AFB Feeds

Alhamdulillah. Dapat gak merasa trial pack Ephyra nih. Selasa dapat tau result GA IntaNBerliaN ,...


Alhamdulillah. Dapat gak merasa trial pack Ephyra nih. Selasa dapat tau result GA IntaNBerliaN, terus email kat ina detail. Hover tak hover lah haku kann. Sekali hari rabu dah dapat barangnya. Memang pantas dan cepat betul lah service. Malam tu jugak ber EPHYRA. 

Risau gak takut tak sedap ker...boleh diterima dek tekak ker ni. Sekali bila dah minum 'eh! sedaplah. Macam air oren rasanya'. Kita tengok jer lah hasilnya nanti yer. Kalau best, boleh continue. Tapi Shaklee pon on jugak. Supplement tambahan di kala usia makin meningkat remaja *lah sangat katakan. Rasa bertenaga sket bila makan. 


Note: Kalau makan supplement ni, air masak kena minum banyak. Pastu mula lah asyik nak ke toilet jer.



Salam pagi jumaat yang penuh barokah. Semoga solat kita diterima olehNYA. Sama² lah kita perba...


Salam pagi jumaat yang penuh barokah. Semoga solat kita diterima olehNYA. Sama² lah kita perbaiki mana yang kurang. Especially bab kusyuk dalam solat. 

Ni ada tips dari Ustaz Nor Amin untuk khusyuk dalam solat:
  1. Faktor pemakanan, jauhkan diri kita memakan makanan dari sumber yang tidak diketahui, contohnya makanan yang bertanda halal semata-mata. Makanan merupakan faktor yang paling penting untuk mendidik jiwa. Sunnah nabi, berenti sebelum kenyang dan makan ketika lapar. Bila kita makan banyak kita akan mengantuk dan menguatkan nafsu kita. dalam masa yang sama susah untuk kita melaksanakan ibadah kepada Allah dengan sempurna.
  2. Ambil wuduk dengan sempurna jangan ambil wuduk seperti batuk ditangga, kerana wuduk yang baik akan membuatkan solat menjadi baik, menentukan solat itu diterima ataupun tidak ialah berasal dari wuduknya.
  3. Sebelum memulakan solat disunnatkan kita membaca istiqfar, 3 khul iaitu Surah An-Nas, Surah Al-Falak, Surah Al-Ikhlas. fadhilat surah ini ialah untuk mencegah dari gangguan syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk melalaikan manusia ketika solat.
  4. Semasa solat hadirkan diri kita seolahnya sedang berhadapan dengan Allah, rasa kehinaan kita kepada Allah, rasa taubat dengan segala kesalahan yang telah kita lakukan, sesungguhnya diri kita akan merasa gerun dan takut akan segala siksaan Allah terhadap segala dosa yang telah kita lakukan.
  5. Ketika solat perlu kita mentadabbur makna bacaan kita dalam solat, untuk memelihara hati kita supaya ia khusyuk dalam solat. Jika tidak tahu mentadabbur makna bacaan dalam solat maka boleh kita membayangkan segala perkataan dalam solat kita.
  6. Kalau boleh dirikanlah solat secara berjamaah kerana berjamaah pahalanya 28 pahala, jika hati kita tidak khusyuk masih ada pahala lagi. Lagipun solat berjamaah ini susah untuk diganggu syaitan. Hal ini berbeza dengan solat berseorangan kerana solat berseorangan pahalanya 1 sahaja jika tidak khusyuk habis ditolak oleh Allah. Sesiapa yang solat berseorangan diibaratkan sepertimana kambing yang berpisah dari kumpulannya dan mudah menjadi mangsa kepada serigala yang sentiasa mengintainya.


Perhatian buat kaum lelaki yang bergelar SUAMI. Nafkah yang harus di laksanakan terbahagi kepasa 3 jenis: 1) NAFKAH PERIBADI ISTERI ...


Perhatian buat kaum lelaki yang bergelar SUAMI. Nafkah yang harus di laksanakan terbahagi kepasa 3 jenis:

1) NAFKAH PERIBADI ISTERI

Walaupon isteri yang bekerja, wajib si suami memberi nafkah..."Nah sayang, duit belanja bulan ni kot² nak beli lipstick ker...seluar kocik ker atau baju dalam yang dah terkeluar dawai tu"...muahahaha...

2) NAFKAH KELUARGA

Bila suami tak cukupgaji, isteri tolong top up. Sedekah yang paling baik adalah sedekah seorang isteri untuk membantu suami. Isteri bukan menanggung suami  tapi mencukupkan apa yang suami tak mampu. 

Kalau suami tak bagi nafkah, isteri tak redha. Segala perbuatan suami seperti solat dan puasa pon tak berguna lagi sebab tak dapat pahala apa² walaupon suami tu ustaz atau tok imam sekali pon. Haaaa...penting ni. Uols redha tak??? Mengaku cepat. Kalau tak redha nasiblah kaum suami. 

3) NAFKAH BATIN

Bukan hanya di bilik tido semata², tapi mengembirakan hati isteri, bergurau senda dengan isteri, memberi pujian pada isteri. Meh baca [APA MAKSUD SEBENAR NAFKAH BATIN]

Sekian tazkirah khamis untuk hari ni yerp ☺

Note: Jerebu sudah datang. Batuk dah mula menyerang dan tekak dah mula gatal². 



Pagi ni terdengar kat radio IKIM fm. Aku skang dah beralih arah. Dah tak dengar HOT lagi dah. Su...


Pagi ni terdengar kat radio IKIM fm. Aku skang dah beralih arah. Dah tak dengar HOT lagi dah. Suka dengar IKIM skang nih. Banyak kisah² dan tazkirah yang menarik untuk halwa telinga aku nih. Buat aku berfikir dan muhasabah diri ini. Ok...dah merepek plak dah.

Ni nak citer pasal Kem Funzania nih. Masa dengar orang dari Telaga Biru tu bercakap, buat aku dah rasa tertarik nak hantar Iman Hakimi kat kem tu nanti. Bermula musim cuti sekolah bulan march. Kem selama 2 hari 1 malam kat Janda Baik, Pahang. Khusus untuk pelajar 7-9 tahun. Antara aktivitinya:

INPUT KEM:

Solat is FUN (Bengkel perbaiki solat)
NATURE Lover (semai anak pokok)
5 Rencah 5 Rasa (makanan dan khasiat)
Mix and Match (ice breaking dan pembentangan)
May Allah bless us (solat Hajat)
Energizer Kid (Riadah)
Master Chef Cilik (penyediaan snack)
Dhuha time (solat dhuha dan doa dhuha)
I'm the Housekeeper (bengkel kemas bilik)
Funzania WARRIOR (rentas halangan) 

Menarik tak? Menarik sangat kan. Banyak aktiviti. Bebudak kalau time cuti biasalah khenn. Asyik mengadap tv dan gadjet. Sekali sekala bagi dorang join aktiviti macam ni. Mana tau ada perubahan. Kalau nak melentur buluh, biar dari rebung nya.

Yuran pendaftaran

RM280.00 seorang (pembayaran sebelum 5 Mac 2014)
RM300.00 seorang (pembayaran bermula 6 Mac 2014)

Untuk info lanjut, boleh layari website [TELAGA BIRU TRAINING & CONSULTANCY]

Note: Harap² tuan besar bagi kelulusan utk hantar anak dia kat sini ☺






Tak serik² lagi ker dorang nih. Kalau tak ada sifat kasih sayang, tak payahlah jaga budak. Aku kala...

Tak serik² lagi ker dorang nih. Kalau tak ada sifat kasih sayang, tak payahlah jaga budak. Aku kalau bab² baby/budak ni memang hati tisu. Meh baca nih:


Terbaca kat IG @natashahudson. Apsal lah tergamak buat kat baby macam tu. Memang ada baby yang selesa di bedung ketika tido. Tapi kot iyer pon nak bedung, tak payahlah bedung ketat² sampai budak tak boleh bergerak. Pastu boleh plak bagi susu sendal ngan bantal jer. Tak ker mungundang bencana tu. Menurut pembacaan aku, gambar ni sebagai contoh macam mana anaknya diperlakukan (pengakuan dari si ibu). Kesan dahi lebam tu sebab anak dia jatuh.  Sedihnya lah haiiiiii...Teringat kat anak² kat nursery tu.

Untunglah kamu² semua yang boleh jaga anak 24/7. Untunglah kamu² semua yang anaknya di jaga oleh nenek mereka sendiri. Ya! Allah...peliharalah keselamatan anak² kami walau di mana mereka berada. 

Note: Today is gloomy day :-(


DaripadaNYA kita datang, kepadaNYA juga kita dikembalikan. Our beloved CEO/MD of UEM Sunrise pa...



DaripadaNYA kita datang, kepadaNYA juga kita dikembalikan. Our beloved CEO/MD of UEM Sunrise passed away @ 5.00 am due to cancer. AL-FATIHAH. Smoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang² yang beriman.

Ok....masih dalam mood terkejut. Arwah baru jer balik dari menunaikan umrah. Tipulah kalau aku cakap aku tak nangis. Bergenang gak airmata bila baca whatsapp group. 


Ada gak gambar kenangan bersama Dato' Wan. YA! allah....sedihnya.

AL-FATIHAH




Google Pic. Buat yang sedang mencari pekerjaan. Tak kira lah uols punya kawan², abang, kakak, ...



Buat yang sedang mencari pekerjaan. Tak kira lah uols punya kawan², abang, kakak, adik, sepupu sepapat, saudara mara, kawan baik, anak saudara dan yang sewaktu dengannya lah. Ada jawatan kosong sebagai PHARMACIST sangat diperlukan dengan segera. Kalau boleh nak PHARMACIST yang BERDAFTAR.

Bukan setakat jadi PHARMACIST jer tau, anda juga diperlukan sebagai RAKAN NIAGA. Tawaran gaji bermula dari RM5000 - RM8000 plus PROFIT SHARING. Menarik kan. Kalau berminat, boleh berurusan terus dengan: 

En. Azman Mat Jahaya
SMS/WhatsApp/Call
019-2492701
019-2730573



Alhamdulillah. Rezeki join Giveaway . Sangkut gak nama. Dan paling tak sangka. dapat trial pack...



Alhamdulillah. Rezeki join Giveaway. Sangkut gak nama. Dan paling tak sangka. dapat trial pack EPHYRA plak tu. Ina macam tau² iols teringin nak try EPHYRA ni...hehehe...Thank you so much Ina, Alisha and Aqilah ☺☺


Betul uols. Sana sini dok citer pasal kehebatan EPHYRA. Terasa ingin mencubanya lah jugak khenn.  Hati dah mula memanggil² soh try EPYRA nih. Sekali tak sangka plak menang EPHYRA. Rezeki...rezeki...Rasa tak sabar plak nak dapat hadiah nih dan rasa tak sabar nak mencuba produk EPHYRA...ekekeke...

Note: Even aku jual shaklee, tak semestinya aku tak boleh nak makan produk lain kot. Tak menjadi kesalahan yerp. Uolss dah tadah air ker? Kan dah cakap, harga tong meningkat naik sejak air nak kena catu nih.


WhatApp yg aku dapat. Tapi smalam lagi hubby dah bagitau air akan dicatu. Tapi tak tau bila. Sekal...



WhatApp yg aku dapat. Tapi smalam lagi hubby dah bagitau air akan dicatu. Tapi tak tau bila. Sekali dpt plak info ni. Trus call hubby nak kan kepastian sebab hubby iols kerja kat SYABAS. Memang betul.


Jadinya...marilah menadah dan menyimpan air bermula hari ni yer uols. Air kat umah tu dah siap tadah. Hubby terchinta ngan anak bujang dok tadah air tadi. Mekasih lah sebab tolong ringankan kerja isterimu ini. Luv you ketat2 :-)


Untunglah tokei kedai plastik sebab ramai orang beli baldi, besen, tong dok buat tadah air. Tak mustahil harga2 ni akan naik sebab permintaannya yang tinggi...ahaksss...Dengarnya musim panas sampai bulan April. Sama2 lah kita berdoa minta hujan.


Note: Nampaknya kena awasi anak2, especially anak dara tu sebab dorang suka main air.

posted from Bloggeroid

Peringatan buat semua. Tolong lah sedar. Memang banyak sangat kesan sampingan bila amik SHAKLEE ni. ...

Peringatan buat semua. Tolong lah sedar. Memang banyak sangat kesan sampingan bila amik SHAKLEE ni. Dah banyak kesan sampingan pon masih ramai yang nak amik jugak. Pelik kan. Meh nak citer sket apa kesan sampingannya.

OMEGA GUARD

Amik Omega kononnya nak tingkatkan memori dan memperbaiki tahap fokus untuk jadi lebih baik. Tapi kan, dalam masa yang sama boleh juga menguruskan badan. Bukan itu jer tau, ia juga memelihara kesihatan jantung dan boleh mencantikkan kulit.

OSTEMATRIX

Amik Ostematrix untuk kesihatan tulang. Tetiba boleh pulak memperbaiki kekejangan, kebas² tangan dan kaki. Boleh plak tu mengelakkan sembelit.

ALFALFA


Amik Alfalfa kononnya nak membanyakkan susu ibu. Sekali dapat package badan jadi ringan sebab ianya menyingkirkan lemak dan kolestrol. Masalah resdung pon berkurangan. Yang paling best, boleh merawat masalah keputihan wanita, membesar, menegangkan payudara dan juga bertindak seperti kacip fatimah kepada isteri...aauuwwww...dan lagi, bagus untuk allergic dan eczema.

ESP

  

Amik ESP untuk menambahkan tenaga. Eh!!!! tetiba kulit jadi cantik, halus, gebu, tegang, anjal dan berseri² lah. Parut jerawat pon semakin berkurangan. Best kan.

Stress tak? Stress kan sebab banyak sangat kesan sampingannya. Nak kurangkan stress tak? Meh amik ni:

B-COMPLEX


Bukan saja meredakan stress, boleh juga meredakan sakit kepala, kemurungan dan tekanan. Mencegah penyakit anemia @ kurang darah pon ia juga dan memelihara kulit, rambut, kuku dan otot yang sihat,

MaCam suspen jer tajuk tu khenn. Buka kesan sampingan yang memudaratkan. Tapi kesan sampingan yang baik. Kalau uols nak rasa kesan² sampingan ni. Boleh lah contact iols:


Harga terlajak murah...harga kawan²...harga kasih sayang peluk cium iols bagi kat uols. Boleh SMS/WhatsApp/PM/CALL. Tapi call untuk tanya pasal SHAKLEE yerp. Jangan tanya pasal service lain. 

Note: Ini lah cara aku nak menambah side income. Alhamdulillah...dapat juga hasil. Tak kira lah berapa amount nya, tapi ia tetap rezeki. Sikit² lama² jadi bukit kan.






Tu dia. Dah boleh buat tajuk drama nih...hehehe...Ok, straight to the point. Nak citer pasal l...


Tu dia. Dah boleh buat tajuk drama nih...hehehe...Ok, straight to the point. Nak citer pasal lelaki dan khidmat pesanan ringkas @ short message service atau singkatannya SMS.


Kita ni orang pompuan kalau menaip bukan main berpatah2 perkataan. Tapi bila dapat replynya, hanya satu perkataan jer. Kalau bernasib baik, di balas nya juga berpatah2 macam:


'Sorry, abg lambat, hujan'

'TQ, luv u. Sorry'

'Nanti abg check'


Contoh ayat panjang macam ni lah. Tapi kalau dapat SMS yg pendek:


'Napa'

'ok'

'kt ner?'

'g mne'


Haaa...short form dan pendek. Ok lagi ni. Ada lagi pendek dari ni. Satu huruf jer yg di replynya ko:


'k'


Sentap tak...sadis tak...Pantas, ringkas dan mudah...ekekeke...redho jer lah. Screen kecik jari beso. Tu yang malas nak taip panjang2 kot. Jangan marah yer darling :-)


Note: Kejap jer dah nak masuk bulan march.

posted from Bloggeroid

Ko tengok ni...ko tengok. Rasa nak fengsan jap. Bila masa plak blog aku ni jadi blog 18sx. Bl...



Ko tengok ni...ko tengok. Rasa nak fengsan jap. Bila masa plak blog aku ni jadi blog 18sx. Blog ni suci murni hokey. Pengalaman seks dengan guli lah...tak menahan betul. Seks kat kantin skolah lah. Hoiiii...ko dah gersang sangat ke apa.

Citer pasal kantin skolah yang aku pernah up entry adalah pasal [MAHALNYA HARGA MAKANAN KAT KANTIN SEKOLAH]. Keywords yang lain ni kalau ada yang nak baca dan nak cari, ni link nya:

Seorang ibu menyusu, bolehlah baca [DUGAAN SEORANG IBUYANG MENYUSUKAN ANAKNYA]

Contoh qada'. Ni pon menarik jugak untuk pembacaan uols. Meh baca dan fahamkan betul² [QADA' dan QADAR yang perlu diketahui dengan JELAS maksudnya!!!]. Jangan asyik nak salahkan takdir jer bila berlaku sesuatu.

Resipi bebola daging bolehlah refer kat [Resipi Bebola Daging yang Simple]

Doa dan penawar ilmu hitam. Ni pon keyword hot yang masuk dalam blog aku ni. Ramai gamaknya yang terkena ilmu hitam dan nak cari penawar kot. Ini linknya [SIHIR CINTA, PENAWAR SIHIR dan SIHIR PENGASIH HALAL]. Silalah baca yerp.

Ok...ini jer lah kot. Selamat membaca pada yang terlepas entry² nih.

Note: Ntah apa² lah dorang ni khenn. Yang tak senunuh di carinya. 




Ni namanya mengidam ngalahkan pompuan mengandung. Tengok gambar pulut kuning, terus cari pulut k...



Ni namanya mengidam ngalahkan pompuan mengandung. Tengok gambar pulut kuning, terus cari pulut kuning. Nak membuatnya tak taulah bila. Semalam ada pasar malam. Elok sangatlah tu khenn. Siap beli buah pisang lagi, nak buat pisang goreng. Tetiba plak anak tekak ni termengidam pisang goreng. Macam memanggil2 jer soh beli. Pisang goreng kat gerai tu cikinot sangat. Tak puas makan.


Pernah dengar tak, orang kata jangan bagi anak makan pulut. Nanti anak gagap. Ada gak yg kata nanti anak lambat cakap. Betul ker? Ni orang2 lama nyer kepantangan lah ni. Sebab mak aku pon pernah cakap. Rasanya aku pernah jer bagi anak2 makan pulut. So far ok jer...pandai cakap dan tak gagap pon.


Tapi kan, kalau anak tu dah gagap memang tak boleh buat apa lah. Tak bolehlah nak salahkan pulut klo anak tu gagap khenn. Dari pembacaan, faktor genetik pon iyer juga. Tanda2 gagap boleh dikesan masa kanak2 boleh bercakap seawal setahun setengah hingga dua tahun. Kajian jugak ada menyatakan bahawa menyanyi boleh mengurangkan gagap kerana ia terapi yang baik. Tapi...kalau umur lebih lima tahun masih lagi gagap, ia mungkin akan kekal dan perlu menjalani terapi professional.


Note: Eerrkkkk...nak citer pasal pulut kuning jer, terus berjela citer pasal gagap plak...muahaha...Salam pagi jumaat uols :-)

posted from Bloggeroid

Banyak betul nyamuk skang kan. Bertepuk tampar kita dibuatnya. Tido pon terganggu. Kesian kat anak...


Banyak betul nyamuk skang kan. Bertepuk tampar kita dibuatnya. Tido pon terganggu. Kesian kat anak² lah yang tergaru². Rasa macam nak cari kelambu jer. Tapi ada ker orang jual kelambu yang besar? Kelambu baby tu adalah. Memandang kan skang musim nyamuk mengawan. Baik kita amik langkah berjaga². Kalau boleh tido malam jangan pakai pakaian yang berwarna hitam. Sebab nyamuk tertarik dengan kaler hitam. Erkkk...fakta ker auta. kalau salah betul kan yerrp. Sebab aku pernah terbaca. Kebetulan smalam terbaca kat blog SHIMACMA pasal petua halau nyamuk. Nak tau petuanya?


Ini lah dia. Limau nipis dengan bunga cengkih. Gigih aku balik smalam gi kedai cari bahan² nih. Malam tadi try buat. Letak kat kepala katil ngan hujung katil dan letak kat tempat² yang banyak mengundang nyamuk. So far macam ok jer. Macam tak der gangguan plak. Ke ko tido mato khenn...ekekeke...Atau pon boleh pakai ini:


Mozzie Patch. Ada 2 jenis. Spray dan juga pelekat. Pelekat tu sangatlah cute. Letak jer kat baju anak². Nak tampal kat baju sendiri pon boley. Spray tu selamat digunakan untuk anak² yerp. Bau serai wangi yang sememangnya wangi...ahaks...

Ni member aku ada whatsapp. Berita terkini DENGGI!!!

Fakta:

  1. Jenis virus terbaru dari nyamuk aedes. Berbahaya dan membawa maut
  2. 300% peningkatan kes denggi di bulan January/February 2014
  3. 2000 kes terbaru setiap minggu
Simptom 2-7 hari:
  1. Demam panas 40' C
  2. Sakit kepala yang terlampau
  3. Kesakitan dibelakang mata
  4. Sakit otot dan sendi
  5. Loya
  6. Ruam
Virus terbaru tidak menunggu hingga 3 hari. Terdapat kes dimana pesakit maut dalam masa 3 hari akibat demam panas. Apa yang perlu dilakukan. JIKA DEMAM PANAS, TERUS KE HOSPITAL , LAKUKAN UJIAN DARAH UNTUK MENGETAHUI JUMLAH PLATELET.

Sama² kita menjaga kebersihan kawasan persekitaran. Tak kiralah dalam rumah atau pon luar rumah. Pastikan tak der air yang dibiarkan bertakung. Keselamatan dan kesihatan kita adalah tanggungjawab kita bersama.  

Note: Sian anak². Berbintat² badan, kaki dan tangan angkara nyamuk, Kekadang tido malam tak pakai baju. Paneh katanya. 







Biasalah khenn. Kita kalau nak sesuatu tu kena lah puji tak hingat. Samalah jugak macam anak2. Dap...

Biasalah khenn. Kita kalau nak sesuatu tu kena lah puji tak hingat. Samalah jugak macam anak2. Dapat plak anak yang bermulut manis macam Iman Hakimi tu. Contohnya bila puji bab masakan ibu dia yang terror *lahsangat...'ibu, sedaplah ibu masak'. Ingatkan dah habis ayatnya. Rupanya ada sambungan...'nanti masak macam ni lagi yer'...ppfftttt....Tapi klo suami yg puji....haaaa...jaga2...auummmmm...ekekeke..
Ni pujian petang semalam. Mak pakai baju baru noks. Screen capture jer lah. Hover excited ko. Backorder punya citer. Berbulan tunggu tu. Penantian satu penyiksaan hokey. Erkkkk...bukan pujian yg orang komen tu yer. Pujian dari anak bujang yg soleh Iman Hakimi.


Petang smalam amik dia dari skolah agama. Pastu dia cakap 'Ibu...baju dengan tudung ibu cantiklah'. Amboiiii...baju ngan tudung jer ker cantik. Ibu ko ni tak cantik kerr. Sentap i tau uolss..hehehe...Masuk jer keta minta macam2. Kan dah cakap, ada makna disebalik pujian.




Yang ni aku saja nak tunjuk...muahaha...baju backorder Thepoplook. Haley chiffon blouse dengan Francine blouse. Owh...saya suka..saya suka...haley tu full lining and lining dia jenis kain jersey. Sejuk jer pakai. Dah upgrade kot sebab sebelum ni lining dia agak panas sket. Ok...dah jatuh cinta jugak dengan Francine blous nih. Rasa menyesal plak beli sehelai. Kalau ada nak beli kaler lain plak.


Biasalah kan. Bila ada baju yang kita minat sangat2, beli same pattern tapi berlainan kaler pon tak per sebab sangat selesa. Yang penting baju2 tu menutup vontot dan BF friendly :-)


Jangan kata aku eksen nak menunjuk2 baju yang aku beli ni. Cuma nak berkongsi keselesaan baju yg aku pakai ni yerp. Hati orang khenn. Susah nak duga. Baik aku cakap awal2. Mana tau uols berkenan nak beli jugak.


Note: Sekali sekala shopping baju ibu. Asyik shopping baju anak2 jer tak adil lah...hehehe...

posted from Bloggeroid

Bersiaran langsung dari rumahku syurgaku. Emergency leave pagi ni. Inilah padahnya bila tau memandu dan isi minyak kereta. Benda2 lain pasal...

Bersiaran langsung dari rumahku syurgaku. Emergency leave pagi ni. Inilah padahnya bila tau memandu dan isi minyak kereta. Benda2 lain pasal kereta semua tak tahu. Zero knowledge. Haisshhhhh...kena belajar selok belok kereta jugak ni. Kisahnnya...


Lepas hantar kimi gi skolah singgah jap petronas. Sekali masa kluar keta tu dah bau macam tengit. Ingatkan bau udara kat luar. Tak perlah...selesaikan urusan dalam petronas dulu lah. Selesai urusan gi lah kat keta. Errkkkk...masih ada bau tu lagi. Gi dekat2 kat enjin keta. Amik bau ko. Memang sah bau tengit tu datangnya dari enjin keta. Hati dah rasa tak sedap dah ni. Dah lah QahirahQhalif ada skali dalam keta.


Dengan muka selamba aku panggil brader nak isi minyak motor tolong tengokkan enjin keta. Punyalah dasyat aku ni sampai button tempat bukak enjin pon aku tak tau kat mana...cissss...brader tu check katanya tak der apa2. Ok lah klo macam tu. Mekasih lah kat brader tu sebab tolong tengokkan.


On the way nak hantar QahirahQhalif gi nursery, bau tengit tu masih ada. Baunya bukan macam benda terbakar tau. Tapi bau tengit sampai dalam keta pon berbau. Hati dah rasa tak sedap dan berdebar2 nih. Janganlah jadi apa2 kat aku anak beranak.


Dah selamat hantar anak2 trus call hubby. Dia soh half day pagi ni. Aku nak drive pon tak confident. Memang bau tengit tu menghantui aku..haha..Dah lah laluan kontra tol sungai ramal tu sesak nak mamps. Sebelum jadi apa2, better safe than never khenn. Sebab sebelum ni aku drive tak pernah plak kluar bau tengit ni. Tetiba pagi ni ada bau kurang enak. Maunya tak cuak wei.


Ok...sementara kita tunggu encik bos balik tengokkan keta, bolehlah selesaikan kerja rumah yang tak pernah habis ni. Tak pon buat taik mata kejap...ekekeke...


Note: Errkkkk....terpanjang plak luahan perasaan ketakutan aku pagi nih. Pepetang sket aku ketuk pintu rumah uols yerp.

posted from Bloggeroid

Setelah sekian lama menanti, baru skarang ko nak muncul yer. Hari² menanti macam buah yang tak gug...


Setelah sekian lama menanti, baru skarang ko nak muncul yer. Hari² menanti macam buah yang tak gugur². Hari² check kot² ada yang sangkut *macamdahkemaruksangatkhenn. Sekali semalam check...yeayyyyy...dapat gak lah seketul:
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Seketul Buffered Earning. Alhamdulillah....rezeki. Tapi tak pernah plak aku nampak BE tu menari². Mungkin dia menari waktu malam kot. Siang dia tido...hahaha...Kalau uols nampak iklan tu, faham² lah yer. Kasi penuh duit tabung. Thank You nanang. Kasi lah BE lagi ☺☺

Note:  Kan dah cakap. Haku dah kemaruk dengan wrap. malam tadi pon ber 'wrap' jugak. Nasib semalam last kopek. Klo tak malam ni pon wrap jugak...hehehe...



Kejadian petang smalam yang buat aku rasa nak fengsan, histeria, lemah jantung, darah tinggi, b...



Kejadian petang smalam yang buat aku rasa nak fengsan, histeria, lemah jantung, darah tinggi, badan gigil dan yang sewaktu dengannya. Bukan aku sengaja tinggalkan dia dalam lif erk. Memang kejam lah haku klo buat kat anak macam tu hokey. Balik semalam naik lif kat umah tu sebab nak tengok surat menyurat. Suruh kimi amik, sementara aku ngan QahirahQhalif tunggu kat lif. Tapi ada surat yang dia tak boleh nak capai.

Aku pon gi lah 3 beranak kat peti surat. Ntah bila masa anak dara solehah tu patah balik kat lif pon aku tak tahu. Masa tengah nak amik surat tu kebetulan pintu lif terbukak sebab ada orang turun. Apalagiii...boleh plak anak dara ni masuk. Qhalif plak berlari kat lif nak masuk dalam tu gak. Aku dah terjerit² berlari macam orang kena sampuk takut qhalif tersepit kat lif sebab dah dekat betul ngan pintu lif dan nak tekan button lif tu supaya tak tutup. Malangnya....tutup jugak 

Ko bayangkanlah badan aku penuh dengan bag (bag pum susu, bag nursery qahirah dan qhalif) berlari² dan terjerit². Aku dah blur depan lif. Tak tau nak buat apa. Dari luar aku dengar anak dara bijak tu dah menangis terjerit² panggil 'ibu...ibu...'. Tak ker meruntun jiwa raga ko. Aku nak naik tangga macam mana lah plak dengan bag...dengan nak dukung qhalif lagi. Aku soh kimi naik tengok. 

Luckily rumah aku tu 5 tingkat jer. Aku tengok lif tu stop kat tingkat 4. Jadinya aku tunggu depan lif dengan penuh harapan yang qahirah adalah dalam tu. Buka jer pintu lif tegnok dia dengan sorang budak pompuan. Budak tu siap tanya 'ni anak akak ker'...phewwwwww...lega rasa hati aku ni. Tapi badan tetap gigil. Kalau lah umah aku 20 tingkat, tak dapatlah aku nak bayangkan. Aku risau tersepit kat lif jer.


'Kakak oh! kakak...Tolonglah jangan buat ibu jadi huru hara macam petang smalam kak. Boleh sakit jantung ibu di buatnya. Betapa risau, cuak dan takutnya ibu smalam kakak oiiiiiii...Dah...lepas ni kita naik tangga jer lah erk'

Note: Ada yang berpengalaman anak tertinggal dalam lif?



1st time ber 'wrap' katakan. Bukan boleh buat wrap jer, buat pizza thin crust dengan wrap ...

1st time ber 'wrap' katakan. Bukan boleh buat wrap jer, buat pizza thin crust dengan wrap pon boleh. Feeling ala2 dominos gitew. Sedap dan rangup wei.




Ni lah project weekend aku. Buat wrap dan pizza. Biasalah dunia internet ni khen, asal tertengok gambar makanan jer merembes ailio. Memang beri impak yang besar lah pada aku yang melihatnya *ayatdahmacamkaranganplak*. Terus rasa nak buat. Klo senang tu oklah. Klo yg susah nak buat, diam2 sudahlah.




Budak tak sabar nak makan thin crust pizza. #makbanyakanak ni bila dtg mood malas nak masak, kita buat menu simple jerlah...boleh gitew khenn. Janji anak2 kenyang dan ibu puas hati. Dari jumaat haritu sampailah pagi ni, kemaruk nak ber 'wrap' ko.


Sebelum uols tanya resipi, tu...aku dah tepek bahan2 nya kat atas tu. Untuk wrap tu aku pakai chicken meatloaf. Bakar skejap. Tak kisah lah uols nak pakai inti apa. Aku kan suka buat benda yg simple dan cepat. Salad plak beli dah siap dalam kotak. Ada beberapa jenis salad dalam tu.


Untuk thin crust pizza tu aku sapu dengan sos preego. Letak meatloaf/hotdong dan cheese. Ni jer bahan yang ada. Nak beli mozarella cheese, budget tak der. Makanya kita pakai kraft single jer lah. Bakar dalam pemanggang ajaib yg memang ajaib tu dalam 5 minit. Dah siap untuk di makan. Memang rangup. Cer buat :-)


Note: Malam tadi dinner wrap. Silap2 malam ni pon wrap jugak. Healthy dinner katakan.

posted from Bloggeroid

Haaaaa...ingat orang besar jer yang ada tempat SPA dan boleh ber SPA. Baby pon nak jugak ber S...



Haaaaa...ingat orang besar jer yang ada tempat SPA dan boleh ber SPA. Baby pon nak jugak ber SPA khenn. Ni gara² tengok IG @yasminhani. Trus aku search. Ini lah nama tempatnya...Hippopo Baby Spa and Wellness. The first Baby Spa in Malaysia. Rasanya ramai lagi yang tak tau pasal Baby Spa ni.


Amacam...best kan. Untuk yang ada baby² kecik tu bolehlah bawa anak² uols kat sini. Rasa macam nak baby jugak lah. Baby kat umah tu dah beso...hahaha...Cukup² lah dulu noks.


Perkhidmatan yang disediakan sudah semestinyalah baby massage and baby swim. Suitable to babies from 0 to 36 months old. Wah...boleh lagi kalau nak bawak Iman Qhalif ni. Ada package² yang disedikan. Terpulanglah uols nak amik yang mana kan. Nak swim saja pon boleh atau nak massage saja. Tapi kalau berduit boleh amik full package.

Kalau nak tau lebih lanjut, bley layari website HIPPOPO BABY SPA & WELLNESS ni. Ada banyak gambar², testimoni dan harganya skali. Alamat plak kat sini:

Centrepoint Bandar Utama 
F30 1st Floor, 
Centrepoint Bandar Utama,
 3 Lebuh Bandar Utama, 
 47800 Petaling Jaya, 
 Selangor Darul Ehsan, Malaysia. 
Tel: 03-7728 1889

Note: Untung bebudak zaman skang kan. Macam² perkhidmatan ada untuk dorang nih. 

Best sangat bagi Iman Qhalif. Bukan lepak kat Shopping Complex, kedai mamak dan yang sewaktu dengan...

Best sangat bagi Iman Qhalif. Bukan lepak kat Shopping Complex, kedai mamak dan yang sewaktu dengannya. Tapi kat sini:
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Dalam laci sambil tengok tv...hahaha...amacam. Best khenn. Nasiblah awak tu ringan lagi. Kalau berat macam ibu nih, mau patah berderai laci tu. Dalam banyak² tempat, dalam tu juga dia buat port...haishh...

Note: Blur tak habis lagi. Citer pasal anak jer lah...haha..

Beruntunglah pada yang dapat merasa hujan smalam. Keyword hangat kat FB smalam adalah 'HUJAN...


Beruntunglah pada yang dapat merasa hujan smalam. Keyword hangat kat FB smalam adalah 'HUJAN'sebab masing² melahirkan rasa syukur bila turunnya hujan. Kat Cyberjaya hujan renyai² jer. Masuk bangi, nan hado hujannya. Rindu dengan hujan lebat dah ni. Dah lama sangat tak hujan. 

Jom berdoa minta hujan turun 

Menurut Pusat Cuaca Nasional, bulan February adalah bulan yang agak kering dan panas dan di jangkakan akan menerima hujan pada pertengahan February nanti. Sama² lah kita tunggu. Nak kluar lunch skang  pon malas. Kirim kat member jer. Tak tahan dengan cuaca panas berdenting kat luar tu. Ni baru cuaca panas kat dunia. Belum panas kat Neraka lagi. Muhasabah diri...

Note: Blur hari ni. Tak tau nak citer apa. 



Betul ker? Rasanya betul sebab aku dulu minum Susu Ibu. Dah ada anak ni aku susukan anak² plak. Ta...


Betul ker? Rasanya betul sebab aku dulu minum Susu Ibu. Dah ada anak ni aku susukan anak² plak. Tapi bergantung pada orang juga kot. Kekadang ada gak nampak anak dara solehah nan sorang tu breastfeed kan anak patung dia. Tapi tak sempat nak amik gambar. Sempat amik gambar anak soleh sorang ni:


Pumping time katanya. Sibuk gak nak mengepam. Ko pam pagi, petang siang malan dan bebila pon takkan kluar susu ko tu dik...hahahaha...Si Qhalif kalau dapat medela swing aku tu suka betul main tekan². Pastu sibuk letak tangan sebab vibrate tu kan. Kalau mengepam kat umah pon sebelah pam sebelah lagi direct feeding. Demand vs supply. Salah satu cara untuk banyakkan susu ibu.

12 april 2012 - 12 february 2014

Happy 22 months old Iman Qhalif. Semoga membesar dengan sihat dan ceria. Lagi 2 bulan nak masuk 2 tahun. Makin banyak akal dan makin panjang akalnya. 

Note: Dan lagi 2 bulan nak dapat Ijazah dalam breastfeeding...woot..woot...☺☺


Segmen 12 Jam Bloglist #7 Mialiana.com Pencarian bloglist bagi bulan Mac dan April 2014 di...



Pencarian bloglist bagi bulan Mac dan April 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 12 Februari 2014, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #7 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 28 Februari 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Ni cuti² malaysia last year punya citer. Baru skang nak up entry khenn. Tak per lah. Lambat atau ...


Ni cuti² malaysia last year punya citer. Baru skang nak up entry khenn. Tak per lah. Lambat atau cepat, janji ada citernya. Destinasi nya tak jauh pon. Kat Melaka Bandaraya Bersejarah jer. Kami ke sini:


BAYOU LAGOON PARK RESORT. Itu pon ada dua pilihan. Sama ada nak gi Gold Coast Morib atau pon Bayou lagoon ni. Setelah difikir² kan, Bayou Lagoon ni dekat dengan bandar Melaka, so boleh pusing² kat bandar melaka skali kan. Kat Morib tak der apa pon. Menghabiskan sisa² cuti sekolah yang berbaki. Sian anak² tak kemana cuti skolah. Apa salahnya gembirakan hati mereka sekali sekala.


Kami check in 30 December 2013 @ 3.00 pm. Memang waktu check in pukul 3.00 pm wei. Tempat lain aku tak tau. Check out plak 31 December 2013 @ 12.00 pm. Buat online booking ngan Agoda. Amik studio apartment with breakfast and water park entrance for two. Untuk tambahan water park entrance tu bayar RM15.00 jer untuk 2 hari punya mandi. 


Sampai² jer orang  pon dah ramai beratur nak check in. Bebudak ni pon dah tak sabar. Excited sangat ko tengok air. Selalunya mandi kat swimming pool biasa jer. Tapi ni siap ngan slide bagai. Mana tak excited khenn. Masuk² bilik jer tak menyempat ajak ke  kolam mandi.



ImanQahirahQhalif dan air memang tak dapat dipisahkan...ahaksss...Budak mana yang tak suka air kan. Cer citer ada ker budak yang tak suka air...hehehe...Mandilah sampai lebam. Dah lah angin kuat kat sini. Memang berangin jer lah...syiok sangat. Dengan air kolam sejuk di tambah plak dengan angin yang kuat. Triple sejuk dan gigil² tak hingat dibuatnya. Dah puas mandi kat water park, kita mandi kat swimming pool plak. Tak serik lagi tu. Dah sejuk beku pon nak mandi lagi. Manfaatkan masa yang ada 2 hari 1 malam untuk mandi katakan.


Dah puas mandi kita pulang ke pangkal jalan plak. Merehat² kan diri untuk jalan malam nanti. Kalau tak ajak balik mau sampai malam mandi tu...hehehe...Apa yang aku boleh kata, memang best sangat² kat sini. Tempat strategik sebab dekat dengan Bandar Melaka dan dekat dengan Shopping Complex. Tempat makan pon banyak dan senang nak cari. Environment Bayou Lagoon pon berangin jer. Tak tau lah kot aku pergi tu time musim angin tengah kuat agaknya. Memang akan repeat untuk ke sini lagi.

Kalau nak tau detail, meh klik website [BAYOU LAGOON PARK RESORT] ni. Bukan ada Water Park jer, ada gym, games room dan boleh buat team building kat sini. Suggest lah kat bos korang yer.

Note: Sambung untuk next entry plak yer. Kang panjang² sangat bosan plak korang nak baca. Aku pon dah penat memikir ayat dan menaip ni.





Merajinkan diri di petang hari dengan join segmen dari Abak dari blog Lorong Cinta ni. Jom join...



Merajinkan diri di petang hari dengan join segmen dari Abak dari blog Lorong Cinta ni. Jom join. Menambahkan kenalan sambil merapatkan ukhwah katakan. Ada hadiah dan review untuk blog yang terpilih. Klik jer banner tu yer.

Akan tamat pada : 28 Februari 2014


3R...Reduce, Reuse & Recycle bersama Fiza Rahman the Supermom, cewahhhh...Kali ni nak ajak uol...



3R...Reduce, Reuse & Recycle bersama Fiza Rahman the Supermom, cewahhhh...Kali ni nak ajak uols recycle semula kotak2 cereal. Daripada terbuang, baik kita buat Megazine Holder.




Barang2 yang kena ada mestilah kotak cereal khenn. Apa2 jenis pon boleh. Janji kotak. Gunting jer kat bahagian tepi tu sket. Ikut bentuk megazine holder tu lah.




Jadilah macam ni. Kalau nak balut cantik2 pon boleh. Tapi aku kan terlebih ranjin. Biar jerlah macam ni. Buat letak buku anak2 dan buku2 ibu. Jadilah tu kan. Salah satu langkah penjimatan katanya. Barang stationery pon dah naik harga. Jadinya...berjimat cermat lah kita yer.


Nantikan 3R bersama Fiza Rahman the Supermom yang akan datang yer. Barang apa plak yg kena recycle nanti nih...hehehe...


Note: Mengharapkan hujan rahmat. Hujan oh! Hujan. Aku rindu padamu. Turunlah :-)

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks