GST Countdown | Parenthood Kos Makin Meningkat

Monday, March 30, 2015


GET SHOPPING TIME sebelum GOODS AND SERVICES TAX datang. Dah bersediakah kita? Bersedia atau tak, GST tetap on kan. Bertabah lah untuk golongan marhaen macam kita nih. Masing² dah start memborong barang² keperluan sebelum GST. Masa gi Speedmart tu pon yang membeli sumanya amik dalam kuantiti yang banyak. Susu anak sampai 5 tin. Susu pekat 8 tin. Kat supermarket pon memang penuh. Suma nak elak GST. Buat parents² ni, kos lagi lah meningkat naik.


Nak mengandung pon kena GST jugak. Pregnancy test, sanitary pad...pon kena cukai. Tapi kalau tak pakai pregnancy test pon, ada cara lain jugak kita boleh detect kalau pregnant. Aku pon baru tau cara nih.


Amacam....dah jimat duit tak yah beli pregnancy test kan. Tapi kesahihannya aku tak tau lah. Kena cuba dulu...ekekeke...


Boleh pakai cloth pad dan juga cloth pantyliners untuk gantikan dengan sanitary pad. Tiap² bulan nak kena beli tu. Kalau pakai cloth pad/pantyliners, boleh jimat sket. Pelaburan hanya sekali jer. 


Tu dia. Yang ada anak berderet yang masih kecik nak minum susu tu memang agak membebankan. Harga susu makin mahal. Belum GST pon harga dah naik. Bukan tu jer, amount susu dari sekilo dikurangkan kepada 900g. Tapi harga tetap sama. Aci tak? Tak aci kan. Ko tengok jer air kotak brand Dutch Lady tu, dari 250ml turun kepada 200ml. Harga tetap sama. Memang aku tak beli lagi lah lepas nih. 

Nak jimat...BREASTFEEDING. Penjimatan disitu. Tapi bukan semua ibu² yang boleh menyusukan anak mereka sepenuhnya kan. Memang buntang lah mata aku tengok harga susu. Lain brand lain harganya. Jadi...kita pilih susu yang mampu poket jer lah. Susu untuk baby 0-12 bulan, memang tak der GST. Tapi susu untuk 12 bulan dan ke atas, memang ada GST.

Barang² baby...memang baby GST kalau lahir 1 April nih. Suma benda kena cukai. Kalau nak jimat duit pampers, boleh lah pakai Cloth Diaper. Tapi tahap kerajinan kena tinggi lah. Si Qhalif masih lagi ber pampers. Bukan tak ajar, tapi dia tak bersedia lagi nak free diaper. Tak boleh nak paksa.
  

Untuk aku yang ada anak 2 orang bersekolah ni, belum GST pon dah terasa bahangnya sebab registration fees tiap² tahun naik. Inikan pulak lepas GST. Stationery lagi lah. Memang tak tahan lama. Ada jer yang hilang. Cepat jer pencil and color pencil tu kontot. Bag skolah plak, belum pon masuk April dan 2 kali tukar bag. Sebab bag sekolah bebudak adalah sangat berat.

Nak jimat, kena beli stok stationery secara pukal. Pastu bawak bekal gi skolah. Kata makanan kantin tak kena cukai. iyer lah tu. Dorang awal² lagi dah naikkan harga. Baru berhajat nak hantar anak tuition. 


Betul. Dikecualikan tapi kos makin meningkat. Yang bergaji besar, mungkin tak terasa sangat. Tapi yang bergaji tak berapa nak besar ni, memang terasa. Bagi aku yang bergelar rakyat marhaen ni memang menyusahkan dan membebankan. Gaji belum tentu naik. Kalau naik pon tak setaraf dengan kos sara hidup yang makin tinggi melangit ni. Aku rasa majikan pon patut kaji kenaikan gaji setiap staff.

Apa pon...Selamat datang GST. Mekasih PM sebab makin meyusahkan rakyat. Pencapaiian diutamakan, Rakyat dikemudiankan. Memang rakyat pon GST...GILA STRESS TENGOK harga barang semua naik. Sedih :-( 

Note: Kalau sebelum ni memang dah berjimat cermat. Tapi lepas GST ni kena berjimat cermat lebih lagi.


You Might Also Like

16 komen

  1. mmg semalam saja G masuk aeon big pon penuh ngan umat manusia...semua stok memborong.....

    ReplyDelete
  2. kann.. tak boleh nak buat apa.. setakat mana boleh jimat kita berjimat..

    ReplyDelete
  3. mmg stress pun tgk harga mencanak naik

    ReplyDelete
  4. MEntakutkan bila baca ni Fiza. Huhu tpi takde pilihan kena berdepan juga.

    ReplyDelete
  5. Hmm... Memang payah dan memeningkan kepala.

    ReplyDelete
  6. lepas ni 50 ringgit sekeping pun sikit dah rasa. hmmm

    ReplyDelete
  7. Pak menteri kata kos tak naik dan tak membebankan.. taklah rasanya kot huhu.. :D

    ReplyDelete
  8. Tak tahu nak kata apa.:(

    ReplyDelete
  9. tu le pasal....soping mall kemain penoh dgn org soping pra gst..... lieya aritu gi mydin usj cari barang goodies bag birthday dayyan...mak oiii ramai gile org so ping...nyesal pun ade pergi tapi dah sampai dari pujtrajayakan.....jenuh parking hujung alam...

    phew.......gst oooo gst....

    ReplyDelete
  10. Geram n sedih bila fikir pasal gst ni.. dlm keadaan rakyat skrg yg masih ramai x ckup keperluan, dikenakan cukai pulak.. bg yg boleh belanja ok la, yg xmampu? Susu anak mcm mana,keperluan lain² lg..aduhai..sedih...semoga Allah memberi kesenangan pd kita lepas ni..amiinn

    ReplyDelete
  11. Kakak terpikat yg test pregnancy dgn tak perlu cost itu Fiza.
    Baru tahu hari ini. Kalau betul bolehlah cuba kan. Kakak dah tak boleh lagi.
    Tunggu anak kakak kelak haha...

    ReplyDelete
  12. Setuju dgn pendapat akak... Bertabah jer la...huhuhu

    ReplyDelete
  13. Setuju dgn entri akak nie... Gst nie mmg membebankan rakyat jer...huhuhu

    ReplyDelete
  14. I tak keluar pun seminggu sebelum GST bermula. Tahu dah mesti ramai orang memborong barang. Kalau ikutkan hati, nak aje ikut rentak tapi malas pulak nak tumpang berkerumun dan beratur time membayar. GST ni nak tak nak, memang kena lalui juga. Redha ajelah walaupun terpaksa redha gitu...

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive