Siapa yang tak suka main lego kan. Mak budak ni pon suka. Semalam gi pasar malam. Terjumpa plak Figura Lego ni. Sebelum ni ada gak jumpa,...

Siapa yang tak suka main lego kan. Mak budak ni pon suka. Semalam gi pasar malam. Terjumpa plak Figura Lego ni. Sebelum ni ada gak jumpa, tapi tek teringin nak beli sebab dalam kotak. Tak tau bentuk and condition nya macam mana. Tapi smalam dorang ada buat display skali. Errkkkk...cute nya. Siap ada stand nya lagi. Aku mana boleh tengok benda² yang cute miut ni.

Terus offer kat kimi...'kimi nak tak? Pilih lah nak yang mana'. Pada hal ibu dia ni yang hover sebenarnya. Maklumlah...kecik² tak dapat menan macam ni. Nak beli lego tu mahal bebenor. Sekali si kimi cakap apa tau...'Alaaaa...nanti abah marah kalau kita beli menan'..ppfftttt...Aku reply...'Pilih jer lah. Cakap ngan abah ibu yang nak beli"...hahaha...

Balik tu terus pasang ko. Rasa macam nak buat koleksi plak. Macam² superheroes ada...Superman, Iron man, Barbie, Naruto dan macam² lagi lah. Nanti nak beli lagi. Nak buat koleksi...hehehe...

Note: Esok nak gi Melaka ☺☺




Ni last week nyer citer. Ada budak tu mengamuk guling2. Bangun pepagi nak 'nneennn'. Ibu dia buat tak tau jewr...hehehe...saja m...


Ni last week nyer citer. Ada budak tu mengamuk guling2. Bangun pepagi nak 'nneennn'. Ibu dia buat tak tau jewr...hehehe...saja menyakat. Acaner ni ustaz Iman Qhalif, dah 2 tahun 1 bulan 16 hari masih breastfeed lagi nih. Nak tido mintak 'nneennn'. Dah bancuh susu tak nak minum. Nangis macam kena rotan. Nak candu gak sebelum tido. Bangun pagi minta 'nneennn'. Weekend lagi lah 'nneennn' 24/7...ppffttt...

Note: Bagi jer lah selagi nak...haishhh...




Ada MATA = PANDANG Ada TELINGA = DENGAR Ada MULUT = DIAM Ada OTAK = PANDAI Ada AKAL = PAKAI Ada BIJAK = GADAI Hati dan pe...


Ada MATA = PANDANG
Ada TELINGA = DENGAR
Ada MULUT = DIAM
Ada OTAK = PANDAI
Ada AKAL = PAKAI
Ada BIJAK = GADAI

Hati dan perangai manusia ni ada bermacam² jenis. Daripada kita layan, baik kita diam. Biarlah orang nak mengutuk, nak mengata dan nak meroyan pasal kita. Biar kita nampak buruk dimata orang. Janji kita nampak cantik dimata ALLAH. Sebab ALLAH yang maha mengetahui segala² nya. 


SILENCE IS THE BEST REPLY TO A FOOLS. Fullstop!!!!

Note: Buat Stalker...Kalau rasa nak screen capture dan share kat FB...silakan


Malam semalam iols mengKetam uols. Gara² [Ketam Busuk] aritu, tak puas hati rasanya tak dapat buat gulai ketam. Saja singgah kedai sma...


Malam semalam iols mengKetam uols. Gara² [Ketam Busuk] aritu, tak puas hati rasanya tak dapat buat gulai ketam. Saja singgah kedai smalam. Tapi kedai lain lah. Ingatkan nak buat kari sardin. Sekali bila nampak ada plak ketam, bagai pucuk dicita ulam mendatang lah kan. Terus aku lupa nak mengKari Sardin. Kita mengKetam lah jawabnya. Macam tau² jer aku nak makan ketam.

Macam biasa, bab menyiang ikan, ayam termasuklah ketam kita bagi tukang kedai yang potong. Kalau udang pon ko soh dorang potong, memang melampau lah kan. Tak kan tak tau kopek udang kot. Tapi kali ni aku dapat ketam yang cantik dan tak busuk. Beli 3 ekor @ RM14.00. Sedang² jer saiznya. Balik tu relax² jap hilangkan penat pastu kita mulakan operasi. 

Kalau ketam ni aku suka buat masak lomak cili api. Pastu letak daun kunyit banyak²...perghhhhh...bau dia semerbak satu apartment...hahaha...tipu lettew. semerbak dalam rumah jewr lah. Buat sup pon sodap. Walaupon ketam ni memang feveret aku, tapi part nak mengopek tu agak leceh sket lah. Gigih tak gigih lah aku anak beranak makan ketam malam tadi. Dah lah gigi tak cukup kalsium. Balik ni nak sambung mengKetam. Ada 2 ketul lagi...arghhhhh...sedapnya...ok bye!!!

Note: Malam ni rasa macam nak mengKari sardin. Dah lama tak buat kari sardin nih...hurmmmm...



Israk Membawa pengertian perjalan nabi Muhammad s.a.wpada malam hari dengan menaiki Burak bermula dari masji al-Haram di Mekah ke masj...


Membawa pengertian perjalan nabi Muhammad s.a.wpada malam hari dengan menaiki Burak bermula dari masji al-Haram di Mekah ke masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis.
Membawa maksud naiknya nabi s.a.w kelangit dari masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha

Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 622 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Makkah keMadinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah. Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah Al-Israa’ ayat 1 (Al-Quran:17:1). Surah An-Najm (al Quran:53:13-18) juga menceritakan peristiwa ini.
Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula keMakkah sebelum terbit fajar. Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis di Israel / Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitulmuqaddis. Selepas peristiwa ini, semasa Nabi tinggal di Madinah, arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Baratmasjid, buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di MadinahMadyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa, Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi AdamNabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minumansusu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.
Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunya Halimahtus Sa'adiah.
Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi IbrahimNabi Musa dan Nabi Isa.
Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam takwim Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan olehrasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaanAllah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tercantum dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53), Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikailmenunggang seekor haiwan yang disebut 'Buraq'.

To be honest, aku ni bukan lah jenis kaki makeup . Gi office pon setakat pakai lip gloss jewr. Itu pon kalau teringat nak pakai. Kalau ...


To be honest, aku ni bukan lah jenis kaki makeup . Gi office pon setakat pakai lip gloss jewr. Itu pon kalau teringat nak pakai. Kalau tak memang gi kerja dengan natural beauty gittew. Lipstick lagi lah. Dah lama aku tak membeli lipstick. Orang lain sibuk kumpul gadjet makeup, aku.....kumpul duit jer lah...muahahaha...Tak reti aku nak pakai eye shadow, blusher, eye liner dan yang sewaktu dengannya lah. Biar tak cantik di mata orang, janji cantik di mata Suami dan Allah, yer dop.

Errkkk...dah tergelincir dari landasan citer aku ni. Pada hal nak citer pasal Lipstick Collagen D'herbs ni jerw. Terbaca kat blog kak TAB @ Herba Tihara pasal lipstick ni. Tetiba terus terminat plak nak mencuba. Pada hal selalu jer tengok lipstick. Tapi tak der keinginan plak nak membeli. Biasalah kan, pengaruh laman sosial. Nampak benda baru suma nak beli. Macam duit banyak sangant...ppfftttt...Apa yang menarik dan tertarik sampai nak beli ni? Meh baca pasal lipstick collagen ni:

LIPSTIK COLLAGEN

Pelbagai faktor boleh menyebabkan warna bibir nampak kusam, tidak menarik, merekah dan mengelupas apabila menggunakan lipstik yang terdapat dipasaran. Tetapi menggunakan Lipstik Collagen Treatment, masalah bibir tidak berlaku lagi.

KHASIAT LIPSTIK COLLAGEN

1. Sebagai penyeri warna bibir semulajadi mengikut suhu badan dan darah.
2. Melembapkan bibir yang kering dan merekah.
3. Sesuai juga untuk bibir yang gelap akibat merokok dan faktor keturunan.
4. Sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita.

KANDUNGAN LIPSTIK COLLAGEN

1. Gamat-antioksidan semulajadi yang bertindak memberi perlindungan terhadap radikal bebas punca kerosakan dan kemerosotan sel. 
2. Minyak Biji Anggur merupakan antioksidan yang baik yang dapat menghalang radikal bebas merosakkan kulit. 
3. Collagen menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan maka menegang, menganjal dan melembapkan kulit. 
4. Propolis sebagai penetral racun dalam tubuh dan sekaligus anti oksidan kuat

Haaa...menarik kan. Kalau uols ada masalah Bibir kering? Lipstik tidak tahan lama? Bibir Mengelupas dan sensitif? Atau bibir pucat, gelap dan kusam? Jangan risau, in shaa allah, Lipstick Collagen D'herbs in dapat menjadikan bibir anda seksi macam Angelina Jolie...ekekeke...Kalau dah buat testimonial, kena lah ada gambar kan. Nah:


Bibir aku memang jenis kering. Tapi bila pakai lipstick collagen ni bibir jadi sihat. Tak der pengelupasan...erkkk...dah macam pengelupasan kulit pulok...ngeee...Yang best, kaler bibir jadi semulajadi ikut suhu badan dan darah. Tak yah susah² nak pilih kaler lipstick. Calet jer lipstick collagen ni, bibir dah bertukar kaler dengan sendirinya. Kaler pink uols. Berkilat plak tu. Tapi kalau bibir korang bertukar jadi hitam, tak dapek den nak nolong...hehehe...

Kalau uols rasa nak bertukar lipstick, bley lah try ni. Jangan sampai orang tegur "Eeeeeeee...muka jer cantik, tapi bibir kering, kusam dan pucat"...haaaaa...Memang nak kena pelempang kokodal lah orang yang celupar tu...kahkahhak...gurau jewr. Sila contact kak TAB @ Herba Tihara. Bukan lipstick jewr, ada macam² lagi. Gi terjah. Service thorrbaikkk.

Note: Kalau ada sesapa nak buat produk review, boleh lah panggil aku...ekekeke...Ok kak TAB, tugasku dah selesai ☺☺




google pic. Kisah sedih petang jumaat. Di saat ko mengidam nak makan ketam. Sekali jumpa ketam. Tapi disebabkan keterujaan bila dah na...



Kisah sedih petang jumaat. Di saat ko mengidam nak makan ketam. Sekali jumpa ketam. Tapi disebabkan keterujaan bila dah nampak ketam, ko lupa nak check sama ada ketam tu elok atau tak. Dari luar tak der bau. Tapi bila dah bawa balik umah, ketam tu bau semacam daaaa...Pendek kata, ketam tu dah busuk sebenarnya.


Yang aku tak puas hati, tokey kedai tak check ker hasil bahan mentah dia dah busuk? Lagi aku tak puas hati, tukang potong tak kan tak tau ketam tu dah busuk? Dah ko potong, sah2 lah kuat baunya kan. Ker sebab nak untung, busuk2 pon bedal lah janji untung masuk...cisss...memang kongajar tau.


Tokei kedai, tolong lah prihatin dgn barang2 dalam kedai. Especially barang2 basah. Dapat customer yang hidung tgh tersumbat. Mana nak tau ikan dan yg sewaktu dgnnya tu busuk atau tak. Atau dpt customer yg 1st time beli barang2 basah. Tak tau condition ikan atau yg sewaktu dgnnya macam mana, main amik jewr padahal ikan tu dah lama. Nasib aku beli 2 ekor @ RM13.++ tapi sekor jer yg ok. Kalau dedua KO, memang batu belah batu bertangkup lah..haha...


Kempunan aku nak buat gulai lemak ketam. Bahan2 suma dah beli. Buat ketam goreng tapi tak puas makan sebab comel sangat. Si kimi suka ketam. Jadinya keutamaan biarlah kat anak. Ibu dapat sikit pon jadi lah. Balik ni nak cari ketam lagi.


Note: Memang tak lah aku nak membeli barang basah kat kedai tu lagi.

posted from Bloggeroid

Panda menjadi sebutan lately. Apa kata survey? Pada pendapat aku. Baca jer lah yerp. Status aku beberapa hari yang lepas. Kenapa perlu m...

Panda menjadi sebutan lately. Apa kata survey? Pada pendapat aku.




Baca jer lah yerp. Status aku beberapa hari yang lepas. Kenapa perlu membazir pada benda2 macam ni? Kenapa tak gunakan duit tu untuk penambah baikan skolah2 tahfiz? Rumah anak2 yatim? Untuk orang gelandangan yang ada anak berderet sampai tidur bawah jambatan sebab tak mampu nak sewa rumah? Dan yang sepatutnya di naik taraf dan mendapat bantuan lah kan.


Kalau gi zoo setakat nak tgk panda besar, nak masuk zoo pon bayaran dah tinggi skang ni. Kalau anak berderet2, dah brapa tu termasuk parents? Sebagai rakyat yang membayar cukai, sepatutnya duit2 tu digunakan dengan cara yang betul dan sebaik mungkin. Silalah jangan membazirkan duit raykat.




Yang ini memang lawak. Siapalah yang kretif sangat ni :-)


Note: Ke busy an dari pagi sampai skang. Banyak plak surat nak kena buat. Sorry...tak dapat nak ketuk pintu rumah. Peace yo!

posted from Bloggeroid

Sanggup beli baju yang design nya sama lebih daripada sehelai. Tapi color lain² lah khenn. Tak tau lah kenapa aku berkenan sangat denga...


Sanggup beli baju yang design nya sama lebih daripada sehelai. Tapi color lain² lah khenn. Tak tau lah kenapa aku berkenan sangat dengan Francine blouse Poplook nih, Color pon cantik². Yang penting, baju labuh menutup vontot.

Cepat sangat habis baju nih. Baru launching dah sold out. Ko kena bersiap sedia depan PC and klik cepat². Kalau tak memang melepas lah. So far aku dah ada 3 pasang blouse nih. Memandang kan permintaan Francine blouse yang tinggi. Sama macam Halley blouse dulu. Poplook ada buat backorder. Tapi tu lah. Ko kena tunggu lama sket. Kalau tak, hari ni order esok ko dah dapat bajunya. Ni bulan Julai nanti baru dapat. Tak per lah, bertabahlah aku menunggu. 


Aku dan Francine blouse Yellow.


 Aku dan Francine blouse Green

Cuma aku dan Francine blouse Royal Blue jer tak sempat nak bergambar lagi...hehehe...Kain nya pon best dan mudah digosok. Cuma ada color yang ko kena pakai inner macam color kuning tu. Gittew lah kisah aku dan blouse. kalau ada yang berkenan, bley lah gi website Poplook dot com. Backorder closes on Monday @ 12.00 pm. Sekian pesanan khidmat dari seorang peminat tegar Francine dan Halley chiffon Blouse. 

Note: Aku memang seorang yang jarang nak beli baju. Sebab asal nak beli baju jer, pastu ternampak baju budak, aku dah meroyan. Jadinya...baju anak² jadi keutamaan. Untuk si ibu, dapat shopping baju 3 - 5 bulan sekali pon jadi lah. Bley caya ker nih...ekekeke...Silalah percaya. 



Betul lah bak kata pepatah 'Tak kenal maka tak Cinta'. Yer dop. Dulu aku cukup tak suka dengan daging kambing. Dengar dagin...


Betul lah bak kata pepatah 'Tak kenal maka tak Cinta'. Yer dop. Dulu aku cukup tak suka dengan daging kambing. Dengar daging kambing jer aku allergy. Pada hal rasa pon tak pernah. Bila isyarat dalam kepala tu menghantar signal yang daging kambing tu tak sedap dan bau hanyir, Sedap macam mana pon aku tak makan even orang paksa soh makan sebab sedap. 

Tapi kan, bila buat pertama kalinya aku mula makan daging kambing, Ya! allah...sedap rupanya yerp. Tu pon atas paksaan member office, ZUE. Daging kambing dari Hj Hamzah catering. Memang sedap nak mamps. Daging lembut dan tak der bau kambing langsung. Kalau kat office ni ada event and panggil catering hj hamzah ni memang aku akan tapau lauk kambing dia. 

Skang ni aku dah kemaruk dengan daging kambing. Dah tak heran ngan daging lembu dah. Lamb chop, kari kambing, nasi goreng kambing...perghhhhh...sendiri taip sendiri kecur ailio. 1st time makan nasi goreng kambing kat Ramal Junction Food Court, sedap wei. Tak cukup sepinggan rasanya. Dasar kuat makan khenn. Tak padan ngan badan jecik...ahaks...

Banyak khasiat daging kambing ni kan. Antaranya...daging kambing ni baik untuk kesihatan jantung rupanya. Meh baca nih;


KUALA LUMPUR - Entah mengapa ramai kalangan kita memilih untuk menolak sajian daging kambing yang sering dipersalahkan sebagai penyebab masalah kolestrol dan darah tinggi yang kemudian membawa kepada penyakit jantung.

Sedangkan pada masa kini, kambing merangkumi 63 peratus daging yang dimakan di seluruh dunia, termasuk menjadi sumber protein utama di banyak negara Arab dan Afrika Utara, selain penting di rantau Asia Tenggara, kepulauan Caribbean dan kawasan tropika yang lain.

Di Barat pula, daging kambing makin mendapat publisiti meluas sebagai sumber protein yang lebih menyihatkan berbanding daging lembu, malah terdapat kajian yang menyatakan ia lebih sesuai untuk dimakan oleh penghidap masalah berkaitan jantung.

Kumpulan penyelidik dari Sistem Kerjasama Pendidikan Lanjutan Alabama (Alabama Cooperative Extension System-ACES) yang terdiri daripada Universiti Alabama dan Universiti Auburn misalnya, turut mengadakan program pendidikan awam yang mempromosi daging kambing sebagai makanan yang lebih sihat.

Gittew lah kisahnya. Kalau dah baca lagi klik jer kat tajuk tu. Ni sebahagiannya saja sebab artikel tu panjang sangat. Kesimpulannya...Jom makan kambing...muahahaha...

Note: Pasal kambing pon boleh jadi entry...ekekeke...



Kisah anak² yang bermacam² ragam. Sorang nak makan bersuap. Yang lagi sorang nak makan sendiri. Nasib tak der lagi yang minta makan beradab...

Kisah anak² yang bermacam² ragam. Sorang nak makan bersuap. Yang lagi sorang nak makan sendiri. Nasib tak der lagi yang minta makan beradab...hahaha...


Budak yang selalu makan nak bersuap. Kalau ibu tak suap, dia tak nak makan. Kalau terpaksa gak makan sendiri, memang tak kan habis nasinya. Tapi kalau ibu dia ni yang suap, berpinggan² nasi bertambah. Especially kalau dapat lauk yang memenuhi selera tekak si abam kimi nih. Sedap suapan dari air tangan ibu yer nak.


Si kakak ni kekadang nak makan sendiri. Tapi ibu dia ni plak yang nak menyuap. Tak macam abang dia yang dipaksa makan sendiri. Pilih kasihkah aku....muahahaha...sebab kimi dah darjah 1 kan. Si kakak ni baru 4 tahun. Aci tak alasan...ekekeke...Lagi pon aku malas nak buat keja banyak kali. Ko tau lah bebudak klo makan. Bersepahnya boleh bikin ibu naik menyinga. Nak² billa nak kena kutip butir² nasi yang banyak kluar dari pinggan. Jadinya...biar ibu yang suap. 

Tapi pe'el si anak dar ni plak, suka memain time makan dan suka drama queen. Tak pedas dia ckp pedas. Kita suap seciput dia ckp banyak. Sabar jer lah haku. Pastu kan, bila suma dah habis makan, dia sibuk nak nasi lagi...ppffttttt...


Ni lagi satu budak yang selalu buat ibu gewam. Si ustaz qhalif ni. Sama macam kakak, nak makan sendiri. Ibu tak bagi gak sebab malas nak mengemas. #makbanyakanak memang macam ni. Nak jimat masa dan tenaga punya pasal kan. Kalau ikut mood dia, redha lah ibu yang suap. Kalau datang hanginnya si ustaz ni, terpaksa lah bagi makan sendiri. Redha lah si ibu jadi tukang kemas. Dah memang itu kerjanya hari² khennn...hehehe...

Dan pe'el si ustaz qhalif ni, suka cuit sana cuit sini time aku tengah menyuap. Nak meratah lauk pon iyer gak. Boleh tahan kuat makan gak lah. Kalah kakak dia. Nak membina otot² macam abah dia kot. Tapi bila dah kenyang, signal nya...habis di keluarkan suma makanan dalam mulut...ppffttt...

Kesimpulannya...anak² memang suka makan bersuap dan disuap. Dan berseleranya kalau dapat makan dari suapan tangan ibu nih. Suap lah anak² makan selagi boleh. Bila anak² dah kawin nanti tak boleh dah nak suap² ☺☺

Note: Pak mertua admitted kat spital selayang. Dah masuk 4 hari. Slow juga service spital selayang yerp. Smoga pak mertuaku cpt sembuh,




KLIK BANNER UNTUK JOIN Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blo...


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah!

HADIAH:
USB Flash Drive/Pendrive 8GB
Jewellery Fashion 1 set
Novel
T-Shirt
Fridge magnet
Keychain

Segmen Blogging + Menang Hadiah! anjuran dan tajaan Yumida

TAMAT: 29 MEI 2014 – Jam 11.59 malam

Note: Apalagi....jom join ☺



Rasanya ramai blogger yang dapat invitation ni kan? Aku salah sorang lettew...hehehe...Actually aku dapat call dari Eric from nuffnang ...


Rasanya ramai blogger yang dapat invitation ni kan? Aku salah sorang lettew...hehehe...Actually aku dapat call dari Eric from nuffnang last week. Tanjat gegirl uols tetiba orang nuffnang call. Dia tanya sama ada aku berminat nak join factory visit ke kilang Mamee Chef di Melaka. Tapi aku minta confirmation on the next day. Hari jumaat baru dorang hantar email. Dapat buat sponsored post skali. Amount lagi tinggi dari sebelum ni. Alhamdulillah...rezeki blogging.

Berat hati juga nak pergi. Sebab nak kena tinggalkan 3 handbag mahal kat umah tu. Pastu dok fikir tak der gang. Pastu ada member blogger yang kata nak gi juga. Ok lah...kita proceed jer lah. Ada juga gang. Bukan selalu dapat peluang macam nih kan. Dan bukan selalu si ibu nak berjimba² ngan kawan²...ngeeeeee...Kiranya mommy's day out ke kilang mamee lah kittew. Kita jumpa di sana lah yerp ☺

Note: Tak tau nak citer apa. Isnin ku yang blur. Citer ni pon jadilah yerp...muahaha...


Lady of Leisure  @ ladyofleisure2101 To Allah we belong and to Allah we return. ARMAN DANI 21 OCTOBER 2011 - 16 MAY 2014 Al F...


To Allah we belong and to Allah we return. ARMAN DANI 21 OCTOBER 2011 - 16 MAY 2014 Al Fatihah Doa Mummy, semoga Aman tenang di sana sayang. Mummy akan sentiasa merindui Aman dalam setiap nafas Mummy. #armandani #alfatihahforaman #prayforaman

Speechless....Tak dpt nak tahan airmata dan akhirnya gugur juga. Buat Lady @ Molie Arie, kamu insan terpilih. Salam takziah buat lady, hubby and family. Al-fatihah buat anak syurga Arman Dani. Yang akan manunggu mommy dan babah di SANA. Smoga tabah dan redha dengan ujian dariNYA.

Lady...kawan alam maya yang aku kenal dari blog LADY OF LEISURE. @ LITTLE PARLOUR. Suka baca sebab lady pandai masak dan gambar² dlm blog suma cantik². Dari sebelum ada aman, mengandungkan aman dan sampailah kelahiran Arman Dani...The one and only, Memang aku ikuti perkembangan mereka. Dari blog, berpindah pula ke IG. Terkejut bila dapat tau aman sakit. Quote dari lady yang buat aku luluh:

Ya Allah, i love my son so much, if my son can be cured, please grant him strength and speedy recovery, but if Allah love him more, i will accept it. Only Allah knows what is best for him and for us. 

 Dan hari ni...Aman kembali pada penciptaNYA. Pada hari jumaat...penghulu segala hari. Allahu akhbar...berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Ujian dan dugaan yang sangat berat. Tapi aku tahu...lady seorang yang tabah. 

AL-FATIHAH

Note: Kalau kita rasa dugaan kita hebat, ada dugaan yang lagi hebat dari apa yang kita sedang lalui skang ni :-(








Terima kasih padamu cikgu Jasamu akan kukenang selalu Tak pernah lelah tunjuk ajarku Terima kasih ku kepadamu CIKGU SELAMAT...



Terima kasih padamu cikgu

Jasamu akan kukenang selalu

Tak pernah lelah tunjuk ajarku

Terima kasih ku kepadamu CIKGU


SELAMAT HARI GURU buat semua cikgu2 di:


Tadika Anakku Sayang

Sekolah Rendah Convent Jalan Peel

Sekolah Menengah Convent jalan Peel


Dan juga buat cikgu2 ImanHakimi @ PASTI Siti Sarah, SRK Seksyen 7, Bangi dan Skolah Rendah Agama *lupa nama skolah..ppfftt...Tak lupa buat cikgu2 Qahirah dan Iman Qhalif @ Taska/Tadika Ubudiyah, Seksyen 7 Bangi.


SELAMAT HARI GURU juga buat rakan2 dan rakan2 blog yang bergelar cikgu...Kaulah pelita hidup bagi kami semua :-)


Note: Tak sempat nak balut hadiah hari guru. Jadinya...bagi macam tu jer lah :-)

posted from Bloggeroid

Sekali sekala fefeeling anak dara. Kakak selfies ngan adik². Adik nombor 1 nama dia Iman Hakimi. Adik nombor 2 tu nama dia Qahirah dan ...


Sekali sekala fefeeling anak dara. Kakak selfies ngan adik². Adik nombor 1 nama dia Iman Hakimi. Adik nombor 2 tu nama dia Qahirah dan adik bongsu tu nama dia Iman Qhalif. Comey tak kakak. Percaya tak kakak ni dah ada 3 orang anak..ekekeke...Layan lah kesengalan aku hari ni. Jiwa kacau nih.

Note: Masih tak tau nak bagi jawapan SEMALAM. Nak pergi ker tak...nak pergi ker tak...Tu yg buat serabut.



Dalam dilema. Dapat invitation nih: Join us on a journey of discovery with our new Zespri® SunGold Kiwifruit variant at the lusciou...


Dalam dilema. Dapat invitation nih:

Join us on a journey of discovery with our new Zespri® SunGold Kiwifruit variant at the luscious greenery at Taman Botani Negara Shah Alam on Tuesday, 20th May 2014.

Wear your most comfortable sneakers and meet us at 8am at BluMed Restaurant, Mid Valley. To start the day, we have prepared a special breakfast for you and an interesting trivia session with the dietitian.

Gi naik bas uols. Macam best jer aktiviti ni. Tapi tu lah. Aku ni kalau sesorang tak der gang memang rasa macam cangok jer. Iols kan is pemalu lagi penyegan. Kalau ada gang havoc sket. Gang blogger aku sorang tu tak dapat plak. Kalau tak ada lah partner in crime khenn. Tanya gak blogger mana lagi yang dapat invitation ni. Tapi aku tak kenal lah pulok...huhuhu...

Hasihhhhh...nak ker tak nak....nak ker tak nak...nak ker tak nak...Apa² pon kena minta ijin ngan En. somi dulu. Harini kena bagi jawapan.

Note: Tu pon nak letak dalam blog....hahaha...Lantak lah. Janji bukan entry meroyan, mengaibkan, memfitnah dan membuka pekung didada...kan...kan..kannn...peace yo!!!






Ni sabtu aritu punya cerita. Iman Hakimi yang kepenatan balik dari sekolah. Ada sekolah ganti sabtu tu. Ganti untuk Hari Raya nanti. Aw...


Ni sabtu aritu punya cerita. Iman Hakimi yang kepenatan balik dari sekolah. Ada sekolah ganti sabtu tu. Ganti untuk Hari Raya nanti. Awal betul gantinya khenn. Skolah anak² uols dah start ganti ker belum? Even skolah hari sabtu, kena pergi jugak. Tak boleh ponteng² skolah tanpa sebab yang munasabah. So far Iman Hakimi belum pernah tak datang skolah setakat bulan May ni. Harap² penuh lah kedatangannya. Tapi untuk skolah agama adalah 3-4 hari tak skolah. Erkkkk...ni nak citer pasal skolah ker pasal bantal empuk...muahahaha...

Ok...Si kimi ni memang terangatlah jarang tidur siang Kalau suma orang tido siang, dia sesorang  lah melayan perasaan sambil tengok TV. Soh tido tak nak plak dia tido. Pendek kata memang susah lah nak tido siang. Ntah kenapa aritu datang angin ngantuk dia gamaknya, tertidur atas badan abahnya. Kepenatan sebab skolah hari sabtu kot. Empuk sangat badan abah tu. Kerja angkat besi jewr. Nak six pax kononnya. Cer baring kat belakang ibu ni, rasa tulang jer kot...hehehe...

Note: Maaf lah uols. Iols tak dapat nak terjah rumah² uols. Mana yang sempat jewr nih. Sekian...



Ibu, Mak, Mummy, Ummi, Amma, Mama dan apa pon gelarannya, ianya tetap membawa maksud yang sama. Masih belum terlambat untuk buat ucapan kan...

Ibu, Mak, Mummy, Ummi, Amma, Mama dan apa pon gelarannya, ianya tetap membawa maksud yang sama. Masih belum terlambat untuk buat ucapan kan...hehehe...


Hari2 adalah hari IBU. Untuk Mak tersayang:

Sungguh jasa mak tak dapat dibalas dengan kata2 
Mengandungkan kita berbulan2 lamanya 
Bertarung nyawa ketika melahirkan kita 
Susui kita dengan penuh kasih sayangnya Kesabaran mak melayan karenah dan ragam kita cukup hebat dan bermakna 
Bersengkang mata menjaga kita ketika demam dan sakit demi anaknya yang tercinta 
Tidak dilupa doa mak dipenghujung solat yang mendoakan kejayaan kita...anak yang dikasihinya

KASIH IBU MEMANG HEBAT. KASIH TANPA SYARAT DAN CINTA YANG TAK BERPENGHUJUNG. IBU DIHATI...SYURGA MENANTI. SELAMAT HARI IBU BUAT Mak, Hjh Salbiah Bt Abd Rasid. Ibu Mertuaku, Azizah dan Saubiah Hawari dan SEMUA kawan2 yang bergelar IBU. Yang bakal menjadi IBU. Dan yg sedang berusaha untuk menjadi IBU. Teruskan usaha dan jangan putus asa. In shaa allah...saat itu akan tiba juga :-)

Selfies ngan adik²...ekekeke...giler perasan ☺☺

Buat anak² ibu...Iman Hakimi, Qahirah dan Iman Qhalif. Hargailah jasa dan pengorbanan ibu mu ini yerp. Smoga menjadi anak² yang terbaik dan berjaya didunai dan diakhirat. 

'MAK...I LOVE YOU TODAY, TOMORROW AND FOREVER TILL JANNAH'

Note: Ada yang kata sambut hari ibu tu haram. Tapi dengar IKIM.fm pagi ni, katanya harus. Untuk meraikan pengorbanan ibu. Yang jadi haram bila kita meraikan nya mengikut agama mereka. Lebih kurang mcm tu lah bunyinya, Betulkan kalau salah yer. 




Kalau tak der usaha, macam mana nak bertambah kan. Patah tumbuh hilang berganti konsepnya gittew. Habis jer BE (Buffered Earning) yan...

Kalau tak der usaha, macam mana nak bertambah kan.


Patah tumbuh hilang berganti konsepnya gittew. Habis jer BE (Buffered Earning) yang dah di credited, dapat BE baru lagi. Alhamdulillah...ada 3 BE yang tengah running. Stay lah lelama sikit yerp. Biar beranak pinak duit tu. Uolss pon pemurah kan. Kalau keluar iklan² tu, rajin² kan lah jari jemari tu untuk klik. Bagi penuh duit tabung dengan ucapan TERIMA KASIH tak terhingga.

  
Yang ni hasil CPC clicks dari uols yang sangat pemurah. Dan juga duit terkumpul hasil dari blogging. Dok situ dediam. Tunggu duit tu bertambah lagi baru nak cash out. Sikit² lama² jadi bukit kan. Gigih mak mengumpul noks. Blogger lain lagi banyak dapat wei. Bukan nak menunjuk, sekadar nak berkongsi. Ko nak tengok berapa lama aku kumpul duit ni? Meh tengok:


Last aku cash out bulan May 2013. Skang dah masuk bulan May 2014. Ko nampak tak...makan tahun aku kumpul duit tabung nih. Dah jumlah terkumpul hasil dari blogging adalah seperti gambar diatas. Alhamdulillah...nampak gak hasil blogging even berjaman nak tunggu duit tabung banyak. Uols jagan putus asa kalau duit nuffnang tu sikit jer. Macam aku cakap 'SIKIT² LAMA² JADI BUKIT'. Selamat mengumpul duit tabung lah yerp.

Apa² pon...THANK YOU NUFFNANG. Bila nak bagi Sponsored Post? Blogbuster Campaign iols tak reti nak buat...huhuhu...

Note: Lambat bersiaran. Mungkin lpas ni akan kurang berblog :-(



Touching jap dengan apa yang Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani kongsikan nih. Lagi touching bila baca blog DaddyZZZ [DADDY COOL] smalam. Bet...


Touching jap dengan apa yang Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani kongsikan nih. Lagi touching bila baca blog DaddyZZZ [DADDY COOL] smalam. Betul apa yang ustaz kata kan tu. Kita ni kekadang terlalu mengikut perasaan. Kekadang tanpa kita sedar, kita lepaskan kemarahan kita pada anak². Sebab masalah² yang kita bawa dari pejabat dan juga masalah² lain, anak² jadi mangsa. Sebab kepenatan pon, kekadang kita lepaskan pada anak².

Teringat perkongsian dari Ustazah Norhafizah Musa. Hidup ini di ibaratkan seperti Remote Control. Kita yang mengawal Remote dan chanel. Bila kita berada dipejabat, kita tukar kepada chanel pejabat. Kita sebagai seorang pekerja. Lupakan masalah² dirumah. Fokuskan pada kerja. Bila kita berada dirumah pula, kita tukar chanel kepada rumah, dimana kita perlu menjadi seorang surirumah dan juga seorang isteri yang menjalankan tanggungjawab. Lupakan soal² dan masalah² dipejabat. Tumpukan perhatian pada keluarga. Begitu juga jika kita seorang guru. Perlu bertukar chanel kepada sekolah. Beri perhatian pada anak² murid. Mengajar dengan penuh ikhlas. Lupakan masalah² lain. 

Nampak tak? Apa pon masalah, kita kena kawal diri kita. Kita kena sentiasa tukar chanel mengikut situasi dan keadaan. Peringatan buat diri sendiri juga. Nampaknya aku masih belum dapat nak mengawal sifat amarah bila berhadapan dengan karenah anak². Tapi aku tak putus asa. Doa...doa dan terus berdoa padaNYA. Supaya redhakan hati untuk menjaga anugerah terindah ini dengan sebaik²nya. Dan memohon supaya diberi kekuatan dan kesabaran yang tinggi dariNYA untuk menjadi ibu yang terbaik buat anak². 


Dan aku kena tanamkan dalam diri ini yang anak² adalah pinjaman dariNYA. Hargailah selagi mana ALLAH pinjamkan mereka pada kita. Bila² masa jer ALLAH boleh tarik nikmat itu.

MY LOVE, MY LIFE and MY STRENGHT. Mereka ini yang buat aku jadi kuat dan sabar. Kuat dan sabar untuk terus bertahan. Kuat untuk terus mengharung dugaan tanpa henti. 

'YOU ARE BEING TESTED. YOU MIGHT NOT BE GOOD AT TAKING TESTS. BUT WITH PATIENCE AND PRAYER, YOU CAN MAKE IT'

Note: Sendiri taip sendiri touching sampai bergenang airmata dengan entry sendiri...haishhhh...hati tisu betul tau. Sambil taip teringat kat anak²










Aku tertarik dengan perkongsian dari FB Hamka (Kereta Mayat) ni. Meh baca. Memang betul apa yang diperkatakan tu. Sebab memang sla...

Aku tertarik dengan perkongsian dari FB Hamka (Kereta Mayat) ni. Meh baca.


Memang betul apa yang diperkatakan tu. Sebab memang slalu jadi kat kita kaum isteri ni khenn. Bukan main mencari² lagi benda yang dicarinya. Contohnya singlet. Habis diselongkar nya. Al maklumlah...bila kain baju tak sempat nak berlipat. Penuh lah katil dengan timbunan baju.

Cari punya cari tak jumpa. Pada hal benda tu ada depan mata sebenarnya. Nak isteri dia ni jugak yang cari. Bila isteri dia yang jumpa...senyum jer lah sambil jengil mata. Pada hal dah geram sebab benda yang di cari tu memang ada. Sama juga lah barang² dalam bag. Tak jumpa memanjang. Alasan suami 'erkkkk...puas dah abang cari. Tak jumpa gak. Macam mana za cari boleh jumpa. Magic ni'. Amboiiii....ayat. 

Power seorang isteri kan. Mungkin sebab dah tugas isteri menjaga barang² suami dan juga barang anak². Even tersorok macam mana pon, tetap si isteri boleh jumpa. 

Note: Kalau cari dengan mulut  memang tak jumpa kan...hehehe...




Lagi tak bagi, lagi banyak plak SUSU!!! Acaner tu? Ni hasil tenusu smalam di usia ustaz Iman Qhalif 2 Tahun 23 Hari. Dah malas nak menge...


Lagi tak bagi, lagi banyak plak SUSU!!! Acaner tu? Ni hasil tenusu smalam di usia ustaz Iman Qhalif 2 Tahun 23 Hari. Dah malas nak mengepam sebenarnya. Dan dah lama aku tak mengepam bila dah hujung² ustaz Qhalif nak masuk 2 tahun haritu. Tapi disebabkan kebengkakan, gigih gak bawa bag pump gi office smalam. Selalunya aku bagi direct feeding jer bila sampai umah. Bengkak² pon aku tahan gak. Tapi ni tak bley tahan dah.

Macam mana nak wean off ni? Orang kata kalau kita kurang bagi anak susu badan nanti susu tu akan kurang. Tapi ustaz Qhalif ni on weekend jer fully breastfeed. Sakan tak hingat lah khenn. Tak nak langsung susu botol. Gigih aku membancuh, tak nak diminumnya kecuali kalau betul² dah haus. Itu pon tak habis. Hari biasa memang bagi FM. Nak plak diminumnya...haishhh....Tapi bila ibu dia ni balik kerja, mengempeng jewr lah dia.

Macam aku ni, lagi tak bagi lagi banyak plak susunya. Siap package bengkak dan masih bocor lagi tu kalau tak bagi. Ni penangan ESP, Alfalfa dengan Sustained Release Vita-C ker? Nak salahkan vitamin plak yerp...hehehe...Alhamdulillah...atas rezeki dariNYA ini. Rezeku ustaz Qhalif yang meriah dengan susu ibu.

Ok...sambil menyelam minum air. Pada yang nak rasa susu banyak dan meriah macam yang aku rasa skang ni. Boleh PM/SMS/WhatsApp 018-2910156. 


Saya adalah pengedar sah SHAKLEE yang berdaftar dikawasan Cyberjaya, Bangi dan lain² kawasan...hehehe....Consultancy akan diberi secara percuma. 

Note: Maaf...tak sempat nak melawat kawasan lagi. Slow² yerp.


Menung apa tu doctor? Mengenangkan masa depan yang semakin mencabar ker...ekekeke...Dah lama tak citer pasal anak dara nan sorang nih. A...


Menung apa tu doctor? Mengenangkan masa depan yang semakin mencabar ker...ekekeke...Dah lama tak citer pasal anak dara nan sorang nih. Asyik citer pasal abang ngan adik jewr kan ibu nih. Ok...hari ni ibu citer pasal awak yer doctor. 

Saja jer panggil qahirah ni doctor. Mana tau masin mulut ibu ni dah besar nanti jadi doctor. Anak dara yang makin banyak keletah, banyak akal dan banyak mulut. Kakak/adik yang penyayang. Tapi ada masa garang gak nih dan suka menyakat. Anak yang berhati kental, tahan sakit dan berani. Satu jer ibu tak boleh tahan, kalau nak susu tak boleh tunggu lelama. Nak skang jugak...tak kira. 

Kenapa aku kata qahirah ni jiwa kental dan tahan sakit? Macam² yang dia dah lalui. Antaranya, masa usia 7 bulan, anak dara ni kena sakit mata. Sampai tahap MATA TERPAKSA DICUCI. Tak lama lepas tu kena Jangkitan Telinga @ Otitis Media plak. Gegendang telinga berlubang sket dan Kena Cuci Telinga. Pastu kena kudis buta. Ya! allah...memang macam² dugaan. Sampai anak dara ni dah lali dengan KESAKITAN.

Selamba jer di kopek luka yang dah kering. Kulit terlebih yang kat celah² kuku tu selamba dicabutnya. Kita ni rasa sakit, tapi dia tak. Sampai luka kita pon dia nak tolong kopek. Memang jenis tak penggeli. Suma benda nak di usiknya. Tapi kan...doctor qahirah ni alah dengan kucing. Nampak kucing dia takut...hahaha...

Antara aktiviti² qahirah kat nursery

Ini plak aktiviti untuk 2 tahun. Nampak tak Iman Qhalif disitu ☺

Doctor Qahirah ni dah tak sabar nak skolah. Nak pakai baju skolah macam kawan² kat nursery tu. Sian plak tengok. Nangis kekadang tu sebab nak gi skolah...huhuhu...Buat masa ni hantar playschool jer kat nursery tu, Tahun depan kita daftar skolah kakak yerp. Berapalah harga untuk tadika next year kan. Mesti naik lagi. Sebab tiap² tahun naik.

Note: Citer pasal anak jer lah pagi ni. Tak tau nak citer apa ☺

Extra Note: Mekasih buat pengikut baru. Nanti daku terjah yerp.





Habis semua harta karun dalam tu berselerak. Termasuklah: - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - ...

Habis semua harta karun dalam tu berselerak. Termasuklah:
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Ko tengok ni. Ustaz Qhalif mengerjakan apa? Ko dah kenapa dik. Selongkar HB ibu pastu gi main pampers dewasa tu buat apa? Nak pakai ker? Senyap jer buat onar kan. Bukan setakat plastik dibukanya, habis dengan pelekat dicabut....ppfftttt...Acaner tu? Nasib tak ditampalnya kat badan. 

Mesti handbag uols pon selalu kena selongkar ngan anak² khenn. Kat umah tu, kalau aku nak bersiram dan yang sewaktu dengannya, handbag memang kena letak tinggi² sebab ustaz qhalif ni suka menyelongkar. Kalau terlupa memang sadakallahul'azim lah jawabnya. Habis duit ngan segala macam kad berterabur. Nak marah pon tak boleh. Budak beso ni apalah dia tau khenn.

Note: Lengang jer jalan harini. Office pon lengang gak. Tapi rasa harini macam hari isnin.


Selamat Hari Pekerja buat semua pekerja² di Malaysia. Tapi kan, tak der istilah cuti buat serirumah yang berkerjaya. Sentiasa bekerja, ...


Selamat Hari Pekerja buat semua pekerja² di Malaysia. Tapi kan, tak der istilah cuti buat serirumah yang berkerjaya. Sentiasa bekerja, ada kerja dan dikerjakan...erkkkk...wakakaka...dikerjakan oleh anak² yerp. Otak kuning lettew. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...