FOOD4YOU | Makanan Percuma untuk yang Memerlukan!!!

Monday, December 21, 2015

Benda baik harus dihebahkan. Especially kalau kita ada berhadapan atau ada berjumpa dengan golongan² yang tak cukup makan dalam erti kata lain tak der duit nak makan. Jumpa plak anak beranak yang dah beberapa hari tak makan sebab kesempitan wang. Ya! allah...sedih kan.

Sumber [FB]

Pernah dengar FOOD4YOU tak? Food4You adalah projek dan cetusan idea oleh MCP (My Charity Project) dimana MCP yang akan menyediakan chiller dan berkerjasama dengan pihak tertentu di mana chiller tersebut ditempatkan. Pihak MCP yang akan memastikan makanan/minuman sentiasa dipenuhkan samaada melalui sumbangan orang ramai ataupun melalui tabung MCP sendiri.

Saya pon 1st time dengar. Kalau nak tau, Masjid al-Hasanah, Bandar Baru Bangi dengan Koperasi Masjid al-Hasanah dan My Charity Project menyediakan MAKANAN PERCUMA kepada yang benar-benar memerlukan. Ada Kuih-muih, air, nasi lemak, cup cake, beras, sayur, bawang, dan lain-lain. Hanya ambil di peti sejuk di luar pintu Souq al-Hasanah dan dibuka 24 jam. 

Buat masa ni yang saya tau FOOD4YOU ni ada di Masjid Al-Hasanah Bangi dengan Masjid UKM jer. Kalau kat tempat lain tak sure ada ker tak. Memang bagus buat macam ni kat masjid² kan. Bukan apa, pagi tadi dengar radio pasal viral student yang nih:


Tetiba touching bila baca note noh. Rupanya ramai student yang struggling dengan kelaparan sampai beberapa hari tak makan kan. Ni yang kita tau. Yang kita tak tau? Kalau uols kenal kawan² yang masih belajar atau keluarga susah, boleh lah hebahkan. 

Kalau nak tau lebih lanjut pasal FOOD4YOU ni, boleh terjah [FB My Charity Project] dan juga [Website My Charity Project].  Kalau teringin nak menyumbang makanan, boleh dapatkan contact no kat website tu.

Note: Macam mana lah nasib anak² kita akan datang dengan kos sara hidup yang makin tinggi setiap tahun. 


You Might Also Like

13 comments

  1. Bagus ni Fiza..
    Nanti akak share kat blog akak boleh ke..

    ReplyDelete
  2. huwaa sedih nyer baca nota budak tu..mcm mane la kan perasaan mak bapak budak tu kalau tahu anak xde duit nak mkn :(

    ReplyDelete
  3. baguskan buat food4u ni. hope semua masjid ada :)

    ReplyDelete
  4. assalam fiza...aktiviti masjid sebegini di di bandaraya yg jadi tumpuan pelajar menimba ilmu mmg patut diadakan...kesian pelajar2 yg berjauhan dgn ibubapa struggle di rantau org demi memperoleh masa depan yg lbh baik tapi sering kesempitan.

    ReplyDelete
  5. bagus sebenarnya buat usaha camni. lebih2 lagi masjid yang anjurkan

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, satu usaha yang murni .

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..bagus sgt! Yg saya tau kat Perlis ada buat camni. semoga kat sluruh negara ada buat jugak. Kita tak tau, ramai yg kelaparan tak mampu beli makanan.

    ReplyDelete
  8. alahai sedihnya baca note tu..

    fiza kalau nak cendawan mekah tu, emel alamat dekat akak fazilaharyan@gmail.com

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive