AFB Feeds

Dah tau ker? Ker ada yang tak tau pasal Mitsui Outlet Park ni. Ni nak bagitau. Mitsui Outlet Pa...


Dah tau ker? Ker ada yang tak tau pasal Mitsui Outlet Park ni. Ni nak bagitau. Mitsui Outlet Park ni terletak hampir dengan KLIA dan mempunyai akses dari lebuhraya. Mitsui Outlet Park yang dibangunkan bukan untuk pengguna lapangan terbang semata-mata sebaliknya untuk penggemar jenama premium khususnya yang berada di sekitar Lembah Klang 

Buat masa ini, belum ada pusat beli-belah yang menawarkan produk jenama premium pada harga diskaun di sekitar Lembah Klang dan Mitsui Outlet Park adalah yang pertama seumpamanya. Mitsui Outlet Park KLIA akan memiliki 140 factory outlet (FO) di kawasan membeli-belah seluas 24,000 meter persegi dalam fasa pertama pembangunannya.

Wowww...Senyum lebar kaki² shopping bila baca nih. Tak payah gi JPO (Johor Premium Outlet) nun di Johor sana tu. Kat Sepang dah ada. Ni antara jenama yang ada:






Silalah terjah MOP esok. Event start pukul 2.00 PM - 4.00 PM. Banyak opening special discount esok. Gaji pon dah dapat kan...hehehe...Kalau nak tau detail, klik jer FB page MOP ni.


Note: Banyak betul event minggu ni. Event aku esok amik report card si anak dara tu ☺


Anak selalu demam? Anak selalu tak sihat? Kerap selsema? Anak kurang selera makan? ...

Anak selalu demam?
Anak selalu tak sihat?
Kerap selsema?
Anak kurang selera makan?

Kalau ada tanda² diatas, bermakna anak² anda perlukan makanan tambahan @ supplemet yang boleh meningkatkan tahan kesihatan anak² anda. Kalau duduk nursery tu biasalah. Memang kerap tak sihat. Kejap² demam...kejap² selsema. Minggu ni dah baik, minggu depat datang balik penyakit berjangkit tu.

Bukan kita yang dewasa ni jer perlukan makanan tambahan @ supplement untk tingkatkan tahap kesihatan. Anak² kita juga tak terkecuali. Jangan buat tak tahu bila anak kerap tak sihat. Kesihatan anak² juga penting. Ini cadangan supplement yang sesuai untuk kanak².
MEALSHAKE

Hidangan lazat, berkhasiat dan mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
  • Sarapan segera penuh berkhasiat 
  • Sajian yang lazat, murah dan cepat disediakan 
  • Makanan segera untuk dinikmati oleh semua 
  • Snek yang sungguh sedap dan boleh diambil pada bila-bila masa 
  • Sajian ideal yang rendah kolesterol, lemak dan natrium 
Shaklee Meal Shake merupakan sumber protein yang lengkap dengan penambahan vitamin dan mineral. Ia membekalkan sembilan asid amino dalam nisbah yang seimbang untuk kesejahteraan tubuh anda.

Di samping itu, Meal Shakes Shaklee juga mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein, termasuk asid amino perlu dan tidak perlu. Kalau anak² anda kurang selera makan, boleh try Meal Shake ni. Mesti selera makan bertambah.

Chewable Vita-C Plus 100 mg

Vitamin C memainkan peranan penting dalam mengekalkan kandungan antioksidan semula jadi tubuh. Selain itu, ia juga amat diperlukan untuk menyihatkan tulang, gigi, gusi dan keseluruhan tubuh secara amnya.

Chewable Vita-C dirumus dengan perisa sitrus yang lazat dan membekalkan vitamin C yang bersamaan dengan 1½ buah oren. Ia sesuai untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang menghadapi masalah untuk menelan tablet. Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

OmegaGuard

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak omega 3 daripada ikan laut dalam. DHA dan EPA perlu diperoleh melalui pemakanan dan berkesan dalam mengurangkan keradangan serta menyokong fungsi sistem saraf dan mata.

Shaklee OmegaGuard™ ialah suplemen pemakanan yang mengandungi minyak ikan. Satu sajian OmegaGuard™ membekalkan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.

Vita-Lea for Children 

FORMULA SERBA BAHARU ini dicipta berteraskan kajian sains pemakanan yang telah dijalankan lebih 100 tahun serta bersandarkan paduan kepakaran para pakar pemakanan dan saintis penyelidik Shaklee. Ia mengandungi mikronutrien berspektrum luas.

Membekalkan 18 Vitamin dan Mineral
  • Penting untuk pertumbuhan dan perkembangan normal kanak-kanak 
Rumusan Tidak Merosakkan Gigi
  • Dirumus dengan pemanis asli xylitol yang tidak menyebabkan kaviti 
Perisa Anggur Yang Enak
  • Sedap dikunyah, pasti digemari oleh kanak-kanak

Note: Daripada bagi anak kunyah gula². Baik bagi anak² kunyah vitamin ☺


Tarikh : 31 Mei 2015  Hari : Ahad ⌚  Masa : 4.00 pm- 11.00pm  Lokasi : Sekolah Kebangsaan...


Tarikh : 31 Mei 2015 
Hari : Ahad ⌚ 
Masa : 4.00 pm- 11.00pm 
Lokasi : Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, BBB

Jemputan menghadiri Malam Cinta Allah dan Rasul - Bangi Berselawat anjuran Kelab Belia Harapan Islam Bandar Baru Bangi (Kelab Belia HABIB - PPBM 9620/15) dengan kerjasama Yayasan Jabal Nur dan PIBG Sek Keb Seksyen 7 yang bertujuan mengumpulkan seramai mungkin masyarakat di sekitar Bangi agar terlibat di dalam majlis ilmu berbentuk selawat dan qasidah di samping mendengar "tawsiyyah" serta mengeratkan ukhwah. 

Ayuh bersama kita hadir berselawat... 

Tentatif: 

04.00ptg: Jualan Bazaar dan Booth bermula
07.30mlm: Solat Maghrib
07.45mlm: Kuliyyah Maghrib
08.40mlm: Solat Isyak
09.00mlm: Bangi Berselawat
11.00mlm: Bersurai

Nampak banner ni kat area Bangi. Tapi tengok macam tak meluas sangat hebahannya. Ni aku tolong habahkan lagi. Buat penduduk² Bangi dan kawasan² berhampiran yang masih tak aware pasal event ni, marilah kita memeriahkan majlis MALAM CINTAL ALLAH DAN RASUL. Besar pahala bila kita menghadiri majlis ilmu macam ni. 

Info boleh tengok kat sini:


Note: Kalau tak der halangan rasa macam nak pergi. Sebab dekat dengan rumah.


Chaakkkkk!!!! Rasa macam dah lama tak update blog. Macam dah banyak habuk jer. Mood nak blogging me...

Chaakkkkk!!!! Rasa macam dah lama tak update blog. Macam dah banyak habuk jer. Mood nak blogging merudum lah. Dari last week asyik bukak...tutup...taip...padam dan begitu lah asyik ulang benda yang sama. Alaaaaa...kalau lama tak update pon bukan orang cari pon. Blog sendu jer. Jadinya...kita jalan² kat blog kawan² dan buat komen marathon jer lah. Ok...ni nak citer pasal apa ni? Pasal mood ker pasal family dah...hahahhaa...


Dah sminggu aku perap. Pegi nya sabtu lepas @ 16 May 2015. Tapi maca aku cakap lah. Mood tak der. Dengan nak make up gambar lagi. Nak letak watermark lagi. Nak pilih gambar yang cun². Pada hal tak banyak mana pon gambarnya....muahahaha...Beberapa minggu sebelum tu dah bagitau anak² yang kita akan ke Sunway Lagoon. Reaksi dorang jangan cakap lah. Happy bukan main. Happy dorang tu sampai boleh dikatakan hari² dok bertanya 'bila kita nak gi Sunway Lagoon???'. Pada hal dah cakap banyak kali dah tarikhnya...ppfftttt...Excited tak hingat namanya tu.


Tiba hari yang dinanti². Pukul 7.30 am dah kluar rumah. Rezeki adik² ipar sebab dapat join skali. Mana yang tak boleh pergi tu, kita amik lah tiket dia kan. Nak masuk parking pon berderet² kereta. Apatah lagi nak masuk kat dalam Sunway Lagoon tu. Dah nama pon UEM Group punya Family Day kan. Lebih 18 ribu staff wei. Orang macam semut. Belum terjun kolam lagi memasing dah basah sebab bermandi peluh. Acaner tu??? Kesian kat bebudak lah.

Dah masuk dalam tu pon ada masalah gak. Masalah nak mencari tempat duduk. Jadinya....kita duduk jer lah kat memana kan. Asalkan ada tempat nak parking barang. Ikut hati rasa macam nak mandi. Tapi pengalamam terdahulu, tak per lah...aku jadi pemerhati anak² mandi dan juga jadi penjaga harta benda berharga jer lah. 

Kalau ikut kan memang teringin sangat nak mandi. Tapi bila fikir² balik, pengalaman terdahulu yang terpaksa beratur panjang sebab nak tukar baju rasa hazab plak. Ko bayangkan lah umat manusia dalam tu berbelas ribu. Toiletnya ada berapa jer. Lagi pon sapa nak jaga barang² ngan anak² kan. 

Kakak dengan adik jer. 


Si Qahirah dengan Qhalif jer yang aku pantau. Si iman hakimi dengan abah dengan makcik² nya dah hilang. Pandai si kakak ni jaga adik dia. Di heret adik dia dari kolam ke kolam yang lain. Aku perhati jer dari jauh. Dalam perhati² tu. Tiba²..... 

Anak² aku ni hilang dari radar. Aku punya menggelabah jangan cakap lah. Bebudak yang mandi pon baju lebih kurang sama kalernya dengan Qahirah ngan Qhalif. Berpusing² aku mencari. Mana lah anak² aku ni. Akhirnya jumpa jugak. Lega. Pesan dah jangan main kat tempat lain. Dah lah cuaca agak panas. Tempat berteduh pon nan hado. Berteduh dicelah² pokok jer. Pantau punya pantau sekali si Qhalif plak hilang dari pandangan. Ya! allah...Berderau balik jantung aku. Dah macam main peek-a-boo plak bebudak ni. Tanya si kakak, dia pon tak tau adik dia kat mana. Tak perasan adik dia dah hilang gamaknya.


Haishhhhh...Memang menguji kelajuan degupan jantung si ibu betul tau. Nasib tak lama lepas tu nampak kelibat qhalif...phewwwww...lega mak nak. Dahhhh...stop mandi dulu. En. somi, kimi dengan makcik² nya dah dekat sejam lebih tanpa khabar berita. Tengah rilex² dorang muncul. Ingatkan dah lupa kat kitorang ni ha...hehehe...


Rupa² dorang gi beratur sejam lebih sebab nak naik VUVUZELA. Perghhhh...tabah betul beratur panjang². Dengan si kimi join main sekali. Tak sangka plak aku berani juga si kimi tu naik gelongsor besar nih. Bila dah sejuk tu perut pon lapar khenn. Makanya...isi perut dulu sebelum main game yang lain plak.


Dah kenyang perut, gi cari port untuk letak barang² dan jugak stroller. Dah jumpa port, sambung main. Gi main slide yang masuk terowong bengkang bengkok panjang ni haaa. Tak sempat nak snap gambar kimi ngan abah dia. Laju bebenar turunnya.


Lepas tu sambung main lagi slide yang panjang ni plak. Nampak tak anak bujang sorang tu. Berani plak dia main. Aku ngan anak² jadi tukang tengok jer lah. Pastu rasa nyesal sebab tak mandi...hahahaha...


Lepak jap kat kolam mainan kanak² ni. Si abah sado sedang memanaskan badan anak² yang kesejukan...hehehe...


Pindah plak kat kawasan persisiran pantai berpasir dalam Sunway Lagoon tu. Baru lah dapat snap adik beradik nih ha. Tengoklah tu...bukan main terbaring lagi. Dengan cuaca panas berdeting. Kulit pon gelap. Lagi sekali En. somi ngan adik² nya @ makcik² #ImanQahirahQhalif hilang dari radar. Kali ni si kimi tak join. Bila tak join tu, mulalah dia tanya mana abah ngan makcik² dia pergi.

Kali ni lagi lama dorang hilang. 2 jam jugak kot. Naik bosan aku menuggu. Apsal lah lama sangat nih. Dengan si kimi tanya soalan yang sama banyak² kali...ppffttt...Tengah dok termenung atas batu, sekali nampak macam susuk tubuh yang aku kenali tengah turun dari Malaysia’s Longest Flying Fox dari ketinggian 206 meters. 

Patut lah lama. Gi Extreme Park. Main paintball pastu tak tau dorang main apa lagi lah. Last sekali tu yang naik Flying fox. Nak naik tu jer kata en somi beratur dekat 2 jam. Lagi lama dari nak naik vuvuzela. Macam² lagi lah dorang main kat dalam tu.


Macam² lagi lah dorang main kat dalam tu. Surf Simulator or ‘FlowRider’ ni pon en somo main. Sampai 2 kali. Nasib tak berapa ramai sangat orang. Yang kelakarnya, ada yang sampai tercabut seluar wei. Nasib cepat² cover...hahaha...


Seronok tengok mereka semua happy. Rasa macam tak cukup jer masa tu sebab ada lagi game yang tak sempat main. Macam rumah hantu tu memang tak der lah aku nak masuk. Tengok hantu² palsu berkeliaran kat situ pon aku dah ngeri. Tunggu group UEM punyer family day for the next 2 years kalau nak ke sini lagi. 

Ok...dah tamat. Tapi aku tau ada yang skip membaca bila entry panjang² ni kan...muahahaha...Mekasih lah kalau ada yang baca sampai habis ☺☺

Note: Mood malas ni tak boleh dilayan sangat. Kalau dilayan memang malas jer memanjang.


Sedih seorang ibu. Pagi hantar anak gi nursery elok jer. Tak der luka lebam bagai. Balik jer amik a...

Sedih seorang ibu. Pagi hantar anak gi nursery elok jer. Tak der luka lebam bagai. Balik jer amik anak. Tengok bibir anak dah membengkak sebelah. Menampakkan luka dibibir atas yang agak besar dan agak teruk. 


Lebih kurang macam ni lah lukanya. Tapi teruk sket dari dalam gambar ni. Sampai² jer dorang minta maaf dulu. Katanya Qhalif gaduh. Biasalah bebudak kan. Dah elok gaduh main balik. Tak sangka plak masa qhalif tengah main panjat tunnel mainan tu di tolaknya qhalif jatuh kebawah dan tersembam sampai tergigit bibir atas. Aku yang nengok pon rasa ngeri. 

Katanya nangis kejap jer. Kalau betul nangis kejap tak per lah. Tapi kalau tengok luka qhalif tu boleh menangis meraung jugak lah. Sedih weiiii...sedih sangat. Yang ralat sangat kenapa tak call aku bagitau yang qhalif jatuh, Kenapa bila aku dah amik anak baru aku diberitahu yang anak aku jatuh.

Benda dah nak jadi kan. Aku tau bukan senang nak handle bebudak bila dah ramai² tu. Tapi kena bagi extra attention lah pada bebudak yang jenis tak boleh dok dekat. Bila dok dekat jer asyik nak bergaduh. Bila main jer nak bergaduh. Dah nama pok budak. Tak sah kalau tak gaduh. 

Aku ni plak jenis tak banyak cakap. Tak der lah sampai nak marah² atau nak tinggi² suara bila anak aku jatuh. Bukan nya ko boleh reverse balik benda yang dah jadi kan. Apa yang ko boleh buat, soh dorang lebih pay attention. Balik smalam call en. somi soh beli minyak gamat. Tapi boleh terlupa plak nak letak kat bibir dia tu....ppffttttt...

Alhamdulillah jugak si anak soleh Qhalif tu jenis tahan sakit. Nak suap nasi pon aku risau. Takut dia rasa sakit. Tapi tengok relax jer budak itu. Ibu ko ni plak yang over. Sesekali ada gak qhalif mengadu 'Ibu...atit'. Alahaiiii...syahdu plak dengar. 

Note: Dah nasib ibu berkerjaya kan. Kalau complain banyak, dok umah jaga anak sendiri ☺ 



لأجاريهم، قلدت ظاهر ما فيهم Liujarihim, qollat tu zhohira ma fihim Ketika ingin bersaing d...


لأجاريهم، قلدت ظاهر ما فيهم

Liujarihim, qollat tu zhohira ma fihim
Ketika ingin bersaing dengan yang lain, aku ingin meniru perwatakan luar dan dalamnya.

فبدوتُ شخصاً آخر، كي أتفاخر
Fabadautu shakhson a-khar, kai atafa-khar,
Jadi aku boleh jadi seorang yang lain, hanya untuk berbangga

و ظننتُ أنا، أنّي بذلك حُزْت غنى
Wa zonan tu ana, anni bizalika huztu ghina,
dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu, aku akan dapat kelebihan.

فوجدتُ أنّي خاسر، فتلك مظاهر
Fawajad tu anni kha-sir, fatilka madhohir,
Tetapi yang kuperolehi hanyalah kerugian di atas perwatakanku ini.

لا لا
La la,

لا نحتاج المال، كي نزداد جمالا، جوهرنا هنا، في القلب تلالا

La nahtajul ma-la, Kai nazdada jama-la, Jauharna huna, Fil qalbi talala,
Kita tidak memerlukan harta untuk menambahkan kecantikan, kecantikan dalaman (jauhari) ada di sini, di dalam hati ia bersinar.

لا لا
La la,

نرضي الناس بما لا، نرضاه لنا حالا، ذاك جمالنا، يسمو يتعالى

Nurdhin nas sa bima-la, Nardhohu la na ha-la, Za-ka jamaluna, Yasmu yataa’la
Kita tidak perlu memandang pandangan orang lain untuk apa yang tidak ada, yang tidak sesuai dengan kita, itulah kecantikan kita, semakin bertambah hingga ke atas.

Oh Wo Oh (6x)

كن أنت تزدد جمالاً

Kun anta tazdad jamala
Jadilah diri kamu sendiri pasti akan menambahkan lagi kecantikan yang sedia ada.

Oh Wo Oh (6x)

كن أنت تزدد جمالاً

Kun anta tazdad jamala aaa
Jadilah diri kamu sendiri pasti akan menambahkan lagi kecantikan yang sedia ada.

la la la la laaa la la la laa la laa la la la la laaa

أتقبّلهم، الناس لست أقلّدهم

Attaqabbalhum, anna-su lastu qalliduhum,
Sungguh aku menerima mereka, tetapi tidak pula aku meniru perwatakan mereka

إلا بما يرضيني، كي أرضيني
Illa bima yurdhi-ni, kai urdhi-ni,
melainkan apa yang aku terima itu, aku telah redha.

سأكون أنا، مثلي تماما هذا أنا
Sa akunu ana, mithli tamaman hazana,
Aku ingin menjadi seperti diri aku sendiri, inilah aku

فقناعتي تكفيني، ذاك يقيني
Fakona a’ti takfini, za-ka yaqi-ni,
hal ini kurasakan sudah cukup, dan aku sangat pasti.

لا لا
La la,

لا نحتاج المال، كي نزداد جمالا، جوهرنا هنا، في القلب تلالا

La nahtajul ma-la, Kai nazdada jama-la, Jauharna huna, Fil qalbi talala,
Kita tidak memerlukan harta untuk menambahkan kecantikan, kecantikan dalaman (jauhari) ada di sini, di dalam hati ia bersinar.

لا لا
La la,

نرضي الناس بما لا، نرضاه لنا حالا، ذاك جمالنا، يسمو يتعالى

Nurdhin nas sa bima-la, Nardhohu la na ha-la, Za-ka jamaluna, Yasmu yataa’la
Kita tidak perlu memandang pandangan orang lain untuk apa yang tidak ada, yang tidak sesuai dengan kita, itulah kecantikan kita, semakin bertambah hingga ke atas.

Oh Wo Oh (6x)

كن أنت تزدد جمالاً

Kun anta tazdad jamala
Jadilah diri kamu sendiri pasti akan menambahkan lagi kecantikan yang sedia ada.

Oh Wo Oh (6x)

سأكون أنا، من أرضى أنا، لن أسعى لا لرضاهم

Saakunu ana, man ardho ana, lan as a’ la liri dhohum,
Aku akan jadi mengikut kemampuan diriku, aku tidak perlukan orang lain menerimaku.

وأكون أنا، ما أهوى أنا، مالي وما لرضاهم
Wa akunu ana, ma ahwa ana, ma-li wama liridhohum,
Aku akan jadi apa yang aku suka, kenapa aku perlu peduli tentang penerimaan mereka terhadapku.

سأكون أنا، من أرضى أنا، لن أسعى لا لرضاهم
Saakunu ana, man ardho ana, lan as a’ la liri dhohum,
Aku akan jadi mengikut kemampuan diriku, aku tidak perlukan orang lain menerimaku.

وأكون أنا، ما أهوى أنا،  لن أرضى أنا برضاهم
Wa akunu ana, ma ahwa ana, lan ardho ana biri dhohum,
Aku akan jadi apa yang aku suka, kenapa aku perlu berpuas hati dengan keinginan mereka.

لا لا
La la,

لا نحتاج المال، كي نزداد جمالا، جوهرنا هنا، في القلب تلالا

La nahtajul ma-la, Kai nazdada jama-la, Jauharna huna, Fil qalbi talala,
Kita tidak memerlukan harta untuk menambahkan kecantikan, kecantikan dalaman (jauhari) ada di sini, di dalam hati ia bersinar.

لا لا
La la,

نرضي الناس بما لا، نرضاه لنا حالا، ذاك جمالنا، يسمو يتعالى

Nurdhin nas sa bima-la, Nardhohu la na ha-la, Za-ka jamaluna, Yasmu yataa’la
Kita tidak perlu memandang pandangan orang lain untuk apa yang tidak ada, yang tidak sesuai dengan kita, itulah kecantikan kita, semakin bertambah hingga ke atas.

Oh Wo Oh (6x)

كن أنت تزدد جمالاً
Kun anta tazdad jamalaaa
Jadilah diri kamu sendiri pasti akan menambahkan lagi kecantikan yang sedia ada.

Oh Wo Oh (6x)

كن أنت تزدد جمالاً

Kun anta tazdad jamalaaaaa
Jadilah diri kamu sendiri pasti akan menambahkan lagi kecantikan yang sedia ada.

Note: Dah jatuh cinta dengan lagu ni. Jom nyanyi ☺☺





Iyer...30 hari jer lagi kita akan bertemu dengan bulan Ramadhan. Hari ni dah 1 Syaaban 1436H. ...



Iyer...30 hari jer lagi kita akan bertemu dengan bulan Ramadhan. Hari ni dah 1 Syaaban 1436H. Cepat betul masa berlalu. Uolls dah ganti puasa ke belum?....hehehehe...Sibuk plak tanya orang kan. Bila dah nak bulan puasa. Baru terhegeh² nak ganti puasa....ppffttt...

Diri sendiri ni pon baru jer nak ganti puasa. Masuk hari ni dah hari ke 6. Alhamdulillah...Nak buat direct terus minggu ni. Tak nak tangguh² dah. Selamat berpuasa dan selamat berbuka lah pada yang tengah ganti puasa macam aku nih. Sila habiskan puasa ganti tu cepat yerp...hehehe...

Note: Mood blogging...jangan pergi jauh². 



Kalau kita yang dewasa ni, shopping adalah terapi. Tapi bagi bebudak ni? Apa yang terapi bagi doran...

Kalau kita yang dewasa ni, shopping adalah terapi. Tapi bagi bebudak ni? Apa yang terapi bagi dorang??? Bagi #ImanQahirahQhalif, ini adalah terapi mereka:


Pergi taman permainan. Sementara tunggu abang Iman Hakimi habis waktu sekolah, kita gi main kat taman dulu. 


Ok...dah cukup korum. Bila Abang Kimi dah keluar sekolah, kita sambung main kat taman lagi. Hari² ajak gi taman permainan. Kalau boleh hujan² tu pon nak ajak jugak gi taman...ppffttt...


Best gi taman tu. Sebab dapat explore....dapat main pasir. Budak bandar kata kan. Gasak  korang lah nak. Nanti balik umah mandi terus. 


Budak dan air tak kan terpisah. Biar pon air becak. Baru lepas hujan kata kan. Pon nak gi taman jugak. Ko tengok apa dorang man ni. Habis lencun si iman qhalif. Main jirus² ko ngan kakak kan. Tak per lah. Explore katanya. 


Dapat panjat pokok pon dah rasa happy bukan main. Budak skang kan tak macam jaman kita dulu. Panjat² pokok ni dah biasa. Pastu gi cari berudu kat longkang². Skan ni dah nampak berudu dalam longkang pon payah kan. Tu yang bila nampak pokok rendang rasa excited nak memanjat. Sian bebudak bandar nih.

Ini lah rutin harian #Ibu3Anak. Hari² kecuali hujan mesti bawak anak² ke taman. Seharian dok nursery/tadika/sekolah kan. Besar pahala bila dapat gembirakan hati anak². Nak buat rumah macam taman permainan, umah plak apartment. Bestnya kalau dapat landed house kan. 

Note: Minggu ni dan minggu depan adalah minggu exam. 


Dalam banyak² Mee Tarik yang aku pernah makan, Mee Tarik kat terminal, Cyberjaya ni lah yang pa...


Dalam banyak² Mee Tarik yang aku pernah makan, Mee Tarik kat terminal, Cyberjaya ni lah yang paling sedap. Antara Mee Tarik Warisan Asli branch Cyberjaya dengan Bangi ni, kesedapan dia tak dapat lagi menandingi kesedapan Mee Tarik kat Terminal Cyberjaya.

Bagi tekak aku dan kawan², memang sangat sedap. Ada perisa ayam dan jugak daging. Dia punya sambal pon sodap. Mee Tarik tu dia uli sendiri. Ko boleh saksikan macam mana dari tepung tu dia uli² sampai jadi mee. Sebab tu nama dia mee tarik sebab nak kena uli tarik uli tarik doh tu...ekekeke...Tak menyempat aku nak merakam atau amik gambar masa dia tengah buat mee tarik tu. Memang boleh sado lah lengan kalau buat hari².

Kalau uolls berdekatan Cyberjaya, boleh terjah Food Court @ Terminal, Cyberjaya. Depan D'Pulze jer. Cari kedai M. Nama kedai dia Mee Tarik. Ada jugak menu lain selain Mee Tarik. Tapi tak pernah try sebab bila datang jer kedai dia terus mengidam Mee Tarik dia yang sedap tu. 

Note: Update laju². OK..bye!!


DATE: 20-22 Mei 2015 VENUE: Medan MARA, Kuala Lumpur Mesti bersinar² dan bercahaya muka...


DATE: 20-22 Mei 2015
VENUE: Medan MARA, Kuala Lumpur

Mesti bersinar² dan bercahaya muka orang² yang tengah mengidam buah Harumanis bila tengok iklan ni kan, Sana sini orang dok bercerita pasal Harumanis nih. Nak beli jauh bebenor kat Perlis sana tu ha. Tak kan nak gi Perlis semata² nak beli buah Harumanis kan. Ni Karnival Harumanis nak datang KL minggu depan ni, rugi kalau tak terjah. 

Kalau nak buat tempahan awal buah Harumanis pon boleh. Ada disediakan nombor telephone untuk dihubungi tu. Kot tak sempat nak datang kan. Tapi kena call sebelum 15 Mei ni tau. Jangan terlepas plak. 

Note: Dah lama mengidam buah Harumanis. Tak der rezeki nak merasa lagi. 


Kalau buat selain dari warna putih tak boleh ker? Susah betul lah nak jaga baju sekolah warna putih...

Kalau buat selain dari warna putih tak boleh ker? Susah betul lah nak jaga baju sekolah warna putih nih :-(

Gambar ulang tayang jer.

Buat lah kaler kelabu ker. Atau kaler² yang susah nak nampak kotor. Kalau dah sekolah menengah, kira ok lah sket sebab dah pandai jaga baju. Ni budak sekolah rendah ni ha...adoiiiiiihaiiii...Tak sah kalau tak hitam baju sekolah Kebangsaan dengan baju sekolah Agama. 

Dengan sisa makanan kat baju. Dengan kesan marker lah. Kesan lap mulut kat lengan baju...ppfftttt...Tu baru baju skolah kebangsaan. baju sekolah agama? Rasa macam nak pitam ibu ko nengok. Lutut hitam. Siku baju hitam, Bontot seluar hitam. Kaki seluar pon hitam. Pendek kata banyak yang hitam dari putihnya. Ko main apa kat sekolah abang kimi??? Ker sekolah agama awak tu yang kotor???

Ibu ko ni kalau nak menyental baju tersangatlah rajin. Kalau nak menyental pon tunggu weekend jer lah. Itu pon bergantung pada keadaan. Hari² biasa memang mesin basuh yang menyental. Aku menyental kejap kat tempat² yang hitam selebihnya mesih yang basuhkan. 

Letih wei menyental baju ni. Baru sental sikit dah lenguh tangan. Menyental sehabis tenaga pon belum tentu kotoran hitam tu hilang. Lagi best, bila dah sakit hati sebab menyental tak hilang² gak kesan hitam, ko masuk jer lah mesin basuh terus. Tapi kalau nak lengan sado, rajin² lah menyental...hahaha... 

Sekolah pon tak sampai setengah tahun. Tapi baju dah macam nak setahun pakai. Acaner tu. Baju budak pompuan pon macam ni jugak ker? Ker baju budak lelaki jer macam ni. Hitam sana sini. 

Note: Mood blogging dah nak ke laut. Harap² tak karam. 


Seumur hidup aku. Ini yang pertama *sila baca dalam nada lagu Ukays...hahaha...Pertama kali maka...


Seumur hidup aku. Ini yang pertama *sila baca dalam nada lagu Ukays...hahaha...Pertama kali makan kat Sushi King. Sebelum ni banyak kali en. somi ajak makan. Katanya sedap. Tapi tekak aku kan tekak kampungdotcom. Tak boleh diterima dek tekak dengan sushi nih. Pernah juga try sushi yang ada Jaya Jusco tu. Tapi....tak tertelan sebab bau hanyir seaweed. Kluar balik ko. Buruk betul perangai kan.


Baru² ni En. somi menyuarakan lagi hasrat nak ajak makan kat Sushi King. Katanya bukan sushi jer ada dalam tu. Makanan lain pon ada jugak. Hurrmmmm...fikir panjang jugak. Last² kita setuju jerlah. Maka serombongan lah kami anak beranak gi Sushi King kat Bangi Gateway. Belek² menu dan pilih nak makan apa. Anak² bukan main lagi. Macam qahirah dia nak pernah dating ngan abah dia kat Sushi King berdua *amboi. Tapi si Qhalif ni ha...bukan main teruja tengok sushi tu berpusing². Risau plak aku.


Peri-peri Chicken set pilihan suami. Ada nasi, sup dengan chawanmushi


Mixed Bento pilihan isteri...sedap ☺


Kids set *lupa nama pilihan si anak. Ada chawanmushi jugak

Qahirah ngan Qhalif?? Ibu, abah ngan abang dia punya kan ada. Kongsi sudah. 1st time merasa chawanmushi. Sebelum ni pernah minta resepi kat member blog jugak. Tapi terperap jer. Buatnya tak. Boleh tahan jugak rasanya. 


Sementara tunggu makanan sampai, kita pilih² sushi dulu. Inari...yang ni jer lah yang aku boleh makan. Yang lain tak try pon. Tapi En. somi ada lah makan yang lain jugak. Mana yang ada seaweed memang aku tak boleh telan. Tak tahan bau hanyir nya tu. 

Overall memang ok jugak lah Sushi King pada tekak aku ni. Anak² pon boleh terima. Si kimi pon beriya makan. Next time boleh lah makan kat sini lagi. Bak kata orang...makan sekali, mesti nak makan lagi...hehehe...


Kita wefie dulu sebelum balik. Buat muka cheeky plak dia ☺☺

Note: Kejap jer dah jumaat.









Barulah boleh bercerita harini. Semalam HP kehabisam bateri dari pagi. Charger tinggal kat umah...


Barulah boleh bercerita harini. Semalam HP kehabisam bateri dari pagi. Charger tinggal kat umah. Biasalah...dah lama cuti, lemau plak semalam sampai charger HP pon lupa nak bawak...ppffttt...Macam mana sehari tanpa HP?? Alaaaaa...boleh jer hidup. Tak der masalah pon...hehehe...Ok...sambung citer.

Cuti panjang haritu bawak anak² kat REKA ZONE PLAYLAND ni lah. Kalau dok memerap kat umah rasa kesian plak kat anak², Main...gaduh...menyepah. Tu lah kerjanya. Kalau kita laki bini jer yang memerap tak per jugak...erkkkk...kahkahkah...Jadinya, demi nak hiburkan hati anak², belanja lah ImanQahirahQhalif ke Reka Zone Playland nih. Pepagi dah soh dorang siap. Pergi awal, boleh balik awal kan. 


Ni entrance fees yang perlu di bayar. Jangan lupa bawak socks sekali yerp. Kalau tak bawak, boleh beli kat kaunter tu. Cantik² color socks yang ada sebab aku tak bawak socks. Jadinya kena lah beli. Harga RM5.50 *tak hingat dah. 


Lepas tu, kalau uolls rasa nak shopping tapi tak nak bawak anak² *boleh ker ☺. Atau pon nak dating tanpa gangguan ker, boleh jugak tinggalkan anak² kat sini. Harga seperti yang tertera di gambar yerp. 


Teruja memasing bila masuk sini. Main lah puas². Maklumlah...1st time masuk tempat macam ni. Selalu main kat playground jer. Kesian kan. Tu yang jakun sket bila dapat main dekat indoor playground yang besar macam ni. Siap nak ajak datang lagi tu. Ada rezeki nanti kita datang lagi yer ImanQahirahQhalif.


Antara play area yang ada kat Reka Zone Playland nih. Best jugak lepak sini. Wifi ada. Toilet disediakan kat dalam tu. Memang selesa lah. 


Tolongggggg...saya lemas dalam timbunan bola...hehehe...Cuba cari benda tersembunyi disitu. Alaaaa...dah nampak pon...haha...

Nak masuk sedekad dah kami. My tall, dark and handsome *from my eyes* husband ☺

Eheemmm...ehemmm...Sementara tunggu anak² main, kita wefie dulu lah. Nak ajak wefie dengan laki sendiri pon segan ko. Boleh gittew. Iyerlah...Orang tu tak suka bergambar. Tapi kan...


Erkkkk...Gambar siapa yang banyak nih??...hahaha...Gambar selfie si abah dengan anak sulung jer tak der. Sebab si abang busy main dengan kawan yang dia baru kenal dalam tu. 

I love you, you love me. We are happy family ☺

Last but not least. Bila dah duduk lama² dalam ni bergambar jer lah kerjanya. Jarang nak bergambar sefamily macam ni. Apatah lagi nak wefie somi isteri. Bagi chance lah sekali sekala tepek dalam blog kan. Dekat 3 jam jugak lah lepak kat Reka Zone Playland. Bila ajak balik memasing berat hati nak balik. 

Kalau nak buat birthday party, boleh jugak buat kat sini. Kalau nak tau lebih lanjut pasal Reka Zone Playland, boleh lawati:

Website: rekazone.com

Note: Kalau ada rezeki lebih, nak bawak dorang gi District 21 plak ☺


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks