The Big Bad Wolf 2016 | Save The Date

Wednesday, December 07, 2016

Perhatian... perhatian... Serigala buruk yang besar kembali menyerang dalam masa terdekat nih woihhhh!!! Dah dekat sangat ni. Korang dah bersedia ker belum???


Event: The Big Bad Wolf Book Sale 2016
Date: 9 - 19 December 2016
Time: 7.00 am (9 Dec 16) - 9.00 pm (19 Dec 16)
Venue: Mines Convention Center (MIECC)

Sila ingat tarikh ni yerp. Alaaaaa... harini dah Rabu. Lagi sehari lebih jer ni. Tapi kalau tak silap harini dah start preview. Mana yang dapat pass tu dah boleh memborong buku harini. Bestnyaaaaa!!! Aku kalau sale buku ni memang tak tentu arah dibuatnya. Dah banyak jugak membeli buku untuk anak-anak. Buku untuk diri sendiri pon tak banyak macam buku anak-anak. Dulu rajin beli novel. Sekarang ni dah pencen dari membeli novel. Banyak beli buku motivasi jer. Dah insof gittew. Ok... Apa yang best nya kali nih?


Sound Book... Murah tu. Harga dari ratus-ratus turun jadi harga RM28.00 jer. Berbaloi-baloi ni kalau beli. Ada macam-macam character cartoon. Kau pilih jer. Rasa macam nak cari yang Star Wars ni lah. 


Alahaiiiii... Murah giler tu. Nak beli map nih. Nak beli times tables. Erkkkk.. Nak beli semua yang tiga ringgit nih lah.


Nah... Buat mereka-mereka yang addicted dengan mewarna. Ni ada jual buku warna. Murah pulak tu. Kau ingat budak kecik jer suka mewarna. Yang dah besar dan beranak pinak ni pon suka tau. Tapi bukan aku lah. Kawan aku ada yang suka main kaler-kaler nih. Cantik pulak tu. Memang dia seorang yang tabah dan gigih mewarna. Perlukan kesabaran woihhh especially nak kaler kat bahagian yang kecik-kecik dan halus-halus tu. Korang boleh terjah IG dia ni @elyhasrul kalau nak tengok hasil dia mewarna 😊😊

Korang terjah jer lah [SINI] dengan [SINI] kalau nak tau buku apa yang ada. Buku dari penulis mana. Buku paling murah. Semua ada dalam tu. Rasa macam nak pergi. Tapi tu lah... Nak kena buat pembentangan budget sebab tahun depat anak-anak-anak nak sekolah. Banyak nak pakai duit ni woihhh. Tak boleh membeli suka suki. Selamat membeli belah lah buat korang yang terjah The Big Bad Wolf ni yer. 

Note: Sepanjang penganjuran BBW ni. Pernah 2 kali pergi. Memang best dan berbaloi. 





You Might Also Like

5 komen

  1. serius berkali kali pun tak pernah pegi.

    ReplyDelete
  2. Best nih. belikan utk jasmeen.. huhu..
    bdw done follow.. ni entry terbaru kita..
    http://mummyjasmeen.blogspot.my/2016/12/thai-food-festival.html

    ReplyDelete
  3. wahh best gak ni...yeahh nak save date..

    Jom join contest utk menangi hadiah produk dari Cosmoderm: http://yanieyusuf.com/2016/12/exclusive-kuala-lumpur-modest-fashion-week-2016/

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive