AFB Feeds

Skang ni jaman moden. Orang hantar kad raya pakai E-Card jer skang ni. Tak pon hantar pakai Wha...


Skang ni jaman moden. Orang hantar kad raya pakai E-Card jer skang ni. Tak pon hantar pakai WhatsApp. Susah nak dapat kad raya bebetul. Kalau uolls nak kad raya, meh terjah blog Duniashida.Com nih. Meriahkan segmen. Mana tau dapat kad raya. 

Apa yang saya suka dengan blog Duniashida.Com...hurmmmm... Blog yang cantik, kemas dan tersusun, Background kaler pon cantik. Kaler biru. Memang cantik lah blog Duniashida.Com nih ☺




Semalam genap 3 bulan dah dak debab nih. Cepat betul masa. Rasa macam baru dalam pantang. Ayat ...


Semalam genap 3 bulan dah dak debab nih. Cepat betul masa. Rasa macam baru dalam pantang. Ayat cliche sangat kan...hahaha... Smalam nak gi cucuk. Sekali ubat cucuk habis stok daaa. Kena tunggu klinik call. Selamat lah paha gebu awak dari kena cucuk smalam yerp. 

Hobi harraz macam biasalah. Mentido dan menyusu. Memang kuat tido si debab nih. Asal menyusu jer mesti tido. Kalau jaga pon tak jaga lama sangat. Malam lagi lah lena tido aku sebab Harraz bangun 2-3 kali jer. Sampai kena kejut soh bangun minum susu. Betapa kuatnya budak ni tido kan. 

Kekadang ada gak meragam. Kembung lettew. Antara dugaan ibu menyusu bila kau terpaksa alert dengan apa yang kau makan. kalau salah makan memang kembung perut si anak dibuatnya. Tapi Harraz kalau meragam tak der lah beriya melalak². Cuma dia nak kau peluk dia. Nak anja² gittew. 

Makin menambah berat badan si debab Harraz nih. Tak larat aku nak mandikan dia lelama. Lenguh tangan nih. Ibu dia pulak makin menurun berat badan. Sampai member² ofis ni tegur dah kurus sangat. Tapi makan banyak dah macam orang membela. Elok lah tu. Anak kuat nyusu. Ibu kuat makan tapi badan tak naik². Penangan breastfeeding kot. Breastfeeding is the best way to loose weight ☺

Note: Minggu depan dah start posa. Hope production susu maintain. 


10 sisters and one brother bring a whole lot of havoc in Nickelodeon’s new original animated...


10 sisters and one brother bring a whole lot of havoc in Nickelodeon’s new original animated comedy series, The Loud House. The series features Lincoln Loud and his 10 sisters as he gives an inside look at what it takes to survive the chaos of a huge family. The Loud House opens its doors on weekdays starting Monday, 30 May at 6.00 pm (MY/PH)

Inspired by creator Chris Savino’s life growing up in a family of 10 kids, The Loud House follows 11-year-old Lincoln, the only boy in a family with 10 sisters who each have unique personalities: Lori, Leni, Luna, Luan, Lynn, Lucy, Lola, Lana, Lisa, and Lily. With his best bud Clyde, Lincoln always comes up with a plan to stay one step ahead of the chaos, but whether or not it works is where the adventures begin.

The Loud House is based on an animated short of the same name from Nickelodeon’s annual Animated Shorts Program. It is the first series to be greenlit out of the global programme which is designed to mine and cultivate a new generation of creative talent. 


Wow...Tak dapat saya bayangkan duduk serumah dengan 10 orang kakak. Mesti meriah rumah dengan pelbagai ragam kakak² yang ramai nih. Kalau nak tahu meriah ker tak, jangan lupa saksikan The Loud House ni nanti. Untuk maklumat lanjut, boleh terjah [SINI]. Kalau nak tengok preview, boleh tengok di [NICKELODEON ASIA]

Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com Giveaway Fridge Magnet Lombok bermula saat in...



Giveaway Fridge Magnet Lombok bermula saat ini dari hari ini, 23 Mei 2016 hingga 30 Mei 2016. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join.


Siapa nak ole-ole dari Lombok? Ada 20 fridge magnet berupa rumah perkampungan orang Sasak, Lombok, Indonesia.

Jom join giveaway ini... ramai-ramai support Mia ya... Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 30 Mei 2016.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 3 Jun 2016.

** nak join giveaway ini, sila klik pada banner...


Apsal gebu sangat ha??? Gewam ibu nengok tau. Rasa macam nak gigit² jer. Dah macam drumstick KF...


Apsal gebu sangat ha??? Gewam ibu nengok tau. Rasa macam nak gigit² jer. Dah macam drumstick KFC...hahaha... Alhamdulillah...membesar bagai johan si Harraz skang ni. Ibu dia makin kurus cikeding. Anak makin menambah berat badan, Zat² ibu dah pegi kat anak gamaknya. Sluar jeans jaman anak dara pon dah muat....woot...woot...

Jumaat lepas Harraz demam. Terpaksalah si ibu amik emergency leave. Sedih nengok anak demam. Bila dah masuk nursery ni kena siap sediakan mental, fizikal dan emosi yang kental. Demam dah baik skang ni selsema dan batuk plak datang...huhuuhu... Doa aku biarlah aku yang demam, batuk selsema. Jangan lah budak debab ni yang tak sihat. Ibu kalau tak sihat masih kebah lagi buat kerja² rumah. Anak kalau tak sihat kena pantau siang malam.


Suka sangat buat mata cenggitu. Dah nak masuk 3 bulan dah si debab harraz ni. Cepat betul masa. Please lah...please don't grow up so fast boleh tak. Sebab bau baby ni sedap sangat. Air liur basi pon wangi...muahahaha... Tak sabar nak balik gomol awak ni debab. Kaki borak si debab ni. Tu yang syiok melayan ☺☺

Note: Nak kena amik jugak jab pneumococal vaccine nih. Extra precaution.


Awoooooo….Bersiap sedia semua. Ada Serigala dah nak masuk KL. Serigala datang dengan kotak² yang ba...

Awoooooo….Bersiap sedia semua. Ada Serigala dah nak masuk KL. Serigala datang dengan kotak² yang banyak. Apa? Tak tau? Pada yang tahu tu. Bersiap sedialah. Pada yang belum tau, meh #ibuempatanak nak bagitau. The BIG BAD BOX SALE kembali lagi. Yang kecewa tak dapat terjah Pesta Buku Antarabangsa KL baru² ni. Jangan risau. Anda boleh tebus kekecewaan tu dengan meramaikan manusia kat The BIG BAD BOX SALE nih. 

Memang sedang elok sangat tarikh yang dipilih ni sebab semua orang dah gaji kan…muahahaha… Boleh lah borong sekotak buku. Bila tarikh dan di mana tempatnya? Tengok nih:


27 May - 5 Jun @ 10.00 am - 10.00 pm. Sila save the date ya. Kalau jenis pelupa tahap gaban. Set jer alarm kat handphone tu. Kalau tak nak bersesak², sila datang awal² pagi. Kalau boleh lepas subuh kluar umah...ngeeeee... Ada beberapa steps yang perlu anda lakukan.

STEPS 1: Pilih kotak pilihan kolbu

Kalau tak der budget, bley pilih kotak A nih

Kalau ada budget dan nak beli banyak buku, bley pilih kotak B 

Kalau budget berlebih lebihan. Nak kumpul dan buat stok buku untuk diri sendiri dan anak², boleh amik Family Package ni. Memang berbaloi² kot.

Macam student yang tak der cash tu, pakai Baucher Buku 1 Malaysia ni pon boleh.

STEP 2: Penuhkan kotak yang dah dipilih tadi dengan seberapa banyak buku idaman hati nurani. 

STEP 3: Dah penuh kotak sila pastikan kotak boleh ditutup serapat² nya. Pandai² lah susun buku tu yerp.

STEP 4: Seal it dan bayar. 

Senang jer kan. Rasa macam nak pergi. Tapi buku yang baru beli pon tak baca lagi. Jangan kata buku baru, buku yang dah lama beli pon tak baca² lagi. Aku memang jenis suka beli buku dan gila beli buku especially buku bebudak. Memang gila rambang mata nengok. Buku sendiri bacanya tak lagi. Tapi kalau novel sehari dua boleh khatam. Buku motivasi dan ilmiah plak dah baca separuh pastu lupa terus nak baca...ppffttt... 

Nak tau detail, sila terjah FB Big Bad Wolf Books

Note: Suka beli buku sebab suka menambah koleksi buku even baca pon tak lagi...ngeeeee....





Tersama plak nama husband kita yerp Mira...ngeee... Sabtu haritu gi Melaka. Ada wedding kat M...

Tersama plak nama husband kita yerp Mira...ngeee...

Sabtu haritu gi Melaka. Ada wedding kat MITC. Wedding anak sedara merangkap anak kepada abang long aku. Belah pompuan dah lepas. Tapi tak sempat nak bergambar bagai. Yang kat Melaka ni belah lelaki. Memang bergambar habis lah. Dan akan ada banyak gambar untuk entry ini...hahahaha...

Malas nak citer detail² dan panjang². Maka layanlah gambar² ni yerp. 


Pengantin tak sampai lagi masa ni. Kitorang sampai pon dalam pukul 12.00pm cenggitu. Pengantin berarak dalam pukul 12.30 pm. Maka jom lah kita isi perut dulu. Lauk orang kawin ni memang sedap kan. Tapi lauk pauk kat MITC ni memang tersedap lah. Menu hari tu ada Rendang Tok, Ayam Kuzi, Kari Kambing, Sambal Fish Fillet, Acar dan macam² lagi lah. Memang suma sedap². 

Menu memang banyak. Nyesal aku makan sikit haritu sebab ada yang terlupa nak makan. Mee Kari ngan rojak buah. Boleh gittew. Sikit lama punya melepak ko lupa nak makan dua benda nih.


Lepas makan nasi ko bedal plak dessert. Ada Pavlova, Mini Red Velvet Cup Cake dengan Mini Choc Cup Cake. Lain² dessert ada kuih Car Berlauk, Seri Muka, Tapai, Cendol, Talam Ubi dan macam² lagi lah. Pop Corn ngan Ice Cream pon hado. Tahan nafsu jer aku dengan tapai dan juga kuih yang berasaskan pulut. Pantang lagi woihhh. Seram aku nak langgar pantang. 


Tengah makan pengantin pon sampai. Di iringi oleh dayang² dan hulubalang². Cantik anak buah aku nih. Siap ada joget² bagai. Rasa macam nak berjoget sama atas pentas tu...muahahaha...


Dah makan. Pengantin pon dah bersanding. Moh ler kita bergambar sampai habis bateri handphone. Mak cik vogeh da vass ngan anak² fruit. 


Me and my lovely sista. Sama ker muka kami?


Kakak bersama adik² nya...erkkk...kahkahkah...Me and my Bodyguard. Bodyguard paling kecik tengah tido. sebab keja dia memang mentido jer.


Kacau jer si Qhalif ni tau. Ibu nak bergambar ngan kakak lah. Sibuk menyelit.


Ok...kita berdua jer kakak. Me and my mini me. Sama tak? Kawan gaduh aku nih. Suka sangat cari pasal tau. 


My girl and boys. Besar dah korang.


Ini pengantin yang dah lepas 10 rahun dulu tapi fefeeling macam pengantin baru. Macam baru kawin plak rasa sebab gambar ni nampak maintain jer muka sebelum ngan selepas kawin yang nak masuk 11 tahun ni...hahahaha...perasan ko jah #jangankecamsaya ☺☺


Gambar penutup. Kerjaan si kakak dok buli adik yang tengah tido. Mentido jer dia sepanjang majlis tu. Aman damai si ibu nak makan sebab tak der gangguan. Memang Iman Harraz anak yang mudah dijaga dan tak banyak ragam...Alhamdulillah...

Buat Mira and Husaini, selamat pengantin baru dan selamat menempuah alam rimahtangga. Semoga kekal bahagia selamanya till jannah. Selesai jer majlis kat MITC, kitorang terus gerak gi cuti² ker Swiss-Garden Hotel & Residence Melaka. Kejutan buat anak² sebab dorang tak tau. Tunggu next entry,

Note: Minggu ni anak² start exam. Iman Hakimi start harini. Qahirah hari senin dah start. Good luck anak².


Sumber: FB D'Laila . Gambar aku amik tak cantik. Gelap gelita. Citer hujung bulan lepas. D...

Sumber: FB D'Laila. Gambar aku amik tak cantik. Gelap gelita.

Citer hujung bulan lepas. Dapat gak merasa kesedapan Mee Udang D’Laila yang orang kata antara yang tersedap ni. Selalu nengok jer gambar orang upload kat FB. Kecur ailio dibuatnya ko. Bilalah boleh merasa nih. Ada gak ajak husband gi. Tapi biasalah… tak kan gi sana semata² nak makan mee udang kan. Kecewa uols.

Kebetulan ada wedding anak saudara kat Seremban. On the way balik tu try ajak husband gi makan kat Nilai. Nasib dia nak. Dah lama mengidam nak makan mee udang katakan. Pusing² jumpa gak jalan. Kedai D’Laila Mee Udang ni terletak kat MMA Santai Corner. Banyak food court kat dalam tu. Nasib baik masa aku gi tu kedainya bukak. Kalau tak mau kempuanan. 

Sumber: FB D'Laila. Gambar aku amik tak cantik. Gelap gelita.

Macam biasalah. Aku order mee udang. Husband order asam pedas ikan mayong. Sampai jer mee udang…perghhhh… Macam mana ko tengok dalam gambar macam tu lah yang ko dapat. Tapi aku order mee udang biasa. Kalau special ada banyak udang. Memang tersusun cantik udangnya. Beso² plak tu. 

Memang terbaik dan tersedap lah woih Mee Udang D’Laila ni. Terbayang2 lagi kesedapannya. Rasa tak cukup semangkuk. Jatuh cinta terus lah dengan mee udang D’Laila nih. Asam pedas pon sedap sangat. Kena dengan selera tekak. Memang akan repeat datang sini lagi. Nak try menu yang lain plak. Tapi tak tau bila…hehehe…

Buat penggemar mee udang atau yang tak pernah merasa mee udang. Dan nak rasa asam pedas sedap. Boleh lah datang kat MMA Santai Corner, Nilai ni. Cari kedai D’Laila Mee Udang. Beroperasi dari pukul 5.00 petang sampai 12.00 malam. Ni alamatnya:

D’Laila Mee Udang
MMA Santai Corner
Jalan BBN 1/1F, Bandar Baru Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan


Note: Blog dah tukar kaler ☺☺



Google pic Ada yang tak tau boom gate ker? Alaaaa…palang automatic ni haa. Apa kene mengena s...


Ada yang tak tau boom gate ker? Alaaaa…palang automatic ni haa. Apa kene mengena si petite ngan boom gate nih? Sebab aku menyampah dengan benda nih. Kesian dekat orang petite macam aku. Dah lah comel lote. Tangan pendek. Jumpa plak boom gate. Memang rasa…alahaiiiii… Sampai ker tak nak touch kad nih. 

Kat umah ni baru pasang boom gate. Kalau dulu best je rasa bila pak guard tolong bukak kan. Tapi sejak dikuatkuasakan pasang palang automatic ni, setiap penghuni kena beli touch card nak masuk. Nak tak nak aku terpaksa hadap hari² lah si boom gate. Ni yang jadi masalahnya. 

Ko kena adjust corner untuk dapat kan side supaya dekat dengan tempat touch card tu. Ko kena tinggikan sket badan tu takut terlanggar devider plak. Orang comel lote katakan. Kalau salah adjust, memang tak sampai lah jawabnya. End up pak guard yang tolong bukak kan dengan muka masam mencuka. Relax ah pak guard. Bukan suka suki aku nak soh ko bukak kan palang tu. Dah tangan pendek tak sampai. Nak buat macam mana.  

Kalau kat umah sendiri ok lagi. Kalau gi shopping mall?? Tak sapa nak tolong bukak kan. Ko kena bukak pintu nak touch card. Kekadang kena keluarkan badan sket dari tingkap sebab tak sampai. Kesian tau kat orang petite ni. Tu adjust corner tak betul lah sampai kena keluar. 

Gittew lah kisah orang petite dan boom gate nya. Tapi kelebihan orang petite ni best tau, sentiasa nampak awet muda even anak dah empat…erkkkkk…hahahaha…. #jangankecamsaya

Note: Sorry kawan. Tak dapat nak BW lagi. Mana yang sempat jer. 



AssalamuAlaikum kawan² ibu. Memandangkan ibu saya sibuk sebab baru balik dari cuti bersalin. Jadiny...

AssalamuAlaikum kawan² ibu. Memandangkan ibu saya sibuk sebab baru balik dari cuti bersalin. Jadinya saya mengambil alih tugas ibu harini. Ibu pon belum citer pasal saya dalam blog ibu ni kan? Biarlah saya sendiri yang bercerita mengenai kisah hidup saya yang baru muncul dalam keluarga 2 bulan yang lepas. Cerita suka dan duka yang saya lalui bersama ibu, abah, abang² dan kakak saya.


Nama saya Iman Harraz Bin Husaini. Lahir pada 29 February 2016. Ibu kata saya lahir tahun lompat. Maknanya 4 tahun sekali baru sambut hari lahir. Tapi tak per, ibu kata buat apa kita nak ikut kalender omputih tu. Kita ikut lah kalender islam kita…kalender Hijrah kan. Sepatutnya due date saya 17 March 2016. Atau mungkin awal seminggu dari tarikh jangkaan. Tapi ibu tak sangka dan ibu terkejut sebab saya lahir lebih awal. 

Beberapa jam lepas lahir

Ibu cakap saya ni anak istimewa dari abang² dan kakak saya sebab dah lah saya lahir tahun lompat. Saya melompat kluar plak dalam kereta. Ibu cakap dia tak sempat nak masuk labour room…dah tak larat nak jalan sebab saya dah tak sabar sangat nak keluar. Alhamdulillah…saya selamat melihat dunia walaupon mendarat dalam kereta. Sian ibu saya yang melahirkan saya dalam keadaan yang buat orang kelam kabut.


Kalau ibu lambat pergi hospital kemungkinan saya dilahirkan kat rumah. Tapi Alhamdulillah ibu sempat sampai spital walaupon depan emergency door spital. Berat saya masa lahir 3.1 kg di usia kandungan ibu masuk 37 minggu. Lepas jer saya lahir, nurse terus bawak saya naik. Ibu cakap kandungan gula dalam badan saya rendah. 

Ibu saya sedih sangat sebab tak dapat nak breastfeed saya on the spot sebab nurse cakap nak naikkan gula dalam badan saya cepat² dan perlu di beri Susu Formula. Ibu nak jugak breastfeed saya tapi nurse bagitau takut susu lambat kluar dan kadar gula dalam badan saya makin turun. Sedih sangat² ibu saya. Tapi demi keselamatan saya ibu terpaksa benarkan nurse bagi FM.


Lepas 2 jam baru saya dibenarkan duduk dengan ibu. Baru lah saya dapat merasa nikmat air susu ibu. Itu baru permulaan. Selepas beberapa hari dilahirkan, saya diserang jaundice. Hari keenam saya admitted sebab bacaan jaundice saya tinggi. 3 hari saya duduk bawah lampu. 2 malam saya tido tanpa ibu disisi. Saya tau ibu saya sangat sedih. Hanya baju peneman tidur ibu untuk 2 malam ketiadaan saya. Hari² ibu datang melawat saya dan bawa bekalan susu ibu untuk saya minum.

Banyak lagi yang saya nak citer. Pasal pengalaman ibu bersalin dalam kereta. Pasal prolonged jaundice saya. Pasal jangkitan kuman yang jahat hinggap kat saya dan juga pasal saya demam yang buat ibu nangis tengah² malam. Tapi biarlah ibu yang cerita. Bulan depan saya ada follow up check-up. Doctor nak scan perut saya. Nak check buah pinggang saya ok ker tak. Mohon kawan² ibu doakan urusan saya dan ibu dipermudahkan olehNYA. dan doa supaya saya membesar dengan sihat yerp.


Ok lah kawan² ibu. Saya berhenti sampai sini dulu. Terima kasih sudi baca cerita saya. 

Note: Maafkan ibu saya kalau asik citer dan up gambar pasal saya lepas ni. Ibu excited dengan kehadiran saya  ☺☺



Finally….dapat jugak merasa kesedapan dan keenakan buah Manga Harumanis nih. Dah lama mengidam w...


Finally….dapat jugak merasa kesedapan dan keenakan buah Manga Harumanis nih. Dah lama mengidam wei. Dari mengandung anak ketiga sampai lah dah bersalin anak ke empat nih. Baru lah dapat merasa. Ko kira berapa lama aku tahan mengidam tapi tak dapat². Kebetulan ada member group whatsapp yang jual. Apa lagi…zasss terus wassup dia. 

Macam² soalan. Sekilo berapa hinggit? Kalau sekilo dapat dalam berapa biji? Kalau beli tiga kilo plak berapa harganya. Kalau order bila boleh dapat. Kalau dah dapat boleh terus makan ker. Hamek ko…apa punya soalan kan. Maklumlah, 1st time membeli buah manga online. Curlass ko jah beli manga online. Mekasih lah Irna sebab sudi melayan kita nih. 

Bincang punya bincang, aku beli sekilo jer. Sekadar nak merasa sebab harga pon boleh tahan gak. Tapi demimu Manga Harumanis, mahal bukan halangan. Punyalah tak menyabar tunggu posmen datang. Kehulu kehilir bawak HP. Takut nanti kot posmen call nak hantar barang tak dapat plak kan….hehehe… Harini order lusa dah dapat. Service tip top lah.

Kalau nak tahu, Buah Harumanis ni tak boleh diletak atas simen atau plastic. Kalau dah dapat tu terus bukak kotak tengok sama ada dah masak atau belum. Kalau tak masak lagi simpan dulu dalam kotak dan tutup. Kebetulan aku dapat dah masak even kulit masih kaler hijau lagi sebab bila picit dah terasa lembut. Bau dia jangan cakap lah. Memang harum bau mangganya. Dah nama pon harumanis kan.


Apalagi, moh ler kita potong. Akhirnya sampai gak hajat nak makan buah Manga Harumanis nih. Tak der lah kecur ailio tengok orang tayang gambar mangga harumanis. Anak² plak memang hantu mangga. Tak menyabar soh potong. Rasanya….Ya! allah… sedap nya lahaiiii. Manis sangat tahap boleh potong kaki lah. Isi tebal tapi biji kecik dan nipis. Rasa tak puas plak makan 2 biji tu. Nak beli lagi gamaknya. Tapi beli mangga biasa sudahlah. Fefeeling makan harumanis pon boleh….hehehe… Mangga biasa pon sedap jugak kan.


Meh baca info pasal Mangga Harumanis ni:

Harumanis merupakan sejenis buah yang popular dan hanya terdapat di negeri Perlis. Buahnya berbau harum dan isinya tebal kekuningan serta rasanya enak. Walaupun harganya meningkat setiap tahun, orang ramai sanggup beratur panjang semata-mata mahu membeli Harumanis.  Musim Harumanis adalah sekitar bulan April hingga Mei atau awal Jun. Biasanya hasil buah sudah habis sebelum sempat memasuki bulan Jun.

Walau pun ramai yang cuba menanam pokok Harumanis di luar negeri Perlis, hasilnya tidak menjadi seperti tidak tumbuh subur, tidak berbuah, rasa tidak manis dan sebagainya. Ini kerana faktor cuaca dan tanah di negeri Perlis agak unik dan berbeza daripada negeri-negeri lain di Malaysia. Faktor ini menjadikan Harumanis amat istimewa di mana ia hanya benar-benar subur dan berbuah sangat manis di negeri Perlis sahaja.

Kalau nak tau detail mengenai Mangga Harumanis atau nak membeli buah Mangga Harumanis, bley terjah website [MANGGA HARUMANIS PERLIS]. Ada diterangkan bentuk Mangga Harumanis macam mana. Jangan sampai kena tipu. Oh! Ya…untuk sekilo mangga harumanis yang aku beli ni dapat lah 2 biji. Kalau kecik² dapat lah 3 biji. Kalau beli tiga kilo dapat dalam 7-8 biji.

Note: Sorry kalau terliur. Silalah order cepat sebelum habis musim Mangga Harumanis. Setahun sekali jer.


Hasil memborong. Bila dah jadi ibu ni, ada dua benda yang menjadi kegilaan. Gila tengok baju/b...


Hasil memborong.

Bila dah jadi ibu ni, ada dua benda yang menjadi kegilaan. Gila tengok baju/barang bebudak dengan gila tengok buku. Lupakanlah hasrat nak beli barang untuk diri sendiri sebab end up barang² anak jugak yang dibelinya.

Jumaat haritu menggila jap. Mau tak gila, buku murah² hoi!! berdesup dari office ker MAEPS Serdang. Ni 2nd time kot aku gi pesta buku. Last pergi tak ingat tahun bila. Tapi kat PWTC. Gi hari jumaat tak ramai sangat orang.

Sampai² jer mestilah cari parking dulu kan. Parking pon tak der lah crowded. Tapi nak naik kat dewan tu agak mencabar sket sebab berbukit. Ada disediakan transport. Tapi kita jalan kaki jer lah. Exercise gittew. Nengok orang kluar dewan bawak seplastik buku. Wow!! Murah sangat ker sampai banyak dorang borong.

Masuk jer dewan dah nampak Ana Muslim. Tetiba aku jadi blur jap. Tak tau nak terjah booth yang mana satu. Diskaun sana sini. Belek² buku.. Pilih² buku.. Jalan² cari buku. Gila jap lah nengok banyak sangat buku² murah yang best² sampai tak tau nak pilih tang mana. Last² ni lah hasil mencandat buku.


Buku ni satu singgit. Tanjat mak nyah. Apsal murah sangat haa!! Kulit tebal plak tu. Memang rugi lah tak beli. Buku untuk pra sekolah.


Ni plak tiga RM10. Murah ker mahal? Ker normal harga buku cenggini? Gasaklah. Dah beli pon.


Buku latihan. RM3.50 jer. Tapi cover bukan kulit tebal. Banyak buku latihan macam ni. Ada yang cover kulit tebal RM1.00 satu. Tapi kat dewan sebelah. Aku tak sempat masuk. Member office yg masuk dewan tu bagitau. Dewan khas untuk cari buku² latihan dan rujukan untuk skolah.


Buku bacaan untuk anak2. Ada less 15%. Memang tengah cari buku2 ni. Dah add cart kat website bookcafe. Kebetulan gi Pesta buku pastu jumpa plak buku² ni. Rembat terus lah kan. Buku 'IBU KUINGIN TAHU' pon memang dah lama nak beli tapi tak terbeli2. Sekali jumpa kat booth Telaga Biru. Ada less plak 20%. Terus beli.

Overall memang best lah. Tempat sejuk. Cuma nak memanjat gi dewan tu agak letih sket lah. Tapi demimu buku. Kalau tak kerana masa yang membataskan, memang banyak buku lagi yang nak diborong sebab murah. Tu baru satu dewan jer yang masuk. Dewan2 lain tak sempat masuk lagi... Huhuhuhu...

Hari ni last day Pesta Buku Antarabangsa. Silalah serbu. Rasanya mau lagi murah buku kalau dah last day nih. Rasa tak puas hati gi jumaat haritu sebab banyak buku yang tak sempat dibelek. Ada dewan yang tak sempat nak masuk. Tak sempat nak tengok novel sebab banyak orang borong novel. Tunggu tahun depan lah plak. 

Note: Buku yang ada tak habis baca lagi dah tambah buku baru... Hurrmmmm....
posted from Bloggeroid




Anniversary sebenarnya 6 March. Tapi time tu masih dalam pantang. Internet limited. Ditambah ma...


Anniversary sebenarnya 6 March. Tapi time tu masih dalam pantang. Internet limited. Ditambah masalah anak ke empat yang ada jaundice. Maka harini baru teringat. Pejam celik pejam celik, dah 7 tahun usia kau blog. Dah 7 tahun aku merapu kat blog ni. Dengan blog jugak lah aku kenal ramai kawan. Ada yang dah bersua muka dan ada yang masih belum pernah bersua muka.

Entry blog pon dah lebih duaribu. Dah boleh dibukukan kot,,,hehehe... Pageviews pon dah sejuta lebih,...Alhamdulillah... 7 tahun blogging baru cecah juta. Orang lain tak sampai setahun blogging PV dah juta². Iyerlah....bloger sendu jer. Update pon ikut mood. 

Bila dah ada anak kecik ni, nak gi event pon rasa malas. Ikut kesesuaian boleh lah. Macam event parenting ker. Kalau event food review memang agak mencabar sket lah. Nak join tapi fikir anak kecik lagi. Review produk pon dah slow. Tak mengharap sangat pon. Ada rezeki...adalah. 

Rasa macam nak tukar domain. Teringin gak nak ada domain sendiri. Tengok lah macam mana. Nak tukar template. Nak template mesra SEO gittew. Sedang diusahakan. Header pon rasa macam nak tukar. Erkkkk... cakap jer lah kau nak tukar semua ☺☺

Note: Nak kena samak blog ni. Mana entry yang tak berkaitan nak buang. Nak simpan citer yang baik²jer.



Tu dia. Bukan main panjang lagi kau punya tajuk. Boleh baca tak? Dah extra large punya gambar. ...


Tu dia. Bukan main panjang lagi kau punya tajuk. Boleh baca tak? Dah extra large punya gambar. Kalau tak nampak sila pakai kanta. Kalau tak nampak jugak, gi lah jumpa doctor mata yerp....ngeeeeee...Aku malas nak taip balik. 

Kalau bab pompuan, bukan main panjang lagi perbezaannya tau. Tapi sebenarnya lelaki pon sama gak. Tak semua pompuan macam tu hokay. Macam aku, kalau minyak dah menyala kat office, siap² asingkan duit untuk isi minyak. Kalau menyala tengah jalan, sampai stesen minyak terus keluarkan duit. Wallet memang tinggal dalam bag. Matikan enjin, bukak penutup tangki minyak siap². Lock keta pastu nengok pam nombor berapa. 

On the way nak bayar tu boleh toleh lagi nak pastikan pam nombor berapa. Bila penyakit was² datang kan. Pada hal dah betul dah nombor tu....ciskek betul tau penyakit nih...ppffttt...Dah bayar terus isi minyak keta. Tak der makna nak nengok cermin nak betul² kan tudung. Dok dalam ket tak der orang nak tengok or nak ngurat pon...hahaha...

Dah penuh tank terus tutup. Masuk keta start enjin pakai seat belt dan berambus cepat. Memang kekadang aku menyiampah kalau orang terhegeh² nak isi minyak. Dah nampak keta berderet kat belakang, lagi mau slow motion. Dari nak mengisi sampai lah dah habis isi. Alahaiiiii...apsal lambat sangau kau ni ha. Kita ni nak kejar masa. Uols plak macam mana? Tergolong dalam kalangan perempuan yang di ceritakan ni ker ☺☺

Note: Asik citer pasal anak kang ada yang sentap menyiampah plak kan. 




Ha'ahhhh...ada orang tu tak puas hati ngan kita wak.  Rambut saya halus. Tu yang nampak ma...

Ha'ahhhh...ada orang tu tak puas hati ngan kita wak. 

Rambut saya halus. Tu yang nampak macam botak jer kan. Tapi saya ada rambut ☺☺

Ni lah budaknya. Kita punya lah excited balik nak jumpa dia...nak gomol² dia. Sekali bila sampai nursery dia buat tak tau jer dengan kita wak. Kita borak²...agah²...senyum²...dia buat muka selamba jer. Muka tak puas hati sangat tau. Geram plak hati kita ni wak. 

Cenggitu lah budak baru dok nursery. Haritu training sehari kejap sangat dok nursery. Tapi semalam dari pukul 7.30 am sampai pukul 6.15 pm kan. Mau tak merajuk budak nih. Dia tak tau ibu dia kat office belum tengah hari pon dah tak sabar nak balik. Hati gundah gulana risaukan  keselamatan dia. Doa bebanyak supaya anak sentiasa dibawah lindunganNYA. Tawakal sangat bila hantar nursery.

Alhamdulillah.... baik jer dia kat nursery. Merengek sikit² tu biasalah kan. Lelama nanti biasa lah. Memang kena biasakan diri pon. Anak² memang aku tak ajar tido buai. Tido lah ko kat tilam tu. Tepuk² jer dah tido sendiri. Kekadang kalau tak der orang layan pon bley tido sendiri. Dasar kuat mentido ko kan dik.

Susu pon bley tahan gak mamat ni minum. Semalam bekalkan 8 botol susu bersamaan dengan 2.5 oz - 3 oz. Lagi sebotol tu 5 oz spare kot tak cukup. 7 botol habis diminum. Nampak nya ibu kena kerja keras untuk kumpul stok susu. 

Note: Bila ada baby baru ni. Asyik citer pasal baby jer lah kan #jangankecamsaya ☺☺

Sebenarnya dah lepas last week 28 April 2016. Tapi nak jugak wish dalam blog. Gedik sangat kau...



Sebenarnya dah lepas last week 28 April 2016. Tapi nak jugak wish dalam blog. Gedik sangat kau kan.... hahahaha... Asalkan ada entry. Dapat update sehari sekali pon dah ok kan. Buat suami... Smoga panjang umur, dilebatkan lagi rezeki, diberi kesihatan yang baik dan diberkati kehidupan didunia dan akhirat. We πŸ‘©πŸ‘¦πŸ‘§πŸ‘¦πŸ‘Ά πŸ’˜πŸ’— you πŸ‘¨


Hadiah buat si dia hanya sebijik kek Japanese Cotton Cheesecake yang dibuat dengan penuh kasih sayang peluk cium bagai. Gigih #emakempatanak. membako. Dengan anak keciknya lagi. Yang mengacau jangan cakap lah. Nak gak nolong buat. Layan kan jer lah. stress #makempatanak ni.

Alhamdulillah...menjadi gak kek nya. 1st time buat. Resepi pon sangatlah simple. Cantik sangat kejadiannya. Rasa apatah lagi...moist, gebu dan sedap. Nanti iols share resepi yerp. 

Note: Orang lelaki ni kalau nak memuji memang payah kan. Tapi kalau makan bertambah tu maknanya sedap lah kan ☺☺



Cakkkkkk...   #makempatanak  Ada yang windu dengan kita tak...hehehehe...perasan plak nak ...

Cakkkkkk... 

 #makempatanak 

Ada yang windu dengan kita tak...hehehehe...perasan plak nak ada orang rindu kat dia. Tapi kita rindu nak baca blog awak² semua. Masa pantang tak bley nak melayari tenet sangat. Nak jimat quota punya pasal kan. Orang pakai prepaid cenggini lah. Kena berjimat cermat. Free² nanti kita terjah blog awak² semua yerp. Kerja setimbun pon dah sedia menanti nih.  

Hari ni 1st day bekerja. Rasanya....Ya ampunnnnn...Rasa malas nya. Rasa nak mengulit ngan baby jer. Biasalah bila dah lama cuti kan. Bila dah lama tak drive pon rasa lain macam. Rasa macam baru belajar bawak keta plak...hahahaha... over sangat plak ko ni. Dua bulan cuti ko. Mana pegang steering. Bebaru ni jer start deive. Nasib lah ingat lagi jalan nak gi office pagi nih...kahkahkah...


Haishhhhhh... Belum tengah hari dah tak sabar nak balik. Rindu ngan budak domok² ni. Tengoklah tu...menyengih sampai tak nampak mata. Sedih jer hantar baby pagi ni. Baru 2 bulan dah kena gi nursery. Huntunglah uols yang masih ada parents. Boleh tolong jagakan sampai 4 - 6 bulan pon dah kira ok. Nak hantar nursery tak der lah risau sangat sebab dah beso sket kan. 

Ok lah. Pam susu dah mula memanggil² tu. Tanggungjawab ibu menyusu cenggini lah. Kena curi masa sket untuk mengepam. Aku pon dah tak tau nak tulis apa nih. kBai!!

Note: Cepatlah pkul 5.30 pm. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks