Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Tak tau pon pasal kewujudan hari Hijab Sedunia nih. Buat yang tak der aktiviti weekend ni, bolehlah terjah Hijab Event kat Taman Tasik Ti...


Tak tau pon pasal kewujudan hari Hijab Sedunia nih. Buat yang tak der aktiviti weekend ni, bolehlah terjah Hijab Event kat Taman Tasik Titiwangsa nih. Mungkin ni sempena hari Hijab Sedunia ni kot.


Ok...meh kita baca tentang sejarah Hari Hijab Sedunia plak erk:

Di Malaysia, 1 Februari diingati sebagai sambutan Hari Wilayah. Biasanya pada tarikh tersebut pelbagai program diadakan. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk mengadakan kenduri kahwin ataupun bercuti bersama keluarga.

Namun, tidak ramai yang menyedari bahawa pada peringkat dunia, pada tarikh yang sama, wanita di seluruh dunia menyambutnya sebagai Hari Hijab Sedunia. 

Kempen memakai tudung ini bermula pada tahun pada 2012 oleh Nazma Khan, dari New York, Amerika Syarikat. Beliau yang berasal dari Bangladesh melalui pengalaman perit sebagai remaja yang berhijab di kota raya Amerika Syarikat itu.

Atas pengalaman itulah, timbul idea untuk mengajak wanita di seluruh dunia sama ada Muslim atau tidak untuk melalui pengalaman berhijab. Inisiatif yang dimulakan oleh beliau kini mendapat sambutan daripada wanita di seluruh dunia – Muslim dan bukan Muslim.

Tujuan kempen ini antara lain ialah untuk memberi penghormatan yang sewajarnya kepada pemakai hijab dan menghormati agama anutan mereka. 

Oleh hal yang demikian, rakyat Malaysia turut digalakkan menjadikan hari tersebut sebagai suatu usaha menyedarkan masyarakat tentang kebaikan berhijab di samping menghormati mereka yang berhijab. Di samping menyedarkan masyarakat tentang syariat Islam akan kewajipan berhijab.

Jika ini berjaya dilaksanakan, tidak timbullah isu majikan yang enggan mengambil pekerja yang berhijab - wal hal agama rasmi Malaysia ialah agama Islam. Kerajaan patut menyiasat perkara tersebut dan lesen perniagaan mereka wajar di tarik balik.

Pelbagai cara digunakan untuk menggerakkan kempen Hari Hijab Sedunia ini termasuklah di laman web dan facebook. Yang berikut ialah antara komen dan nukilan yang diambil daripada World Hijab Day di facebook.

“Hijab freed me from my fickle and narcissistic addiction with fashion trends. It also freed me from the catish, negative, and competitive nature that hurts our sisterhood between sisters of all faiths. Hijab restored my ability as a woman with intellect, wisdom, and a good brain rather than being viewed as simply being an object of desire. World Hijab Day is a beautiful, safe, and loving way to share my choices with women everywhere.” 

– Fatima Omar aka Spiritual Biz Mom (respected speaker and author)

"I work in a the Emergency Medical Service as an ambulance nurse-medic. When I reverted to Islam in the year 2009, my colleagues laugh at me because of my Hijab. They thought that one day I will remove it. But little did they knew I love the sense of it. My mom who is not a Muslim but she feels women should cover as it is ordered even in the Bible that is why she wears Hijab, how much more we Muslims? On Feb. 1; we will show the world that Hijab is not just a cover. It is where you can define modesty, and chastity, and righteousness." 

-Maryam Shila (Dubai)

“This video actually brought tears to my eyes. Im a non-Muslim women planning on participating in February. I greatly admire Hijabi women for their commitment to their faith.” 

- Kacie Brunette comment on video STRANGERS TRYING THE HIJAB!

Anda juga boleh berkongsi banyak kisah lain di worldhijabday.com. Moga wanita di Malaysia tidak ketinggalan menjayakan program dan kempen ini.

Sumber:  Harakah Daily

Note: Selamat hari Hijab Sedunia uols.



Hamik ko...tajuk bukan main panjang lagi. Kita mulakan dengan CNY dulu. To all my chinese and blogger friends. Erk...ada ker blogger...


Hamik ko...tajuk bukan main panjang lagi. Kita mulakan dengan CNY dulu.


To all my chinese and blogger friends. Erk...ada ker blogger chinese yang baca blog picisan ni...ahaks... Gong Xi Fa Chai. Makan besar hari ni kan.


Untuk warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan, Selamat Hari Wilayah. Pernah jadi warga wilayah sekejap. Tapi skang dah jadi warga Selangor. Bekerja dan menetap di Selangor. 


And last but not least...Happy Holiday to all. Panjang cuti kan sampai senin. Tapi aku senin dah kerja sebab wilayah jer cuti. Mesti ramai yang amik peluang cuti panjang ni untuk balik kampung dan cuti² malaysia kan. Pesanan khidmat masyarakat dari aku...berhati² di jalan raya. Smoga selamat sampai ke destinasi dan smoga perjalanan kalian dipermudahkan olehNYA.

Bernanah lah telinga malam ni dengan bunyi mercun yang berdentum dentam.

Note: Cuti ni mungkin balik kampung kot. Tapi kampung pandan jer.




google pic Jeng...jeng...jeng...Uols klo citer² macam ni memang suka baca khenn...khenn..Ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendir...


Jeng...jeng...jeng...Uols klo citer² macam ni memang suka baca khenn...khenn..Ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri sejak duduk kat rumah Apartment nih. Saja nak bagi ulos seram di hari Khamis malam Jumaat ni. Dah besedia nak merasai pengalaman seram bersama aku ni? Tak der lah seram sangat kot...hehehe...Ok...meh baca ni.

Benda ni dah lama sebenarnya. Biasalah kan klo dah duduk apartment ni. Macam² bunyi ko dengar. Bunyi kucing bergaduh, bunyi budak menangis, bunyi orang memasak. Ni perkara biasa. Tapi bila tengah² malam ko dengar bunyi guli jatuh, bunyi kerusi/perabot di seret...macam orang tengah mengemas, bunyi ketuk² lantai/dinding dan juga bunyi orang berjalan macam hentak² kaki tu tak ker pelik. Kalau bunyi ni datangnya waktu tengah hari atau pon malam, tak der lah kisah sangat. Tapi ni time tengah² malam time orang nak tidur. Tambah lagi misteri nusantara, bila jiran atas tu tak der rumah pon bunyi² tu tetap ada. APakah???

Memang agak mengganggu juga bunyi² nih. Sejak duduk rumah tu, Ada beberapa perkara seram yang aku dah lalui...[IMAN HAKIMI KATA DIA NAMPAK HANTU] dan juga [SLIDING DOOR TETIBA BERGEGAR]. Kekadang anak dara aku tu pon bikin aku meremang juga. Pernah dalam bilik dorang tetiba dia cakap 'ibu...tu...ada hantu' sambil tunjuk kat tingkap bilik. Suruh aku halau hantu tu. Tak ke tegak segala bulu yg ada bila dengar anak cakap macam tu. Nak² plak tinggal ko anak beranak dalam umah tu.

Sebagai pendinding, ayat² al-quran jer lah ubatnya. Kekadang baca yasin. Pasang ayat² Ruqyah sebelum tidur sampai lah ke subuh ulangannya. 

TANDA-TANDA ADA GANGGUAN JIN DI DALAM RUMAH 

Masakan selalu dan cepat basi ( rosak ) 
Selalu kedengaran seperti bunyi goli jatuh di lantai 
Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam 
Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah 
Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah. 

CARA MENGUSIR JIN - ( Tahap Pertama ) 
... 
Cara Mengusir Jin yang tinggal di dalam rumah

Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada jin, maka ada dua ( 2 ) perkara yang harus kita lakukan :-

1) Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setelah sampai di rumah itu bacalah ayat tersebut :

1.) Bacaan ini hendaklah diulang sebanyak tiga kali.

"Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seseorangpun."

2) Setelah itu jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di rumah, maka ambillah bejana (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita didalamnya dan dekatkanlah mulut kita dengan air tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut :

AL-Fatehah 
Ayat Kursi 
At-Takathur 
Az-Zalzalah 
Al-Ikhlas 
Al-Falaq 
An-Naas 


Kemudian renjiskan/semburkan air tersebut ke seluruh rumah ( ikut putaran Kaabah ) dan di larang merenjis/sembur di dalam kamar mandi dan tandas. Lakukan cara ini dengan niat ikhlas ketika membaca ayat di atas dan mohonlah pertolongan dan bantuan dari Allah, Tuhan semesta alam.

3.) Atau membacakan ayat ini ke dalam air. 

Dengan nama Allah, kami berada di petang hari ini dengan nama Allah Yang tidak ada satupun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan keagungan Allah Yang Maha Pencegah, kami berlindung, dan dengan semua nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik dari golongan manusia mahupun dari golongan jin. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan diri; dari kejahatan segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang bersembunyi pada waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan dirinya pada waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada waktu malam hari, dan dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala makhluk yang berada dalam kekuasaan-Mu. Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan perlindungan yang pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dan dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala sesuatu yang derhaka.

Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. "Demi (kumpulan) yang bersaf-saf dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang melarang dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang membacakan peringatan. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Esa. Tuhan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, dan Tuhan tempat terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang dekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya sebenar-benarnya dari setiap syaitan yang sangat derhaka. Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk menghalau mereka dan bagi mereka seksa yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (diantara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang.

Selepas itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru rumah, dan letakkanlah sebahagian air itu di setiap penjuru rumah, maka dengan izin Allah, jin tersebut akan segera keluar. Kerjakanlah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca doa di atas dan mohonlah kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi.

Janganlah kita meninggalkan petunjuk ini, kemudian lalu mencari kesesatan para tukang sihir dan tukang ramal yang akan membawa kepada kesengsaraan dan bencana. Bermohonlah kepada Allah semoga Allah memasukkan kita kepada golongan orang-orang yang sentiasa memohon pertolongan kepada-Nya, dan sentiasa bertawakal dan mohon perlindungan dengan kekuasaan-Nya.

Sumber: FB

Note: Tak boleh nak takut sangat dengan benda² macam ni. Lagi kita takut, lagi dia suka. Allah adalah sebaik² pelindung.



'Rajinlah belajar Bila besar nanti, boleh tujuk ajar Ayah juga ibu, gembira selalu Melihat adikku, rajin baca buku' Siapa i...

'Rajinlah belajar
Bila besar nanti, boleh tujuk ajar
Ayah juga ibu, gembira selalu
Melihat adikku, rajin baca buku'


Siapa ingat lagu ni? Lagu jaman sekolah rendah yang masih segar dalam ingatan. Bila tengok anak gi skolah, teringat diri sendiri masa skolah rendah. Pkul 6.30 pagi dah kluar tunggu bas skolah. Skolah jauh dari rumah. Kawan2 skolah kat Kg Pandan jer. Aku skolah kat Convent sana. Kakak time tu skolah menengah Convent. Jadinya sekali harung ngan kakak gi skolah. Dalam bas siap bag plastik ko sebab takut muntah. Mabuk kenderaan masa kecik2 dulu...ahaks...


Erkkkk...panjang plak mukadimah aku. Nak citer pasal adik rajin sorang ni ha...hehehe...



"1, 2, 3..."





"ball, bear, frog..."



"isshhhh...ibu ni kacau lah. Nak study pon tak aman. Asyik nak amik gambar jer. Nak letak dalam blog letew"


Alhamdulillah...dah boleh sebut 1 - 10. Kalau aku sebut 'satu' qhalif sambung '2'. Tapi sampai nombor enam lah yg dia boleh sambung. Teruja mak noks :-)


Note: Makin geram ngan si qhalif ni. Makin panjang akal.

posted from Bloggeroid

Datang kali ni siap bawa bola api besar lagi. Memang dasyat serigala ni uols. Kalau siapa yang minat serigala ni, boleh datang terjah sin...


Datang kali ni siap bawa bola api besar lagi. Memang dasyat serigala ni uols. Kalau siapa yang minat serigala ni, boleh datang terjah sini:


BIG BAD WOLF FIREBALL BOOK SALE. Memang ramai peminat serigala ni khenn. Termasuk lah aku. Tapi memang keji lah. Suka buat sale time orang dah kehabisan gaji tau. Memang serigala yang jahat. Buatlah time orang tengah dapat gaji ker...baru dapat bonus ker...baru dapat duit saham ker...best sikit nak shopping...haaisshhhh...

Banyak discount tu. Rugi kalau tak pergi. Macam² jenis buku ada. Masa gi BBW last year pon tak puas lagi membeli. Cissss...serigala ni dah macam memanggil² jer suruh pergi. Siapa yang tak pernah terjah lagi inilah masanya. Memang best sebab buku murah².

Sekian pesanan khidmat masyarakat dari saya. Kbai!!!

Note: Kena spare duit gaji sket ni. Mana tau kalau pergi kan ☺

Dari dapur Masterchef lah sangat si Fiza Rahman ni khenn. Resipi paling senang, ringkas, cepat dan sedap. Macam biasa, *makbanyakanak kan ke...

Dari dapur Masterchef lah sangat si Fiza Rahman ni khenn. Resipi paling senang, ringkas, cepat dan sedap. Macam biasa, *makbanyakanak kan kena masak cepat2...ahaks...




Yang ni terpulanglanh sama ada nak goreng dulu ayam tu atau masak terus ngan sos tiram. Time ni mood kemalasan menggila nak goreng ayam. Bab menggoreng ni den lomah sket. Melotop2 tu buat den seriau. Dapur pon jadi berminyak. jadinya...kita main campak2 semua jerlah.


Bawang merah, bawang putih, cili merah. Klo nak pedas, letak cili padi. Campak suma dalam kuali. Jangan campak sebiji2 bawang tu. Hiris lah dulu. Dah layu suma tu masukkan ayam. Biar sampai masak. Pastu masukkan sos tiram. Dah siap. Makan ngan nasi panas2. Memang terbaek.


Note: Nasib anak2 tak cerewet bab makan ni. Dapat nasi kicap ngan telur pon dah berselera :-)

posted from Bloggeroid

Masalah yang dihadapi skang ni. Inilah masalahnya. Macam besar jer masalah nya kan. Pada hal tak boleh buka domain dot com jer pon. Maa...



Masalah yang dihadapi skang ni. Inilah masalahnya. Macam besar jer masalah nya kan. Pada hal tak boleh buka domain dot com jer pon. Maaf lah buat pengguna dot com. Bukan sombong tak datang dan tinggalkan jejak di blog kamu tau. Tak taulah apa masalahnya. Buka time lunch and after office hour pon tak boleh. Tapi kan, ada jer blogger yang pakai dot com tapi masih boleh baca. Macam blog AJU nih:


Hairan lagi pelik lah. Ada dot com yang boleh buka dan ada yang tak boleh buka. Acaner tu erk? Tak best lah sebab tak boleh baca. Dulu ok jer. Suma boleh baca. 

Note: Nanang...saya nak BE. Dah lama BE tak menari² :-(


Dari pagi sampailah skang ni. Baru perasan yang tudung ku terbalik...cisssss...nasiblah tak ketara sangat khenn. Macam manalah bley ...



Dari pagi sampailah skang ni. Baru perasan yang tudung ku terbalik...cisssss...nasiblah tak ketara sangat khenn.


Macam manalah bley tak perasan ni. Rasanya pagi tadi sbelum pakai dah betul lipatannya...hurmmm...pandangan mata ada kalanya boleh menipu kan....cewahhh...sendiri yg salah nak salahkan pandangan mata plak...ekekeke...


Nasiblah kat office ni tak der joyah. Iyerlah....yg jenis suka memerhati nih kan. Pastu mengata. Orang mcm ni kita pakai apa pon dia perasan. Tak pasal2 joyah pon kluar kan. Apa kaitan joyah ngan tudung terbalik...haha..


Teringat kisah 4 tahun lepas. [Gi kerja pakai selipar terbalik.]


Note: Tudung terbalik pon nak citer. Gasaklah...

posted from Bloggeroid

Tajuk bukan main khenn. Macam terror *lah sangat buat pizza. Pada hal buat pakai roti gardenia jer...hehehe... Pizza gardenia sebelum dib...

Tajuk bukan main khenn. Macam terror *lah sangat buat pizza. Pada hal buat pakai roti gardenia jer...hehehe...



Pizza gardenia sebelum dibakar



Pizza gardenia selepas dibakar


Jadilah. Tak dapat pizza hut atau pizza dominos, pizza roti gardenia pon jadilah. Feeling ala2 pizza hut/dominos sudeh. Dah lama tak buat. Ni pon requested by iman hakimi.


Nak resipi ker? Alaaaaa...pejam mata pon boleh buat. Cili sos, mayonis, tuna, hotdong & cheese. Kalau nak tambah bahan lain pon boleh. Tabur jer suma bahan2 tu atas roti. Pastu bakar dalam pemanggang ajaib. Nikmat wei dapat makan panas2. Nak buat bento utk anak pepagi pon senang sebab simple jer kan.


Nanti ibu belajar buat doh pizza yer kimi. Tengok resipi macam senang jer. Tapi kena tunggu aura kerajinan nak menguli doh tu datang :-)


Note: Dpt lagi 2 message & 2 call. Jaga ko @CikaroBaek. Biar polis tangkap ko!!!

posted from Bloggeroid

Renungan di petang jumaat. Peringatan buat semua dan buat diri sendiri. Ingat...novel terbaik adalah Al-Quran. Kalau bab novel2 cinta, se...



Renungan di petang jumaat. Peringatan buat semua dan buat diri sendiri. Ingat...novel terbaik adalah Al-Quran. Kalau bab novel2 cinta, sehari pon dah boleh khatam. Cer klo Al-Quran, sehari pon belum tentu baca khenn.


Note: Smoga kita dpt mengubah diri kita kepada yang lebih baik.

posted from Bloggeroid

As salam uols. Salam pagi jumaat yang penuh barokah. Perasan tak, lately cuaca sejuk semacam. Kalau sebelum ni buka kipas sampai 5. Tap...


As salam uols. Salam pagi jumaat yang penuh barokah.

Perasan tak, lately cuaca sejuk semacam. Kalau sebelum ni buka kipas sampai 5. Tapi lately buka kipas 3 jer. Itu pon dah terasa kesejukannya. Nak mandi lagi lah...sejuk yang amat. Rumah plak tak der water heater.

Punca cuaca sejuk Suhu udara yang sejuk daripada biasa yang dialami di kebanyakan tempat, terutamanya di kawasan pantai timur dan utara Semenanjung pada minggu ini adalah disebabkan oleh tiupan angin timur laut yang agak kencang yang berpunca dari tanah besar China yang pada ketika ini sedang mengalami musim sejuk. 

Selain itu, keadaan litupan awan yang kurang di seluruh Semenanjung Malaysia sepanjang minggu ini turut membantu merendahkan suhu pada waktu malam dan awal pagi.

Boleh baca selanjutnya [DI SINI]

Patutlah khenn. Masa balik umah mertua kat gombak last week pon memang terasa kesejukannya. Dah macam kat Genting plak rasanya. Dengan angin kuat. Tak payah buka kipas pon tak per. 

Note: Kejap jer dah jumaat.



Salah satu perkara yang menjengkelkan bila berada di atas jalan raya. Kedekut nak bagi jalan even dah lama lampu signal berkelip². ...


Salah satu perkara yang menjengkelkan bila berada di atas jalan raya. Kedekut nak bagi jalan even dah lama lampu signal berkelip².


Aku kan pengguna tegar Highway silk dan tol sungai ramal tu. Sejak laluan kontra di buka waktu pagi, kurang sket lah traffic jammed. Kalau tak...memang sesak nak mamps pepagi. Tapi masalah bila nak masuk lane laluan kontra tu nak kena beratur panjang. Ikut mood kekdahnya. Ada masa kena beratur ada masanya plak smooth jer. 

Bayangkan lah aku dari tol cash. Nak kena pecut masuk lane kanan. Terpaksa lah potong barisan sebab keta dah beratur panjang lepas lane kanan tu. *faham tak? Buat² fahan jer lah*. Bukan suka suki nak motong tau.

Awal² lagi dah bagi signal. Tapi kan...pemandu kat malaysia ni memang kedekut *tak semualah*. Lagi aku cucuk nak masuk, lagi dia cucuk kedepan. Ya! allah...lain lah kalau aku tak bagi signal. Yang ko kedekut sangat apsal. Tak luak apa pon klo ko bagi jalan. Lama kekadang aku tunggu nak masuk barisan. Kalau dapat masuk memang aku angkat tangan kat orang yg bagi tu. Sebagai tanda terima kasih. Atas jalan raya pon kenalah berhemah kan. 

Macam² cerita, macam² ragam dan macam² dugaan bila memandu nih. Sabar jer lah kan.

Note: Klo betul tol naik, terpaksa lah cari jalan lain. 



Nampak tak...Nama dan nombor HP aku. Ini lah yang buat kepala aku serabut 2 hari ni. Senin haritu dapat call dari sorang lelaki yang ak...



Nampak tak...Nama dan nombor HP aku. Ini lah yang buat kepala aku serabut 2 hari ni. Senin haritu dapat call dari sorang lelaki yang aku tak kenal. Dia tanya aku ada letak no HP ker dalam Twittter. Pastu dia print screen untuk bagi pencerahan apa yang berlaku. Apa² pon terima kasih kat mamat ni sebab inform aku. 

Terkejut...hati dah berdebar²...darah dah naik kepala...rasa nak nangis dan macam² perasaan lagi. Siapa punya kerja ni? Aku tak pernah letak no HP kat laman sosial. Aku tak tau dari mana dia dapat no HP ni? Memang kurang ajar betul lah kan. Ko nak buat kerja haram, pastu letak no HP aku.

Aku tak tau apa motif dia. Setahu aku yang hidup 34 tahun ni...aku tak der musuh. Aku bukan kaki CLUBBING, kaki SMOKING dan LIGAT dari zaman remaja sampailah dah kahwin ni. Sepanjang aku hidup ni, aku tak der hubungan dengan LELAKI LAIN, BOYFRIEND ORANG atau pon SUAMI ORANG.

Di sebabkan orang yang tak bertanggungjawab ni lah aku dah terima 4 call dan 1 whatsApp sampai aku seriau nak angkat HP. Memang keji lah kau @CikaroBaek. Apsal ko private kan acc twittter ko tu? Takut?

Buat Gadis Sepi @CikaroBaek...Aku tak tau apa motif/tujuan kau. Bertaubatlah. Tak baik aniaya orang. Buat jahat dibalas jahat. Hanya allah yang dapat membalasnya. Semoga kau diberi hidayah.

Note: Try buat report kat SKMM, tapi nak kena bagi link twitter lah plak. Masalahnya dia dah private kan tweeter dia. 



Boleh apa? Boleh dijadikan bahan mainan...ppfffttttt...Bila sel² pon mula berhubung, suma dorang nak tau kan. Sorang main tekan². Yan...



Boleh apa? Boleh dijadikan bahan mainan...ppfffttttt...Bila sel² pon mula berhubung, suma dorang nak tau kan. Sorang main tekan². Yang sorang tu plak teruja dengan asap sambil meng 'asap' muka. Khusyuk betul. Yang si ibu plak, setiap kali masak nasi memang kena check lah periuk nasi tu, Sebab bebudak ni kekadang suka tekan². Tak masak plak nasi tu nanti.  

Dah macam tak der tempat lain plak nak letak periuk tu khenn. Tempat tinggi kat dapur tu suma dah penuh. Tak kan nak letak atas oven kot. Letak jer lah kat situ. Selalu aku pesan kat anak², periuk tu panas. Jangan di usik. Tapi bebudak sifat mereka kan curious...'betul ke panas'..'macam tak panas jer'...Nak juga usik periuk nasi tengah panas tu. Rasa tak puas hati agaknya bila tak dapat. Sekali bila dah kena, memang tak buat lagi dah. 

Note: Tak tau nak citer apa. Blur plak. Citer pasal anak² jer lah yang tak pernah habis.




Dua pusar sebab dalam adik beradik, dia sorang jer yang ada 2 pusar. Dan budak 5 Bulan sebab tau² dah nak masuk 5 bulan dak tecik ni duduk...


Dua pusar sebab dalam adik beradik, dia sorang jer yang ada 2 pusar. Dan budak 5 Bulan sebab tau² dah nak masuk 5 bulan dak tecik ni duduk dalam perut ibu dia tanpa sedar.


Inilah budaknya...Iman Qhalif yang soleh, yang bijak dan banyak akal. Pernah terdengar, orang yang ada dua pusar ni kalau bela binatang ternakan memang menjadi. Dan ada juga yang kata budak dua pusar ni degil dan nakal. Tak tau lah sejauh mana kesahihannya. Qhalif pon kecik lagi. Budak kecik...biasalah kan. Ada jer benda yang dorang nak explore. Baik satu pusar atau dua pusar, sama jer tingkah lakunya. 


Budak dua pusar in action

Tapi kan, menurut Dato' Fadzilah Kamsah. Sifat individu yang mempunyai dua pusar ni sebenarnya banyak akal, banyak idea dan juga bijak. Kita tengoklah perkembangannya nanti. Baik satu pusar atau dua pusar, kamu tetap anak² yang bijak. 

Anak² uols ada berapa pusar. Share sket tentang tingkah laku dorang. Tengok si Qhalif pon boleh tahan juga nih. High 5 lah kalau ada anak yang dua pusar tu yer ☺☺

Note: Tengah panas hati. Ada orang menyalahgunakan nama dan no HP aku kat tweeter untuk service Seks. Aku tak tau apa tujuan dia. Smoga ALLAH jer yang dapat membalas perbuatan buruk dia tu.


14 January 2014...genap usia mak 75 tahun. Ya! allah...boleh aku terlupa. Maaf mak. SELAMAT HARI LAHIR buat Pn. Salbiah Bt Abd Rasid...ma...


14 January 2014...genap usia mak 75 tahun. Ya! allah...boleh aku terlupa. Maaf mak. SELAMAT HARI LAHIR buat Pn. Salbiah Bt Abd Rasid...mak ku yang tersayang. Semoga mak dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan diberkati kehidupan di dunia dan akhirat. 

Mak...suatu masa dulu

Mak...yang sekarang

Banyak bezanya. Mak dah kurus...kurus sangat. Sedih bila tengok keadaan mak macam ni. Semuanya bermula last year. 'Sakit Misteri' tiba² menyerang mak. Sakit yang membuatkan mak makin kurus. Tak per mak...setiap yg berlaku, pasti ada hikmahnya dan setiap perbuatan, pasti akan ada balasannya.

Mak...Terima kasih sebab melahirkan saya. Terima kasih atas setiap titik SUSU IBU yang mak berikan. Dalam adik beradik, saya yang paling lama menyusu kan. Terima kasih atas Kasih Sayang mak selama nih. Doa saya tak putus untuk mak. Al-fatihah untuk mak hari² saya hantarkan. Saya sayang mak ketat².

Note: Touching plak dengan entry sendiri. Baru lepas tipon mak. 



Bebudak...biasalah kan. Lagi kita tak bagi...lagi lah dia nak buat khenn. Ceritera pasal anak dara yang bijak ni lagi. Dari semalam citer p...


Bebudak...biasalah kan. Lagi kita tak bagi...lagi lah dia nak buat khenn. Ceritera pasal anak dara yang bijak ni lagi. Dari semalam citer pasal dia jer kan.


My little helper. Rajin betul ke dapur tolong ibu dia memasak and basuh pinggan. Kalau basuh pinggan tu, main air dan sabun jer lah lebihnya. Kalau nak tolong memasak, tolong kacau lah yang dia suka. Bukan apa...aku ni risau takut kuali tu terbalik...takut kena minyak...Erkkk...banyak sangat takutnya ibu ko ni kakak.

Selagi aku tak bagi, selagi tu lah dok mengendeng panjat kerusi. Nakkkkkkkk juga buat. Haaaa...dapat mengacau lauk tu sukalah dia. Nak mengacau saja lah pulak. Masaklah kakak. Kalau dah besar nanti malas masak, siap lah ko ibu masakkan kakak.

Ada yang berkenan nak buat calon menantu ker? Boleh isi borang awal²,,,muahahaha,,,

Note: Entry autopublish. Pn punya blog dah selamat sampai kat Mercu KL Sentral. Ada training. SELAMAT BERCUTI UOLS


Salam pagi Khamis uols. Di mulakan pagi ni dengan Tazkirah untuk renungan kita bersama. PEREMPUAN DI UJI DI DUNIA Kena pakai TU...


Salam pagi Khamis uols. Di mulakan pagi ni dengan Tazkirah untuk renungan kita bersama.


PEREMPUAN DI UJI DI DUNIA

Kena pakai TUDUNG
Kena pakai STOKIN
Kena TUTUP AURAT dengan SEMPURNA
Kena banyak FITNAH
Kena TAAT perintah SUAMI
Kena menjaga MARUAH DIRI
Tak boleh BERLEBIHAN dalam BERHIAS
Di AKHIRAT...
SABAR + REDHA = IN SHAA ALLAH SYURGA menanti

LELAKI DIBERI KEMUDAHAN DI DUNIA

Tidak payah pakai TUDUNG
Tidak payah pakai STOKIN
AURAT senang di jaga
Tidak risau dengan FITNAH
MUDAH nak buat apa sahaja
Tapi di AKHIRAT...
Tanggung dosa DIRI SENSDIRI
Dosa ISTERI
Dosa ANAK²
Dosa TANGGUNGJAWAB yang tidak dibuat
Dosa tidak beri NAFKAH
Dosa tidak menjaga PANDANGAN
Dosa ADIK²
Dosa sesama MANUSIA
Dosa tidak SOLAT
SABAR + REDHA belum cukup kerana LELAKI akan di tanya TANGGUNGJAWAB mereka di BUAT atau TIDAK di DUNIA 

Renung² kan lah wahai WANITA/ISTERI dan LELAKI/SUAMI




Tengok lah anak bujang ni. Gigih memberus kasut sekolah sendiri. Berus...jangan tak berus Iman Hakimi...hehehe...Kesian pon ada bila te...



Tengok lah anak bujang ni. Gigih memberus kasut sekolah sendiri. Berus...jangan tak berus Iman Hakimi...hehehe...Kesian pon ada bila tengok. Baru darjah 1 dah kena basuh kasut sendiri. Haaipppp...tak boleh nak kesian² sangat. Kecik² ni lah kita nak kena ajar berdikari. Biar dia buat sendiri. Melentur buluh, biar dari rebungnya kan. Kalau dah besar baru nak suruh basuh kasut, ko ingat dia nak buat ker? Tak der maknanya sebab dah biasa ada orang tolong basuhkan. Ini berdasarkan pemerhatian aku...cewahhh...

Ibu awak ni dulu pon basuh kasut sekolah sendiri kimi. Siap basuh berjemaah dengan kawan baik. Bawa kasut gi umah kawan tu and basuh sama² sambil main buih. Bila kasut tak kering sidai belakang peti ais. Pastu kasut pon jadi kuning sebab terlebih panas khenn...hehehe...Haaaa...mesti uols pernah  buat macam ni juga kan. Kenangan jaman persekolahan. Peti ais dulu kan ada jaring, senang nak sidai.

Iman Hakimi memang aku paksa basuh kasut sendiri. Kalau tak nak basuh, gi lah sekolah ngan lasut hitam legam tu. Nak? Tapi aku soh dia rendam dulu kasut sekolah tu. Agak² dah bersih sket baru soh dia memberus. Tapi with my supervision lah. Mana yang hitam² lagi tu aku tolong beruskan sket. Kapur kasut skolah pon dia buat sendiri. Abah dia yang tolong ajarkan. 

Note: 2 kali menaip entry ni. Boleh plak hilang...cissss...



As salam uols. Salam pagi rabu. Rasa hari ni macam hari isnin jer khenn.  Ni lah dia Qahirah the Drama Queen nya, The one and only pr...

As salam uols. Salam pagi rabu. Rasa hari ni macam hari isnin jer khenn. 


Ni lah dia Qahirah the Drama Queen nya, The one and only princess. Geram sangat tau. Pagi² kalau tak buat drama tak sah. Ada jer pe'el nya. Boleh buat ibu memetir pepagi...boleh buat ibu jadi mak lampir..boleh buat ibu bertukar jadi hijau. 

Anak dara yang keletah...banyak cakap. Sangat lah rajin...rajin memunggah dan rajin mengemas...hehehe... Pandai amik hati pon iyer gak. Dan pandai memujuk ibu dia nih. Dia tau ibu dia tengah marah. Pastu ibu dia ni buat muka sedey. Mulalah memujuk...'ibu sedih yer, ibu nangis ker...dah²..tak nak sedih' *sambil tepuk belakang. Tak jadi ko nak sedih. Nak gelak lagi adalah.

Budak tak sabar nak skolah. Next week nak daftarkan masuk playschool. Sabar yer kakak. 

Note: Pagi yang kelam kabut. 




Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari...



Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Selamat menyambut Maulidur Rasul. Bersama² lah kita berpegang kepada Sunnah dan ajaran Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.W.T. Berselawatlah kita keatasnya selalu.

Note: Selamat bercuti juga. Jumaat ni cuti lagi. Ko klo bab cuti laju jer khenn ☺


Hari ni kita nak borak pasal produk. Produk Jubah Muslimah . Kalau sebelum ni kita tengok trend Jubah Muslimah hanya tertumpu pada colou...


Hari ni kita nak borak pasal produk. Produk Jubah Muslimah. Kalau sebelum ni kita tengok trend Jubah Muslimah hanya tertumpu pada colour² pastel dan juga hitam. Tapi kebanyakan nya hitam lah yang banyak kita jumpa kan. Cuma sejak kebelakangan ini trend Jubah Muslimah dah banyak berubah. Berubah mengikut peredaran zaman katakan.

Meh nak share ngan uols tentang Jubah Muslimah ni. Especially untuk penggemar Jubah Muslimah di luar sana yang masih mencari Jubah Muslimah yang menarik dan trendy. Uols mesti teruja bila melihatnya. Sebab apa? Meh jamu mata sket:

Cantik tak? Cantik kan

Macam² colour ada

Pilih jer nak pattern yang macam mana

Amacam??? Menarik, terbaik dan tertarik tak nak beli? Ada macam² gaya, corak dan berwarna warni. Tak perlu risau pasal size. Jubah Muslimah ni didatangkan dengan pelbagai saiz. Bermula dari size XXS hinggalah size XXXL. Tak ker menarik tu. Orang yang berbadan kecil sampai lah yang berbadan besar pon boleh beli. Dah tak perlu risau pasal size lagi dah.

Dan yang lebih menarik lagi, Jubah Muslimah ni datangnya dari pelbagai jenama dan harganya bermula dari serendah RM45.00 hinggalah RM450.00. Kalau dah cantik dan berkenan tu tak kira murah atau mahal kan.

Kalau uols nak tau lebih detail lagi dan juga nak tau rekaan² lain yang menarik, boleh layari JUBAH MUSLIMAH DI ZALORA…Beratus jenama, beribu gaya dan yang paling best, penghantaran dan pemulangan ke seluruh negara adalah percuma. Selamat mencuci mata dan jangan lupa cuci poket sekali yer. 

Note: Nak cuci mata tgk jubah juga ☺☺


Google pic. Tak sempat nak amik gambar anak dgn bag sekolah yg berat itu Last friday kimi bawa balik jadual sekolah. Maknanya this ...


Google pic. Tak sempat nak amik gambar anak dgn bag sekolah yg berat itu

Last friday kimi bawa balik jadual sekolah. Maknanya this week dah mula sesi pembelajaran untuk murid² tahun 1. Sedih aku tengok buku teks. Buku teks free khenn. Dapat plak yg dah lusuh dan nyawa² ikan. Haishhhhhh...tak boleh komplen banyak sangat. Bersyukurlah dah dapat free kan...ahaks...

Jadinya....malam semalam si ibu menyusun buku ikut jadual yang cikgu skolah bagi. Boleh tahan juga beratnya. Sehari ada 4 subjects. Buku teks ngan Buku Latihan 1Malaysia pastu dengan buku tulis lagi. Boleh tahan juga beratnya. Dengan botol air dan juga bento. Bertambah lah beratnya khenn. Soh pegang bekal tu tak nak. Nak letak gak dalam bag...haishhhh...layan kan jer lah.

Aku risau apa tau. Kelas kimi kat tingkat 2. Bawa bag berat lagi. Kalau bawa bag beroda pon tak membantu sangat sebab nak heret juga bag tu naik kat atas. Alahaiiii...sian sagat tengok anak bujang aku tu. Bertabahlah yer Iman Hakimi. Nak menmba ilmu ni banyak cabarannya. Tu baru sekolah rendah.

Ya! allah...permudahkanlah urusan anak² kami dalam menimba ilmu dan peliharalah keselamatan mereka.

Note: Alhamdulillah...Iman hakimi masih lagi berbento. Tahniah juga buat diri sendiri kerana gigih menyediakan bento pepagi. Harap dapat dikekalkan sampai hujung tahun persekolahan, in shaa allah ☺




Meh nak share resipi yang aku dapat kat FB Kak Chaq. CHEWY CHEESE ala² KFC . Weekend ni boleh lah buat yer uols. Klo nak makan kat KF...



Meh nak share resipi yang aku dapat kat FB Kak Chaq. CHEWY CHEESE ala² KFC. Weekend ni boleh lah buat yer uols. Klo nak makan kat KFC ni mahal sangat. Tak puas makan. Kalau buat sendiri lagi puas makan. Jimat sket belanja. Skang kan nak kena berjimat cermat. 

Aku dah pon mencuba resipi ni. Tapi aku tak pakai keju cheddar. Macam biasa, aku kan suka menderhaka dengan resipi. Aku pakai single kraft cheese tu jer. Pon boleh juga. Tapi tak sempat nak amik gambar. Untuk 1st time trial ni, bolehlah. Menjadi lah juga. Practice make perfect khenn. Nanti nak buat lagi. Erkkkk...panjang plak bebelnya. Pada hal nak share resipi jer pon. Ok...ni resipinya:

BAHAN²


350 gm ubi kentang yg dilecek (yg dh direbus dgn sedikit garam,toskan sampai kering airnye baru dilecek)
250 gm tepung gandum (diayak)
5 bj telur
Serbuk lada (lada berperisa Aji-Shio)
250 gm keju cheddar (kraft)..dipotong dadu
serbuk roti secukupnye

CARA



1) Potong dadu keju (ketepikan),tepung n kentang digaul sebati,taburkan dgn serbuk lada..gaul sehingga sebati(kak chaq x gune air sebab ketang dh lembut)kemudian ambil adunan sbesar guli leperkan masukka keju dn bulatkan.gaul dlm serbuk roti.

2) Pecahkan telur dlm mangkuk..pukul sedikit,kemudian masukkan 2 or 3 sudu dlm pingan,golekkan adunan yg disalut dgn serbuk roti tadi.

3) Golekkan semula dlm serbuk roti hingga betul2 tertutup adunan tadi..ulang sehingga habis adunan..dah siap blh goreng.

4) Sedia utk dinikmati...SELAMAT MENCUBE

Sumber: FB
HAVE A GREAT WEEKEND UOLS!!!

Note: Owh...Chewy Cheese aku tak berapa menjadi sebab aku terus lenyek lepas rebus tu. Kena tunggu airnya kering dulu...haishhh... 



Psstttt...Msred nak buat bloglist baru untuk tahun 2014 nih. Mana tau rezeki tersenarai dalam bloglist Msred ni. Bukan tu jer, ada so...



Psstttt...Msred nak buat bloglist baru untuk tahun 2014 nih. Mana tau rezeki tersenarai dalam bloglist Msred ni. Bukan tu jer, ada something special yg Msred nak bagi. Jom join. Hari ni last day. Masih sempat lagi ni kalau nak join.

Note: Rajin plak join segmen. Sebagai sokongan utk rakan blog ☺☺



Stress lah sangat khenn. Ker uols yang stress tengok coklat aku ni, Nak ker?...muahaha...meh datang sini. Ada Hershey's kisses, He...



Stress lah sangat khenn. Ker uols yang stress tengok coklat aku ni, Nak ker?...muahaha...meh datang sini. Ada Hershey's kisses, Hershey's Nugget dan juga Coklat Wittaker's...eemmmmm..sedapnya... 1st time nak merasa wittaker's ni. Ramai yang kata sedap tak hingat donia. Tu yang nak mencuba. Ni aku kirim dari Suria Qistina masa dia gi Langkawi last year *macam lama jer last year tu khenn. Kirim pakai duit yer, bukan pakai ailio tau.

Ni sbenarnya hasil kudapan untuk di office dan juga untuk di rumah. Coklat ni kan ubat penenang. Kalau tak tenang kat office, makan lah coklat. Kalau asyik memetir plak kat umah, coklat lah ubatnya. Tapi kalau ko dah makan tapi tak tenang² gak, jangan salahkan aku yer, Ni kajian yang kata, Antara khasiat lain coklat: 


  • coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang, yang menjadi penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat. Coklat keluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira.
  • Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan. Ini boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu.
  • Bagi wanita, coklat menggalakkan pengeluaran kimia endorphins bagi otak wanita, yang menggalakkan rasa gembira dan mengurangkan stres.
  • Coklat tidak mengemukkan. Tidak ada satu jenis makanan akan menyebabkan gemuk. Pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan meningkatkan kalori. Jika kalori ini tidak dibakar sebanyak ia diambil, ini yang menyebabkan kegemukan. Makanlah coklat dalam kadar yang sederhana, bukan sekadar coklat malah semua jenis makanan.
Ini sebahagian daripadanya. Kalau nak tau lagi, bleh baca di sini [KHASIAT COKLAT]

Coklat dan kanak² pon tak dapat dipisahkan juga kan. Ada yang tak suka bagi anak makan coklat sebab nanti gigi cepat rosak. Tanggapan itu harus di sangkal yer. Meh baca ni:

  • Kerosakan gigi berlaku disebabkan oleh banyak faktor. Salah satu daripadanya ialah hakisan enamel pada gigi. Asid yang terhasil daripada pecahan karbohidrat yang terdapat dalam makanan menyebabkan hakisan ini.
  • Kajian mendapati coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tanin, kasein dan asid oksalik. Tanin merupakan sejenis bahan yang bertindak untuk menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak dan asid dalam mulut. Kasein di dalam coklat pula berfungsi untuk mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak. Kasein juga membantu pertumbuhan gigi. Manakala asid oksalik pula berperanan merencatkan pengeluaran enzim bakteria dan seterusnya menghalang pengeluaran asid.
Sumber dari PA & MA. 

Note: Kejap jer dah jumaat kan. Cepat nya masa berlalu.




Siapa yang tak nak Trafik Blog dia naik kan. Jadinya, kalau nak Trafik Blog naik mendadak, meh join segmen dari Mak Dara ni. Sempoi jer...



Siapa yang tak nak Trafik Blog dia naik kan. Jadinya, kalau nak Trafik Blog naik mendadak, meh join segmen dari Mak Dara ni. Sempoi jer pon.

1. Buat entry bertajuk : Jom Naikkan Trafik Blog 2014!
2. Tak Perlu follow Blog Meroyan Mak Dara ni (Tapi kalau sudi dengan rela hati Mak Dara tak halang hehehe) 
3. Tepekkan Banner di atas tu dan link kan ke entry ini 
4. Tuliskan serba sedikit tentang blog anda
5. Setelah selesai letakkan url entry anda di komen box di bawah ye 

Tarikh tutup segmen ini ialah pada pukul 6 petang ini

Amacam...kan senang tu.

Serba sedikit tentang blog Supermom with Superkids ni. Biasalah...kebanyakan nya berkisar tentang anak². Tentang ibu yang hebat *aku letew menguruskan anak²...ahaks...tentang Breastfeeding experience and tips, parenting tips, berkongsi resipi dan macam² lagi lah ceritanya. Semuanya di hujung jari khenn. Asal ada cerita jer, mulalah jari² menari dipapan keyboard. 

Klik jer banner tu kalau nak join yer.

Note: Selamat berkenalan buat blogger² yang join segmen Mak Dara ni yer ☺☺



Pheewwww...lewat masuk office hari ni. Bawa qhalif yang soleh ni gi klinik. Malam tadi tak nyenyak tidurnya gara2 hidung tersumbat. Dah la...



Pheewwww...lewat masuk office hari ni. Bawa qhalif yang soleh ni gi klinik. Malam tadi tak nyenyak tidurnya gara2 hidung tersumbat. Dah lama anak bujang tecik ni tak demam. Demam kali ni siap package...batuk dan selsema.


Mata aku pon dah macam mata panda. Lately tak cukup tido. Qhalif kalau tak sihat memang asyik mengempeng jer. Tido pon tak lena. Kejap2 bangun...kejap2 bangun. Tak per lah anak, demi mu yang tak sihat ibu sanggup berjaga malam.


Anak tak sihat nak masuk hari ketiga baru nak bawa gi klinik khennn. Klo blh aku tak nak bagi ubat sangat. Biar dia bina imune system dia sendiri. Si qhalif ni start mlm jer badan dia dedar.Tapi bila start selsema & batuk, bawa jugalah. Takkan nak hantar anak dgn hingus meleleh & batuk2. Nursery dah pesan klo anak tak sihat sila bekal kan ubat.


Tapi kan, aku tak confident nak bagi ubat batuk kat qhalif. Pesan kat pengasuh tadi pon bagi ubat demam & selsema. Sebab ubat batuk dia kaler hitam. 1st time kot aku tgk dr bagi ubat batuk kaler hitam ni utk budak bawah 2 tahuh.


Note: Iman qhalif, get well soon my dear son. Demam nak besar agaknya.

posted from Bloggeroid

Gambar tiada kena mengena ngan citer. Tak best entry klo tak de gambar kan...hehehe... Kalau Awie, Tragedi October. Tapi aku plak ...


Gambar tiada kena mengena ngan citer. Tak best entry klo tak de gambar kan...hehehe...

Kalau Awie, Tragedi October. Tapi aku plak tragedi January....hahaha...Banyak sebenarnya tragedi lain tapi tak perlu lah nak citer kat org utk menarik simpati khenn. Tapi ni citer untuk tahun 2014 ni lah. Tragedi yang berlaku pagi tadi. Yang buat aku tak senang kat office ni. Terbayang² :-(

Qahirah jatuh dari keta. Aku tak perasan anak dara tu bersandar kat pintu keta. Masa hantar kat nursery tadi. Dah amik barang² kat belakang, aku terus buka pinta keta tanpa aku sedar yang anak dara tu tengah berdiri dan bersandar kat pintu keta. Apalagi...jatuh terlentang atas jalan TAR *bukan jalan Tuanku Abdul Rahman yer. Di ulang....ATAS JALAN TAR. Berderau darah aku. Nasib aku sempat tahan kaki aku kat kepala qahirah dari terhentak kat atas jalan tu. Nak tahan ngan tangan, dah tak sempat. Tangan plak pegang 2 bag. 

Nangis anak dara tu ngan aku skali nak nangis. Sakit agaknya badan tu jatuh terhentak...huhuhu...'ibu minta maaf kakak, ibu tak perasan'. Check kaki, tangan and badan dia tadi kot ada yang lebam/berdarah, alhamdulillah...so far tak der. Tak tau lah kot belum muncul lagi kan. 

Malam tadi dan pagi ni adalah sangat mencabar. Mencabar bila terpaksa handle anak sendirian. Start dari malam tadi, qahirah muntah. Pastu Qhalif demam. Tau lah budak menetek kalau demam, aku tak boleh nak buat apa. Asyik nak mengempeng dan merengek jer kerjanya. Nak bawa gi klinik, anak² dah tido. Berdoa jer lah supaya panas qhalif kebah cepat. Alhamdulillah...pagi ni dah ok sket lah. Tapi meragam tu still ada.

Dengan nak handle Iman Hakimi. Buat breakfast and Bento untuk dia. Skang memang hari² bawa bekal. Tapi semalam ngan hari ni bekal simple jer, sandwich sardin, nugget dan hotdog. Tak sempat nak masak mee/nasi goreng disebabkan adik qhalif yang pepagi lagi dah bangun sama ngan ibu. Sepantas kilat aku buat semua kerja. Nak hantar kimi gi skolah lagi. Nak hantar QahirahQhalif gi nursery. Dengan minyak keta minta di isi....pheewwwwww...

Note: Kita adalah IBU² yang hebat sebab dapat buat semua kerja dalam satu masa. 




Alhamdulillah...Di usia 3 tahun, anak dara solehah ni dah tak pakai pampers lagi dah. Day and night. Siap package lagi tu. Package apa?...



Alhamdulillah...Di usia 3 tahun, anak dara solehah ni dah tak pakai pampers lagi dah. Day and night. Siap package lagi tu. Package apa? Dalam masa yang sama, qahirah dah pandai basuh 'yak' sendiri. Senang dah kerja ibu. Hanya basuh 'yak' Qhalif jer...hehehe...

Kalau sebelum ni dia nak pakai pampers kalau nak buang air besar. Memula aku tak bagi. Suruh yak dalam toilet. Tapi dia tak nak. Ok...fine. Ibu tak nak paksa. Tapi dalam masa yang sama aku psycho gak lah anak dara ni. Dan alhamdulillah, misi berjaya.

Masa awal² potty train dulu biasalah, malam² still pakaikan pampers. Pastu step by step tak pakaikan pampers waktu malam. Ada masa memang basah lah tilam. Lama² alhamdulillah, kalau rasa nak terkencing tengah² malam/pagi memang qahirah akan kejut. Tak pon selalu sebelum tido memang aku akan suruh dia kencing dulu.

Apa yang penting, kesabaran yang tinggi perlu ada kalau nak potty train anak² ni. Jangan plak marah atau tengking kalau dorang tak sempat masuk toilet dan terkencing kat memana. Kang terbantut plak hasrat anak tu tak nak ber pampers. Make sure anak dah bersedia dan dah boleh bercakap. Kalau belum boleh cakap tu mungkin ada sign language yang ibu itu sendiri faham akan bahasa anak dia kan. Rajin² lah bertanya kat anak. Dan puji-pujian itu harus di beri kalau anak berjaya kencin/berak dalam toilet. Anak pon jadi bersemangat kan☺☺


Good luck lah buat ibu² yang sedang berusaha potty train anak masing² yer. Buat qahirah yang bijak dan solehah, tahniah dan terima kasih sebab awak dah berjaya menjimatkan duit pampers...hehehe...

Note: Nak ajar qhalif potty train plak. Anak bujang kenit tu pon tak nak pakai pampers. Asyik buka pampers jer kerjanya. Nak pakai sluar terus...haishhhh...




Bukan Me 'NGAKU' apa yer. Tapi buah NGAKU atau dalam bahasa inggerisnya ARROW HEAD . Ada yang tak pernah dengar dan kenal denga b...


Bukan Me 'NGAKU' apa yer. Tapi buah NGAKU atau dalam bahasa inggerisnya ARROW HEAD. Ada yang tak pernah dengar dan kenal denga buah NGAKU ni ker? Meh nak tunjuk sket.


Ha...ni lah dia buah Ngaku @ Arrow Head. Muncul setiap kali musim perayaan Chinese New Year. Sedap di buat kerepek. Sebelum² ni asyik baca member² update pasal buah ngaku ni yang di buat kerepek. Kebetulan masa gi Econsave, terjumpa plak buah ngaku ni. Apalagi kan, beli lah sket sekadar nak mencuba. Betul ke sedap. Esoknya tu gigih aku mengupas buah ngaku ni. Tempat sagat plak tak der, jadinya bertabahlah aku hiris nipis² ko. Dah hasilnya:


Tadaaaaaa...Kerepek ngaku ku menjadi. Pandai mak buat kepek noks...ahaks...

"Rangup setiap kali, Kerepek Ngaku, 
Hidang petang pagi, Kerepek Ngaku"

Ewaahhhhh...suka suki tukar lirik yer. Marah plak owner keropok Mony nanti kang...muahahaha...Memang sedap wei. Lemak berkrim. Nyesal plak beli sket. Iyer lah, nak mencuba kekononnya. Memang layan makan. Baru jer angkat dari kuali, dah habis kena bedal ngan anak dan suami. Asal angkat jer habis. Menggoreng dengan penuh kasih sayang khennn...hehehe...

Ni nanti nak membeli lagi buah Ngaku. Pada yang belum pernah cuba tu, cuba lah. Memang sedap. Tips masa nak menyagat tu, Hujung buah Ngaku yg bertangkai tu jangan dipotong. Senang nak pegang masa menyagat nanti. 

Note: Tanjat gegirl pagi ni bila dapat email dari??? Apakah??? ☺☺





Malas nak taip balik. Baca jer lah status ni. Apa? tak nampak. Ok lah...dengan rajin aku taip balik. Apa yang mahalnya? 1) Nasi lem...



Malas nak taip balik. Baca jer lah status ni. Apa? tak nampak. Ok lah...dengan rajin aku taip balik. Apa yang mahalnya?

1) Nasi lemak bodo ngan sambal ayam (tak der telur, kacang, timun dan ikan bilis) RM2.00
2) Meehoon sup bodo (tak der daun sup, daun bawang dan ayam/daging carik) RM1.00
3) Vitagen, Calsiyum dan Air sirap RM1.00
4) Kuih muih yang comel lote 40 sen seketul

Yang lain² aku tak tau. Kalau macam ni belanja 3 hinggit pon tak cukup. Smalam ada keluar berita pasal kenaikan harga makanan kat kantin sekolah nih. Katanya kementerian masih tak terima aduan dari cikgu/ibu bapa pasal kenaikan harga makanan kat kantin ni. Nak kena ada aduan baru nak check yer.

Kesan kenaikan harga barang, suma benda pon effect gak. Alahaiiiii...bebudak makan banyak mana lah sangat kan. Yang sedihnya, masa kat kantin skolah hari tu. ada budak ni tak tau harga nasi lemak tu rm2. Dia bagi singgit kot. Kebetulan aku ada, dgn rasa sedihnya aku tlg bayarkan utk dia. Sian sangat.

Dengan kenaikan kos sara hidup yang makin tinggi ni, aku pon kena merajinkan diri buat Bento untuk kimi. Kalau bagi dia duit belanja, ntah apa2 yang di belinya. Good luck utk diri sendiri.

Note: Stalker oh! stalker..buatla sesuka hatimu, kamu akan dibalas dengan apa yg kamu lakukan. Bak kata Ustazah SNBM 'Dunia kini kaya dengan "KARMANYA"..berhati² lah yer.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...