Scott’s DHA Gummies Presents ‘Sleep with Sharks’ with its Bright Little Explorers

Tuesday, November 08, 2016



Scott's, jenama kegemaran isi rumah No. 1 Malaysia dari GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhd, menganjurkan satu  pengalaman unik yang dikenali sebagai ‘Sleep with Sharks' untuk kanak-kanak, sebagai sebahagian daripada kempen inisiatif ‘Peneroka Kecil Bijak' DHA Gummies bagi membantu memupuk rasa ingin tahu dan minda sukakan cabaran.

   Scott's memberikan satu pengalaman unik ‘Sleep with Sharks’ kepada 20 kanak-kanak bertuah, sebagai sebahagian daripada inisiatif kempen DHA Gummies ‘Peneroka Kecil Bijak' untuk membantu memupuk rasa ingin tahu dan minda sukakan cabaran di kalangan kanak-kanak               

Hari yang tidak dapat dilupakan kanak-kanak: Memberi makan ikan jerung bersama dengan semua rakan-rakan baru mereka.     

Seramai 20 kanak-kanak yang berumur di antara 6 hingga 13 tahun baru-baru ini berpeluang menghabiskan sesi 24 jam yang cukup menyeronokkan di Aquaria KLCC, ditaja dan dianjurkan oleh Scott's. Acara itu termasuk memberi peluang kepada kanak-kanak untuk bermalam di Aquaria KLCC, di samping menikmati pelbagai aktiviti pada waktu malam membabitkan jerung, memerang dan  haiwan laut lain; lawatan pendidikan malam; bertemu penyelam Aquaria; sesi memberi makan jerung dan piranha; tidak ketinggalan mencuba cabaran ‘Discovery Hunt’.

‘Discovery Hunt’ mencetuskan sifat ingin tahu kanak-kanak ketika mereka cuba mencari petunjuk di sekitar pameran Aquarium dan fakta yang dipaparkan di sekeliling akuarium.

Gambar menunjukkan para peserta menjawab soalan dalam salah satu aktiviti ‘Sleep with Sharks’ Scotts.

Acara ini adalah inisiatif susulan daripada pelancaran rasmi Scott's DHA Gummies yang berlangsung pada akhir Julai lalu. Satu pertandingan Scott's® Facebook bertajuk ‘Sleep with Sharks’ telah diadakan dari 19 September 2016 hingga 7 Oktober 2016 lalu, di mana anak-anak ini menghantar keterangan gambar dan lukisan paling kreatif mereka. Seramai 10 pemenang dipilih dan dianugerahkan sepasang tiket untuk mengambil bahagian dalam program 24 jam ‘Sleep with Sharks’ manakala ibu mereka pula menikmati baucar membeli belah Aeon.

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Scott’s® DHA Gummies dan produk-produk lain keluaran GlaxoSmithKline, boleh layari:



You Might Also Like

2 komen

  1. jenama ni memang dah lama di malaysia dan inovasi ini utk pelbagaikan produk mereka

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive