AFB Feeds

PROMO | GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY Kami selaku penaja untuk segmen GMBM 1st ANNIVERSARRY GI...

http://grupmamabloggersmalaysia.blogspot.com/2015/10/gmbm-1st-anniversarry-giveaway.html

PROMO | GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY Kami selaku penaja untuk segmen GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY dengan berbesar hati ingin menjemput semua rakan blogger Malaysia agar join segmen GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY sempena meraikan ulang tahun penubuhan Grup Mama Bloggers Malaysia [ GMBM ] yang genap setahun pada 21 Oktober 2015 ini.

Detail segmen :

~ Mula : 21 Oktober 2015 - 31 Oktober 2015 ~
~ Hadiah : 19 pemenang di cari ~

Jom meriahkan segmen ini bersama kami.
Klik Banner Segmen untuk menyertai.

Selamat Bersegmen


GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY ini di taja sepenuhnya oleh Kathy, Mamaniza, Sofu, Suria, Sally,  Hani, Eyra, Fuza, Adna, Ayumie, Yong, Zie, Eda, Hana, Yana Yani, Ida, Fiza, Ida Bits & Aida.

Lately ni bila diperhatikan dalam laman social especially FB. Banyak betul topic perdebatan h...


Lately ni bila diperhatikan dalam laman social especially FB. Banyak betul topic perdebatan hangat dikalangan ibu² semua. Antaranya…Vaccine vs Immunization, Home birth vs Hospital birth, Home-schooling vs public schooling, Stay at Home Mom (SAHM) vs Working mom. Ini sebagai contoh yerp. Dan yang terbaru ni…Breastfeeding vs Formula Milk.

Menyentuh mengenai BF vs FM ni, perdebatan ni dah lama sebenarnya. Tapi menjadi hangat gara² tajuk sebuah akhbar yang mengaitkan isu breastfeeding penyebab si ibu terjun dari pangsapuri. Agak panas jugak lah saya sebagai seorang Breastfeeding mom. Kenapa mesti tajuk sebegitu yang di highlight kan? Cuba tengok perbezaan tajuk akbar Hairan Metro dengan The Star ni:

Hairan Metro punya tajuk

[The Star] punya tajuk

Nampak tak perbezaan tajuk tu? Kekadang newspaper ni pon tak hagak² buat tajuk. Bukan main gempak lagi tajuk tu. Dah macam tak der tajuk lain nak buat. Tajuk sangat mengundang emosi ibu2 yang menyusukan anak diluar sana tau. Terus jadi perdebatan bila baca komen² dari BF mom dan jugak FM mom. Isunya disini, bukan breastfeeding saja puncanya. Banyak lagi punca² lain yang menyebabkan terjadinya perkara macam ni.

Tau kan…orang dalam pantang ni mudah dapat depression atau dalam bahasa lain MEROYAN atau POSPARTUM DEPRESSION. Gejala kemurungan selepas bersalin atau postpartum depression adalah gangguan psikologi yang perlu mendapat rawatan pakar. Ia lebih teruk dan mendatangkan kesan buruk kepada ibu dan bayi yang baru dilahirkan. Ia lebih kerap berlaku pada bulan pertama sehingga selepas setahun kelahiran anak. Malah ia boleh juga berlaku selepas keguguran atau kematian bayi dalam kandungan. Ibu-ibu yang menghidap kemurungan selepas bersalin mengalami perubahan emosi yang lebih teruk dan lebih lama. [SUMBER]

Gila meroyan pula adalah gangguan perasaan atau jiwa yang serius. Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah yang dialami wanita sewaktu atau selepas berpantang. Pada tahap ini, seseorang wanita yang mengalaminya mampu melakukan perkara-perkara yang boleh mencederakan dirinya, bayi serta orang di sekelilingnya.

Jelas kan maksudnya. Kalau iya pon sebab penyusuan maka tercetusnya kemurungan. Rasanya banyak factor lain disekelilingnya yang boleh  menyumbang kepada kemurungan. Bukan sebab kecewa tak dapat breastfeed baby terus nak tamatkan riwayat diri sendiri. Tak kan orang yang sedang meroyan suka suki nak bunuh diri kan sebab dia tak sedar pon apa yang dia buat. Mungkin ada pencetus lain yang kita tak tau.

Emosi ibu dalam pantang sangat fragile. Tak boleh dibiarkan sendirian especially kalau baru lepas bersalin anak pertama. Orang sekeliling pon kena take action. Jangan beri tekanan. Bagi lah sokongan. 


Berbalik kepada isu. Sebab tajuk ni lah tercetus perbalahan antara BF dan FM mom. Katanya Breastfeeding mom terlalu obsessed dengan breastfeeding. Breastfeeding mom ni kekadang suka menunjuk hasil susu yang sepenuh² peti ais. Asal perah jer nak tunjuk hasil yang meriah. Breastfeeding mom ni suka kondem ibu² yang bagi anak mereka FM. Pilihan ditangan masing². Nak BF...teruskan. Nak FM pon...dipersilakan. 

Saya bukan dalam kategori yang kondem ibu² yang bagi anak mereka FM. Bagi saya rezeki tu ditangan ALLAH. Kalau ALLAH dah kata susu dia banyak, maka banyak lah hasil tenusu tu. Kalau ALLAH kata susu dia hanya setakat 6 bulan, maka 6 bulan lah rezeki anak tu dapat susu ibu. Tapi kalau ALLAH dah bagi rezeki susu yang banyak tapi anda tak der usaha nak teruskan penyusuan susu ibu, itu memang sangat menyedihkan.

Suka tayang hasil tenusu. Bagi saya tak ter masalah pon. Menunjuk bukan sebab bangga atau riak dengan hasil susu yang meriah. Menunjuk bukan sebab bangga atau riak sebab dapat kumpul stok susu sepenuh² peti ais. Menunjuk sebab kita nak bagi semangat kat ibu² diluar sana supaya tak putus semangat kalau hasil susu tak meriah macam orang lain. Supaya ibu² diluar sana rasa ter motivasi nak buat macam tu. Bukan nak buat mereka rasa down. 

Kita ni kalau asyik fikir apa pandangan orang kalau kita buat/upload sesuatu, baik tak payah ada blog, FB atau IG. Asal update makan kat tempat best, kata nak menujuk. Asal update gambar gi bercuti, kata macam dia sorang jer yang bercuti. Asal update gambar family dan anak² kata macam dia sorang je ada keluarga bahagia. See…kalau dah negative thinking tu, apa yang orang lain buat dia rasa negative. Sama jugak macam upload gambar tayang susu. Mengata jugak…haishhhh…

Mohon terasa bagi yang terasa tu yerp. 

Semuanya bermula dari mind setting. Kalau anda fikir ia dari sudut yang positif, maka positif lah ia. Kalau anda fikir dari sudut yang negative. Asyik rasa orang yang upload tu nak menunjuk², memang ada something wrong somewhere pada diri anda. Ada penyakit hati kot. Lagi bagus jangan ada laman social FB. IG atau Blog kalau apa yang orang buat anda rasa tak puas hati. 


Sudah² berbalah. Hentikanlah sikap suka menilai antara satu sama lain. BF atau FM, pilihan ditangan sendiri kan. Breastfeeding mom tak perlu nak kondem ibu² yang bagi Formila Milk. Begitu juga dengan ibu² yang bagi formula milk, tak yah lah nak kondem ibu² yang Breastfeed. Semua ibu² nak yang terbaik buat anak².

Siapa kata FM ni senang? Terpaksa berjaga malam sebab nak bancuh susu. Terpaksa angkut bakul kelengkapan susu kalau nak kluar berjalan. Terpaksa hadap harga susu yang makin mahal setiap tahun. 

Begitu juga dengan Breastfeeding. Siapa kata Breastfeeding ni senang? Ingat tak segan ker nak breastfeed depan public even pakai nursing cover? Ingat senang ker nak cari nursing room kat shopping complex tu kalau anak dah melalak² minta disusukan, malainkan anda dah hafal setiap nursing room kat setiap shopping complex yang ada ni. Ingat senang ker nak susukan anak bila terpaksa hadap nipple yang luka terbelah dan berdarah? Pedihnya hanya DIA jer yang tau. Sampai kejang² kaki menahan kesakitan. Ingat senang ker nak pam susu kat pejabat? Kalau sibuk dengan kerja memang sehari sekali lah dapat pam. Lagi sadis bila tak der masa nak mengepam langsung tau. Ingat senang ker nak maintain stok susu? Dapat anak yang kuat minum dan tak minum susu lain? Memang tak cukup tenaga sebab terpaksa berjaga malam nak pam susu...nak buat double pumping.

Kesimpulannya...BF atau FM, masing² ada PRO and CON nya ok. Peace...no war.

Note: Phewwww...kalau ikutkan panjang lagi nak taip. Tapi cukuplah sampai sini dulu ☺





Bila kali terakhir anda menghabiskan masa yang berkualiti bersama ibu dan bapa anda? Boleh inga...


Bila kali terakhir anda menghabiskan masa yang berkualiti bersama ibu dan bapa anda? Boleh ingat tak bila kali terakhir anda bawa ibu dan bapa anda bersiar² atau membawa mereka keluar untuk makan malam bersama dengan anda? Apa...tak ingat? 

Nak tau tak, yang paling mengembirakan hati seorang ibu dan ayah adalah bila anak² mereka dapat meluangkan masa dengan mereka walau pon sekejap. Kalau tak dapat jenguk ibu dan ayah dikampung, telefon kan ada. Telefon lah mereka sekerap yang mungkin. Itu pon dah cukup bermakna walau tidak dapat bersua muka dengan anak². 


Jom kita berikrar. AIG Malaysia sedang mengadakan kempen 'PLEDGE FOR TOMORROW' untuk anda semua sertai. Tujuannya adalah supaya kita semua dapat berikrar untuk meluangkan masa yang berkualiti  bersama ibu dan ayah anda yang tercinta. 

Matlamat AIG Malaysia untuk kempen ini adalah untuk mengumpul seberapa ramai yang boleh untuk membuat ikrar dan melaksanakan ikrar ini. Kempen ni bermula dari 7 October - 30 November 2015 dengan menawarkan hadiah² menarik untuk anda dan keluarga yang menyertai 'PLEDGE FOR TOMORROW' ni. 



Steps yang perlu anda buat. 


Mulakan ikrar anda untuk menghabiskan lebih banyak masa dengan ibu dan ayah anda. Bawak gi taman ker. Bawak gi window shopping atau bawak pergi makan². Penuhi ikrar dan janji anda dengan mengambil gambar² terindah dan detik² istimewa anda menghabiskan masa dengan ibu dan bapa anda. Jangan lupa muat naik gambar² istimewa tersebut di INSTAGRAM dengan hashtag #pledgefortomorrow

Jommmmm....Mulakan ikrar hari ini dengan membawa kenagan hebat ibu dan ayah kita untuk hari esok.

Note: Ada mak jer. Ayah dah 10 tahun tak der. Untung lah pada yang masih punya ibu dan ayah. 


Gambar ulang tayang jewr ☺ Minggu ni minggu exam anak². Rasanya kebanyakan sskolah start exam...

Gambar ulang tayang jewr ☺

Minggu ni minggu exam anak². Rasanya kebanyakan sskolah start exam harini. Good luck untuk Iman Hakimi, Qahirah dan juga buat anak² uolls yang tengah exam jugak nih. Kesian kat Kimi. Sepatutnya isnin last week dah start. Tapi sebab jerebu kan. Terpaksa tunda ke minggu nih. Jumaat haritu dah start exam rupanya. Aku pon tak tau. Bila bukak blog skolah, baru tau start terus hari jumaat. 

Hari ni pon sekolah agama start exam jugak. Bertembung exam skolah agama ngan skolah kebangsaan. Pagi petang exam. Bertabah lah nak. Yang si budak tadika pon bukan main lagi ada exam nya. Apa pon keputusannya, terima lah dengan hati yang terbuka. Anak² dah berusaha dan buat yang terbaik sebenarnya. 

Tak tau nak citer apa sebenarnya nih. Dah datang mood femalas haku ni ha. Sebelum berlarutan, citer jer lah pasal anak² sebab citer pasal anak² ni tak pernah habis. Korang jangan bosan plak yerp...ngeeeee...

Note: Anak yang exam, hemak yang over berdebar. 


Segmen 12 Jam Bloglist #17 Mialiana.com Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember...


Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Oktober 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #17 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...


Basuh tangan dengan sabun adalah cara yang paling berkesan dan paling murah untuk mencegah peny...


Basuh tangan dengan sabun adalah cara yang paling berkesan dan paling murah untuk mencegah penyakit berjangkit. Kebanyakan rakyat Malaysia masih tak aktif dalam mengamalkan tabiat harian membasuh tangan ni. Sempena kempen tahunan Hari Membasuh Tangan Sedunia @ Global Handwashing Day, Lifebuoy ingin membawa perubahan tingkah laku di kalangan rakyat Malaysia dengan memberi tumpuan pada ibu² diluar sana untuk mengajar anak² mereka langkah² mudah untuk membasuh tangan dengan betul.

Rasanya masih ramai yang tak tau mengenai Global Handwashing Day kan? Meh saya kongsikan info ni:

Mengenai Hari Mencuci Tangan Sedunia

Hari Mencuci Tangan Sedunia adalah satu acara global tahunan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang pentingnya mencuci tangan dengan sabun sebagai cara mudah, berkesan dan termampu untuk mencegah penyakit dan menyelamatkan nyawa. Hari Mencuci Tangan Sedunia diasaskan oleh Global Public-Private Partnership for Handwashing dan dirayakan pada 15 Oktober setiap tahun. Ia adalah peluang untuk mengilhamkan, menguji dan mengulangi cara kretif untuk menggalakkan orang ramai mencuci tangan mereka dengan sabun pada waktu penting. Hari Mencuci Tangan Sedunia bertujuan untuk:
  • Memupuk dan menyokong budaya global dan tempatan mencuci tangan dengan sabun
  • Memperlihatkan amalan dan tabiat mencuci tangan di seluruh dunia
  • Meningkatkan kesedaran tentang manfaat mencuci tangan dengan sabun

Pada 17 October 2015 baru² ni, saya dan keluarga telah diberi peluang untuk sama² menyambut Global Handwshing Day 2015 yang bertempat di KidZania Kuala Lumpur. Majlis pelancaran pada hari itu telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Dr. Halim Bin Haji Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Pengerusi Unilever Malaysia, Singapore, Myanmar, Cambodia dan Laos, Mr. Rakesh Mohan.


Acara diserikan lagi dengan Choral Speaking dari SK Putrajaya Presint 14 yang merupakan antara seratus sekolah yang terpilih dalam menjayakan ‘Program Doktor Muda Bersama Lifebuoy’. Murid dari sekolah yang dipilih sebagai “Doktor Muda” akan menjalani latihan khas tentang prinsip asas menjaga kesihatan dengan mengikuti modul latihan dan pembelajaran yang ditetapkan oleh pihak Kementerian. Dilancarkan pada bulan March 2011, program Doktor Muda bertujuan memperkasakan pelajar untuk menggalakkan dan mempengaruhi tabiat yang baik dengan menjaga kebersihan di kalangan rakan sebaya mereka dengan ahli keluarga masing².

Jom kita cuci tangan bersih² ☺

Yeayyyy...tangan dah bersih dan bebas kuman ☺

Basuhlan tangan dengan sabun sebelum menyediakan makanan, sebelum makan dan selepas ke tandas. Jom kita amalkan 7 teknik membasuh tangan yang betul ni:



1. Basuh tangan dengan sabun secukupnya
2. Gosok tapak tangan
3. Gosok setiap jari dan celah jari
4. Gosok kuku di tapak tangan 
5. Gosok belakang tangan 
6. Basuh dengan air bersih secukupnya
7. Keringkan tangan dengan kain bersih



Kita sebagai seorang ibu memainkan peranan penting dalam membentuk tabiat yang baik dalam kehidupan anak². Memperkenalkan tabiat kebersihan tangan melalui sudut pandangan seorang ibu adalah satu kaedah yang berkesan. Tunjukkan demonstrasi mudah untuk mempamerkan pentingnya mencuci tangan dengan sabun semasa mandi, sebelum sarapan, sebelum makan tengah hari, sebelum makan malam dan selepas ke tandas.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif Hari Mencuci Tangan Sedunia pada tahun ini, Lifebuoy mengumpulkan ikrar daripada ibu² dan keluarga utuk meningkatkan kesedaran terhadap pentingnya mencuci tangan sebagai satu langkah yang mudah dan teknik mencuci tangan yang betul untuk menjaga keselamatan dan melindungi keluarga daripada risiko jangkitan.

Untuk menyokong pergerakan ini, anda hanya perlu mengambil gambar anda dan keluarga anda berikrar untuk mengamalkan tabiat mencuci tangan dan memuat naik gambar dengan hashtag #LifebuoyGHD2015

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Lifebuoy, boleh layari:


Note: Alhamdulillah...rezeki anak². Dapat jugak gi KidZania. Cuma Iman Hakimi tak dapat join sebab ada Kem Solat. Harap² adalah rezeki dapat gi Legoland atas tiket Blogger ☺


Siapa yang tak suka bila blog kena review kan. Dari review tu lah kita dapat tahu kelebihan dan kek...

Siapa yang tak suka bila blog kena review kan. Dari review tu lah kita dapat tahu kelebihan dan kekurangan yang ada pada blog. Secara tak langsung boleh buat penambahbaikan lagi. Erkkkk...apsal skema plak ayat aku nih....haishhhhh...Straight to the point.


Semalam blog #ibu3anak [SuperMOM With SuperKIDS] ni dapat review percuma dari YANA YANI. Terima kasih banyak² Yana sebab sudi review blog kita yang tak seberapa nih. Kembang sertaman perumahan bila baca tau. Dalam sibuk² tu pon masih sempat curi masa untuk review blog. Bukan jer dapat review blog secara percuma. Tapi dapat cenderahati lagi tu.


Cantik kan tasbih mini tu. Lupa dah dapat sebab apa. Tapi untuk review blog ni dapat sebab jadi pengomen tegar kat blog yana nih. Thanks again Yana. Smoga bertambah murah rezeki dan semoga ukhwah kita ni berkekalan sampai bila² even hanya di alam maya. Harap boleh bertentang mata satu hari nanti.

Nak menambah kenalan? Jom terjah blog Yana Yani [Diari Seorang Mama]...ibu kepada sepasang cahayamata yang comel dan handsome

Note: Bukan mudah nak buaat kerja review nih tau. Even review blog sekali pon. 


Ok...kita lupakan [KISAH RAKYAT MARHAEN] . Keluh kesah kita bukan menteri² pasola amik pedulik ...

Segmen Bloglist Blogger Baru 1437H

Ok...kita lupakan [KISAH RAKYAT MARHAEN]. Keluh kesah kita bukan menteri² pasola amik pedulik pon. Moh ler kita naikkan trafik blog nih. Pakar SEO HASRUL HASSAN tengah buat SEGMEN BLOGLIST BARU 1437H. Tarikh akhir segmen ni adalah 16 OCTOBER 2015


Selamat tinggal Highway Silk. Start harini aku curang dengan kau. Kadar tol yang naik 80 sen betul²...

Selamat tinggal Highway Silk. Start harini aku curang dengan kau. Kadar tol yang naik 80 sen betul² membebankan poket aku yang tak berapa nak lebat nih. Kos sara hidup yang kalau tak di urus betul² boleh membuatkan gaji sebulan pon belum tentu cukup. Janji manismu betul khenn. 


[GALAK GUNA PENGANGKUTAN AWAM] katanya. Macam tak releven jer statement nih kan. Pak menteri sekalian pernah tak naik kenderaan awam? Tak kot. Naik kereta ada driver. Pergi kerja ber escot...'ke tepi...ke tepi. Sila beri laluan. VVIP nak lalu'. Senang² jer tak payah redah jalan yang sesak kan. Suma nak kena rakyat yang mulakan. Kenapa bukan pak menteri yang mulakan dulu naik kenderaan awam?

Lepas tu kan, ingat suma tempat ada laluan untuk bas masuk kat kawasan perumahan ker? Lepas tu bas boleh terus hantar sampai kat tempat kerja? Kalau lah ada, aku pon  nak naik kenderaan awam. Tak payah hadap jalan sesak lagi sebab ada driver yang bawak.


Ayat standard pak menteri. Bercakap memang senang kan pak menteri sekalian. Ingat suka suki aku nak ikut tol? Ikut tol sebab nak cepat sampai office. ikut tol sebab ada laluan kontra. Sebab tol naik aku kena ikut jalan yang agak sesak dan sibuk. 

Dilema balik kerja pulak. Kalau aku tak ikut tol, macam biasa kena guna jalan sibuk dan sesak. Pukul berapa nak sampai nursery/tadika? Tau tak kalau lewat amik anak kat nursery/tadika kena charge overtime?? Duit habis bayar overtime jer lah kalau macam nih. 

Note: Sekadar luahan perasaan pengguna tol tegar. Tapi skang tidak lagi. Kalau terdesak sangat baru boleh masuk tol kot. 



Tinggal beberapa jam jer lagi kita akan memasuki fasa baru. Fasa di mana tahun baru islam akan ...


Tinggal beberapa jam jer lagi kita akan memasuki fasa baru. Fasa di mana tahun baru islam akan membuka tirainya yang baru. Dan usia kita pon memasuki usia yang baru. Bulan Muharram, bulan pertama dalam kalender Islam yang hadir saban tahun disambut oleh umat Islam sebagai tanda kecintaan kita terhadap Islam. Selamat Tahun Baru Hijrah. Selamat tinggal 1436 Hijrah dan selamat datang 1437 Hijrah. Masih mengekalkan tema 'PERPADUAN NADI TRANSFORMASI NEGARA'


Jangan lupa lepas maghrib nanti baca doa awal tahun dan banyakkan berselawat sampai masuk Isyak nanti.

Salam Maal Hijrah buat semua umat islam diseluruh dunia. Smoga  tahun baru ni, kita sama² berhijrah untuk membentuk keperibadian yang lebih sempurna. Dapat memperbaiki diri kita daripada baik kepada yang lebih baik. Dan semoga kita semua sentiasa di bawah Lindungan dan RahmatNYA...di ampuni segala dosa² kita yang lalu. Semoga di kuatkan iman kita untuk menempuh hari² yang mendatang yang penuh dengan cabaran.

Note: Di akui...masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Jom kita audit diri kita.


Apa??? Bubur nasi boleh masak dalam masa 15 minit jer? Yurpppp...Semua masakan jadi cepat dan mudah...

Apa??? Bubur nasi boleh masak dalam masa 15 minit jer? Yurpppp...Semua masakan jadi cepat dan mudah dengan bantuan Noxxa Pressure Cooker. Masa [TAK SIHAT] haritu, tekak pon rasa teringin nak makan bubur berlauk. Kalau nak makan kat kedai, dah berapa lah harganya kan. Memandangkan tak pernah masak bubur nasi dalam NPC lagi, moh ler kita ber ekperimen dalam NPC dengan try masak bubur nasi.


Maka ini lah hasilnya...Bubur nasi berlauk 15 minit. Menu lunch merangkap ker dinner untuk orang yang tak sihat haritu. Gigih pepagi gi kedai cari bahan² lepas hantar anak² gi skolah. Dalam tak sihat tu pon kerja surirumah tetap berjalan khenn. Selera besar mengalahkan orang yang tak sihat. 

BUBUR NASI yang lawannya dengan TELUR MASIN, IKAN BILIS GORENG BAWANG DENGAN CILI API, KANGKUNG MASAK TAUCU dan  EGG TOFU. Gigih lah aku memasak suma lauk pauk nih. Berselera betul makan sebab dah lama tak makan bubur berlauk macam nih. 2 kali lah masak bubur sebab anak² pon suka. 

Senang jer nak masak bubur nasi dalam NPC nih. 1 CAWAN BERAS YANG DIBASUH. TAMBAH 6 CAWAN AIR. SET KAN MODE HIGH PRESSURE 15 MINIT DAN TEKAN MODE ON. Dah cukup masa, PUSING PENUTUP NPC KER TITIK STEAM UNTUK RELEASE KAN WAP. Senang dan cepat kan. 

Sekian resepi NPC untuk harini. Tunggu resepi yang seterusnya plak yerp. 

* Kalau nak masak bubur lebih dari 1 cawan beras, double kan lah sukatan air tu.

Note: Tengok bubur berlauk ni rasa maca nak buat bubur lah malam ni ☺☺


Tu dia. Tajuk bukan main panjang lagi. Terbaca status dari Tuan pemilik Denaihati Network kat ...


Tu dia. Tajuk bukan main panjang lagi. Terbaca status dari Tuan pemilik Denaihati Network kat FB ni semalam. Agak mencabar juga tasknya. Rasa macam berat hati jer nak join. Tapi hadiah tu agak lumayan. Apa salahnya kita mencuba nasib kan. Godek punya godek blog Denaihati.com [Hidupkan Untuk Member]. Maka ini lah yang aku jumpa. Mari kita tengok ☺

10 ENTRI BLOG DENAIHATI YANG MENDAPAT TRAFIK TERTINGGI DARI 
1 JANUARI-30 SEPTEMBER 2015





















Ini lah dia antara 10 entry blog yang mendapat trafik paling tinggi dari 1 January sampai 30 September 2015. Betul atau tak, hanya Tuan Denaihati jer yang dapat memberikan jawapannya...hehehe...

Note: Yang lain²...jom cuba. Mana tau rezeki ☺


Bila dah nak hujung tahun nih, exam pon dah nak start. Exam Iman Hakimi start 19 October ni. Tu pon...

Bila dah nak hujung tahun nih, exam pon dah nak start. Exam Iman Hakimi start 19 October ni. Tu pon aku call skolah tanya bila exam. Tanya kat kimi, katanya bulan 10. Tapi tak tau bila tarikhnya. Tanya surat...nan hado lagi suratnya...ppffttt...Baik call sekolah untuk dapatkan kepastian. 


Tadi dapat whatsapp dari group PASTI. Next week ada hafazan lisan untuk exam akhir tahun. Cikgu siap bagi senarai surah² yang nak di hafal. Pergghhhh...hebat budak² 5 tahun PASTI kalau dah hafal surah² nih. Aku dulu 5 tahun pon setakat tahu Al-Fatihah jer kot. Harap² Qahirah dah hafal lah surah² tu. 


Malam ni kita ulangkaji sama² yer kakak. Ada jugak surah² yang ibu belum hafal/lancar lagi. Harap² kakak dah hafal surah² yang ustazah bagi ni. Ustazah pon dah suruh tasmi dengan anak kat umah. Kalau anak lagi hafal/lancar dari ibu. boleh tercabar ibu nih kakak...hehehe...Exam bertulis plak start dari 26 October sampai 30 Oktober nih. 

Bulan October memang bulan exam. Anak yang exam, ibu yang nervous semacam. Good luck untuk hafazan next week yer kakak. 

Note: Alhamdulillah....sejak masuk PASTI ni dah banyak surah² yang qahirah dah hafal. Sampai dalam toilet pon dok membaca doa...ppfftttt...

Jom mantapkan ilmu solat anak² kita. Buat parents² yang berminat, boleh contact nombor yang ter...


Jom mantapkan ilmu solat anak² kita. Buat parents² yang berminat, boleh contact nombor yang tertera pada banner tu. Tempat adalah terhad. Ni saya copy paste balik dari [BLOG RAUDHAH ISLAMIC SCHOOL] tujuan Kem Solat ni diadakan dan antara aktiviti yang disediakan.

Program Kem Smart Solat SEK RENDAH ISLAM RAUDHAH akan diadakan pada 17 dan 18 oktober 2015 (Sabtu- Ahad) bertempat di Sek rendah islam raudhah taman putra kajang. 

Tujuan program ini diadakan ialah untuk memberi kesedaran kepada para peserta tentang kepentingan solat dan ibadah serta memupuk disiplin yang mantap dan menyemai keimanan, keyakinan diri dan berfikiran positif apabila menghadapi dugaan dan masalah dalam hidup. 

Antara aktiviti menarik semasa program ini diadakan ialah praktikal Azan dan Iqamah, praktikal wudhu’, tayammum, bacaan didalam solat dan penampilan istimewa slot bersama IMAM MUDA NAJDI 

PENYERTAAN TERBUKA KEPADA KANAK² YANG BERUMUR 8 HINNGA 12 TAHUN (PENYERTAAN TERHAD) Kepada ibu bapa yang berminat boleh lah menghubungi ustaz dhiya 016-2162600/ustazah yana 016 2162600 atau hadir sendiri di Sek Ren Islam Ar-Raudhah.

Kalau berminat cepat² daftar tau sebab saya dah pon daftarkan Iman Hakimi. Kalau boleh daftar lah minggu ni sebab pendaftaran hanya terhad untuk 100 orang peserta. 

Note: Tengah mencari program/kem motivasi untuk cuti sekolah ni. Biar belajar hidup berdikari sket.


Anak² dan soalan memang tak dapat dipisahkan. Ada jer soalan² yang ditanya. Kalau soalan² nya senan...

Anak² dan soalan memang tak dapat dipisahkan. Ada jer soalan² yang ditanya. Kalau soalan² nya senang, senang jugak lah ibu dia ni nak memberi jawapan. Tapi kebanyakan soalan² yang di lontarkan adalah diluar pemikiran kotak. Kalah soalan SPM wei. Buat ibu jadi kelu nak jawab apa. Antara soalan cepuk cemas yang ditanya si anak yang berumur 8 tahun:

  1. Ibu...Malaikat yang mencatit amalan kita tu, tulis dalam Bahasa Melayu ker Bahasa Arab?
  2. Ibu...Kalau orang Cina buat baik, dia boleh masuk Syurga ker? Sebab dia kan buan Islam.
  3. Ibu...Kalau orang tu solat, tapi dia tak pakai tudung. Doa dia diterima tak?
  4. Ibu...Dia kan mengandung, kenapa dia pakai seksi²? Boleh ker pakai macam tu? Dia kan solat. Tak berdosa ker?
  5. Ibu...Syurga tu kan kat bawah tapak kaki ibu. Macam mana nak masuk kat tapak kaki ibu tu? 
  6. Ibu...Rogol tu macam mana?
Ok...Soalan nombor 1 tu, ibu pon tak pernah terfikir malaikat tu tulis dalam bahasa apa kimi. Soalan last skali tu buat ibu pitam nak menjawabnya. Kelu seribu bahasa. Tergantung macam tu jer sebab ibu pon tak tau nak explain macam mana. Kalau salah explain kang, jadi ajaran sesat pak nanti. 

Bertalu² soalan² ko nak oiiiii...Pernah jugak dia tanya, 'Ibu...allah tu tinggal kat mana?' 'Kenapa kita tak boleh nampak allah?'...ppffttt...Nak kena cari jugak buku yang ada guide  macam mana nak terangkan soalan² dari anak yang unsangkarable nih. 


Ni bukunya. Thanks to Maria Firdz sebab suggest buku nih. Ibu kena lebih banyak kan membaca lepas nih. Kesian gak kekadang bila jawapan yang diberi tak memuaskan hati si anak. Si ibu pon sebenarnya tak puas hati jugak, Jawapan sekadar penerangan yang ringkas. Tak seperti expectation si anak yang kalau boleh ingin kan jawapan yang lebih jelas kan. 

Psstttttt...Boleh bagi idea and jawapan yang sesuai tak untuk soalan² di atas? Especially untuk soalan yang last skali tu ☺☺

Note: Tu baru soalan dari Iman Hakimi. Belum soalan dari Qahirah & Iman Qhalif lagi. Hurmmmm...Bersiap sedialah untuk soalan cepuk cemas yang seterusnya. 


Memperkenalkan siri baru dari NICKELODEON ... Make It Pop . Drama bersiri yang dibintangi oleh ...


Memperkenalkan siri baru dari NICKELODEON...Make It Pop. Drama bersiri yang dibintangi oleh ahli kumpulan XO-IQ sendiri. Siri muzikal yang pasti menjadi tarikan baru dikalangan remaja² diluar sana. Tak terkecuali juga pada kanak².

Nak tau tak, menurut penyelidikan yang dikeluarkan oleh Viacom International Media Networks', kajian normal mendapati bahawa kanak² yang berumur antara 9 dan 14 tahun menghilangkan tekanan mereka dengan mendengar muzik dan menonton televisyen. Patutlah anak² saya suka menonton televisyen. Nak melepaskan tekanan rupanya...hehehe...Tapi tetap dibawah pengawasan orang tua. Ada masa tengok TV dan ada masa kena belajar jugak kan.

Wakil dari Viacom International Media Networks dan Edelman

Pada 5 September 2015 yang lepas, saya dan keluarga telah dijemput untuk menghadiri 'Make It Pop' Dance Workshop yang bertempat di Street Nation Dance Studio yang terletak di Bandar Sunway. Peserta² cilik ini diberi tunjuk ajar oleh pengajar tarian yang berpengalaman untuk membuat gerakan tarian seperti didalam rancangan Make It Pop ini. 



Mana Qahirah?? Anak dara tu malu nak berjoget. Tak bagi kerjasama tau haritu. Geram jer rasa. Kat umah bukan main lagi berjoget². Bila dah ramai² tu malu plak dia. Anak LIZIZWA dan yang lain² relax jer menari.


Budak malu nak menari. Tak dapat menari, tapi dapat bergambar dengan dance instructor yang comel ni pon jadi lah. Seronok jer tengok bebudak tu menari. Rasa macam nak menari sama...hahaha...

About 'Make It Pop'

Three unique girls – an aspiring pop diva, a fashionista and a bookworm – come together at school to form their own K-pop-inspired band in Nickelodeon’s newest live-action, daily scripted series, Make It Pop, which premieres in Asia on Monday, 31 August at 5pm (TH/WIB), 6pm (HK/MY/SG), and 6.30pm (PH). Viewers can catch up on episode re-runs on weekends and access additional content such as original music videos, sing-a-long videos, a how to dance video and a quiz game online.


In this new half-hour musical comedy, diva Sun Hi (Megan Lee), fashionista Jodi (Louriza Tronco) and bookworm Corki (Erika Tham) must learn to live together in perfect harmony after they are randomly selected to room together at boarding school. With the help of fellow classmate and aspiring DJ, Caleb (Dale Whibley), the girls grow from roommates to bandmates as their group, XO-IQ, becomes a school-wide sensation and they compete for a place in the upcoming school musical, all while balancing music, grades, relationship and crushes.


Muka happy memasing. Anak² happy, hemak double triple happy nya. 


Tengok goodies bag lagi lah kan. Hemak pon excited menengoknya. Suka invitation yang membabitkan anak² skali nih. Thanks NICKELODEON and Sarah for having us. Enjoy sangat. 

Untuk maklumat lanjut, boleh layari website www.nick-asia.com



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks