Baju Muslimah Kanak-kanak

Selera makan anak² makin bertambah. Kimi memang kuat makan. Qahirah ngan Qhalif yang kurang makan. Teringat member pernah bagitau yang anak...

Penangan Ubat Cacing dan Tanda-Tanda Kecacingan

/
22 Comments
Selera makan anak² makin bertambah. Kimi memang kuat makan. Qahirah ngan Qhalif yang kurang makan. Teringat member pernah bagitau yang anak dia kurang selera makan. Doctor suggest bagi ubat cacing. Lepas bagi anak dia ubat cacing, memang selera anak dia bertambah. Tu yang try bagi kat anak² sebab seingat aku memang tak pernah bagi lagi #ImanQahirahQhalif ubat cacing. Dah berapa tahun umur dorang skang nih?...ppfftttt...careless ibu.


Minta kat klinik uols. Masa bagi anak² makan memang tak bagitau dorang pon yang tu ubat cacing. Saja IbuAbah pedajal. Kang bagitau tak nak makan plak dorang. Sekali lepas dah habis makan terus tunjuk kat anak² kotak ubat cacing tu. Apalagi...terkedu jap memasing. Aku tambah lagi perasa kata...'habislah...nanti berak kluar cacing'...wakakakaka...menggelabah memasing. 

Bukan apa. Teringat dulu bila dimomokkan kata kalau makan ubat cacing nanti berak kluar cacing seketul². Scary wei. Tapi sebenarnya cacing tu dah hancur pon dek penangan ubat cacing ni. Sebenarnya penting bagi ubat cacing kat anak² ni. Aku jer yang tak sedar diri nak bagi kat anak². Kalau uols belum pernah bagi lagi, memang patut bagi anak² makan. Meh baca nih:

Kecacingan adalah perkara yang agak lumrah di kalangan kanak-kanak… terutama yang selalu keluar rumah tak pakai selipar, makan itu dan ini yang tidak dimasak atau separa masak, terutama di kawasan rumah yang kurang bersih atau seperti kawasan setinggan atau laman yang bertanah.
  • Cacing gelang (Ascaris Lumbricoides) – besar macam gelang… boleh masuk hati dan paru-paru..
  • Cacing kerawit (Necator Americanus) – ada gigi tajam tapi kita tak Nampak!… ia masuk melalui kaki.. kuat hisap darah
  • Cacing rambu atau cacing benang – selalu melekat di kawasan dubur, halus 
  • Cacing pita – macam pita, pipih tapi panjang… susah nak dibunuh..
Antara tanda-tanda anak-anak yang kecacingan ialah (bergantung kepada jenis cacing) :-

* Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis

* Kegatalangan terutama di kawasan punggung, lebih pada waktu malam

* Sakit perut, cirit-birit, lemah badan, kembung

* Tiada selera makan, pucat, kurang berat badan walaupun selera makan ada

* Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)

* Demam, ruam-ruam badan, alahan

* Kaki gatal, sakit dan ruam pada kaki, bengkak kaki (untuk cacing kerawit)

Apa yang anda perlu buat :-

1. Jumpa doktor untuk mengambil ubat cacing
2. Semua ahli keluarga juga harus memakan ubat cacing ini termasuk ibu dan ayah
3. Potong kuku pendek
4. Basuh sayur-sayuran bersih, masak betul-betul terutama daging
5. Pakai kasut atau selipar ketika keluar rumah
6. Sekiranya ada haiwan peliharaan seperti kucing, periksa juga tapak kaki dan badan mereka
7. Amalkan membasuh tangan (anda dan anak anda), sebelum dan selepas makan.
8. Juga cuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas membuang air besar
9. Kerapkan membersih badan dan mencuci dubur untuk menghilangkan telur cacing yang ada

Ada 2 jenis ubat cacing

1. Albendazole/mebendazole

Ubat ini tidak diserap di dalam badan, jadi ia tinggal di dalam usus besar dan kecil . Ia menghalang sistem kemasukan glukosa yang di perlukan untuk tenaga oleh cacing. Oleh itu, cacing tidak dapat bergerak aktif dan mati kemudiannya

2. Pirantel Pamoate

Ubat ini juga tidak larut di dalam air. ubat ini akan melumpuhkan otot cacing dan menyebabkan cacing-cacing tertanggal dari dinding usus dan dikeluarkan bersama-sama dengan najis.

Sumber: [SINI]
Sumber: [FB]

Bukan kanak² jer yang kena makan ubat cacing tau. Orang dewasa pon kena makan jugak. Kalau anda dan anak² ada simptom² seperti di atas, maknanya anda ada masalah kecacingan. Segeralah berjumpa dengan doctor yerp. 

Note: Peringatan buat diri sendiri yang tak makan ubat cacing lagi nih...ppffttt...




You may also like

22 comments:

  1. hahahah tak dpt bayangkan muka fiza cakap habislah nanti keluar cacing.. muka mesti nakal sebab sakat anak2.. hahah.. jue last bagi pun tak ingat bila kena tgk balik blog.. rasa lebih setahun jer.. hahhh jenuh pelekoh bagi dedua badik tu fiza...

    ReplyDelete
  2. okayh nnt nak bg semek makan ubat cacing nie..ehhh tp umur 2 tahun dh boleh makan ubat cacing ker?

    ReplyDelete
  3. ehhh baru perasan..anak-anak Nad pun dah lama tak makan ubat cacing. kena gi check ni.

    ReplyDelete
  4. makin pemes isu ubat cacing ni skrg..sy pn xpnh bg kat arfan...sy sndiri pon dh berpuluh tahun xmkn hehe..penah dulu kua cacing sekor mcm tu je semasa uuk..tu jadi fobia sgt2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah kita dulu punnnn. Takut sgt kalau jd blk

      Delete
  5. aiseh..smlm nak g beli, lupa! sejak viral kat fb, mmg niat nak beli.
    zaman dulu, kalau mkn ubat cacing mmg cacing keluar idup2. Kakak2 saya citer, mmg menakutkan! Yg ubat skrg ni cacing akan mati dan hancur.

    ReplyDelete
  6. Kakak ada dpt whatsapp tentang ini juga Fiza
    Baru tahu org kita ni pun kena ambil juga sebenarnya.

    ReplyDelete
  7. aku dgn eady berkurun tak makan ubat cacing..hehehe..

    ReplyDelete
  8. Delisha pon baru amik ubat cacing. sebabnye dia asik sakit perut jer haitu. bila gi jumpa dokter. kami mintak skali ubat cacing. Alhamdulillah lepas amik ubat cacing, x dengar dah dia ngadu sakit perut.

    ReplyDelete
  9. asalam..nak follow blog ni dahulu..perkenalan pertama kali tqvm datang ke laman Etuza

    ReplyDelete
  10. satu perkongsian yang bagus especially yang ada anak kecil

    ReplyDelete
  11. uuuit seramnya.. dewasa pun ada kemungkinan kan ? boleh la org dewasa pun makan ubat..

    ReplyDelete
  12. pernah juga bagi ubat cacing kat anak-anak ni tapi 2/3 tahun lepas

    ReplyDelete
  13. tu laa fiza...lepas viral kat fb tu lieya pun menjajau cari ubat cacing....zentel sampai abis stok kat farmasi....lieya pun beli yg champs punye nie..sedap lak rase coklat2 tuh.... satu family makan hah.... lepas ni kene amalkan tiap 6 bulan sekali...

    tapi kite tak serius sgt kot...lain kalo jenis main kat luar korek tanah tak berkasut bagai...atau pun makan ba alif ba ya....

    ReplyDelete
  14. Betul tu.. Yg dewasa pun kan ambil..

    ReplyDelete
  15. akak pun dah bagi ubat cacing kat anak2 termasuklah mak nye ni puntelan jugak hahaha

    ReplyDelete
  16. Anak saya pun baru makan ubat cacing yg sekolah bagi. Risau juga sebab dia suka makan junk food daripada nasi. Alhamdulillah lps mkn ubat cacing dia ok je. Haritu saje usik dia, l0s mkn ubat cacing nanti buang air kuar cacing. Dia stop kejap makan junk food! Hehe.. Tq for info. X tau plak dewasa pun kena makan ubat cacing. :)

    ReplyDelete
  17. Anak saya pun baru makan ubat cacing yg sekolah bagi. Risau juga sebab dia suka makan junk food daripada nasi. Alhamdulillah lps mkn ubat cacing dia ok je. Haritu saje usik dia, l0s mkn ubat cacing nanti buang air kuar cacing. Dia stop kejap makan junk food! Hehe.. Tq for info. X tau plak dewasa pun kena makan ubat cacing. :)

    ReplyDelete
  18. Usahkan budak2 sekarang ni... zaman anak2 dulu pun sama.. kalu sebut ubat cacing dah gerun.. takut berak klua cacing.. hihihi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...