Baju Muslimah Kanak-kanak

Biasa² jer. Itu jer yang mampu. Nak bagi kad, tak sempat nak beli dan tak sempat nak tempah. Nak bagi hadiah, hadiah dah lama dapat. Hadiah...

Biasa² jer. Itu jer yang mampu. Nak bagi kad, tak sempat nak beli dan tak sempat nak tempah. Nak bagi hadiah, hadiah dah lama dapat. Hadiah paling berharga lagi. Tu...anak² yang 3 orang tu lah hadiahnya. Selain dari hadiah KASIH SAYANG yang berterusan selama 9 tahun hidup bersama ni. Ehhhh...straight to the point. Ini lah hadiah yang di bakar dengan penuh kasih sayang:


CHOC MOIST CAKE LAPIS CHEESE. Curlass ko jot. Siap ada angka 9 lagi tu. Abaikan lah angka 9 aku yang tak center tu. Keras tangan lagi bab men deco nih. Kali ni aku tambah choc rice. Meriah kek aku tu dengan coklat. Maklumlah...fiza dan coklat tak dapat di pisahkan. Bertambah lah berat badan aku macam ni. Dengan cheese nya lagi dalam tu.

Kebetulan dah lama tak membakar kek. Kebetuan anak² sibuk nak kek. Dan kebetulan jugak anniversary. Jadinya kita buat kek lah untuk somi kita tu. Gigih tak gigi lah #makbanyakanak ni. Malam rabu baru nak membakar. Kononnya nak  buat surprise pagi khamis tu. Tapi.....biarlah rahsia...ekekeke...

Kepuasan berganda bila dapat hasilkan kek dari tangan sendiri. Dan kepuasan berganda jugak sebab nak kena mengemas balik...ppfftttt...Ko tau lah bila buat kek kan. Berkecah dapur dengan bekas² untuk di basuh. Nak kena tunggu kek siap di bakar lagi. Nak topping lagi....haishhhh...memang banyak kerja lah. Mata pon dah macam panda sebab tido pukul 2.30 am semata² demi untukmu kek...hahaha...baru sehari tido lewat dah keluar dah panda erk. Sila jangan percaya...ngeeeee...

Note: Orang lelaki dan lupa tarikh memang tak\dapat dipisahkan. Mak redho jer noks *sambillapairmata 


Nak pitam ker nak fengsan terus ni...hahaha... Tengah syiok² approve komen, tetiba terselit nama blogger popular dalam entry [INI] ....

Nak pitam ker nak fengsan terus ni...hahaha...


Tengah syiok² approve komen, tetiba terselit nama blogger popular dalam entry [INI]. Wahhhh...rasa terharu dan teruja pon ada *poyo sebab Abang sado Ben Ashaari sudi terjah and drop komen kat blog picisan #makbanyakanak nih. Mekasih banyak² Ben Ashaari sebab sudi bertandang. 

Tak lupa juga ucapan Terima Kasih buat kawan² blogger yang lain sebab tak jemu² datang bertandang dan tinggalkan jejak kat blog Supermom *lah sangat with Superkids ni. Komen² dari kamu semua amat besar maknanya bagi saya. Boleh gelak sorang² bila baca komen² yang mencuit hati. Orang tengok pon pelik sebab sengih² dan gelak² depat PC...ahaks...

Note: Kejap aku, kejap saya, kejap iolls...ekekeke...gasaklah.


26th NOVEMBER 2005 - 26th NOVEMBER 2014 = 9 TAHUN Alhamdulillah...masih di beri kesempatan olehNYA untuk kekal melayari alam rumahtan...

26th NOVEMBER 2005 - 26th NOVEMBER 2014 = 9 TAHUN


Alhamdulillah...masih di beri kesempatan olehNYA untuk kekal melayari alam rumahtangga bersama suami hingaa saat ini. How tie flies *ayat cliche*...dah 9 tahun ikatan ini terbina *perghh..ayat*. Dugaan dalam berumahtangga...kami juga tak terkecuali. Suka, duka, pahit, manis...cukup rencah nya. Kunci untuk semua ini adalah 'SABAR'.


Buat teman serumah, teman sebantal, teman bermesra, teman bergaduh, teman bermasam muka, teman menangis, my best friend dan SUAMI, Happy 9th Wedding Anniversary. Growing old with you is the best thing I could ever dream of. I will continue to gather all my strenght to love you. Inshaa'allah...jika dengan izinNYA.

Buatmu SUAMI

Isteri yang kamu nikahi ini…
Tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Mariam
Tidak juga setabah Fatimah
Tidak seikhlas wanita solehah yang enggan di kenal
Tidak secantik Cleopatra

Isterimu ini hanyalah wanita akhir zaman yang mempunyai cita2…
Menjadi isteri yang Solehah
Wanita bersahaja yang sangat memerlukan bimbingan dan arahan daripadamu
Pernikahan ini untuk mengajarkan kewajipan
Untukmu saling mencintai dan menghormati

Semoga diberi kekuatan untuk terus melayari alam rumahtangga yg penuh cabaran dan dugaan ini dengan penuh tabah dan sabar. Maaf suami jika aku tak sempurna di matamu. Maaf di atas segala kelemahan dan kekhilafan sepanjang menjadi zaujah mu.

Note: Bagi chance lah #makbanyakanak ni nak jiwang²...hehehe...



Fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh.  Dan cuba uolls baca ayat karangan aku ni. Di mana ayatnya yang di katakan intro mengh...

Fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh. 


Dan cuba uolls baca ayat karangan aku ni. Di mana ayatnya yang di katakan intro menghina bangsa lain:

Ini lah jawapannya. Memang doctor bekalkan ubat Antibiotic. Kena makan sampai habis. Tapi kalau masih berterusan, kena buat follow up balik. Ni yang aku rasa tak sedap hati nak dengar tau. Try gak cari info pasal terlebih darah putih ni. Tapi banyak dalam bahasa indon. Tak kose lah aku nak translate. Last² jumpa gak dalam bahasa ibunda kita nih. Ok...meh baca. Hari ni kita belajar pasal darah putih yer murid².

Adakah ayat aku [bold and red] ni ada unsur² intro menghina bangsa lain? Cer bagitau sket. Ker  ko tak faham apa yang aku cuba sampaikan wahai ANON??? Kalau setakat beberapa patah perkataan, tak der masalah aku nak translate. Tapi kalau dah semua infonya yang panjang aku nak translate, tak ker amik masa? Ko ingat kerja aku ni blogging sehari suntuk? Tak der kerja lain nak buat?

Jangan suka suki nak tuduh orang yerp ANON. Apsal ko tak pakai nama sebenar?. Kenapa nak menyamar jadi ANON? Bagi aku tak der unsur menghina bangsa lain dalam entry [INI]. Dan tak pernah terniat dan terlintas pon nak hina bangsa lain sekali pon. I'm not type of person yang busuk hati nak hina² ni. 

Note: Tak faham dengan manusia spesis macam ni. Lain yang kita cuba sampai kan, lain pulak penerimaannya dan apa yang di fikirkan....jauh tersasar...ppffttt...


Event : The Big Bad Wolf Book Sale 2012 Date : 5-16 December 2014 Time : 7.00 am (5 Dec 14) - 9.00 pm (16 Dec 14) Venue : Mines C...


Event: The Big Bad Wolf Book Sale 2012
Date: 5-16 December 2014
Time: 7.00 am (5 Dec 14) - 9.00 pm (16 Dec 14)
Venue: Mines Convention Center (MIECC)

LADIES and GENTS, BOYS and GIRLS, MOMMYS and DADDYS...please mark your calendar. SERIGALA BURUK YANG BESAR @ THE BIG BAD WOLF datang lagi menyerang lagi. Minggu ni gaji kan? Sila asingkan duit buku siap². Tak lupa juga duit perbelanjaan persekolahan anak² yerp...hehehe...

Apa yang aku boleh cakap, memang rugi kalau tak datang. Sebab semua buku² terlajak murah. Hasil dari [pengalaman last year] ke sini. Kalau boleh tahun ni nak terjah jugak. Tapi tak nak bawak #ImanQahirahQhalif. Dan kalau boleh nak gi on weekday. Boleh belek² buku lama sket kan. Misi nak cari buku anak² jer ni. 

Ok...tu jer nak hebohkan. Jangan lupa terjah tau. Memang tak rugi kalau nak borong buku anak² dan juga buku untuk diri sendiri. Berbaloi². Kalau nak more detail, klik [SINI] DAN [SINI]

Note: Cara bercerita macam confident jer pergi...hahaha...Harap² en. bos sudi hantar. Nak kena bagi ayat² cinta ni ☺☺



Ephyra Skin Bar berfungsi dengan begitu pantas bahawa hanya dalam satu malam, anda akan mula melihat, kulit lebih lembut, kedutan berk...



Ephyra Skin Bar berfungsi dengan begitu pantas bahawa hanya dalam satu malam, anda akan mula melihat, kulit lebih lembut, kedutan berkurangan, jerawat mengecut dan kulit yang lebih cerah. Hasilnya akan lebih terserlah jika penggunaan berterusan yang konsisten.

Jangan fikirkan umur anda atau keadaan kulit anda sekarang. Kerana EPHYRA SKIN BAR yang mengandungi bahan alam semulajadi yang berkualiti tinggi mampu mengubah keadaan kulit anda menjadi lebih cerah, halus selembut kulit bayi.

Anda akan benar-benar kagum, apabila anda melihat apa yang ia boleh lakukan untuk muka anda dalam setengah jam yang pertama sahaja!

Anda akan melihat bahawa kulit kusam, menggerutu dan kulit kendur di wajah anda mula muncul lebih licin, lebih segar, lebih tegang dalam masa beberapa hari. Pastinya dengan EPHYRA SKIN BAR, rahsia kecantikan semulajadi menjadi milik anda....


WAJAH CERAH BERSERI TANPA CELA, EPHYRA SKIN BAR sabun ajaib untuk kecantikan kulit dan wajah anda. Formulasi terbaik + Kesan Menakjubkan!! 
  • Menggebu dan mencerahkan kulit
  • Menghaluskan kulit dan menghilangkan jeragat
  • Menghilangkan parut dan kedutan
  • Membantu menghilangkan bintik- bintik hitam
  • Melembapkan kulit dan menaikkan seri wajah
Kesan Penggunaan ( hasil berdasarkan testimoni dari 300 pengguna selama 7 hari )
  • Membuatkan kulit muka lebih cerah, lembut dan tegang 
  • Menanggalkan semua kotoran, minyak dan sel kulit mati
  • Menghilangkan parut jerawat & jeragat
  • Menghilangkan ‘blackheads’ di muka
  • Menanggalkan kesan solekan dengan efektif
  • Memberi kesan kesegaran sepanjang hari
  • Badan tidak melekit walaupun ketika atau selepas berpeluh
  • Boleh menghilangkan bau badan
  • Memudarkan kehitaman di celah-celah badan dan bawah lengan ( ketiak )



EPHYRA SKIN BAR mengandungi :
  • Bearberry Alpha Arbutin A Extract paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit. Bersama-sama dengan Glutathione ia membantu  menjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam
  • Glutathione. Kaya antioksida yang melindungi protein enzim dan mencegah kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kedutan dan parut. Glutathione boleh melambatkan proses penuaan dan memperbaiki keadaan kulit. Ia mengawal kesan-kesan bahaya radikal bebas dan mengelakkan pembentukan parut tebal.
  • Kolagen. Menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit dan menggantikan sel-sel kulit dengan lebih cepat untuk menjadikannya lebih tegang dan anjal.
Kelebihan EPHYRA SKIN BAR :
  • Ciri-ciri antioksida. Apabila sabun yang mengandungi ciri-ciri antioksida, ia benar-benar boleh memberikan kesan yang baik pada kulit anda. Ia dapat membuang racun yang dihasilkan oleh badan dan melindungi kulit anda dari kerosakan yang sedia ada dan selanjutnya.
  • Ciri-ciri anti-penuaan. Pengggunaan EPHYRA SKIN BAR secara konsisten dapat merangsang pembentukan kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle / kerut)
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti pencemaran, matahari, iklim, asap rokok dan sebagainya.
  • Pencerahan kulit. Tidak semua sabun dapat mencerahkan kulit anda. Ada yang tidak boleh benar-benar memberikan hasil yang anda harapkan. Tetapi dengan EPHYRA SKIN BAR, dapat dilihat kecerahan kulit yang mengagumkan tanpa pengelupasan kulit, dan selamat digunakan.
  • Glutathione bertindak menghalang pengeluaran melanin dalam kulit anda sehingga memberikan efek lutsinar dan kulit anda bercahaya semula jadi dan berseri-seri. Selain daripada itu semua, ia tidak hanya berfungsi sebagai sabun pemutih tetapi produk penjagaan kulit lengkap yang menghilangkan masalah kulit untuk semua lelaki mahupun wanita.
Soalan yang kerap ditanya :
  1. EPHYRA Skin Bar ni berkesan ke? Insyallah berkesan, kerana dah lebih 300 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus
  2. Skin bar ni boleh tahan berapa lama? Ephyra Skin Bar adalah 50g boleh tahan selama sebulan.
  3. Apa kandungan dalam Ephyra Skin Bar ni? Glutathione, Kolagen ikan, Ekstrak Carrot, Bearberry Alpha Arbutin A Extract, Banana Enzyme, Rice Bran Oil, Glycerin & Aromatherapy fragrance
  4. Berapa lama nak lihat kesannya? Bergantung pada individu, ada yang boleh rasa serta-merta  kulit lebih halus dan tegang, ada yang pakai 3 hari dah nampak kulit makin cerah, dan jerawat makin kecut. Rata-ratanya akan nampak kesan ketara dalam 1 minggu. 
  5. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, Ephyra Skin Bar sangat berkesan dalam menghilangkan parut jerawat serta jeragat degil kerana ada kandungan Bearberry Alpha Arbutin A Extract bersama Glutathione yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau berlubang.
  6. Macamana nak guna? Basahkan sabun dengan air, biarkan ia berbuih sedikit dan terus sapu pada muka. Urut seketika dalam 2-3 minit. Untuk kulit bermasalah, boleh urut sedikit lama dalam 5 minit. Bilas sepenuhnya, dan sapukan pelembap anda seperti biasa ( boleh guna toner dan pelembap dari jenama lain )
  7. Setakat ini, hanya Ephyra Skin Bar saja? Ephyra ada dalam bentuk minuman kesihatan dan kecantikan (Ephyra Premium & Trial Pack). Ia lebih untuk merawat dalaman dan seterusnya memperbaiki luaran kita. Ephyra Skin Bar adalah produk kedua selepas kejayaan produk Ephyra di pasaran, melengkapi produk Ephyra kerana bukan saja dalaman kita terpelihara malah luaran juga diperbaiki dan lebih sempurna. Jika guna kedua-duanya ( minum Ephyra dan guna sabun Ephyra Skin bar) , kesan yang menakjubkan akan diperolehi. 
  8. Boleh guna sekali sambil minum Ephyra drinks? Boleh. Sangat digalakkan. 
  9. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh tiada masalah. Sabun Ephyra Skin Bar membersihkan segala kotoran dan sel-sel kulit mati dan sangat ‘mild’ dan boleh digunakan bersama toner dan pelembap dari jenama lain.
  10. Kalau ada resdung, boleh pakai? Boleh.
  11. Ada kesan-kesan sampingan tak? Macam menggelupas ker? Pedih kalau kena matahari ke? Tiada kesan sampingan. Ephyra Skin Bar, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit. Ephyra Skin Bar tidak mengandungi Hydroquinone.
  12. Boleh pakai kat badan sekali? Boleh, ia sangat lembut untuk dipakai di muka, sekaligus boleh digunakan di seluruh  badan.
  13. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  14. Bilakah Ephyra Skin Bar akan dijual di pasaran? Insyallah Ephyra Skin Bar akan mudah didapati dari pengedar dan kedai-kedai terpilih bermula Januari 2015 nanti. Saiz untuk jualan adalah 50 gram dengan harga RM40.

Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 ( office hours only)



Sila jawab soalan-soalan berikut :

Siapakah akan mencuba Ephyra Skin Bar? Saya yang bernama Fiza akan mencuba sendiri Ephyra Skin Bar ini

Umur pengguna? 35 tahun 

Jantina pengguna? Perempuan

Jenis kulit? Kombinasi

Masalah kulit yang dihadapi. Jelaskan kenapa anda perlu dapatkan Ephyra Skin Bar.

Saya berminat nak mencuba Ephyra Skin Bar kerana masalah kulit yang berminyak, tona tak sekata dan masalah kulit muka yang kusam. Ada kalanya kulit muka menjadi kering dan menggelupas secara tiba² dan menjadikan rasa tak selesa pada wajah.

Pengguna Ephyra? Tidak


Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 24 November hingga 3 Disember 2014 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama Oceanlife Marketing Sdn Bhd dalam mencari 50 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.



Alhamdulillah...Menang rezeki contest. Dapat gelang lagi ko. Mesti uolls laju jer klik kan nak tengok gelang apa. Meh sini. Tengok beramai²...

Alhamdulillah...Menang rezeki contest. Dapat gelang lagi ko. Mesti uolls laju jer klik kan nak tengok gelang apa. Meh sini. Tengok beramai² gelang terbaru #makbanyakanak.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Ini lah dia...Buglock Gelang penghalau nyamuk...hehehehe...jangan marah...ngeeee...Baru jer dapat hadiah ni jumaat lepas. Istimewa sangat ok sebab tak sama dengan gelang² yang lain tau. Dapat kaler pink ngan hijau tu. Thanks to Mia Liana dot com dan juga X Cube Enterprise kerana memilih iolls sebagai salah seorang pemenang. 

Tunggulah review dari #makbanyakanak ni yerp. Boleh terlupa plak nak pakai weekend tu. Jadinya...malam ni kita mulakan operasi amik gambar, pujuk anak² soh jadi model sambil upah gegula dan juga mula karang ayat² cinta untuk review ni. Mana tau ada rezeki menang hadiah utama kan...inshaa'allah...Berangan itu percuma. 

Note: Best jer drive harini. Sebab cuti skolah dah start kan ☺


Wahai kaki² shopping di luar sana. Uolls memang pantang dengar warehouse sale kan. Lebih² lagi kalau sale untuk budak². Meroyan jer rasanya...

Wahai kaki² shopping di luar sana. Uolls memang pantang dengar warehouse sale kan. Lebih² lagi kalau sale untuk budak². Meroyan jer rasanya...hahaha...Ni PONEY ada hantar message nak bagitau ada buat warehouse sale. 


21-30 November 2014

Poney Warehouse Sale

From RM5

Children Apparel
Time : 10am to 7pm
Location
Serdang Perdana @ 13, Jln SP 2/7, Taman Serdang Perdana

Ok...dah dapat info kan. Boleh lah serbu petang ni atau malam kang. Minggu depan pon dah gaji kan. Elok sangat lah tu ☺

Note: Sale sana sini. Tapi nak kena simpan duit untuk perbelanjaan skolah anak² tahun depan. 




Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula  Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula  Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua  ...

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula 
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula 
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua 
Sakit pada luka kan pulih semula 
Bangkit!!

Salam jumaat yang indah. Harini nak share perkongsian dari rancangan Semanis Kurma last week. Yang topiknya pada haritu ada lah BANGKIT. Baru hari ni sempat nak karang entry. Buat mereka² yang sedang di uji, meh baca perkongsian ni.

Sesungguhnya perancangan allah itu indah. Ketika kita sedih dia datangkan bahagia. Ketika kita menangis, dia datangkan senyuman. Ketika kita di uji, dia datangkan hikmah.


Dalam hidup kita ni, kita seringkali mengeluh. 'Penatlah…tak laratlah…sampai bila allah nak uji hidup macam ni?' Rupa-rupanya setiap keluhan ini ada jawapan yang indah dari allah di dalam Al-Quran

1)  Ketika kita mengeluh ‘Ya! Allah…susah sangat hidup ini'. Allah jawab.


Inna Ma’al ‘Usri Yusra
Sesungguhnya di sebalik kesusahan itu ada kesenangan.

2) Ketika kita mengeluh Apa sabar2 ni. Ingat senang ke nak sabar?. Allah menjawab.


"Innallaha ma’as sobirin"
Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar. Allah sayang orang2 yang sabar ni

3)  Bila kita mengeluh ‘Aduhhh…penatnya..letihnya..tak laratnya’. Allah menjawab.

"Wa ja`alna naumakum subata"
Dan kami menjadikan tidurmu sebagai istirehat. Bila kita bangun ke esok kannya, kita jadi lebih bersemangat.

4) Bila lita mengadu ‘Ya! Allah…serabutnya kepala otak ni. Stressnya’. Allah menjawab.

"Ala bizikrillahi tatmainnul qulub"
Ingat kepada allah, akan ada ketenangan jiwa.

5) Bila kita mengadu dan mengeluh ‘Ya! Allah..beratnya dugaan ini. Dah tak boleh nak tanggung dah dugaan yang allah berikan pada aku ya! Allah'. Allah jawab.


“Layukallifullahu nafsan illa wus’aha”
Allah tidak memberatkan/membebani seseorang melainkan ada kemampuannya.

6) Kita mengeluh juga ‘Sedihnya, tak seronoknya, frustnya, kecewa dalam hidup. Dukacita sungguh² ni'. Allah jawab.


"La tahzan innallaha ma’ana"
Jangan berdukacita. Sesungguhnya allah bersama² kita.

7) Kita mengeluh ‘Bila kita susah. Minta tolong kat sapa2 pon tapi semua tak nak tolong’. Mengeluh lagi ‘Dulu senang orang datang kat kita, Bula dah susah? Ya! Allah…tak der sapa nak tolong'. Rupa² nya allah menjawab keluhan kita. Begitu cantik sekali.

"Ud’uni astajib lakum"
Berdoalah kepadaku, Aku akan kabulkan doa engkau.

Di samping kita berusaha, teruskan berdoa kepada allah SWT kerana setiap doa yang kita pohon kepada allah semuanya allah mustajab yakni allah bagi kabulkan sama ada cepat atau pon lambat. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba² nya. Kadang² allah nak simpan ganjarannya di hari akhirat nanti biar kita istirehat di dalam syurga yang kekal abadi.

Doa supaya ada ketahanan hidup, ada istiqomah, komitmen dan untuk kita bangkit dari kegagalan. Doa nya adalah dari surah Al-Baqarah ayat 286:


Amalkan selepas solat 5 waktu. Inshaa’allah kita ada kekuatan. Kita bangkit dari kegagalan. Bangkit dari kekecewaan untuk kita jadi lebih hebat lagi.

Note: Hidup tanpa ujian, kita tak akan kenal erti KETABAHAN. Hidup tanpa dugaan, kita tak akan kenal erti KESABARAN.


Aku ni bukanlah penggemar asam yang tegar. Tapi bila tengok jeruk asam boi yang dah jadi viral kat FB dan juga sana sini, rasa kecur ailio ...

Aku ni bukanlah penggemar asam yang tegar. Tapi bila tengok jeruk asam boi yang dah jadi viral kat FB dan juga sana sini, rasa kecur ailio gak lah tengok. Sebab nak tau sedap sangat ker jeruk mangga asam boi tu, maka terhasillah sebalang JMAB.


Menjeruk mangga asam boi uolls malam tadi. Ni kali kedua buat. Kali pertama tu ingat nak up entry. Tapi aku terdelete plak gambar tu....cissss... Takkan nak pakai gambar orang lain kan. So...kita buat kali kedua dan amik gambar itu harus yerp. 

Tapi Jeruk Mangga Asam Boi ni aku tambah perasa tambahan dengan limau kasturi...perghhhh...mantop wei. Gula plak letak lebih sket. Tapi aku tak letak garam sebab asam boi tu dah masin. Kang daripada bebas darah tinggi tetiba misteri plak ada darah tinggi...hahaha...

Punyalah semalam aku letak cili api 6 batang. Anak² ngan #makbanyakanak pon dah tak sabar nak makan. Dasar tak menyabar tunggu pagi. Sekali anak dara complain...'Ibu...kenapa pedas ni'. Sampai mata² pon pedih sebab di gosoknya mata ngan tangan yang pegang JMAB. Alahaiii...sian lah pulok. Selfish betul ibu ko ni kan kak. Buat macam untuk sorang diri yang makan. Macam hilang ingatan plak yang anak² suka buah mangga...cisss...

Aku pon amik lah rasa, memang kepedasan. Memula makan tak der lah pedas macam tu. Mungkin dah meresap kot. Pedas dan pijar  jer rasa bibir. Sebagai ibu yang prihatin, aku bawak keluar suma cili² api tu. Jadilah JMAB yang tak pedas tapi masam, masin dan manis...hehehe...

Rasanya...Macam yang aku pernah cakap, orang kuat makan macam aku ni semuanya sedap. Jadinya memang sedap lah JMAB tu ☺

Note: Orang yg beli JMAB dok complain sebab dlm gambar nampak banyak. Tapi bila dah dapat...alahaiii...sekitnya. Memang lah sikit sebab mangga tu dah kecut.



OK...buat ibu² yang suka matching² ngan anak. Sila terjah POPLOOK skang. Meh tengok nih: Arghhhhhh...tempting hokay. Silala...

OK...buat ibu² yang suka matching² ngan anak. Sila terjah POPLOOK skang. Meh tengok nih:




Arghhhhhh...tempting hokay. Silalah beli sebelum sold out yerp. Bestsellers for Mom and Daughter hokay. Aku??? Mampu tengok jer lah. Sebab tak mampu poket nak beli. Belum gaji lagi wei...huhuhu...

Ok. Tu jer lah nak bagi tau. Nanti sambung citer lain plak. Yang boleh buat uolls tempting jugak..hehehe...

Note: Tak nak bukak website poplook. Frust sebab dapat tengok jer :-(



Sebab nak kena cari idea untuk menulis. Nak kena perah otak untuk susun ayat. Nak kena cari ayat² yang sesuai. Bukan senang wei. Kalau seta...

Sebab nak kena cari idea untuk menulis. Nak kena perah otak untuk susun ayat. Nak kena cari ayat² yang sesuai. Bukan senang wei. Kalau setakat menulis santai² ok lah. Ni kita nak kena buat review. Jadinya...kena buat yang terbaik sebab kita di bayar. Ada yang dapat sampai RM800 dan lebih untuk buat advertorial...perghhh...Berbaloi dengan hasil titik peluh menulis.


Malas nak taip panjang². Bacalah erk...hehehe...Just nak berkongsi kegembiraan. 1st time dapat job advertorial selain dari nuffnang. Alaaaa...itu pon nak kecoh kan. Suka hati aku lah...muahahaha...Dapat gak aku tolong kawan² blog yang lain untuk berkongsi rezeki macam yang aku dapat nih. Rezeki harus di kongsi bersama kan. 

Terkejut gak bila dapat email offer untuk advertorial ni. Banyak kali berbalas email. 1st time katakan. Jadinya...lepas ni kalau ada offer lagi *mcm berharap jer..haha.., at least dah tau macam mana nak handle. Thanks to AMIR NAWAWI sebab bagi tunjuk ajar. Aku pon blur masa tu. Kebetulan Amir ni dah buat advertorial tu dulu. Tu yang tanya kat dia. Silalah terkjh blog Amir ☺

Note: Boleh belanja anak² dan abah kepada anak²☺ 



Nampak tak...nampak tak. Aku plak yang excited ko. Macam ada share plak ngan IOI ni sampai nak excited bagai. Harus lah excited wei s...


Nampak tak...nampak tak. Aku plak yang excited ko. Macam ada share plak ngan IOI ni sampai nak excited bagai. Harus lah excited wei sebab dekat ngan rumah. 5-10 minit jer kot. Hari² plak tu pergi dan balik kerja lalu sini. Secara tak langsung aku tengok jugak lah perkembangan construction IOI City Mall ni. Sambil tertanya²...'bilalah nak siap ni'. Nah...dah siap pon.

Asal lalu jer mesti nak padang. Asal pandang jer nampak IOI City Mall...hahaha...Iyer lah, kat bangi ni ada Warta, PKNS ngan Bangi Gateway. Itu lah shopping mall kebanggaan orang² bangi. Yer dakkk...Skang dah bukak IOI City Mall ni, silap² Alamanda orang tak pandang dah...hehehe...gurau jer. Jangan marah plak yerp pengunjung setia Alamanda.

Banyak kedai² best kat dalam ni. Antarannya:


Wow *buntang mata. Brand lain antaranya UNIQLO, COTTON ON, LEVI'S, ESPRIT, GUESS, BRANDS OUTLET, PADINI, TIMBERLAND, PONEY, GYMBOREE, MOTHERCARE, ADIDAS, NIKE, CLARKS, AL-IKHSAN  dan banyak lagi lah. Tak larat aku nak taip panjang².

Restaurant plak ada TONY ROMA'S, SEOUL GARDEN, FISH & CO, THE MANHATTAN FISH MARKET, BIG APPLE, SECRET RECIPE, TEH TARIK PLACE, NANDO'S dan banyak lagi. Lagi aku taip lagi kecur plak ailio membayangkan makanan² ni...muahahaha...

Lepas tu kan, ada ice skating uolls. Larger than Sunway Pyramid punya ice skating ko. Tahap Olympic sized tu...perghhhh...


Tak pernah lagi main ice skating. Tapi roller blade pernah lah. Masa jaman skolah dulu. Apa? Tak percaya aku main roller blade? Silalah percaya. Jangan memain dengan minah petite ni dulu...hahaha...

Ok lah. Tu jer nak share. Boleh terjah FB IOI City Mall Putrajaya ni kalau nak tau lebih detail. Kena sediakan duit jer lah kalau nak gi sini. Tak kan jalan² jer kan. Tak sah punya kalau tak beli. Sebab ada DAISO kat dalam tu...hehehe...

Note: Agak² bertambah sesak tak area sini. 


Curlass ko dik. Siap ada part 2 ibu buat tau. Sesaja buat kenangan...hehehe...Kalau nak tau part 1 nya, meh tengok  [SINI] . Masa tu aku ba...

Curlass ko dik. Siap ada part 2 ibu buat tau. Sesaja buat kenangan...hehehe...Kalau nak tau part 1 nya, meh tengok [SINI]. Masa tu aku baru 1st time introduce qhalif dengan solid food. Kalau nak tau lebih, klik jer link tu. Boleh dia tertidur masa tengah makan. Ni kali kedua plak. 


Bangun pepagi dah mintak biskut. Masa aku tengok tu dia elok lagi tengah makan. Bila si ibu ni dah sibuk buat kerja, uruskan abang ngan kakak. Tiba masa nak uruskan si adik plak. Sekali tengok²....laaaaaa....sambung tido balik. Dengan sebelah tangan pegang biskut. Sebelah tangan lagi pegang balang biskut...ppffttt...

Siannnn...tak pasal² ko jadi mangsa iburazzi dik. Ibu ko ni pantang jer kalau anak² buat aksi. Asal kan boleh di buat modal bercerita kat blog...muahahaha....

Note: Alhamdulillah...menang rezeki contest Bugslock Mia Liana ☺

Serious...Aku paling menyampah dengan orang yang suka suki potong barisan. Suka suki potong tak bagi signal. Dan suka suki pakai emergency ...

Serious...Aku paling menyampah dengan orang yang suka suki potong barisan. Suka suki potong tak bagi signal. Dan suka suki pakai emergency lane tanpa sebab. Macam ni:

Sebelum bersangka buruk, nak bagitau dulu. Jalan sesak tak bergerak masa gambar ni di captured ok. Bukan sambil memandu sambil amik gambar yerp.

Come on lah....orang lain pon nak balik jugak. Bukan ko sorang jer wei. Ko lagi buat jalan tambah sesak. Kebetulan ada ambulance nak lalu. Tak ke menyusahkan pemandu ambulance? Tak kan tak tau apa fungsi Emergency Lane tu? Meh nak sekolah kan balik.

Adakah anda tahu apakah fungsi Lane Kecemasan di jalan raya?

1) Ia bertujuan untuk digunakan hanya oleh kenderaan kecemasan, iaitu Ambulans, Bomba dan Polis Trafik, apabila perlu.

2) Menghentikan atau Memandu di lorong kecemasan hanya dibenarkan dalam hal 'kecemasan mutlak'.

Ia adalah sangat berbahaya untuk meninggalkan kenderaan anda tidak bergerak di lorong kecemasan.

Ia juga akan menjadi penghalang kepada kenderaan kecemasan yang perlu melalui dengan cepat ke destinasi yang dimaksudkan.

Kesedaran dan pematuhan anda amat dihargai. (Sumber [SINI])

Nampak tak? Sila baca betul² dan fahamkan. Tapi aku tau, ramai pemandu kat Malaysia ni yang tak faham bahasa, selfish dan kedekut. Dah bagi signal pon kedekut nak bagi jalan. Lagi kita nak masuk, lagi dia cucuk ke depan. Stress aku pepagi nak masuk laluan kontra lepas tol Sungai Ramal tu. Bukan suka suki kita nak memotong. Dah laluan kontra tu satu lane jer. Acaner tu.

Kalau bercerita pasal memandu ni, memang sehari semalam tak habis. Jalan sesak boleh di katakan hari². Dah lah makan masa, makan minyak plak tu dengan jalan yang sesak. Pastu minyak minta di isi, tak ker makan duit tu. 

Note: Tunggu bebudak cuti sekolah lah baru jalan tak berapa sesak. 


Siapa yang tak suka shopping kan. Lebih² lagi bila shopping online. Dah tak perlu bersesak² nak ke shopping complex lagi dan tak perlu ...


Siapa yang tak suka shopping kan. Lebih² lagi bila shopping online. Dah tak perlu bersesak² nak ke shopping complex lagi dan tak perlu nak risau pasal parking penuh. Sebab semuanya di hujugn jari skang ni. Hanya dengan klik…kita tunggu barang kita sampai depan rumah. Dan yang lagi best, kalau kita boleh dapatkan lebih discount dengan shopping online. Jimat berganda² tu. 


Pernah dengar iPrice tak? Rasanya ramai yang masih belum familiar dengan produk ni termasuk lah saya. Jadi…harini saya nak share mengenai iPrice. iPrice Coupons Malaysia merupakan Syarikat yang menyediakan kupon kod online untuk kedai² online seperti Lazada, zalora dan banyak lagi di mana tujuannya adalah untuk membantu rakyat melaysia menjimatkan wang. Dengan adanya perkhidmatan kad kupon ini, ianya dapat membantu pembeli² online mendapat diskaun tambahan ke atas pembelian secara online. Macam mana nak dapatkan voucher code iPrice? Cuma klik [DISINI] 


Pilih jer voucher code yang macam kat atas ni. Kalau nak code discount, klik dekat get the code tu.


Macam dalam gambar ni. Masukkan discount code sebelum check out. Kan jimat tu.


Kalau nak offer baik, klik kat offer. Skang tengah ada 50% discount untuk tablets berjenama Samsung, Axus dan banyak lagi. Berbaloi2 kalau beli tu.

Jadi…kalau anda ingin mendapatkan harga yang lebih murah daripada biasa ketika membeli belah secara online. Lebih di galakkan membeli ketika tawaran potongan harga sedang berlangsung. Kerana banyak penjimatannya. Penggunaan voucher juga sangat membantu. Jangan lupa dapatkannya di iPrice Coupons Malaysia.

Perkhidmatan iprice juga boleh didapati di Indonesia, Singapore, Thailand, Hong Kong dan juga Filipina selain dari Malaysia sendiri. Nak tau tak, iPrice tidak mengenakan sebarang charge tambahan kepada para pengguna iPrice. Menarik kan. Apa lagi, jom dapatkan lebih coupon, discount dan voucher code bersama iPrice Coupons Malaysia.




Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com Sekitar 2 juta orang dilaporkan meninggal akibat malaria setiap tahun. Seba...



Sekitar 2 juta orang dilaporkan meninggal akibat malaria setiap tahun. Sebab utamanya adalah peningkatan jumlah nyamuk akibat pemanasan global dan kemusnahan alam semula jadi. Pembiakan nyamuk semakin meningkat dan jangka hayat nyamuk semakin panjang disebabkan keadaan persekitaran semakin kondusif untuk hidup. Dengan kes-kes denggi semakin meningkat di negara ini, ia adalah penting untuk melindungi diri dan anak anda daripada nyamuk aedes. Untuk tidak terus merosakkan alam semulajadi melalui penggunaan pelbagai jenis racun serangga dengan kandungan bahan kimia di samping mengekalkan keberkesanannya menghalau gigitan nyamuk, satu produk baru Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang inovatif telah dihasilkan di Korea dan kini boleh didapati di Malaysia dan boleh dibeli secara talian (online) di << SINI >>.

Syarikat X Cube Enterprise adalah sebuah syarikat yang diberi kuasa oleh Syarikat Bugslock di Korea Selatan untuk mengedar Bugslock - gelang penghalau nyamuk di Malaysia. Bugslock yang dijual oleh syarikat X Cube Enterprise adalah 100% original yang diimport dari Korea Selatan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.malaysiabugslock.com

Bugslock - gelang penghalau nyamuk menghalau nyamuk dengan aroma semula jadi 100% citronella oil (serai wangi). Ia adalah produk yang kreatif dan dalam bentuk gelang, yang menghalang nyamuk dari menghampiri dengan memakai di atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki, Bugslock akan memancarkan aroma yang membuatkan serangga tidak boleh tahan dengan baunya. Rekabentuknya yang kecil dan mudah dibawa ke mana-mana danboleh digunakan pada bila-bila masa. Selain itu, ia adalah produk yang selamat, dan boleh juga digunakan oleh semua peringkat umur termasuk bayi kerana diperbuat daripada bahan-bahan bukan toksik.

Bahan-Bahan :-
  1. 100% semulajadi penting termasuk minyak lavender, dan lain-lain (30%)
  2. Lengai (70%)
  3. Berat Bersih (3g)

Jangka Masa Penggunaan :-
Bugslock boleh digunakan untuk masa terkumpul sehingga 240 jam, bukan 10 hari. Contohnya jika anda menggunakannya selama 10 jam, selepas 1 bulan, ia masih mempunyai baki 230 jam. Sila simpan kembali ke dalam pek asal selepas anda menggunakannya.

Bugslock boleh digunakan semasa :-
  • Berkebun
  • Makan angin
  • Aktiviti luar untuk ibu bapa dengan anak-anak
  • Sukan luar (outdoor) seperti memancing, mendaki, perkhemahan dan lain-lain
  • Aktiviti luar yang tidak melibatkan air

Di mana boleh dipakai :-
  • pergelangan kaki (dicadangkan untuk bayi)
  • pergelangan tangan
  • kerusi bayi

Ujian keselamatan bahan Bugslock - Gelang Penghalau Nyamuk


Perhatian :-
Berhati-hati dengan produk tiruan Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang dijual di pasaran. Walaupun harganya adalah lebih murah, tetapi ia tidak mendatangkan berkesan, malah berbahaya bagi anak anda kerana ia mungkin mengandungi bahan kimia. Manakala Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang tulen mempunyai sijil oleh Korea Environment & Merchandise Testing Institute bagi membuktikan bahawa ianya tidak berbahaya dan telah didaftarkan di bawah  Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat.




Elakkan nyamuk mendekati bayi dan diri anda !
Elakkan Demam Denggi !
Mengandungi bahan semulajadi dan tiada risiko bahan kimia pada bayi anda.



WhatsApp & Line : 016 4858235



Sila nyatakan sebab anda perlukan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk :


Memandangkan saya ibu kepada 3 orang anak. Menjadi keutamaan saya untuk memantau tahap keselamatana dan kesihatan anak². Dan seperti yang kita sedia maklum, sekarang musim demam denggi dan penularan wabak denggi semakin meningkat dari hari ke hari. Kawasan perumahan saya tidak terkecuali kerana sejak kebelakangan ni, boleh di katakana tiap² minggu di lakukan semburan racun nyamuk Aedes (Fogging). Itu sudah cukup menandakan yang kawasan perumahan saya terdedah kepada kawasan berlakunya demam denggi. 

Sebagai ibu yang prihatin, saya sangat memerlukan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk untuk anak² saya kerana ciri² nya yang yang semulajadi dengan aroma serai wangi, rekabentuknya yang kecil, mudah unutk dibawa ke mana², boleh di gunakan untuk semua peringkat umur dan yang paling penting, bebas dari bahan kimia.  


Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 11 hingga 14 November 2014 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama Malaysia Bugslock - Syarikat X Cube Enterprise dalam mencari 30 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.



Segmen bakar membakar dari dapur #makbanyakanak kembali lagi. Resipi yang simple lagi sedap uolls. Dapat ni pon kat FB. Tapi lupa kat grou...

Segmen bakar membakar dari dapur #makbanyakanak kembali lagi. Resipi yang simple lagi sedap uolls. Dapat ni pon kat FB. Tapi lupa kat group mana satu. Sebab banyak sangat join group resipi dan juga bakar membakar ni.


Ni lah dia projek bakar membakar dari malam tadi membawak ke pagi ni. Membakar roti tu semalam. Tapi biasalah kan, bila #makbanyakanak ni tidurkan anak² dengan dia sekali tidur. Hormon OXYTOCIN dah mula merembes katakan...hahaha...HORMON OXYTOCIN ini adalah hormin yang dirembeskan oleh badan kita semasa menyusu yang membuatkan kita rasa relaxing. Dalam erti kata lain, Oxytocin is the hormone of love which also causes us to relax. Ehhh...dah nak tersasar entry aku ni. Meh kita sambung.

Aku bakar roti dalam pemanggang ajaib yang sememangnya ajaib tu jer. Malas aku nak pakai oven. Lepas dah bakar aku biar dalam tu. sebab anak² dah minta di tidurkan. Jadinya...pagi ni aku panaskan balik roti tu...hahaha...tak senunuh kan. Sebenarnya aku testing jer buat. Sebab ada baki roti yang tak habis lagi. Tak tau lah roti tu dah expired ker belum. Dah hilang tagnya. Aku bedal jer....kahkahkahh...lagi tak senunuh. Nak buat puding roti, bahan² tak cukup. Puas memikir, baru teringat yang aku ada screen capture resipi nih. Yang aku suka suki namakan GARDENIA CHOC STICK.

Bahan² nya macam dalam gambar kat atas tu lah. Cuma uolls POTONG² ROTI TU KECIK². Ikut suka hati lah nak potong mcm mana kan. Nak buat love² pon boleh. BAKAR DALAM PEMANGGANG AJAIB (Api Kecik). BILA DAH RANGUP, SILALAH ANGKAT *nak kena bagitau jugak tu ☺*. PANASKAN COKLAT MASAKAN (Buat kaedah double boil) + BUTTER + SUSU PEKAT (Agak² lah sukatan nya) DAN KACAU SEBATI. BILA DAH SEBATI, LETAK JER ROTI BAKAR DALAM COKLAT TU. PASTU GOLEKKAN DALAM NESTUM. Dah siap untuk di makan.

Rasanya??? Kalau di tanya pada orang yang kuat makan dan suka makan macam aku ni, semuanya sedap. Tolak batu ngan kayu jer...hahaha...Tapi memang sedap wei. krup..krap...krup...krappp...sebab rasanya yang rangup. Terpejam² mata ko sambil makan sebab kesedapannya tu...hahaha...over tau. Tak caya, sila lah buat yerp. 

Note: Balance roti ada lagi tu. Balik ni nak sambung buat. Untuk kudapan anak² ☺


Terbalik tu. ABAH ♥ IBU sebenarnya...hahaha...Ibu memang ♥ Abah even Abah dah buat macam² kat ibu dan ibu pon dah buat macam² kat aba...


Terbalik tu. ABAH ♥ IBU sebenarnya...hahaha...Ibu memang ♥ Abah even Abah dah buat macam² kat ibu dan ibu pon dah buat macam² kat abah. Fair and square....erkkkk...ekekeke...Biasalah asam garam rumahtangga kan. Kalau takut di lambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Baik tak payah berumah....hehehe...

Ni kisah malam semalam. Tengah bertungkus lumus kelentung kelentang kat dapur. Tetiba anak bujang kimi ni tunjuk kat ibu apa yang dia tulis nih. Alololo...so sweet. Dah nama pon blogger mommy kan, suma nak amik gambar pastu tayang kat blog...ppffttt...Abaikanlah tulisan dan lukisan tu yerp. Ianya tetap nampak comel di mata seorang IBU. 

Note: Ingatkan nak buat WW jer. Tapi aku tak reti kalau letak gambar jer tapi tak der cerita. Mesti nak cerita jugak....haishhhh....



Program Belajar Membaca I-SINA Sebelum kita teruskan perkongsian, meh baca testimoni ni dulu: "Anak saya telah disahkan disl...


Sebelum kita teruskan perkongsian, meh baca testimoni ni dulu:

"Anak saya telah disahkan disleksia oleh pakar kanak-kanak. Saya telah menghantar anak saya ke merata tempat untuk menyelesaikan masalah beliau. Akhirnya saya diketemukan dengan kaedah i-Sina. Alhamdulillah anak saya kini sudah mampu membaca."
− Rafidah, Guru, Kuala Lumpur

"Saya menggunakan program i-Sina di tadika saya sejak 6 tahun lalu. Pada hujung tahun sebelum cuti sekolah, hampir kesemua murid saya sudah boleh membaca dengan lancar."
− Norshawati, Pengusaha Tadika Bestari, Semenyih, Selangor

Macam mana? Teruja tak bila baca. Teruja kan. Seperti yang kita sedia maklum, ramai ibu bapa di luar sana inginkan anak² mereka pandai membaca seawal usia 4 tahun kalau boleh. Macam saya juga lah. Banyak juga produk² pembelajaran yang boleh kita pilih untuk anak² kita belajar membaca,


Harini saya nak berkongsi satu produk baru yang di beri nama Program Belajar Membaca I-SINA yang di perkenalkan oleh i-Sina Global Media. Program Belajar Membaca I-SINA adalah sebuah program dalam bentuk buku dan juga DVD untuk memberikan pembelajaran secara menyeluruh kepada kanak-kanak supaya dapat menguasai kemahiran membaca dengan cepat, mudah dan efektif. Ia juga sesuai untuk ibubapa dan guru tadika atau sekolah untuk dijadikan sebagai bahan rujukan mengajar.

Apa Keistimewaan Program Belajar Membaca i-Sina?
  • Boleh dimulakan untuk kanak-kanak seawal tiga setengah tahun tanpa perlu mengenal kesemua huruf A hingga Z. 
  • Disusun dengan langkah-langkah pembelajaran yang kecil tetapi sangat efektif. 
  • Guru atau ibubapa yang hendak memulakan program tidak memerlukan pengalaman mengajar kerana arahan untuk mengajar diberikan untuk setiap pelajaran. 
  • Menggunakan kaedah fonetik tetapi masih memperkenalkan nama huruf di dalam program pembelajaran.
  • Memperkenalkan tanda-tanda bacaan seperti noktah, koma, tanda seruan dan tanda soalan. 
  • Menggunakan cara pembacaan yang sama dengan pembacaan dalam Bahasa Inggeris (tidak terikat dengan pembacaaan mengeja atau menghafal suku kata) 
  • Mengelakkan kekeliruan kanak-kanak dalam proses menguasai proses kemahiran membaca. Dan banyak lagi!
Antara keistimewaan i-Sina yang lain adalah ianya memberi penekanan kepada kefahaman anak² bukan hafalan. Mereka akan menunjukkan minat apabila mereka faham dan boleh mengikuti program.

- Program Belajar Membaca i-SINA adalah program yang disusun khas untuk memberikan pembelajaran secara menyeluruh kepada kanak-kanak supaya mereka dapat menguasai kemahiran membaca dengan cepat, mudah dan efektif.

- Program Belajar Membaca i-SINA ini menggunakan pendekatan yang diperkukuhkan supaya kanak-kanak lebih memahami konsep asas pembentukan gabungan bunyi huruf-huruf vokal dan konsonan, tanpa terikat dengan hafalan suku kata. Pada peringkat awal, kanak-kanak akan diajar bagaimana bunyi dibentuk apabila huruf-huruf digabungkan bersama.

- Program Belajar Membaca i-SINA ini sesuai untuk ibubapa dan guru tadika atau sekolah yang inginkan sebuah program untuk mengajar membaca kepada majoriti kanak-kanak dengan berkesan.

- Program Belajar Membaca i-SINA ini juga menjadikan kanak-kanak “suka” dan “mahu” terus membaca kerana mereka faham dan mampu mengikuti program mengikut kelajuan dan kemampuan mereka, tanpa sebarang paksaan dan hafalan yang membebankan.

- Program Belajar Membaca i-SINA ini bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan kaedah fonetik dan menitikberatkan kefahaman kanak-kanak menerusi latihan-latihan dan arahan-arahan guru yang sistematik dan mudah. Ia mempercepatkan kanak-kanak untuk menguasai kemahiran membaca secara menyeluruh bukan setakat menghafal dan membaca suku kata mudah.

Dapatkan Buku "Mari Belajar Membaca" Sebelum Kehabisan Stok. Lebih 10,000 unit sudah terjual 


Ambooiiii...tajuk pon kena letak #hash tag gak ker...hehehe...Ketandusan idea, macam ni lah.  Si adik dan kakak yang over ☺ Layan ...

Ambooiiii...tajuk pon kena letak #hash tag gak ker...hehehe...Ketandusan idea, macam ni lah. 

Si adik dan kakak yang over ☺

Layan jer lah erk. Asal tak der idea, up citer pasal anak². Asal up citer pasal anak² jer, tengah tak der idea...hahaha...My #ImanQahirahQhalif. Jarang nak dapat amik gambar 3 beradik ni secara berjemaah macam nih. Amik pon sepantas kilat yang boleh. Pastu mula lah memasing buat aksi bebas. 

Alhamdulillah...anak² dah sminggu tidur kat bilik sendiri. Qhalif pon dah pandai. Nak tidur or nak minum susu ajak masuk bilik. Tapi si kakak masih drama queen. Nak kena tidur sebelah dia dulu dan tepuk² baru lah dia nak tidur. Tapi kalau dah kepenatan tahap maksima, minum susu dah lelap sendiri. Senang ibu ko ni kak.  

Alhamdulillah...si ibu pon dah mula tidur kat bilik sendiri. Pastu ada budak tu merayap malam². Panjat katil cari candu dia ni...ekekeke....Bila lah nak wean off ni dik. Ibu plak yang over....rasa tak sampai hati plak. Haishhhhh...Dah 2 tahun 11 bulan dah nih.

Note: Tak survey lagi tadika qahirah nih. 


Pada yang tak tau lagi, harini LAZADA buat promosi besar-besaran sepanjang hari. Setiap satu jam dari pukul 11 pagi hingga 11 malam, ak...


Pada yang tak tau lagi, harini LAZADA buat promosi besar-besaran sepanjang hari. Setiap satu jam dari pukul 11 pagi hingga 11 malam, akan berlangsungnya “flash sale” dengan diskaun sehingga 82% pada produk yang tertentu.  

Bukan itu saja tau, Untuk menambahkan kemeriahan, Lazada akan turut memberikan 3 pasang tiket penerbangan Air Asia kepada 3 pembelanja tertinggi pada 11 November. Pemenang bertuah akan mendapat peluang untuk terbang ke Koh Samui, Bandung atau Cambodia secara percuma.  

Yang bestnya, kalau berbelanja lebih dari RM150 ke atas, uolls akan dapat potongan harga RM25. Gunakan VOUCHER CODE ni 'ShopLaz11.00'. Apalagi....gi shopping skang. Ruga kalau tak pakai code ni tau...hahaha...

Tapi jangan risau. Tawaran hebat dari LAZADA ni bukan harini saja. Tawaran harian yang tiada tandingan, akan bersambung pada 12 November dengan pengalaman membeli-belah online secara mudah yang muktamad, tiada tempat yang lebih hebat untuk berada di atas talian selain daripada Lazada.

MasterCard Monday – Nikmatilah 10% diskaun bila anda membuat bayaran meggunakan MasterCard
Trendy Tuesday–  Carilah tawaran untuk barangan terlaris dalam kategori Fesyen, Barangan Rumah dan Jam Tangan
WOW Wednesday – Keterujaan yang maksimum dengan diskaun sampai 70% pada barang jualan terlaris bila anda membeli mengunakan aplikasi mobil Lazada.
Tech Thursday – Jadilah pakar teknologi dengan koleksi terbaru alat-alat dan inovasi teknologi terbaru.
Flashsale Friday – Jari-jemari terpantas setiap Jumaat pertama untuk mengakses tawaran-tawaran yang terhad. Sedia, ambil posisi, klik!
Wireless Weekends – Jimat duit setiap hujung minggu dengan jualan murah menerusi aplikai mobil untuk kategori Kamera. 

Note: Tak yah bersesak² kat shopping complex. LAZADA kan ada ☺





Rasanya semua orang pernah merasa apa yang aku rasa ni kot. Perasaan berdebar² datang secara tiba². Rasa seram tak semena. Pada hal sebelum...

Rasanya semua orang pernah merasa apa yang aku rasa ni kot. Perasaan berdebar² datang secara tiba². Rasa seram tak semena. Pada hal sebelum tu ok jer ke hulu ke hilir dalam rumah tu. Berjaga sorang² tengah² malam. Supper kat dapur tu sorang diri. Buat kerja sorang² dalam bilik.

Ntahlah....Mungkin aku ni lemah semangat sket kot. Pernah tak korang rasa, Tengah syiok² dok  kat dapur, tetiba rasa macam anak bayangan melintas? Pernah tak rasa tengah elok lipat kain dalam  bilik tengah² malam, pastu rasa macam di perhatikan? Pernah tak tengah nak tidurkan anak, tetiba dengar bunyi² an dalam umah? Pada hal bunyi cicak ngan lipas berlarian jer kot. Tapi fikir yang bukan².

Bunyi² an dari atas umah ni dah biasa dengar. Bunyi guli...bunyi perabut kena seret. Tapi sekali sekala dengar mengundang seram jugak wei. Macam perasaan yg aku citer kat atas ni. Ntah kenapa malam semalam aku rasa semacam tetiba. Terkejut di buatnya bila aku rasa macam anak bayangan melintas. Macam di perhatikan. 

Memang dok dalam bilik jer lah lepas tu. Terus ajak anak² masuk bilik dan tidur. Sebelum tidur memang pasang ayat² Al-Quran sampai lah pagi. Haishhhhh...nak takut apa kan. Allah kan ada. Mungkin perasaan aku jer kot yang rasa bukan². 

Note: Tak boleh nak nafikan yang makhluk halus tu memang wujud. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...