AFB Feeds

Sharing dari WhatsApps group. Alkisah sebuah rumah... renungan untuk semua... Petang itu keden...

Sharing dari WhatsApps group. Alkisah sebuah rumah... renungan untuk semua...


Petang itu kedengaran rungutan tangga sudah tidak terbendung lagi . Dia terus berleter.

“Penat letih jadi tangga. Waktu orang naik, aku kena pijak. Waktu turun pun orang pijak aku. Seronok jadi atap. Tak pernah kena pijak. “

Mendengarkan kata kata tangga. Atap terus bersuara.

"Hoi tangga. Aku lagi sakit tau. Berpanas berhujan siang malam. Mendidih kepanasan bila tengahari. Bila hujan aku terpaksa menahan kesejukan. Yang seronok jadi tiang. Tak kena panas. Tak kena hujan. Tak kena pijak.”

Mendengarkan kata atap, tiang terus bersuara.

“Mana kamu tahu? Aku dok tahan pikul atap, segala alang rumah bertan-tan siang malam. Aku terpaksa pikul jugak. Tuhan saja tahu betapa beratnya. Yang seronok jadi dinding. Tak payah pikul. Tak kena panas. Tak kena pijak.”

Mendengar kata-kata tiang, lalu dinding menjawab.

“Akulah pelindung khazanah rumah ni. Aku lindung aurat tuan rumah, hartanya bahkan aku terpaksa jaga sepanjang masa. Kalau aku tak ada semua tak guna.“

Wahai sahabat² ku. Cerita ini untuk mengingatkan kamu semua bahawa setiap manusia mempunyai tugasnya sendiri. Kamu buatlah kerja yang diamanahkan padamu sebaiknya. Jangan sesekali engkau berdengki pada orang lain. Sebab mata kamu hanya dikurniakan penglihatan daripada segi zahirnya sahaja. Sedangkan realitinya mungkin tidak seindah yang kamu lihat di minda. Jadilah diri sendiri, jangan cuba jadi orang lain.

Manusia hari ini suka sangka-sangka

Ada sangka baik 
Ada sangka buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang rileks disangka malas
Orang berpakaian baru disangka menunjuk
Orang berpakaian buruk disangka hina
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sedikit disangka diet
Orang yang senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang berbincang disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri
Orang yang menawan disangka menggoda
Orang yang ceria disangka mengada
Orang yang bertanya disangka menyibuk

Hakikatnya...

Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa
Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat
Mana tahu yang diam itu kerana beribadah
Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya
Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya
Mana tahu yang bertanya itu perihatin orangnya

Justeru itu...Sesuatu perkara yang kita lihat

Jangan suka sangka-sangka
Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa
Kerap sangka-sangka mengundang celaka
Jangan terlalu bersangka-sangka
Jauhi sikap sangka-sangka...


- Cicak tak pernah komplen pada Allah kenapa makanan dia semua binatang yang terbang, kerana cicak tau Allah bagi dia lidah yang panjang untuk memudahkan dia makan... 

- Burung juga tak pernah komplen pada Allah bila pagi-pagi kena terbang keluar tak tau nak makan apa, tapi burung pulang dengan kenyang dan mampu bagi makanan pada anak-anaknya. Takda lagi kita dengar cerita burung bunuh diri malah pagi-pagi yang kita dengar burung tetap berkicauan... 

- Cacing lagilah, tanpa tangan tanpa kaki, tak pernah komplen pada Allah susahnya nak cari makanan, kenapa Allah tak jadikan dia macam ni macam tu. juga belum ada sejarah ada cacing bunuh diri...

Moral of the story, apabila Allah mencipta kita, Allah tau kemampuan kita, Allah takkan uji kita dengan sesuatu yang kita takkan mampu tanggung, malah tiada satu ujian pun untuk melemahkan :)

#bersyukurlah apa yang kita perolehi 


Note: Kejap jer dah penghujung January
posted from Bloggeroid

Harini kita join giveaway jer lah yerp. Ni dari sis Fuza sempena birthday dia yang akan datang ...


Harini kita join giveaway jer lah yerp. Ni dari sis Fuza sempena birthday dia yang akan datang ni. Happy birthday in advance sis. Tarikh tutup 11.30 malam 31 Januari 2015. Klik banner kalau nak join.



Syarat² nya: 1) Follow blog ini - DAH LAMA FOLLOW 2) Follow instagram tuan tanah kedaung ni *...



Syarat² nya:

1) Follow blog ini - DAH LAMA FOLLOW
2) Follow instagram tuan tanah kedaung ni * kalau tak nak pun tak pe - TUNGGU TENET OK
3) Buat entri segmen ni - DONE
4) Tinggalkan link blog di ruang komen - DONE

Apa lagi. Jom memeriahkan segmen Cik Adik Manis ni. Klik jer banner tu yerp ☺☺

Jiwa yang lara dan terseksa dek kerana terpaksa menghadap traffic jammed setiap hari without fail. ...

Jiwa yang lara dan terseksa dek kerana terpaksa menghadap traffic jammed setiap hari without fail. Ada 3 kesesakan yang perlu aku tempuh...aarrggghhhhhhhhhhhhh....


Setiap pagi dan setiap hari di Tol Sungai Ramal yang sememang nya tak perlu diramalkan lagi sesak ker tak sesak sebab tiap² hari stuck kat sini dekat 10-15 minit. Pucanya sebab nak masuk laluan kontra tu jer. Kekadang sebelum tol dah sesak. Sampai lah ko nak masuk laluan kontra. Sesak nak mamps sampai kereta ko pon boleh kena himpit kalau ko tak nak megalah. Signal jangan cakap lah. Kalau signal tu boleh bercakap, dah lama dia menjerit kot sebab dah penat blinking. Dah lama bagi signal tapi kedekut nak mati punya orang tak nak bagi jalan...ppffttt....

Setiap petang dan setiap hari lepas balik kerja. Kekadang dah start sesak depan IOI Mall Putrajaya tu. Lagi heaven pernak sesak lepas SHELL SKVE. Pergghhhhh...tak tau nak cakap apa dah. Istighfar jer lah. 


Tak habis lagi kisah #makbanyakanak dengan traffic jammed. Baru tempuh 2 kesesakan. Ni kesesakan ke 3 plak. Setiap petang dan setiap hari kecuali Khamis sebab khamis bebudak keluar pukul 6.00 pm. Masa nak amik anak sekolah. Siapa yang amik anak kat sekolah petang² tau tau lah macam mana keadaannya kan. Kiri, kanan, bahu even tengah jalan pon berderet keta. Ibarat jalan ini aku yang punya...hahahaha...gittew lah gamaknya. Tapi meyusahkan orang. Iyerlah...suma orang nak cepat dan nak balik khenn. Terpaksalah jadi selfish.

Kimi kan transit. Pepetang amik dia kat tempat transit. Transit plak depan sekolah kebansaan. Skolah habis pukul 6.35 pm. Memang kena hadap lah hari². Kalau cepat, aku amik qhalif dulu kat nursery. Pastu amik qahirah. Last skali Kimi. Kalau jalan sesak nak mamps, aku amik qahirah dulu. Sebab tu kalau boleh aku kena cepat sebelum bebudak habis waktu. Kalau lewat macam ni lah jadinya. Stuck dekat 10 minit jer kat depat skolah. Traffic light plak ada kat depan tu. Lagi satu hal bila traffic light pon kejap sangat nyalaan hijaunya. Rasa nak bako jer. Lagi rasa terbakar hati bila traffic light rosak. Ya! allah....hazab weiiii.

Tak der jalan lain yang aku boleh lalu untuk elak traffic jammed. Pi mai pi mai tak tu jugak aku kena hadap SETAP HARI, SETIAP PAGI dan SETIAP PETANG. Standard time aku sampai rumah pukul 7.00 - 7.30 pm. Capek memang tak hingat. Nak solat, masak, kerja sekolah anak, anak nak susu, iron baju, basuh baju....sumanya kena cepat. Terkejar² dibuatnya. Memang SUPERMOM kita nih kan.

Tu dia luahan perasaan #makbanyakanak. Konon nak Take a Break. Tak der maknanya. Mesti nak luahkan jugak kat blog.Tetiba bertalu² masuk idea nak menulis. Cuma kekangan masa yang agak terhad telah membataskan untuk aku menulis.  

Note: Jangan risau, aku amik gambar masa jalan tengah sesak tak bergerak tau. Bukan sambil drive sambil amik gambar yerp.


Dari dunia blog buat sementara/ Errkkkk...boleh percaya ker ni...hahaha...Propa sangat #makbany...


Dari dunia blog buat sementara/ Errkkkk...boleh percaya ker ni...hahaha...Propa sangat #makbanyakanak ni. Take a break kejap dari kerja² office nih. Dari pagi sampai petang non stop sampai tak cukup nafas dibuatnya. Dengan tulisan bos yang sangatlah berseni sampai buntang biji mata aku nak mencari apakah ayat yang ditulisnya...ppffttt....

Sorry lah kesayangan hamba semua. Mana rumah yang sempat jer aku terjah. Yang tak sempat tu tunggu aku buat komen marathon yerp. Tapi kan....kalau tak berupdate blog SUPERMOM WITH SUPERKIDS ni, maknanya memang aku take a break lah nampaknya dari dunia blog. Kalau update tu, memang cakap tak semenggah namanya...ekekeke...Iyer lah, blog picisan. Tak der sapa nak rindu. 

Ok lah. Hujan pon dah turun dengan lebatnya. Kalau tido memang syiok. Mata pon dah berat nih. Baik buat nescafe tarik bagi hilang ngantuk. Bila dah hujan lebat ni, elok berdoa sebab antara dua doa yang tak pernah ditolak adalah doa ketika waktu azan dan doa ketika waktu hujan.

Note: Sambung keja balik.



Siapa food hunters? Kuat makan? Suka makan? Atau kaki makan? Mengaku jer. Tak payah malu² tutup muk...

Siapa food hunters? Kuat makan? Suka makan? Atau kaki makan? Mengaku jer. Tak payah malu² tutup muka...hehehe...Kalau tergolong dalam kalangan yang di sebut tu, minggu ni boleh terjah event Food Market nih:


Lokasi: Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi
Tarikh: 24 - 25 Januari 2015
Masa: 9.00 AM - 7.00 PM

Kenapa anda WAJIB sertai THE SOOQ: FOOD MARKET?
  • Sooq bermaksud 'pasar' dalam bahasa Arab. 
  • The Sooq adalah event terbaik untuk anda mempromosi produk anda
  • The Sooq adalah tempat untuk untuk merapatkan silaturahim antara keluaga dan rakan2 pada hujung minggu (picnic, jogging etc)
Antara aktiviti adalah:
  • Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Bersama UPIN IPIN 
  • Forum, Hiburan Bersama Selebriti HELIZA HELMI 
  • Magic Show oleh Hafiz Wizard 
  • Solat Dhuha Berjemaah 
  • Memanah, Taman Arnab, Berkuda dan pelbagai lagi!
Amacammmmm...menarik kan. Bermacam² jenis makanan ada. Yang penting, HALALAN TOYYIBAN. Kalau uolls tak der apa² aktiviti weekend ni, jom terjah Taman Tasik Cempaka, Bangi nih. Kalau nak tau lebih lanjut pasal Food Market ni dan juga jenis² makanan atau vendors yang terlibat, boleh terjah IG @thesooq.malaysia

Note: Kena sediakan duit jer lah kalau nak datang event nih. Tapi dah gaji kan ☺

Malam tadi punya citer. Bikin gigil badan dibuatnya. Ko bayangkan lah. Tengah syiok² gosok baju ten...

Malam tadi punya citer. Bikin gigil badan dibuatnya. Ko bayangkan lah. Tengah syiok² gosok baju tengah malam. Tetiba ko nampak lintasan bayang seseorang kat bilik sebelah? Kecik jer. Dah lah sebelum tu dengar jiran atas mengemas. Bukan main kuat lagi ko tarik kerusi tu yerp. Sretttttt...sretttttt...Bersangka baik jer lah. Mungkin dia tengah nak alihkan perabot kot. Tapi kenapa tengah² malam tu jiran??? Ok...sambung citer.

Terus darah aku berderau wei. Badan dah shaking² sebab terkejut nak mamps dengan lintasan bayangan tu. Elok berjalan masuk bilik. Master bedroom aku tu gelap. Lampu problem. Bagi sistem pencahayaan, aku bukak lampu bilik kedua tu. Senang aku nak menggosok khenn. Lintasan bayangan tu masuk bilik kedua. Terus aku stop menggosok. Lintasan bayangan siapa tu?????
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Ni ha orangnya. Pphheewwwww....Ko buat ibu terkejut tak hingat dunia dik. Terus gigil² satu badan ibu tau. Bangun cari ibu gamaknya. Nak minta susu. Tak perasan ibu ada kat bilik utama. Uruskan ustaz qhalif ni dulu. Pastu sambung gosok baju balik. Ibu ko ni memang lemah semangat. Mudah sangat terkejut nya.

Note: S.T.R.E.S.S...Pepagi hadap jalan sesak. Pastu dari pagi buat KPI tak habis². Sakit dah mata hadap PC nih.


Sejak anak² dah sekolah ni, hari² ada lah hari yang havov bagi  #makbanyakanak  ni. Kalau sebelum n...

Sejak anak² dah sekolah ni, hari² ada lah hari yang havov bagi #makbanyakanak ni. Kalau sebelum ni kimi sorang jer yang sekolah. Tak der lah havoc sangat. Tahun ni qahirah dah start tadika dan Iman Qhalif dah start playschool. Jadinya...time management agak lari. Ker aku yang tak pandai lagi nak buat time management...nnggeeeee....


Boleh kata pagi petang havoc. Pepagi nak kena siap kan bakul Iman Hakimi sebab tahun ni aku hantar transit. Mandi, makan dan bersiap² suma kat skolah agama. Kalau tahun lepas si Abah amik si anak balik skolah. Tapi tahun ni tak boleh sebab sekolah kebangsaan petang. Tu yang amik transit. Pagi petang ko kena hangkut bakul ni dengan bag sekolah dia yang beratnya boleh cecah SEPLOHKILO. Kenapa kena bawak bakul? Sebab nak letak barang² skolah kebangsaan macam bag sekolah, towel, sabun dan baju sekolah. Banyak budak² yang transit. Sebab tu cikgu² pon prefer sorang budak satu bakul siap nama skali. Baju memang dah gosok siap². Ada tempat gantung, tapi takut salah baju plak even dah tulis nama. Jadinya eku letak elok² kat atas bakul kimi.

Qahirah pulak. So far bangun pagi ikut mood. Ada masa ok dan ada masa ko. Merengek²...sejuklah, tak nak mandi lah, nak ibu mandikan lah, tak nak gi sekolah lah. Memang menguji kesabaran #makbanyakanak. Kalau si Qhalif bangun sekali pagi tu, lagi bertambah havoc. Sebab dia minta candu dulu. Susu botol tak layan. Dapat 5-10 minit pon jadi lah...ppffttt...Iyer...anak soleh qhalif tu masih menyusu badan.

Pepagi kimi masuk sekolah agama pukul 7.30 am. Qahirah plak pukul 7.20 am. Haaaaa...awal ko. Sebab guru besar cakap kalau boleh biar awal sebab ada perhimpunan, mengaji, berdoa dan solah dhuha *berapa kali nak ulang daaaa..*Sebab sampai² jer dorang kena amik wudhu. Sweet jer tengok bebudak ni belajar amik wudhu.

Yang Qhalif plak skang ni kalau boleh pihak nursery soh mandi kan pepagi dari rumah. Tu pon havoc gak tu. Mana ko nak siapkan abang ngan kakak dia. Nak buat breakfast lagi. Dalam masa yang sama ko nak siapkan si kecik jugak. Kekadang aku hantar tak mandi pon. Cuma tukarkan pampers jer. Kesuntukan masa lah. Harap² pihak nursery memahami.

Nak menghantar plak. Pepagi memang aku hantar kimi ngan qahirah, Qhalif plak abah dia hantar naik motokar. Anak dara tu tak nak naik motor...ppffttt...Penuh tangan aku bawak turun bakul, baju sekolah kebangsaan ngan bag sekolah anak dara tu. Berat katanya. Tak larat...cissss...Kalau keluar skali dengan husband, dia yang tolong bawakkan barang² tu. 

wefie sekeping sementara tunggu abam kimi habis skolah

Balik amik anak² plak. Ada 3 tempat yang aku kena pick up. Yang ni pon masalah jugak. Kimi keluar pukul 6.35 pm. Iman Qhalif start charge OT pukul 6.30 pm. Kalau aku amik qhalif dulu, macam mana aku nak mengangkut barang² kimi? Bebudak ni memang berlari sana sini jer kerjanya. Daripada tak ter handle, nak tak nak...1st tadika qahirah. Amik dia dulu. 2nd amik kimi. Parking yang jadi masalah. Depan sekolah...kiri kanan sampai nak masuk tengah jalan orang parking keta. Memusing cari parking. Nak masuk traffic light dah berderet keta yang beratur. Pastu traffic light kejap sangat bertukar merah. Memang hazab lah amik dorang time waktu puncak ni. Tunggu jer lah kad OT qhalif sampai. Aku sampai nursery dekat pukul 7.00 pm. Kalau hari² macam ni? Cer kira berapa OT yang kena bayar? Nangis weiiiiii.

Kekadang balik dah penat. Nak masak lagi, nak mengemas bag dorang lagi pastu nak ajar kimi buat kerja sekolah lagi. Kalau sempat, memang aku kemas siap² baju qahirah ngan qhalif untuk esok. Kalau dah penat sangat, pagi esoknya baru aku buat. Nak kata bangun lewat, pukul 5.30 am aku dah bangun. Tapi tu lah....macam tak cukup masa plak. Nak kena bangun lagi awal kot. Nak kena belajar urus masa lagi ni. Ker mugkin awal² ni agak kelam kabut sket kot. Dah lelama nanti baru ok. Hurrmmmmm...

Bento pon aku tak start buat lagi. Rasa terbakar jer hati tengok ibu²/mommies² kat KELAB BEKAL/BENTO MALAYSIA sediakan bento cute miut untuk anak². Terus rasa bersemangat membara nak buat macam tu jugak. Pagi ni dah start buat roti sosej frozen. Harap² esok dah boleh start ber bento....inshaa'allah...

Uolls plak macam mana? Havoc macam aku jugak tak? Macam mana dengan time management? Boleh bagi tips tak? 

Note: Mekasih suami sebab banyak juga membantu even masa bersama sangat terhad. 

Aku tanya apa khabar...Aku tanya apa khabar...hehehe...Aku baik² jer. Lately busy sket lah. Maaf la...

Aku tanya apa khabar...Aku tanya apa khabar...hehehe...Aku baik² jer. Lately busy sket lah. Maaf lah sebab tak dapat nak melawat kawasan sangat. Apa pon tahniah lah buat juara AJL smalam. Rasanya ramai tak berkenan lagu ni menang kan.


Tapi aku suka persembahan Caliph Baskers. Terbaik wei. Meremang bulu roma dengar. Masa tengok tu dorang dah start nyanyi. Ingatkan fe feeling pejam² mata. Rupa² nya beliau orang kelainan upaya. Ya! allah...Sedap suara. Kelebihan dalam kekurangan kan. Tahniah Caliph buskers.

Ok lah...nak masuk meeting. kbai!!


Buat kaki2 berjalan. Dan juga buat orang2 yang cutinya seciput. Memang elok sangt lah ni. Info yan...



Buat kaki2 berjalan. Dan juga buat orang2 yang cutinya seciput. Memang elok sangt lah ni. Info yang aku dapat dari group WhatsApps. Bagaimana menjimatkan cuti tahunan untuk pergi bercuti sekerap mungkin ?

Tahun 2015 adalah tahun yang baik untuk mencari masa bercuti tanpa perlu mengambil cuti yang panjang. Berikut adalah senarai slot masa terbaik untuk keluar pejabat.

Slot #1 : Tarikh cuti pada 30 Januari hingga 3 Februari. 5 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 30 Januari. 1 & 2 Februari cuti Hari Wilayah. 3hb cuti umum Thaipusam.

Slot #2 : Tarikh cuti pada 18 Februari hingga 22 Februari. 5 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 18 Februari. 19 & 20 Februari cuti Tahun Baru Cina.

Slot #3 : Tarikh cuti pada 1 hingga 4 Mei. 4 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 4 Mei. 1 Mei adalah cuti Hari Buruh.

Slot #4 : Tarikh cuti pada 15 hingga 19 Julai. 5 hari cuti
Nota : Ambil cuti pada 5 & 16 Julai. 17 & 18 Julai adalah cuti Hari Raya.

Slot #5 : Tarikh cuti 27 hingga 31 Ogos. 5 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 27 & 28 Ogos. 31 Ogos cuti Hari Merdeka.

Slot #6 : Tarikh cuti 16 hingga 20 September. 5 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 17 &18 September. 16 September adalah cuti Hari Malaysia.

Slot #7 : Tarikh cuti 24 hingga 27 September 4 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 25 September. 24 September cuti Hari Raya Haji.

Slot #8 : Tarikh cuti 14 hingga 18 Oktober. 5 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 15 & 16 Oktober. 14 Oktober adalah cuti Awal Muharram.

Slot #9 : Tarikh cuti 7 hingga 10 November. 4 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 9 November. 10 November pula adalah cuti Deepavali.

Slot #10 : Tarikh cuti 23 hingga 27 Disember. 5 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 23 Disember. 24 Disember adalah cuti Maulidur Rasul. 25 Disember cuti Hari Krismas.

Amacam??? Memang jimat cuti uolls. Tapi cuti ni tak ikut cuti negeri tau.

Note : Tapi kalau bercuti time cuti skolah, memang jalan agak sesak. Harga hotel pon mahal kan. Tu yg kena plan betul2.

posted from Bloggeroid

Antara dilema IbuBapa juga nak memilih tadika untuk anak² kan. Antara kemahuan, kehendak, peng...


Antara dilema IbuBapa juga nak memilih tadika untuk anak² kan. Antara kemahuan, kehendak, pengorbanan dan juga wang ringgit. Semua tu kena amik kira juga, Kemahuan dan kehendak kalau boleh nak hantar kat tadika yang bagus. Tapi kena berkorban jugak sebab tadika yang bagus sudah semestinya memerlukan perbelanjaan yang besar. Tapi perlu di ingat, yang mahal tak semestinya bagus dan yang murah tu tak semestinya tak bagus kan. Tepuk dada, tengok poket. Lebih baik ukur baju dibadan sendiri.

Testing masa baru dapat baju

Bila anak dah masuk fasa 5 tahun, parents pon dah mula dok survey tadika. Ada macam² jenis branding tadika. Nak yang mahal...murah...Pilihan di tangan kita sendiri. Kalau masa anak 1st dulu, bukan main lagi dok survey tadika sampai amik cuti lagi ko. kindergarten hunting gittew. Tapi untuk anak kedua ni, kesian plak. Tak der survey² bagai. Kita terus register kat PASTI SITI SARAH, SEKSYEN 7, BANGI jer lah. Sebab aku dah boleh agak price rate nya.


Seperti yang dijangka, memang registration fees and mothly fees akan meningkat tiap² tahun. Dan untuk tahun 2015 ni, registration fees PASTI adalah RM780. Rasa nak pitam jap. Monthly fees plak RM110. Masa jaman Iman Hakimi 2 tahun dulu RM80 jer. Daycare plak RM130. Total yang harus dibayar bulan² adalah RM280 ditambah dengan kelas mengaji dan hafazan yang dah diwajibkan skang ni even anak baru 5 tahun. Masa kimi dulu optional sama ada nak amik atau tak. Tapi bagus jugak lah kan.

Ada jugak try tanya tadika kat tempat nursery skang ni. Registration jer dah RM13++. Fengsan terus. Monthly fees plak RM380. Memang diluar kemampuan poket kami lah. Kekadang rasa macam...wow...hebatnya mereka sebab mampu bayar ribu riban untuk tadika anak saja. Tak per lah kan, rezeki masing². Bersyukur lah sebab masih mampu hantar anak ke tadika berbanding mereka yang tak mampu langsung :-(

Gambar ulang tayang ☺

1st day kat tadika [PASTI SITI SARAH]. Tapi seminggu sebelum tu dah start daycate. Semoga anak² kita membesar sebagai anak yang soleh/solehah...amin...inshaa'allah.

Note: Busy lately. Nanti mak hencik terjah blog uolls yerp.


Dan selamat datang kepada kulit cantik berseri, licin dan bebas minyak. Minyak pon takut nak mene...

Dan selamat datang kepada kulit cantik berseri, licin dan bebas minyak. Minyak pon takut nak menempel kat kulit muka #makbanyakanak ni gara² Epyhra Skin Bar yang mengandungi bahan alam semulajadi yang berkualiti tinggi mampu mengubah keadaan kulit anda menjadi lebih cerah, halus selembut kulit bayi. Ok...itu baru mukadimahnya. Dah sedia nak baca testimoni dari saya? Jom mula.


Sebelum tu, terima kasih buat sis Mia Liana dan juga Oceanlife2u kerana memilih saya sebagai salah seorang pemenang untuk mencuba sample EPHYRA SKIN BAR ni. Teruja dan tak sabar nak mencuba bila dapat parcel dari Oceanlife Marketing on 15 december haritu.

Kenapa saya beria nak mencuba Ephyra Skin Bar ni? Sebab saya memang menghadapi masalah masalah kulit yang berminyak, tona tak sekata dan masalah kulit muka yang kusam. Ada kalanya kulit muka menjadi kering dan menggelupas secara tiba² dan menjadikan rasa tak selesa pada wajah. Sebelum ni memang pernah pakai pencuci muka, tapi macam tak der keserasian. Toner dan pelembap muka lagi lah tak pakai langsung. Tapi saya bersyukur sebab tak der masalah jerawat yang teruk.

Apa yang best pasal Ephyra Skin Bar ni, ianya bukan boleh dipakai di muka sahaja, tapi di seluruh badan juga. Kerana ianya menghilangkan bau badan, Memudarkan kehitaman di celah-celah badan dan bawah lengan ( ketiak )  juga dapat memberi kesegaran sepanjang hari. Haaaa...best kan. Ibarat 2 dalam 1 gittew.. Ok, Meh tengok kesan sebelum dan selepas penggunaan EPHYRA SKIN BAR.


Kesan setelah hampir sebulan bersama EPHYRA SKIN BAR. Cuba perhatikan perbezaan sebelum dan selepas yang saya dah bulatkan tu. Nampak perbezaannya kan. Kulit dah tak kusam. Kesan hitam bawah mata dah beransur pudar. Tona tak sekata kat hidung ngan dagu tu pon dah mula sekata. Yang best nya, kulit rasa licin dan lembab sepanjang masa. Best jer bila usap² kulit muka ni sebab lembut. Tak macam sebelum ni. Kulit nampak kusam, berminyak jangan cakaplah. Lepas tu ada masanya kulit macam kering dan kasar. Mungkin faktor persekitaran juga sebab saya bekerja di site office.

Bau EPHYRA SKIN BAR ni sangat lah wangi. Kesannya pon sangat menakjubkan. Macam magic lah sebab ianya boleh Menggebu dan mencerahlkan kulit, menghaluskan kulit dan menghilangkan jeragat, membantu menghilangkan bintik² hitam, menghilangkan parut dan kedutan dan juga melembapkan kulit dan menaikkan seri wajah. Teruja tak ☺


Belanja lagi sekeping gambar terkini. Kulit bertambah flawless. Nak tau tak, masa singgah beli goreng pisang, kakak tu tegur 'dik...makin cantik lah skang'...aauuwwwww...Kembang setaman perumahan kejap. Pastu saja tanya member office ni plak sama ada dia ada nampak perubahan kat wajah ni ker tak. Ok...komen dia 'muka ko nampak cerah lah. Kulit pon nampak sekata and tak suram'. Gittew lah komennya. 

Maknyanya EPHYRA SKIN BAR memang serasi dengan kulit muka saya. Dan terbukti EPHYRA SKIN BAR telah berjaya mengembalikan tona wajah saya yang sekata. Menghilangkan minyak dimuka. Melembapkan kulit sentiasa dan menjadikan kulit flawless setiap masa ☺

Official Facebook : https://www.facebook.com/oceanlife2u
Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 (office hours only)



Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh Oceanlife Marketing Sdn Bhd. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

** Ejen/dealer Ephyra lain dilarang membuat promosi di ruangan komen entri review peserta giveaway ini. Harap maklum.



Setelah sebulan lebih bercuti. Di tambah pulak cuti tambahan lagi seminggu, dah tiba masanya untuk ...

Setelah sebulan lebih bercuti. Di tambah pulak cuti tambahan lagi seminggu, dah tiba masanya untuk kembali ke pangkal jalan yer anak². Selamat Kembali Ke Sekolah.


Imam muda dan juga Ustajah pilihan. Posing dipagi hari sebelum kesekolah gittew. Aku percaya. semalam ramai parents yang amik cuti sebab nak hantar anak² gi sekolah kan. Especially anak² yang baru masuk darjah satu dan juga anak² yang baru masuk tadika. Termasuk lah #makbanyakanak ni ha,

Kimi sekolah Agama pagi. Petang sekolah Kebangsaan. Qahirah plak 1st day kat Tadika semalam. Even dah seminggu daycare kat PASTI. Tapi cuti tetap kena amik jugak, 1st day anak nak skolah kan. Sian plak. 


Elok jer dok diam. Sengih². Tapi tak bergaul pon. Dah macam anti sosial plak. Ibu pon yakin jer ‪qahirah‬ mesti tak nangis. Tapi ramalanku tersasar. Tak lama lepas tu boleh plak dia menangis. Adoiiii...nasib jenis nangis yg tak menjerit². Pada hal sebelum tu dah hantar daycare seminggu. Hurrmmm...cikgu cakap mungkin masa daycare haritu tak ramai budak. Sekali bila datang pagi tu ramai plak khenn. Kejutan persekitaran gamaknya. Alhamdulillah pagi ni tak nangis dah. Senang hati ibu nak gi keja. 

Minggu ni blh lah masuk lewat sket. Start next week kakak kena gi awal dari biasa. Pkul 7.20 am dah kena ada kat skolah. Sebab pagi² dah start perhimpunan, baca doa dan mengaji. Kalau lewat takut tertinggal nanti. Bak kata pengetua lah. Tu yang kalau boleh kena datang awal. Smoga kamu menjadi anak yang solehah.


Ni plak masa amik kimi kat skokah. Perhimpunan sebelum balik. Kena keluar ikut giliran. Rambang mata aku cari budak ni smalam. Sepesen jer memasing...hehehe...Last² jumpa gak. 1st day jer lah layanan 1st class sebab ibu hantar and amik dari Sekolah Agama dan Sekolah Kebangsaan. harini belajar² lah transit. Semoga dipermudahkan urusan kamu yer nak. Dah bermacam² pesanan ibu ko ni bagi. Harap serap dalam kepala. 

Note: Agar risau sikit sebab kimi 1st time transit. Sebelum ni hari² abah dia amik. Bersiap suma kat umah. Kali ni kena bersiap² kat sekolah. Jangan hilang baju and kasut sudah lah even dah tulis nama. 



Wanita dan tudung...Tudung dan wanita memang sinonim kan. Antara mahkota wanita yang harus dipeliha...

Wanita dan tudung...Tudung dan wanita memang sinonim kan. Antara mahkota wanita yang harus dipelihara dari pandangan lelaki selain dari suami sendiri...cewahhhh...Bukan tu jer, koleksi tudung itu harus even kekadang beli jer, tapi tak pakai. Sebab dah banyak sangat beli tudung sampai terlupa yang dah beli tu pon tak pakai lagi. Koleksi katanya...muahahaha...


Pernah dengar pasal [Tudung2u] tak? Tak pernah? Sama lah kita. Aku pon 1st time jugak dengar nih. Nak tau tak, Tudung2u merupakan tudung online shop yang terbesar di Malaysia dengan fesyen tudung terkini dan terbaru. Mereka memilih pengedar tudung yang berkualiti. 99.1% dari pelanggan mereka berpuas hati dengan kualiti dan harga tudung yang dijual di Tudung2u. Ada macam² jenis tudung dengan pilihan sebanya 2,200 jenis...perghhhh...Banyak tu. Mau rambang mata nak memilih kan. Meh kita tengok antara koleksi dari Tudung2u nih.


Ada [Tudung Bawal], [Shawl Labuh], [Tudung Instant], [Shawl Halfmoon], [Shawl Standard] dan juga [Tudung Segi Empat]. Ko pilih jer nak yang mana. Semua tu dah letak link. Klik jer ok. Meh tengok nih.

Halfmoon Shawl

Tudung Instant

Cantik² kan. Aku pon berkenan gak. Harga pon murah dan berpatutan. Itu yang penting kan. 


Yang ni plak anak tudung. Pon ada jual di Tudung2u jugak. Macam² pattern dan kaler. Pilih jer. 


Jangan tak tau, selain tudung, ada juga dijual [Accessories]. Antaranya Kerongsang, Gelang Tangan dan juga Rantai. Menarik kan. Pada yang suka aksesori, silalah terjah Tudung2u yerp. Harga memang menarik, tertarik dan terbaik. 

Ni nak tambah lagi tarikan uolls. Khas buat PEMBACA² dan juga FOLLOWERS² blog #makbanyakanak @ Supermom With Superkids, uolls akan diberi BOUCER DISKAUN 10% untuk shopping online di [Tudung2u]. Gunakan kod boucer ini:

ACN2015

Dan sah digunakan sehingga 7 FEBRUARY 2015.

Note: Sempat lagi kalau nak tunggu gaji hujung bulan ni kan ☺ 


Amacammmm...Sebijik macam sardin dalam tin kan. Haaaa...selalu kita beli jer kan sardin dalam ti...


Amacammmm...Sebijik macam sardin dalam tin kan. Haaaa...selalu kita beli jer kan sardin dalam tin. Kali ni #makbanyakanak nak share resepi dengan uolls semua. Terjumpa masa tengah syiok scroll FB malam tadi. Resepi nya pon nampak simple jer. Semudah ABC bak kata [Puan yang berkongsi resepi] ni. Mekasih bebanyak sebab berkongsi resepi. Meh salin/Save As/Print:


Senang kan. Tak der pressure cooker pon tak per. Tapi ko kena bertabah nak merebus ikan tu selama 6 jam hokay. Diulang...6 JAM. Tabah tak? Kalau tabah, silalah rebus. Kalau tak tabah, boleh beli pressure cooker yerp. Ada yang murah dan ada yang mahal. Pilih jer...hehehe...Aku nyer pressure cooker NOXXA hujung bulan ni dapat lah....yeayyyyy...Main kutu ko nak beli pressure cooker tu.

Ok...Dah dapat resepi kan. Lepas ni kita buat sardin sendiri jerlah. Terjamin kebersihannya. Tak payah beli sardin dalam tin lagi. Kalau uolls dah buat, jangan lupa sharing² yerp. Nak tunggu aku buat, tak tahu lah bila nya. Tapi memang rasa macam nak buat. Satu hari nanti lah kot...hehehe...

Note: Kalau kita pinjam gambar/resepi orang, jangan buat macam gambar itu kita yang punya. Sila kredit kan pada si empunya okay.



Alhamdulillah...Rezeki awal tahun baru. Rezeki dengan Affiliate Program dari Sweet Muslimah. Te...


Alhamdulillah...Rezeki awal tahun baru. Rezeki dengan Affiliate Program dari Sweet Muslimah. Terkejut gak bila dapat email ni. Actually dapat untuk kali yang kedua. Masa yang 1st dulu tak banyak macam yang 2nd ni. Tu yang agak terkejut sket. Berapa pon amountnya...Kecik atau besar, tetap rasa bersyukur kan.

Aku ada jugak join program affiliate yang lain. Tapi tak pernah dapat hasilnya. Agak kecewa jugak. Mungkin teknik aku tak betul lagi. Banyak nak kena belajar pasal affiliate program nih. Nak kena fahamkan betul². Buku [Buat Duit Dengan Affiliate] hadiah giveaway dari blogger HASRUL HASAN pon tak habis baca lagi nih.

Kalau uolls belum join affiliate program ni, boleh lah join Affiliate Sweet Muslimah ni. Ianya dimiliki oleh SM RICH MARKETING SDN BHD(1037731-K) terdiri dari 100% bumiputra muslim. Sweet Muslimah, Peneraju pasaran baju muslimah terbesar di Malaysia. Produk Sweet Muslimah adalah asli diimpot terus dari kilang. Matlamat Sweet Muslimah adalah untuk menyediakan baju muslimah yang berkualiti dan terbaik utk muslimah² di Malaysia. 

Jubah 

Blouse

Baju kanak²

Antara koleksi dari Sweet Muslimah. Cantik² kan. Dorang tengah buat Clearance Sale tu. Sila lah terjah. Mana tau berkenan kan. Kalau berminat nak join Program Affiliate, boleh klik [SINI]. Daftar tau. Mana tau lagi banyak rezeki uolls dapat nanti.

Note: Lagi bersemangat nak tambah rezeki dari blog ni ☺




Bila dapat bag sekolah baru. Siapa yang tak suka kan. Macam kita masam nak sekolah dulu...teruja bi...

Bila dapat bag sekolah baru. Siapa yang tak suka kan. Macam kita masam nak sekolah dulu...teruja bila dapat baju baru, kasut baru serba serbinya baru. Rasa dah tak sabar² nak gi sekolah. Qahirah dah masuk tadika. Qhalif plak dah start Playschool. Meh tengok budak² yang over teruja nih:


Qahirah lah yang over nya. Botol tak lepas dari mulut. Bila nak benti hisap botol ni kakak. Dah 5 tahun nih. Antara masalah #makbanyakanak...macam mana nak berhentikan qahirah ni dari hisap botol...ppffttt...Ko dah kenapa dik posing tangan kepal macam tu.


Ni posing dari sisi belakang. Baru lah nampak bagnya kan...hehehe...Bag 3D katanya. Pilihan anak dara sudah semestinya FROZEN. Deman FROZEN tak habis² lagi. Anak bujang tecik tu pulak ibu yang pilih. Susah sangat bila suruh memilih. Kecik² dah rambang mata. Banyak sangat pilihan...hehehehe...Harap² tahan lama lah bag sekolah nih. 

Note: Anak² teruja, ibu gembira.

Tu dia....Sebesar² aku tepek kat sini. Kalau tak clear jugak uolls save as jer lah. Pastu print...


Tu dia....Sebesar² aku tepek kat sini. Kalau tak clear jugak uolls save as jer lah. Pastu print yerp. Errkkk...uolls dah ganti puasa ker belum? Pada yang sudah tu, tahniah lah yer. Pada yang belum macam #makbanyakanak ni, dah bolehlah start awal tahun ni. Patutnya tahun lepas lagi dah patut mula ganti. Kang nanti dah nak puasa baru lah terhegeh² nak ganti. Kalau boleh tak nak lah macam tu kan. Peringatan buat semua tapi lebih kepada peringatan buat diri sendiri ☺

Kalau ikut kalender ni, 18 June 2015 @ 1 Ramadhan 1436 kita dah start puasa. Masa berjalan dengan pantas skang nih. Pejam celik..pejam celik...Ehhhhh...dah bulan June. Jadinya, jom lah kita ganti puasa cepat² sket. 

Note: Konon nak buat WW jer. Tapi tetap nak nulis panjang². Acaner tu ☺


Siapa minat cartoon ni? Bukan budak² jer minat, mak/apak budak pon minat jugak. Mengaku jer lah...


Siapa minat cartoon ni? Bukan budak² jer minat, mak/apak budak pon minat jugak. Mengaku jer lah yang korang suka citer cartoon ni kan. Oggy si kucing yang selalu di buli dengan 3 ekor lipas yang sangat nakal? Ya, ianya adalah Oggy and the Cockroaches! Mereka kembali dengan season baru, tayangan unggul pada 1 Jan 2015 haritu.


Oggy and the Cockroaches disiarkan  di seluruh dunia di lebih 150 buah negara di rangkaian utama. Wowwww...hebat tu. Dan boleh di tonton di NICKELODEON. Aku pon tak faham macam mana cartoon yang tak bercakap ni boleh menarik minat kanak² dan juga orang dewasa macam aku ni. Tapi cartoon ni memang lawak even dialog nya hanya bunyi² an, gelak² dan juga nangis² Si Oggy bila kena sakat dengan si Cockroaches. 


About Oggy and the Cockroaches

Oggy and the Cockroaches is the explosive face-off of a cat with three pests—but this time, the victim is the cat himself, and his tormentors are nature’s ugliest, filthiest, most offensive creatures. Oggy would be the happiest of cats if three cockroaches, Joey, Dee-Dee and Marky hadn’t settled inside his comfortable house. In this fast-paced family series, Oggy fights to defend his home turf from the unwelcome pests, making for wild chase scenes and laughs for all ages. True to cartoon tradition, there's a happy end on the horizon. Despite his agonies, Oggy always comes out on top… well, nearly always.

Dapatkan maklumat dengan lebih lanjut di sini: http://bit.ly/1sbNi2w. Kalau nak tau maklumat lanjut mengenai NICKELODEON ASIA, boleh visit [www.nick-asia.com] 


Google pic. Iyer...dah naik. Tapi naik RM20.00 jer lah. Bagi aku kira ok lagi lah kalau nak di...


Iyer...dah naik. Tapi naik RM20.00 jer lah. Bagi aku kira ok lagi lah kalau nak dibandingkan dengan tempat lain. Tempat lain banyak naiknya kot. Baru tau pon semalam masa nak bayar monthly fees. Tu lah...sapa soh tak datang open day registration kan. Start 2015 ni baru naik. Sepanjang 5 tahun aku hantar anak² gi nursery. Ini lah pertama kali yuran naik.


Tapi aku tak bantah kalau yuran naik pon. Berbaloi dengan harga yang dibayar. Sebab nursery ni dah upgrade facilities yang ada. Dah pasang CCTV dan juga Punch Card. Curlass ko anak². Kecik² dah kena punch card. Ibu dulu start kerja baru nak belajar punch card tau. Keselamatan anak² pon terjamin sebab dah ada CCTV kan. Dan yang paling penting, Nursery ni berdaftar dengan JKM.

Dari Iman Hakimi 3 tahun aku dah start hantar kat nursery nih. Sampai lah turn qahirah dan juga Iman Qhalif. Memang tak terfikir nak hantar tempat lain sebab owner nya bagus. Staff² pon best. Memang tak berkira sangat. Yang penting, yuran nursery masih dibawah RM300.00 even dah naik RM20.00. Kalau nursery lain tak dapat harga nih. Tapi kalau baby mahal sket lah. Standard rate dengan nursery² yang lain kot. Tapi masih dibawah RM400.00 sebulan.


Ingat tak pasal isu Kenaikan yuran taska dari Persatuan Pengusaha dan Pengasuh Taska Negeri Sembilan ni? Aku tengok harga tu pon pitam wei. Bagi aku yang berpendapatan rendah ni memang mahal nak mamps. Tapi ini ada kenyataan balas dari pihak JKM sendiri. Meh baca.


Tak nampak sangat kan. Dalam twitter tu pon tak jelas sangat. Tapi dengan rajinnya aku taip balik untuk pembacaan uolls yerp. Tapi isi² yang penting jer tau.

Akta taska hanya menjelaskan bahawa bidang kuasa JKM adalah meliputi hal² berkaitan pendaftaran, pembidalan pendaftaran, pemeriksaan dan penguatkuasaan untuk memastikan semua TASKA berdaftar dapat memberikan perkhidmatan berkualiti kepada kanak² yang berdaftar di TASKA. Tiada mana² peruntukan yang terkandung dalam Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1981 (Akta 308) dan Peraturan2 TASKA 2012 yang membolehkan persatuan atau mana2 badan untuk menetapkan kadar yuran kepada pengusaha. 

 Semua yuran TASKA adalah ditentukan oleh pengusaha sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana² pihak. Ini adalah selaras dengan Akta Persaingan 2010 yang ,elarang apa² amalan yang menyekat, menghalang atau mengganggu persaingan dalam apa² pasaran perkhidmatan atau barangan

Ok...jelas lagi nyata kenyataan nya tu kan. Info ni aku dapat dari twitter JKM sendiri kat [SINI]. Aku dapat info ni dari group WhatApps nursery. Owner nursery yang bagi. Tapi bagi memastikan kesahihan nya, aku godek cari link untuk uolls sendiri refer. Biasalah kan, skang ni Copy and Paste jer. Kisah sebenar kita tak tau. Bila ada link, baru rasa puas hati sket kan.

Panjang lebar plak aku bercerita. Untuk perkongsian kita bersama kan. Pengajaranya...kalau nursery uolls nak naikkan yuran nursery yang sangat melampau harganya sampai cekik darah dengan alasan arahan dari JKM, sila jangan percaya ok. Sekian pesanan khidmat dari #makbanyakanak ☺ 

Note: Yuran nursery dah naik. Gaji??? Bila nak naik banyak nih?? 



Baru jer sampai ke tangan. Tengok² dah ada parcel atas meja. Dan dah boleh agak apa isinya. #ma...


Baru jer sampai ke tangan. Tengok² dah ada parcel atas meja. Dan dah boleh agak apa isinya. #makbanyakanak kalau bab² resipi untuk anak² ni memang over. Nak beli jugak. Rembat sekali dua buku tu. Sebab resipi lain² kan. Menu Asia dan juga Menu Ala Barat. Kalau tak der idea nak masak apa untuk anak², Atau kalau dah kering idea nak bekal kan apa untuk anak², boleh refer kat buku nih. 


Packaging...Siap signature chef Azian lagi tu. Curlasss ko kan. Nak signature bagai. Bukan tak boleh beli kat kedai buku atau kedai buku online kan. Ni nak bagitau...kalau uolls berminat nak beli buku ni boleh beli kat PTS Online. Tapi....ada tapi tu...ahaksss...Kalau nak packaging dan juga signature dari Chef Azian sendiri macam yang aku dapat ni, silalah terjah blog [Chef Azian Hasan.Com]. Kat situ ada disertakan cara² nya. Aku tak berani nak bagi nombor HP orang sesuka hati yerp even di blog Chef Azian sendiri ada disertakan nombornya. 

Berapa harga buku ni? Alaaaaa...mampu milik jer harganya. Berbaloi dengan kualiti dan juga 44 resipi dalam tu. Boleh kecur ailio kalau ko tengok resipi² dalam ni tau...hehehe...Ok, harga untuk satu buka adalah RM15.00 jer. Kalau dua buku RM37.00 dah termasuk postage. Service cepat. Khamis order jumaat dah sampai.

Jom kita buat bekal untuk anak². Sambil buat bekal anak, buat bekal untuk diri sendiri sekali. Sebagai menyahut seruan pak menteri tu soh bawak bekal. Boleh jimat belanja katanya. Bab berjimat cermat semua serah kat rakyat khenn. Bab menghabiskan duit memang kena serah kat pak² menteri gittew. Sampai nak suruh potong gaji penjawat awam tu untuk bantu mangsa² banjir. Habis tu gaji pak² menteri yang setimbun tu tak nak potong ker untuk bantu mangsa² banjir jugak? Erkkkk...ter emosi plak. Dah nak tersasar cerita nih.

Ok...Aku benti kat sini dulu sebelum menyimpang jauh. Kalau uolls nak dapat kan buku Idea Bekal Ke Sekolah ni, klik jer kat link yang aku dah bagi tu yerp. Selamat Ber Bento. Peringatan buat diri sendiri juga nih ☺☺

Note: Jalan raya pon dah start sesak harini.



As salam semua. Salam pagi Isnin. Alhamdulillah....masih diberi peluang olehNYA untuk bernafas ...


As salam semua. Salam pagi Isnin. Alhamdulillah....masih diberi peluang olehNYA untuk bernafas sambil menikmati udara segar dimuka bumi ini. Harini hari pertama aku start kerja. Kena cancel cuti harini sebab cuti sekolah dah dilanjutkan lagi seminggu. Jadinya senin depan cuti sebab anak dara tu 1st day nak masuk tadika. Tapi harini hantar jugak daycare kat tadika baru. Kalau hantar kat nursery lama haruslah kena charge kan. Seminggu tu. Jadinya...kita hantar kat tadika baru jer lah. 

Harini jugak entry pertama aku untuk tahun 2015 nih. Jumaat last week pon cuti lagi. Menghabiskan sisa² cuti yang ada. Tetiba teringat plak nak cek cuti² tahun lepas yang aku pernah amik. Kesnya malam tadi beborak dengan en. somi. Dia kata aku tak pernah amik MC last year. Aku ingat² lupa. Tu yang check pagi ni. Memang betul lah. Cemerlang lah aku tahun lepas sebab tak pernah amik CUTI SAKIT. Alhamdulillah atas kurniaan kesihatan yang baik dariNYA ini. Harapnya tahun ni dapat mengekalkan lecemerlangan tanpa CUTI SAKIT...inshaa'allah.

Sambil cuti tu daftar tadika Qahirah sekali. Last minute baru nak buat khenn. Tapi dah booking nama dulu uolls. Nanti aku up pasal tadika qahirah yerp. Kalau masa kimi dulu aku siap amik cuti sebab nak survey tadika. Tapi bila qahirah nak tadika ni memang aku tak survey sebab aku dah boleh agak price rate nya. Yang pasti....SEMUANYA NAIK.

Note: Jadi jugak kitorang import Iman Hakimi duduk umah Atok/Opah kat Gombak. Weekend ni baru amik bawak balik :-(


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks