Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Dan soalan itu akan diulang² tanya even baru tak sampai beberapa minit dia tanya soalan yang sama...ppffttt...Bertabah jer lah ibu ko n...


Dan soalan itu akan diulang² tanya even baru tak sampai beberapa minit dia tanya soalan yang sama...ppffttt...Bertabah jer lah ibu ko nak menjawab nak. Tapi tak per, ibu faham sebab awak dah tak sabar nak buka puasa. 

Alhamdulillah...Iman Hakimi berjaya posa penuh semalam. Excited plak si ibu nih. Pagi bukan main active lagi. Masuk tengah hari dah start slow. Pastu mulalah tanya soalan cepu mas dia tu berulang²:

- Ibu...dah pukul berapa?
- Ibu, pukul berapa nak buka puasa ni
- Ibu, kita haus. Tak tahan dah ni
- Ibu, kita lapar sangat nih

Menadah telinga jer lah ibu dia ni semalam. Masa gi kedai tanya dia nak makan apa. As per requested by budak yang berpuasa, dia nak makan ketam. Maka meng Ketam lah semalam. Makanan kegemaran Iman Hakimi, Tapi tukang suap dan tukang kopek ada lah si ibu. Memang anak bujang ni suka makan bersuap. Sahur pon sama gak. 


Sebenarnya tak boleh sangat nak paksa bebudak sebesar kimi ni puasa. Yang pentingnya SOLAT. Bak kata Ustaz Abu Hasan Din nih. Tapi kalau boleh buat kedua² nya memang alhamdulillah syukur. Harini tak tau kimi dapat posa penuh ker tak. Kantin sekolah memang tutup. Tapi tak kisah pon. 

Note: Puasa atau tak, hari² mesti nak kena fikir nak masak apa...hurmmmm...





Salam 2 Ramadhan semua. Harini ni tak der gambar tayang lauk pauk dibulan ramadhan. Tak der story gi solat terawih, done tahajjud, done sol...

Salam 2 Ramadhan semua. Harini ni tak der gambar tayang lauk pauk dibulan ramadhan. Tak der story gi solat terawih, done tahajjud, done solat subuh, done sahur dan yang sewaktu dengannya. Biarlah semua amalan² ni hanya kita dan ALLAH jer yang tahu yerp. Ni nak sharing dari Usrah @ TV9 Dihatiku yang iols dengar pagi semalam.

Berkaitan dengan ABC = Allah Bagi Cuti ni lah. Semestinya lah untuk orang perempuan kan. Yang tetiap bulan dapat ABC. Tapi kan, orang lelaki pon ada ABC nya juga. Nak jugak macam orang pompuan kan. Tapi lagi teruk, acaner tu? Ini ustazah yang kata. Bukan iols suka suki mereka cerita hokey. 

Menurut ustazah. Bila kita ABC, banyak masa yang kita ada. Kita tak boleh lah rasa happy sebab tak boleh nak solat. Pastu gi shopping complex menghabiskan masa kat sana. Banyak benda yang kita boleh buat sebenarnya. Antaranya...BERZIKIR, BERSELAWAT, BERSEDEKAH, MEMBACA KITAB²/BUKU² AGAMA dan juga BUAT AMAL KEBAJIKAN. Contohnya gi surau, bersihkan surau atau tolong basuh telekung² wakaf ker. Hargailah masa semasa ABC - ALLAH BAGI CUTI. Guna masa bercuti untuk baca buku² agama untuk menambah ilmu keagamaan. Bukan baca novel yerp *akulahtu. 

Rebutlah pahala semasa CUTI. Uzur/Cuti bukan halangan untuk beribadah kepada allah. Nak seribu daya tak nak seribu dalih kan. Yang penting semasa CUTI, jaga kebersihan diri. Untuk para SUAMI pula hargailah ISTERI semasa mereka CUTI. Jangan rasa semacam/jijik bila Isteri sedang CUTI *mungkin ada suami macam ni kot*. 

KALAU KITA TERHALANG UNTUK MELAKUKAN SOLAT. TAPI KITA TAK TERHALANG UNTUK MENGINGATI ALLAH DENGAN CARA BERTASBIH, BERZIKIR DAN BERTAHMID KEPADA ALLAH. Renug² kan lah.

Note: Pesanan buat diri sendiri juga. Berpuasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga, tapi nafsu pon kena berpuasa juga. Mulut, Lidah, Hati, Mata dan juga Telinga. DIAM adalah lebih baik. 




Duhai Ilahi....  andai ini Ramadhan terakhir buat ku jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...  menerangi kegelapan...


Duhai Ilahi.... 
andai ini Ramadhan terakhir buat ku jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri... 
menerangi kegelapan hati ku 
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi 
semoga bakal mewarnai kehidupan ku di sana nanti 

Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa buat umat muslimin dan muslimat semua. Especially buat kawan² ku di alam maya ini. Marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinanNya, kita diberi kesempatan bertemu semula dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ni. 

Selamat menjalani ibadah puasa dan marilah kita bersama-sama menghayati dan memanfaatkan kehadiran bulan yang penuh barakah ini dengan sebaik mungkin. Semoga ibadah kita bukan hanya dibulan ramadhan sahaja, tapi dibulan² yang setersunya. 

Dikesempatan ini, saya ingin memohon kemaafan kalau ada kesalahan bahasa dan keterlanjuran kata sepanjang saya menulis dan sepanjang perkenalan kita dialam nyata mahu pon maya ini.

'MARHABAN YAA RAMADHAN'

Note: Update laju² ☺☺



Mana tak selekehnya. Meninggalkan kesan gam² yang melekar dan susah nak tanggal tu. Puas aku tenyeh. Tapi tak nak tanggal gak. Dah lah n...


Mana tak selekehnya. Meninggalkan kesan gam² yang melekar dan susah nak tanggal tu. Puas aku tenyeh. Tapi tak nak tanggal gak. Dah lah nak kena mengopek satu². Macam dalam gambar  ni lah. Stress haku sampai sakit ibu jari dok mengopek.


Ini lah hasilnya selepas habis suma dikopek. Masih nampak lagi kesannya. Dah malas aku nak menyental. Dengan air sabun tak jalan. Sental dengan baby oil pon tak jalan gak. Ingatkan bila dah berjemur tengah² panas tu gam akan mencair dan senang nak menyental. Hurmmmm...tak der maknanya. Jadinya...kita tampal jer lah. Tapi kaedah menampal kalil ni aku ikut kaedah yang senang untuk masa akan datang bila nak tukar road tax nanti.


Lebih kurang macam ni lah aku buat tadi. Tapi lagi detail sket. Biar nampak kemas. Orang pompuan dan kekemasan kan tak dapat dipisahkan. Ok...ni ada tips macam mana nak tanggalkan road tax dengan mudah.


Cara pertama:

Menggunakan Hot air tool atau kalau tak ade boleh guna hair drayer.. Salai sticker road tax agak suam-suam nak bagi gam cair dulu. Lepas tu,bolehlah tanggalkan sticker road tax dgn perlahan-lahan.

Cara Kedua:

Sebelum nak tanggalkan road tax kat cermin kereta anda. Silalah jemur kereta anda kat tengah panas dulu dalam 1 jam ke nak bagi gam dia cair dulu agaknya. Lepas tu, dengan berhati² bolehlah tanggalkan dengan perlahan-lahan. InsyaAllah takde masalah punya

Tips nak hilangkan sisa gam Road Tax lama


Cara mudah. Spraykan WD-40 dulu di sekeliling sticker road tax sebelum menanggalkannya.Lepas itu,tanggalkan sticker tu dan tarik perlahan-lahan sehingga semua bahagian sticker dapat ditanggalkan sepenuhnya. Jika masih terdapat kesan gam pada cermin,Spray sekali lagi WD-40 pada kesan gam tersebut dan biarkan beberapa minit.Tenyeh-tenyeh dengan kain bersih.

Cara Nak Tanggalkan Sisa Gam Roadtax ( cermin bertinted)


kalau cermin tinted pakai minyak, alkohol atau sepirit, paraffin dan tenyeh la sesedap rasa tp jgn guna pisau atau benda tajam, hati-2 sbb mungkin bley rosakkan plastic tinted tu, dan jgn guna petrol sbb ia mungkin boleh rosakkan plastic tinted tu jugak. Ade orang buat dengan cara tenyeh-tenyeh gam tersebut guna minyak wangi perfume, minyak masak, baby oil atau spray label off 50... bahan ni juga tidak memudaratkan plastik tinted kereta korang..

Cara Mudah tanggalkan sisa gam Roadtax ( cermin tanpa tinted)


kalau cermin tak tinted, pakai minyak dan kikis dgn pisau lipat ajerr...pastu sisa gam genyeh pakai petrol, diesel, thinner minyak zippo. Pastu sapu balik cermin tu ngan kain bersih.... abis citer.. Tapi kalau sisa tu degil susah sangat nak tanggal lagi korang cari Adhesive Remover atau Window Tint off remover. Yang ni power, cuma boleh guna kalau kereta tu tak bertinted lah.

Aku jumpa tips² ni pon sebab nak cari petua macam mana nak tanggalkan kesan pelekat keta ni lah. Boleh refer [SINI] untuk lebih lanjut. Ada ditunjukkan skali cara² macam mana nak lekat road tax keta nih.

Note: Selamat dah tampal road tax baru. Dekat 2 minggu tak tampal.





Jangan tak tau. SOGO pon dah ada online shopping ko. Tak tau lah benda ni memang dah lama ada atau aku baru nak tau. Dan aku tak sure s...


Jangan tak tau. SOGO pon dah ada online shopping ko. Tak tau lah benda ni memang dah lama ada atau aku baru nak tau. Dan aku tak sure sama ada online shopping ni hanya ada time Members Day Sale atau tak members day sale pon dorang buat online gak. Kena call customer service SOGO kalau nak tau lah yerp.

Kalau rasa malas nak bersesak² kat SOGO tu boleh lah try online shopping ni. Sampai hujung minggu ni jer. Free delivery lagi tu. Tapi yang aku perasan SOGO ni memang sentiasa jer sale. Klik [SINI] kalau nak online shopping ☺

Note: Lagi 2 hari jer nak posa. 

The one and only princess in my life. Kawan bergurau, kawan mengemas, kawan mengacau dan banyaknya kawan bergaduh lah. Sebab anak dara ni...


The one and only princess in my life. Kawan bergurau, kawan mengemas, kawan mengacau dan banyaknya kawan bergaduh lah. Sebab anak dara ni suka mendera emosi ibu dia nih..hehehe...
Anak dara ni klo bergambar tak buat muka memang tak sah...haisshhh...

Selfie time. Sama tak hidung kami? Hidung photostat...hahaha...Tak tau nak story apa. Baru balik dari training 2 hari. Selesaikan apa yang patut. Segregate document yang nak dibuang sebab aku pon dah pening tengok workstation sendiri. Banyak dengan kertas² yang dah bertahun² disimpan. Mentang² baru balik  dari training khenn. 5S uols...5S...hahaha...Banyak nak kena buat nih.

Ok lah. Nak gi potluck dulu. Nak menternak lemak sebelum posa nih. As per requested by my colleague, dorang soh buat cheesecake. Pukul 11.30 malam tadi aku mem baking. Sedar² dah pukul 4.00 pagi. Lama kek aku dok dalam oven. Tapi dah set bakar sejam kan. Ok lah.  Kejap lagi iols nak ketuk pintu umah uols. Step by step hokey. Tak perlu sediakan air sebab iols dah kenyang....hehehe...mu tunggu aku datang deh.

Note: Jerebu datang lagi. Sidai baju tapi baju bau asap...ppffttttt....



Menambah ilmu pengetahuan sambil melarikan diri dari hiruk pikuk pejabat. Training 2 hari uols. Esok plak mari kita menternak lemak. Ada m...



Menambah ilmu pengetahuan sambil melarikan diri dari hiruk pikuk pejabat. Training 2 hari uols. Esok plak mari kita menternak lemak. Ada makan2/potluck kat office. As per requested, dorang soh buat cheesecake...ppffttt...


Note: Entry paling singkat. Janji update. Okbai!!!

posted from Bloggeroid

Siapa yang tak kenal Felixia Yeap ni kan. Atau ada lagi yang masih ketinggalan? Meh baca blog dia [DISINI] kalau nak tahu dengan lebih...


Siapa yang tak kenal Felixia Yeap ni kan. Atau ada lagi yang masih ketinggalan? Meh baca blog dia [DISINI] kalau nak tahu dengan lebih lanjut lagi. Nampak banner ni kat taman perumahan Kajang Impiana. So...untuk orang² bangi dan yang sewaktu dengannya. Boleh lah datang memeriahkan lagi majlis. 

Menurut sumber, FY sedang menunggu masa yang sesuai untuk mengucap kalimah Syahadah. Dan berkemungkinan dalam bulan kemuliaan @ Bulan Ramadhan ni. Sama² kita doakan smoga urusan FY dipermudahkan. In shaa allah.

Note: Teringin nak pergi majlis² ilmu macam ni. Tapi tu lah...dengan HB bertiga tu.



Budak yang teruja tengok badut. Malu badut tu dik ko dok tenung dia macam tu. Bukan main kusyuk lagi si ustaz Qhalif ni tengok badut. Pel...

Budak yang teruja tengok badut. Malu badut tu dik ko dok tenung dia macam tu. Bukan main kusyuk lagi si ustaz Qhalif ni tengok badut. Pelik agaknya napa muka badut tu colorful...hahaha...Ibu dia ni panggil pon buat tak tau jer ko. Tapi kan....ada budak tu takut badut.

Ibu comel ngan budak yg 'berani sangat' ngan badut

Ingatkan dah nak masuk 7 tahun ni dah hilang perasaan takut ngan badut. Rupanya sangkaanku meleset. Siapa lagi kalau bukan si abam Iman Hakimi. Saja jer lalu kar area badut tu. Memula dia tak perasan. Sekali bila dia dah nampak, terus nyorok kat abahnya...ekekeke...lawak plak tengok gelagat dia. Cuma kali ni dia tak nangis lah. Kalau dulu lagi teruk wei. Boleh baca kat [SINI] dan kat [SINI]. Nak tergelak jer bila baca balik ☺

Note: Masa blogging agak terhad skang nih. Ada 400++ komen nak kena approved. Nanti iols terjah sorang² erk. Sama ada cepat atau lambat jer. Tunggu....


DariNYA kita datang. KepadaNYA juga kita dikembalikan. Dapat tau pasal blogger syuhada koma pon dari blog Bro Hasrul Hassan. Koma selepas ...



DariNYA kita datang. KepadaNYA juga kita dikembalikan. Dapat tau pasal blogger syuhada koma pon dari blog Bro Hasrul Hassan. Koma selepas diserang semput. Baru ni tadi terbaca status kak Roshidayu kat FB yang blogger Syuhada Baharudin telah kembali pada penciptaNYA :-(




Kenal arwah pon masa Sepetang bersama blogger 2014. My tablemate yang cantik dan friendly. Tapi tak sempat nak bergambar ngan arwah.




Kenangan dari arwah...Notebook. Al-fatihah dan salam takziah buat keluarga arwah Syuhada Baharudin. Smoga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.


Note: Ajal tak mengira usia. Sama2 kita pertingkatkan amal ibadah kita.

posted from Bloggeroid

Panda bukan sebarang panda. Tapi dengan Kung Fu Panda uols. Tak yah gi Zoo Negara lagi sebab dah jumpa dah kat USS last year...hehehe...Nt...



Panda bukan sebarang panda. Tapi dengan Kung Fu Panda uols. Tak yah gi Zoo Negara lagi sebab dah jumpa dah kat USS last year...hehehe...Ntah bila lah nak up entry USS tu yerp. Dah setahun kot tertunggak. Haishhhhh...Tapi memang best ah gi sana.


Note: Dengarnya this year pon ke Singapore lagi. Alahaiii...bawak lah gi tempat lain plak.

posted from Bloggeroid

Semalam tayang Blueberry Cheesecake ngan Baked Macaroni Cheese . Harini tayang ABC plak. Memang bakar line betul tau...hehehe...Biasala...


Semalam tayang Blueberry Cheesecake ngan Baked Macaroni Cheese. Harini tayang ABC plak. Memang bakar line betul tau...hehehe...Biasalah khenn, musim El-Nino ni. Panas nya semacam. Dengan bahangnya lagi. Mandi pon tak terasa sebab air paip pon dah tak sejuk. Suam² kuku jewr. 

Teringat tapai yang kakak aku bagi tu ada lagi. Sedap gak kalau makan ngan ABC. Balik smalam terus singgah kedai beli ABC. Apalagiii...penyejuk tekak dimalam hari dikala cuaca panas lah jawabnya. Makan plak ngan tapai...perghhhh...sila lah bayangkan betapa nikmatnya...hahaha...Kalau makan hari² boleh mengundang sakit tekak. Aku ni jenis jarang nak minum air² sejuk nih. Kalau gi kedai pon order air suam. Sebab bley lemah badan dibuatnya. Tapi bila melihatkan keadaan cuaca skang ni memang aku surrender wei. Tapai ada lagi tu. Rasa macam nak repeat lagi ABC...hurrmmmm... 

Note: Jerawat oh! jerawat. Dalam banyak² tempat kat muka ni. Dalam lubang hidung gak ko nak tumbuh. APTB...ppffttt...



Macam biasa. Project hujung minggu kembali setiap minggu...hahaha...Itu pon kalau ada project masak memasak lain dari yang lain lah. Klo ta...

Macam biasa. Project hujung minggu kembali setiap minggu...hahaha...Itu pon kalau ada project masak memasak lain dari yang lain lah. Klo tak der entry tu maknanya masak biasa² sajork. Meh kita tengok project masak² dihujung minggu untuk minggu lepas.


Tadaaaaa...erkkkk...ada kek lah. Tetiba teringin nak makan cheesecake. Tetiba terajin buat kek. Maka terhasillah sebijik Blueberry Cheesecake yang di bakar dengan penuh kasih sayam...ceewahhh. Tapi kali ni iols tak pakai biskut Oreo. Kita ganti base dengan digestive biskut lah pulak. Nak resipi klik [SINI]. Terliur tak...terliur takkk. Jemput tengoklah yerp. Jangan marah...Lepas ni rasa macam nak buat kek coklat lapis cheese lah...hurmmmmm...saja nak bakar line uols...hahaha....

Tapi Blueberry cheesecake iols ni rasa dia macam tak berapa nak ummpphhh sangatlah. Tak tau lah klo tekak tukang bakar ni lain sket. Tapi tak per, practice make perfect kan. Kita cuba sampai jadi sedap macam secret recipe.


Ok...yang ni plak baked macaroni cheese. Tetiba terigin plak. Dah macam pompuan ngandung mengidam. Nak cheesecake lah...macaroni lah...haishhhh...Tapi ini sebelum dibakar. Selepas dibakar tak sempat nak amik. Agak frust sket lah. Kurang menjadi sangat. Tapi rasa still sedap. Mungkin silap teknik kot. Rasa tak puas hati plak wei. Ni yang nak repeat lagi nih. Nak resipi kewr? Alaaaaa...google jer lah...hehehe...Next time kalau menjadi iols up resipi yerp. Boleh gittew. 

Sekadar selingan:

Cara masakan dan resipi kita mungkin sama dan mungkin juga berbeza. Iols masak Ketam masak Lemak cili api pon nak dijadikan bahan kat laman sosial. Sebab iols masak letak daun kunyit instead of serai. Tak sesuai katanya. Siap nak gelak syaiton lagi ko. Macam lah kelakar sangat. Iols tak marah pon. Cuma kesian jer dengan orang macam ni. Menampakkan kebodohan diri sendiri. 

Buat si polan dan sahabatnya tu, parenst iols pon orang N9. Secara tak langsung iols pon orang N9 juga even membesar di KL. Apa pon masakan dan resipi yang mak iols ajar, secara tak langsung turun ke anak dia juga kan. Terpulang lah iols nak masak letak serai, daun kunyit atau apa sekali pon. Janji menepati citarasa tekak kami. Tapi tak perlulah nak dijadikan bahan yerp. Peringatan buat diri sendiri juga. 

Note: Panas berbahang. Sakit kepala pon mudah menyerang. 



Salam pagi isnin semua. Empat hari blog sunyi sepi tanpa update. Ada yang windu kewr....hehehehe...iyer lah. Siapalah kita khenn nak orang ...

Salam pagi isnin semua. Empat hari blog sunyi sepi tanpa update. Ada yang windu kewr....hehehehe...iyer lah. Siapalah kita khenn nak orang windu². Ok...back to the topic.


KASIHNYA IBU MEMBAWA KESYURGA
KASIHNYA AYAH SEPANJANG MASA

Selamat Hari Abah untuk my Suami dan juga Abah kepada ImanQahirahQhalif, Husaini Mohd Taib. Untuk Bapa Mertuaku, mohd Taib. Dan juga untuk semua yang bergelar dan akan bergelar Abah/Ayah/Bapa/Papa/Daddy. Hari² adalah hari ABAH.

Note: Al-Fatihah buat arwah ayah yang dah 9 tahun menghadap penciptaNYA. Rindu...rindu serindunya kat arwah. Bertuah kamu yang masih punya ayah. Hargailah selagi ada.


*Sticky Post for 48 hours. Please Scroll Down For New Entry MAMEE…Siapa yang tak kenal dengan produk mamee ni kan. Jenama produk yang t...

*Sticky Post for 48 hours. Please Scroll Down For New Entry

MAMEE…Siapa yang tak kenal dengan produk mamee ni kan. Jenama produk yang terkenal dan telah lama bertapak di Malaysia. Antara produk yang ditawarkna adalah Mamee, Mamee Monster, Mr potato, Cheers, nutrigen dan macam² lagi lah. Dalam penyelidikan data yang dilakukan oleh Kantar WorldPanel baru² ini telah menunjukkan bahwa daripada 5.7 juta jumlah isi rumah, mamee instant noodle telah manjadi pilihan 4.2 juta pembeli di Malaysia…wow…

Geng² blogger yang terpilih. Kita bergambar dulu sebelum masuk kilang MAMEE

Seperti yang diwar² kan dalam entry [INI] dan [INI], baru2 ni aku telah berpeluang melawat sendiri ke kilang mamee yang terletak di Melaka. Menyaksikan sendiri bagaimana produk mamee seperti snacks dan instant noodle di proses dari awal hinggalah proses pembungkusan. Bukan itu saja, dapat jugak tengok proses mee Tarik secara live. Daripada doh sampailah di uli jadi mee tarik. Meh tengok nih:

Camera dari Samseng TAB saja
Tukang buat mee Tarik ni memang datang dari China. Ianya di panggil [Teknik La Mian]. Dikatakan bermula di China pada abad ke-15 iaitu daripada etnik Hui yang ada di bahagian barat laut China, iaitu Xinjiang, Ningxia, Shaanxi, Gansu, dan Qinghai. Secara etimologi, ia bererti menarik atau meregangkan dan mian ialah mi. Keistimewaan cara pembuatan mi ini adalah dengan cara diadun, diregang, dilentur dan ditarik bagi menghasilkan untaian serta ukuran halus dan kenyal. Memang agak rumit nak membuatnya.

Memandangkan cara pembuatan mee tarik yang agak rumit dan mustahil untuk dihasilkan dengan kuantiti yang banyak dari sepasang tangan manusia…cewahhhh ayat haku. Mamee Double-decker telah melabur sebanyak RM80 juta untuk sebuah mesin yang boleh menaghasilkan mee tarik yang prosesnya sama seperti teknik la mian. Mamee Double-decker percaya dengan teknologi yang serba canggih, tak mustahil teknik La Mian dapat dihasilkan dari sebuah mesin yang dapat meningkatkankan lagi rasa mee dan menjadikan tekstur mee menjadi lebih kenyal.

Lepas tu ada demo masak memasak plak. Bau dia…perghhhhh…manusuk hidung. Sedap betul baunya.


Ok…skang kita tengok proses penghasilan snacks mamee dan juga instant noodle:

Proses demi proses:

1. Mixing
2. Rolling
3. Slitting
4. Steaming
5. Cutting
6. Seasoning Shoe
7. Frying
8. Cooling
Dan proses yang terakhir adalah Packaging 

Untuk pengetahuan semua, Mamee double decker dan juga mamee chef telah memenangi beberapa anugerah. Antaranya 
  1. Mamee Chef Curry Laksa rated Top 10 Best Instant Noodles in the World for 2014 by Theramenrater.com,
  2. Putra Brands Awards Bronze Recpient 2014 under Food Stuff Category
  3. Frost and Sullivan Malaysia Excellence Awards Recipient
Dan Mamee telah melancarkan produk baru iaitu Mamee Chef  dengan kerjasama dari chef selebriti, Datuk Chef Ismail. Pes Mamee Chef ‘s Thai Tom Yam dan Curry Laksa  dihasilkan menggunakan ramuan segar dan rempah ratus asli yang mampu menguasai hati semua bangsa di Malaysia. Mamee chef juga disertakan dengan pek ramuan tambahan iaitu cebisan sayuran dan juga udang bagi menambah lagi kelazatannya.

Bagi yang masih ragu2 dengan produk mamee dan juga Mamee chef, anda tak perlu risau kerana ianya telah mendapat sijil halal JAKIM dan anda boleh check sendiri [DISINI]


Ok…dah selesai kita melawat kilang Mamee, kita ker Mamee Jonker House plak yang terletak di Jonker Walk. Aku pon baru tahu tentang kewujudan kedai Mamee Jonker House ni. Kalau uols ker Jonker Walk, jgn lupa singgah sini. Meh layan gambar.

Kedatangan kami di sambut oleh Mamee Monster. Crunch it...Shake it...Munch it...MAMEE ☺☺

 

Antara barang² yang dijual disini. Ada cafe juga. Memang best lah. Sambil shopping boleh makan. Dan Antara aktiviti² kitorang kat sini:


Berkretiviti dengan mamee cup nih. Kita main color². Pastu kita buat mamee ikut citarasa sendiri. Yang ni expired date sampai 16 June 2014 jer sebab tak buat kat kilang…hehehe… Memang best lah lawatan ke kilang Mamee ni. Bila kita dapat tengok sendiri cara² mamee diproses. Satu pengalaman indah yang tak kan dilupakan. Dan juga:

Dapat bergambar dengan orang kuat Mamee ☺


Last but not least. Thanks for the goodies bag and note. Terima kasih juga buat nuffnang kerana memilih saya untuk Lawatan ke Kilang Mamee. Untuk maklumat lanjut dan juga info² lain, boleh layari www.mamee.com dan juga "LIKE" Mamee Chef @ www.facebook.com/mymameechef
-         

Sopan jer duduk ☺ Sila duduk dediam yer ustaz Qhalif. Abah nak tarah rambut tu. Memandangkan rambut Iman Hakimi dan Iman Qhalif ni ce...

Sopan jer duduk ☺

Sila duduk dediam yer ustaz Qhalif. Abah nak tarah rambut tu. Memandangkan rambut Iman Hakimi dan Iman Qhalif ni cepat sangat panjangnya. Maka jalan penyelesaiannya adalah beli mesin potong rambut. Jimat sket duit. Sekali potong dah RM5-6.00. Kalau 2 kepala dah berapa kan. Pastu sebulan 2-3 kali nak kena gunting rambut. Cer kira berapa jumlahnya. Dalam jaman barang serba naik ni kena lah berjimat cermat sket.

Nasiblah si ustaz qhalif ni jenis dok diam time orang potong rambut. Cuma asik nak kibas² jer lah rambut dia yang jatuh kat badan tu. Ok gak En. Husaini ni potong rambut anak² dia. Ada bakat dah ni lalink. Mana tau bley buat keja part time gunting rambut khenn. Tak pon buka kedai gunting rambut ker nanti...hehehehe....

Note: Mata si ustaz tu dah mula bertahi. Panas dalam agaknya. Apa lagi ubat sakit mata yang paling power kalau bukan Susu Ibu kan. Alhamdulillah....tak bertahi dah. Memang thorrbaikkk lah.



Bukan bahang bola piala dunia jewr dirasai. Tapi bahang El Nino sudah mula terasa. El Nino? Apa tu? google pic. El Niño dnd La Niña...

Bukan bahang bola piala dunia jewr dirasai. Tapi bahang El Nino sudah mula terasa. El Nino? Apa tu?


El Niño dnd La Niña merupakan fenomena fasa berlawanan putaran iklim semula jadi yang dikenali sebagai Putaran Selatan El-Nino (El Nino-Southern Oscillation - ENSO). Fenomena lautan-atmosfera ini merujuk kepada perubahan besar kepada suhu permukaan laut merintangi timur pasifik tropika. 

Pejabat Kaji Cuaca United Kingdom meramalkan kemungkinan besar fenomena El Nino, yang mengakibatkan peningkatan suhu dan taburan hujan, akan melanda rantau Asia Tenggara pertengahan tahun ini. Pakar-pakar kaji cuaca tempatan belum dapat memastikan bahawa Malaysia akan mendapat tempias El Nino pada kali ini namun jika ia berlaku, kemungkinannya ialah Malaysia akan menghadapi keadaan musim kemarau berpanjangan selama enam bulan mulai pertengahan tahun ini. 

Sumber: [SINI] dan [SINI]

Tapi serious, memang panas berbahang. Nak tido malam pon panas. Kipas dah bukak laju pon tak rasa. Rumah iols tak der aircond. Jadinya mengharap pada si kipas jewr. Sian kat anak². Berpeluh² tido. Kat mak pak pon kesian gak. Tido tak lena sebab kepanasan. Jadi mata panda lah skit hari nanti nih...hahaha...

Memandangkan musim panas ni kan, sila jaga kesihatan. Bila dah macam ni memang penyakit senang datang. Minum air masak 3 liter sehari yerp. Mak pak sakit tak per. Tapi jangan sakit serentak lah. Jangan anak sakit. 

Note: Yeayyyy...draft untuk sponsored post dah approved. Legaaaaaa ☺



Haaaaa...amik ko. Tajuk bukan main panjang lagi. Malas nak create banyak² entry sebab kekangan masa. Jadinya kita jadikan dalam satu entry....

Haaaaa...amik ko. Tajuk bukan main panjang lagi. Malas nak create banyak² entry sebab kekangan masa. Jadinya kita jadikan dalam satu entry. Macam biasa, project hujung minggu bagi surirumah sepenuh masa dihujung minggu adalah masak, kemas, basuh baju, lipat baju, jaga anak, mandikan anak, bertekak ngan anak...hahaha...dan banyak lagi kerja lah. Kalau minggu lepas iols buat Nasi Arab - Nasi Mandy Ayam. Tapi untuk project masak minggu ni kita ber western lah pulak. Kerajinan tahap langit ke tujuh sudah datang ko. Untuk menu pertama:


Amacammm...ini namanya Egg Toast. Takkan nak resipi kot. Dah terang² bahan² nya hanya roti dan terlur jer khenn. Cuma kalau nak perasa tambahan, tambahlah lada sulah atau lada hitam. Aku pakau pemanggang ajaib yang  memang ajaib tu. Malas nak bakar dalam oven. Rasa dia memang thorrbaikkkk lah. Makan plak panas² kan...perghhhhh...silalah buat kalau tak percaya...hahaha...Tapi kan, api jangan lah beso sangat. Kang hitam plak roti tu. Pastu telur tu jangan masak sagat. Biarkan separuh masak. 


Kita teruskan untuk menu kedua. Baked Potato Cheese nama diberi...cewahhhh...mengancam tak? Terliur tak? Rajin tak aku buat...hehehe...Nak resipi lettew kan. Jangan salin jer. Mesti buat tau. 

Bahan² nya:

Kentang *ikut suka hati nak buat berapa biji
Daging cincang *Tak kisah jenama apa janji halalan toyiban
Meatloaf/pepperoni
Sos preego tradisional *Tak kisah jenama apa janji halalan toyiban
Bawang besar/holland *Suka hati. Janji bawang
Black pepper
Cili sos
Cheese *parmesan, single kraft dan apa² janji cheese 

Cara penyediaan
  1. Goreng bawang sampai kekuningan
  2. Masukkan daging cincang dan meatloaf/pepperoni
  3. Masukkan sos preego 
  4. Campur sedikit sos cili dan gaul rata
  5. Tabur black pepper 
Kentang tu direbus dulu. Pastu dibelah dua. Korek isi dalam tu. Jangan ko korek sampai bocor plak kentang tu. Pastu letak bahan² yang digoreng tadi. Boleh juga letak kentang rebus tadi. Di selangselikan lah kekdahnya. Tapi aku tak letak sebab kentang aku tu tak berapa masak. Gelojoh nyer pasal kan. Tak menyempat² nak tunggu kentang empuk. Gigih ah aku korek sebab agak keras lagi kentangnya. Jangan tiru cara aku yerp. 

Dah siap suma ko taburlah cheese kat atas tu. Aku pakai keju parmesan. Memandangkan keju tu mahal, aku berjimat cermat supaya boleh pakai untuk jangka masa yang panjang...muahahaha...Taburlah banyak mana uols nak tabur. Pastu letak dalam aluminium foil. Kita bakar saja dalam pemanggang ajaib yang memang ajaib. Api kecik yer uols. 

Untuk menu ketiga tu lagi simple. Pakai wrap jer. Aku pernah up entry sebelum ni [DISINI]. Tapi nak up lagi...hehehe...Memandangkan meatloaf jer yang ada, kita belasah jer lah. Sapu sos preego atas wrap tu. Letak meatloaf/papperoni/hot dog pastu tabur keju parmesan. Bakar dalam PA *malasnaktaippanjang². Api kecik yerp. Perghhhhh...memang sedap. Sebijik thin cruct dominos.

OK...selesai. Tunggu next project masak² dihujung minggu lagi yerp. Cuba tau.

Note: Rasa macam nak buat blueberry cheesecake minggu ni. Cheese pon dah beli. Haishhhhh...menternak lemak tak habis².




Crunch it...Shake it...Munch it...MAMEE... Dapat gak bersua muka ngan si Mamee Monster nih. Selalu tengok iklan dalam tv and kat pac...

Crunch it...Shake it...Munch it...MAMEE...


Dapat gak bersua muka ngan si Mamee Monster nih. Selalu tengok iklan dalam tv and kat packaging mamee jer. Ini dapat package lagi uols. Dapat jumpa secara live dan dapat bergambar skali. Nasib sempat sebab munculnya tak lama. Kejap jer. 

Untuk si Petak Bunga yang bertanya. Ini lah gambar iols dengan Monster Blue Mamee ☺☺

Note: Blur...blur nak update entry dan blur nak mengarang ayat. Dateline 3 hari jer lagi nih...ppfftttt...



Bukan Iphone5S. Tapi amalan 5S yang bermaksud kaedah atau alat pengurusan yang boleh mewujudkan persekitaran di tempat kerja berkualiti yan...




Baru habis briefing pasal 5S nih. Kat syarikat² lain dah lama amalkan 5S ni. Tapi kat tempat iols baru nak start. Kalau sebelum ni dengar kawan² bercerita pasal 5S. Tapi skang baru tau macam mana 5S tu berfungsi. Phewwwww...banyak gak keja nak kena buat nih. Lebih² lagi kerja kat bahagian project. Document/Drawing/Tender tak boleh sukasuki buang selagi project tak siap. 

Atas meja...bawah meja kena kemas. Kena amik gambar sebelum dan selepas. Bukti katanya. Banyak juga nak kena buat nih. Filing label and filing system nak kena upgrade. Apa² pon, nak kena buat seiri (sort = sisih) dulu. Dah lah store kecik. Kabinet file apatah lagi. Ok lah...sekian laporan untuk hari ni. 

Note: Masa blogging amat terhad skang ni. Maaf uols sebab tak dapat melawat kawasan sangat.



Cer cari...cer cari...hehehe... Jadi single jap sabtu haritu. Memang meriah. Dapat kenal ngan blogger² baru dan juga dapat bersua muk...

Cer cari...cer cari...hehehe...

Jadi single jap sabtu haritu. Memang meriah. Dapat kenal ngan blogger² baru dan juga dapat bersua muka dengan blogger yang dah lama kenal. Layan gambar dulu lah erk. Tak dapat nak bergambar dengan blogger² yang lain sebab bateri HP dah habis nyawa. Camera tak bawak. Harapkan samsebg TAB ku ittew her lah.

Siapa yang tak kenal dengan blogger cun ni kan. Nice meeting you Namee Roslan. Memang cantik and sweet jer orangnya ☺

Dengan blogger si tinggi lampai, Ema Johari @ Emarieys. Bertemu juga akhirnya even berlainan group and bas. Thanks sebab tegur kita dulu. Sorry sangat sebab memang tak perasan langsung tau. Nice meeting you Ema.

Dari alam maya ke alam nyata pula. Nice meeting you Jueliza @ MamaJue PapaMimi

Kawan baru, Rina @ Cindyrina  and Azza @ Embunpena. Nice meeting both of you.

Last but not least. Yang ni bukan blogger yerp. Tapi orang kuat MAMEE, Datuk Pang ☺

Tunggu entry penuh nanti. Jenuh lah haku nak menyusun gambar dan membina ayat. Dateline sampai minggu ni jewr. 

Note: Lewat up entry. Busy harini. Ok bye!!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...