AFB Feeds

*Sticky post until 31th January 2016. Scroll down untuk entry baru.* Mesti senyum lebar bil...

*Sticky post until 31th January 2016. Scroll down untuk entry baru.*


Mesti senyum lebar bila baca tajuk tu kan. Siapa yang tak suka sale. Lebih² lagi clearance sale. Haaaaa…ni ada berita baik buat ibu², bapa², bakal² ibu dan bakal bapa yang masih mencari² kelengkapan dan keperluan ibu dan anak yang berkualiti. Bukan untuk kaum² yang bergelar ibu dan bapa jer tau. Buat anda yang nak mencari dan sedang mencari hadiah untuk kawan² yang baru lepas bersalin. Elok jugak terjah BIG BANG CLEARANCE SALE 2 by Fabulous Mom ni.

Bagus betul Fabulous Mom pilih tarikh nak buat BIG BANG CLEARANCE SALE 2 ni sebab suma orang pon dah dapat gaji kan. Jangan lupa asingkan duit gaji siap² untuk buat shopping nanti tau sebab banyak diskaun menanti anda semua. Boleh rambang mata dibuatnya nih.

Nak tau apa yang menarik dalam BIG BANG CLEARANCE SALE 2 by Fabulous Mom ni? Meh baca:
  1. Barangan ibu dan bayi diskaun sehingga 80%, harga bermula dari RM1
  2. Stroller Koala RM135 utk 10 pengunjung pertama setiap hari, sementara stok masih ada
  3. Nursing Lingerie dari RM3
  4. Ergo Baby Carrier diskaun sehingga 40%
  5. Andrea Baby Carrier dari RM185
  6. Car Seat diskaun sehingga 70%, harga promo dari RM119
  7. Breastpump diskaun sehingga 40%
  8. Nursing Wear diskaun sehingga 80%
  9. Mainan Bayi dari RM5
  10. PERCUMA untuk 500 pengunjung pertama:
  • Majalah Pa&Ma
  • Smart Parenting
  • Mother & Baby Guidebook
  • Smartkids World
  • Mama & Si Manja

Wow…Teruja tak. Saya pon teruja gak tengok diskaun yang ditawarkan tu. Memang sale gila² nih. Rugi kalau tak pergi BIG BANG CLEARANCE SALE 2 by Fabulous Mom ni tau. Siap ada goodies bag percuma untuk 500 pengunjung pertama tu. 

Bukan goodies bag percuma jer tau. Ada lagi yang percuma. Nak tau? Ni dia:
  1. PERCUMA Boba Stuff Sack utk setiap belian Boba Baby Carrier (sementara stok masih ada)
  2. PERCUMA Acquassimo untuk pembelian RM500 ke atas (sementara stok masih ada)
Ok…Meh saya share lokasi BIG BANG CLEARANCE SALE 2 by Fabulous Mom yang bakal berlangsung ni. Ianya terletak di Fabulous Mom Outlet Store Kajang. 


 Alamat: 

S16(1), Pearl Avenue,
Jalan Pasir Mas, Sg Chua,
43000 Kajang, Selangor.

Tarikh:

27 – 31 Januari 2016 (5 hari sahaja)

Waktu: 

10am – 8pm

Kalau nak tau lebih lanjut pasal Fabulous Mom dan juga sale² dari Fabulous Mom yang akan datang, boleh terjah:


Jangan lupa datang BIG BANG CLEARANCE SALE 2 by Fabulous Mom ni. Save the date yerp. Dan untuk anda yang nak datang, bag tangan tidak boleh melebihi saiz A4 tau. Ingat tu.

Happy Shopping Uolls!!!
    




Ibu mana tak risau bila anak demam kan. Pastu si anak plak jenis jarang demam. Sekali dia demam ...


Ibu mana tak risau bila anak demam kan. Pastu si anak plak jenis jarang demam. Sekali dia demam memang lembik dan melepek habis sampai tak larat nak bangun. Selera makan pon dari seorang yang kuat makan jadi hilang selera makan...gone with the win. Dah nama pon sakit kan. Sedih plak hemak ko nengok nak.

Bila anak sihat. Mulut bising potpetpotpet. Terjerit sana sini...ko bising kan. Sekali bila anak tak sihat sampai nak dengar sora pon susah, mulalah rindu suara bising si anak tadi. Biasa lettew...perasaan mak² memang macam tu khen. 

Balik sekolah jumaat tu muka dah monyok...'Ibu...kita tak sihat lah'. Masuk keta terus terbaring. Selalu kalau masuk keta mulut bising. Tak sah kalau tak bergaduh adik beradik dalam keta tu. Haritu memang terbaring. Nak gi klinik terus, tak ter handle aku dengan Qahirah ngan Qhalif lagi. Tunggu husband jer lah. 

Nasib lah Iman Hakimi demam time weekend. Pastu cuti plak senin. Senang sket nak pantau. Memang kerja dok pantau suhu dia jer. Makin lama makin naik. Haishhhh...Asal letak kain, cepat nau keringnya. Sampai tahap dah cecah 40'C...memang terus masuk ubat vontot. Aku tak pernah buat. Selalu husbank yang buat. Dia plak kerja. Nak tak nak...buat jugak. Risau plak kan takut kena 'tarik'.

Ahad tu nampak dah ok. Dah kebah sket. Soh gak lah dia gi kelas silat. Bagi keluar sket peluh tu. Tapi ImanQahirahQhalif jenis kalau demam memang panas dorang on and off. Semalam start panas balik. Adoiiiii...risau betul lah. Harap² tak demam lagi lah. Risau gak ni takur jangkit kat adik² dia plak. 


Ni ada doa untuk demam panas. Amalkan tau. Aku boleh tak teringat pasal doa² ni...ppffttt...Untuk uols yang anak² pon tengah demam, semoga cepat sembuh. 

Note: Mereput kat umah 3 hari. Husband keja. Nak kluar ngan anak², sorang tu plak demam. Dok ontok² jer lah. 


Kalau exam, memasing sibuk nak kejar A kan. Cuba kalau bab solat? Ramai yang sambil lewa. Kan b...


Kalau exam, memasing sibuk nak kejar A kan. Cuba kalau bab solat? Ramai yang sambil lewa. Kan bagus kalau dalam solat pon kita cuba dapatkan Gred A jugak. Self remind untuk diri sendiri juga nih. Masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki. Jom semak solat anda dalam Gred apa. 

Gred E 

Bila azan, buat tidak tahu. Tengah memasak terus memasak. Tengah berfacebook terus berfacebook. Tengah berwhatsapp terus je whatsapp. Sedang tengok TV, terus tengok tv dan seumpamanya.

Gred D 

Bila azan berkumandang, dia perlahankan tv, perlahankan radio, tetapi tetap meneruskan aktiviti. Tidak bersedia untuk solat.

Gred C 

Bila azan berkumandang, terus mengambil wuduk dan solat.

Gred B 

Bila azan, terusberwudhu' dan menuju ke masjid mahupun surau.

Gred A 

Bila azan, sudah berada di masjid dlm keadaan berwudhu' dan bersedia untuk solat.

Sumber: [SINI]

Dah baca? Apa Gred solat uolls? Aku rasa majoriti dari kita tergolong dalam golonga Gred A. Betul tak? Mengaku jer lah. Makin canggih teknolongi makin buat kita lalai, leka dan bertangguh². Kalau ada yang tergolong dalam Gred A tu...Alhamdulillah. 

Ingatlah...SOLAT adalah perkara nombor 1 yang akan di tanya oleh ALLAH di hari perhitungan nanti. Jom muhasabah. Sama² lah kita perbaiki diri dan solat kita. 

Note: Senin ni cuti Thaipusam. Selamat berhujung minggu dan selamat bercuti. 


Orang kata kalau nak melentur buluh, biar dari rebungnya kan. Kecik² lah kita nak ajar anak² bu...


Orang kata kalau nak melentur buluh, biar dari rebungnya kan. Kecik² lah kita nak ajar anak² buat kerja rumah. Kalau dah besar baru nak ajar, memang payah lah. Sebab aku dah nampak depan mata anak² yang macam ni. Pejam mata jer bila tengok umah tu bersepah. Tak reti nak tolong mengemas. Nak sound...anak orang. Baik kita ajar anak sendiri supaya tak jadi macam ni.

Mungkin ada yang berbeza pendapat....'alaaaaa...kecik lagi. Dah besar nanti rajinlah dia'. Owh...tidak. Statement tu dah tak boleh pakai. Lebih² untuk ibu berkerjaya macam aku ni. Anak plak 3 orang. Kalau suma benda IbuAbah yang buat, takkan anak² dok relax jer kan. Meh sama² buat kerja. Kecik² ni lah nak kena didik jadi anak yang ringan tulang. Meh baca nih.


1. Ia adalah perintah dari Allah iaitu seorang anak mesti patuh dan sedia berkhidmat untuk ibu dan ayahnya tanpa sebarang rungutan.

2. Ini kerana dengan meminta anak-anak membantu ibu ayah membuat kerja rumah, mereka mendapat sesuatu yang lebih mahal harganya iaitu doa daripada ibu ayah. Ia lebih mahal harganya berbanding segala harta yang ada di dunia ini. Bukankah doa dari ibu bapa itu tidak pernah ditolak oleh Allah SWT.

3. Satu cara mendidik anak tentang nilai murni dengan membantu orang lain secara amnya dan membantu ibu bapa sendiri terutamanya.

4. Kebolehan melakukan kerja-kerja rumah merupakan perkara penting yang mengajar seseorang kemahiran asas hidup. Sudah tentu ia akan membantu anak-anak lebih berjaya dan berdaya saing di masa hadapan apabila mereka perlu hidup berdikari. Kecekapan ini akan menambahkan keyakinan diri si anak serta tidak mudah bergantung kepada orang lain.

5. Menggalakan diri lebih berdisiplin dan mematuhi arahan, di mana ia kriteria penting menjadi pekerja yang berdedikasi di masa hadapan.

6. Kecekapan membuat kerja-kerja rumah juga mempersiapkan mereka menjadi seorang yang bertanggungjawab.

7. Kerja rumah memberikan peluang kepada ibu bapa untuk mengajar kemahiran hidup asas, galakan kesedaran dan tanggungjawab, menguatkan asas nilai kekeluargaan dan membina ikatan positif dengan anak-anak.


Macam Iman Hakimi, kasut sekolah memang dia yang basuh sendiri sejak dari darjah 1 lagi. Tak kosa ibu nak basuhkan sebab kasut skolah ibu dulu pon ibu yang basuh sendiri. Kalau malas nak basuh, pergi lah sekolah dengan kasut kotor tu. Nak ker? Bersih atau tak belakang kira. Kapur kasut kan ada...erkkkk....hahahaha...Budak kalau basuh biasalah. Tapi effort tu yang penting.


gosok...jangan tak gosok. Rutin baru Iman Hakimi...Gosok baju sendiri. Abah yang ajar. Skang tugas ibu dah kurang sket. Kerja gosok baju sekolah memang Kimi yang buat. Nak kata licin sangat tu...tak lah. Tapi kira ok lah. Tak der lah kedut seribu. Practice make perfect kan. Lepas ni bley tolong gosok baju skolah adik plak yerp. Lagi bagus kalau dapat gosok baju Ibu ngan Abah skali...muahahaha,,,


Skang ni masak nasi pon Kimi yang buat. Sebab dia nak buat sangat. Aku bagi dia basuh beras jer lah. Bab sukatan air tu masih ibu yang tukang ukur. Ehhhhh...asik Kimi jer, si Qahirah ngan Qhalif tak buat apa² ker? Mana boleh tak buat. Ada jugak tugasan untuk dorang. 

Kutip baju² kotor letak dalam mesin basuh. Ni Qhalif suka buat. Lepas makan pinggan tu tolong letak kat sinki. Kalau basuh pinggan, memang qahirah lah yang rajin sebab dia suka main air. Tapi ikut mood jugak lah. Kekadang geram gak sebab berkecah. Tapi dah dia nak buat. Mak redho jer noks. 


Weekend kekadang buat hari mengemas rumah. Dari vacuum, sapu rumah, basuh toilet...memasing ada tugasan. Cuma masak memasak aku tak berani nak bagi lagi. Setakat tolong kacau lauk atas dapur tu boleh lah. Tapi with supervision. Tunggu beso sket baru bley ajar. Overall...memang dah boleh harap buat kerja rumah. 

Explain kenapa kena buat kerja² rumah ni. Kalau jadi apa² kat ibu abah..IbuAbah sakit ker, at least anak² tau nak handle diri sendiri dan nak handle keadaan dalam rumah. Jangan lupa puji anak lepas dorang dah tolong buat kerja rumah tau. Kita yang besar ni pon suka dipuji apatah lagi anak² kecik nih. 

Note: #JangaKecamSaya citer pasal anak buat kerja rumah yerp. Sekadar berkongsi. Bukan nak membangga diri. Sekian.


Penyakit datang tak mengira usia tua atau muda. Siapa yang nak sakit kan. Semuanya nak kekal sihat ...

Penyakit datang tak mengira usia tua atau muda. Siapa yang nak sakit kan. Semuanya nak kekal sihat tanpa sebarang penyakit. Orang kata mencegah lebih baik dari mengubati. Tapi kalau dah ditimpa penyakit tu, kita kena usaha cari penawarnya sebab setiap penyakit ada ubatnya.

Ni saya nak share denga anda semua satu produk terbaik yang mungkin dapat menyelesaikan masalah kesihatan anda. Jika anda ada masalah penyakit Jantung, Kolestrol yang tinggi, Gout, Darah Tinggi, Stroke dan juga penyakit² lain. Apa kata anda cuba Pati HerbaMadu ni.


Apa Pati HerbaMadu nih? Tak pernah dengar pon. Meh saya share sedikit info. Pati HerbaMadu menggabungkan 6 ramuan iaitu Madu asli, Kurma, Lemon, Apple Cider, Halia dan Bawang Putih yang sudah terbukti membantu mencegah kolesterol dan baik untuk kesihatan jantung kita. 

Nak tau tak. Antara tanda² penyakit jantung yang perlu kita tahu ialah sakit dada, sesak nafas, bengkak kaki, mudah berpeluh dan juga sering rasa berdebar². Manakala tanda² kolestrol tinggi ialah rasa sering sakit sendi, selalu migraine, sakit belakang leher dan juga kluar biji² putih dibawah mata. Kalau anda ada tanda² macam ni, boleh lah mencuba Pati HerbaMadu.

Antara kelebihan Pati HerbaMadu yang perlu anda tahu:
  • Menurunkan Kadar Kolesterol
  • Membersihkan saluran jantung yg tersumbat
  • Menurunkan Berat Badan
  • Melancarkan process pembuangan
  • baik untuk pesakit darah tinggi dan kencing manis
  • membuang angin dalam badan
Haaaa...kenal tak sapa ni? Siapa lagi kalau bukan Dato' Hj. Malek Noor. Beliau juga merupakan pengguna dan juga duta untuk produk Pati HerbaMadu




Antara keratan² akhbar perkongsian dari Dato’ Hj. Malek Noor dan juga pengguna² lain yang menggunakan produk Pati HerbaMadu. 

Produk piilihan ramai


Kalau tak puas hati gak, meh baca testimoni² ni. Banyak feedback yang positive selepas menggunakan produk Pati HerbaMadu. Tak cukup testimoni ni. Nak baca lagi testimoni lain. Haaaaa...baca [Testimoni Pati HerbaMadu]. 

Keistimewaan lain yang perlu anda tahu pasal produk Pati HerbaMadu ni ialah:
  • 100% dari bahan asli dan tanpa pengawet
  • Dikeluarkan di Kilang GMP
  • Mendapat kelulusan KKM
  • Ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia
  • Produk Muslim Bumiputera
 
250ml
Harga: RM69.00
Semenanjung (Sabah/Sarawak): RM79.00

Cepat dapatkan produk Pati HerbaMadu untuk kesihatan anda sekarang. Bukan untuk kesihatan sendiri jer yerp, belikan juga untuk MakAyah tau. Kalau nak tau lebih lanjut mengenai produk Pati HerbaMadu, bley terjah:

Blog: patiherbamadu.blogspot.com


Alamat:
Clear Herbs Sdn Bhd & Clear Herbs Trading
D27-1 Jalan TKS 2
Taman Kajang Sentral
43000 Kajang, Selangor

Contact
019-253 5796 / 013-362 7775 / 012-515 7396

Anda juga boleh terus dapatkan produk Pati HerbaMadu dengan agen² dan stokis² berhampiran anda. Boleh klik [Senarai Agen dan Stokis Pati HerbaMadu]


Giveway January Cash RM500 by Emas Putih |  Salam. Dijemput join GA uzu ni. GA pertama untuk tahun ...

Giveway January Cash RM500 by Emas Putih|  Salam. Dijemput join GA uzu ni. GA pertama untuk tahun 2016.  Sila tekan banner kalau nak join GA ini. Terima kasih.
[Tekan Banner Di Atas Untuk Join]
Ini ada satu produk baru yang membantu menghilangkan jerawat dalam masa 24 jam iaitu REFINITY Acne Hydrogel ! Ada 6 sebab kenapa anda perlu mencuba hilangkan jerawat anda dengan cepat iaitu :

1. PANTAS BERTINDAK
Formulasi Acne Hydrogel FOKUS pada rawatan jerawat dan bekas jerawat bagi menjadikan wajah anda kembali licin bersih berseri.

2. SENANG & MUDAH
Hanya sapu 2 kali sehari dan tunggu hasilnya. Cepat meresap dan kering tanpa rasa kesan minyak.
3. SESUAI UNTUK KULIT SENSITIF
Tidak seperti produk lain di pasaran, Acne Hydrogel diperbuat dari bahan herba Asli yang sangat efektif dalam rawatan jerawat dan bebas dari bahan kimia. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

4. PENGIKTIRAFAN
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT151105679K) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PO-BMF-PPIM01407). Diyakini halal dan dijamin keberkesanannya.

5. 98% PENGGUNA BERPUAS HATI
Hampir 10,000 botol dijual setiap bulan dan hampir kesemua pengguna berpuas hati dengan kesannya. Setiap hari kami menerima testimoni positif dari pengguna.
Sesiapa yang berminat boleh dapatkan REFINITY Acne Hydrogel di http://refinity.com.my/ . Hilangkan jerawat anda semudah A B C dan sepantas kilat dalam masa 24 jam !! 

Harga  : RM70 sebotol / 2 botol RM130 *hargapromosi*
SMS / WhatsApp : ‘CLEAR’ ke  019-544 3000

Giveaway January2016 Cash RM500 by Emas Putih disponser oleh Emas Putih , dan Refinity Malaysia. Terima kasih kerana join GA ini :)

Hahahaha...Budak ni frust wei. Frust sebab tak dapat nak pau ibu dia beli eskem. Ibu plak kalau ...


Hahahaha...Budak ni frust wei. Frust sebab tak dapat nak pau ibu dia beli eskem. Ibu plak kalau tak menyakat anak tak sah. Muka nangis pon nak amik gambo. Nasib nangis pon masih comel muka tu. Kenangan gittew. Bley tunjuk bila dah besar nanti. Ginilah peel awak masa kecik² tau.

Kekadang ibu ko ni rasa seriau plak nak amik anak² balik skolah. Seriau sebab kena pau. Tak beli rasa serba salah. Kesian plak nengok. Bila dah beli...erkkkk...bagi betis nak paha plak sampai hari² nak minta beli makanan. Macam kat umah tu tak der makanan gamaknya. 

Macam ni lah rupanya bila tak dapat. Buat keras plak dia tak nak jalan. Ibu pon buat keras hati tak nak beli. Haishhh...buat makin rendah lak darah kita ni wak. Nak tak nak tarik jugak lah soh jalan. Sepanjang jalan nak ker keta tu menangis. Tak nak masuk keta...pppfftttt...

Dah masuk keta nangis² lagi. Sampai berair hidung bagai dengan air mata leleh². Tak kosa lah ibu nak pujuk. Last² benti sendiri. Janji nanti ibu buat eskem. Sampai harini tak buat lagi...ngeeeee...Janji manismu betul. Minggu ni ibu buat yerp abam sado. 

Note: Kisah anak jer lah jadi modal cerita #jangankecamsaya


Nickelodeon has just recently premiered a popular new live-action series, 100 Things to Do Befo...


Nickelodeon has just recently premiered a popular new live-action series, 100 Things to Do Before High School, which has garnered positive attention in the US. 

Three best friends are determined to make the most out of their middle school years using an ever-expanding list of challenges as their guide in Nickelodeon’s newest live-action series, 100 Things to Do Before High School, debuting Monday, 11 January 2016 at 5pm (TH), 6pm (HK/SG), 7.30pm (PH), 7.45pm (WIB) and 8.45pm (MY). The series will air regularly on weekdays


100 Things to Do Before High School follows the comedic adventures of 12-year old CJ Martin (Isabela Moner) who always dreamed that high school would be the greatest years of her life. After her older brother warns her that life after middle school is not quite the teenage dream, CJ becomes more committed than ever to strengthen her friendships with her two best friends, Fenwick Frazier (Jaheem Toombs) and Christian “Crispo” Powers (Owen Joyner), before high school ruins their lives forever. Together, they embark on a bucket list of adventures that help them overcome class cliques, terrifying bullies and clueless teachers. For CJ, Fenwick and Crispo, growing up means trying everything and taking chances while they still can.

In the series premiere, “Find Your Super Power Thing!,” CJ feels like she doesn’t have any abilities or talents that makes her exceptional and teams up with Fen and Crispo to discover their “special thing.” As CJ, Crispo and Fenwick work to find their talent, they realize mastering the things on “The List” is always easier with friends by their side.

Dapatkan maklumat dengan lebih lanjut [DISINI]. Kalau nak tau maklumat lanjut mengenai NICKELODEON ASIA, boleh visit [www.nick-asia.com]


Bila di ingat² kan balik, memang senyum kambing dibuatnya. Memang tak boleh lupa betul lah trag...


Bila di ingat² kan balik, memang senyum kambing dibuatnya. Memang tak boleh lupa betul lah tragedi Januari 2016 ni. Orang lain sibuk dengan anak² yang menangis nak masuk skolah untuk hari pertama. Sibuk selfie dengan anak memasing. Sibuk amik gambar untuk kenangan hari pertama persekolahan. Tapi aku? Buat kecoh bila tetiba pitam @ fengsan...ppffttt...#sambiltaipsambiltersengih...Kisahnya...

Biasa lah anak 1st day sekolah. Haruslah amik cuti. Kalau tak amik cuti pon tak per kot. Hemak kan ngengada. Nak hantar gak anak gi skolah. Sampai skolah semak senarai kelas untuk Qahirah. Boleh plak anak dara tu muncung sebab bukan kelas Cikgu Mas lagi dah. Dah 6 tahun tukar cikgu lain plak. Tunggu lah kejap kat PASTI tu.

Ada lah dekat 30-45 minit dok kat situ. Tapi berdiri lah. Cuaca plak tak der lah panas sangat. Ntah tetiba aku rasa darah macam dah naik kepala. Nafas tetiba pendek. Rasa macam tak larat nak berdiri. Terus cakap kat husband nak duduk sebab rasa macam nak pitam. Elok aku pegang lengan dia nak pusing terus aku dah tak sedar apa. Yang pasti, aku tak jatuh kat lantai...alhamdulillah...

Rasa macam kena angkat. Pastu dengar suara husband minta tolong orang angkat. Sedar² dah ada kat atas kerusi dengan dahi yang berpeluh². Dok relax kejap. Termalu plak ngan orang² kat PASTI tu,,,hehehe...Pastu terus gi klinik. Dah lah wallet tertinggal kat umah. Nasib ada record kat Klinik As-Salam. 

Sampai² tak tunggu lama. Terus jumpa Dr. Rosma. Check blood pressure. Memang rendah...atas 90 bawah tak ingan berapa. Check plak oksigen. Alhamdulillah...ok. Doc pesan soh makan makanan yang boleh tambah darah. Jangan stress². Kalau boleh lepas bangun dari tidur tu duduk dulu...jangan terus bangun. Terkejut badan dibuatnya. Dapatlah MC sehari. Doc soh relax. Pecah record sebab awal tahun dah dapat MC. 

Actually sebelum ni pon pernah pitam gak. Lepas bersalin anak pertama. Nak gi toilet. Ko baru lepas bersalin pastu bangun dari katil terus berdiri. Mana tak pitam. Dalam toilet plak tu. Ni berulang balik sejarah pitam lepas 8 tahun tak pitam...hehehe....

Skang klo buat kerja, tak boleh rushing². Rasa cepat mengah and nafas rasa pendek. Berdiri lelama pon dah rasa semacam. Alhamdulillah husband banyak menolong. Kekadang dia yang masak. Risau lah plak aku dengan keadaan diri sendiri nih. 

Apa itu Tekanan Darah Rendah (Hipotensi)

Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.

Faktor yang mempengaruhi tekanan darah

Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu usia, aktiviti seharian, perasaan, ubatan, pendarahan daninfeksi

Gejala Tekanan Darah Rendah

Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah.

Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti cepat lelah, pening kepala ketika posisi badan berubah, sukar untuk berkonsentrasi, mata berkunang-kunang, mual, kulit berasa dingin, pucat dan lembap, pernafasan cepat dan pendek, defresi dan cepat haus

Sekiranya seseorang itu hendak hamil, mereka digalakkan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum hamil. Ini kerana ia adalah untuk mengelakkan berlaku komplikasi pada bayi itu nanti.

Penyebab Tekanan Darah Rendah

Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh.

Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu kekurangan volum darah – cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal, dehidrasi – dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit, masalah jantung – deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat dan keadaan otot yang lemah.

Note: Risau gak sebenarnya ni sebab kekadang ada terasa gak. Rasa cepat mengah. Risau takut kena time drive...na'uzubillah...Skang memang spare gegula dalam Handbag. Kalau rasa semacam, cepat² kunyah gegula. 


Pitam hemak ko kalau hari² kena pau nak. Kalau dah hari² dok minta itu ini, boleh pokai hem...

Pitam hemak ko kalau hari² kena pau nak.


Kalau dah hari² dok minta itu ini, boleh pokai hemak ko dibuatnya. Macam Qhalif ni. Pepagi aku hantar gi nursery. Asal hantar minta gi 7/11 nak beli twiggies gardenia. Kalau sempat, menyinggah lah kejap. Kalau tak sempat, petang nanti lah baru aku beli. Tapi memang muncung sedepa lah dibuatnya. Aku kalau anak buat peel pepagi memang tak tenteram dibuatnya. Bukan dia nak menan pon kan. Nak makanan...nngeeeee...Memang feveret dia betul lah. Tunggu ibu pandai buat twiggies yerp abam sado.

Skang ni balik skolah aku amik kimi. Kalau tahun lepas kimi transit. Aku just amik kat KAFA jer. Tapi tahun ni ada prubahan sikit. Next entry lah aku story. Memula amik Qhalif. Pastu amik Qahirah. Last baru amik Kimi. 

Ko faham² lah kalau dan lalu depan skolah kan. Macam² makanan ada jual. Macam mana lah bebudak tak rambang mata. Ada potato spring. Ada eskem. Ada Ayam bob, DOMINOS pon ada ko dan macam² lagi lah. Ni yang aku lemah sket bila bebudak ni nak itu ini. Tak beli kang buat badan keras especially si Qhalif...ppfftttt...Dah lah aku tak larat nak handle. Dengan ada low blood pressure ni ha. Pitam plak aku kalau tak layan.

Untung wei meniaga depan skolah. Bebudak memang membeli hari². Tak der duit, pau duit hemak...macam aku...muahahaha...Eskem malaysia 50 sen sebatang ko. Tanjat mak nyah. Rasa macam nak meniaga eskem malaysia depan skolah gak. Tapi nak jual murah lah. Sian kat bebudak. Mahal² pon beli gak. Tak cukup duit pon nak beli gak. Depan mata aku. Dia nak air. Tapi ada 50 sen jer. Air tu singgit. Belum sempat aku nak bayarkan, ada yang dah tolong bayarkan untuk budak tu. 

Kalau ada sesapa nak buat 2 kerja bak saranan AM. Bley lah cari sekolah² yang baru bukak dan meniaga kat situ. Memang untung...ekekekeke...Start harini aku kena tunjuk wallet kosong kat anak². Sekali sekala boleh lah membeli. Kalau hari² nak membeli memang pitam mak nak. 

Note: Kecoh pasal BF mom selfie. Perlu ker ko screenshot pastu viral kan gambar orang tu sampai jadi medan maki hamun dan keji mengeji. 


I'm back lah sangat kan. Start khamis lepas blog tutup. Sampailah semalam baru boleh update...


I'm back lah sangat kan. Start khamis lepas blog tutup. Sampailah semalam baru boleh update. Baru nak masuk 2 entry untuk tahun 2016 nih. Kali ni tiada kisah anak² masuk sekolah. Tiada gambar² anak di hari pertama persekolahan. Tiada gambar ibu dan anak selfie di sekolah. Ni gara² HP Samseng TAB dah selamat menamatkan riwayatnya last week. Dah tak bleh bukak langsung. Kalau hantar kedai pon tak guna gak. Baik beli baru. Hidup lah aku denga HP old fashion selama seminggu. 

Sminggu gak aku jadi anti social. No FB, IG, WhatsApp dan juga Blogging. Terputus terus. Alaaaaa...tak der orang pon nak rindu dan nak cari kan...ahakssss...Ok gak bila jadi anti social nih. Tak der lah asyik nak membelek HP jer kan. Tak der lah fikir nak update gambar apa dan baca status² kat media sosial. Kurang sikit lah dosa tu...ngeeeee...Erkkk...jangan salah anggap yang nampak sangat aku ni asyik belek tipon. Takkk...aku tak der tahap sampai rasa tidur tak lena, mandi tak basah dan makan tak kenyang kalau tak layan media sosial yerp.

Seronok tengok gambar² kat IG yang penuh dengan gambar anak² 1st day masuk skolah. Seronok baca timeline hemak² kat FB pasal anak² dah masuk sekolah. Sepatutnya aku start keja hari selasa. Tapi ada tragedi January yang takkan aku lupa sampai bila². Rasa kelakar pon iyer gak. Rasa macam tak percaya pon iyer gak.

Pagi tu hantar anak dara Qahirah kat PASTI. Bley plak dia touching...nangis...ppffttt...Tunggu lah kejap. Ramai gak bebudak yang nangis. Orang lain sibuk uruskan anak yang nangis², tetiba aku bley plak pitam...iyer...pitam @ pengsan. Lagi menambah kecoh dibuatnya. Nasib lah ada husband. Pasal pitam tu nanti aku story next entry yerp, 

Sian kat Iman Hakimi sebab ibu tak dapat nak hantar dia gi skolah. Doctor soh rest. 2 tahun berturut² aku teman dia. Tapi tahun ni tak dapat. Errrkkkk...dah darjah 3 pon nak teman gak ker? Biasalah....nama jer anak sulung, tapi nak ibu gak teman kalau boleh. Macam tahun lepas soh teman kat perhimpuanan skali. Tunggu dia masuk kelas baru ibu boleh balik. Tapi tahun ni memag tak lah. Abah hantar sampai pintu pagar jer. 

Blog kawan² pon ada yang aku belum terjah lagi. Mana yang sempat jer. Tunggu kunjungan #makbanyakanak nanti yerp. Harap² tahun 2016 ni aku rajin lah update entry. 

Note: Back to normal routine....jalan yang sesak..ppffttt...


Nak tau tak. Hanya 1 dari 3 kanak² yang aktif secara fizikal setiap hari. Dengan kemajuan moden ...


Nak tau tak. Hanya 1 dari 3 kanak² yang aktif secara fizikal setiap hari. Dengan kemajuan moden teknologi, secara purata kanak² dan remaja menghabiskan lebih dari 7 jam sehari menggunakan TV, computer, telefon dan peranti elektronik yang lain untuk hiburan. Sebenarnya adalah penting untuk anak² mendapatkan dan menikmati aktiviti² di luar rumah dan dalam masa yang sama memastikan bahawa mereka dilindungi.


Bersempena dengan musim cuti sekolah yang lepas, saya telah di beri peluang untuk mencuba produk penjagaan luka BETADINE® dimana saya telah menerima mini kit pertolongan cemas yang sangat berguna dan sangat memudahkan saya jika melakukan aktiviti luaran bersama anak².


Produk penjagaan luka BETADINE® adalah ubat povidone-iodine-based yang boleh membunuh kuman dan menghalang daripada menjangkiti kecederaan yang disebabkan oleh kemalangan kecil setiap hari. Dengan BETADINE®, anda boleh merawat luka awal dan mencegah  jangkitan, membantu dalam penyembuhan luka dan dalam masa yang sama dapat menjaga keluarga dan anak² ketika sedang bermain.

Kerap dan sering juga berlaku luka dikalangan kanak² tanpa kita jangka dan sedari. Macam anak² saya. Bukan main kat luar jer, kalau bergaduh memang tak sah kalau tak luka. Mesti ada calar balar sana sini. Hari ni terdapat penyelesaian yang lebih mudah untuk merawat luka dengan cara yang betul. Berikut adalah langkah² bagaimana untuk menguruskan luka dengan betul dan memastikan pemulihan yang mudah dan cepat.

1. Cuci luka


Salah satu perkara pertama yang anda harus lakukan adalah untuk mencuci luka dan bersihkan sebarang darah atau sisa, seperti pasir. Ini juga menghalang luka daripada bakteria yang merebak.

2. Menggunakan Antiseptik



Langkah ini adalah penting untuk mensterilkan luka dan berkesan untuk mengurangkan risiko jangkitan. Tapi ramai yang amik mudah apabila tidak menggunakan antiseptik untuk merawat luka. Mungkin ianya tak penting bagi anda. Haaaaa…BETADINE® Dry Powder Spray (DPS) dapat membantu untuk mensterilkan luka dan membantu dalam proses pemulihan luka. Hanya spray saja. 

3. Balutan/Plaster luka


Dengan penggunaan balutan dan plaster, langkah ini memastikan luka sentiasa bersih selepas sterilsation. Adalah penting untuk menukar balutan/plaster dari masa ke semasa untuk memastikan luka bersih dan akan mempercepatkan proses pemulihan.

Ok…tadi dah citer pasal langkah macam mana menguruskan luka. Skang nak share pasal BETADINE® Dry Powder Spray (DPS) Quick & Effective Tips yang super duper best nih.

  • Padat dan sangat berguna untuk dibawa dan diletakkan didalam bag galas, handbag dan juga poket. 
  • Untuk luka seperti calar, melecet atau luka, pastikan luka kering sebelum menggunakan Betadine DPS
  • Goncang dan sembur pada kawasan lukan untuk mensteril bakteria dan menghalang jangkitan daripada merebak
Kalau anak² uols jenis tak tahan sakit/pedih masa nak bubuh ubat ketika berlaku kecederaan, saya sarankan pakai BETADINE® Dry Powder Spray (DPS) ni. Tak memedihkan tapi rasa sejuk lepas spray sebab saya dah pon pakai BETADINE® Dry Powder Spray (DPS). Satu penyelesaian unutk anak² yang takut nak letak ubat pada luka. Memang best.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk BETADINE®, boleh layari:


Note: Memang penting dan perlunya peti pertolongan cemas dirumah. Dapat mini kit pertolongan cemas macam ni pon dah ok kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks