Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Assalamu'alaikum...Macam dah lama jer tak up entry khenn, Rasa rindu plak dengan blog ni. Maklumlah...bulan puasa ni, blog pon puasa ma...

Assalamu'alaikum...Macam dah lama jer tak up entry khenn, Rasa rindu plak dengan blog ni. Maklumlah...bulan puasa ni, blog pon puasa macam owner dia gak. Rasa lemau dan lesu jer...hehehe...


Dah masuk 13 hari kita berpuasa kan. Baru lah terhegeh² nak citer pasal puasa. Bagi aku puasa kali ni agak mencabar sikit lah. Sebab cuaca teramat panas dan terik. Masuk jer keta suma panas...steering, pedal, seat dan sumanya panas lah. Nasib bukan leather seat. Tapi apalah sangat panas kat sini kalau nak dibandingkan dengan panas kar SANA kan *insaf. 

Bila puasa ni balik awal. Pukul 4.30 pm dah habis kerja. Tapi nama jer ballik awal. Sampai rumah tetap lewat. Jalan tetap sesak macam biasa. Iman Hakimi plak habis skolah pukul 5.30 pm. Sampai sekolah qahirah dalam pukul 5.20 pm. Dah keluar bebudak sekolah, sesak lagi jalan....ppffftttt...

Sampai umah pukul enam lebih. Ini lah yang mencabarnya. Mana ko nak masak, nak solat, nak buat semuanya sebelum buka posa. Merungut?? Tak...happy sebab dapat sedia kan juadah berbuka untuk family. Alhamdulillah...masih memasak juadah untuk berbuka even agak kelam kabut. Last week jer berbuka kat kedai. Sahur plak memang jarang masak. Sebab dah siap masak lebih masa berbuka. Cuma masak nasi jer. 

Gittew lah kisahnya. Dah tak tau nak citer apa kan. Citer pasal puasa pon boleh. 

Note: Bilalah nak start buat kuih raya nih.


Pengumuman...pengumuman...Kalau uolls tak der aktiviti esok, boleh lah datang ke Majlis Pembukaan Butik Almari Baju by Adrini's ni....


Pengumuman...pengumuman...Kalau uolls tak der aktiviti esok, boleh lah datang ke Majlis Pembukaan Butik Almari Baju by Adrini's ni. Especially untuk Breastfeeding Mom sebab ada Brestfeeding session. Detail as below:

Date: 27 June 2015
Time: 11.00 am - 4.30 am
Location: 19A, Jalan Plumbum P7/9, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor darul Ehsan

Antara aktiviti² yang bakal berlangsung adalah:
  • Breastfeeding Session: Soal Jawab Breastfeeding Bulan Puasa dari Lactation Counselor yang bertauliah
  • Baby Snapshoot Winner
  • Make Over: Up to date Hijab Style

Haaaa...menarik jugak aktiviti² tu kan. Ajak suami, adik, abang, kakak dan sedara mara tau. Untuk maklumat lanjut, boleh layari:




Siapa yang tak suka serunding kan. Makan serunding dengan nasi panas² pon layan. Tak pandang lauk lain dah. Pastu tambah kicap...perghhhhh....

Siapa yang tak suka serunding kan. Makan serunding dengan nasi panas² pon layan. Tak pandang lauk lain dah. Pastu tambah kicap...perghhhhh...kecul dah ailio bila membayangkannya ni. Kalau uolls tengah tercari² serunding untuk dibeli, boleh lah beli dengan Pn. Alia Haryanie. 


Terliur tak nengok? Asal tengok makanan tak sah kalau tak terliur kan. Dasar kaki makan memang macam ni...ngeeeee...Ada macam² jenis serunding. Ada serunding ayam, serunding ikan dan juga serunding daging tempatan. Katnya memang sedap. Tengok pon dan sedap kan. Kalau dapat  makan lagi sedap wei. 

Harga untuk serunding daging tempatan dan serunding ayam 250 gram RM18.00. Manakala serunding ikan 250 gram RM12.00


Selain dari serunding, Pn. Alia Haryanie juga ada menjual mini popia, mini karipap dan juga kekacang ni...haishhhh...terliur lagi. Harganya plak untuk mini popia dan mini karipap RM32.00 sekilo 

Ada yang tak tahu kisah Pn. Alia Haryanie lagi ker? Meh dah share sikit. Pn. Haryanie ni merupakan seorang ibu tunggal yang sedang bergelut dengan penyakit kanser. Mempunyai 2 orang anak yang perlu disara. Disebabkan penyakitnya itu, pergerakannya agak terbatas dan hanya bergantung pada kekuatan semangat demi anak². 

Sempena bulan yang mulia ni, marilah kita sama² membantu meringankan beban Pn. Alia Haryani nih. Jom kita beli serunding, mini popia, mini karipap dan kekacang dengan Pn. Alia Haryanie. Sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh layari:

Website: Alia Haryanie 
Facebook: alia.haryanie

Note: Semoga beliau terus kuat dan tabah dalam meneruskan kehidupan. 



Esok gaji kan?? Bulan depan plak dapat gaji awal jugak kan? Sila asingkan duit siap² untuk bulan akan datang yerp. Kalau boleh simp...


Esok gaji kan?? Bulan depan plak dapat gaji awal jugak kan? Sila asingkan duit siap² untuk bulan akan datang yerp. Kalau boleh simpan kat dalam tabung berkunci. Tak pon simpan duit tu kat tempat yang tersorok. Duit ni pantang nampak depan mata. Mesti terpakai jugak nanti.

Ni yang hazab kalau dapat gaji awal dari biasa. Bila dapat memang syiok tak hingat sebab dapat hujung dengan awal bulan. Berganda jumlahnya. Tapi nak maintainkan perbelanjaan tu payah. Dah terasa dan terkena masa raya cina haritu. Rasanya dah asingkan duit untuk belanja bulan seterusnya. Tapi.....terlebih pakai ko. Nampak sangat tak pandai nak mem budet kan...ppffttttt....Menghitung hari bila nak gaji jer kerjanya. 

Kali ni memang kena buat betul² budget perbelanjaan. Tak nak jadi macam yang lepas. sebab kalau ikut perkiraan. tak banyak sangat hari kalau nak bandingkan kali ni. 45 hari tu nak tunggu gaji bulan august. Perghhhhh...peluh gak wei. Iyerlah...anak² ada 3. Tanggungan tu lebih lah sket kan. Nak raya lagi ni. Lagi lah berganda² perbelanjaannya.

Ingat...dapat gaji ni sila asingkan terus duit NURSERY/TADIKA/SKOLAH AGAMA siap². Asingkan skali duit belanja untuk diri sendiri dan juga duit minyak keta/duit tol. Menabung jangan lupa. Ada duit syiling tu masuk dalam tabung even 5 sen sekali pon. Kekadang bila dah sesak sangat tu duit syiling lah yang jadi penyelamat. 

Note: Selamat berbelanja secara berhemah yerp ☺


Kita up lagi [entry 2 tahun lepas] . Ok...kalau sebelum ni kita bercerita tentang  Tips untuk IBU MENYUSU di bulan RAMADHAN . Hari ni pulak...

Kita up lagi [entry 2 tahun lepas]. Ok...kalau sebelum ni kita bercerita tentang Tips untuk IBU MENYUSU di bulan RAMADHAN. Hari ni pulak aku nak berkongsi Menu sahur terbaik untuk ibu yang menyusu pula.

KURMA


Seperti dalam Hadith "Sebaik² makanan untuk sahur adalah tamar/kurma "

BUAH-BUAHAN


Sediakan pada sebelah malam untuk menjimatkan masa

GREEN SMOOTHIE/JUS


Makanan yang berwarna hijau akan menambah kandungan lemak di dalam susu badan dan akan memberi kita lebih TENAGA. Blend bayam, straawberry, flax seed, vanila yogurt, fresh milk pada sebelah malam dan hidangkan di waktu sahur.

Boleh juga buat jus kurma. Cuma perlu buah kurma dan fresh milk...sedap.

TELUR REBUS


Kaya dengan protein dan Omega 3

OAT


Dapat memberi tenaga yang lebih lama

LENTIL SOUP (SUP KACANG DHAL)


Menambah susu badan

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)


Memberi rasa kenyang lebih lama dan betenaga lebih lama

AIR


Elakkan dari minum air dengan banyak sewaktu sahur tetapi kerapkan pengambilan air selepas Maghrib sepanjang malam. Ni ada tips minum air untuk cukup kan 8 gelas sehari.

  1. 1 gelas selepas bangun sahur
  2. 1 gelas sebelum makan sahur
  3. 1 gelas selepas sahur
  4. 1 gelas sebelum berbuka
  5. 1 gelas selepas berbuka
  6. 1 gelas sebelum terawikh
  7. 1 gelas selepas terawikd
  8. 1 gelas sebelum tidur


Note: Baru 6 hari puasa dah pening nak masak apa ☺☺


Sangat² down. La tahzan innallaha ma'ana  Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehn...

Sangat² down.







La tahzan innallaha ma'ana 

Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya,

Trust is like a paper. Once it's crumpled it can't be perfect again. Adik beradik sendiri pon tak boleh dipercayai lagi skang ni.

Note: Kalaulah aku diberi kelebihan dimana aku tahu apa yang bakal berlaku pada masa akan datang. Tapi siapalah aku. Skrip dan jalan cerita semua telah tertulis dimana pengarahnya adalah DIA di atas sana. 



Nak up balik [entry 2 tahun lepas] . ..hehehe....Masih setia lagi menjadi ibu yang menyusukan anak even tak fully breastfeed lagi. Ko tu...


Nak up balik [entry 2 tahun lepas]...hehehe....Masih setia lagi menjadi ibu yang menyusukan anak even tak fully breastfeed lagi. Ko tunggu lah weekend. BF jer lah si qhalif tu...ppffttt. Di sini aku kongsikan tips² untuk ibu menyusu yang gorgeous di luar sana tu.

Tips untuk ibu menyusu di bulan Ramadhan
  1. Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah.YAKIN Allah yang beri susu. Bukan susu untuk ibu menyusu jenama ABC, XYZ atau sebarang produk lain.
  2. Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”. 
  3. Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur. Nabi saw bersabda: “Umatku tetap berada di dalam kebaikan, selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur” 
  4. Fokus pada KUALITI, bukan KUANTITI.
  5. Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair. 
  6. Makan banyak kurma. 
  7. Minum cukup cecair. Elakkan minuman berkafein dan minuman gas
  8. Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat.
  9. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
  10. Pastikan teknik penyusuan yang betul, kerapkan menyusui bayi.
  11. Pastikan teknik mengepam dan menggunakan pam yang betul.
  12. Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak. Penyusuan malam merangsang hormon prolaktin yang berperanan menghasilkan lebih banyak susu.
  13. Pam susu sebelum sahur.
  14. Sediakan kurma dan botol air di dalam beg tangan. Mungkin anda akan mengalami kesesakan jalan raya dan terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan. Setibanya di rumah, pastikan anda berbuka puasa dahulu sebelum menyusu bayi anda (jika keadaan mengizinkan).
  15. Sediakan lebih stok perahan susu ibu (EBM) sebagai persediaan menghadapi Ramadhan.
  16. Ambil milk booster jika perlu.
  17. Elakkan terlalu penat.
  18. Jauhi stress dengan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ceria
  19. Berjumpa dengan mereka yang pakar dalam bidang penyusuan sekiranya menghadapi masalah.
Kelonggaran meninggalkan puasa bagi wanita menyusukan anak
  • Daripada Anas bin Malik Al-Ka’bi, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa”.
  • Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut berlaku kemudaratan pada dirinya disebabkan puasanya itu, maka wajib bagi ibu untuk qadha’ puasanya sahaja.
  • Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut susunya akan berkurangan dan membahayakan anaknya, maka wajib bagi ibu untuk qadha’ puasanya dan dikenakan fidyah iaitu bersedekah satu cupak dari makanan asasi bagi hari yang dia berbuka.
  • Firman Allah: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.” [Al-Baqarah : 184]
Rujukan: 
  1. Al-Quran al-Karim. 
  2. Hasnita Sawal. (Ogos 2009). Menyusu dan Ramadhan. Majalah Pa & Ma, 107: 110-111. Selangor : Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd
  3. Nur Hidayah Abdullah (1997). Puasa. Fardhu Ain Khusus Wanita. Kuala Lumpur: Darul Nu’man, hlm 164-166.
  4. Rita Rahayu Omar (2007). momslittleones.com. 1 September.
  5. Imam Habib Abdullah Haddad (2003). Perihal Puasa. Nasihat Agama dan Wasiat Iman. Sngapura: Pustaka Nasional, hlm 177.
Note: Rindu nak mengepam susu :-(


Amboiiii...baru 1st day puasa dah citer pasal kuih raya yerp. Excited betul nih. Biasalah...bila dah masuk bulan puasa ni mesti lah sibuk j...

Amboiiii...baru 1st day puasa dah citer pasal kuih raya yerp. Excited betul nih. Biasalah...bila dah masuk bulan puasa ni mesti lah sibuk jugak nak buat kuih raya kan. Hari Raya dan kuih raya takkan terpisah gittew. Awal² ni lah elok buat kuih raya. Kang dah hujung² puasa takut kelam kabut plak nanti.

Ni nak share resipi kuih raya. Siapa suka Kellogg's Corn Flakes? Pastinya ramai yang suka kan. Kalau breakfast dengan Kellogg's Corn Flakes pon dah sedap, apatah lagi kalau buat biskut pakai kellogg's corn flakes nih sebab kerangupan dan kelebihannya dari segi rasa kerana dibuat daripada jagung sebenar. Memang super duper sedap. Ok...kita mulakan dengan resipi yang pertama dulu. Memang senang sangat nak buat.

JEJARI ROTI KELLOGG'S CORN FLAKES


Bahan²
  • Roti Gandum
  • Mentega
  • * 40g Kellogg's Corn Flakes dihancurkan
  • * 30g Gula Merah
  • * 2 Sudu besar Serbuk Badam
  • * 1/2 Sudu kecil Serbuk Kayu Manis
Cara²
  1. Panaskan oven 160' C. Sediakan loyang dengan kertas baking
  2. Campurkan bahan² bertanda * ke dalam mangkuk
  3. Potong roti ikut saiz yang disukai. Nak buat bentuk apa pon boleh. Jangn lupa buang kerak roti tu.
  4. Sapukam mentega kepada setiap bahagian. Suka hati nak pakai mentega jenama apa pon.
  5. Taburkan bahan² bertanda * ke atas bahagian yang roti yang dah disapukan mentega
  6. Susun roti atas loyang 
  7. Bakar selama 15-20 minit atau sehingga warna roti bertukar keemasan.
  8. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara

Close up sket. Saya buat versi mentega dan juga nutella. Pakai roti biasa. Nanti nak buat pakai roti gandum plak ☺

Mudah sangat kan. Kalau tak nak pakai roti gandum pon tak per. Boleh jer pakai roti biasa tu. Lepas tu kan. Boleh gantikan mentega tu dengan nutella. Variety lah sket lah biskut tu kan. Memang sedap. Dah lah roti tu rangup. Topping plak dengan kellogg's corn flakes. Silalah bayangkan kerangupannya.

BISKUT ARAB KELLOGG'S CORN FLAKES


Bahan²
  • 250gm Tepung gandum 
  • 125gm Gula Halus 
  • 125gm minyak sapi 
  • Kellogg's Corn Flakes dihancurkan
  • Paper cup 
Cara²
  1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati
  2. Buat bentuk bulat-bulat kecil 
  3. Masukkan dalam paper cup 
  4. Bakar 180ÂșC selama 20 - 25 minit atau sehingga masak 
  5. Sejukkan dan taburkan gula halus 

Close up sket. Agak tak seimbang saiz biskut arab kellogg's corn flakes saya nih. Biasalah...buat dengan penuh kasih sayang dengan anak² katakan. Memasing sibuk nak menolong. Rajin anak² ibu ni. Riuh dapur dibuatnya.

Ni biskut arab versi simple dan versi baru. Tak pernah dibuat orang biskut arab campur dengan kellogg's corn flakes. Ko mampu?...hahaha...Sila lah cuba. Sedap tau. Rasa crunchy jer bila makan. Kalau rasa kosong, boleh tambah letak buah ceri kat atas biskut arab tu. Tak pon buat biskut arab colorful. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Pasti letak lah pewarna. 


Ni nak bagitau. Sempena bulan ramadhan ni, Kellogg's ingin memperkenalkan 8 resipi biskut Kellogg's Corn Flakes edisi terhad untuk menggalakkan anda mencubanya pada bulan ramadhan ni. Silalah kunjungi Trak Sample Kellogg's yang akan berada di bazar ramadhan, pasaraya ria dan pasar raya bermula dari 17 June 2015 hingga 10 Julai 2015.

Anda berpeluang menyaksikan demonstrasi membuat kuih secara langsung oleh pakar pembuat kuih yang berbakat tentang bagaimana Corn Flakes boleh digunakan dengan pelbagai cara untuk membuat biskut istimewa untuk perayaan ini. Sempena bulan yang mulia ini, Kellogg's juga telah bekerjasama dengan pengacara popular program 'Jalan-Jalan Cari Makan', Maria Tunku Sabri untuk menghantar biskut ke rumah anak² yatim dan rumah kebajikan yang terpilih di Malaysia untuk berkongsi kegembiraan yang dibawakan sempena bulan yang mulia ini.

Maria Tunku Sabri akan turut hadir di beberapa lokaso trak sample yang terpilih seperti:

·         Sogo KL, 12 Jun (11pagi-4ptg)
·         Giant Batu Caves, 13 Jun  (1-3ptg)
·         Giant Stadium Shah Alam, 14 Jun (1-3ptg)

Orang ramai dijemput untuk mencuba biskut Kellogg’s Corn Flakes® dan membuat ikrar untuk menghantar biskut kepada anak-anak yatim pada tarikh dan di lokasi berikut:


Jangan lupa tau mencuba resipi² ni dan jangan lupa beli Kellogg's Corn Flakes. Sila terjah juga trak sample Kellogg's nih. 


Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa buat umat muslimin dan muslimat semua. Especially buat kawan² ku di alam maya ini. Marilah kita mem...


Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa buat umat muslimin dan muslimat semua. Especially buat kawan² ku di alam maya ini. Marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinanNya, kita diberi kesempatan bertemu semula dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ni.

Semoga kita dpt menghayati dan manfaatkan kehadiran bulan yg penuh barakah ini dengan sebaik mungkin. Smoga ibadah kita dapat digandakan bukan hanya pada bulan ramadhan sahaja. Tapi pada bulan² yg seterusnya dan berterusan.

Duhai Ilahi...
Andai ini ramadhan terakhir buatku...
Jadikanlah ia ramadhan paling bererti, paling berseri, menerangi kegelapan hatiku.. 
Menyeru kejalan menuju redha dan kasih sayangMu ya Ilahi..

Dikesempatan ini, saya ingin memohon kemaafan kalau ada kesalahan bahasa dan keterlanjuran kata sepanjang saya menulis dan sepanjang perkenalan kita dialam nyata mahu pon maya ini.

'MARHABAN YAA RAMADHAN'

Note: Harini dah start solat terawih. Ya! allah...Rindunya nak solat terawih kat  masjid.


Masakan Vietnam?? Sedap ker? Kalau masakan Thailand tu memang dah biasa makan. Tak dinafikan memang sedap. Tapi masakan Vietnam ni. Haaaaa....

Masakan Vietnam?? Sedap ker? Kalau masakan Thailand tu memang dah biasa makan. Tak dinafikan memang sedap. Tapi masakan Vietnam ni. Haaaaa...meh nak share sedap ker tak.


Haritu saya diberi peluang untuk mencuba masakan Vietnam dan Thailand di Viet-Thai Canteen yang terletak di Cyberjaya. Kiranya gabungan masakan Vietnam dan juga Thailand bergabung dalam satu masakan gittew. 1st time ni nak cuba masakan Vietnam. Apa lah rasanya yerp.


Antara hidangan² yang bakal masuk perut. 


Sementara menunggu hidangan, mari kita minum dulu. ICED LEMONGRASS PANDAN TEA sebagai penyejuk tekak. Seumur hidup, inilah kali pertama minum air serai. Rasa nya boleh tahan sedap. Boleh diterima dek tekak.


Antara menu² yang terdapat di Viet-Thai Canteen.


Hiasan dalaman. Nampak tak susunan meja tu. Macam kantin kan Nampak kemas jer. Kedai pon bersih dan tersusun.


Menu pertama yang saya cuba ni ialah VIETNAMESE RICE PAPER ROLL. Alaaaa...macam popia basah lah lebih kurang. 1st time makan dan ada carannya nak makan sebab nak kena balut membalut dulu. Nampak tak ada disediakan semangkuk air disitu? Haaaaa...air tu digunakan untuk membasahkan rise paper roll supaya rice paper roll menjadi lembut.


Macam ni. Bila dah lembut, kita susun bahan² yang disediakan tu. Kena cepat sebab rice paper roll ni cepat kering. Bila dah kering, dia jadi melekat². Pastu senang nak terkoyak. 1st balutan memang menjadi. Masuk 2nd time membalut...ppffttt...Tak boleh nak balut sebab dah terkoyak...ngeeee...


Amboiii...kusyuk kak ton membalut yerp...hahaha...Rasanya?? Perghhhh...memang sedap lah. Masih terasa lagi kesedapannya ni. 


Menu seterusnya ada lah Thai Platters iaitu GREEN PAPAYA SALAD (SOMTAM), PANDAN CHICKEN, HATYAI FRIED CHICKEN WING dan juga THAI FISH KEK. Ni nak bagitau. Suma nya sedap². Somtam dia tu... memang sedap. Kalau uolls datang sini harus order somtam ni. 


Beralih kepada Noodles Soups...VIETNAMESE BEEF NOODLE SOUP, VIETNAMESE CHICKEN SOUP dan juga SIAMESE LAKSA. Noodle soup kat Viet-Thai ni memang sedap. Rasa dia lebih kurang macam Boat Noodle jugak. 


Last sekali kita makan nasi. VIETNAMESE GRILLED LEMONGRASS CHICKEN WHOLE LEG dan VIETNAMESE GRILLED LEMONGRASS LAMB CHOP. Pon sedap. Senang citer suma makanan² kat Viet Thai Canteen @ Cyberjaya ni memang sedap² lah.


Ni kopi import dari Vietnam. VIETNAMESE DRIP COFFEE namanya. Cuba tengok cara penyediannya tu. Kopi tu diletak dalam filter. Pastu letak air panas. Menitik² air kopi tu dan kita tunggu sampai penuh...campur dengan susu dan minum. Perghhhh...sedap rupanya kopi vietnam ni. Ada rasa campuran coklat sket. Memang sedap lah. 

Kalau uolls nak mencuba masakan Vietnam ni, boleh lah singgah:


Viet-Thai Canteen

No. 6, Block E, Jalan GC 4 
Glomac Cyberjaya, 
Cyber 12, Cyberjaya

Tel: 03-8322 6986 
Email: viet.thai.canteen@gmail.com  


Note: Overal....memang sedap lah. Akan repeat lagi nanti ☺


Wanita dan kecantikan takkan terpisah. Siapa yang tak nak kelihatan cantik. Asal ada jenama yang bagus, mesti nak try kan. Semua orang ingi...

Wanita dan kecantikan takkan terpisah. Siapa yang tak nak kelihatan cantik. Asal ada jenama yang bagus, mesti nak try kan. Semua orang inginkan kulit yang cantik, bersih dan berseri². Tapi ikut keserasian kulit masing² juga. Bukan mudah nak cari produk yang serasi dengan kulit kita kan. 

Meh nak share dengan uolls semua satu produk baru. BABESKIN DOUBLE SERUM dan juga WHITENING SOAP PREMIUM kuluaran BABESKIN365


Apa fungsi  BABESKIN DOUBLE SERUM dan juga WHITENING SOAP PREMIUM ni? Banyak sangat fungsi dan keistimewaannya tau. Kita mulakan dengan WHITENING SOAP PREMIUM dulu.

RM29.00 (SM) 
RM39.00 (SS)

WHITENING SOAP PREMIUM ni bukan saja untuk mencuci wajah malah sesuai digunakan dibadan. Senang citer buat sabun mandi pon boleh gittew. Face and body bar ni kaya dengan Vitamin A, C dan E yang menjadikan kulit kita lembut, lembab dan licin. Disamping itu, ia juga membaiki dan mencerahkan tekstur keseluruhan kulit. Menarik kan. Sabun ni sesuai untuk semua jenis kulit

RM119.00 (SM) 
RM129.00 (SS)

Yang ni plak BABESKIN DOUBLE SERUM. Selamat datang kepada kulit yang bercahaya dan berseri²...cewahhhhh...Double Serum ini menggunakan bahan-bahan aktif yang telah di asingkan kepada 2 jenis. Iaitu: 

SERUM 1: REPAIRING BOOSTER
  • Mengurangkan Kulit Berminyak 
  • Mengurangkan Jerawat
  • Merawat Jeragat
  • Mengembalikan Tona kulit tak sekata
SERUM 2: ULTIMATE MEGA LIFT
  • Mengurangkan Kedutan
  • Meningkatkan Keanjalan Kulit
  • Membantu Melembapkan Kulit
  • Mengekalkan Ketahanan Kulit
Bila kedua² BABESKIN DOUBLE SERUM ni bergabung. Maka hilanglah jerawat, wajah berminyak dan kulit kusam. Hanya 2 titik sahaja ianya dapat menyegarkan kulit, Jangan titik sampai habis sebotol...hehehe...Sesuai untuk semua jenis kulit.


Berseri² tak wajah kak ton...ngeeeee...Dah habis citer pasal BABESKIN DOUBLE SERUM dan juga WHITENING SOAP PREMIUM, meh kita citer pasal pengalaman sendiri menggunakan kedua² produk ni plak. 

Selepas hampir 2 minggu menjadi pengguna, saya memang berpuas hati dengan hasilnya. Lepas basuh muka dengan WHITENING SOAP PREMIUM, rasa lembut jer kulit muka ni. Minyak pon tak berani nak singgah...hehehe...

Dah basuh muka, tepek plak dengan BABESKIN DOUBLE SERUM REPAIRING BOOSTER dan juga ULTIMATE MEGA LIFT. Apa yang best pasal double serum ni, ianya  mudah dipakai dan cepat meresap ke dalam kulit. Memang best lah. 


Tak perlu ragu² lagi sebab Babeskin Double Serum Dan Whitening Soap dah diluluskan oleh KKM. Selamat digunakan tanpa was² ☺

Kalau nak tau lebih lanjut mengenai produk ni atau ada sebarang pertanyaan berkaitan produk, sila hubungi mereka² ni:

012-2444 014 (Nurul)
012-2444 041 (Jane) 
018-2444 988 (Fiqa) 
011-1888 9948 (Shila)

Boleh juga dapatkan lebih info di:

Website: babeskin365


Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2015, EFG buat julung kalinya akan menambah 'havoc' suasana raya anda d...

Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2015, EFG buat julung kalinya akan menambah 'havoc' suasana raya anda dengan GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100.

Istimewanya, GIVEAWAY EFG MEGA RAYA ini turut menyediakan hadiah lumayan buat pemenang SEO yang berjaya menempatkan halaman web peserta di kedudukan teratas dalam senarai engine carian Google Malaysia (Google.com.my) menggunakan kata carian "Giveaway EFG Mega Raya".

Melalui giveaway ini, para peserta berpeluang untuk saling kenal-mengenali, seterusnya mengeratkan silaturrahim sesama blogger dalam meraikan hari raya pada tahun ini.

giveaway efg mega raya 2015

{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :

SEO

RM300 x 1 pemenang
RM200 x 1 pemenang

RM100 x 1 pemenang

RM100 Cash x 25 pemenang

Mula : 10 Jun 2015 | Tamat :9 Julai 2015


Syarat-syarat wajib :

1. Tulis entry yang bertajuk GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

2. Follow blog sponsor

4. Follow Instagram

5. Add facebook
6. Follow G+
7. Like facebook page
Helenz Signature Official
K.Rogers Butter Cookies by Zida dan Arif
Exchangefeedgroup
irrayyan.com Official FB
Arzmoha
Nik Ainaa
Amy Si Gadis Weird
Rahim Aim Channel

AIN Dramatic Uniq Blog

ShamieraOsment.com
CikGu NoraZimah
YanieYusuf
syirasophie.blogspot.com
Chenta Hati Saya
Diari Jejaka Hangat
Kumahuitu.blogspot.com
Official Pages "Qaseh Ku"
Shahira's blog
Akif Imtiyaz Official Blog
Isolabellaz
Eny Abdullah Cooking & Photography
PowergolD.BiZ
Papaglamz
MMD One Stop Centre
P.C.L
Blog BingkisanHati
Cikk mimin mera
Shaklee House Pantai TIMUR
Zulls Grill N Spices
Nota Purba
Nukilan Reena
Mia Zain
Kanvaskehidupanku
Mommy Yoorin
Sayidahnapisahdotcom
safuraonlinediary
Anajingga
Bicara Mummy
Aku Penghibur [dot] com
SIpanjangkata Likers



GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

di sponsor oleh

Madeena Skincare by Helenz Signature Sponsor Giveaway EFG Exchange Feed Group Mega Raya 2015
Madeena Skincare by Helenz Signature
dan




EFG MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN ALMUBARAK

Syarat² 1. Buat Entry Giveaway bertajuk " Giveaway Mega Raya by Azhafizah.com " 2. Letakkan banner giveaway dan l...


Syarat²

1. Buat Entry Giveaway bertajuk "Giveaway Mega Raya by Azhafizah.com"
2. Letakkan banner giveaway dan link kan ke entry ini. * Drag gambar banner ni terus masuk compose entry ye kalau susah nak ambil banner ni.

3. Follow Blog

4. Follow Instagram
*kalau tiada instagram, sila mention tiada

5. Like Fanpage

6. Share Promo Sales
Akan diupdate kemudian * Mohon check semula nanti ye.

7. Masukkan link blog www.azhafizah.com di dalam bloglist untuk mengetahui update Giveaway nanti.


8. Publish entry dan tinggalkan link entry di dalam kotak komen.

Tempoh Giveaway berlansung selama 3 Minggu 3 hari
2 June 2015 (12:00am)- 26 June 2015 (11:59pm)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...