Resipi Japanese Cotton Cheesecake Paling Simple dan Mudah !!!

Thursday, June 02, 2016

Tau dah. Korang memang suka cari resipi mudah. Pastu screen shoot save dalam handphone bagi penuh gallery tu sampai hang tipon. Tapi tak tau bila nak membuatnya. Aku lah salah sorang dari orang yang macam tu. Siapa yang tak suka resipi simple lagi senang kan. Hobi gamaknya SS resipi. Tapi untuk resipi Japanese Cotton Cheesecake ni uolls kena buat sebab rugi kalau beli. Sepotong jer dah berapa hinggit. Penggila cheese macam aku ni mana cukup sepotong. Jadinya baik buat sendiri.


Dah lama mengidam nak buat. Sejak mengandung lagi. Tapi tak sempat nak buat sebab dah meletup dulu. Hazab nunggu bila lah nak habis pantang nih sebab semangat nak buat Japanese Cotton Cheesecake ni membuak² dibuatnya. Dah... tak nak melalut panjang². Meh salin resipi ni. 

BAHAN-BAHAN
  • 6 biji telur gred B. Tak der gred B apa² gred pon boleh. Janji Telur ayam
  • 3 - 4 slice keju cheesedale. Tak der jenama cheesedale jenama apa² pon boleh (Kalau tak der boleh ganti dengan cream cheese Tartura/Philadelphia 1 cawan) *
  • 1/2 cawan fresh milk. Kalau tak der boleh ganti dengan Susu cair. Jangan letak susu ibu plak...ngeeee... *
  • 1 1/4 cawan gula halus. Kalau tak suka manis, letak satu cawan jer.
  • 2 sudu besar butter atau majerin *
  • 1 cawan tepung gandum. Tak kiralah jenama apa asalkan dah namanya tepung
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Sedikit asen vanila
  • Sedikit garam halus
  • 1 sudu kecil cream of tartar. Kalau tak der boleh ganti dengan 1 sudu kecil cuka masakan
CARA MEMBUATNYA


1)  Cairkan dulu 1/2 cawan fresh milk, 2sb butter dan 3-4 slice keju, Carik² kan jer keju tu. Nak masuk sekeping terus pon poleh. Nak lebihkan cheese pon ikut suka hati korang lah. Buat kaedah double boil. Sila google kalau tak tahu macam mana kaedah double boil yerp. Masukkan suma bahan² tadi dalam periuk dan kacau sampai semua cair dengan sempurna. Dah selesai, tutup api dan biarkan dia suam.

2) Asingkan kuning dan putih telur. Yang putih telur tu letak terus dalam bowl mixer.

3) Letak esen vanila sket dalam kuning telur dan kacau sebati. Nak kacau pakai spatula atau senduk pon boleh. Tapi jangan kau kacau pakai tangan plak. 

4) Ayah tepung gandum, baking powder, tepung jagung dan sedikit garam halus. Bukan garam kasar yerp.

5) Masukkan bahan double boil yang dah suam tadi ke dalam bekas kuning telur. Masukkan sikit² dan kacau sebati

6) Dah sebati masukkan pulak tepung yang di ayak tadi dan kacau sebati lagi. Berapa banyak perkataan sebati daa...

7) Putih telur tadi mix sampai jadi buih² kasar. Pastu baru masukkan gula dan cream of tartar atau kalau tak der letak cuka 1sk

8) Mix dalam 20 minit. Tu kalau pakai hand mixer. Kalau mixer lain high speed kejap jer kot. Kalau nak tau adunan tu dah sebati, cer kau terbalikkan bowl tu. Kalau tak jatuh adunan tu maknanya dah lulus. Alaaaa....macam buat pavlova gak caranya. 

9) Ceduk adunan putih telur dan masukkan dalam adunan kuning telur tadi

10) Ulang sampai habis dan kacau rata

11) Lapik kertas baking paper kat bawah loyang yang dah disapu dengan minyak. Keliling loyang pon sapu minyak gak. Sebelum bakar, letakkan loyang yang berisi air dan letakkan adunan dalam loyang yang ada air tadi. Panaskan oven 170'c selama 5 minit. Dah masukkan loyang dalam oven, turunkan suhu kepada 160'c. Bakar selama 1 jam atau 1 jam 10 minit api atas bawah. Bergantung pada jenis oven. Kalau oven cepat panas, last 15 minit tu guna api bawah jer. 

* Kalau nak kukus, api sederhana selama 1 jam dan tambah 1 sudu kecil soda bikarbonat dalam adunan tepung.


Fresh from oven gittew. Alhamdulillah... Menjadi jugak Japanese Cotton Cheesecake aku nih. Cantik betul kejadiannya. Macam tak percaya jer aku pandai buat. 1st time buat dah menjadi. Memang moist, lembut dan gebu. Rasanya jangan cakap lah. Sedap sangat sampai menitik airmata kegembiraan. Nampak nau menipunya kan...hahaha... Tapi serius, memang sedap. Korang mesti cuba.

Dah 3 kali aku buat kek ni. 2nd time husband soh buat sebab dia nak bawak gi ofis. Debar² plak rasanya. Tak sabar tunggu husband balik sebab nak tau feedback. Alhamdulillah...habis kek nya.  3rd time weekend haritu. Kimi ngan qahirah tak berapa suka sangat. Dorang sukak kek coklat. Tapi si Qhalif bley geng ngan aku sebab dia suka Japanese Cotton Cheesecake nih. Pepagi bangun tidur dah minta kek.

Apa² pon, terima kasih kat Azlina Ina sebab halalkan pada sesiapa yang nak sharing resipi yang dia bagi nih. Memang resipi² yang dia bagi mudah dan simple. Siap bagi instruction macam mana nak buat. Korang bley terjah FB Azlina Ina Fans kalau nak resipi kek yang mudah, simple dan sedap nih. Memang tak kedekut ilmu lah.

Note: Haishhhhh... tergoda plak nengok kek ni. Memang nak kena buat lagi nampaknya.



You Might Also Like

23 komen

  1. wow...lama nya tak buat kek...nanti nak buatlah

    ReplyDelete
  2. mak aii.. jenuh buka blog jumpa makanan sedap2 je nih.. hahahaha.. sedapnya kekkkk

    ReplyDelete
  3. Hari tu Nani buat jugak tapi tak menjadi. Hahahaha. Dehaka lagi dengan resepi asal siapa suruh. Kan telur dia suruh asing, Nani gi letak je sekali sebab pikir alah nanti nak gabung jugak. Hahahahahaha. Sekali hambik keluar oven bukan jadi kek tapi jadi puding. Memang berhuhuhu lah tepi oven. Tobat tak nak derhaka dengan resepi dah lepas ni. Ekekekek !

    Aaaaaaaa gebus gebasnya kek akak ni. Terliur tengok :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak per nani. Practice make perfect. Nanti try buat lagi. Tapi jangan derhaka dengan resipi lah yerp...hehehe...

      Delete
  4. Sedapnya noks .. untung org yg rajin dan pandai bake kek ni .. tak payah nak beli2 .. puas makan 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap noks. Bila datang mood rajin. Kalau datang mood malas memang beli jer lah kek ☺☺

      Delete
  5. wah sedapnya fiza! macam yang dekat kedai lah!
    belum penah cuba buat lagi
    tapi serious nampak sedap!

    selamat berposa fiza =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan nampak sedap jer Yana, memang sedap pon...hehehe...Nanti try buat. Nak beli sepotong pon dah mahal.

      Delete
  6. wahhhh..dapnyee..sy mmg peminat setia cheese..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau peminat cheese memang kena buat kek ni ☺☺

      Delete
  7. hoi sedapnya japanese cotton cheesecake. tak penah mencuba lagi. selalu beli je. tak berani cuba kang tak jadi hehehe

    ReplyDelete
  8. Telur tu kalau takda logo 'halal' pun boleh guna ya? Hahaha!

    Saya dah banyak kali jeling cara buat Japanese Cotton Cheesecake ni tau. Tapi sepanjang namanya, sepanjang-panjang itu jugalah malas saya berkekalan dalam badan nak membuatnya!

    ReplyDelete
  9. rajinnya fiza ko wat...nanti leh la cuba lak..

    ReplyDelete
  10. Salam

    Nk tnya..kek tu kalau dh siap bakar, u off n biarkan dulu ke atau bukak terus keluarkan? Sbb cantik je kejadian tu. Aritu cuba resipi azlina jgk utk newyork cheesecake.. Mcm nipis x gebu dan muak huhuhu

    ReplyDelete
  11. Kenape ye kek sy tuun balik bila sejukkk

    ReplyDelete
  12. Assalammualaikum. Adunan kek ni boleh apply untuk kukus jugak tak ?

    ReplyDelete
  13. kalo kukus kene letak air jugak ke bawah dulang yang kite isi adunan tuh?

    ReplyDelete
  14. Saya punya jadi mendapp . kenapa yee ����

    ReplyDelete
  15. Sedap resipi ni. Sekali pernah buat, siap letak whipping cream. Terangkat!

    ReplyDelete
  16. Assalam kak.. Kenapa adunan kek saya berbuih😭😭😭 ke sy letak cuka😭😭😭

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive