Google image Luahan anak bujang Iman Hakimi masa amik dia balik sekolah hari rabu tu. Katanya dia nangis dalam kelas sebab tak tahan s...


Luahan anak bujang Iman Hakimi masa amik dia balik sekolah hari rabu tu. Katanya dia nangis dalam kelas sebab tak tahan sakit. Alahaiiii...syahdu plak ibu ko ni dengar. Cikgu soh dia rehat katanya. Dah lah tengah ujian. Jawab ujian dalam kesakitan kot. Memang tak banyak cakap sangat lah dalam keta. 

Sampai tumah mengadu lagi sakit gigi. Sakit sangat. Pastu kata rasa macam nak demam. Memang rasa dedar skit badan dia. Gigi geraham plak tu yang sakit. Memang nampak bengkak gusi dia tu. Aku yang sakit gigi pon tak tertahan ini kan budak 8 tahun. Makan pon tak nak. Terbaring jer lah dia sampai tertidur. Tunggu En. bos balik. Tapi tu lah, mana ada klinik gigi yang bukak memalam kan.

Disebabkan kimi demam penangan sakit gigi, pergi jugak lah klinik biasa. Minta ubat tahan sakit skali. Doctor tu cakap tak boleh cabut time gusi tengah bengkak. Tak per lah....kita tunggu keesokan nya. 

Tu yang semalam Emergency Leave. Bawak kimi cabut gigi even gusi tu still nampak bengkak lagi. Tapi bila bawak gi dentist, boleh jer cabut. Lagi pon gigi geraham dia dah goyang. Dentist cakap punca sakit berdenyut tu sebab akar dalam tu dah berlubang and hitam. Tu yang sakit. Nak tayang gigi tu kang ada yang geli plak...hehehe...Bergenang gak lah air mata jantan dia tu. Banyak gak gigi susu yang dah mula goyang. Tunggu masa nak roboh jer tu.

Note: Berani gak kimi gi dentist. Ibu dia ni? Masih penakut tahap langit ketujuh. 



Dah lama tak cuai macam ni. Last cuai tahun lepas bila LESEN KETA DAH EXPIRED SETAHUN . Masa nak renew baru perasan. Cuai tak hingat ko...


Dah lama tak cuai macam ni. Last cuai tahun lepas bila LESEN KETA DAH EXPIRED SETAHUN. Masa nak renew baru perasan. Cuai tak hingat ko kan. Pastu petang semalam, kecuaian aku kembali lagi. Ntah apa yang aku fikirkan sampai cuai macam ni. Kisahnya...

Petang semalam lepas amik anak² singgahlah kedai. Ikut kata hati memang malas. Faham² lah dengan 3 askar² tu kan. Boleh meroyan dibuatnya. Tapi memikirkan lauk basah dah habis, nak tak nak terpaksa singgah jugak kedai. Bila dah sampai kedai, rambang mata plak tak tau nak beli apa. Penyakit yang biasa datang kalau beli barang basah...hahaha...Padahal dalam keta tadi dah fikir nak beli apa. Sampai kedai terus lupa...cissss...

Dah beli² barang suma masa nak bayar baru perasan yang kunci keta tak der kat tangan. Seluk poket sluar pon nan hado kuncinya. Pergi lah cari kat tempat sayur. Kot² terletak dalam tu. Tak der. Pastu gi tengok kat kotak ikan sebab tadi amik ikan. Mana tau terjatuh dalam tu ker kan. Pon tak der gak. Ok....dah cuak. Tak per...bayar dulu pastu baru cari kunci. Soh jugak kimi cari. Sekali dia cakap "ADA DALAM KETA KOT KUNCI TU"

Cepat² gi kat keta. Sekali.....hamik ko. Elok kunci keta tergantung kat situ. Dengan enjin, air-cond and radio masih terbukak. Pastu pintu keta sebelah penumpang tak tutup rapat sebab nampak lambang pintu tu menyala. Ya! allah...aku keluar keta terus masuk kedai wei. Dekat 20 minit jugak aku dalam kedai. Memang darah naik kepala bila nengok keta macam tu. Boleh mengundang pencuri jugak. 

Masuk ni dah 3 kali aku lupa amik kunci dari keta. Boleh baca kat [SINI] dan [SINI]. Tapi kali ni lagi teruk sebab package enjin, air-cond ngan radio yang masih terbuka...ppffttt...Peringatan buat diri sendiri I'M NOT CARELESS. I JUST CARE...LESS...hahahaha...SILA JANGAN CUAI LAGI.

Note: Pitam kalau gi kedai ngan anak². Semua nya dia nak. 


Dah beberapa bulan Mr. Black ni tak berbasuh. Berhabuk, kusam dan kotor jangan cakaplah. Tahan orang yang memandu ni dengan kereta yang...


Dah beberapa bulan Mr. Black ni tak berbasuh. Berhabuk, kusam dan kotor jangan cakaplah. Tahan orang yang memandu ni dengan kereta yang comot khenn...hahaha...Kekangan masa sangat membataskan *alasan. Kalau lah Mr. Black ni boeh bercakap. Mesti dia minta dimandikan, Dah lah kerja kat kawasan site. Parking plak kat tempat panas. Sian Mr. Black ni. Sampai kan tinted tu pon dah menggelembung dan dah mula tercabut. Nampak sangat kepanasan yang melampau. Tu baru kepanasan kat dunia, kat SANA nanti? Sama² muhasabah dir. Erkkkkk...panjang plak melalut #ibutigaanak ni.

Ok...cuti CNY haritu. Iman Hakimi kita export balik kampung. Alaaaaa...kat gombak tu jewr. Sibuk nak duduk ngan maksu kesayangan dia tu. Pagi Khamis hantar, pagi Jumaat dah balik ke rumahku syurgaku. Maka tinggal lah si anak dara qahirah dengan si bongsu Iman Qhalif. Sian kat anak² sebab memerap jer kat umah. Jadinya petang jumaat tu meronda-ronda kat Bangi Gateaway. Sabtu plak bos besar kerja. Erkkkk...apa kau merepek lagi ni...hahaha...

Sabtu tu bawak lah anak soleh ngan solehah tu kluar rumah. Gi basuh keta jer pon. Janji keluar jugak dari umah kan. Sebab mata dah sakit tengok keta tu. Dan sebab ada masa. Tu yang gi basuh. Pergi kat tempat biasa aku cuci kereta. Nasib tak banyak kereta yang nak dibasuh. 

Dah nama pon dah lama tak pergi basuh keta kan. Nampak tempat ni dah upgrade. Tapi benda pertama yang aku nampak. HARGA DAH NAIK. Dari RM10 naik RM3 bersamaan dengan RM13. Banyak jugak tu. Aku kan rakyat marhaen. Suma benda kalau boleh nak cari lagi murah. 

Tapi kenaikan dorang bersesuaian dengan tempat yang dorang dah upgrade. Ada ruang menunggu yang ber air-cond. Siap ada wifi percuma lagi tu. Tak payah minta password sebab dah siap tampal. Jimat sket quota HP aku...hahaha...Keselesaan pengguna diutamakan gittew. Macam ni baru pelanggan tak lari. Tapi tu lah...rasa macam kejap plak dia basuh Mr. Black nih. Tak berapa nak bersih sangat dia vacuum dalam tu. Ker aku yang cerewet???

Macam biasa, lepas keta dah bersih, pesanan penaja itu harus di lontarkan pada anak soleh dan solehah. Sila baca dialog #ibutigaanak denagn anak daranya yang mulut bley tahan macam murai:


IBU: Bukak kasut. Tak nak pijak kusyen tu qhalif. Qahirah...jangan  makan dalam kereta. Kereta dah bersih...dah cantik. Ibu dah basuh kereta ni. Tak nak sepah² lagi.
QAHIRAH: Alaaaa...bukan ibu yang basuh. Orang lain yang basuh
IBU: krikkk...krikkk...krikkkk...*bijak...bijakk.

Terkena aku. betul jugak apa yang dia cakap kan. Ibu cuma hantar kereta untuk dibasuh. Tapi orang lain yang basuh. Dengan budak macam ni, kalau nak bercakap kena betul² susun ayat. Kalau tak macam ni lah. Kita balik yang kena...ppffttt...

Note: Kalau nak jimat, better basuh sendiri kan. Macam aku ni setakat basuh kiri, kanan, depan dan belakang tu bolehlah. Tapi yang belah atas tu? Tak cukup ketinggian nak membasuh. Jadinya...suruh orang basuh jer lah. 

  

Bila dah lama cuti kan, Bukan ibu dia jer lemau, si anak dara Qahiran ni pon lemau jugak. Erkkk...rasanya ramai yang lemau hari ni kan...he...

Bila dah lama cuti kan, Bukan ibu dia jer lemau, si anak dara Qahiran ni pon lemau jugak. Erkkk...rasanya ramai yang lemau hari ni kan...hehehe...Tu yang lambat jer up entry nih. Kisah pagi tadi. Tengah siap², tetiba senyap sunyi jer. Selalunya mulut anak dara tu agak bising pepagi. Sekali tengok...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Laaaaaa...Dah siap² pakai baju sekolah boleh dibantainya tido budak nih...ppfftttt...Penangan bila dah lama cuti lettew. Nasib bangun pagi ni tak susah sangat nak kejut. Comel plak nengok bila tido macam tu ☺

Note: Jalan masih tak sibuk harini. Best ☺


Cuti kan berderet minggu ni, Ayat paling femes dan cliche yang orang tanya tak lain tak bukan...' CUTI PANJANG NI GI MANA? '. Meman...

Cuti kan berderet minggu ni, Ayat paling femes dan cliche yang orang tanya tak lain tak bukan...'CUTI PANJANG NI GI MANA?'. Memang itu soalan yang dah boleh dijangka. Siapa kata tak gi mana² kan. Tempat Percutian ni adalah paling jimat. Makan pon free wei.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Mana lagi kalau bukan dalam RUMAH SENDIRI....hahahahaha...Rumahku Syurgaku gittew. Pon boleh kan. Kalau orang tanya memang inilah yang aku boleh jawab....ngeeee...Memang tak der tempat lain lah nak dituju cuti ni melainkan dok umah sendiri. Tak pon balik umah mertua atau umah mak sendiri yang kedua² tsmpat ni amik masa 30 minit jer.

Happy holiday uolls and have a great weekend. Nanti jangan MC plak senin depan yerp. Dah lama cuti kan. Mood nak naik kerja pon merudum jugak. Senin tu jugak Iman Hakimi ada ujian awal tahun. Mak ko plak yang nervous nak. Asal anak ujian/periksa, mak yang hover terlebih. Si anak selamba jer. 

Note: Yang gi cuti² malaysia tu, semoga perjalanan anda dipermudahkan olehNYA.

Extra Note: Menadah telinga lah malam ni dengan bunyi mercun yang berdentum dentam. 

Ada orang ke ni? Ker ramai yang dah start cuti. Biasalah...cuti panjang kan. Orang sambut CNY, kita pon nak sambut jugak dengan amik cu...


Ada orang ke ni? Ker ramai yang dah start cuti. Biasalah...cuti panjang kan. Orang sambut CNY, kita pon nak sambut jugak dengan amik cuti berderet....hahaha...Blog pon macam dah sunyi jer nih. Jalan pon dah mula lengang start dari isnin haritu. Harini lagi lah lengang. Best betul drive minggu ni. Smooth jer. Keluar lewat pon sampai awal. Tapi bertabah balik lah next week kan. Jalan start jammed pastu nak gi kerja pon rasa lemau sebab dah lama sangat cuti.

Bulan ni pon dapat gaji awal. Hazab lah ko nak tunggu gaji bulan depan. Nak selamat...kena asingkan siap² duit nursery, duit tadika dan duit belanja sendiri. Berbelanja pon kena berhemah jugak bulan ni. Tak boleh membeli memcadbury buta. Kena tahan nafsu wei. Baru dapat gaji dah tak sabar nak tunggu gaji bulan depan kan...ppffttt...

Note: Menadah telinga lah malam kang dengan bunyi mercu.



Pernah dengar produk ni tak? Rasanya ramai yang tak familiar lagi dengan produk ni termasuklah #makbanyakanak jugak. 1st time ak...


Pernah dengar produk ni tak? Rasanya ramai yang tak familiar lagi dengan produk ni termasuklah #makbanyakanak jugak. 1st time aku dengar nama ni. Rupa² nya produk ni datang nya dari negara seberang iaitu Indonesia. Mungkin agak baru dalam pasaran Malaysia. Dan terbaru, dah kluar iklan produk Citra Mulia ni dalam Mingguan Wanita.

Mesti uolls nak tau produk ni mendapat kelulusan ker tak? Nak bagi tau lah ni, tak perlu risau sebab semua produk dari Citra Mulia Kosmetik sudah mendapat kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia). Dan boleh digunakan tanpa was². Dan aku berpeluang untuk mencuba produk Citra Mulia Kosmetik ni. Dan hasilnya amatlah memuaskan hati. Memang serasi dengan kulit aku. Bak kata tagline...Citra Mulia Melindungi Kecantikan Anda Setiap Saat. Memang raca cantik sejak pakai Citra Mulia ni...hahaha...ok....Meh tengok produk² yang aku pakai nih.


Ada lotion MILANO ASHLEY GREEN TEA and ROSE TEA. THE FACE SUPREME WHITENING DAY and NIGHT GEL SERUM. Dan juga DR HERBAL WHITENING AB CREAM. Meh aku terangkan apa function dan cara² pemakaian produk² ni. Kita mulakan dengan:


THE FACE SUPREME DAY GEL WHITENING SERUM 50 ML
HARGA = RM69.90

Serum untuk menjadikan kulit cerah dan bersih seketika. Ia juga sebagai anti penuaan, menghilangkan kerut di wajah, serta melembabkan, melicinkan, dan memutihkan kulit. Dengan formula khusus yang cepat menghilangkan melasma, flek-flek hitam, dan memutihkan kulit wajah, kandungan vitamin B5 mengaktifkan sel-sel kulit yang baru juga berfungsi sebagai antioksidant untuk mencegah radikal bebas yang merosakkan kulit. Mencegah sel pigmen sehingga kulit lebih cerah, dengan tambahan pelembab aktif yang dapat menjana semula kulit sehingga terhindar dari keriput atau penuaan.


THE FACE SUPREME NIGHT GEL WHITENING SERUM 50ML
HARGA = RM69.90

Ada day and night cream. Keterangannya sama macam THE FACE SUPREME DAY GEL WHITENING SERUM jugak. Fungsi pon sama. Cuma penggunaan jer lah yang berbeza sebab ada untuk pagi dan malam kan. Meh baca ni

Fungsi Gel Serum:
  • Mengurangkan bekas-bekas jerawat 
  • Memutihkan kulit wajah 
  • Menghilangkan flek hitam 
  • Mencerahkan warna kulit 
  • Meratakan warna kulit 
  • Mengecilkan liang wajah 
  • Menghaluskan dan mengenyalkan kulit
Cara penggunaan:
  • Bersihkan muka anda. 
  • Sapukan sedikit serum dan leburkan dalam tapak anda 
  • Menyampaikan lapisan nipis serum cair di bahagian muka anda dan tekan, urut sehingga diserap sepenuhnya. 
  • Gunakan setiap hari waktu pagi dan malam, dan akan mendapat kesannya selapas penggunaan 7 hari.
Nampak tak barcode tu? Bukti yang KKM dah luluskan produk Citra Mulia. Memang best pakai THE FACE SUPREME DAY/NIGHT GEL WHITENING SERUM ni. Tak payah pakai banyak pon. Sekejap jer meresap masuk muka dan tak berminyak.


Dr HERBAL WHITENING AB CREAM 2 X 20G
HARGA = RM99.90

Memang rasa tak selesa, tak berseri dan rasa tak yakin bila kulit muka nampak kusam dan kering kan. Tapi Dr Herbal dapat membantu mengatasinya. Ianya produk yang diuat 100% dari bahan herbal untuk membantu menjaga kelembapan kulit dan berfungsi untuk mencerahkan warna kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit dan juga khusus untuk membaiki struktur kulit dan lapisan sel² yang rosak. Mengandungi kolagen yang dapat meremajakan semula wajah. Menarik kan.

Manfaat DR. HERBAL WHITENING AB CREAM 
  • Mencerahkan dan memutihkan wajah. 
  • Wajah kusam, gelap dan kekuningan kembali menjadi putih bersinar. 
  • Menghilangkan flek-flek, jerawat dan noda hitam 
  • Menghilangkan tompok yang disebabkan oleh sinaran uv 
  • Menjaga keanjalan kulit wajah 
  • Mengatasi liang besar dan bekas jerawat sehingga wajah kembali menjadi mulus dan halus
  • Menghilangkan kedutan pada wajah. 
  • Menghaluskan dan memberi kelembapan semula jadi bagi wajah.
Cara pakai:
  • Bersihkan wajah terlebih dahulu 
  • Sapukan THE FACE GEL SERUM. 
  • Ambil Krim secukupnya 
  • Sapukan krim A untuk pagi dan krim B untuk malam.
Comel jer botolnya. Siap ada sudu skali. Kalau jari tak muat nak colek, boleh lah pakai sudu yang disediakan tu..hehehe...Baunya agak sedikit kuat. Tapi nak pakai sikit jer pon. Cuma calit² jer kat muka tu. Kejap jer bau kuat tu. Pastu hilang dah. Bau tak penting. Yang penting hasilnya. 

Pic fresh from oven. Hasil nak masuk 2 minggu pakai.

Combination THE FACE SUPREME DAY/NIGHT GEL WHITENING SERUM dan juga DR. HERBAL WHITENING AB CREAM memang terbaiklah. Memang hasilnya tak mengecewakan. Nak masuk 2  minggu pakai. Kulit muka jadi licin, lembut dan halus. Sehalus selembut kulit bayi ko. Serious wei. Sikit² usap kulit muka. Asyik mengusap jer lah sebab best bila rasa kulit tu licin. Memang tak rugi kalau uolls cuba.


MILANO ASHLEY LOTION 500 ML - GREEN TEA
MILANO ASHLEY LOTION 500 ML - ROSE TEA 
HARGA = RM18.50

Dah nama pon lotion kan. Fungsi lotion tak lain tak bukan adalah untuk melembapkan kulit sepanjang hari dan juga menjadikan kulit anda berseri² secara semulajadi. Memang betul pon. Aku suka pakai MILANO ASHLEY LOTION ni sebab baunya sangat lah wangi. Tak payah pakai minyak wangi pon tak per sebab kewangiannya bertahan lama. 

Lumur jer satu badan. Memang wangi semerbak. Kalo pakai pepagi sampai malam pon masih ada baunya lagi. Anak² pon suka pakai. Pagi² sebelum gi sekolah sibuk memasing nak pakai lotion MILANO ASHLEY ni. Antara Green Tea dengan Rose Tea ni, dua² wangi/ Tapi aku ngan anak² suka bau MILANO ASHLEY GREEN TEA. Smooth jer bau. En. suami plak suka MILANO ASHLEY ROSE TEA. Lain orang lain citarasanya kan. Kalau nak tau, silalah beli.

Kalau berminat nak tau dan nak mencuba produk CITRA  MULIA KOSMETIK ni, Boleh layari:



Jom join contest ni. Banyak hadiah² menarik. Klik [SINI] kalau nak join ☺

HasrulHassan.com

Jom join contest ni. Banyak hadiah² menarik. Klik [SINI] kalau nak join ☺



Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat Tarikh Lahir: 1931 Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan. Pengajian : 1-Pondok Tuan Guru Hj Ab...


Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.


Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.

Note: Kita bersedih disini, tapi DISANA...Ahli syurga dan para malaikat bergembira untuk menyambut kehadirannya.


Innalillahi wainna ilaihi raji'un. DariNYA kita datang, kepadaNYA juga kita dikembalikan. Aku ketinggalan berita pemergian Tuan Gur...


Innalillahi wainna ilaihi raji'un. DariNYA kita datang, kepadaNYA juga kita dikembalikan. Aku ketinggalan berita pemergian Tuan Guru Nik Aziz. Pagi ni baru tau bila dengar radio. Speechless...automatic bergenang airmata. 

Ya! allah...perginya beliau dimalam JUMAAT. Smoga kita redha dengan pemergian Tuan Guru dan semoga beliau di tempatkan di syurga firdausi. Begini rupanya perasaan sebak bila kehilangan MURABBI UMMAH. 

'TIDAKLAH SEORANG MUSLIM MENINGGAL PADA HARI JUMAAT ATAU MALAM JUMAAT, MELAINKAN ALLAH AKAN MENJAGANYA DARI FITNAH (SIKSA) KUBUR' [HR AHMAD DAN TIRMIDZI]

Note: Pada tarikh yang sama 12 February, pendakwah dan penjuang islam Al-Imam Hasan Al-Banna meninggal dunia @ 12 February 1949. Al-fatihah.


Ha'ah...bukan INSTAGRAM tapi INSTAGERAM . Kenapa erk, penjual² kat INSTAGRAM tu PRIVATE kan IG dorang? Bila ada review dari IG'e...


Ha'ah...bukan INSTAGRAM tapi INSTAGERAM. Kenapa erk, penjual² kat INSTAGRAM tu PRIVATE kan IG dorang? Bila ada review dari IG'ers lain, aku pon excited lah nak nengok. Sekali....laaaa...PRIVATE ker. Kenapa mesti PRIVATE kalau menjual barang? Owhhhh...Nak kena orang follow dulu gamaknya yerp. Nak jual barang kot. Lain lah kalau personal IG.

Lepas tu kan, apa salahnya bila dah menjual dan update gambar barang tu, letak sekali dengan harga. Tak payah lah orang nak PM tanya harga kan. Itu pon ikut untung nasib orang tu reply. Ada komen² yang aku baca orang yang menjual tu tak reply message dorang. Acaner tu?

Takut peniaga lain tahu ker harga barang yang ko jual tu mahal? Dan takut customer tak nak beli sebab tau harga yang kau jual tu mahal dan boleh cari peniaga lain yang jual lagi murah dari kau. Macam tu erk.

Ada ke masa pembeli nak buat spot check kat satu² IG semata² nak cari harga yang paling murah gila? Kalau yang cerewet tak hingat pasal harga mungkin iyer kot. Tapi ramai ker yang macam nih? Tu yang naik menyampah. Bukak IG ni, PRIVATE. Bukak IG tu pon PRIVATE jugak....ppffttt...

Lagi satu hal, dah follow boleh plak unfollow balik. Ko dah kenapa? Konsepnya I FOLLOW YOU, YOU FOLLOW I BACK. Gittew erk. Suka hati orang lah nak follow ker tak nak. Tiada paksaan kan?? Bagi aku, nak follow...follow lah. Aku akan follow balik kalau kawan² blogger add. Nak unfollow pon, suka hati ko lah bedah. Aku tak GILA FOLLOWER. Cuma aku gila nak berkawan jer.


Dah kebetulan citer pasal INSTAGRAM vs INSTAGERAM kan, ni IG #makbanyakanak. Saja bagitau...hahaha...Tapi aku privatekan. Biasalah...

Note: Banyak citer tak up lagi ni. FITC ngan produk review...hurmmmm...



Dimana ada saya, disitu ada ESCALATOR. Dimana ada ESCALAOR, Disitu adalah saya...muahaha...Kepantangan saya adalah PANTANG NAMPAK ESCAL...


Dimana ada saya, disitu ada ESCALATOR. Dimana ada ESCALAOR, Disitu adalah saya...muahaha...Kepantangan saya adalah PANTANG NAMPAK ESCALATOR. Kalau nampak jer ESCALATOR, maka ibu/abah kena bersiap sedia. 

Note: Jangan risau kawan² ibu sebab ibu kita dah standby kat belakang kita. Ibu kita kan SUPERMOM. Memang pantas bab sambar menyambar anak nih. SUPERMAN nengok pon boleh nangis. Kawan² ibu pon mesti ada skill yang hebat ni macam ibu saya kan.



Google pic. Buat ibu² dan bakal² ibu tu, please take note. Aku pon baru tau. Kalau sebelum ni pantang yang aku tahu selepas bersalin ...

Buat ibu² dan bakal² ibu tu, please take note. Aku pon baru tau. Kalau sebelum ni pantang yang aku tahu selepas bersalin adalah pantang 44 hari. Tak boleh buat kerja berat². Makan kena pantang dan lain² lagilah. Pastu dengan pantang 100 hari. Yang ni aku tau pentang bersama ngan suami. Tapi lepas baca info yang ICE @ Siti Aishah (Certified Confinement Therapist) bagi ni, baru lah aku jelas maksudnya. Kenapa kena pantang 44 hari, 100 hari, 6 bulan dan juga setahun.

Pernah dengar tak orang lepas bersalin tak boleh makan laksa setahun? Aku follow jugak. Tapi tak jelas kenapa kena pantang laksa. Orang pantang ko pon nak pantang jugak kan. Tapi tak tau kenapa...hahaha...Sekadar merasa tu ada lah sket. Yang aku tau, ianya berkaitan dengan urat. Ok...panjang plak mukadimahnya. Meh baca jenis² pantang dan apa kaintannya.

PANTANG 44 HARI

- Pantang keluar rumah

Tapi skang ni ramai yang langgar pantang. Belum 44 hari dah kluar rumah. aku lettew. Sebab pantang sendiri kan.

PANTANG 100 HARI

- Pantang Suami
- Pantang mandi air sejuk
- Pantang ber aircond
- Pantang angkat benda berat² hatta dukung anak selain newborn
- Pantang kena hujan

Yang ni pon bedal jugak. Mandi jer air sejuk. Water heater tak der. Dukung anak pon sama jugak. Biasalah...beza anak kedua ngan ketiga tak banyak sangat even gap 2 tahun.

PANTANG 6 BULAN

- Pantang makan selagi baby yang fully breastfeed tak start solid food. Kalau tak fully breastfeed pon elok pantang makan 6 bulan supaya badan betul² sihat
- Pantang exercise yang hardcore

Ikut jugak nih. Tapi banyaknya yang langgar lah. So far baby ok...tak meragam. Exercise plak yang hardcore tu tak der lah. Buat kerja² rumah jer.

PANTANG SETAHUN

- Minum berais
- Pantang laksa dan pulut

Ais ni memang tak menahan wei. Nikmat bila dapat minum tu...perghhhh...ko tunggu lah  bila dah berumur nanti...nnggeeee...Tapi tak der lah hari² minum berais. Sampai skang klo makan kat kedai aku order air yang tak berais. Cuma mengicak sket lah air en. bos. Tapi kalau cuaca panas sangat, memang punah lah. Sirap limua ais kurang satu lah nampaknya.  

Kepantangan makan laksa selama setahun plak. Menurut dari komen yang aku baca, laksa ni sejuk. Boleh kembang urat. Sama jugak kot kalau makan pulut. Pulut ni pon aku tak boleh makan banyak². Memang berangin satu badan.

Kenapa perut still buncit? Haaaa...sila salah kan diri sendiri yerp. Perut tak kempis bukan sebab tak diet. Tapi sebab tak buang air besar berhari² masa dalam pantang dan SEBAB TAK PAKAI BENGKUNG DENGAN BETUL. PERUT YANG SENTIASA MEMBUANG DAN DIPAKAIKAN BENGKUNG AKAN KEMPIS. Tetapi...ada tetapi tu. Perut tetap menggerutu sebab kulit tak mampu anjal balik. Sebab tu kena istiqomah berbengkung dengan campuran ubat barut. 

Macam mana nak kempiskan perut? Yang ni best sebab aku pon nak mengempiskan perut yang dah start membuncit nih. Senang jer ubatnya. Kena amalkan herba dalaman yang melawaskan pembuangan air besar. Luaran plak kena pakai girdle waktu siang. Dan bengkung pada waktu malam. Dan.....KENA EXERCISE!!

Masa dalam pantang ketiga² anak memang aku menghadapi masalah nak membuang. Sembelit ko. Memang seksa lagi menyiksakan. Nangis wei dok dalam toilet lelama. Nak meneran lebih², takut terkoyak plak jahitan episiotomi. Ngeri bila di ingatkan balik. Berbengkung plak boleh dikira dengan jari berapa kali pakai. Lebih² lagi masa pantang anak ketiga. Skang bila perut dah buncit rasa macam....nak pakai bengkung balik lah. 

Lepas ni kalau ada rezeki baby lagi...erkkkk...hahahaha...nak pantang betul² lah. Tak nak memain lagi. Nak pakai lama kan. Kena lah jaga. Kesan nya memang kita tak nampak sekarang. Tapi masa akan datang? Fikirlah sendiri. 

Note: Perut menggerutu tu adalah parut yang paling mahal. Bukti yang anak² pernah duduk dalam tu ☺


Lambat bersiaran. Pagi yang havoc. Tengah² buat kerja ni, terus datang idea dan terus laju jer jemari ni maenaip sebelum idea gone with the...

Lambat bersiaran. Pagi yang havoc. Tengah² buat kerja ni, terus datang idea dan terus laju jer jemari ni maenaip sebelum idea gone with the wind. Nak tanya lah soalan cepuk cemas sket. Uolls kalau shopping baju ngan family. kalau nak gi fitting baju tu masuk sorang² ker atau hangkut segerombolan dalam fitting room tu??? Haaaaa...kenapa senyum²?? Ni mesti hangut anak² ngan somi/isteri skali kan masuk dalam tu...hahaha...


Yang nak fitting nya sorang jer. Orang lain yang beratur pon sorang ke dua orang jer. Tapi datang yang #makpakbanyakanak ni yang beratur sampai 5 orang...hahaha...Orang yang nengok pon pandang semacam jer. Lantak lah. 

Macam fitting room tu besar sangat. Kalau tak denga stroller skali nak masuk parking dalam fitting room...muahahaha...Pastu bertabah lah ko dalam tu nak fitting baju/seluar. Dengan ragam anak² lagi kan. Main² pintu. Intai² bawah pintu. Sempat bergaduh lagi dalam tu...ppfftttt....

Kalau tak bawak masuk isteri/somi pon, mesti soh tunggu kat depan pintu tu kan. Siap pesan jangan gi memana *aku lettew. Sebab nak soh tengok baju/seluar sesuai ker tak. Ketat ker longgar. Nak membeli ni kena juga minta pendapat suami/isteri kan. 

Itu jer lah kisahnya. Kisah aku dan fitting room. Janji update satu entry...ngeeeee...Ok, nak sambung buat kerja. 

Note: Alhamdulillah...rezeki awal tahun. Dapat buat review produk. Tunggu yerp.

Satu yang sangat menarik untuk dikongsi bersama. Mekasih sahabat sebab tagged nurkilan ni. Dan terima kasih buat [Puan Empunya]  kerana ber...

Satu yang sangat menarik untuk dikongsi bersama. Mekasih sahabat sebab tagged nurkilan ni. Dan terima kasih buat [Puan Empunya] kerana berkongsi hasil tulisan nya ini. True indeed sangat. Memang orang perempuan DEGIL dan TAK RETI SERIK. Meh baca nih.

Orang perempuan tak reti serik 

Dah tahu morning sickness tu teruk, masih lagi nak mengandung.

Orang perempuan tak reti serik 

Dah tahu perut besar tu berat dan menyakitkan pinggang, masih lagi nak mengandung. 

Orang perempuan tak reti serik 

Dah tahu masa mengandung susah nak tidur, masih lagi nak mengandung. 

Orang perempuan tak reti serik 

Dah tahu kulit tu nanti pecah2 sebab stretchmark, masih lagi nak mengandung. 

Orang perempuan tak reti serik 

Dah tahu sakitnya bersalin tu antara hidup dan mati, masih lagi nak mengandung. 

Orang perempuan tak reti serik 

Dah tahu sakitnya digunting dan dibelah ketika bersalin, masih lagi nak mengandung. 

Orang perempuan tak reti serik 

Dah tahu susahnya nak menjaga jahitan sambil buat aktiviti harian di dalam pantang, masih lagi nak mengandung. 

Orang perempuan tak reti serik 

Dah tahu malam tak boleh tidur dgn lena dan aman bila ada anak kecik yang menyusu, masih lagi nak mengandung. 

Tapi itu lah orang perempuan. Kalau Allah selitkan rasa 'serik' dalam hati org perempuan, maka tak bertambahlah umat manusia, semakin ramai lah isteri nusyuz kepada suami. 

To all beautiful woman out there, you are mentally strong, even stronger than men. Chin up, smile and live your life to the fullest. Never give up. When you ever feeling down and so tired of life, just remember that Allah is there and He will never forget. 

Kepada para suami yang budiman, kalau sekali sekala isteri tersayang anda menyakitkan hati, maafkan lah dia, sebab orang perempuan memang 'degil'. Hehehe.


Saat 'Perempuan Degil' bersalin anak ketiga. Degil sangat sebab anak baru 10 bulan dah mengandung balik. Itu pon [tak tau dalam perut dah ada isi]. Degil tak nak gi check up....hahaha...Rasa lawak bila dikenangkan kembali. Tapi bila tengok gambar ni, rasa 'DEGIL' tu kembali lagi lah. Acaner tu?? Qhalif pon dah nak masuk 3 tahun dah...hurrmmmm...

Note: Perempuan degil sebab suami pon degil jugak...hahaha...


Asal nampak jer berlari² nak naik. Asal nak naik jer mesti escalator...hahaha...Extra attention kalau gi shopping mall ngan anak soleh ni: ...

Asal nampak jer berlari² nak naik. Asal nak naik jer mesti escalator...hahaha...Extra attention kalau gi shopping mall ngan anak soleh ni:


Pantang nampak escalator ko. Macam dapat menan happynya. Anak uolls macam ni tak? Suka naik escalator? Nak naik sendiri hokay. Tak nak dipegang. Lagak macam dah beso sangat. Kita ni risau jer. 

Haritu masa gi IOI City Mall, Putrajaya, boleh plak ada aksi adegan kejar mengejar. Si adik biasalah, nampak si kakak berlari, dia pon berlari jugak. Si kakak plak berlari tuju kat escalator. Aku apa lagi, dah terjerit² panggil bebudak tu. Pedulik lah dengan orang khenn. Panggil pon tak jalan. Sonok sangat berlari dalam tu. Kawasan luas. Nih dah macam nak ajak aku berlari sekali nih!!!!

Sebelum anak soleh qhalif tu naik escalator dan sebelum apa² jadi, baik aku sambar dia dulu. Pecut 100 meter dengan wedges dalam IOI City Mall tu. Geram jangan cakap lah. Kecik besar...kecik besar jer aku nengok. Geram dengan si kakak jugak. 

Rasa macam nak pakaikan safety harness kids tu jer. Dah lah jalan tak nak orang pegang. Pastu berlari². Kalau nampak escalator tu memang kena bersiap sedialah ko. Budak ni memang sekejapan jer. Baru naik escalator nak naik lagi escalator. Kemaruk escalator gamaknya.

Note: Ragam anak² yang 'unsangkarable'. Bley pitam dibuatnya.


Pakai bedak jer pon dah putih. Tak yah susah² pakai Qu Puteh...ekekeke... Wordless Wednesday # 20: Saya suka main Bedak Ratu Beda...


Pakai bedak jer pon dah putih. Tak yah susah² pakai Qu Puteh...ekekeke...


Note: Budak dan bedak takkan terpisah. Tapi anak dara ni memang suka main bedak.


Ada yang tak tau maksud lengang ker? hehehehe... google pic.  Ini lah dia maksud lengang. Macam ni lah keadaannya pagi tadi kat to...

Ada yang tak tau maksud lengang ker? hehehehe...


Ini lah dia maksud lengang. Macam ni lah keadaannya pagi tadi kat tol sungai ramail. Keta tak banyak tak macam sebelum ni. Bak kata en. somi. Pagi ni jalan tak jammed sebab ramai yang berjalan kaki...Hahahahaha...Kongasam kan. Faham tak maksudnya tu? Selasa kat Thaipusam. Kan ramai yang berjalan kaki nak gi Batu Caves tu...ngeeeeee...

Mesti ramai yang amik cuti harini kan. Warga Wilayah Persekutuan dah tentulah cuti khenn. SELAMAT HARI WILAYAH. Bestlah uolls berderet cuti. Office pon harini sunyi sepi gak sebab ramai yang cuti. Kalau cuti tapi anak sekolah baik tak payah kan. Tak per lah. Simpan cuti ☺

Note: Esok cuti. Nak gi FITC ☺



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...