Baju Muslimah Kanak-kanak

Haaaaa...boleh dapat duit hanya dengan jawab survey jer? Biar betik? Iyer lah. Tak tipu punya. Banyak dah website survey yang buat macam ni...

Haaaaa...boleh dapat duit hanya dengan jawab survey jer? Biar betik? Iyer lah. Tak tipu punya. Banyak dah website survey yang buat macam ni. Sama ada boleh tebus coupon, barang atau pon duit. Tapi aku setia dengan Global Test Market jer. Dah dapat pon hasilnya. Nak tengok ☺☺


Alhamdulillah....rezeki pagi jumaat yang barokah ini. Dapat lah menampung perbelanjaan aku untuk bulan depan ni. Iyer lah....dapat gaji lambat lagi khenn sebab dah dapat gaji awal bulan haritu. Aku redeem point ni pon 18 June. Memang amik masa lah sebab cheque dari over the sea kan. 

Tak nak tanya ker berapa lama aku amik masa nak kumpul point ni? Hehehehe...makan tahun jugak wei. Sebab aku tak rajin nak jawab survey. Tapi bila aku tengok orang lain dah dapat hasil dengan Global Test Market ni, kerajinan tu otomatik datang. Syarat untuk redeem point kena 1000 sebab 1000 point tu bersamaan dengan $50 Dollar. Cer convert? Dapat lah amount tu. Nak tunggu sampai 2000 point baru nak redeem, lama lah pulak kan. Next redeem lah plak. 

Kalau tak nak redeem dalam bentuk duit, boleh redeem dengan voucher macam Zalora, KFC, McD, MPH, Parkson dan banyak lagi lah. Tapi aku kan mata duitan. Mestilah nak duit.....hahahaha....

Apalagi...jom tambah pendapatan sampingan dengan [Global Test Market]. Tapi kena rajin jawab survey tau. Dapat jer survey kena jawab cepat² sebab survey tu cepat close. Tak sabar nak tunggu next redeem ni. Tengah kumpul pont ☺

Note: Maaf lah yerp. Owner blog ni sedang menghadapi masalah hormon tak stabil. Kemalasan tak hingat. Pembawakan apatah. Tunggu lah bila hormon dah stabil nanti yerp. 


Salam pagi selasa. Ya! allah....menjadi² kemalasan aku nak update blog lately...apakah??? Last week line tenet ada problem kat office ni. F...

Salam pagi selasa. Ya! allah....menjadi² kemalasan aku nak update blog lately...apakah??? Last week line tenet ada problem kat office ni. Fiber Optic cable broken. Apa pon tak boleh. Dengan machine photostat tak boleh pakai. Nak print lagi lah tak boleh kan. Wifi plak kejap on and off. Memang sangap wei last week. Errkkk...panjang plak mukadimahnya. Luahan perasaan gittew.


Tuhanku Kamu tolonglah 
Hantarkan kepadanya 
Malaikat tuk jaganya 
Bila ku tiada 

NI sebenarnya tengah dalam kerisauan. Jasad jer kat office, tapi hati, minda dan perasaan tertinggal kat umah tu. Terkenangkan si anak. The one and only princess...Qahirah yang tengah demam. Harini dah masuk hari kedua. Malam smalam badan dah start dedar². Pukul 4 pagi smalam bawak gi klinik bila badan masih panas. Temperature dah 49. Dr risau takut kena tarik. Terus masuk ubat vontot.

Panas still on and off. Yang hairannya...pagi sampai tengah hari dah ok...aktif macam biasa. Masuk petang dah start mengerekot kesejukan dan dedar². Malam plak panas badan pon datang. Semalam si ibu dah amik Emergency Leave. Harini turn si abah plak. Kalau esok tak kebah juga, bergilir² lah cuti jawabnya. 

Risau betul lah kalau anak demam nih. Kalau demam biasa tak per. Takut demam lain jer...nauzubillahiminzalik....Doa ibu semoga kakak cepat sembuh.

Note: Nasib lah cuti ada berbaki lagi.

Salam rabu uolls. Ada yang masih bercuti lagi ker? Wahhhh...syiok lah korang cuti lama. Atau ada yang amik MC sebab malas nak kerja har...


Salam rabu uolls. Ada yang masih bercuti lagi ker? Wahhhh...syiok lah korang cuti lama. Atau ada yang amik MC sebab malas nak kerja harini...ngeeeee...Aku dah selamat kembali ke pangkal jalan lepas bercuti 4 hari. Tu pon rasa kemalasan yang teramat sangat pagi tadi nak gi kerja. Ku gagahkan jugak diri ini. Nak MC?? aku bukan jenis kaki MC. Tak sakit tapi buat² sakit sebab nak MC. No..no..no...Aku sanggup amik EL dari amik MC hokay. Buat apa nak mengaku tak sihat sedangkan diri tu sihat wal'afiat khenn. Sakit betul² nanti baru tau.

Mood masih lagi ke laut china selatan. Nak citer pasal raya...hurmmm...nanti² lah. Biasa² jer citer raya aku. Tak macam citer raya uolls yang meriah tu. Tak berjalan sangat pon. Kampung pon kat kampung pandan tu jer. Mertua plak kat gombak ngan rawang. Mak, kakak ngan abang ada lah balik kampung Negeri sembilan melawat saudara mara. Tapi aku tak ikut. Dah lama tak balik nogori. 

Haishhhh...bosan plak dok office. Line tenet macam siput cadury. Kejap on kejap off. Photostat machine pon tak boleh pakai. Acaner nak buat kerja nih...ppfftttt... 

Note: Teringin nak makan ketupat palas. Tapi tak jumpa lagi...huhuhu...



Memasing dah mood raya kan. Mood kerja pon dah ke laut. Hari ni pon mungkin ada yang dah start cuti. Yang dah mula balik kampung pon ada. B...

Memasing dah mood raya kan. Mood kerja pon dah ke laut. Hari ni pon mungkin ada yang dah start cuti. Yang dah mula balik kampung pon ada. Bestnya orang ada kampung. Kampung kita kat KeyEll jer. Umah mertua plak kat Rawang. Best kan...hehehe...


Harini aku last day kerja. Biasalah....nursery/sekolah/tadika tutup start esok. Jadinya, si ibu pon terpaksa amik cuti panjang sebab kena jaga anak². Nasib lah cuti masih berbaki lagi. Harini pon ramai yang last day kerja kan. 

 Ok lah, memandangkan Ramadhan dah makin hampir meninggalkan kita dan bakal melabuhkan tirainya *sedih. Di kesempatan ini, saya dan keluarga ingin mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin' kepada semua Kawan² IG, FB, BLOG, Followers, Anon dan Silent Reader yang sudi berkunjung ke blog yang tak seberapa nih. Ampun dan maaf di pinta jika ada salah dan silap, terkurang ajar atau terkasar bahasa sepanjang saya berblog ni. Ter upload gambar yang menjengkelkan di IG dan juga status yang menjemukan atau menyakitkan hati secara tak sengaja di FB. Hati manusia ni bermacam² jenis kan. 

Kepada mereka yang akan pulang berhari raya di kampung halaman...pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan selamat dan sempurna sebelum memulakan perjalanan. Berhati² di jalan raya. Semoga perjalanan anda dipermudahkan olehNYA dan Semoga anda selamat sampai ke destinasi. Akhir kata....semoga Lebaran ini di sambut dengan penuh Kegembiraan :-)

Note: Berjimat cermatlah yerp. Jenuh tu nak tunggu gaji bulan depan ☺


Topik pagi di IKIM FM pagi semalam. Sekadar perkongsian dari SKMM yang sangat berguna untuk kita. Antara tips² yang sempat didengar.  ...

Topik pagi di IKIM FM pagi semalam. Sekadar perkongsian dari SKMM yang sangat berguna untuk kita. Antara tips² yang sempat didengar. 


1) Jangan berkongsi maklumat diri sendiri

Skang kan kita tengah sibuk nak buat preparation untuk raya. Masa ni lah penyagak² nak ambil kesempatan. Kalau dapat call dari orang yang memperkenalkan diri dari bank. Katanya account anda ada masalah. Ataupon account suspended. Jangan di layan. Kita yang tengah kalut ni bila dengar macam tu lagi lah kalut kan. Relax…jangan mudah percaya. Kalau dia minta no ic atau no account, tolong jangan bagi. Kata pada si penyangak tu yang anda akan call bank sendiri untuk pengesahan

2) Awasi pergerakan

Biasalah kan, bila nak raya ni suma nak dikongsi. Ok…dah siap² nak balik kampong ni. Selamat tinggal rumah. Sminggu beraya dikampung. Haaaa…memang mengundang pencuri datang kerumah anda lah nampaknya. Lepas tu, update plak status berhenti rehat jap kat R&R Tapah *contoh. Kebetulan ada plak penyagak yang baca status tu ada kat tempat yang sama. Tak pon ada sindiket towing haram yang buat² tabur paku kat jalan pon ada kat situ jugak. Lompat bintang lah dorang sebab ada rezeki masuk haritu. Ingat…pengayak cyber ada dimana². 

Pastu…bila beraya, mesti nak update status jugak kan. Beraya di rumah sepupu di Damansara. Siap dengan check in kat mana tempat tu. Anda bukan membahayakan diri sendiri. Tapi juga membahayakan saudara mara anda. Kalau pergi bercuti dengan kawan², pesan kat kawan tu kalau nak update status dengan check in kat mana, jangan TAG nama anda. Ni bila gi bercuti siap update…bercuti di Penang dan menginap di Hard Rock Hotel bersama si polan pastu TAG. Bahaya tak? Jangan buat macam tu tau.

3) Bahaya Public Wifi

Kalau nak buat transaction, jangan pakai public wifi yang ada kat restaurant² dan juga kat hotel². Ini boleh mengundang penjenayah cayber mencuri info² anda. Kata pegawai SKMM tu lagi, penjenayah² cyber ni suka melepak kat lobi² hotel dah juga kedai² yang ada wifi.

4) Selfie 

Haaaaa…suma suka selfie kan. Tapi kalau nak selfie tu, perhatikan keadaan sekeliling dulu. Kalau kat umah sendiri atau kat umah sedara mara, tengok² lah kalau ada mak atau makcik anda kat belakang tu yang masih terdedah auratnya. Lepas tu, berhati² dengan gambar yang kita kongsikan. Jangan kongsikan gambar² yang mendedahkan indentiti macam alamat rumah atau gambar kunci rumah.

Orang zaman skang buat apa suma nak sharing kan. Tapi berpada² lah. Peringatan lebih kepada diri sendiri jugak ni.

Note: SHARING IS CARING. But OVER SHARING IS CARELESS


Makin nak raya makin sesak dibuatnya. Jalan raya sesak. Shopping mall sesak. Kedai bakery pon sesak jugak...ppffttt...Ingatkan bila gi kedai...

Makin nak raya makin sesak dibuatnya. Jalan raya sesak. Shopping mall sesak. Kedai bakery pon sesak jugak...ppffttt...Ingatkan bila gi kedai bakery dah hujung² nak raya ni tak der lah sesak sangat. Sekali ramalanku salah belaka. Sesak wei.


Tu lah...awal² tak nak buat kuih. Bila dah nak raya baru nak buat khenn. Biasalah...preparation last minute memang syiok...ppffttt...Nak buat kuih pon ikut mood gak. Mood rajin tak datang lagi. Baru ni ha mood dah naik. Nak masuk Bangi pon dah sesak. Inikan pulak kat area situ, memang sesak.

Sebelum kluar smalam ajak husband gi singgah Yummie Bakery jap. Tak lama pon. Tapi bila masuk jer kedai...perghhhhh...orang dah beratur panjang nak membayar. Yang nak membeli barang pon ramai jugak. Berlaga² punggung dibuatnya. Capai mana yang sempat. Tak sanggup lah haku dok dalam tu. Nak bayar pon amik masa. 

Tak puas hati, gi kedai Makcik Bakery plak. Ok sket lah. Tak sesak macam kat Yummie. Beratur pon tak panjang dan tak lama. Total beli barang² smalam pon boleh tahan jugak wei. Malam ni nak start baking. Si kimi dah sibuk tanya bila ibu nak buat kuih raya. Nak tolong  katanya.

Note: Esok last day kerja.

Jangan lupa ESOK. #MalaysiaNgaji “Satu jam, satu juta orang baca al-Quran serentak. Membentuk gelombang; Nikmatnya Ngaji dan T...




Jangan lupa ESOK.
#MalaysiaNgaji

“Satu jam, satu juta orang baca al-Quran serentak. Membentuk gelombang; Nikmatnya Ngaji dan Tadabur al-Quran.”

Mari kita bersama-sama meluangkan masa selama satu jam membaca al-Quran serentak secara bersendirian, berdua atau berkumpulan. Tidak kira di rumah, di sekolah, di pejabat atau mana sahaja. 

Tarikh: 24 Ramadan 1436H bersamaan 11 Julai 2015 (Sabtu) 
Masa: 12.00 tengah hari – 1.00 petang 
Peserta: Seluruh Rakyat Malaysia 

Trendingkan #MalaysiaNgaji. Upload gambar-gambar pada masa tersebut di Instagram, Twitter, Facebook anda.

Sumber: Pa&Ma

Note: Jangan lupa tau. Set alarm kat HP kalau takut lupa ☺


Ok...nak tergelak bila baca tweet nih. Tapi tak pernah lah aku jumpa orang jual telekung atua jubah sampai RM400. Bagi aku yang RM100 p...


Ok...nak tergelak bila baca tweet nih. Tapi tak pernah lah aku jumpa orang jual telekung atua jubah sampai RM400. Bagi aku yang RM100 pon dah kira mahal. Apatah lagi lebih daripada tu. Tapi mungkin ada kot yang jual mahal macam nih. Tengok pada material dan jugak corak kot. Mungkin buat dari kain yang di import kan.

Teringat kata seorang teman. Nak suruh orang menutup aurat. Tapi baju² muslimah macam jubah dan juga blouse sumanya mahal² belaka. Kalau ada yang murah pon, kualitinya tak seberapa. Nak beli yang berkualiti, harga tak mampu poket. 

Tapi memang betul lah. Ko tengok jer lah harga jubah dan blouse muslimah yang ada ni. Kebanyakkan nya mahal. Tu belum tengok jubah budak lagi. Harga mengalahkab jubah dewasa. Tapi pakainya tak lama pon. Kalau yang berkemampuan, tak per lah beli baju mahal².

Yang tak berkemampuan ni, tumpang tengok jer lah. Ukur baju dibadan sendiri sudah. Nak beli pon fikir banyak kali. Tapi kalau dah berkenan sangat, apa ada pada harga kan. Sekali sekala berbelanja untuk diri sendiri. Tak salah kan. Ada jugak yang jual jubah dan blouse yang materialnya cantik dengan harga yang berpatutan. Tapi kena pandai cari lah. Masalahnya nak cari tu lah. Bila dah jumpa cepat sangat sold outnya. Pastu saiz tak der...haishhhh...

Untuk raya ni, aku ngan anak dara tu pakai jubah jer. Tapi tak sama kaler mak ngan anak. Tu pon jubah tahun lepas yang tak pakai sebab tak alter lagi. Rasa macam nak cari jubah yang sama kaler ngan anak dara tu. Bebaru ni ada kluar statement katanya jubah mengikis jiwa melayu sebab kita lebih utamakan jubah dari memakai baju kurung di Hari Raya. Apa punya statement lah. 

Note: Untuk orang yg petite macam aku ni, kalau beli jubah memang kena alter. 


Bukak jer FB, bersusun ucapan selamat dan doa² kat timeline. Sambil baca sambil tersengih². Bahagia dan terharunya rasa. Hanya ucapan T...


Bukak jer FB, bersusun ucapan selamat dan doa² kat timeline. Sambil baca sambil tersengih². Bahagia dan terharunya rasa. Hanya ucapan TERIMA KASIH BANYAK² buat sahabat² diatas DOA² dan UCAPAN² sempena HARI BERTAMBAHNYA USIA.


Ucapan² dan doa² yang diterima dari FB, IG dan juga BLOG. Rasa macam nak polok sorang² *yg perempuan saja yerp. Hanya mampu Amin kan doa² tersebut, Rasa baruntung dapat berkenalan dan bersahabat dengan kamu semua. WALAU JAUH DIMATA. WALAU TAK PERNAH BERSUA MUKA. TETAPI TERASA DEKAT DIHATI INI.

Note: Mood blogging dibulan puasa adalah sangat lemau selemau² nya. Preparation untuk raya pon tak buat lagi...ppffttt...


[Sila Tekan Banner Di Atas Untuk Join] Giveaway Raya Cash RM1000 by Emas Putih : Cetak Baju Murah Di Sufi Priting Services | Sala...


Giveaway Raya Cash RM1000 by Emas Putih : Cetak Baju Murah Di Sufi Priting Services | Salam. Giveaway uzu kali ni dibawakan khas untuk Sufi Printing Servives . So sesiapa yang menang wang tunai RM1000 cash, bolehlah join GA uzu ni ye..

Hadiah :
Top Referral : RM100 x 1
Random : RM 50 x 18 Pemenang

Mula : 06 Julai 2015 | Tamat : 15 Julai 2015
Pengumuman Pemenang : 16 Julai 2015 (Khamis)

Sufi Printing Services merupakan kedai cetak baju murah yang menawarkan perkhidmatan print baju murah yang mana telahpun beroperasi sejak tahun 2010 lagi.
Sufi Printing Services merupakan pakar dalam menyediakan perkhidmatan mencetak baju untuk badan-badan kerajaan, pelajar kolej dan universiti, pelajar sekolah dan sesiapa sahaja yang memerlukan khidmat cetak baju murah dengan harga yang MURAH, CEPAT dan BERKUALITI. Sufi Printing Services memberi maklumbalas yang yang cepat melalui email, SMS ataupun whatsapp.

Terdapat banyak kedai cetak baju murah di Malaysia tapi kena anda perlu cetak baju murah di Sufi Printing Services? Dengan pengalaman dalam bidang design and print cetak baju murah selama 5 tahun merupakan tempoh yang cukup lama dan sangat berpengalaman dalam bidang ini dan semestinya cetak baju murah di Sufi Printing Services adalah sangat berbaloi kerana perkhidmatan yang cepat tapi berkualiti serta harga yang murah membuatkan cetak baju murah di Sufi Printing Services memikat hati pelanggan dan tidak lupa juga Sufi Printing Services mengutamakan misi dan visi agar kepuasan pelanggan amatlah diutamakan.

Sufi Printing Services adalah syarikat Bumiputra yang telah menjalankan perniagaan mencetak baju sejak tahun 2010. Sufi Printing Services juga telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia bernombor pendaftaran SA0171741-M . Sufi Printing Services mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan perniagaan di kedai kami beralamat di 17-1 Jalan AWF 3, Ampang Water Front, 68000 Ampang Selangor.
[ Gambar Di Luar Kedai ]
 [ Gambar Di Dalam Kedai ]

Antara Perkhidmatan yang ditawarkan di Sufi Printing Services :

Uniform F1 

6 Sebab Kenapa Anda Perlu Tempah Dengan Sufi Printing Services :

1. Mempunyai Premis Perniagaan
Kebanyakkan orang akan meragui sama ada betul atau tidak bisnes yang kami lakukan. Sebabnya order kami tawarkan melalui online. Muka tak nampak ape pun tak nampak.. nak transfer duit pun takut kene tipu.. Perkara ni normal dalam dunia Online. Apa bisnes pun akan merasai perkara yang sama. Alhamdulillah setakat ini pelanggan kami berasa yakin dengan kami kerana kami mempunyai premis perniagaan yang sah yang terletak di Ampang Water Front. Gambar premis kami dari luar yang beralamat di 17-1 Jalan AWF 3, Ampang Water Front, 68000 Ampang Selangor.

Kami mengalu-alukan kehadiran anda yang berada di sekitar lembah klang untuk melawat pejabat operasi kami untuk melihat sendiri kualiti cetakkan dan juga jenis-jenis baju yang anda mahukan. 

2. Cara Dan Masa Untuk Deal Tempahan Lebih Mudah 
Bagi yang tak sempat nak datang ke kedai kami atau berada di luar selangor, anda boleh deal melalui email, Facebook, Sms ataupun Whatsapp. 24jam on. Insyaallah kami akan balas semua pertanyaan anda dengan cepat. 

3. Penghantaran Yang Fleksible 
Maksud penghantaran yang fleksible ni adalah, anda boleh pilih sama ada nak COD kat kedai kami ataupun hantar melalui PosLaju. Kalau poslaju tu ada caj la kan.. caj tu poslaju yang tentukan. Kami juga boleh hantar ke tempat anda jika menepati syarat-syarat yang kami kenakan. 

4. Tiada Design? Kami Boleh Designkan :) 
Ramai juga pelanggan kami yang tidak mempunyai design. Dengan kami xde masalah. Kami boleh designkan ikut design yang anda mahukan. Cuma berikan kami idea dan kami akan designkan ikut idea anda. Caj minimum untuk design adalah RM50. 

5. Kami Print Sendiri. Bukan Sub Kilang 100% s
Semua baju yang ditempah kami cetak sendiri. Kami tak sub ke mana2 kilang. Jom kita tgk tempat operasi kami.
6. Harga Boleh Runding Sampai Jadi
Cerita pasal harga anda jangan takut. Insyaallah harga boleh nego sampai jadi. Tapi janganlah sampai mintak harga yang tak logik huhu.. Kalau mahal atau lari dengan bajet anda, sila beritahu kami untuk kami semak semula harga supaya kedua-dua belah pihak berpuas hati :) Ok cukup 6 sebab mengapa anda perlu tempah dengan kami. Insyaallah lain hari kami akan update lagi beberapa sebab untuk menguatkan lagi keyakinan anda terhadap kami.

Untuk pertanyaan dan tempahan baju, boleh hubungi kami disini -> HUBUNGI KAMI atau terus call pejabat kami ditalian 03-4280 0833 atau whatsapp 011 3550 5319. Waktu operasi adalah dari jam 10 pagi sampai 7 malam.

Giveaway Raya Cash RM1000 by Emas Putih : Cetak Baju Murah Di Sufi PritingrServices dianjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Sufi Printing Services , Emas Putih , Lan Careno , Mek Zumbie , Mawar Biru , Ejulz , Nina Mirza , Nizam , Ida Baharum , Inani Hazwani , Yanie Yusuf , Syira Lokman , Faziera , Boni Kacak dan Nadiah Hanum :)



7 Julai bersamaan dengan 20 Ramadhan 1436H. Bertambah lagi usia hari ni. Selamat tambah usia buat diri ini. Yang ke berapa??? Alaaa....

7 Julai bersamaan dengan 20 Ramadhan 1436H. Bertambah lagi usia hari ni.


Selamat tambah usia buat diri ini. Yang ke berapa??? Alaaa...nak tau gak ker...hehehe...Yang ke 36 tahun dah. Apa ada pada angka. Yang penting muka tak macam menggambarkan usia yang sebenar. Awet muda gittew kan. Tu untung jadi orang petite ni :-)

Ok lah. Ucapan buat diri sendiri. Alhamdulillah...masih diberikan peluang dariNYA untuk bernafas lagi dimuka bumi ini. Semoga dipanjang kan umur untuk melihat anak² membesar, dimurahkan rezeki dalam kehidupan harian, diberi kesihatan yang baik sepanjang berbakti untuk suami dan anak². Semoga diberkati hidup didunia dan diakhirat, in sha allah. Dan yang paling penting...semoga aku terus diberi kekuatan dan semangat yang tinggi dalam menempuh dugaan dan cabaran dariMU ya! allah. Syukur kerana diberi peluang merasa nikmat bahagia walaupon dugaan datang bertimpa²...Syukur kerana dikelilingi orang² tersayang sebagai penguat semangat dalam menghadapi ujianMU. Terutama sekali dengan kehadiran anak² sebagai kekuatan yang tiada tandingannya.

Thanks for the message husband. Senyap² hantar message pukul 12.00 pagi tu. Tapi birthday girl dah tido ☺

Note: Wish copy paste jer. Malas nak karang ayat...hahaha...



Siapa yang rindukan masakan pahang dan teringin nak makan masakan Pahang, boleh datang kat Dapur Koi, Taman Putra Kajang ni. Last week ...


Siapa yang rindukan masakan pahang dan teringin nak makan masakan Pahang, boleh datang kat Dapur Koi, Taman Putra Kajang ni. Last week berpeluang berbuka puasa kat Dapur Koi nih. Kebetulan husband teringin nak makan lauk pauk kampung. Mengidam plak nak makan masak lemak pucuk ubu. Terus teringat kat Dapur Koi.


Kalau nak tau, Dapir Koi ada sediakan set menu untuk juada berbuka setiap hari selasa hingga ahad. Menu nya berbeza². Kebetulan gi hari jumaat. Menu haritu keli masak lemak cili api, ikan bilis dan petai masak tempoyak, ayam goreng, sambal belacan dan ulam. Setiap set harganya RM15.00. Kalau nak tambah menu lain pon boleh. 


Kitorang tambah pucuk ubi dan petai masak tempoyak, sup kampung, pais ikan sungai dengan sambal hitam pahang. Ko nampak tak? Orang kuat makan punya order. Nak tau apa rasanya? Perghhhhh...Memang tak rugi datang sini. Sumanya sedap² belaka. Pais ikan sungai ni pertama kali makan. Terus dah jatuh cinta dengan kesedapannya. 

Pucuk ubi dengan ikan bilis petai masak tempoyak tu memang sedap tak hingat dunia. Kalau uolls datang sini memang wajib makan. Sedap sampai minta nasi tambah. Bila makan lauk pauk ni memang tak pandang lauk lain dah. Sup kampung tu tapau untuk bersahur jer. Sup kampung tu pon sedap. Cuma sambal hitam pahang dia kurang kick lah haritu. Tak berapa hitam dan masam sket. Terlebih belimbing gamaknya. 


Kebersihan terjamin sebab makanan suma bertutup macam nih. Air boleh refill. Ko nak minum sampai kembung perut pon boleh. Environment kedai memang bersih. Ada disediakan ruang solat jugak. Kalau nak datang berbuka kat sini, call dulu. Ni detailnya:

DAPUR KOI
2-G, Jalan Putra 2
Taman Putra Kajang
012-204 5278

Facebook: DapurKoi

Note: Sambil taip sambil terbayang². Rasa nak buka posa kat Dapur Koi lah harini ☺


Alhamdulillah...masih diberi peluang untuk menjaga dan membesarkan amanah yang telah diberikan olehNYA ini. Hari ni genap 8 tahun usian...


Alhamdulillah...masih diberi peluang untuk menjaga dan membesarkan amanah yang telah diberikan olehNYA ini. Hari ni genap 8 tahun usianya. Cepat betul masa berlalu *ayat cliche. Makin besar makin matang dan boleh di harap untuk menolong buat kerja² rumah. 

SELAMAT HARI LAHIR buat IMAN HAKIMI BIN HUSAINI. Doa seorang ibu tak lain tak bukan nak yang terbaik buat anak yang dikasihinya. Smoga membesar sebagai anak yang soleh, bijak pandai dan sihat tubuh badan. Di tetapkan hati dan dikuatkan iman dalam apa jua cabaran yang mendatang. 

Dan smoga saling berkasih sayang sesama adik beradik selamanya. Tak nak gaduh². Saling sayang menyayangi. IBU, ABAH, QAHIRAN dan QHALIF sayang Abg IMAN HAKIMI hingga hujung nyawa. Nanti kita potong kek yerp.

Note: Tak sempat nak buat kek sendiri. Beli jer lah nanti.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...