AFB Feeds

Kluar dah topik breastfeeding. Tajuk bukan main panjang lagi. Maknanya panjang jugak lah kisahnya y...

Kluar dah topik breastfeeding. Tajuk bukan main panjang lagi. Maknanya panjang jugak lah kisahnya yerp...hehehe...Kali ni nak citer pasal Weaning Off Breastfeeding si anak soleh Iman Qhalif.


Biasalah bagi ibu² yang menyusukan anaknya kan. Saat paling sedih bagi seorang ibu yang menyusukan anak adalah saat nak menceraikan/memisahkan susu badan dari anak tu sendiri. Mulut bukan main lagi dok saiko anak bila nak berhenti menyusu. Tapi jauh disudut hati tu...perasaan berat nak weaning off tetap ada. Hanya yang pernah mengalaminya saja yang tau perasaan tu.

Abang sado Iman Qhalif...dalam proses nak weaning off breastfeeding di usia 3 Tahun 5 Bulan. Satu tempoh penyusuan yang agak panjang kalau nak dibandingkan dengan abang Iman Hakimi dengan kakak Qahirah dia dulu. Kiranya anak solah Qhalif ni win lah dalam menyusu...hehehe....

Masuk harini dah hari ke 5 Qhalif tak minta 'nenen' @ menyusu. Agak mengejutkan jugak sebab budak ni kalau nak tido mesti nak mengempeng dulu. Tido malam skang pon dah boleh tido sendiri. Tak yah mengempeng pon dah boleh tido. Tepuk²...garu² belakang...erkkkk...dah lelap. Tido pon dengan abang dan kakak. Tak tido ngan ibu lagi dah.

Macam mana boleh weaning off breastfeeding sendiri? Kisahnya...lately bila qhalif  breastfeed, aku nyer nipp rasa sakit and pedih. Selalu cakap kat dia 'ibu nyer tek sakit lah dik, tak yah nenen lagi yer. Qhalif pon dah besar. Dah 3 tahun. Dah boleh benti minum susu ibu ni'. agak kerap jugak lah sebut perkataan ni. Dalam sakit² tu, bagi jugak lah. Dah anak nak susu. Takkan nak biar dia menangis kan.

Dari kerap menyusu, lama² kekerapan menyusu tu jadi kurang. Start jumaat last week sampailah pagi ni qhalif dah tak minta 'nenen' lagi. Aku plak yang tetiba boleh jadi rindu nak menyusu kan si qhalif ni. Boleh gittew. Rindu bonding time. Kalau menyusu kan tangan dia suka merayap²...pegang mata kita, pegang hidung kita, usap pipi kita...Alahaiiii...sedih plak rasa. Ibu ko yang emo terlebih ni Qhalif. 

Moral of the story buat ibu² yang menyusukan anak diluar sana. Kita sebagai ibu tak perlu lah nak paksa² anak untuk weaning off breastfeeding melainkan atas sebab² tertentu. Ko letak lah benda² pahit ker, masam ker atau cili sos nak kasi nampak nenen tu macam berdarah sekali pon. Kalau si anak tu tak bersedia, memang tak jalan teknik² ni semua. Memaksa untuk anak berhenti menyusu bukan jalan penyelesaian. Sebab memang anak ni akan berhenti menyusu dengan sendirinya bila dia dah bersedia untuk berhenti. Macam Iman Qhalif lah.

Malu sebab orang mengata? Dah immune telinga ni bila orang cakap 'Haaaaa...dah 3 tahun/dah besar masih menyusu lagi. Ada lagi ker susu badan tu?' 'Eeee...malulah dah besar minum susu ibu lagi' 'Tak nak berhentikan dia hisap susu badan ker? Dah boleh benti dah tu'....ppffttttt...#AkuYangMenyusukanKoYangPanas...hahaha...Abaikan jer lah. 


Tapi kan...masalah aku bila Qhalif dah weaning off ni, breast masih lagi rasa berat dan penuh. Sakitnya dah nak sampai ke bawah ketiak ni. Takkan bengkak susu kot? Malam tadi try pam. Tapi tak kluar setitik pon susu...huhuhu...Pastu sesaja try sua kat Qhalif. Dia reject hokay. Memang dah betul² weaning off nih. Sapa nak tolong kosongkan breast yang masih berat dan penuh nih,,,,uuwwaaaaaa....Rindu breastfeeding moment.

Kalau nau tau lebih lanjut tentang teknik Weaning Off Breastfeeding. Boleh klik [SINI]

Note: Tunggu next baby lah kalau nak sambung breastfeeding balik. Bila tu? Hurmmmmm... ☺


KUALA LUMPUR : Ikea Malaysia terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburannya dengan me...


KUALA LUMPUR: Ikea Malaysia terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburannya dengan membuka cawangan kedua di Cheras, Kuala Lumpur yang dijangka beroperasi pada hujung November ini.


Cawangan kedua itu menambah jumlah cawangannya di Asia Tenggara yang kini mencatatkan dua cawangan di Singapura, satu di Thailand dan dua di Malaysia.

Pengarah Peruncitan Ikea Malaysia, Singapura dan Thailand, Mike King berkata gedung berkenaan mempunyai ruang membeli-belah seluas 42,000 meter persegi iaitu 20 peratus lebih besar daripada cawangannya di Damansara.

Boleh baca selanjutnya [DISINI]

Wah!!! Mesti orang cheras dan kawasan² yang sewaktu dengannya teruja kan. Termasuklah orang yang sedang menaip nih. Tak yah makan meatball jauh² dah. Bangi-Cheras bukan nya jauh sangat pon. Untuk orang Johor dan Pulau Pinang, IKEA bakal menyusul ditempat anda plak nanti. Tapi tak tau bila.

Note: Makin naik lah hartanah area Cheras nanti nih. Untung lah. 

Saat terindah seorang ibu... Bila disahkan hamil walau untuk kandungan kali kedua, ketiga dan...


Saat terindah seorang ibu...
Bila disahkan hamil walau untuk kandungan kali kedua, ketiga dan seterusnya
Saat keterujaan seorang ibu...
Bila melihat anak didalam kandungannya bergerak aktif dan membesar dengan sihat dan sempurna Saat yang tak boleh dilupakan oleh seorang ibu...
Bila bertarung nyawa melahirkan anak yang dikandungnya selama 9 bulan kini berada didepan mata

Alhamdulillah...anak solehah ni genap usianya 5 tahun @ 25 September 2015 haritu. Selamat Hari Lahir kakak Qahirah Binti Husaini. Doa ibu tak lain tak bukan, nak anaknya berjaya didunia dan diakhirat.


Besar dah anak dara ibu nih. Kawan gaduh pon iyer gak. Suka cari pasal ngan ibu tau. Mulut pon macam mak nenek. Sambut kecil² lan jer. Kebetulan masa balik gombak sabtu tu ada buat makan² untuk kawan² makwong (mak long ☺) dan maksu. Jadinya kita tumpang sekali lah majlis tu dengan beli sebijik kek. Kek tu pon sebab ibu yang mengidam nak makan Choc indulgence by SR...hehehe...Puas makan sebab kalau beli satu slice tu memang tak cukup ☺

Ibu, Abah, Abang Iman Hakimi dan Adik Iman Qhalif sayang kakak hingga hujung nyawa.

Note: Jerebu oh! jerebu. Bila nak pulih ni. Tekak dah perit ni hoiii. Mata pon dah pedih.




Ada yang dah cuti ker? Aku masih bekerja. Tapi terpaksa amik half day harini. Transit Iman Hakimi n...

Ada yang dah cuti ker? Aku masih bekerja. Tapi terpaksa amik half day harini. Transit Iman Hakimi ngan Qahirah tutup. Boleh plak aku tak tahu sebab tak teringat nak tanya dan dorang pon tak bagitau yang harini tutup...ppffttt...Nasib nursery Qhalif bukak. Tumpang dorang kat nursery. Kebetulan plak aku tanya bukak sampai petang ker half day? Half day katanya...pffttttt...Sebab aku tak apply leave lagi. Pagi ni masuk office terus apply. Haishhhhh...nasib bos luluskan. Erkkkkk...Panjang plak mukadimahnya yerp.


Salam Aidiladha 1436H dan selamat menunaikan ibadah qurban buat semua umat islam di serata dunia. Buat jemaah² Haji semua, semoga dapat menunaikan rukun islam yang ke 5 ini dengan sempurna dan semoga mendapat haji yang mabrur, insya'allah. Dan smoga di permudahkan semua urusan dan perjalanan. Beruntungnya mereka yang berpeluang menjadi tetamu ALLAH. Harapan aku smoga dapat menjejakkan kaki ke sana satu hari nanti. 

Note: Balik ni nak merendang ayam. Harap² ayam tak habis lagi sebab semalam ayam dah out of stock.





Buat peminat² tegar handbag Coach. Perasan tak ada iklan pasal Coach Bag Clearance Sale kat FB? Mem...

Buat peminat² tegar handbag Coach. Perasan tak ada iklan pasal Coach Bag Clearance Sale kat FB? Memang murah tak hingat lah harganya. Kalau tengok pon memang teruja dan terpedaya nak beli sebab kemurahan yang luar biasa harga handbag Coach tu. Nak tau tak, memang ramai yang dah terpedaya dan tertipu dengan website ni rupanya.



[Website] plak

Memang cilik betul si penipu ni. Dari pembacaan, owner ni dari China sebab credit card charge dalam yuan...hurmmmm...Beli tapi barang tak sampai². Bila comment kat wall FB, terus kena delete dan kena block. Meh baca nih:

Sumber [SINI]

Kalau baca komen² tu banyak website²/Page² yang kaki penipu. Kalau barang² branded ni, jangan lah beli online. Gi terus butik. Uolls ada yang dah terjebak beli ker? Aku pon hampir² rasa nak beli. Tapi fikir² balik, tak kan lah Coach jual handbag murah macam ni. Design pon old fashion. Lagi pon pakai jerlah handbag yang ada nih. Lenjan sampai lunyai...hahaha....

Tapi kesian kat member office ni sebab dia salah sorang mangsa. Nak beli handbag untuk isteri dia, sekali kena tipu...haishhhhh...kalau dah bukan rezeki kan. Pengajaran buat kita semua. Jangan mudah percaya dan terpedaya dengan website/page macam ni. 

Note: Ukur duit dipoket sendiri sudah. Kalau tak mampu nak pakai handbag mahal, Buat cara tak mampu. Hangbag aku paling mahal pon brand BONIA. Hantaran masa nikah. Tapi dah kena ragut. Cisssss...Memang tak selamat lah hidup ko dunia akhirat wahai peragut durjana.


As salam. Salam tengah hari isnin. Macam chipsmore plak kan. Kejap timbul kejap tenggelam. Sila sal...

As salam. Salam tengah hari isnin. Macam chipsmore plak kan. Kejap timbul kejap tenggelam. Sila salahkan hormon kemalasan yang tak berapa nak stabil lately ni yerp...hehehe...*alasan. Ok lah. Straight to the point.


Ada yang tak kenal lagi ker dengan Aiskrim Malaysia. Mana lah tau ada yang tak kenal kan. Biasalah...anak² jaman serba canggih manggih. Kenal eskem Magnum, Hagen Daz, Baskin Robbins Meh lah nak kenal² kan  ni ha....hehehe...

Project hujung minggu di hari sabtu. Bancuh, tuang, ikat ketat² dan bekukan. Buat Aiskrim Malaysia perisa oren ngan milo. Permintaan anak² haruslah ditunaikan. Selagi tak buat, selagi tu lah dok berzikir kat telinga si hemak ni ha. Hemak ko punya malas macam mana sekali pon. Tapi bila bab anak² punya permintaan. Terus jadi rajin tau. 

Anak² plak memang hantu eskem. Ni dah buat untuk bancuhan kali ketiga wei. Eskem tak keras lagi dah nak makan...ppffttt...Si iman hakimi soh jual. Hurmmmm...tak per lah nak. Sendiri buat sendiri makan sudah. Memang tak boleh buat meniaga sebab tak sempat orang nak beli eskem dah habis. 

Bila buat sendiri  ni, terjamin kebersihannya. Sebab buat pakai air yang di masak. Kalau beli tu tak tau dorang pakai air masak atau air paip kan. Tau nak untung jer. Lepas ni kita buat eskem asam boi plak yerp. 

Note: Lepas ni takyah beli eskem kat kedai dah. Ibu dah biat stok eskem kat umah tu. 



Baru jer tau ada Apps untuk kita check tahap API atau Air Pollutant Index atau dalam bahasa melayun...

Baru jer tau ada Apps untuk kita check tahap API atau Air Pollutant Index atau dalam bahasa melayunya Indeks Pencemaran Udara. Ketinggalan jaman betul kan. Tak yah nak check kat website lagi dah. Download jer Apps API ni kat Play Store.


Ni pagi semalam punya bacaan. Sangat tak sihat hokay. 


Senarai² kawasan yang terlibat. Macam Cyberjaya dan Bangi tak der dalam senarai sebab dia amik kawasan yang terdekat. Jadinya...kawasan yang terdekat adalah Putrajaya.


Dalam bentuk map. Dah tersedia berapa bacaannya.


Permandangan di Cyberjaya pagi semalam. Tersekat nafasku. Kabur pandangan mataku. Amat tersiksa diriku. Dengan jerebu itu...erkkkk...dah macam lagu terasing plak...ngeeeee...

Permandangan yang makin kabur
Pernafasan yang semakin menyesakkan
Mungundang penyakit datang
Hidung dah start gatal²...bersin²...mata pedih...tekak perit
Jerebu oh! Jerebu...cepatlah berlalu
Risaukan kesihatan anak²
Ya! Allah....lindungilah kami dan anak² kami dari bala penyakit

Ahad haritu Bangi hujan dengan harapan dapat mengurangan jerebu. Sangkaan meleset sama sekali. Makin teruk jadinya. Tak dapat mengurangkan jerebu yang makin berlelasa. Jaga kesihatan semua. Minum air secukupnya. Kurangkan aktiviti luar. Pakai mask dan jangan lupa pantau kesihatan diri sendiri dan anak². Especially utk mereka yg ada penyakit asthma/lelah.

Pagi ni plak kelam kabut bila husband hantar anak gi skolah tapi skolah tutup. Data tenet dah habis. Tak tau apa citer. Rupanya kementerian umum sekolah cuti tengah malam semalam....ppffttt...Bila IPU dah cecah 200 baru nak istihar cuti. Nasib daycare bukak. Tapi malam tadi memang teruk IPU kat bangi. Kelabu asap jer permandangan.

Note: Alhamdulillah...pagi ni hujan. IPU pon nampak lebih ok dari semalam. 


Siapa yang tak suka Superbike atau Motor berkuasa besar kan. Dari orang besar sampailah ke budak². ...

Siapa yang tak suka Superbike atau Motor berkuasa besar kan. Dari orang besar sampailah ke budak². Sumanya suka dengan Superbike nih. Termasuklah ImanQahirahQhalif ni ha:

Berangan lettew ☺

Muka ada sinyum dapat naik superbike

Nak jugak

Tak dapat menunggang Superbike, dapat posing atas Superbike pon jadi lah. Bebudak ni memang pantang kalau nampak Superbike kat atas jalan. Berebut memasing...'Tu motor abang', jawab si abang. 'Takkk...tu kita punya lah', bila si kakak membalas. Adik pon tak nak kalah jugak...'Motor butar tu qhalif punya lah'....ppfftttt...Pasal motor pon bley bertekak adik beradik. Fening hemak ko dalam keta. 

Pastu bukan main lagi. Request kat abah soh beli superbike sebijik. Hurmmmmm...kalau lah Superbike ni murah anak² semua, dah lama abah beli kan sorang satu nak. Doakan abah dapat beli Superbike satu hari nanti yerp. 

Note: Teringin jugak nak menunggang Superbike. Tapi jadi pembonceng lah ☺


Siapa yang tak suka warehouse sale kan. Lebih² lagi warehouse sale barangan mainan anak² yang k...


Siapa yang tak suka warehouse sale kan. Lebih² lagi warehouse sale barangan mainan anak² yang kalau kita nak beli time tak der sale memang tak mampu poket lah. Harga mainan mengalahkan harga barang orang dewasa. 

Ni nak war² kan kalau masih ada yang belum tahu. Mattel warehouse clearance sales kembali lagi. Great savings on your favorite toys and selected apparel katanya. Iyerlah....yang duit berkepuk memang best lah shopping. Suka sangat buat time orang dah habis gaji kan. Poney warehouse sale haritu pon sama jugak...ppffttt...

Antara barangan yang ditawarkan adalah kasut, bag dan stationery jenama BARBIE. Jenama lain antaranya HOT WHEELS, FISHER-PRICE, THOMAS & FRIENDS, DISNEY PRINCESS, MONSTER HIGH dan juga BOOMCO.

Silalah serbu Mattel warehouse sale ni yerp. Kalau tengah cari mainan anak², boleh lah datang sini. Boleh juga borong mainan untuk bagi hadiah birthday kat kawan² sekolah/taska anak ker kan. Nak borong mainan untuk setahun pon boleh ni...muahahaha...

Kalau nak tau lebih detail, boleh like pagi FB Warehouse Clearance ni. Selalunya dorang akan update barang apa yang akan dijual masa hari warehouse sale tu nanti.

Note: Kalau gi warehouse sale tu, tolong lah jangan bawak baby kecik, Sian kat dorang. 


Siapa yang tak suka coklat kan. Asal nampak coklat jer, kecur ailio. Peminat tegar coklat katak...

Siapa yang tak suka coklat kan. Asal nampak coklat jer, kecur ailio. Peminat tegar coklat katakan. Sanggup makan sorok² dari anak wei sebab kalau makan ngan anak² memang si ibu akan dapat suku dari coklat lah sebab anak² makan macam ikan piranha. Sekejapan jer habis....hahaha...Dah hemak pon suka makan coklat, menurun kat anak² lah plak.
Erkkkk...nak citer pasal coklat ker pasal giveaway ni? Citer kalau tak melalut tak sah kan. Buat peminat² coklat, meh lah join giveaway  ni. Mana tau rezeki dapat salah satu dari coklat² ni kan:
Smoga bertambah murah rezeki adik manis ni. Jangan lupa coklat untuk hakak yer dik. Pastikan hakak salah sorang pemenang tau...ekekeke...suka suki jer khenn. Tarikh tutup 13 September 2013.
Note: Suka join giveaway yang syaratnya simple. Naik fening klo giveway yg suruh follow blog/FB Page/IG yang banyak sangat tu. Kalau follow kita balik tak per jugak kan. 


Bila sebut jer dinosaur, semua dah dapat membayangkan saiznya. Dinosaur merupakan haiwan reptil...


Bila sebut jer dinosaur, semua dah dapat membayangkan saiznya. Dinosaur merupakan haiwan reptilia yang mendiami bumi hampir 230 juta tahun dahulu, yakni pada zaman Mesozoik yang merupakan "Zaman Dinosaur". Dinosaur juga terdapat dalam pelbagai jenis dan saiz. Nak menerokai dunia dinosaur dengan lebih dekat? Jom datang ke Dinoscovery by Dinosaurs Live! @ Avenue K.


Dinoscovery by Dinosaurs Live! merupakan pameran edutainment yang disokong oleh Malaysia Major Events di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Pameran pendidikan dan pengembaraan yang berkeluasan 13000 kaki persegi kini dibuka di Discoveria yang terletak di Avenue K, Jalan Ampang. Pengunjung akan disambut dengan animatronics dinosaur yang bergerak dan mengaum di tengah² dedaun hijau.  

Baru² ni saya dan keluarga berpeluang berkunjung ke Dinoscovery by Dinosaur Live ni untuk merasai pengalaman kembali ke zaman Dinosaur gittew. Sebelum pengembaraan bermula, kami diberikan Vest sorang satu, 1 torchlight dan juga 1 wristband atau lebih dkenali sebagai Radio Frequency Identification (RFID). Erkkkk...kenapa torchlight dengan wristband tu ada 1 jer? Haaaa...sebab torchlight dengan wristband tu hanya untuk Leader sahaja. So, leader kami pada hari tu adalah:


Leader yang mengetuai pengembaraan. Dah siap suma, ada sesi amik gambar pulak. Family photoshoot gittew kan. Memula kena buat aksi biasa. Pastu kena buat gaya bebas. 

Guung berapi dah meletus pon masih relaks bergambar...ahaksss,,,,

Dinosaur tu. Kenapa tak lari....hahaha....

Cantik hasilnya kan. 


Dah amik gambar, kami diberi briefing dan juga melihat tayangan video mengenai tugasan yang perlu di buat. Dino Quest Map diberi sorang satu. Maka pengembaraan pon bermula. Anak² dah cuak dah bila dengar bunyi dinosaur dari luar. Masuk jer kat dalam, qahirah dah start nangis. Si kimi plak dah menggelabah. Nak keluar plak dia. Si Qhalif gak relaks. Tapi nampak gak muka takut. Lepas di tenteramkan, baru lah ok bebudak tu. Cuma qahirah nak kena berdukung sebab takut,...ppfftttt...

Ok, untuk Dino Quest Map tu, tugasannya adalah anda perlu lekatkan sticker yang di beri di tempat yang betul seperti didalam peta macam nih:


Stepnya, ada beberapa touch screen yang terletak disebelah dinasour. Leader perlu touch wristband yang diberi pada screen. Paparan mengenai dinosaur dan sticker akan terpapar. Dan sticker tu harus di lekatkan pada gambar dinosaur tadi. Untuk mendapat sijil, anda harus selesaikan tugasan dan soalan yang diberi dengan betul. 


Happy budak tu dapat menunggang dinosaur yang besar nih. Boleh plak dia cakap kalau dapat naik dinosaur yang betul² lagi best...pergghhhh...statement dia. Kalau jumpa yang betul² memang tak sempat lari lah kimi.

Ada juga beberapa aktiviti kat dalam ni. Antaranya:

Sumber: Discoveria

Wall Climbing untuk melihat sarang burung prassejarah ni. Race a Theropod...lumba lari dengan dinosaur. Memang kalahlah..hehehe...Memakai ekor gergasi Ankylosaurus. Belajar bagaimana Ankylosaurus digunakan ekornya untuk mempertahankan dirinya. Dinoshooting Range diamana anda diberi senapang paintball untuk menembak nyamuk yang menyerang Diplodocus yang sedang tidur. Menggali fossil yang tersembunyi disebalik pasir. Dan banyak lagi aktiviti² lain.


Selesai tugasan, kita main warna² pulak. Saya tak amik banyak sangat gambar sebab staff Dinoscovery tu kata tak boleh amik gambar kat dalam tu. Jadinya....saya yang mengikut arahan. 

Sumber: Discoveria

Kat dalam ni terdapat juga cafe dan juga kedai souvenir. Sediakan duit jer lah kalau anak² minta belikan macam² yerp. Ok...sambil anak² mewarna, kita semak balik Dino Quest Map tadi. Semak balik jawapan². Betul ker tak. Kalau rasa² dah betul, kita serahkan Dino Quest Map tadi ke kaunter cenderahati untuk mereka semak jawapan.


Yeayyyy....mission accomplished dan dapat sijil. Tapi nama  kena tulis sendiri lah. Tu tulisan si abah. Nanti boleh frame sijil² nih.


Junior Expert Paleontologist of the day. Overall memang best dan puas hati lah. Banyak belajar pasal dinosaur. Anak² lah yang paling happy even memula takut nak masuk. Kalau tak tau nak buat aktiviti apa dengan anak² atau tak der idea nak bawak dorang jalan², boleh bawak gi Dinoscovery ni.


Harga tiket plak:

Dewasa (With MyKad) RM25.00
Kanak² (With MyKad) RM35.00
Warga Emas (60 ke atas) RM19.00

Address:

Discoveria, Level 4
Avenue K, Jalan Ampang
Kuala Lumpur
(Berhadapan dengan Suria KLCC)

Untuk maklumat lanjut, boleh layari:











Kerinduan dari seorang anak yang dah 10 tahun kehilangan kasih sayang seorang ayah. Rindu yang tak ...

Kerinduan dari seorang anak yang dah 10 tahun kehilangan kasih sayang seorang ayah. Rindu yang tak pernah padam. Rindu nak panggil ayah. Rindu dengan suara ayah. Rindu dengan keletah ayah, Rindu nak menatap wajah ayah. Rindu semuanyalah.


Arwah ayah meninggal tahun 2005. Seingat aku antara bulan march atau may *uratbykputussampailupatarikh. Puncanya sebab hernia. Tapi sebelum arwah masuk spital, arwah ada citer. Pagi lepas balik dari solat subuh, dia ada nampak sekor burung. Burung warna putih. Cantik sangat. Punya ralit tengok burung sampai terjatuh. Beberapa hari lepas tu baru masuk spital.

Lepas operate hernia, terus masuk ICU. Ya! allah...sedihnya waktu tu. Tengok wayar berselirat. Lama gak dok dalam tu. Ingatkan lepas operate terus elok. Sekali terus masuk ICU. Sampai leher kena tebuk sebab tak boleh nak bernafas sendiri. 

Lepas masuk wad biasa, keadaan masih macam tu jugak. Lemah tapi sedar lah. Hari² kena buat fisio (sedut kahak sebab tube kat leher tu). Aku nak buat memang tak sanggup. Disebabkan baring terlalu lama, belakang badan ayah jadi luka. Ialah...faktor usia jugak kan. Kulit jadi sensitif. Bergilir² dengan adik tido spital. 

Sampai lah satu hari. Aku baru sampai office pagi tu. Tetiba adik call. Ayah dah tak der. Rasa terhenti jap jantung. Adik jaga ayah kat spital. Doctor datang check arwah pagi tu. Katanya dah tak der. 

Yang buat aku rasa terkilan. Arwah tak sempat nak tengok anak² dia bernikah. Tinggal beberapa bulan jer lagi masa tu aku ngan adik nak kawin. Sedih yang teramat sangat.  

Ayah...orang rindu sangat dengan ayah. Muncul lah sekejap walau hanya dalam mimpi. 


Note: Beruntungnya kalian yang masih punya ayah. Hargailah dan luangkan masa selagi ada. 


Tu dia. Tajuk bukan main lagi. Mentang² lah dah pakai NPC. Asyik nak citer pasal NPC jer lah. Haaii...

Tu dia. Tajuk bukan main lagi. Mentang² lah dah pakai NPC. Asyik nak citer pasal NPC jer lah. Haaiipppp...ni nak menjawab pertanyaan dari seorang sahabat blog ni ha. 


Sayang wei kalau beli NPC tapi tak pakai. Macam aku lah. Terperap dekat 5 bulan dalam kotak tu. Bila dah pakai baru rasa betapa hebatnya Noxxa Pressure Cooker ni tau. Didatangkan sekali dengan CD dan manual book macam mana nak guna. Tapi aku tak sempat nak nengok CD tu sebab CD dah dihilangkan...ppffttt...Tapi tengok kat youtube pon boleh. 


Apa yang perlu dibuat bila pertama kali nak guna. Ikut instruction macam dalam gambar nih. Isi air dalam inner pot dalam 3/4 bahagian. Jangan lupa lap kering² luaran pot tu. Tekan mod high pressure selama 15 minit dan tekan on. Bila dah cukup masa, Pusingkan penutup atas tu ke titik steam. Selagi tak release kan wap memang penutup periuk NPC tak boleh dibuka yerp.

Kenapa nak kena buat macam? Haaaaa...tujuan dia adalah untuk membersihkan dalam inner pot dari chemical dari kilang. Tapi kan, aku tak buat pon macam ni sebab terlepas pandang. Terus masak jer dalam tu...huhuhu...


Ni panduan memasak jenis² makanan dalam NPC. Memang multifunction. Kalau femalas gak nak masak tak dapek den nak nolong.


Panduan lagi. Berguna sangat buat pengguna NPC baru macam aku ni. Buat Mira Adzlia, harap info ni dapat membantu. Nanti ajar mak pakai NPC tau ☺

Note: Bila pakai NPC ni kena try and error. Ada yang menjadi kejadiannya. Kena pandai² adjust. Tapi jangan frust kalau tak menjadi plak. Practice make perfect kan.  





Apa yang percuma? Haaaa...kalau ada yang tak tau tu, ni nak bagitau. Buat pengumpul² bekas macam ak...

Apa yang percuma? Haaaa...kalau ada yang tak tau tu, ni nak bagitau. Buat pengumpul² bekas macam aku nih. Sila dapatkna Dumex Dugro 900g sekarang kalau nak dapat bekas nutrisi istimewa dari Dugro macam ni:


Amacam...menarik kan. Sebab ada separator tu. Senang nak asingkan lauk. Tak yah banyak² bekas dah. Kaler pon merah, kuning dan hijau. Semalam aku dah dapat rembat bekas² nih. Beli 2 percuma 1 bekas kan. Tapi aku beli 2 dumex dugro dapat 2 bekas nutrisi percuma....ssshhhhhh...Kena pandai mengayat. Tu serahkan kat husband jer....ekekeke...Dapat kaler merah dengan hijau. Ni nak kumpul koleksi lagi. Sebab anak ada 3 kan. Mestilah nak sorang satu. Tu pon berebut memasing smalam...ppffttt...Oh! my anak².

Nak bagitau nih. Beli susu ni semalam kat Econsave, Bangi. Harganya RM21.++. Murah lah wei. Paling mahal aku terbeli RM26.++. Banysk jugsk beza tu kan. Disebabkan terdesak susu dah habis, terpaksa ku relakan jugak beli even harga mahal. Skang ni suma kena berkira kan. Kena pandai banding harga. 

Ok....tu jer nak bagitau. Bukan iklan berbayar pon....hehehe...Asalkan blog berupdate. Dah macam chipsmore plak aku rasa. Kejap ada kejap tak der. Sila dapatkan bekas nutrisi dugro ni sebelum kehabisan stok yerp. Tempoh sampai pertengahan Oktober jer ni tau. 

Note: Kejap jer dah September. How time flies.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks