Lost Lagoon can expect an exhilarating experience thanks to interactive play areas, which use the latest in reactive technology in addition to a daily signature slime event, a variety of waterslide rides, retail shops, games and a myriad of food service establishments and more. They will even have the chance to meet and greet their favourite Nickelodeon characters. For more information, visit the website HERE.


5.       SpongeBob’s Game Frenzy

A game app inspired by hilarious and memorable moments in the TV series, SpongeBob SquarePants. With 50 games available, players can collect fast and frantic mini-games and tap, draw, tilt, shake, drag and scrub their way through classic SpongeBob SquarePants moments to save Bikini Bottom. Additional game packs are available as in-app purchases.

Availability: S$4.48 on iOS and S$4.21 on Google Play


6.       Watch SpongeBob SquarePants

What better way to celebrate SpongeBob SquarePants’ birthday than by watching the animated series on TV! Follow him and his friends in their nautical, nonsensical adventures. Though they have the best intentions, SpongeBob and Patrick are always causing trouble…and plenty of laughs!

Catch SpongeBob SquarePants on Nickelodeon on weekdays at 11.25am (TH), 12.15pm (WIB),
12.25pm (HK/SG), 1.15pm (MY), 1.30pm (PH), 4.20pm (WIB), 5.20pm (MY), 6.20pm (TH), 7.20pm (HK/SG) and weekends at 8.35am (TH), 9.30am (PH), 9.35am (HK/SG), 5.10pm (WIB), and 6.10pm (MY).

So what are you waiting for? Put your square pants on and join SpongeBob SquarePants today!



Bercinta betul nak citer pasal Raya. Orang lain dah berkajang² entry pasal Raya. Kau... Mood masih ...

Bercinta betul nak citer pasal Raya. Orang lain dah berkajang² entry pasal Raya. Kau... Mood masih ke laut china selatan. Bukan apa. Nak edit gambar. Nak letak watermark bagai. Blogger part time kan. Dengan keja office lagi. Tapi harini ku gagahkan jugak update pasal Raya. Tapi teaser jer lah dulu yerp. Ada masa nanti #makanakempat ni sambung lagi.


Kemahen tema raya korang kan. Sedondon sehati sejiwa gittew. Cantik jer nengok. Tema aku tahun ni colourful. MakPak biru + Anak² orange = Colourful. Nama jer orange tapi tak sama kaler orange nya. Masa cari baju raya bebudak ni haritu... Baju Kimi dah jumpa. Baju Qhalif ngan Harraz nan hado plak size. Jadinya beli baju Kimi lah dulu. Jumpa jer kaler orange seakan sama, beli lah untuk Qahirah, Qhalif ngan Harraz. Gasaklah tak sedondon pon. Apadehal dengan kaler baju kan. Janji hati dan jiwa sedondon gittew.  

Preparation pon lebih pada anak² jer. Ibu Abah recycle balik baju lama. Pakai sekali sekala jer pon. Bersederhana di jaman GST yang mencekik darah nih. Nak cari baju Qahirah bukan main susah lagi sebab saiz banyak tak der. Nak cari jugak kaler orange kan. Mendapatlah sebab susah gak nak cari kaler orange. Mekasih lah husband sebab susah payah mencari merata² baju anak dara nih. Finally jumpa jugak.

Pengajarannya dimasa akan datang... Sila cari kaler baju yang senang nak cari hokay. Untuk raya tahun depan dah sesiap pilih tema kaler pon. Dasat kau #makanakempat. Raya tak habis lagi kau dah fikir tema kaler untuk Raya tahun depan... Hahahaha... 

Note: Susah betul ank amik gambar anak beranak nih. Ada jer yg tak ready ☺☺



Fuhhhhh... Berhabuknya. Please... Please... Please... Jangan jadi pemalas nak update blog. Cenggini...

Fuhhhhh... Berhabuknya. Please... Please... Please... Jangan jadi pemalas nak update blog. Cenggini lah bila dah lama cuti kan. Kemalasan tahap dewa menguasai diri. Ditambah dengan keja office. Bertambah² malasnya. Rasa insaf jap bila baca entry Diana Rashid [CUTI RAYA PENENTU BLOG BERTAHAN ATAU TERKUBUR]. Terus bersemangat waja kau datang. Moh ler kita update. 

Cerita pasal raya kita simpan dulu. Raya kan sebulan. Ada masa lagi... hahahaha... Ni nak citer pasal pakcik kenit sorang nih. Baru lahir 3 hari dah dapat title Pakcik. Ko hado??


Inilah pakcik tu. Comel kan saya. Sian kamu nak. Bayi lagi dah dapat gelaran... ekekeke... Pakcik Iman Harraz dengan anak buahnya Putra Raees Rafael. Cucu aku yang ker 3. Dah bercucu aku wei. Kebetulan Makcik ngan anak fruit termengandung berjemaah. Kalau ikut due date, anak fruit aku ni bersalin dulu. Tapi makcik yang terlebih dulu bersalin. 


Beza dorang 3 hari jer. Iman Harraz 29 Feb Raees plak 3 March. Tapi si Raees ni dah boleh meniarap. Asal letak jer nak meniarap. Nak amik gambar nyer pasal, tu yang sendal ngan bantal. Harraz belum meniarap lagi. Badan semangat. Tapi tanda² nak meniarap tu dah ada. Alaaaaaa... Relax sudah. Development budak lelain kan. Tak yah nak kalut sangat kalau anak kau tak boleh meniarap lagi hokay. 

Note: Tak sabar nak balik. Nak gomol budak debab nih ☺☺



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks