AFB Feeds

Tiada ubat yang paling mujarab selain dari ayat² Al-Quran kan. Bukan setakat nak bagi Antibiotik la...

Tiada ubat yang paling mujarab selain dari ayat² Al-Quran kan. Bukan setakat nak bagi Antibiotik lagi power, nak muntahkan penyakit yang ada dalam tubuh pon boleh. Mana yang belum tau tu, meh kita amalkan ayat yang dikongsikan oleh Ustaz Sharhan Safie. Kita usaha. Tapi yang menyembuhkan DIA. 

Letakkan tangan kanan kat dada kiri. Tarik nafas dan baca surah Al-Anbiya (Ayat 83)




Dan baca 'Ya Allah Ya Tuhanku. Muntahkan segala penyakit yang ada di dalam tubuh badanku dan campakkan antibiotikmu ke dalam tubuh badanku' dan tarik nafas.

Note: Entry auto published. #makbanyakanak cuti sampai senin.



Alhamdulillah...rezeki blogging. Dapat invitation dari Nickelodeon untuk tengok Preview Screenin...


Alhamdulillah...rezeki blogging. Dapat invitation dari Nickelodeon untuk tengok Preview Screening Alvin and The Chipmunks: The Road Chip kat GSC Nu Sentral 22 December last week. Terus apply half day leave sebab weekdays kan. Anak² memang dah teruja tak sabar nak tengok wayang. Iyerlah...cuti sekolah ni tak gi memana pon. Dapat tengok wayang pon dah happy. Nasib jalan tak sesak. Mungkin sebab ramai yang dah start cuti. Faham² lah area KL Sentral kan. Tak sah kalau tak sesak.

Registration start pukul 7.45 pm. Wayang start plak pukul 8.45 pm. Ingatkan tak ramai orang. Gi lah alas perut dulu. Sekali bila masuk GSC...perghhhhh...beratur panjang orang wei. Dalam panggung jangan cakap lah, seat belakang ngan tengah dah full. Nasib dapat seat yang tak berapa dekat dengan screen. Ok...meh baca sinopsis ringkas Alvin and The Chipmunks: The Road Chip.


Alvin and The Chipmunks: The Road Chip | Alvin and The Chipmunk mengisahkan 3 ekor tupai iaitu Alvin, Simon dan Theodore. Kisah bermula bila mereka membuat kejutan sempena sambutan hari jadi Dave. Tapi ia sebenarnya amat mengecewakan Dave. Dalam masa yang sama, Dave ingin memperkenalkan wanita yang dikenali sejak beberapa bulan yang lalu iaitu Samantha dan bersetuju membawa Alvin, Simon dan Theodore ke mini golf walaupon kecewa dengan perbuatan mereka. Di mini golf, mereka berjumpa dengan si pembuli iaitu Miles yang juga merupakan anak kepada Samantha.

Kekecohan bermula bila The Chipmunks ni terjumpa cincin dalam bag Dave dan percaya bahawa Dave ingin melamar kekasih barunya Samantha. Mereka cuba mencuri cincin tapi tak berjaya. Apa yang merisaukan ialah mereka takut akan kehilangan dan kasih sayang Dave dan dalam masa yang sama ingin menyelamatkan diri dari calon abang tiri mereka, Miles yang mengerikan dan sangat membenci mereka. 

Kebetulan, Dave ada tugasan di Miami dan memutuskan untuk membawa Samantha bersama. Alvin, Simon dan Theodore ditinggalkan bersama dengan Miles dibawah pengawasan jiran mereka Ms. Price. Demi menggagalkan proses lamaran dave, Alvin, Simon, Theodore dan Miles telah bersetuju untuk pergi ke Miami demi membatalkan lamaran yang bakal berlansung.

Maka bermulalah perjalanan mereka ke Miami yang penuh dengan dugaan, cabaran dan gelak tawa. Milik siapa kah cincin itu? Betul ker Dave akan melamar Samantha? Tak bley lah nak citer lebih². Nak tau sila lah bawak anak² tengok citer ni. Memang best dan kelakar. 

Note: Tak dapat nak upload gambar kimi dengan Alvin and The Chipmunks. Samseng TAB dah menamatkan riwayat dia malam tadi. No IG, no WA, no FB on smartphone...APTB...ppffttt...


Sekejap tenggelam sekejap timbul. Memang dilema betul. Nak blogging ker nak kurangkan blogging ker ...

Sekejap tenggelam sekejap timbul. Memang dilema betul. Nak blogging ker nak kurangkan blogging ker nak stop terus blogging nih??? Hasihhhhh...tak der sampai tahap nak stop blogging terus. I love blogging. Sumber pendapatan sampingan ni. Bak kata menteri bijak bistari standard maharaja lawak mega....kita kena buat 2 kerja kalau nak tampung kos sara hidup. 

Helloooooo...memang dah lama buat pon pak menteri hoiiii!!! Full time working mom. full time housewife yang merangkumi tukang masak, tukang kemas rumah, tuang basuh/sidai/lipat baju, tukang cuci tandas, tukang jaga anak, tukang ajar anak dan banyak lagi lah kalau nak tulis. Dan juga Part time blogger. Banyak tak?? Banyak kan. 

Erkkkk...nak citer pasal lain ni, Bila jari dah mula menari² atas papan kekunci, meleret plak citer nya...ppffttt...Nak citer pasal ni, meh tengok:


Biasa kena? Memang dah biasa pon. Apa rasa? Dan apa perkataan yang keluar dari mulut uols? Perghhhh...sakit hati wei. Tapi tak der lah sampai nak mencarut bagai kan. Cuma ayat yang biasa kluar dari mulut #makbanyakanak nih....'Haaishhhh...kongajar betul lah, Dah tau nak masuk simpang bagilah signal, menyusahkan betul'...haaaaaa...tu jer lah ayatnya. 

Mau tak sakit hati. Dah lah ko menunggu nak cross tu lama. Bila jalan seberang dah clear tak der keta, Get ready nak kluar simpang. Tapi dilema sebab ada keta yang tak tau arah tujunya sama ada nak terus atau nak belok. Kan persimpangan dilema tu. Pada hal keta tu pon nak masuk simpang. Tapi tak bagi signal...ppffttt...Aku kalau kluar simpang nih memang lemah sket. Tau lah driver kat malaysia ni, lambat sket nak hon². 

Kesimpulannya...Jangan kedekut nak bagi signal yerp. Mahal ker lampu signal tu? Tak kira lah nak memotong ker atau nak masuk simpang. Rajin² lah sket. Bukan susah pon. Apa guna function signal tu kalau tak pakai. Jangan menyusahkan pemandu lain. Peringatan untuk diri sendiri jugak nih. 

Note: Next week dah start normal rutin.


Dah beberapa orang tanya aku macam mana aku bley dapat cash dengan Global Test Market dalam entry [...

Dah beberapa orang tanya aku macam mana aku bley dapat cash dengan Global Test Market dalam entry [INI]. Yang personal email pon ada gak tanya sebab dorang nak redeem point dengan cash tak boleh.


Aku pon tak dapat nak bagi jawapan kenapa dorang tak boleh redeem cash. Tapi aku tunjukkan cara² macam mana nak redeem cheque yerp.

Step pertama

Step kedua

Step ketiga

Kalau tak der checks kat Shop by Category tu. Cer cari checks kat SHop By Brand

Step ke empat

Step kelima

Dah selelsai nanti uols akan dapat email pengesahan dari Global Test Market.

Kalau uols dah follow steps ni tapi masih tak der column untuk redeem checks, tak dapek den nak nolong. Untuk pengetahuan jugak, memang dah bertahun aku daftar dengan Global Test Market nih. Tak tau lah kalau GTM dah buat rules baru untuk registration yang baru  tak boleh redeem by cash. Kena tanya dengan GTM sendiri.

Aku baru jer buat 2nd cash out last week. Alhamdulillah...rezeki jawab survey. Dulu cukup points 1100 dah boleh redeem cash. Tapi skang kena tunggu 1200 baru boleh redeem cash. Nak tunggu sampai points 2400 lama sangat. Sementara currency tengah tinggi ni, moh ler kita cash out. 

Kalau dulu bukan main pemalas lagi nak jawab survey. Buat tak tau jer. Bila dah nampak orang lain dapat hasil dari jawab survey, baru lah semangat nak buat. Skang asal masuk jer survey terus jawab. Kalau lengah² nanti survey cepat close. Tu tips nya. Kalau dapat survey dari GTM terus lah buat yerp. Jom kita kumpul ponts untuk 3rd cash out plak ☺

Note: Cuti panjang ni kita bercuti jer lah kat umah. 


"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sek...

"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam...Al Anbia' 107"


Note: HAPPY HOLIDAY uols ☺



Alhamdulillah...rezeki blogging untuk entry [INI] . Voucher dapat dah lama. Tapi tak tau nak be...


Alhamdulillah...rezeki blogging untuk entry [INI]. Voucher dapat dah lama. Tapi tak tau nak beli apa. Asal bukak website Zalora, rambang mata haku nak memilih sebab banyak sangat barang yang best². Jadinya...sebelum voucher tamat tempoh, baik kita redeem cepat². Hari senin pilih² barang. Hari selasa dah dapat barang yang dipesan....perrghhhhh...service Zalora memang terbaik. 

Beli apa? Alaaaa...uols tak bagi tau pon iols dah bley agak isi hati uols mesti nak tau beli apa kan...muahahaha...Beli ni ha:


Nak beli baju, takut salah size. Sebab size dah mengembang bagai di pam². Tunggu next year baru mengecut balik badan nih. Memandangkan wallet pon dah uzur dan kasut pon dah nak haus tapaknya. Biasalah....jenis pakai barang pakai sampai lenjan. Dah tak nampak rupa baru beli baru. Gittew konsepnya. Maka 2 barang ni lah jadi pilihan selepas di tapis² ikut budget voucher yang diberi,

Last but not least...mekasih Zalora sebab menjimatkan duit iols yang tak perlu keluar sesen pon untuk beli barang. Kalau ada nak buat review jangan lupa blog SuperMOM With SuperKIDS yerp...hehehe...macam Zalora baca blog haku.

Note: Semalam tengok preview screening Alvin and The Chipmunks. Tunggu entry yerp  Memang best dan pecah panggung sebab kelakar ☺


Benda baik harus dihebahkan. Especially kalau kita ada berhadapan atau ada berjumpa dengan golongan...

Benda baik harus dihebahkan. Especially kalau kita ada berhadapan atau ada berjumpa dengan golongan² yang tak cukup makan dalam erti kata lain tak der duit nak makan. Jumpa plak anak beranak yang dah beberapa hari tak makan sebab kesempitan wang. Ya! allah...sedih kan.

Sumber [FB]

Pernah dengar FOOD4YOU tak? Food4You adalah projek dan cetusan idea oleh MCP (My Charity Project) dimana MCP yang akan menyediakan chiller dan berkerjasama dengan pihak tertentu di mana chiller tersebut ditempatkan. Pihak MCP yang akan memastikan makanan/minuman sentiasa dipenuhkan samaada melalui sumbangan orang ramai ataupun melalui tabung MCP sendiri.

Saya pon 1st time dengar. Kalau nak tau, Masjid al-Hasanah, Bandar Baru Bangi dengan Koperasi Masjid al-Hasanah dan My Charity Project menyediakan MAKANAN PERCUMA kepada yang benar-benar memerlukan. Ada Kuih-muih, air, nasi lemak, cup cake, beras, sayur, bawang, dan lain-lain. Hanya ambil di peti sejuk di luar pintu Souq al-Hasanah dan dibuka 24 jam. 

Buat masa ni yang saya tau FOOD4YOU ni ada di Masjid Al-Hasanah Bangi dengan Masjid UKM jer. Kalau kat tempat lain tak sure ada ker tak. Memang bagus buat macam ni kat masjid² kan. Bukan apa, pagi tadi dengar radio pasal viral student yang nih:


Tetiba touching bila baca note noh. Rupanya ramai student yang struggling dengan kelaparan sampai beberapa hari tak makan kan. Ni yang kita tau. Yang kita tak tau? Kalau uols kenal kawan² yang masih belajar atau keluarga susah, boleh lah hebahkan. 

Kalau nak tau lebih lanjut pasal FOOD4YOU ni, boleh terjah [FB My Charity Project] dan juga [Website My Charity Project].  Kalau teringin nak menyumbang makanan, boleh dapatkan contact no kat website tu.

Note: Macam mana lah nasib anak² kita akan datang dengan kos sara hidup yang makin tinggi setiap tahun. 


Selera makan anak² makin bertambah. Kimi memang kuat makan. Qahirah ngan Qhalif yang kurang makan. ...

Selera makan anak² makin bertambah. Kimi memang kuat makan. Qahirah ngan Qhalif yang kurang makan. Teringat member pernah bagitau yang anak dia kurang selera makan. Doctor suggest bagi ubat cacing. Lepas bagi anak dia ubat cacing, memang selera anak dia bertambah. Tu yang try bagi kat anak² sebab seingat aku memang tak pernah bagi lagi #ImanQahirahQhalif ubat cacing. Dah berapa tahun umur dorang skang nih?...ppfftttt...careless ibu.


Minta kat klinik uols. Masa bagi anak² makan memang tak bagitau dorang pon yang tu ubat cacing. Saja IbuAbah pedajal. Kang bagitau tak nak makan plak dorang. Sekali lepas dah habis makan terus tunjuk kat anak² kotak ubat cacing tu. Apalagi...terkedu jap memasing. Aku tambah lagi perasa kata...'habislah...nanti berak kluar cacing'...wakakakaka...menggelabah memasing. 

Bukan apa. Teringat dulu bila dimomokkan kata kalau makan ubat cacing nanti berak kluar cacing seketul². Scary wei. Tapi sebenarnya cacing tu dah hancur pon dek penangan ubat cacing ni. Sebenarnya penting bagi ubat cacing kat anak² ni. Aku jer yang tak sedar diri nak bagi kat anak². Kalau uols belum pernah bagi lagi, memang patut bagi anak² makan. Meh baca nih:

Kecacingan adalah perkara yang agak lumrah di kalangan kanak-kanak… terutama yang selalu keluar rumah tak pakai selipar, makan itu dan ini yang tidak dimasak atau separa masak, terutama di kawasan rumah yang kurang bersih atau seperti kawasan setinggan atau laman yang bertanah.
  • Cacing gelang (Ascaris Lumbricoides) – besar macam gelang… boleh masuk hati dan paru-paru..
  • Cacing kerawit (Necator Americanus) – ada gigi tajam tapi kita tak Nampak!… ia masuk melalui kaki.. kuat hisap darah
  • Cacing rambu atau cacing benang – selalu melekat di kawasan dubur, halus 
  • Cacing pita – macam pita, pipih tapi panjang… susah nak dibunuh..
Antara tanda-tanda anak-anak yang kecacingan ialah (bergantung kepada jenis cacing) :-

* Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis

* Kegatalangan terutama di kawasan punggung, lebih pada waktu malam

* Sakit perut, cirit-birit, lemah badan, kembung

* Tiada selera makan, pucat, kurang berat badan walaupun selera makan ada

* Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)

* Demam, ruam-ruam badan, alahan

* Kaki gatal, sakit dan ruam pada kaki, bengkak kaki (untuk cacing kerawit)

Apa yang anda perlu buat :-

1. Jumpa doktor untuk mengambil ubat cacing
2. Semua ahli keluarga juga harus memakan ubat cacing ini termasuk ibu dan ayah
3. Potong kuku pendek
4. Basuh sayur-sayuran bersih, masak betul-betul terutama daging
5. Pakai kasut atau selipar ketika keluar rumah
6. Sekiranya ada haiwan peliharaan seperti kucing, periksa juga tapak kaki dan badan mereka
7. Amalkan membasuh tangan (anda dan anak anda), sebelum dan selepas makan.
8. Juga cuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas membuang air besar
9. Kerapkan membersih badan dan mencuci dubur untuk menghilangkan telur cacing yang ada

Ada 2 jenis ubat cacing

1. Albendazole/mebendazole

Ubat ini tidak diserap di dalam badan, jadi ia tinggal di dalam usus besar dan kecil . Ia menghalang sistem kemasukan glukosa yang di perlukan untuk tenaga oleh cacing. Oleh itu, cacing tidak dapat bergerak aktif dan mati kemudiannya

2. Pirantel Pamoate

Ubat ini juga tidak larut di dalam air. ubat ini akan melumpuhkan otot cacing dan menyebabkan cacing-cacing tertanggal dari dinding usus dan dikeluarkan bersama-sama dengan najis.

Sumber: [SINI]
Sumber: [FB]

Bukan kanak² jer yang kena makan ubat cacing tau. Orang dewasa pon kena makan jugak. Kalau anda dan anak² ada simptom² seperti di atas, maknanya anda ada masalah kecacingan. Segeralah berjumpa dengan doctor yerp. 

Note: Peringatan buat diri sendiri yang tak makan ubat cacing lagi nih...ppffttt...


Kalau betul kenapa? Sentap ker? Chill lah. Ni bukan saya yang kata. Jangan kecam saya plak yer. Bac...

Kalau betul kenapa? Sentap ker? Chill lah. Ni bukan saya yang kata. Jangan kecam saya plak yer. Baca dulu kalau nak tahu kisahnya. Ini daripada satu tinjauan yang dijalankan oleh GROUPON di 20 buah negara mendedahkan bahawa majoriti rakyat Malaysia lebih suka menerima hadiah berbanding dengan negara lain di dunia. 

Dan sebab ini jugalah GROUPON telah mewujudkan  a special self gifting shop sempena musim perayaan yang akan datang ni. Apakah itu? Meh baca:


Christmas is just around the corner and a new survey conducted by Groupon reveals that Malaysians are less generous compared to their closest neighbours during the season of ‘giving’. The Global research found almost two in three (62%) of Malaysians feel more excited about receiving gifts than giving, in contrast to Singaporeans and Indonesians who prefer giving gifts.

Malaysians are one of the highest practitioners of self-gifting globally - only lagging behind South America by a fraction - with 87% of Malaysians owning up to the ritual of buying themselves a gift during the Holiday period to ensure they get what they want.

Nikhil Khandelwal, Groupon’s Head of Planning and Chief Authority on Self-Gifting is overwhelmed with joy to learn so many Malaysians love to self-gift. “We have created a special self-gifting shop this year, specifically aimed at people wanting to treat themselves this Holiday season. Our customers will be able to discover a wide range of ‘self-love’ gifts which we know they’re going to enjoy,” he said.

On the flip side, if you happen to belong to the 38.1% of kind-hearted Malaysian souls who love giving, Groupon also has you covered this giving season! Gifting can be hard - made even harder with 7 out of 10 Malaysians admitting they don’t reveal their wish list but with the help of the Malaysian survey respondents, Groupon has created a gift guide based on what people said they want most this festive season:

Send your loved one on a staycation

1.  Giving someone a weekend stay at a nice hotel would be the safest choice, as more than 6 out of 10 Malaysians responded that a weekend getaway would be the ideal Christmas gift. This is also in line with another finding that people prefer an experience over a product as a gift – and they are more likely to remember it too! After all, memories do not have a shelf life.

A delicious meal with family does the trick

2.  The survey also revealed that people prefer spending quality time together as a family during the festive season, and having a family meal stood out as the most favorable activity (7 out of 10 Malaysians). So a delicious, warm and comforting meal shared with the family is another great choice as a gift!

Spoil someone with a relaxing spa day

3.   In line with the experiences over products finding, alternately, a day of full pampering at the spa could be the ideal gift, according to 4 out of 10 Malaysians. This could be indicative of the modern professional lifestyle that is time-starved, leaving them longing for a relaxing experience.

Malaysians love tech gadgets

4.   Still afraid of not being able to get that perfect gift? Tech gadgets are another safe bet with 46% of Malaysians revealing they’d be pleased to receive the latest smartphones or gadgets as gifts this holiday season.

Gift vouchers are great

5.   Finally, if you’re really certain that all of the above still doesn’t cut it as the ultimate gift, consider gift vouchers. Gift vouchers are perfectly acceptable according to nearly half of Malaysians; who would prefer to receive a Gift Card instead of getting something they didn’t want.

About the Research

Data was collected from 22,055 respondents across 19 countries in APAC, EMEA and LATAM. Of this, 6,366 respondents were from APAC and 1,342 were from Australia, 1,071 from Malaysia, 1,160 from Singapore, 160 from Hong Kong, 1,174 from Japan and 1,459 from Indonesia. Surveys were sent electronically to subscribers of Groupon.

Fieldwork was conducted online between the 4th and the 24th of November 2015.



Rasa terharu bila baca UCAPAN² dan DOA² dari kalian semua sempena 10th WEDDING ANNIVERSARY las...


Rasa terharu bila baca UCAPAN² dan DOA² dari kalian semua sempena 10th WEDDING ANNIVERSARY last month. Sambil baca...sambil tersengih². Rasa bahagia dan terharu bila dikelilingi sahabat² yang mendoakan kebahagian kita. 


Berderet² ucapan di FB


Di IG

Dan juga di [BLOG]. Hanya ucapan TERIMA KASIH yang tak terhingga buat sahabat semua diatas kiriman ucapan² dan doa². Aamiin untuk doa² yang dikirimkan. Fasa pertama perkahwinan yang sangat mencabar. Hanya DIA yang maha mengetahui segala² nya. Dalam hidup kita ni, Kalau kita tak mampu buat orang ketawa, jangan sesekali buat orang menangis.  Kalau kita tak mampu buat orang rasa bahagia, jangan pula kita tambahkan lagi rasa derita dan kalau kita tak mampu mengubati luka, jangan sesekali buat orang lain rasa terluka. 

Biar lah orang  nak mengata atau menjaja cerita pasal kita. Silence is the best reply to a fool. Biar dipandang buruk didepan manusia. Asal dipandang baik disisiNYA. Alhamdulillah...berkat kesabaran dan doa, sedekad ikatan ini masik kukuh terbina. 

Macam dah terlebih plak. Padahal nak ucap terima kasih jer...ngeeeeee...Last but not least. Saya sayang sahabat² saya...#muahciked



Rasa macam dah lama menyepi. Rindu ngan blog sendiri. Rindu nak menulis. Susah bila mood tengge...


Rasa macam dah lama menyepi. Rindu ngan blog sendiri. Rindu nak menulis. Susah bila mood tenggelam timbul nih. Kejap taip, pastu padam balik. Taip lagi. End up....button X ku tekan. Lambakan kerja pon iyer gak nih. Last entry rabu lepas kot. Bersambung dengan cuti yang panjang. Huntung jadi orang selangor ni....hehehe...Harini moh ler kembali ke pangkal jalan. 

Banyak benda nak citer. Tapi tak tau nak mula dari mana #ayatcliche. Pening kepala pon iyer gak. Pening dok mikir kos sara hidup yang makin meningkat ni. Dengan kos anak² pon makin bertambah. Dengarnya yuran nursery naik lagi...ppfftttt....Tahun lepas dah naik. Tahun ni naik lagi. Katanya sebab kos yang meningkat.

Yuran PASTI dengan yuran KAFA tak tau naik ker tak sebab tak register lagi nih. Harap² masih kekal. Apa² pon...bersyukur lah dengan apa yang ada skang ni. Kalau kita rasa susah. Ingatlah....ada yang lagi susah dari kita. Bumi allah ni luas. Rezeki dimana². Yang penting usaha kena lebih. Harap² gaji tahun depan naik setimpal dengan kos sara hidup yang makin membebankan ni. 2016 adalah tahun yang mencabar. 

Ok lah...Dah tak tau nak citer apa. Tunggu iolls terjah umah uolls yerp. Sediakan karpet merah. #makbanyakanak nak datang ni...ahaks...

Note: Bulan ni dapat gaji awal lagi. Bertabahlah nak tunggu gaji next month.


Ingat tu...Betapa beratnya dosa tak bayar hutang. ‪#‎selfremind‬...kalau saya ada berhutang dan...


Ingat tu...Betapa beratnya dosa tak bayar hutang. ‪#‎selfremind‬...kalau saya ada berhutang dan terlepas pandang, sila tuntut. Kalau yang berhutang dengan saya tu...sila mohon terasa. Tapi style skang ni kita plak jadi muka tak malu minta hutang dibayar sedangkan orang yang berhutang buat selamba bodoh tak tau malu macam tak der hutang. Tolong jangan pentingkan diri sendiri.

Ingat lagi tak kes luahan perasaan aku kat [SINI-Pengajaran | Tolong jangan GADAIKAN NAMA Sendiri]. Alhamdulillah...allah permudahkan urusan aku buat pinjaman koperasi. Dengan duit tu lah aku bayar suma hutang keta. Mana ko nak? Nak rumah sendiri kena sita? Aku dengan husband cari jalan macam mana nak selesaikan sedangkan orang yang berhutang bersenang lenang. 

Sakit??? Hanya DIA yang maha mengetahui betapa sakitnya rasa di khianati dan di aniaya. Duit gaji bulan² banyak tolak sebab bayar hutang dia. 10 tahun aku terpaksa menahan azab bayar hutang koperasi sebanyak RM11,200.00 

Masalah skang ni bila aku tuntut hutang tu dibayar bulan² kat aku. Haram jadah tak bayar. Diam seribu bahasa. Banyak benda yang aku nak buat dengan duit tu. Belanja persekolahan anak² yang akan datang nih. Registration fees untuk tadika dan jugak persiapan² lain. 

Pesanan untuk orang yang berhutang. Saya bukan orang senang. Kalau awak tak der duit, tu bukan masalah saya. Tolong usahakan untuk bayar balik. Duit gaji bulanan saya dah banyak tolak sebab nak bayar hutang awak. Kalau saya boleh usaha sendiri naik turun bank, jumpa orang koperasi atas bantuan suami untuk selesaikan hutang awak. Takkan awak tak boleh usaha nak dapatkan duit untuk bayar hutang saya? 

Sekian pesanan dari orang yang teraniaya yang tuntut hutang sebab nak pakai duit.

Note: Bukan untuk membuka pekung didada atau mengaibkan sesiapa. Sebagai pengajaran supaya anda tak teraniaya seperti mana yang saya rasa. Sebab duit, hubungan sedarah sedaging jadi huru hara. 

Hadiah : RM100 Top Referral RM50 x 8 Tarikh Mula : 1 Dis - 15 Dis 2015 : Tarikh Tamat ...


Hadiah :
RM100 Top Referral
RM50 x 8

Tarikh Mula : 1 Dis - 15 Dis 2015 : Tarikh Tamat


Segmen 12 Jam Bloglist #18 Mialiana.com Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari ...


Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 7 Disember 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #18 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Tak der idea nak bawak anak² gi mana? Atau nak gi shopping tapi tak sanggup nak tinggalkan anak². T...

Tak der idea nak bawak anak² gi mana? Atau nak gi shopping tapi tak sanggup nak tinggalkan anak². Tapi nak shopping dengan aman…haaaaa…gittew plak kan. Ni nak sharing satu tempat best yang buat ibu² dan bapa² diluar sana senyum lebar.


Ini lah dia…The Parenthood. Apa The Parenthood tu? Ok…The Parenthood adalah kedai yang berkonsepkan keibubapaan yang pertama di Malaysia yang terletak di Sunway Putra Mall di mana ianya menyediakan perkhidmatan berkaitan bayi dan kanak² Seperti perkhidmatan runcit, pendidikan interaktif, permainan dan juga taman permainan dibawah satu bumbung yang dikenali sebagai 1st London Street Family Park yang juga merupakan Satu² nya taman yang berkonsepkan kekeluargaan. Kiranya macam² yang anda boleh beli kat dalam tu sebab macam² ada.

Misi The Parenthood adalah menawarkan pelbagai jenis produk yang berkaitan keibubapaan, taman permainan tertutup, aktiviti pendidikan dan perkhidmatan lain dibawah satu bumbung yang dapat memenuhi keperluan semua ibu² dan bapa². 


Pada Sabtu lepas saya dan keluarga dijemput untuk menghadiri Bloggers’ Conference dimana kami diberi peluang merasai pengalaman berada di The Parenthood. Lebih menyeronokkan bila anak² berpeluang untuk bermain di My Kingdom Playground by The Parenthood yang terdapat di The Parenthood. 


Sebelum aktiviti penjelajahan bermula di dalam The Parenthood ni, kami telah diberi penerangan oleh CEO The Parenthood, Mr. Leroy Lee's. Juga terdapat sesi soal jawab untuk bloggers'. Selesai sesi penerangan, barulah kami dibawa tour around dalam family park. Ok…jom kita tengok apa yang ada di The Parenthood nih.

Restaurant & Cafe


Tah payah gi jauh² cari kedai makan. Kat dalam The Parenthood ni ada. Boleh makan dengan aman sambil pantau keadaan anak² dalam My Kingdom Playground by The Parrnthood. Sambil makan sambil layan CCTV gittew. Curlass kan. Boleh tengok anak² buat apa kat dalam tu.

Educational and Play


Ni bukan budak² jer yang teruja. MakPak budak pon sama jugak. Rasa nak join sama ko. My Kingdom Playground by The Parenthood...Indoor playground yang pertama dibina dengan misi dan semangat untuk menyediakan persekitaran buat kanak² bermula dari new-born hingga 12 tahun. Persekitaran pembelajaran yang selamat serta menyeronokkan dimana kanak² boleh bermain, belajar dan membina keyakinan diri dengan permainan yang terdapai di My Kingdom Playground.

Antara permainan ang terdapat di My Kingdom Playground by The Parenthood ialah Treasure Hunt, Flying Fox, Spider Tower, Transparent Spiral Slide, Multiple Slides, Ball Pit Tunnels dan juga Play Bridges. Banyak kan.


Macam² aksi dan macam² ragam. Susah betul nak amik gambar bebudak nih. Jangan tak tau. Kat dalam My Kingdom Playground by The Parenthood ni ada TV dan jugak 2 units video game X-Box 360. Dah macam kat umah pulak. Memang santai lah bebudak ni kat depan TV tu. Apa yang best dengan My Kingdom Playground by The Parenthood ni, anak² memang dijaga rapi dan tak dibiarkan suka suki kluar masuk sebab ada staff yang jaga kat entrance My Kingdom Playground by The Parenthood nih. 

Shopping


Ni antara kedai² yang terdapat di The Parenthood. Banyak kedai kat dalam ni. Memang one stop solutions for parents yang nak cari barang² untuk anak. Macam produk dan jenama pilihan. Antaranya mainan, alat tulis, hadiah, keperluan bayi dan kanak² dan juga pakaian. Kalau nak cari costume, boleh cari kat sini.


Ada juga disediakan aktiviti seni dan kraf. Kalau nak anak berkreativiti, boleh masuk kedai nih. 

Relaxation & Leisure


Haaaa...ni mesti mak² suka kan. Dah penat shopping dan sementara tunggu anak² bersukaria dalam My Kingdom Playground tu. Mak² boleh bersuka ria dengan memanjakan diri. Antara perkhidmatan yang terdapat di The Parenthood...saloon, rawatan muka, manicure and pedicure. Gym pon ada tau. 


Kalau anda bercadang nak buat Birthday Party untuk anak², di The Parenthood ada disediakan perkhidmatan ni. Ada party room yang boleh memuatkan sehingga 40 kanak².


Untuk Breastfeeding Mom, jangan risau. Kumudahan untuk anda sudah tersedia. Ada bilik untuk ibu² menyusukan anak dan juga tukar diaper anak. Selesa dan bersih. Bukan tu jer tau, ada Breastpump dan juga warmer. Sabun juga sudah siap tersedia. Kalau ibu² menyusu nak shopping kat dalam The Parenthood dan Sunway Putra Mall, sila terjah sini kalau anak dah nangis² minta disusukan yerp.



Tak dapat gi London, fefeeling London pon boleh. Thanks The Parenthood for having us. Memang enjoy anak² dapat gi sini. Siap ajak datang lagi tu. Disini saya share kan skali harga untuk masuk My Kingdom Playground di The Parenthood:

Admission Rate (1 Tahun ke atas)

Weekday: RM35.00
Weekend, Public Holiday & School Holiday: RM45.00

Drop and Shop Hourly Rate (4 Tahun ke atas)

Weekday: RM40
Weekend, Public Holiday & School Holiday: RM50.00

Package Price - 5 Entrance (Buy 4 Free 1)

Weekday: RM140
Weekend, Public Holiday & School Holiday: RM180.00

Kalau uolls nak tau, 5th December 2015 ni merupakan pembukaan rasmi The Parenthood. Banyak tawaran istimewa untuk barangan yang terdapat kat The Parenthood sempena pembukaan rasmi nanti. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh terjah The Parenthood website:

The Parenthood Facebook: http://www.facebook.com/The-Parenthood
My Kingdom Playground by The Parenthood Facebook: http://www.facebook.com/jepkingdom
The Parenthood Website: http://theparenthood.com.my

Venue

Level 2, Sunway Putra Mall
100, Jalan Putra, Chow Kit
50350 Kuala Lumpur
(Opposite PWTC)

Note: Phewwwww...selesai. Agak frust sebab tak dapat nak selfie dengan blogger² yang bari 1st time jumpa gara² HP sakit...ppffttt...


Salam pagi Rabu yang dingin. Al maklumlah...baru lepas hujan. Memandangkan skang ramai parents espe...

Salam pagi Rabu yang dingin. Al maklumlah...baru lepas hujan. Memandangkan skang ramai parents especially yang 1st time anak nak masuk darjah 1 tahun depan. Jadinya...saya up balik entry berkenaan kelengkapan persekolahan untuk rujukan ibu² dan bapa² diluar sana yerp ☺
_____________________________________________________________________

Hamek ko...Huruf besar aku letak tajuk tu. Menandakan topiknya yang agak penting juga buat IBUBAPA yang anak nak masuk darjah 1 (satu) tahun depan. Sila bersiap sedia untuk membaca karangan yang agak panjang ini yerp. Membuak² idea datang masa memandu tadi.

Semalam terbaca satu status dari sahabat FB. Anak nak masuk darjah satu katakana. Apakah kelengkapan yang perlu di beli untuk anak masuk darjah satu ni. Memandangkan ramai jugak kawan² aku yang anak² mereka akan memasuki tahun satu. Meh nak share pengalaman #makbanyakanak tahun lepas. Harap dapat membantu.

Perkara utama yang perlu ibubapa amik tahu adalah:

1) Yuran Sekolah

Tak perlu risau pasal yuran sekolah sebab tiada yuran yang di kenakan. Sekolah lain aku tak sure tapi sekolah Iman Hakimi ni tak der. Cuma kena bayar duit PIBG sebanyak RM50 sahaja. 

2) Buku sekolah 


Untuk buku sekolah ni, better beli awal². Jangan beli masa hari orientasi sebab faham² lah kan. Dah tentu ramai parents yang nak membeli buku jugak. Kat kedai buku ada disediakan list² buku untuk dari darjah satu sampailah darjah enam. Kalau tak sure buku apa yang nak dibeli, masa hari orientasi tu nanti tanya cikgu² darjah satu buku apa yang perlu dan tak perlu dibeli. Pastu terpulang lah nak beli haritu jugak atau selepas tu. Kalau tabah nak beratur panjang, dipersilakan…hehehe… 

Kalau nak tau, total untuk suma buku termasuk neck tie dan lencana sekolah adalah RM119.90. Buku teks tak payah risau sebab sekolah bagi free jer.

3) Baju Sekolah (Kebangsaan dan Agama)

Model tak berbayar Jony & Jeny

Untuk Iman Hakimi, aku peruntukkan 3 pasang (Baju dan Seluar) untuk sekolah Kebangsaan dan 3 pasang (Baju, Seluar dan Sampin) untuk sekolah agama. Jenama plak untuk rakyat marhaen macam aku ni memang beli yang mampu poket. Aku beli kat Pusat Pakaian Hari2 jenama Jony & Jeny. Alhamdulillah…tahan lasak dan tahan lama baju tu. Apa ada pada jenama kan. Kalau uolls mampu poket, boleh jer beli jenama canggih manggih, professor dan juga jenama² yang lain. Bergantung pada kemampuan masing². Kalau nak tempeh baju anak pon boleh. 

4) Bag Sekolah

Aku peruntukan 2 bag sekolah. Satu untuk sekolah kebangsaan dan satu untuk sekolah agama. Bag sekolah kimi tu dapat free masa graduation day. Penjimatan di situ. Tapi bagi aku, better beli bag sekolah yang mahal sket sebab tahan lasak daripada beli bag murah yang terpaksa tukar berkali2. Betul tak….hehehe…Faham² lah budak lelaki kan. Koyak sana sini bag sekolah tu di kerjakan. Dengan zip bag tercabut lah. Dua kali lah kimi tukar bag sekolah…ahaksss…Kalau budak perempuan mungkin pandai jaga sket kot.

5) Kasut Sekolah


Bagi pendapat aku. Better keli kasut sekolah jenis canvas, bukan jenis canvas + PVC yang macam span tu. Dan ingat…beli kasut lekat dan bukan kasut bertali melainkan anak² anda memang sangat mahir ikat tali kasut. Kenapa kasut canvas? Sebab kekadang kan cuaca tak menentu. Hari mendung dan hujan buatkan kasut lambat kering. Jaman kita dulu kalau kasut basah kita boleh sidai kat belakang besi freezer. Sampai kuning² kasut ko kan. Ingat tak? Freezer skang mana ada besi kat belakang tu. Jaman skang ni kalau kasut basah sidai bawah kipas dengan volume kipas pon bukan main laju lagi. Tapi kalau nak beli kasut canvas + PVC tu pon boleh. Make sure beli jugak kasut canvas sebab kalau basah ada back up. Aku beli 3 pasang kasut sekolah untuk kimi untuk sekolah kebangsaan dan agama. Tapi skolah agama si kimi ni pakai selipar jer. Sekolah KAFA. Tak der strict sangat.

Jangan lupa juga beli kapur kasut. Kalau agak² lupa nak basuh kasut, kapur jer kasut tu bagi putih…hahaha…macam ada pengalaman jer…ngeeee…Kimi memang aku suruh dia [basuh kasut sendiri]. Sebab ibu dia ni dulu pon basuh kasut sendiri jer. 

6) T-Shirt Putih dan Tracksuit

Yang ni pon perlu di ambil kira jugak. Budak² sekolah skang kalau ada subject pendidikan jasmani dorang kena pakai baju sukan PJ sehari . Tak macam kita dulu. Ada PJ jer baru kena tukar baju pastu tukar balik pakai baju sekolah. Actually baju PJ ngan tracksuit (bertampal nama sekolah) ni ada jual di kedai buku. Tapi memandangkan permintaan tinggi, stok cepat habis. Kalau ada pon size besar. Jadi ko kena menunggu. Ni pengalaman dari #makbanyakanak sendiri yer. Mana yang tak der baju PJ tu, cikgu akan suruh pakai t-shirt putih. 

7) Stationery

Haaaaaa…bab stationery ni kekadang mengundang amarah jugak kat parents. Asal bagi jer, hilang. Asal hilang jer mesti pencil. pembaris ngan pemadam. Colour pencil jangan cakap lah. Kontot² di kerjakannya...ppffttt…Cadangan aku, anda beli stationery macam pencil, pemadam, pembaris dan jugak colour pencil secara banyak. Tak der lah membazir kalau asyik nak membeli jerk kan. Gi jer dekat GM. Beli banyak dapat murah kan. 

8) Bag Tags

Maaf empunya blog. Pinjam gambar jap

Cute kan. Aku tau kalau barang cute mute ni ibu² yang over kan. Yang ni untuk gantung kat bag sekolah anak kalau anak tak cam atau lupa mana satu bag sekolah dia. Biasalah…bag sekolah kan kekadang sama design nya dengan kawan² yang lain. Jadi nya bag tag ni adalah penyelamat. Tapi Kalau tak letak pon tak per. 

Iyer lah tu tak nak kan. Order untuk diri sendiri pon boleh jugak ni. Nak lettwe...ekekeke...Boleh order kat [SINI] atau bley gi [FB] dia untuk tengok design² yang cute miut. Boleh juga cuci mata kat [AnnaRozy Homemade Kids Couture]. Ada bag tags jugak. Pilihan di tangan anda.

9) Sticker Nama


Bagus jugak kalau order ni. Boleh tampal kat stationery anak². Tampal kat botol air dan juga bekas makanan. Kalau rasa malas nak menulis nama kat buku anak, boleh juga tampal sticker nama ni. Order nama ngan nama kelas. Tapi untuk tampal kat buku sekolah anak² pilihlah gambar yang senunuh sikit. 

10) Lencana dan Name Tag Sekolah


Dulu pakai lencana besi jer. Name tag plak pakai pin  Skang ni suma nya kena berjahit. Kalau baju kurung mungkin senang nak jahit. Tapi kalau baju kemeja sekolah ni agak payah sket sebab nak kena jahit kat poket tu *Alasan malas jahit..hahaha..*. Baru nampak cantik. Yang ni aku hantar kat kedai jer. Untuk 3 pasang baju sekolah bawah RM10. Tak ingat dah berapa dorang charge. Cuma [name tag] tu aku jahit sendiri. Lama jugak tunggu name tag nih.

11) Duit Belanja

Aku bagi Iman Hakimi duit belanja sekolah sehari RM3 pagi dan RM1 petang sebab tengah hari abah dia datang amik pastu bawak gi makan. Tapi better bawak bekal sebab jimat plus kalau dorang beli ntah apa makanan yang di belinya. Pastu [makanan kat kantin skolah pon boleh tahanmahal] wei. Sian kat bebudak. Untuk 1st day tu cikgu akan guide murid² untuk kekantin. Tapi parents kena ajar anak² macam mana nak membeli tau.

12) Transit

Yang ni sangat penting. Macam aku pepagi En. Bos atau aku sendiri yang hantar. Sekolah agama kimi plak memang berhadapan dengan sekolah kebangsaan. Jadinya…kalau murid² habis sekolah, cikgu sekolah agama akan tunggu kat pondok pengawal dan bawak bebudak ni gi sekolah agama. Mana yang transit akan terus mandi dan tukar baju utk sekolah agama terus.  Tapi aku amik yg private yang di panggil kelas KAFA. Tapi berdaftar under JAKIM

Ada jugak sekolah agama gomen. Tapi jauh dari rumah. Banyak factor yang aku kena fikir sebab anak² aku yang amik waktu petang. Keselamatan kimi kalau aku terlewat balik yang paling merisaukan. Kalau KAFA ni ada day care skali. Transit kat area rumah aku tu RM70 even sekolah ngan umah sekangkang kera. Dan aku rasa tahun depan naik lagi kot yuran van/bas sekolah.

Zaman skang tak macam zaman kita dulu. Gi sekolah agama dulu jalan kaki jer. Agak jauh jugak lah dari rumah. Tapi skang ni kalau nak lepaskan anak² gi sekolah sendiri memang fikir banyak kali. Jenayah makin berleluasa tak kira umur. Parents pon kena ajar anak² macam mana nak transit. Ikut dari belakang van/bas sekolah dalam seminggu ker.  Biar anak² hafal dan tau van/bas sekolah mana yang dorang perlu naik. Jangan lupa letak nombor HP parents sendiri dekat bag sekolah anak² kalau ada emergency kes ker kan. 

Ok...dah panjang berjela. Harap dapat bagi panduan untuk ibu² yang anak nak masuk darjah satu tahun depan, Banyak benda nak kena amik tahu. Especially bab transit tu. Alhamdulillah...aku tak der masalah dalam bab transit ni sebab En. somi yang handle. Kalau dia tak dapat amik, aku sendiri yang amik. 

Note: Nanti jangan lupa bawak camera gi masa 1st day sekolah. Moment yang tak boleh di lepaskan. Macam² aksi nanti. Parents yang over amik gambar anak. Anak relax jer,,,hehehe...



Salam 1 December 2015. How time flies. Dah masuk hujung tahun dah kita. Macam biasa, kemalasan nak ...

Salam 1 December 2015. How time flies. Dah masuk hujung tahun dah kita. Macam biasa, kemalasan nak update datang tak kira masa. Ditambah dengan kerja² pejabat...hurmmmm...Macam ni lah part time blogger. Kena pandai bahagi masa antara kerja dan blogging...cewahhhh...Ok, back to the title. Tengah sedih nih...huhuhu...


My Samesng TAB yang dah berkhidmat hampir 3 tahun dah mula menunjukkan tanda² sakit. Sakit tenat gittew. Kenapa lah saat² genting ko nak jatuh sakit. Saat di mana nak kena siapkan kelengkapan persekolahan anak²...Duit buku, baju sekolah, registration fees untuk tadika, registration fees untuk playschool...ppffttttt....


Macam ni lah kalau nak call atau nak send message. Errrkkk...masih pakai message? Ni kalau waktu terdesak quota tenet habis yerp. Kita main message² jer. Hanggggg memanjang. Message pon tak masuk. Nak call pon tak boleh. Tak kluar keypad nya. Ntah mana menyorok pon tak tau lah. Pastu kan...bateri cepat habis. Nak charge pon amik masa yang lama...huhuhu....

Kalau nak sakit pon, sakitlah time nak dapat bonus ker. Time dapat increment ker. Kenapalah skang baru nak sakit...haishhhh...Nasib event sabtu haritu aku bawak camera. Tapi leceh lah plak nak transfer² gambar. Memang lah HP skang banyak yang murah. Tapi aku jenis pakai barang tu pakai sampai lunyai. Tengok....betapa setianya aku dengan sesuatu tu. 

Gittew lah kisah aku dah HP. Pasal HP pon nak citer dalam blog...muahahaha...gasaklah. Janji ada citer.

Note: Bulan ni gaji awal sebab Christmas . Jenuh lah nak menunggu gaji tahun depan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks