AFB Feeds

26th NOVEMBER 2005 - 26th NOVEMBER 2015 = 10 TAHUN Even dan 10 tahun kawin, wajah tu masih ...

26th NOVEMBER 2005 - 26th NOVEMBER 2015 = 10 TAHUN


Even dan 10 tahun kawin, wajah tu masih maintain macam baru kawin...muahahaha...dasar perasan. Alhamdulillah...sedekad sudah usia perkahwinan kami. Macam tak percaya jer dah 10 tahun melayari alam rumahtangga. Dah melepasi fasa kedua. Dalam erti kata pada fasa ini suami isteri sudah memahami sikap pasangan masing-masing. Sudah maklum apa yang boleh jadi punca konflik dan cara mengelakkannya.

Sedekad yang penuh dengan memori...Suka, duka, pahit, manis, ribut, taufam, tsunami sampai ada masanya rasa nak tersungkur...cukup rencah nya. Tapi alhamdulillah...Masih kekal bertahan. Terima kasih ALLAH sebab memilih aku untuk menjadi insan terpilih menerima ujian dariMU ini. Kunci untuk semua ini adalah 'SABAR'.


10 Tahun usia perkahwinan dengan kehadiran 3 amanah dariNYA ini sebagai pelengkap dan penyeri rumahtangga. Ada yang bakal menyusul???...Insya'allah...doa² kan lah. Kita hanya merancang. Tapi DIA perancang terhebat. 


Happy 10th Anniversary suami. Growing old with you is the best thing I could ever dream of. I will continue to gather all my strength to love you. Inshaa'allah...jika dengan izinNYA. Smoga dugaan yang pernah dilalui membuatkan hubungan kita makin matang, kuat, mekar, erat dan hangat...I Love You.

Semoga diberi kekuatan untuk terus melayari alam rumahtangga yg penuh cabaran dan dugaan ini dengan penuh tabah dan sabar. Maaf suami jika aku tak sempurna di matamu. Maaf di atas segala kelemahan dan kekhilafan sepanjang menjadi zaujah mu.

Note: Pepagi dah hantar WhatsApps. Ingatkan husband lupa tarikh. Biasalah orang lelaki kan selalu lupa tarikh² penting ☺☺


Asal anak pompuan jer, mesti anak Abah kan. Dia lah anak manja abah. Dia lah anak dara abah. Mentan...

Asal anak pompuan jer, mesti anak Abah kan. Dia lah anak manja abah. Dia lah anak dara abah. Mentang² dia sorang pompuan. Orang lain tak boleh jadi anak manja abah...ppffttt...


Ni lah dia anak abah @ anak manja abah. The one and only princess. Mulut becok macam mak nenek. Suka sangat perhatikan orang. Boleh tahan laser gak mulut. Kelmarin selamba jer tegur orang hisap rokok. Jiran atas. Aku kat kete. Jiran ni atas motor. Tengah hisap rokok. Boleh plak dia cakap...'Eeeiiii...hisap rokok. Abang, tengok tu dia hisap rokok. Tak boleh hisap rokok lah nanti polis tangkap'...ppfftttt...Nak tergelak aku dengar. Sorry lah bro. Tak pasal² kena tegur dengan budak 5 tahun. 

Biasalah anak kedua kan. Jiwa kental tapi hati tisu. Berani semacam.  Garang pon iyer gak ni Tapi penyayang. Dah boleh harap jaga adik. Basuk yak adik pon dah boleh. Tapi ikut mood. Rajin tolong ibu basuh pinggan. Tapi habis berkecah. Tak per lah. Kalau bab belajar, dengan ibu memang dia memain. 


Dia anak manja abah. Tapi dia ni kawan gaduh ibu. Ntah lah....rasa panas jer dengan anak dara ni. Nak kata muka sama, tang hidung jer lah yang photostat. Suka sangat cari pasal tau dengan ibu dia ni. Kuat merajuk plak tu. Sikit² nak sentap. Geram jer kekadang. 

Nak kata ibu garang, abah lagi garang kot. Kurang kasih sayang ker sebab dia suka cakap 'ibu ni sayang Qhalif jer, tak sayang kakak'. Sentap ibu nak sebab ibu rasa kasih sayang yang ibu bagi sama rata. Tak der yang kurang dan tak der yang lebih...sama jer suma. Mungkin aku kena spend time lebih masa dengan anak dara ni lah. Hang out berdua jer. Nak kena selami jugak hati dia kan. Budak kan tak pandai menipu. Apa yang dia rasa, dia akan cakap terus. Kita jer rasa apa yang kita bagi selama ni cukup. Tapi sebenarnya tak :-(

Note: Kakak...kita spend time together yer. Kita berdua jer. 


Sale sana sini. Nak masuk hujung tahun kan. YES (Year End Sale) gittew. Ni nak bagitau Warehouse sa...

Sale sana sini. Nak masuk hujung tahun kan. YES (Year End Sale) gittew. Ni nak bagitau Warehouse sale best nih. 


Time: 9.00a.m to 7.00p.m

Date: 26th November 2015 to 6th December 2015

Location : Bata Factory, Batu 3 1/2, Jalan Kapar, 41400 Klang, Selangor, Malaysia

Men’s Shoes and Sandals : RM10 – RM30
Ladies Shoes and Sandals : RM10 – RM20
Children Shoes : RM5 – RM10
Sports Shoes : RM20 – RM30
Slippers : RM5 – RM10
School Shoes : RM5 – RM10
Branded Footwear : RM50 – RM80
Standard Stock : 30% – 50% OFF

Participating Brands:
BATA
Primavera
Power
Bata Comfit
Weinbrener
Footin
NorthStar
Bubblegummers
B.First

Elok sangat lah kalau nak cari kasut skolah anak² kan. Cari kasut sendiri pon elok sangat ni. Sambil menyelam minum air. Tumpang membeli sekali. Anak nak skolah mak yang hover shopping khenn. Maklumlah....rakyat marhaen kena bijak berbelanja. Kasut pon mampu milik jer. Asal ada warehouse sale harus terjah. Tapi jangan lah jadi macam warehouse sale VINCCI yang kontroversi tu yerp. 

Warehouse sale untuk baju sekolah tak der ker erk. Kalau ada bagus gak. Baju budak skolah pon mahal. Kalau seluar skolah harga ikut saiz. Lagi beso anak ko lagi mahal harga seluar skolahnya. Baju² skolah pon aku shopping kat Hari² jer. Tu yang mampu poket. Tak der brand canggih manggih atau brand professor serba tau. So far ok jer kainnya. Hitam legam tu biasalah. 

Tu jer nak bagitau. Dengan ucapan...Hurry Up! Don’t miss this crazy sale!

Note: Jauh lah plak Klang tu. Kena usul kat en. suami nih. 


Ada yang tak tau lagi ker? Ni nak bagitau. Event: The Big Bad Wolf Book Sale 2015 Date: 4 ...

Ada yang tak tau lagi ker? Ni nak bagitau.


Event: The Big Bad Wolf Book Sale 2015
Date: 4 - 14 December 2015
Time: 7.00 am (4 Dec 15) - 12.00 mid night (14 Dec 15)
Venue: Mines Convention Center (MIECC)

Buat ulat² buku, pencinta² buku, pengumpul² buku...LADIES and GENTS, BOYS and GIRLS, MOMMYS and DADDYS, BIG BAD WOLF 2015 kembali lagi. Sebelum nak shoping sakan buku² kat BBW ni, jangan lupa asingkan dulu duit untuk kelengkapan persekolahan anak² yerp. Penting tu. Kang over budget plak.

Buat peminat Harry Potter

Untuk anak²

Memang tak rugi pergi sebab memang terlajak murah. Macam² buku ada. Kalau cuti banyak lagi, bley gi weekday. kalau gi weekend memang ramai umat manusia dalam tu. Buku yang beli masa BBW dulu pon tak habis baca lagi...hahaha... 

Untuk maklumat lanjut, boleh klik [SINI] dan [SINI]. Jangan lupa tarikh tu tau. Rugi kalau tak pergi ☺

Note: Harini ni last day skolah. Jalan pon dah start lengang. Memang best sangat 


Citer pasal Noxxa Pressure Cooker kembali lagi. Ni project weekend haritu. Tak pernah lagi buat kek...

Citer pasal Noxxa Pressure Cooker kembali lagi. Ni project weekend haritu. Tak pernah lagi buat kek dalam periuk ajaib nih. Tetiba teringin nak buat kek coklat. Skang ni asal teringin jer rasa nak terus buat. Jumpa plak resepi simple macam mana nak buat choc moist noxxa dalam group. Apalagi...bahan² memang dah ada. Tunggu nak proses jer.


Lepas steam 20 minit, maka ini lah hasilnya. Perrgghhhh...rasa terliur balik nengok kek sendiri. Sedap dan moist gittew. Risau gak takut tak jadi sebab 1st time buat kek steam dalam Noxxa nih. Selalu kita bako jer. Memandangkan tungku tak der. jadinya pakai direct inner. Masuk kan terus dalam tu. Steam 20 minit. Sekejapan jer siap. Tapi kalau steam 15 minit pon dah ok. Sebab bila steam 20 minit ni nampak kulit luar tu ter garing sket. Tapi tetap moist didalam. Tak per...try and error kan. 

Nak resepi ker...hahaha...Ni resepi paling simple dan sangat mudah. No mixer. Pakai whisk jer. Boleh sado lengan tu...ahaksss...

Gambar ulang tayang. Ni resepi [lain]

Bahan A

* 1 Cawan serbuk koko
* 1 Cawan gula pasir
* 1 Cawan susu pekat
* 1 Cawan minyak masak *kalau tak nak manis lepak 1/2 cawan jer
3 Biji telur

Bahan B (Di ayak)

2 Cawan tepung gandum
1 Sudu kecil Soda bikarbonat
1 Sudu kecil Serbuk penaik

Cara² membuatnya

1. Masak bahan² bertanda * dengan api yang sederhana dan sejuk kan
2. Pukul telur hingga gebu
3. Bila bahan² bertanda * dah sejuk, masukkan telur yang dah dipukul tadi
4. Masukkan bahan² B sedikit demi sedikit dan gaul sebati
5. Tuang adunan tadi ke dalam Noxxa Pressure Cooker dan setkan button steam selama 20 minit

Bahan² untuk Topping (ganache)

1/2 Cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak
* Buat kaedah double boiled

Masa tengah steam tu ko kena menadah telinga jer lah dengar bunyi beep..beep sebab pakai direct inner kan. Kalau pakai acuan tak der bunyi tu. Tapi tak yah risau. Tak meletup pon...hehehe...Ni ada tips mengukus atau steam dalam Noxxa.


Masih boleh baca kan. Selamat mencuba. Anak² pon soh buat kek lagi nih. Haaishhhh...seronok korang kan boleh request. Nanti ibu buat lagi yerp. 

Note: Tahniah buat adik² UPSR. Tahniah juga buat ibu². Cemerlang atau tak...jangan lupa peluk anak² dan ucap tahniah. Mereka dah cuba yang terbaik ☺ 


Adakah anda gemar dan taksub membeli belah dalam talian? Rasanya ramai kaki² shopping diluar sana y...

Adakah anda gemar dan taksub membeli belah dalam talian? Rasanya ramai kaki² shopping diluar sana yang menggemari membeli belah didalam talian kan. Haaaa…ada berita baik untuk anda. Saya ingin memperkenalkan anda dengan satu laman web yang membolehkan anda membeli belah secara dalam talian dalam masa yang sama boleh menjimatkan wang anda. Wow…menarik kan.


Pernah dengar Couponbalanja.com? Ni saya nak share kelebihan laman web dalam talian nih. Couponbelanja.com adalah salah satu laman web kupon dalam talian di Malaysia yang menyediakan kupon pelbagai produk dari pelbagai kedai dalam talian. Maknanya…Couponbelanja.com telah menyenaraikan hampir semua kedai² dalam talian yang popular di Malaysia ni dengan menyediakan semua baucer tawaran, kupon dan diskaun terkini yang boleh membantu anda dalam menjimatkan banyak wang semasa membeli belah. Dan yang paling best skali, anda boleh membeli barangan berjenama pada harga terendah dan terjamin hanya dengan beberapa klik sahaja. Teruja tak? Teruja kan.


Apa yang perlu anda lakukan ialah, pilih barang² yang hendak dibeli dan cari kupon yang menawarkan tawaran atau baucer diskaun untuk kedai barangan yang menjadi pilihan anda di Couponbelanja.com dan gunakan kupon diskaun ini sebelum anda check-out. Kan dah boleh menjimatkan jumlah perbelanjaan anda tu.


Di Couponbelanja.com ni kan, bukan jer boleh membeli belah, malah memesan makanan dalam talian pon boleh tau. Nak makanan yang dihantar segar dan panas sampai depan pintu rumah anda? Anda boleh memesan masakan kegemaran dengan mencari kupon Foodpanda Malaysia di Couponbelanja.com dan pilih mana² lokasi pilihan anda. Kalau nak buat kejutan dengan menghantar makanan kegemaran pada orang tersayang pon boleh jugak kan.


Buat yang sedang mencari fesyen aksesori, tak perlu susah². Di Couponbelanja.com semua ada. Memandangkan Jualan Revolution Online 2015 Lazada sedang berlangsung, cari jer kupon Lazada Malaysia dan dapatkan barang yang anda perlukan dengan potongan sehingga 90%. Menakjubkan.

Jika anda ingin menikmati keistimewaan ini, cepat² layari Couponbelanja.com Malaysia sekarang dan nikmati tawaran kupon dari kedai pilihan anda. Untuk pengetahuan anda, Couponbelanja.com bukan hanya di Malaysia saja, malah terdapat di negara² lain termasuk Singapore dan Filipina dan akan dilancarkan tak lama lagi di Hong Kong pula. 

Ingat….jika anda merancang ingin membeli belah secara dalam talian, jangan lupa dengan Couponbelanja.com. Macam² ada.


Sekali sekala citer pasal husband. Erkkkk...rasanya jarang kot. Alaaaa...bagi chance lah sket nak s...

Sekali sekala citer pasal husband. Erkkkk...rasanya jarang kot. Alaaaa...bagi chance lah sket nak show off...hahaha...Biasalah orang lelaki ni kan. Jarang nak tunjuk skill memasak dia tu. Tapi bila sekali sekala masuk dapur bersilat dengan sudip and kuali. Ehhhhhhh....sedapnya masak.


Dinner malam tadi jer pon. Buat mee goreng. Bahan² suma dah siap. Tinggal nak masak jer. Bila husband offer diri nak take over, wife apa lagi. lompat bintang lah. Kentang kentung kentang kentung...maka terhasillah mee goreng air tangan suami. Bukan main bangga lagi bila orang puji mee goreng dia sedap. Cer kalau kita masak, nak dengar perkataan...'emmm...sedapnya' tu pon payah. Tapi kalau dah makan bertambah tu maknanya sedap lah kan. Cuma ego nak puji masakan isteri tu sedap. Kan...kan....ngeee...

Ingatkan boleh lah bawak bekal. Tapi laku plak mee goreng air tangan suami ni. Bertambah² makan ngan anak². Next time tugas menggoreng mee dah boleh serah kat husband lah macam ni. Dah...tu jer nak citer. Tu pon nak kecoh kan. Kbai!

Note: Pening dok mikir nak masak apa setiap hari. 


Siapa yang tak suka dengan LEGO® kan. Dari bebudak sampai lah orang dewasa. Rata² nya penggemar mai...

Siapa yang tak suka dengan LEGO® kan. Dari bebudak sampai lah orang dewasa. Rata² nya penggemar mainan LEGO®. Macam² jenis dan pattern LEGO® yang ada skang ni. Nak tau tak, Shell telah melancarkan Koleksi LEGO® Shell V-Power terbaru, yang terdiri daripada pelbagai pilihan kereta mainan Ferrari yang diperbuat daripada kepingan bata LEGO. Koleksi terbaru yang boleh didapati di stesen-stesen Shell di seluruh negara seiring dengan semangat inovasi yang memacu kemajuan teknologi dan prestasi bahan api Shell V-Power.


Cute sangat kan. Tergoda gak nengok. Iman Hakimi sibuk soh beli. Peminat LEGO® katakan. Koleksi LEGO Shell V-Power yang dihasilkan melalui kolaborasi dengan Ferrari dan Kumpulan LEGO ini memperkenalkan enam jenis model baru. Koleksi ini termasuk empat buah kereta ikonik Ferrari, set Garisan Penamat dan Podium dengan patung mainan Jurutera Ferrari Scuderia LEGO, dan set Stesen Shell seperti yang terdapat di Litar Fiorano, iaitu litar lumba persendirian milik Ferrari Scuderia di Maranello, dengan patung mainan Saintis Shell LEGO.  


Majlis perasmian Koleksi LEGO® Shell V-Power  yang berlangsung pada 5 November lalu di Blue Concourse, Sunway Pyramid telah dirasmikan oleh Tuan Haji Azman Ismail, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd. Melalui Koleksi LEGO Shell V-Power, Dalam ucapannya, Shell berharap dapat menarik minat orang ramai, termasuklah para pemandu, peminat perlumbaan kereta, penggemar barang mainan, kanak-kanak dan juga orang dewasa untuk sama-sama menjadikan Shell sebagai stesen kegemaran mereka. 


Macam mana nak dapatkan LEGO® Shell V-Power ni? Dengan pembelian minimum Shell V-Power dan Shell FuelSave sebanyak RM40 atau pembelian minyak pelincir Shell Helix sebanyak 4 liter, para pelanggan berpeluang membeli satu daripada enam model LEGO yang berharga antara RM9.90 dan RM13.90. Para pemandu turut berpeluang membeli Lori Tangki Shell edisi terhad pada harga RM9.90 dengan setiap pembelian Shell V-Power sebanyak RM40 atau pembelian Shell Helix HX5 dan HX7 (4 liter), dan secara PERCUMA dengan setiap pembelian Shell Helix Ultra (4 liter). 

Model-model baru akan diperkenalkan setiap Ahad mulai 1 November hingga13 Disember 2015, dan boleh dibeli sehingga 31 Januari 2016. Dapatkan segera sementara stok masih ada. Para pelanggan juga digalakkan untuk berkongsi gambar-gambar koleksi LEGO Shell V-Power dan detik-detik indah bersama orang tersayang dengan menggunakan hashtag #ReadySetBuild.

Shell turut menjemput orang ramai untuk mengunjungi pusat aktiviti LEGO Shell V-Power di Sunway Pyramid (5-8 Nov) dan Plaza Gurney, Pulau Pinang (12-15 Nov) di mana mereka berpeluang untuk menyaksikan kereta Ferrari model LEGO secara lebih dekat dan menikmati permainan interaktif dan pelbagai aktiviti menarik.



Kisah jalan² cari makan ternak lemak masa raya deepavali baru ni. Sian nengok anak² terperap kat um...

Kisah jalan² cari makan ternak lemak masa raya deepavali baru ni. Sian nengok anak² terperap kat umah. Nak main kat taman hujan plak. Jadinya petang tu kluar lah kejap amik angin sampailah malam. Kekonon malam tak nak lah makan nasi. Asyik nasi jer bosan lah pulak kan. Husband suggest makanan arab. Ke Restoran Arab lah kita. 


Selera arab kita malam tu. Suggestion dari dorang kalau tak nak makan nasi, amik set Lamb Oven dengan Lamb Ukda. Tersembunyi plak lamb kat pinggan sebelah tu. Risau gak takut tak boleh terima dek tekak kan. Sekali bila masuk mulut.....perghhhhhhhh...sedap tak terkata. Daging kambing tu lembut sangat. Makan plak pakai tangan. Memang nikmat wei. Licin pinggan. Dah macam orang kebulur plak kalau nengok. Anak² pon suka. Ingat nak tambah roti lagi, Gravy plak tak cukup. Takkan nak order lagi. Kepanasan plak ko malam nanti kalau makan kambing banyak sangat. 

Sebelum ni husband ada beli gak makanan arab. Roti (macam dalam gambar tu) dengan Fasha namanya (masakan kambing style arab lah). Memang besar betul roti dia. Ingatkan ada jual kat situ. Rupanya itu makanan arab Yemen katanya. Yang kitorang makan ni makanan arab Syria. Gittew...ada macam² rupanya masakan dari timur tengah ni. 

Memang akan repeat lagi datang kat sini. Dok terbayang² jer ni kesedapan Lamb oven dengan Lamb Ukda tu. Memang thorrbaikkkk....serius cakap. Next visit nanti aku amik gambar proper sket. Dorang pon soh datang lagi. Try nasik plak katanya. Layanan memang tip top. Ahmad nama dia. Handsome....erkkkkk...hahahaha...Pandai cakap bahasa melayu. Dah macam style Chef Ammar plak bila bercakap. Haaaa...tak kenal Chef Ammar? Silalah google. Kalau uolls nak try. Ni alamatnya:

RESTORAN ALZAHARA
THE FINEST ARABIAN CUISINE
NO. 1, JALAN KAJANG IMPIAN 1/2
TAMAN KAJANG IMPIAN, SEKSYEN 7
43650 BANGI, SELANGOR

Kedai dia kat belakang Restoran Redwok. Kat belah hujung skali. Memang senang nak cari. Yang bestnya...no 6% GST and no 10% service charge.

Note: Kat Bangi ni apa yang tak der. Berlambak kedai makan. Sampai tak tau nak makan kat mana. 


Ha'ah...tak sempurna sebab bahan² tak cukup. Esen vanilla tak letak sebab dah habis. Buah² pon ...

Ha'ah...tak sempurna sebab bahan² tak cukup. Esen vanilla tak letak sebab dah habis. Buah² pon tak der sebab memang tak der buah kat umah. Dah habis. Whipping cream lagi lah. Pakai yang instant tu. Picit jer.Tapi semangat nak membuat tu tetiba datang semacam. Nak buat jugak even tak cukup bahan. Maka terhasil lah:


Pavlova tak cukup sifat ni ha. Project hari cuti senin. Dari dulu teringin nak buat. Tapi tak terbuat² gak. Resepi dah lama simpan. Ntah macam mana belek gambar kat handphone. Terjumpa resepi Pavlova yang simple sangat nih. Apa lagi...zasssss masuk dapur.

Alhamdulillah...percubaan pertama yang menjadi. Buat pon tak banyak sebab nak test dulu. Tak sangka uolls pavlova ku menjadi. Cair dimulut gittew macam makan gula² kapas tu. Rangup plak tu. Ni yang semangat nak buat pavlova lagi. Kali ni nak buat bagi cukup sifat. Mesti lagi sedap. Mana tau bley buat meniaga ker...hahaha...Kalau tak berangan tak sah. 

Skang ni mood rajin nak bakar membakar is on. Dalam kepala ni dok terfikir nak buat kek coklat. Nak buat cheesecake. Bahan² jer ada yang tak cukup. Mau balik ni cari barang²...haishhhhh....Kalau dah datang mood rajin tu kan. Memang tak menyempat. 

Note: Tu pon nak citer...hahaha...Jadilah....asal ada citer nak update sudah. 


Tak tau lah apa nak jadi dengan mood ni. Kejap rajin kejap malas. Kejap ada idea sekejapan jugak id...

Tak tau lah apa nak jadi dengan mood ni. Kejap rajin kejap malas. Kejap ada idea sekejapan jugak idea hilang. Blur plak tetiba. Ko dah kenapa haa...ppffttt...

Anak² dah habis exam dah? Kimi dah selesai. Result pon dah kluar. Tapi kertas exam banyak yang tak dapat lagi. Apa der hal. Online kan ada. Skang ni suma dihujung jari kan. Jangan kata markah exam. Nombor exam anak pon ada dalam tu. Canggih betul kan. Kalau masih ada yang tak tau, meh klik [SINI]


Kelam kabut exam kali ni. Tarikh bertukar² gara² jerebu haritu. Nasib result exam ok. Sama macam tahun lepas jugak. Exam tengah tahun tak berapa nak score. Bila exam hujung tahun...erkkkk...bley plak score.  

Buku teks darjah 3 pon dah dapat. Nasib kalini dapat better sikit dari buku darjah 2 haritu. Tapi aku ralat sket lah dengan si kimi nih. Boleh dia tak cakap yang cikgu ada bagi surat untuk pulangkan buku teks. Bila tanya dia kata dah pulangkan. Tanya pasal surat. Lupa nak bagitau. Bukan apa, aku nak lah bagi cantik sket buku² darjah 2 yang macam belacan tu sebelum dipulangkan. Sebab ada jugak buku² yang nak kena ganti.

Siapa yang dapat tu minta maaf lah banyak². Buku tu kimi dapat pon dah tak berapa sempurna. Bila dapat dengan budak lelaki yang hyper active pegang buku. Memang cacat lah buku tu dikerjakannya. Bukan apa, kang tak pasal² dapat title mak tak panjai jaga buku anak. Masa awal² dulu ada gak cari buku teks yang baru sebab nak ganti buku yang macam belacan tu. Tapi dah habis stok. Terus otak aku pon out of stok nak ingat balik pasal buku tu. Lagi haru si kimi dah pulangkan pon buku² tu...haishhhhh...

Erkkk...nak citer pasal result ker pasal buku teks nih. Punya lah tak tau nak citer apa kan. Pada hal pasal result online ni dah pernah citer dalam entry [NI]...hahaha...gasaklah. Janji ada entry baru. Ni aku up balik bagi parents yang tak tau. Yang dah tau tu dediam sudah lah.

Note: Next week mesti ramai yang cuti kan. Have a great weekend uols ☺



Janin/Bayi Meninggal Dalam Kandungan | Punca dan Langkah Pencegahan  -  Rasa sebak bila membaca sta...

Janin/Bayi Meninggal Dalam Kandungan | Punca dan Langkah Pencegahan - Rasa sebak bila membaca status seorang sahabat baru² ni. Sahabat masa bekerja dan sahabat tempat meluah perasaan dahulu. Luahan seorang ibu yang kehilangan anak didalam kandungan waktu kandungan sudah 26 minggu. Tambah sebak bila kandungan kali ni adalah anak lelaki di mana ketiga² anak yang sebelum ni adalah perempuan. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Tak dapat aku gambarkan kalau aku ditempat dia. Buat Liza dan Keluarga, moga terus kuat. Bertabahlah wahai sahabat. Anak syurga ini menanti kamu disana. Anak syurga yang bakal memimpin ibu dah ayahnya di Jannah nanti. Beruntung nya kamu. 

Tertanya² juga apa yang menyebabkan bayi didalam kandungan boleh maninggal. Ini jawapannya:


Menurut pandangan Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Madya Dr. Jamiyah Hassan, bukan semua kes bayi lahir mati dapat dikenal pasti puncanya kecuali dilakukan autopsi ke atas bayi tersebut. Kadangkala ujian autopsi telah dilakukan tetapi punca kematioan masih tidak diketahui. malah ada juga langsung tidak diketahui puncanya atau dikatakan takdir. 

Bagaimanapun bagi kebanyakan kes, ia boleh dielakkan daripada berlaku sekiranya ibu menjaga kesihatan dan mengambil langkah-langkah yang tertentu semasa di dalam proses kehamilan dan prihatin terhadap kandungannya.

Apakah yang dikatakan istilah lahir mati atau stillbirth ini? 

Lahir mati adalah kematian bayi di dalam kandungan selepas 22 minggu dikandung sebelum bayi sempat dilahirkan. Maknanya bayi meninggal di dalam rahim beberapa minggu atau jam sebelum atau selepas ibu mengalami sakit bersalin. Keguguran atau `keguguran spontan’ pula adalah `kehilangan’ kandungan yang berlaku sebelum ia berusia 22 minggu ataupun berat bayi kurang daripada 500gm jika usia kandungan tidak diketahui. 

Tanda dan simptom keadaan lahir mati
  • Apabila ibu mendapati bayinya tidak lagi bergerak untuk satu jangka masa yang panjang
  • Rahim tidak membesar melewati masa 
  • Tiada sebarang pergerakan atau degupan jantung pada bayi semasa menjalani ultrasound.
Apakah punca-punca ‘still birth’?

Punca Daripada Ibu:

Umur

- Masalah kematian bayi sewaktu dilahirkan sering terjadi di kalangan ibu yang terlalu muda iaitu umurnya 20 tahun ataupun hamil ketika berusia 40 tahun ke atas.

Menghidap Penyakit Tertentu

- Bagi anda yang menghidap penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, buah pinggang dan penyakit kronik yang lainnya, ketahuilah anda merupakan golongan berisiko terutamanya apabila tubuh tidak mampu lagi meneruskan kehamilan.

Sindrom Anti Phospolipid (APS)

- APS merupakan sejenis penyakit di mana darah wanita hamil mudah beku. Apabila saluran darahnya mempunyai darah beku, ia boleh memasuki plasenta dan menyekat pengaliran darah, oksigen dan makanan kepada bayi.

Trauma

- Kemalangan yang pernah berlaku seperti terjatuh, terhantuk dan yang seumpama dengannya boleh mendedahkan anda kepada risiko kematian bayi sewaktu dilahirkan.

Tekanan

- Apabila mengalami tekanan, tubuh akan mengeluarkan hormon stress di dalam darah dan memberi tumpuan pada bahagian organ-organ yang penting. Oleh sebab itu, kelenjar adrenalin yang menjaga otak, jantung dan buah pinggang akan berada dalam keadaan darurat dan kurang memberi perhatian kepada bahagian rahim. Secara tidak langsung ia mendatangkan mudarat kepada bayi.

Sosial Ekonomi

- ‘Still birth’ juga terjadi kepada golongan ibu hamil yang terlalu miskin atau tiada pengetahuan asas bagi menjaga kesihatan diri dan kandungan. Antara lain, jika ada di kalangan anda yang suka minum alkohol dan mengambil dadah sepanjang hamil, ia bakal mendedahkan bayi kepada risiko ‘still birth’.

Punca Daripada Bayi:

Pembesaran Terbantut

- Risiko ‘still birth’ boleh berlaku sekiranya bayi tidak mampu untuk membesar dengan kadar yang sempurna.

Pembentukan Kongenital

- Lazimnya ia boleh terjadi kepada bayi yang mengalami masalah pembentukan organ dalaman tubuh seperti jantung. Sama juga halnya dengan yang mengalami kecacatan akal.

Air Ketuban

- Anda perlu tahu bahawa air ketuban yang kurang ataupun terlalu banyak pun boleh menyumbang kepada risiko ‘still birth’.

Plasenta

- Masalah yang berlaku kepada uri seperti abruption placenta juga boleh menjadi penyebabnya. Ia terjadi kerana uri lekang terlebih dahulu sebelum bayi berjaya dikeluarkan. Jadi, ia tidak dapat memberi bekalan oksigen pada bayi lalu menyebabkannya meninggal. Manakala placenta praevia pula berpunca daripada pendarahan. Setiap kali pendarahan berlaku, plasenta tidak boleh berfungsi dengan sempurna dan boleh menyebabkan nyawa bayi dalam kandungan terancam.

Apa yang boleh mengganggu perkembangan janin?

Kesihatan Ibu

- Demam campak semasa hamil boleh menganggu pembentukan janin. Semasa demam, antibodi badan berperang dengan bakteria yang menyerang, secara tak langsung pembentukann janin juga terlibat sama dalam ‘peperangan’ itu. Walaupun janin berjaya hidup, tetapi tumbesarannya mungkin tidak lengkap terutama pada bahagian organ penting dan boleh membawa kepada kecacatan seumur hidup. Atau perlahan-lahan ia berdegup-degup dan akhirnya meninggal.

Jangkitan kuman

- Kuman terutamanya dari kucing, seperti bulu kucing, air liur, cakaran atau najis, boleh masuk ke dalam tubuh manusia melalui makanan dan mengganggu tumbesaran janin. Ini disebut sebagai toxoplasmosis. Jika terjadi jangkitan pada 12 minggu awal kehamilan boleh membawa kepada kecacatan anggota badan, organ dan mata.

Genetik

- Banyak penyakit yang boleh diwarisi menyebabkan kecacatan pada janin bayi, seperti Thalassemia. Sumbing juga dikaitkan dengan faktor genetik. Perkahwinan sedarah juga boleh menyebabkan kelainan pada gen bayi yang bakal dilahirkan.

Ubat-Ubatan

- Ubat-ubatan seperti steroid dan antibiotik, dikatakan boleh memberi kesan buruk terhadap janin terutama jika diambil melebihi dos. Namun, paracetamol selamat untuk dimakan.

Amalan pemakanan 

- Air sejuk memang sedap diminum apatah lagi sekiranya air itu sejuk dan manis. Tetapi semasa mengandung anda disarankan jangan minum air sejuk sebaliknya perbanyakan minum air suam, atau air masak biasa. Air sejuk selalunya akan beri kesan pada janin dalam kandungan. Kejadiannya boleh memberi kesan pada sistem pernafasan, otak atau jantung janin. 

Apakah langkah pencegahan bagi mengelak insiden lahir mati?
  • Mengawal itu kadangkala boleh dilakukan dengan mengelak daripada faktor-faktor berisiko semasa mengandung
  • Mengawal diabetes mahupun darah tinggi yang boleh mengurangkan risiko lahir mati
  • Mengelak daripada penyakit rubella dengan mendapatkan suntikan rubella lebih awal sebagai sebahagian daripada pelalian
  • Elakkan makan daging mentah dan membela kucing-kucing untuk menghalang daripada toxoplasmosis
  • Kerap mencuci tangan merupakan amalan baik yang boleh menghalang wanita hamil daripada dijangkiti penyakit
  • Tidak merokok mahupun menghisap dadah apalagi semasa hamil. Ini kerana ia boleh mengakibatkan pertumbuhan bayi terbantut dan boleh meninggikan risiko insiden lahir mati
Dr. Jamiyah berkata, Hampir 50 peratus kes keguguran spontan di peringkat tiga bulan pertama disebabkan oleh masalah kromosom yang tidak normal ataupun kecacatan struktur anggota bayi. Uri dan tali pusat adalah saluran nyawa bayi untuk mendapatkan bekalan oksigen dan zat-zat makanan. Andai terdapat masalah bagi salah satu daripadanya bermakna terputuslah `saluran nyawa’ bayi. 

Ia boleh juga mengakibatkan gangguan teruk bagi kelancaran peredaran darah, oksigen dan zat-zat makanan kepada bayi. Uri dan tali pusat `sering dipersalahkan’ sebagai punca kematian bayi dalam kandungan ini namun ia masih merupakan `penyumbang’ sederhana di atas sebilangan kes lahir mati ini. Biarpun bukan kebiasaan, keadaan ibu juga mungkin bertanggungjawab kepada kematian bayi dalam kandungan. Sesetengah penyakit yang dihidapi ibu seperti diabetes dan darah tinggi serta rawatan ke atasnya kadangkala boleh menyebabkan bayi lahir mati.

Sumber: [SINI] dan [SINI]

Note: Kita di uji dengan dugaan/ujian yang berbeza². Bersyukurlah kerana dugaan/ujian itu tanda kasihnya DIA pada kita. Yang buat kita makin dekat denganNYA.



Uolls bangun awal tak pagi ni? Bangun pukul berapa?...hahahaha.... Saya rasa keyword paling...

Uolls bangun awal tak pagi ni? Bangun pukul berapa?...hahahaha....


Saya rasa keyword paling popular semalam adalah BANGUN AWAL. Ni nak tanya. Pak menteri pasola ni bangun awal tak?. Boleh saya tau pak menteri bangun pukul berapa? Kan senang kalau pak menteri suruh kami rakyat marhaen ni bawak tilam. bantal dan selimut soh tidur kat office jer. Weekend baru balik umah. Tak der lah terpaksa hadap jalan yang tak der tol. Iyerlah...nak ikut jalan alternatif dan nak elak tol kena keluar awal dari biasa katanya. Kalau boleh soh kluar sebelum subuh kot.


Statement tak menahan. Ingat semua jalan alternative tu dekat² belaka? Ingat semua jalan alternatif tu ada kat semua kawasan? Macam saya ni, kalau nak ikut jalan alternatif kena lalu roundabout yang ada masanya sesak. Kena lalu traffic light yang banyak di mana ada masanya lampu hijau hanya menyala setakat lepas 3-4 bijik keta padahal kereta kat belakang dah berderet² nih. Pastu jalan yang berliku² sebab banyak lubang. Di tambah dengan jalan yang sesak sana sini. Kluar awal pon sampai lewat. Acaner tu pak menteri pasola? 


Bahagi masa yerp. Pak menteri tau tak. Ada orang yang keluar pukul 6 pagi pon tapi tetap sampai lewat. Especially yang kerja kat kawasan yang sesak nak mamps. Nak kluar pukul 4 pagi ker? Kalau saya keluar awal pagi lepas subuh. Anak² saya yang sekolah tu nak soh terpacak depan sekolah pepagi buta? Tau tak sekarang ni zaman maha bahaya? Culik sana sini. Pak menteri nak bertanggungjawab ker kalau jadi apa² kat anak² saya? Ada ker pengasuh/nursery yang nak terima budak yang datang awal pagi? Kalau nursery pon, tau tak akan dikena kan charge OVERTIME. Pagi dah terpaksa kluar awal. Balik plak kluar awal pon jalan sesak. Sama jer. Boleh tak pak menteri sarankan kat majikan soh kluar office awal dari biasa? Boleh ikut jalan alternatif yang tak ter tol tu. 

Kos menyelanggara makin meningkat. Habis tu pak menteri pasola ada fikir kos rakyat marhaen macam kami ni tak? Lagi menigkat kos sara hidup kami ni. Elaun apa yang kami ada? Lain lah pak menteri pasola. Banyak elaun. Claim jer. Apa der hal. Tak merasa susah pon. 

Tugas pak menteri sepatutnya selesaikan masalah rakyat. Bukan menambah masalah dengan bagi statement yang tak masuk dek akal. Suruh naik kenderaan awam. Skang ni apa citer? Tambang kenderaan awam pon dah naik. Sedih lah hoiiii dapat pak menteri macam nih. Macam mana lah korang ni boleh jadi menteri ha!!! Bijak² belaka semuanya lah. Bagi makan coklat minda sekontena pon belum tentu boleh bijak...ppffttt.... 

Note: Sekadar luahan perasaan. Saya sentiasa berdoa supaya diberi rezeki yang lebih olehNYA untuk Saya, keluarga, sahabat² saya, saudara² seislam saya supaya dapat menempuh cabaran hidup yang ekonominya makin mencabar poket kita² ni semua. Sebab semua yang ada ni datang dariNYA. Smoga kerajaan yang maha zalim ni mendapat balasannya.


Siapa peminat kasut Dr Martens sila angkat keyboard. Rasanya ramai peminat² kasut Dr Martens kan. B...

Siapa peminat kasut Dr Martens sila angkat keyboard. Rasanya ramai peminat² kasut Dr Martens kan. Bukan sekadar minat jer, siap buat koleksi kasut Dr Martens lagi kan. Kalau dah minat. Nak tau koleksi terkini kasut Dr Martens tak? Meh baca nih.


Nangis tengok kasut Dr Martens yang cantik nih. Saya juga penggemar jenama kasut Dr Marteen ni dari dulu lagi. Siapa yang tak suka dengan kasut Dr Martens ni. Antara jenama fesyen kasut yang popular di Malaysia. Jenama yang menjadi pilihan pencinta fesyen kerana ianya menampilkan gaya yang simple dan memberikan impak yang besar ke atas penampilan si pemakai. 



Perghhhh...smartnya. Dr Marten sentiasa hadir dengan rekaan yang segar dan berjaya menarik ramai pemnat fesyen. Tak perlu dinyatakan lagi kenapa jenama ini begitu popular kerana ramai yang akan bersetuju Doc mart cukup hebat dalam mereka dan menghasilkan kasut. Koleksi Kasut Dr Martens Online telah menarik perhatian ramai kerana hadir dengan gaya rekaan yang minimal tapi cukup bergaya. terutamanya untuk golongan lelaki, wanita dan juga remaja. 


Cantik bergaya dan sesuai untuk golongan wanita memakainya. Kalau dapat kasut ni memang tak tidur malam dibuatnya. Rekaan yang cukup cool daripada inspirasi yang mereka perolehi dari trend fesyen terkini yang sedang pupular dalam pasaran. Sebab tu lah jenama fesyen ni cukup menyerlah di antara jenama² yang lain kerana jenama Dr Martens adalah pakar dalam penghasilan kasut yang bergaya.


Kalau tak der idea nak bagi hadiah apa dekat Husband/Boyfriend/Tunang, apa kata anda hadiahkan sepasang kasut Dr Martens ni. Sebab penampilannya yang cukup bergaya untuk lelaki dengan gabungan elemen maskulin yang penuh macho dan fashionable. Memang smart tak hingat lah. Malah koleksi kasut Dr Mart lelaki online ni hadir dengan rekaan yang ringkas tapi cukup seksi untuk digayakan ke mana saja. Woww!!! seksi tu ☺


Apa lagi. Dah baca kan kelebihan kasut Dr Martens yang hebat bergaya, maskulin, macho, fashionable lagi seksi ni. Silalah dapatkan untuk diri sendiri dan pasangan anda untuk bergaya sepanjang masa walau ke mana saja anda pergi. Terjah cepat kasut Dr Martens Malaysia Online sekarang juga!!!

Note: Teringin nak sambar sepasang. Tapi harga tak mampu poket...huhuhu...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks