AFB Feeds

Update sepantas kilat. Ada 5S hairni. Mak hencik stress tak habis² dari smalam. Rehat jap sambil up...

Update sepantas kilat. Ada 5S hairni. Mak hencik stress tak habis² dari smalam. Rehat jap sambil update blog. Aci lah kan. Ni...aku pelik dengan pengunjung² blog picisan aku nih. Tetiba naik mendadak. Biar betik? Benar ker Bohong nih ker Bengong? Meh tengok:

Terkini

Pagi ni

Petang smalam

Tanjat gegirl bila tengok. Tak pernah² tinggi macam ni. Tu yang nak kecoh sket...muahahaha...Gua sedar. Blog gua biasa² jer. Tak macam blog lu yang trafiic mencanak² tingginya. Kasi chance lah gua nak berlagak sket...ekekeke...#inisemuapoyo. Dah lah...aku nak sambung kerja 5S. Dorang pon dah sampai. Sian aku tak sempat nak breakfast lagi ni.

Note: Maaf sangat². Masih tak sempat nak datang melawat rumah kekawan. Jangan terasa yerp. Iolls busy duatiga harini. 


Tu dia. #MYCyberSALE dah start harini. Sila sediakan duit yang secukupnya dalam account yerp. ...


Tu dia. #MYCyberSALE dah start harini. Sila sediakan duit yang secukupnya dalam account yerp. Tak yah bersusah² dan bersesak² di shopping mall. Hanya bersesak² dan bersusah² di dalam talian saja. Apa itu #MY CyberSALE? Meh baca.

Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) melalui inisiatif Digital Malaysia hari ini mengumumkan #MYCyberSALE, jualan dalam talian yang diterajui oleh Kerajaan yang pertama di dunia. #MYCyberSALE Akan menyaksikan penyertaan 4,500 peniaga yang memaparkan lebih daripada 225,000 tawaran dalam talian, menawarkan sehingga 90% diskaun dari September 29, 2014 kepada 1 Oktober 2014. 

Acara jualan terbesar dalam talian di Malaysia akan termasuk sejumlah 250 e-pasaran termasuk peruncit terkemuka dalam talian tempatan dan asing. #MYCyberSALE Juga digalakkan oleh rakan-rakan premiumnya Astro Radio, CIMB, Golden Screen Cinemas (GSC), LINE, Pos Malaysia dan Telekom Malaysia (TM), dan disokong oleh PIKOM dan Persatuan E-dagang Malaysia.

Sumber: [SINI]

LAZADA

MPH

Antara yang terlibat. Perghhhhh...tahan nafsu jer ni wei. Murah tu. Up to 90% discount. Buka website poplook tadi. Nangis wei sebab murah. Apalagi uolls. Silalah terjah. Buat yang mem budget *macamaku, dok dediam sudah. 

Note: Pesanan buat diri sendiri...#silatahannafsu

Extra Note: Sambung buat 5S lagi. Dengan internal audit lagi. Ohhhhh...mak hencik stress.



Quick Update. Hari mengemas workstation. Next week 30 september 2014 ada 5S . Bila dorang na...

Quick Update.


Hari mengemas workstation. Next week 30 september 2014 ada 5S. Bila dorang nak datang baru terhegeh² dan kelam kabut nak kemas khenn. Rasakan...sehari suntuk mengemas nampaknya nih. Kat bawah meja ni tak boleh ada apa² kotak hokay. Jadinya...mari kita sorok suma benda² di bawah meja. Bila dah habis 5S, kita letak balik di bawah meja....eerrkkkk...korang pon buat macam tu kan...ekekeke...

Maaf...harini tak dapat nak menjenguk jiran² tetangga. Banyak nak citer nih. Tapi kekangan masa dan tugas tak mengizinkan. Sekian....harap maklum. 

Note: Itu pon nak citer kan...hahahaha. #sukahatiakulah



25 September 2010 - 25 September 2014 = 4 Tahun How time flies. Kejap jer dah besar anak da...

25 September 2010 - 25 September 2014 = 4 Tahun


How time flies. Kejap jer dah besar anak dara ibu nih. Penyejuk mata ibu abah even ada kalanya menjadi pemanas ibu abah jugak...hehehe...Masih terbayang saat mengandung dan melahirkan kamu nak  *ayat cliche. 

To my dear Princess...my Drama Queen...my strength and my everything. Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke 4. Semoga kakak membesar sebagai anak yang solehah. Membesar sebagai anak yang bijak pandai dan sihat tubuh badan. Hormat ibu abah dan juga orang yang lebih tua. Di kuatkan agama dan ditetapkan Iman dan semoga diberkati kehidupan di dunia dan juga di akhirat. Jadi kakak/adik yang penyayang yer sayang.

Alhamdulillah...banyak perkembangan positive sejak hantar playschool nih. Dan yang buat aku terkejut, qahirah dah hafal doa dhuha dengan maksudnya sekali even sebutannya tak berapa jelas dan pelat² sket. Ya! allah kakak, Ibu dah tua² ni baru lancar baca doa tu kak. Tahun depan tadika harap² dah boleh membaca dan menulis dengan lancar.

Ibu, Abah, Abam Kimi dan juga Adik Qhalif sayang kakak hingga hujung nyawa. Malam nanti kita potong kek yerp. Ibu dah buat kek untuk kakak. Bersengkang mata ibu membakar malam tadi. Sampai kesiangan pagi ni....erkkk...ekekeke...Kek yang di masak dengan penuh kasih sayang. Bila dah besar nanti, sila buat kek untuk ibu pulak yer.

Note: Kebetulan harini ada sambutan hari lahir kat tadika. Jadinya semalan dah beli siap2 kek hantar kat sana. Ada 2 kek lah kamu kakak. 



Pinjam google pic. Dah beberapa hari ni sakit belakang leher. Kekadang tangkap kepala. Tapi ak...


Dah beberapa hari ni sakit belakang leher. Kekadang tangkap kepala. Tapi aku malas nak layan sakit²ni. Kalau dilayan makin sakit jadinya. Tak boleh nak dimanjakan sangat badan ni. Adakah sakit belakang leher aku ni ada kene mengena ngan salah bantal? Nak menoleh ke kanan pon terasa sakit.

Asal sakit leher jer salahkan bantal. Pada hal sendiri yang salah tido dan tido gaya bebas tak hingat. Bantal gak yang nak disalahkan yerp. Teringat petua orang² yang lebih berpengalaman pasal salah bantal ni. Katanya jemur bantal yang kita pakai tu. Masalahnya, aku pon tak tau bantal yang mana satu aku pakai. Tidur beralih² macam ni lah. Ibu menyusu katakan. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Pastu beralih plak kat anak yang lain...ppfftttt...

Ni aku ada jumpa jugak petua salah bantal selain dari jemur bantal.

Merawat Sakit leher/tengkuk ketika bangun tidur (salah bantal)

1- Baca Bismillah….
2- Selawat ke atas Nabi Muhammad saw 3x
3- tepuk bantal yg diguna tadi 3x
4- tidur @ baring semula walau seminit
5- Insyaallah akan pulih.

Sumber [SINI]. Pastu google lagi terjumpa plak info yang kata tido salah bantal ni bahaya. Boleh baca kat [SINI]. Ni kalau tak baik jugak kena gi klinik nampaknya.

Note: Aku memang tak suka gi klinik. Kalau boleh nak try natural remedy. Sebab tu kalau sakit kepala atau demam aku tak makan ubat. 



Ini lah masalah ibu² dan juga bapa² bila nak makan kat luar kan. Aku juga tak terkecuali. Kekadang ...

Ini lah masalah ibu² dan juga bapa² bila nak makan kat luar kan. Aku juga tak terkecuali. Kekadang fikir 44 kali…ok tipu. Fikir 3 kali jer…hahaha…sama ada nak makan kat luar ker, nak tapau/bungkus atau nak makan kat rumah? Kan 3 kali fikir tu…ngeeee…Nak² bila ada anak yang sedang nak membesar dan tengah lasak macam Ustaz Iman Qhalif tu. Menguji ketabahan dan kesabaran si ibu dan jugak abah nya. Tak terkecuali si abang bila si ibu dah tak larat nak handle si anak active. Apalagi…kita gunakan tenaga kerahan anak sulung lah yerp…hehehe…Bertabahlah anak sulung diluar sana.

Gaya..mutu..keunggulan. Budak anti sosial. Sekali 2 kerusi ko konker yer dik

Aku juga tak terkecuali bagi gajet kat anak². Tapi masalah nya gadjet ada satu. Anak nya ada 3. #makbanyakanak katakana. Acaner tu? Tak ke berebut² dibuatnya. Bagi lah plak samseng TAB yang dah mula ‘hang’. Macam nak suruh tukar baru jer…kahkahkah. Ok dah melencong plak. Sambung…Jadinya si abang terpaksa lah mengalah dengan adik². Sian anak sulung kan. Bagi dorang gajet pon sebab nak suruh duduk diam. Tak merayap sana sini. Macam dah tak der terknik lain dah bagi anak dok dediam kan. Ipad ngan samseng TAB jugak yang di umpannya…ppffttt…

Tapi dok diam pon sekejap jer lah. Especially siapa lagi kalau bukan Ustaz Qhalif tu. Skang ni dah tak takut kucing. Pantang Nampak kucing dah. Kucing takut dia skang nih. Asal nampak kucing jer kejar. Asal kejar jer mesti kucing berlari…erk…hehe… Pastu pantang nampak tangga. Iyerlah…dalam rumah tak der tangga. Dok apartment pon berkurung jer dalam rumah. Tu yang asal nampak tangga kat kedai nak main. Lagi satu hal, asal nampak jalan nak berlari. Sikit² dia jalan. Sambil jalan sambil jeling. Ibu perati jer ko dik. Sebelum ko berlari kat tengah jalan ibu dah bersiap sedia. Nangis Usain Bolt kalau tengok ibu berlari laju dari dia…ekekeke…

Erkkkk…ni nak citer pasal anak ker pasal tips nih? Macam dah lari topic plak. Bila citer pasal anak memang panjang mukadimah nya. Ok lah. Boleh cuba tips nih. Aku pon nak cuba jugak. No more gajet di kedai makan.

1) Restoran Pilihan

Restoran pilihan anda adalah restoran yang mesra anak² di mana anak anda bebas untuk bergerak ke sana dan boleh bermain dengan permainan yang dibawanya. Jangan sekali-kali makan di kedai tepi jalan kerana ia sangat merbahaya

Agak susah juga nak cari restoran mesra kanak² nih. Fast food restaurant banyak lah kot. Kena suggest kat pengusaha restoran lah soh letak signage ‘RESTORAN MESRA KANAK²/BAYI’ atau pon directory ‘RESTORAN MESRA KANAK²/BAYI’. Senang sket goggle kan. Terus kluar senarai. Tinggi harapan #makbanyakanak ni kan. Kiranya munasabah jugak apa cadangan aku nih.

2. Mainan Dan Buku

Bawalah mainan atau buku kesukaan anak anda. Sedikit sebanyak ia dapat membantu anda untuk ‘melekatkan’ anak anda ketika anda sedang menikmati makan malam.

Boleh try nih. Kena siap kan satu bag khas yang ada mainan, buku dan juga buku kaler² ngan kaler skali. Macam si kimi skang suka baca komik. Hurmmmm…mari kita cuba.

3. Snek Ringan

Untuk mengelakkan menuggu makanan yang dipesan terlalu lama, anda bawalah makanan snek (yang baik dan berkhasiat) kerana dikhuatiri anak anda akan mengamuk kerana lapar

Bawak cereal boleh lah kot. Biskut feveret anak² ker kan. Buah potong pon boleh lah jugak nih.

4. Raikan

Jadikan makan luar anda sesuatu yang menarik anak anda. Jika sebelum ini anda larang anak anda makan aiskrim, cuba berikan keizinan untuknya merasa aiskrim. Pasti dia suka dan duduk diam menikmati kelazatan aiskrim. Jadikan ia sebagai ganjaran untuk anak anda. Katakan padanya, jika anda jadi budak yang baik, anda akan bawanya sekali lagi ke restoran itu untuk makan aiskrim

Kalau bagi eskem kat anak², kena bawak baju lebih nih. Macam qhalif kalau makan dah sah² lah banyak tumpah ke baju dari yang masuk mulut kan. Tapi aku tak pernah lah larang anak² makan eskem. Cuma tak boleh lah hari².

5. Haramkan Gadjet

Gadjet tidak dibenarkan dibawa bersama ketika makan. Jadikan makan bersama ini sebagai aktiviti kekeluargaan. Gadjet hanya menjadikan ahli keluarga diam dan kurang berkomunikasi


Ada berani ker...hehehe...Peringatan buat diri sendiri juga. Situasi yang banyak kita lihat di mana² saja. Bukan kat kedai makan jer. Yang ni memang patut diharamkan masa makan. Skang pon aku jarang bawak HP gi kedai makan/restoran. Tinggal kat dalam keta jer. Kalau bawak pon cuma untuk amik gambar makanan…hahaha…pastu simpan balik.

Terima kasih pada SirapLimau.com sebab kongsikan tips yang berguna nih. Banyak parenting tips dalam website SirapLimau ni. Sila lah terjah. 

Note: Nak start survey harga tadika. Tahun depan qahiran nak di tadika kan...hehehe... 




Giveaway 2014 Mialiana.com Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 Septemb...



Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
MiaLiana Aynora SewaKeretaSabah ProvideNetwork TengkuButang IeyzartdSyahieyr FuzaMusa YatiAdam ZafirahZarrae Cekelatmanih DayangDeno EngkuMuzahadin PetakBunga AinimRashihah KaryaMahirah Azhafizah Zaidalifah FatihahFazlin FatinFarhanah NiaEmkay SyiraLokman

2. Wajib Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!

klik pada banner untuk join....

Boleh dikatakan hari² kena pau. Asal gi kedai jer kena pau, Asal kena pau jer mesti time gi kedai.....

Boleh dikatakan hari² kena pau. Asal gi kedai jer kena pau, Asal kena pau jer mesti time gi kedai...ppffttt...


#makbanyakanak ni lah yang kena pau ngan anak² nih. Bukan budak skolah jer kena pau tau. Mak budak pon kena jugak yerp. Nasiblah ibu ko ni hati tisu. Tak sampai hati tengok muka sedih anak². Tapi ada limit jugak erk. Amik barang bawah seringgit. Kalau tak nak, Jom balik!!

Kalau ngan apak ko memang tak dapat lah. Ikut mood jugak. Tapi kalau dengan ibu memang sentiasa dapat. Ntah lah, kalau gaduh ngan anak² siap cakap 'gi kedai jangan minta apa², ibu tak nak beli dah'...majuk lah tu kan. Tapi haremmmm...beli jugak....dah lupa ayat majuk aku tu...hahaha...poyo jer ibu ko ni kan. 

Paham² lah bebudak kalau gi kedai, macam dah rambang mata. Macam mak budak jugak rambang mata gi pasar bila tengok barang basah cantik² dan segar², especially sayur. Beli pastu buat harta pusaka dalam freezer sampai layu sayur tu. Alasan....lupa...hahaha...aku lettew. Sila jangan tiru. Sambung citer balik...

Anak²...kalau gi kedai suma benda nak amik, Air kotak tak nak, nak air vitagen, solivite, yakult dan yang sewaktu dengannya. Biskut, keropok, cereal lagi, roti coklat, eskem, stationary pon masuk skali...erkkkk...over plak anak² dari ibu erk. Tapi tak der lah aku ikut sangat kehendak dorang. Beli yang perlu jer. 

Kalau gi kedai tanpa anak², memang apa yang ko beli akan di selongkarnya. Pastu tanya 'Ibu tak beli apa² untuk kita ker?' Sentap jap ibu. Syahdu plak rasanya. Tapi bila bawa gi kedai, macam² pulak yang nak dibelinya. Serba salah #makbanyakanak ni dibuatnya. Kesimpulannya, kalau gi kedai tanpa anak², kena beli buah tangan jugak untuk dorang. Tapi kalau gi ngan anak², kena pantau harga. Amik yang murah² saja...hehehe...

Tapi alhamdulillah. ImanQahirahQhalif bukan jenis yang kalau tak dapat barang akan terbaring kat lantai guling²...no..no..no...Tak terbayang kalau dorang macam tu. Gittew lah kisahnya. Modal nya anak² bila dah tak tau nak citer apa...ekekeke...Layan jer lah.

Note: Hidung dah macam air paip. Tekak dah start sakit. Jangan lah demam. 


Especially newbie yang baru nak berjinak² dalam babywearing dan juga yang baru jadi mommy/daddy...


Especially newbie yang baru nak berjinak² dalam babywearing dan juga yang baru jadi mommy/daddy yang nak membelli baby carrier. Semalam aku terbaca dalam group MALAYSIAN BABTWEARERS pasal baby 4 bulan koma lepas terjatuh dari baby carrier (ERGO) dan difahamkan yang ianya adalah Ergo fake. 

Fake. Sumber: Malaysian Babywearers

Kalau uols perasan, skang banyak online seller yang jual baby carrier especially ERGO. Brand lain aku tak perasan lah dengan harga murah. Kalau nak ikutkan, ERGO yang original harganya RM600++. Tapi online seller jual bawah RM100. Kena ingat, kualiti original dan palsu tak sama yerp. Sanggup ker perjudikan nasib anak dengan beli yang palsu? Kalau nak beli pon, Jangan main beli jer. Tengok ni:


Cer kalau kaki ko tergantung macam tu. Sakit tak? Inikan kaki budak wei. Sebenarnya ramai parents masih tak alert pasal benda ni. Sama jugak dengan fake baby carrier ni. Bila dah berlaku perkara yang kita tak nak, baru lah nak bukak mata. Baru ada kesedaran khenn. 

Sumber: [SINI]

Sila amik perhatian. Nak ber babywearing pon ada rule juga tau. Bukan sebarangan pakai jer. Jangan memain. 


Nah...belanja gambar ulang tayang Puan punya blog ber babywearing..hahaha...Iols pakai Boba 3G. Memang best. Walaupon badan ku petite, tapi terasa keselesaannya di situ...cewahhhh...Kalau nak tau pasal babywearing, boleh klik [SINI] dan kalau nak tau pengalaman pembeli baby carrier fake, boleh baca kat [SINI].

Tapi tu lah, tak semua parents yang mampu kan. Tak boleh nak salahkan dorang kalau beli baby carrier yang murah. Tak per, beli ikut kemampuan. Tapi pastikan keselamat baby terjamin ok. Entry ini sekadar perkongsian. Bukan nak menunjuk Boba 3G aku tu erk...ekekeke...Hati orang kan. Kesimpulannya...Belilah yang ORIGINAL. Bukan TIRUAN. Sekian.

Note:  Dah lama tak sumbat Qhalif dalam Boba tu. Rasanya nak sumbat balik nih. Kalau jalan tak nak dipegang. Bebudak...sekejapan jer hilang.


Senang jer nak menang nih. Hanya perlu buka, cari dan hantar...erkkkkk...bukan buka baju erk, tapi ...

Senang jer nak menang nih. Hanya perlu buka, cari dan hantar...erkkkkk...bukan buka baju erk, tapi buka pek susu Dutch Lady...hahaha...Nak share contest dari Dutch Lady nih ha:


Nampak tu, lebih dari RM3.6 juta untuk dimenangi. Hanya beli Susu Untuk Membesar Dutch Lady 1kg dengan logo kemenangan. Lepas tu follow step nih:


Tapi kalau anak tak minum susu Dutch Lady macam mana? Apa lagi, kita bertukar kepada susu Dutch Lady sampai tamat tempoh contest. Pastu tukar pada susu asal balik...ekekeke...suka suki aku nak suruh tukar susu erk. Nak menang punya pasal kan. Ni yang rasa nak tukar susu nih. Anak² aku tak kisah susu apa pon. Janji susu...erkkk....hahaha...

Tapi kan, #KalauMakMenang lah. Mak nak:

1. Buat tabungan untuk anak² di masa depan. Iyalah...kos masuk Universiti skang pon dah mahal, apatah lagi jaman akan datang kan.

2. Mak nak ubah suai bilik anak² mak cantik². Nak buat mini library. Nak penuhkan rak buku dengan buku² yang berilmu, buku² motivasi dan buku keagamaan supaya dorang rasa tak nak tido dengan mak lagi dah dan tak payah gaduh² berebut nak tido sebelah mak sebab bilik tu cantik sangat sampai nak duduk dalam bilik setiap masa...haaaa...curlass angan² mak ko kan.

3. Mak nak bawak anak² gi gogoland *ayat qahirah @ Legoland. Sibuk nak gi sana. Tapi masih tak der rejeki nak bawak sebab faktor harga tiket yang mencekik darah, jantung, hati, limpa dan yang sewaktu dengannya. Bukan gi Legoland jer, mak akan bawak kat tempat² yang anak² mak teringin nak pergi.

4. Mak akan tunaikan permintaan anak² yang nak mainan idaman hati. Pilih lah nak mainan apa. 

5. Memandangkan anak² suka makan dan mak pon kuat makan, mak nak peruntukkan sikit duit nak buat Kitchen Cabinet idaman hati mak. Baru lah semangat nak memasak tu tinggi kan. Sebab dapat dapur idaman. Tapi mak rajin masak even KC mak biasa² jer. 


Ok...sebelum mak merapu lebih². Baik mak stop dulu. BERANGAN ITU PERCUMA kan. Dah kata #KalauMakMenang. Mak senaraikanlah impian² mak yang belum tentu jadi kenyataan nih. Tapi kalau jadi kenyataan...alhamdulillah...

Apalagi kawan², jom join. Boleh layari website DUTCH LADY [SINI] dan juga FB Dutch Moms Club [SINI] Luntuk maklumat lanjut.  

Note: Kejap jer dah jumaat kan. Minggu depan bebudak dah skolah. Selamat kembali jalan yang sesak. 




Ada budak tu kan. Umur dia 2 tahun 5 bulan 6 hari. Dia kan kalau boleh suma nak buat sendiri....


Ada budak tu kan. Umur dia 2 tahun 5 bulan 6 hari. Dia kan kalau boleh suma nak buat sendiri. Skang  ni dah pandai pakai baju sendiri. Tapi kan...tapi kan...baju awak tu terbalik lah dik. Iyerlah...tau pakai baju tapi tak tau nak terbalikkan baju tu macam mana. Tak per. Good job sayang. Rasa macam dah bujang jer anak aku nih. Semua buat sendiri.

Budak 2 pusar kan. Makin banyak akalnya. Banyak cakap pon iyer gak. Comel jer bila bercakap. Dengan pelatnya...alololo...Apatah lagi menyakat. Sampai nangis² kakak dia dikerjakannya. Masih mendapat khasiat susu ibu...'nanak botol, nak nneeennnn' katanya...ppffttt...

Note: Asyik bukak pampers skang ni. Tapi ibu ko plak yang malas nak potty train...dushhhh....



Sambungan dari UNIVERSITI KEHIDUPAN . Kita belajar tentang SEKOLAH RUMAHTANGGA pula. Hayatilah da...

Sambungan dari UNIVERSITI KEHIDUPAN. Kita belajar tentang SEKOLAH RUMAHTANGGA pula. Hayatilah dan renugkan lah. 

KELUARGA itu SENI. Ada SENI KOMUNIKASI. Ada SENI MENDIDIK ANAK. Ada SENI MERASA. Ada SENI MENEGUR. Ada SENI MENCINTAI. Ada SENI DICINTAI. Ada SENI MENGURUS KEMARAHAN. Ada SENI MENGHIBUR. Ada SENI MENGURUS TEKANAN. Ada SENI MEMUJI. Ada SENI MENYIMPAN RAHSIA dan macam2 lagi SENI.

Gambaran dalam sebuah kehidupan berkeluarga…

SEBUAH SEKOLAH dimana ada banyak perkara yang kita tak pernah belajar dimana² institusi pendidikan. Tetapi kita belajar dalam SEKOLAH RUMAHTANGGA. Kita belajar:

- IKHLAS
- Kita belajar BETUL² MELETAKKAN ALLAH SEBAGAI TUJUAN
- Kita belajar YAKIN DENGAN ALLAH 
- Kita belajar UNTUK MENILAI DIRI SENDIRI, MUHASABAH DIRI 
- Kita belajar UNTUK MENERIMA KELEMAHAN 
- Kita belajar UNTUK MENGHARGAI KELEBIHAN 

Dan segala² nya kita belajar dalam UNIVERSITI RUMAHTANGGA. Jangan sia² kan SILIBUS inil. Jangan sia² kan SEKOLAH KEHIDUPAN ini yang sebenarnya allah nak suruh kita belajar banyak perkara dalam RUMAHTANGGA.

Note: Cinta itu bukanlah memerlukan orang yang sempurna. Tetapi cinta itu adalah memahami dengan sempurna orang yang tidak sempurna.



Kebetulan. Saja jer search gambar kat goole image nih. Sekali ternampak gambar Iman Hakimi di blur ...

Kebetulan. Saja jer search gambar kat goole image nih. Sekali ternampak gambar Iman Hakimi di blur kan kat bahagian mata. Setahu aku, tak pernah aku blur kan gambar anak² aku. Erkkkk...apahal nih. Aku klik lah gambar tu. Sekali kluar link nih:


Hoiiiii!!!...Citer biasa jer kot. Ko nak copy paste citer tu, dipersilakan. Tapi apsal sampai gambar anak aku tu pon ko nak copy? Letak lah gambar anak ko atau anak sedara ko ker atau gambar ko sendiri. Tapi jangan lah gambar anak aku...cissss...Aku pon ada jugak copy paste tapi tak der lah sampai amik gambar anak orang.  

Ada gak blogger yang kongsi citer seram aku ni [SINI]. Tapi dia backlink and tak der lah amik gambar skali. Thanks ABAH CERANO sebab sudi sharing kisah seram iols nih. Pada yang terlepas baca, bley klik [SINI].

Tengok URL blog tu pon aku dah geli geleman. Weiiiii...buat blog setakat amik entry orang lain ataupon amik cerita dari online news baik tak payah derr. Aku nak contact pon tak boleh sebab tak jumpa info si empunya blog ni. ANONYMOUS gamaknya kot. Buat si empunya blog, sila remove gambar anak saya tu yerp. Sila HORMATI PRIVACY GAMBAR ORANG LAIN. Fullstop!!

Note: Kena letak watermark kat gambar lpas nih. 

Resepi datang lagi. Biasalah bila cuti kan. Masak lah kerjanya. Amacam…kecur ailio tak? Rupa bu...


Resepi datang lagi. Biasalah bila cuti kan. Masak lah kerjanya. Amacam…kecur ailio tak? Rupa bukan ukuran. Yang penting sodap hingga menjilat pinggan. Kali ni iols nak kongsikan resepi yang senang nak buat. Bahan² pon simple jer. Jangan ditanya kenapa namanya sambal bali. Sebab dah owner nya yang bagi macam ni. Suka suki dia lah khen. 1st time aku dengar resipi sambal Ayam/Daging bali nih. Terus teruja nak buat. Sila salin resipi ni yerp.

Bahan² (Untuk Di kisar dan Di perap)

- Daging sekilo. Kalau ayam aku pakai sekor
- 4 biji bawang merah. Nak letak lebih pon boleh
- 3-4 batang serai
- Lengkuas. Lebih kurang besar ibu jari tangan. Bukan jari kaki
- Cili kering 1 cawan
- Kicap manis 1 cawan
* Kisar semua bahan di atas dan perap bersama daging/ayam untuk seketika.


 Bahan Tumisan

- 4 biji *atau lebih Bawang besar/Bawang kecik dipotong 4
- 4 Batang serai dititik
- Lengkuas besar ibu jari tangan dihiris
- 5-6 Cili Hijau dibelah hujung
- 4-5 Tangkai Daun Kari

Cara² Memasak

1. Tumiskan bahan² tumisan seketika sampai naik bau
2. Angkat dan ketepikan dalam pinggan lain
3. Masukkan ayam/daging perapan kedalam kuali tadi
4. Tambah Air Asam Jawa dan juga Gula Melaka
5. Bila bahan2 dah sebati dan masak, masukkan balik bahan tumis tadi

Senang kan. Terpulanglah sama ada nak pakai ayam atau daging. Kalau nak buat banyak, agak² lah nak banyak mana bahan² tu yerp. Kebetulan ayam yang ada jadinya aku pakai ayam. Kononnya nak buat malam senin. Sekali si ustaz qhalif dah merengek2 nak mengempeng. Aku pon jadi tak keruan nak masak. Baik stop dulu. Sempat buat perapan untuk ayam. Semalaman aku perap ayam tu. Pagi semalam baru masak. Sedap wei bila semalaman perap. Lembut jer ayam tu. Dan terasa bahan² perapan tu meresap masuk dalam ayam…pergghhh…ayat aku.

Suka suki uols nak masak macam mana kan. Aku Cuma blender serai ngan lengkuas jer sebab bawang blender ngan cili kering dah ada. Kalau nak pedas boleh tambah cili api. Bersilat aku kat dapur masa nak potong lengkuas. Keras rupanya lengkuas ni erk. Aku ingatkan lembut macam halia. Masa memula dulu ingatkan beli lengkuas tua. Sebab keras nak mamps. Second time beli pon keras jugak. Memang kejadiaanya keras erk. Sudahnya aku pagai lesung masa nak potong smalam…ppffttt…

Note: Sekian laporan masakan. Nanti kan resipi akan datang yerp ☺


Hari Malaysia  disambut pada  16 September  setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutu...


Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah MelayuBorneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahanIndonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak danSemenanjung Malaysia, namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.
Sumber: [SINI]
Selamat Menyambut Hari Malaysia semua. Saya bangga jadi rakyat MALAYSIA yang berbilang kaum, Dapat menikmati kehidupan yang Aman dan Harmoni. Bersyukur lah dengan keamanan yang kita kecapi hari ini.

Alhamdulillah...rezeki blogging. Orang lain punya banyak dari ni pon tak kecoh kan...hahahaha...B...

Alhamdulillah...rezeki blogging. Orang lain punya banyak dari ni pon tak kecoh kan...hahahaha...Bukan nak menunjuk, cuma nak berkongsi jer. Cer tanya berapa lama aku kumpul duit tabung nih? Last aku cash out 29 May 2013. Dapat cheque 5 July 2013. Kiralah cepat. Setahun lebih hokay. Aku memang seorang yang tabah mengumpul...hehehehe...Jadinya, uols jangan putus asa bila duit tabung naik tak banyak. Sikit² lama² jadi bukit kan. Sekian pesanan dari orang yang tabah simpan duit secara sambilan...ahakssss...


Alhamdulillah juga sebab dapat Buffered Earning secara berjemaah dalam bulan September ni. Silalah menari lama² sket yer BE. Terima kasih lah pada sayam² semua yang klik iklan² tu. Sama² lah kita penuhkan duit tabung sesama kita yerp. Siapa yang nak tolong penuhkan kalau bukan kawan² seangkatan blog juga kan...ekekeke...Di akhiri dengan ucapan TERIMA KASIH.

Note: Tengah mencuba juga program affiliate. Tapi kena usaha lebih sket. 


Jalan lengang. Tapi yang ni aku suka sebab tak perlu hadap jalan sesak. Office pon lengang. Seba...


Jalan lengang. Tapi yang ni aku suka sebab tak perlu hadap jalan sesak. Office pon lengang. Sebab ramai yang bercuti. Yang bestnya bos pon cuti. Best kan. Bila bos cuti kita pon cuti, tak best. Biar bos cuti tapi kita kerja. Baru boleh enjoy...hahaha...Gurau jer. Enjoy lah sangat kan. CCTV ada kat atas ni. Jaga²...ada yang memerhati. 

Note: Uols cuti ker kerja harini? Sibuk plak nak tau orang cuti ker tak erk...ngeeee... 




Terangkan secara ringkas peranan anda sebagai seorang blogger kepada orang sekeliling anda , m...


Terangkan secara ringkas peranan anda sebagai seorang blogger kepada orang sekeliling anda , masyarakat dan negara .. Apakah isu yang ingin tekankan terutama sekarang ini !

Sebagai seorang blogger, kita juga boleh dikategorikan sebagai penyampai. Tapi kategori penyampai blogger lah…hehehe…Sebagai penyampai, penyampaian kita biarlah cerita2 yang betul. Tidak menyampaikan berita yang belum tentu kesahihannya dan tidak memutarbelitkan cerita.

Antara isu2 yang menarik perhatian antaranya. Isu GST yang akan dilaksanakan tahun depan. Apa itu GST? Berbaloikah GST ni untuk rakyat atau makin menyusahkan rakyat? Sebab masih ada yang samar2 lagi pasal GST. Termasuk lah aku sendiri. Jadinya, kita sebagai blogger haruslah menggunakan medium yang ada ni untuk menerangkan isu GST ni. Mungkin ada yang tak baca newspaper. Hanya cari info dari internet,  

Jika anda mampu dapat pendapatan dari blog sehingga ribuan ringgit , apakah anda akan berhenti bekerja dan menjadi blogger sepenuh masa. Apakah bisnis yang akan anda lakukan sebagaiBackup Plan masa depan ?

Kalau pendapatan ribuan ringgit sebulan sebagai blogger…hurmmmm…bergantung pada keadaan juga kot. Kalau betul2 income dari blogger memang tetap tiap2 bulan dapat amount yang sama, mungkin akan dipertimbangkan. Terfikir juga untuk buat backup plan. Sebab skang ni tengah jadi dealer SHAKLEE. Mungkin akan lebih focus untuk SHAKLEE bila dah jadi blogger sepenuh masa.

Ceritakan sedikit mengenai harapan anda sebagai seorang blogger terhadap dunia blog ini?

Harapan pada dunia blog ni simple jer, biarlah kita berblog secara sihat. Biarlah blog kita dikenali dengna cerita2 yang dapat memberi manfaat pada pembaca2 lain, bukan blog kita di kenali sebagai blog caca merba dengan cerita2 sensasi yang mengundang kontroversi semata2 untuk menaikkan trafik blog. Bersainglah secara sihat.

Majulah blog untuk Negara….eerkkk…hehehe…Tingkatkan prestasi penulisan anda. Kurangkan kontroversi dengan cerita2 yang tak berfaedah dan berdirilah diatas bakat penulisan anda sendiri. Bukan dari entry copy and paste dan berlagak macam penulisan tu anda yang punya. Sekian.


Note: Have a great weekend uols.


Salam pagi Jumaat semua. Pagi ni aku nak kongsikan sebuah nurkilan yang sangat indah dan puitis unt...

Salam pagi Jumaat semua. Pagi ni aku nak kongsikan sebuah nurkilan yang sangat indah dan puitis untuk kalian semua. Hayatilah. 


JIKA SEMUA YANG KITA KEHENDAKI TERUS KITA MILIKI
LALU DARI MANA KITA BELAJAR IKHLAS?
JIKA SEMUA YANG KITA IMPIKAN SEGERA TERWUJUD
LALU DARI MANA KITA BELAJAR SABAR?
JIKA SETIAP DOA KITA TERUS DI KABULKAN
LALU BAGAIMANA KITA DAPAT BELAJAR IKHTIAR?

SEORANG YANG TAAT PADA ALLAH 
BUKAN BER ERTI TIDAK ADA CACAT CELA DAN KEKURANGAN
SEORANG YANG TEKUN BERDOA
BUKAN BER ERTI TIDAK ADA MASA² SULIT 

KETIKA KERJAMU TIDAK DI HARGAI
SAAT ITU KAMU SEDANG BELAJAR TENTANG KETULUSAN 
KETIKA USAHAMAU DI NILAI TIDAK PENTING 
SAAT ITU KAMU SEDANG BELAJAR TENTANG KEIKHLASAN 
KETIKA KAMU LELAH DAN KECEWA
SAAT ITU KAMU SEDANG BELAJAR TENTANG KESUNGGUHAN 
KETIKA KAMU SEDANG MEMBAYAR BIAYA 
YANG SEBENARNYA TIDAK PERLU KAU TANGGUNG 
SAAT ITU KAMU SEDANG BELAJAR TENTANG MURAH HATI DAN DERMAWAN

HARI² YANG DI LEWATI SEJATINYA HARUS DI INGAT
BAHAWA KITA SEDANG MENIMBA ILMU DALAM
UNIVERSITI KEHIDUPAN

Sebuah nurkilan yang sangat indah dan puitis kan. Nurkilan yang aku dapat dari Ustazah Norhafizah Musa dalam segmen USRATI @ IKIM.fm. Setiap khamis jam 5.00 pm. Memang tiap² minggu aku dengar dan rakam. 

Sejujurnya, bergenang airmata bila ustazah baca nurkilan ni. Terasa kena dengan apa yang sedang aku lalui saat ini. Aku tau kita semua tak terlepas dari situasi yang sama kan. Jom kita muhasabah diri. 


Note: Nanti aku akan kongsikan lagi perkongsian dari Ustazah Norhafizah Musa. Dah jatuh minat dengan ustazah ni. Suka sangat dengan cara penyampaian dan nasihat yang diberi. Sangat menusuk hati sanubari



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks