Salam Jumaat semua. Lewat bersiaran harini. Ingan tak entry pasal LETTERS FOR THE FUTURE | Surat Untuk ANAK!! ni? Capsule LETTERS FOR THE ...

Salam Jumaat semua. Lewat bersiaran harini. Ingan tak entry pasal LETTERS FOR THE FUTURE | Surat Untuk ANAK!! ni? Capsule LETTERS FOR THE FUTURE untuk #ImanQahirQhalif dah selamat aku terima hari rabu tu.


Cute sangat kotaknya ni. Nampak macam bear kan. Tapi cute jer rupanya. Kat dalam tu ada sekeping sampul yang isi didalamnya adalah surat yang kita karang untuk anak². So sweet. Pastu di sertakan sekali kertas yang cute jugak untuk uolls tulis surat untuk anak². Iyerlah...kalau rasa anak buat perangai. Nak lontarkan kat anak tak sampai hati. Jadinya boleh juga kita lontarkan kat surat kan. Sebab tu dorang bagi lebihan kertas untuk kita sambung menulis surat untuk anak nih.

Pada yang belum buat tu, silalah buat. Nanti bila anak dah besar atau dah boleh membaca, Atau dah ada akal dan faham apa yang kita tulis, boleh lah bagi dorang baca. Touching kot. Write your child a time of capsule of love. Tempoh dah di lanjutkan sampai 30 november ni. Klo tak der idea nak karang surat, ada contoh² surat. Tapi klo jumpa surat #makbanyakanak ni sila baca jer tapi jgn gelak ☺

Jom terjah [SINI] untuk join. Tengok [SINI] untuk contoh² surat. Last but not least, Thanks AIA untuk LETTERS FOR THE FUTURE yang cute nih ☺

Note: Tak sabar plak rasanya nak bagi anak baca. Nak tengok reaksi dorang bila baca surat dari ibu dia nih.

Assalamualaikum Segmen Pencarian Bloglist November & Disember 2014 29 Oktober 2014 sehingga 30 Oktober 2014 Jom Suppo...

Assalamualaikum



29 Oktober 2014 sehingga 30 Oktober 2014


Jom Support Kisahsidairy.com

Amacam...Silalah buat. Sedap sangat. Ni malam tadi punya projek. Kudapan di malam hari depan TV menghadap Abang Jebat dan Mastura dalam...


Amacam...Silalah buat. Sedap sangat. Ni malam tadi punya projek. Kudapan di malam hari depan TV menghadap Abang Jebat dan Mastura dalam citer Setitis Kasih Darmia. Resipi pon senang sangat. Apatah lagi nak membuatnya. Boleh juga pakai Nachos brand Mission yang macam nih:


Memandangkan semalam tak mengizinkan aku untuk singgah giant beli Nachos Mission ni. Jadinya kita beli jer lah Nachos lain. Tapi aku punya nachos tu macam tak semenggah sikit rupanya. Tak banyak beza sebelum dan selepas bakar...hahaha...salah timing ker oven tu. Tak per, practice make perfect kan. Kalau tambah mozzarella cheese atau jalepano cheese lagi sedap. 

Ni idea member office lah ni. Terus terjebak. Kalau uolls nak buat, bakar dalam 2 minit jer. Tapi bergantung pada oven memasing jugak. Atau tunggu sampai cheese tu mencair. Memang sedap makan panas². Sekejapan jer habis sampai anak² minta lagi. Nanti ibu buat lagi yerp #ImanQahirahQhalif

Note: Harini ada pasar malam. Nak cari ubi kayu ☺


Dah lama kena tag ngan kakak TIHARA kita nih. Mekasih lah kak sebab sudi tag adik aka kyang comel ni *bluekkk. Jadi memandangkan #makb...


Dah lama kena tag ngan kakak TIHARA kita nih. Mekasih lah kak sebab sudi tag adik aka kyang comel ni *bluekkk. Jadi memandangkan #makbanyakanak ni tetiba otak jadi freeze. Pada hal banyak jer kisah yang nak di ceritakan. Tak per lah. Kita defrost dulu otak kita and kita buat lah task ni dulu yerp.

Apa tasknya? Ni task nya yerp:

- Thanks the person who nominate you 
- Provide a link to the person’s blog 
- Write 7 facts about yourself 
- Nominate 15 blogger to the Versatile Blogger Award

7 Fakta Pasal SAYA

Harus letak gambar #makbanyakanak yang sntiasa perasan comel nih...ahaksss...

1. Saya anak ke 7 dari 8 adik beradik. Menetap di Bangi. Hi! blogger² Bangi. Bekerja di Cyberjaya buat masa ni sampai projek siap. Pasti kita berpindah ke projek tapak projek lain plak yerp. Beginilah nasib pekerja yang selalu berpindah randah.

2. Seorang yang sangat POYO. Korang pon memang POYO jugak kan. POYO maksud aku bukan poyo yang membuatkan orang rasa annoying jer tengok, Jangan salah tafsiran. POYO bagi tafsiran aku adalah Proud Of Your Ownself = POYO. Itu maksudnya. Kita memang lah kena bangga dengan diri kita sendiri kan. Even dah meningkat usia senja, tapi muka masih nampak macam budak baru habis sekolah. Aku lah tu...kahkahkah...Muntah hijo lah korang. 

3. Pemalu, pendiam dan penyegan. Tapi kalau dah kenal memang dah tak tau malu dan tak der segan² dah. Dari pendiam terus bertukar jadi tak reti dok diam mulut ko kan. 

4. Suka nombor 7 sebab aku lahir 7 haribulan 7 *Sila mark dalam calender yerp..haha...Berat masa lahir 7 paun 7 aun. Anak nombor 7. Kebetulam minat ngan David Beckham yang pakai jersey no 7. 

5. Tak suka lipat baju, gosok baju dan juga packing baju. Tapi benda tu jugak yang mesti buat. Tak boleh tak buat. Kalau packing baju lagi lah. Boleh termenung di buatnya...'Nak bawak baju apa?'..'Nak bawak berapa helai?'..'Baju jalan nak bawak ker?'...perghhhh...aku rasa macam nak hangkut jer almari tu. Pada hal balik umah mak/mertua jer pon...ppffttt...Pastu balik dari bercuti nak kena punggah balik baju² dalam bag tu. 

6. Suka kucing dan suka tengok kucing. Tapi tak der lah sampai tahap nak membela. Takut tak terbela nanti. Suka tengok aksi² kucing dalam FB Dunia Kucing Group. Boleh tersengih² dan ketawa sorang² di buatnya.

7. Sejak ada blog ni, baru aku sedar yang aku ni ada bakat terpendam. Yakni bakat menulis. Rasa macam pandai jugak aku menulis erk. Ada jer idea nak menulis. Pandai menyusun dan membina ayat...hurmmmm...hehehe...

Ok..Tu jer lah. Sebab nak 7 jer kan. Kalau lebih nanti over plak ko. Rasanya ramai yang dah buat task nih. Kalau yang belum tu, boleh lah buat nih. Kalau rasa tak der idea, pon di persilakanlah buat.

Note: 5S tak habis². Mencik ahhhhh.


Parenting tips datang lagi. Especially buat ibu²/bapa² baru atau yang bakal jadi ibu²/bapa² tak lama lagi. Kali ni saya nak share mengenai ...

Parenting tips datang lagi. Especially buat ibu²/bapa² baru atau yang bakal jadi ibu²/bapa² tak lama lagi. Kali ni saya nak share mengenai cara yang sesuai untuk bermain dengan anak² mengikut peringkat usia mereka. Iyer lah…takkan anak tu baby lagi uolls dah ajak dia bermain macam budak tu dah setahun kan. Kalau nak bermain tu kena lah bersesuaian dengan umur mereka.

Kajian menunjukkan bahawa bayi belajar dengan baik melalui bermain. Jika bayi yang sedang bermain, mereka benar² mengembangkan Play IQ mereka. Mereka belajar tentang dunia di sekeliling mereka dan mengembangkan pelbagai kemahiran penting, seperti kemahiran fizikal, kognitif, sosial dan emosi mereka.

Isilah masa anak² dengan memberi mereka peluang bermain berdasarkan permainan yang memerlukan mereka untuk berinteraksi dengan orang dewasa dan rakan sebaya secara positif. Jejaki perkembangan bayi anda pada tahap pembangunan yang berbeza untuk membantunya membangunkan potensi sepenuhnya melalui bermain.

Berikut adalah 8 cara untuk bermain dengan anak anda mengikut perkembangan usia meraka bermula dari 1-24 bulan:


Cara terbaik untuk merangsang pembelajaran bayi anda adalah dengan memberinya permainan yang betul mengikut peringkat perkembangan usia yang betul. Bantulah mereka untuk mencapai tahap perkembangan dalam tiga tunjang perkembangan kanak-kanak:

1. PHYSICAL PLAY IQ adalah ketika seorang anak mengembangkan kekuatan, koordinasi dan keyakinan. Berikan dia mainan yang mendorong dia untuk mencapai, merebut, bangun dan bergerak.

2. COGNITIVE PLAY IQ adalah mendorong kanak-kanak untuk menyentuh, merasa, mendengar dan belajar sambil bermain. Mainan yang memberi inspirasi kepada rasa ingin tahu dan rasa seronok untuk belajar akan membantu mengembangkan kedua-dua kecerdasan dan kreativiti kanak-kanak.

3. SOCIAL AND EMOTIONAL PLAY IQ adalah kebolehan kanak-kanak untuk berkongsi dan mengekspresikan diri dengan yakin ketika dia bermain. Menggunakan mainan yang betul dan bermain dengan kanak-kanak lain akan membantu kanak-kanak mempelajari kemahiran untuk berkongsi, mendengar dan memimpin.

Untuk maklumat lanjut mengenai Permainan IQ anak anda, tahap perkembangan dan mainan yang disarankan, sila layari www.fisher-price.com/PlayIQ.

Note: Rambang mata kekadang tengok mainan budak yang cangging manggih nih. 


As-salam Berita baik untuk semua kaki shopping online kerana Lazada Malaysia akan menganjurkan 1 jualan besar-besaran selama 1 har...

As-salam


Berita baik untuk semua kaki shopping online kerana Lazada Malaysia akan menganjurkan 1 jualan besar-besaran selama 1 hari pada 11th November 2014 dengan potongan harga sehingga 94%. 



Terdapat Flash Sale selama 1 jam untuk setiap satu kategori (12 Kategori) bermula 11 pagi hingga 11 malam! Harga rendah ditawarkan untuk semua kategori di Lazada Malaysia sepanjang Flash Sale. 

Mark your calendar and Jom Gegarkan Jualan Hebat ini dengan klik link ni : Jualan Hebat 

Any update tentang jualan besar-besaran ini sila ke Lazada Malaysia !! 

Ini adalah Blogger Giveaway Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama Kisah Emas Putih. 11 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah berjumlah RM 700! Untuk sertai contest ini, sila ke blog Kisah Emas Putih dengan ke link ini : LINK CONTEST .

Dari dapur #makbanyakanak kembali lagi. Kalau minggu lepas kita buat Kuih Ketayap . Kali ni kita buat Kuih Keria plak yerp. Kuih pon dah m...

Dari dapur #makbanyakanak kembali lagi. Kalau minggu lepas kita buat Kuih Ketayap. Kali ni kita buat Kuih Keria plak yerp. Kuih pon dah mahal skang. Seketul 40-50 sen seketul. Jadinya baik kita buat sendiri. Pastu boleh kita meniaga kuih. Kisahnya...

Last week gi pasar malam. Nampak lah keledek ungu. Slonggok RM5.00. Ni gara² tengok si ZAZA gojes up kat blog dia lah ni. Terus aku pon terjebak. #makbanyakanak kuat makan. Asal tengok jer terus mengidam. Balik tu terus lah buat keledek rebus. Ku fikirkan luar ungu dalam nya pon ungu. Sekali kaler lain daaaa. Kempunan aku nak makan keledek ungu. Tak per lah. Kita steam lah dulu.

Ni lagi satu hal. Dah 5 tahun pakai periuk nasi tu, baru aku tau yang periuk nasi tu boleh buat untuk steam...ppfftttt...Nampak sangat ko tak belek periuk nasi tu kan. Perasan pon bila nampak penapis steam kat rak pinggan tu. Jakun jap bila tengok Japanese Sweet Potato @ keledek aku menjadi. Sedap dan manis nya lah hai. Ok...lepas ni kita main steam² jer lah...haha...


Memandangkan masih banyak lagi balance keledek, jadinya kita buat kuih keria lah. Dah lama tak makan kuih keria  nih. Senang jer rupanya nak buat kuih keria ni yerp *ayat cliche...haha...Bila dah buat baru ko tau senang kan. Gigih aku steam and lenyek keledek nih. Petang tu terus goreng buat minum petang. 

Tapi agak kecewa sket sebab kuih keria aku ni terlebih tepung kot. Tak per, practice make perfect kan. Boleh buat lagi sebab keledek ada lagi tu. Berangin jer badan aku makan keledek banyak sangat. cissss...Aku pon bedal tak hingat sebab sedap dan manis wei.

Note: Tak sabar nak join kelas pastry ☺☺



google pic. Hari ni kita berada di peghujung tahun hujrah. Dalam beberapa jam dari sekarang, kita akan memasuki fasa baru. Fasa di ma...


Hari ni kita berada di peghujung tahun hujrah. Dalam beberapa jam dari sekarang, kita akan memasuki fasa baru. Fasa di mana tahun baru islam akan membuka tirainya yang baru. How time flies, cepat betul masa berlalu. Selamat Tahun Baru Hijrah. Selamat tinggal 1435 Hijrah dan selamat datang 1436 Hijrah. Tema tahun ni adalah 'PERPADUAN NADI TRANSFORMASI NEGARA'



Salam Maal Hijrah buat semua umat islam diseluruh dunia. Semoga kita dapat memperbaiki diri kita daripada baik kepada yang lebih baik. Insha'allah...Semoga allah terima semua amalan kita pada tahun ini dan di ampuni segala dosa² kita yang lalu. Smoga Di harap tahun baru ni, kita sama² berhijrah untuk membentuk keperibadian yang lebih semourna. Dapat meningkatkan amal ibadat kita semata² hanya kerana allah. Menjaga kedua ibu dan bapa kita dengan kemampuan yang termampu kita laksanakan. Membina, mengukuh dan menjaga silaturahim antara ahli keluarga dan saudara seislam kita dengan lebih baik. Di beri taufik dan hidayah serta sentiasa dalam rahmat allah SWT

Note: Lebih peringatan buat diri sendiri. Semoga di kuatkan iman kita untuk menempuh hari² yang mendatang yang penuh dengan cabaran.


Alhamdulillah....esok seluruh umat islam akan menyambut kedatangan tahun baru hijrah. Begitu pantas masa berlalu. Bersempena dengan kedatan...

Alhamdulillah....esok seluruh umat islam akan menyambut kedatangan tahun baru hijrah. Begitu pantas masa berlalu. Bersempena dengan kedatangan tahun baru islam ini, aku nak war² kan pada semua, khususnya pada warga² penduduk Johor Bahru bahawa ceramah Maal Hijrah akan berlangsung di sana.


Jelajah Astro Kasih yang di kendalikan oleh Astro mangalu² kan kedatangan anda semua untuk sama² memeriahkan majlis ilmu sempena Maal Hijrah yang bertemakan 'HIJRAH ROHANI'. Program ini akan berlangsung pada 25 Oktober 2014 @ 8.00 malam bertempat di padang SMK Tengku Temenggong Ahmad Kundang Ulu, Ledang, Johor.

Ceramah dan Zikir Perdana Hijrah Rohani ini juga akan di hadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin.

Antara barisan selebriti yang turut serta adalah:

Pencetus Ummah / Imam Muda / Ustaz

1. Ustaz Kazim Elias
2. Ustaz Haslin Baharim
3. Ustaz Amaluddin
4. Ustaz Zulkifli Hamat
5. IM Hizbur
6. PU Rahmat
7. PU Yeop
8. PU Fakhrul
9. PU Suffian
10. PU Hafiz ·

Artis:

1. Mawi
2. Fizo Omar
3. Iwan Syahman
4. Ayai Ilusi
5. Daqmie
6. Haziq AF
7. Silah KE3

Buat warga Johor dan kawasan yang sewaktu dengan nya, marilah isi masa terluang anda pada malam tahun baru islam dengan menghadiri dan memeriahkan lagi ceramah dan zikir perdana ini. 

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda maksudnya: ”Sesungguhnya Allah mempunyai para malaikat yang berkeliling di jalan untuk mencari-cari kumpulan orang yang berzikir. Jika mereka telah menemui kumpulan orang yang berzikir kepada Allah, mereka akan berseru: ”Mari, di sini ada yang kamu semua cari.” Majlis mereka ini akan dikerumuni dengan sayap para malaikat hingga ke langit dunia.” [Sumber: SINI]

Note: Besar ganjarannya kalau kita dapat menghadiri majlis ilmu macam ni.


Apa ke benda tu? Meh nak share apps dengan uolls semua. Kalau ada yang dah tau. Diam² sudah. Kalau yang belum tau, sila download apps ni. K...

Apa ke benda tu? Meh nak share apps dengan uolls semua. Kalau ada yang dah tau. Diam² sudah. Kalau yang belum tau, sila download apps ni. Kalau aku yang ketinggalaan jaman baru tau. Abaikan jer lah orang yang tetinggal ketapi ni yerp.

Apa Water Your Body ni? Ok...Kalau uolls rasa uolls ni jenis pelupa nak minum air *dasyat kan sampai lupa minum air. Tak sempat nak minum air. Malas nak mium air. Atau susah nak minum air secara teratur. Haaaa...bolehlah download apps nih. Tebuka kepada android dan juga iTunes.


Lepas dah download, masukkan berat badan. Nanti apps ni akan calculate berapa liter air yang di perlukan setiap hari untuk di minum mengikut berat badan. Aku ingatkan kita kena minum 3 liter sehari tak kira berat ko rendah atau tinggi. Rupanya kena minum ikut sukatan berat badan kita. 


Pastu pilih sukatan air yang di minum. Agak² lah berapa ML ko minum dan klik button cawan tu. Contohnya dah set 150ml, Tapi mimum lebih daripada tu. Just double klik jer. Boleh tukar setting kalau rasa diri tu sekali minum sampai 250ml.   


Yang bestnya, siap ada notification waktu minum air. Kalau tak nak notification pon boleh. Macam aku yang kekadang ingat² lupa nak minum air  nih, memang set notification. Terpulang lah uolls nak setting start dari pukul berapa sampai pukul berapa. Macam aku set dari pukul 7.00 am sampai 11.00 pm. Kalau nak tau bunyinya macam mana, sila lah download. 

Note: Bertabahlah kalau asyik ke toilet jer yer ☺


Biasalah kan. Asal weekend jer masak...makan...makan...masak jer lah kerjanya. Menternak lemak² di badan. Kebetulan leftover kelapa buat Le...

Biasalah kan. Asal weekend jer masak...makan...makan...masak jer lah kerjanya. Menternak lemak² di badan. Kebetulan leftover kelapa buat Lempeng Kelapa ada lagi. Terfikir² nak masak apa dengan balance kelapa nih, Zasssss...haritu ada tengok kuih ketayap kat FB. Terus mengidam tetiba.


Maka terhasil lah Kuih Ketayap comel lote dari dapur #makbanyakanak nih, Kuih ketayap tak cukup bahan namanya. Sebab tak der daun pandan. Kebetulan masak dalam pemanggang ajaib yang memang ajaib tu. Jadinya agak susah nak membulatkannya sebab berat *alasan. Buat pon tak banyak sebab takut tak jadi. 

Alhamdulillah....menjadi kuih ketayap aku ni. Sedap plak tu...ekekeke...Senang rupanya nak buat. Lepas ni tak payah beli² lagi sebab dah pandai buat sendiri. Nak meniaga kuih ketayap pon boleh ni. Tapi tu lah, anak² tak berapa suka sangat. Laki bini jer lah yang habiskan. 

Note: Rasa macam nak ber 'ketayap' plak esok. 




 

Pagi ni aku received WhatsApp dari group nursery. Kawan Iman Qhalif admitted ICU due to Acute Encephalitis @ Jangkitan kuman pada otaknya *...

Pagi ni aku received WhatsApp dari group nursery. Kawan Iman Qhalif admitted ICU due to Acute Encephalitis @ Jangkitan kuman pada otaknya *nangis*.


Speechless bila baca. Bergenang air mata. Teringat Iman Qhalif. Mesti dorang selalu main sama² masa kat nursery kan. Dari Whatapps awal parents rumasya ni, anaknya demam panas dari rabu last week. Jumaat warded sebab viral fever. WhatsApps terbaru pagi ni di sahkan Acute Encephalitis.

Ya! allah...Tak tergambar perasaan aku. Doa aku semoga rumasya di beri kekuatan dan semangat yang tinggi dalam melawan kesakitan dan penyakit. Dan semoga cepat sembuh seperti sediakala. Bolah main ngan kawan² lagi kat nursery. Tahun depan nak masuk playschool dah. *Nangis*

Buat parents rumasya, bertabahlah. Kalian insan terpilih untuk menerima dugaan ini, Kuatkan semangat. Sama² kita berdoa untuk kesembuhan rumasya.

Note: Sambil taip sambil nangis. Aku tak boleh kalau budak² di timpa penyakit nih. Mohin kalian doakan kesihatan Rumasya.




Memang gandingan yang mantop. 1 st time makan lempeng kelapa pak burn 2 minggu lepas kat Bandar Tasik Selatan. Sedap lah pulok wei. Selalu...

Memang gandingan yang mantop. 1st time makan lempeng kelapa pak burn 2 minggu lepas kat Bandar Tasik Selatan. Sedap lah pulok wei. Selalu makan lempeng biasa jer. Apalagi….terus godek resepi. Senang jer rupanya. Misi mencari bahan². Ada jer halangannya. Hujan lebat…ikan bilis habis. Gi kedai lagi satu pon nan hado jugak ikan bilis. Gi pasar malam lupa plak nak beli…ppffttt…

Balik hari jumaat singgah kedai lagi. Alhamdulillah…ada suma bahan². Jadinya…weekend kita buat projek lempeng kelapa bersama sambal rumis ikan bilis. Pepagi dah masak sambal tumis. Petaang tu baru buat lempeng kelapa. Ini lah hasilnya:


Lempeng Kelapa cicah Sambal Tumis Ikan Bilis lawan dengan kopi-o. Minum petang dalam cuaca hujan dan sejuk...perrgghhhh...nikmat tak terkata. Tapi Lempeng kelapa tu agak sedikit tebal. Mungkin aku nyer bancuhan tak berapa cair. Tu yang jadi macam tu. Tak per…practise make perfect kan. Next time nak buat lagi.

Meh salin resepi nih:

Bahan²

11/2 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa parut putih
1 camca the baking powder
Garam

Cara² Membuatnya

1) Bancuh tepung, baking powder, kelapa parut dan gaul rata bersama air yang di bancuh dengan garam hingga sebati.

2) Panaskan non-stick pan. Lencer dengan sedikit minyak dan  cedok bancuhan lempeng tadi ke dalam pan dan ratakan dengan senduk. Masak dengan api yang sederhana.   

3) Dah masak apalagi...bedal lah dengan sambal. kuah kari dan yang sewaktu dengan nya...hehehe... 

Pastu tengah² makan teringat plak Ubi Kayu. Sedap jugak kalau dapat ubi kayu cicah sambal ikan bilis kan. Pastu ada leftover kelapa. Bestnya kalau dapat ubi kayu cicah kelapa dan gula. Haishhhhh...makan jer kerja #makbanyakanak ni wei. Rasa macam nak cari ubi kayu plak lah ☺

Note: Leftover kelapa tu aku buat kuih. Tunggu next resepi yerp.
  


Kalau semalam tayang gambar Kek untuk Anak | Choc Moist Cake Homemade . Harini resepi dari dapur #makbanyakanak datang lagi untuk berkongs...

Kalau semalam tayang gambar Kek untuk Anak | Choc Moist Cake Homemade. Harini resepi dari dapur #makbanyakanak datang lagi untuk berkongsi resepinya pula yerp...hehehe... Siapa yang tak suka resepi yang simple dan mudah kan. Lebih² lagi resepi kek. Yang paling best, ko tak payah susah² nak keluarkan mixer dari kabinet sebab choc moist cake ni tak perlukan mixer. Pakai whisk saja. Kalau uolls terlebih rajin, boleh jer kalau nak pakai. Tak der masalah pon...hahaha...Tapi aku lebih rela pakai whisk. Sambil whisk sambil ko senaman tangan sket. Kasi ketul² muscle kluar. Tapi kena selalu buat kek lah macam ni...ekekeke...

Ok...kita mulakan. Bahan² yang diperlukan adalah:


Bahan A

1 cawan serbuk koko ( Aku pakai Van Houten)
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair (Aku pakai Fresh Milk. Pon boleh jugak)
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat

Bahan B 

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Bahan C 

1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur (suhu bilik)


Cara² membuatnya:
  1. Ayak semua Bahan B dan ketepikan seketika
  2. Masukkan semua bahan A kedalam periuk dan kacau hingga sebati dengan menggunakan api yang kecil dan sejukkan.
  3. Pecahkan telur kedalam mangkuk besar dan pukul hingga kembang. Tuang bahan A tadi bersama esen vanilla kedalam telur tadi sambil di kacau hingga sebati.
  4. Masukkan tepung yang di ayak bersama baking powder dan soda bikarbonat (Bahan B) dan kacau lagi hingga sebati selama 5 minit.
  5. Tuang adunan dalam loyang dan bakar pada suhu 190'c selama 40 minit. Tapi ikut pada oven uolls jugak lah. Agak² sudah. 
Bahan² untuk Topping (ganache)

300 gm coklat masakan *dipotong kecil (Pakai cocoe powder pon boleh. Tapi aku campur)  
1 sudu besar susu pekat 
1/2 cawan susu cair (aku pakai fresh milk)
2 sudu besar butter 

Cara²

1. Panaskan susu cair dan susu pekat dengan kaedah double boiler. 
2. Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair. Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lagi hingga cair. 
3. Curahkan ganache atas kek yang masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.
4. Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais. Nak makan panas² pon boleh. Ikut selera tekak.

Gambar ulang tayang

Ginilah hasilnya. Jenuh gak nak letak topping ni wei. Selekeh di buatnya. Tapi aku trim bagi nampak cantik sket. Nak topping kat bahagian tepi kek ni yang payah sket. Tak der skill lagi. Ni yang rasa macam nak amik kelas bakery. Abam sayang...boleh taja tak...hehehe...

Note: Dah lama tak buat cheesecake. 

Kek tak cukup hiasan Amacam...lulus tak?...ekekeke...Bulan lepas nyer citer. Masa birthday Qahirah haritu. #makbanyakanak ni terasa ...

Kek tak cukup hiasan

Amacam...lulus tak?...ekekeke...Bulan lepas nyer citer. Masa birthday Qahirah haritu. #makbanyakanak ni terasa teringin nak buat kek untuk harijadi anaknya sendiri. Gigih tak gigih lah kan. Kebetulan bahan² dah ada. Cuma nak kena beli butter jer. Balik kerja terus gi cari barang yang tak cukup nak buat kek. Pastu gi beli kek siap² untuk celebrate kat playschool dengan kawan² keesokannya. 

Cube teka mana saya ☺☺

Memalam…tunggu bakal birthday girl tido dulu, barulah si ibu menjalankan projek bakar membakar. Nak surprise katakana. Si anak dara ni plak jenis tido lambat. Sebab kat sekolah dah puas tido. Si cikgu lah citer ni. Nak tergelak aku dengar…”Kak…qahirah kalau tido lama betul. Dari pukul 12.00 pm sampai pukul 4.00 pm. Itu pon kena kejut baru bangun”. Patutlah kat umah ko hari2 tido lewat erk kakak. Pulun tido habis-habisan kat nursery rupanya. Erkkkk…dah nak tersasar plak citer aku nih. Sambungggg…

Pukul 11.00 pm aku start buat kek. Memang aku cari resipi yang simple, mudah dan cepat. Memang terbaik lah sebab tak payah pakai mixer. Jimat tenaga dan masa aku dari nak keluarkan mixer dan nak basuh. Dekat pukul 1.00 am siap suma. Tiba masa nak hias...coklat M&M tak cukup sebab dah kena bedal dek anak². Mana yang sempat di selamatkan jer lah. Janji tak nampak kosong kek tu.

Abam yang over

Birthday girl ni tak tau ibu dia dah buatkan kek khas untuk dia. Untung kamu kakak. Birthday Abam Kimi ngan adik Qhalif haritu ibu tak sempat pon buat. Beli jer. Tapi awak...siap beli kek celebrate kat skolah ngan ibu buat lagi. Tak per...next year ibu buat kek setiap kali birthday anak². Tak payah beli² dah,

Bila suma dah ada, Apalagi...kita keluarkan kek lah. SURPRISE!!! Tanjat birthday girl tengok ada kek. Suka lettew kan. Nanti birthday ibu buat macam ni jugak tau...hehehe...Ibu happy bila tengok anak happy. Rasa seronok dan puas hati dapat buat birthday kek untuk anak. 

Erkkkk...aku ingatkan nak kongsikan resipi Choc Moist kek yang simple ni. Tapi macam dah panjang plak entry ni. Kang panjang² sangat uolls bosan plak. Esok lah aku buat entry resepi yerp. Tapi memang senang ☺☺

Note: Rasa macam nak buat kek harini.


Yerp....for kids uolls. Sangat comel dan cantik. Meh tengok nih: Argghhhhh...comelnyaaaaaa. Start dari setahun sampai lapa...

Yerp....for kids uolls. Sangat comel dan cantik. Meh tengok nih:






Argghhhhh...comelnyaaaaaa. Start dari setahun sampai lapan tahun (1 - 8) Boleh buat baju raya untuk tahun depan nih. Siapa ada anak perempuan, sila jamu mata yerp. Aku dah rambang nih. Nak beli ker tak...nak beli ker tak. Sebab anak dara aku tu agak boyish sket. Pakai baju kurung pon kekadang kena puji dulu. Baru nak pakai. Boleh gittew...ppffttt...

Boleh jugak buat matching gaya ibu dan anak. Tapi baju orang beso agak mahal sket harganya. Suma cantik². Duit poket jer yang tak berapa nak cantik. Tahan nafsu jer lah dulu. Duit nanang pon tak dapat lagi nih.

Note: Parah bila semua di hujung jari ni. Kalau tak control mau habis duit.



Nak kejutkan anak pon ada adabnya juga tau. Bukan main sergah jer. Kalau sebelum ni kita belajar  TIPS| Anak Mudah Bangun Pagi . Macam...


Nak kejutkan anak pon ada adabnya juga tau. Bukan main sergah jer. Kalau sebelum ni kita belajar TIPS| Anak Mudah Bangun Pagi. Macam biasa, sharing is caring kali ni aku nak berkongsi tips atau adab² macam mana nak bangun kan anak waktu pagi. Boleh juga di aplikasikan untuk semua lapisan umur yerp. Perkongsian dari Usrati di IKIM.fm. Tapi aku tak sempat nak salin. Kebetulan ada yang kongsikan dalam group WhatsApp. Bagus sangat lah tu. Meh baca nih.

Sebelum kita nak kejutkan anak bangun dari tidur, mulakan dengan Interaksi, kucupan dan doa kerana ianya mustajab sewaktu anak bangun pagi dan ke sekolah. Mungkin ada yang rasa mengucup anak yang sedang tidur itu satu yang tiada manafaat kerana ia bersifat sehala. Mulakan dahulu dengan kucupan kasih sayang kepada anak yang sedang tidur (jangan dilupa isteri yang banyak berjasa juga). Sumber [SINI]. Ok…sambung.

Ada doa yang sangat mudah, cepat, pendek dan senang untuk di amalkan. Doa yang paling bagus ini boleh di amalkan saat kita mengejutkan anak bangun dari tidur dan juga sewaktu menghantar atau menjemput anak dari sekolah atau bila² masa sahaja. Doa nya:

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH YA ….. (Sebut nama penuh anak). Mudah sangat kan. Tapi kita selalu terlepas pandang dengan kalimah yang istimewa ini. Kenapa istimewa buat anak²? Cuba fahami maksudnya:

ASSALAM: SEJAHTERA

- Awal2 lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk anak kita pada hari tersebut. Kita mendoakan kesejahteraan buat dirinya pada waktu itu.

WARAHMATULLAH: RAHMAT ALLAH

- Kita mengharapkan Rahmat allah menjadi bekalan untuk anak² kita dalam kehidupan seharian mereka. Bukankah Rahmat allah itu yang sangat² kita harapkan?

WABARAKATUH: BERIKAN BERKAT KEPADANYA WAHAI ALLAH

- Kita mendoakan anak² kita diberi berkat oleh allah dalam setiap amalannya, perbuatannya dan apa saja yang berkaitan dengan dirinya. Kita mahukan keberkatan untuknya.

Jiwailah salam dan doa itu. Hayati setiap rangkai maksudnya. Tujukan dengan penuh kasih dan cinta buat si anak. Senyum dengan penuh kasih saying kepada  mereka ketika mengucapkannya. Semoga anak² kita sentiasa sejahtera dalam Rahmat allah dan sentiasa diberi keberkatan dalam hidup mereka oleh Allah.

Dan juga tips² lain.

1) Jangan sekali-kali sergah anak atau menengking sewaktu mengejutkan mereka. Ini boleh mematikan jiwa mereka. Kita cuma perlu rapatkan diri, body contact, seakrab mungkin dengan anak sejak kecil, biar anak rasa hangat tubuh kita, berlaku energy transfer dan mereka akan sentiasa mengenang dan respek dengan kita. Sumber [SINI]

2) Sentuh hujung ibu jari kaki anak dan goyang perlahan² sambil panggil namanya dengan lembut. Boleh juga garu sket tapak kaki anak tu. Ni mak aku pernah ajar. 

3) Kejut dan sambil tu puji² lah sket. Contohnya: ‘Anak ibu yang baik, yang bijak, yang soleh…bangun sayang’…Haaaaa…gittew lah.

4) Bila anak dah bangun tu, gosok2 lah kepala dia. Cakap dengan lemah lembut soh gi mandi dan bersiap². Puji² lah lagi sebab senang nak bangun pagi. Kita yang dah beso ni pon dah kembang setaman perumahan bila di puji, inikan pulak budak². Mestilah dorang suka kan.

Selamat mencuba semua. Jangan di herdik kalau anak tu tak bangun yerp. Lakukan dengan penuh kesabaran. Peringatan buat diri sendiri juga nih. 

Note: Macam aku, kalau abahnya kejut memang cergas jer bangun. Cer ibunya kejut. Banyak kali kejut baru nak bangun.


Budak bandar kata kan. Bila jumpa sesuatu yang baru tu, rasa macam jakun plak. 1st  time tengok pokok semalu. Erkkk...pokok ker daun?  ...

Budak bandar kata kan. Bila jumpa sesuatu yang baru tu, rasa macam jakun plak. 1st  time tengok pokok semalu. Erkkk...pokok ker daun? 

Budak 2 pusar ☺

Ni masa gi taman kat umah tu. Riadah di petang hari. Tunjukkan kan anak² pokok semalu ni. Berebut memasing nak pegang. Mulalah tanya soalan macam². Soalan cepuk cemas. ..'Ibu, macam mana pokok ni boleh gerak?'...'ibu, kenapa nama dia semalu?'...'ibu, kenapa pokok  ni kecik'...ppffttttt...

Note: Mencuri sedikit masa. Banyak komen yang belum di luluskan lagi, Nanti iols terjah sesatu yerp. 



Abaikan lah tulisan anak bujang tu yerp Straight to the point. Memang aku tak fasih sangat Bahasa Arab. Setakat yang simple² tu boleh...

Abaikan lah tulisan anak bujang tu yerp

Straight to the point. Memang aku tak fasih sangat Bahasa Arab. Setakat yang simple² tu boleh lah faham lagi. Kalau dah masuk suku kata memang aku tak pandai. Yang jadi masalahnya, bila Iman Hakimi ada kerja sekolah Bahasa Arab. Dapat plak si ibu yang tak pandai Bahasa Arab, Acaner nak ajar anak kan. Sian kat anak. 

Jadinya...kita minta tolong Google Translate jer lah. Bermain² dengan ejaan bahasa arab yang di taip dalam Bahasa Melayu. Salah eja nanti lain plak maksudnya. Sambil tu aku take note jugak untuk rujukan. Nak kena cari kamus Bahasa Arab nampak nya nih. 

Tapi kan, kalau dapat belajar Bahasa Arab pon bagus kan. Bak kata lagu yang hari² dengar kat Ikim.fm nih: "Mari Pelajari Bahasa Arab. Bahasa indah Bahasa Al-Quran. Mari pelajari Bahasa ini, Bahasa yang suci dan Murni"...haaaaa...curlass ko kan. Siap hafal tu...hehehe...Bagus rancangan nih. 

Note: Subject lain tak der masalah. Subject BA ni jer lah. Tapi bila ajar anak buat kerja sekolah ko faham² lah kan. Memang aku tak layak jadi cikgu.



Jom join segmen HH si pakar SEO nih.


Jom join segmen HH si pakar SEO nih.

SURPRISE!!!!!! Before Tanjat gegirl bila bukak blog tau. Tetiba dah bertukar colour dan background. Hari jumaat tu masih des...

SURPRISE!!!!!!


Before

Tanjat gegirl bila bukak blog tau. Tetiba dah bertukar colour dan background. Hari jumaat tu masih design lama. I like sangat² dengan cat baru dan design baru ni dan yang penting...header tu...hehehe...Barulah nampak kemas tersusun, simple dan ceria. 

Siapa yang design? Siapa lagi kalau bukan dari hasil tangan Azhafizah.Com. Service memang cepat. Tak lama pon menunggu. Tau² dah bertukar jer. Senang sangat nak berurusan dengan fiza ni. Bila FIZA berurusan dengan FIZA juga kan...hehehe...Sorry lah Fiza kalau ahkak ni cerewet dan banyak songeh. Tapi akak sangat² berpuas hati dengan hasil kerja kamu ni. Million Likes ☺

Kalau uols berminat nak tukar cat rumah atau pon nak tukar header blog dan yang sewaktu dengannya, boleh terjah blog Fiza @ Azhafizah.Com yerp.

Note: Semangat tengok blog dah cantik...ekekeke...



Rasanya ramai parents yang menghadapi masalah yang sama di mana anak susah dan agak liat bangun pagi. Termasuk lah #makbanyakanak nih. Keju...

Rasanya ramai parents yang menghadapi masalah yang sama di mana anak susah dan agak liat bangun pagi. Termasuk lah #makbanyakanak nih. Kejut sekali…tak bangun. Kejut kali kedua…menggeliat pastu tido balik. Kejut kali ketiga dengan suara petir, baru kelam kabut nak bangun. Tapi nak kejut anak pon ada adabnya juga tau. Nanti aku kongsikan. 

Semalam aku dengar siaran ulangan motivasi pagi di IKIM fm. Tak perasan plak apa tajuknya. Tapi dalam motivasinya tu ada di kongsikan cara mudah untuk kejutkan anak bangun setiap pagi. Caranya…SEBELUM ANAK2 TIDUR ATAU DALAM MINDA SEPARA SEDAR TU, PASANGKAN ALUNAN AYAT2 AL-QURAN SAMPAI HABIS. INSHA’ALLAH AKAN MUDAH ANAK BANGUN PAGI. 

Di kongsikan juga cerita mengenai sebuah sekolah asrama yang menghadapi masalah disiplin murid2. Menggunakan teknik yang sama. Mainkan alunan ayat2 al-quran sebelum tidur dan juga masa2 terluang. Alhamdulillah…dalam tempoh 6 bulan masalah disiplin murid2 menurun. Kita sendiri sedia maklum dengan kelebihan al-quran. Antaranya mendengar bacaan Al-Quran membuatkan hati yang gelisah menjadi tenang dan juga boleh melembutkan hati yang keras. Bukan membaca Al-Quran saja menjadi ibadah dan amal yag mendapat pahala dan RAHMAT ALLAH, tetapi mendengarkan bacaan Al-Quran pun begitu juga. Tentang pahala orang mendengarkan bacaan Al-Quran dengan jelas dalam Surah Al-A'raaf (QS. Al-A`râf [7]: 204) yang bermaksud "Dan apabila dibacakan Al-Quran, maka dengarkanlah (baik-baik) dan perhatikan lah tenang, agar kamu mendapat rahmat" [Sumber: SINI

Ini lah salah satu cara untuk mudah kejut anak bangun pagi. Tapi kalau orang dewasa yang susah nak bangun pagi plak macam mana? Senang jer, ko baca jer talkin kat telinga tu. Confirmed bangun…hahaha…

Note: Hari ni pembentangan budget. Adakah gaji MP di naikkan? Tak sabar plak nak dengar. 


Siapa dengar HotFm pagi nih? Topik pasal hari Pos sedunia. Pastu ada sorang caller call. Katanya dulu dia malu dengan pekerjaan ayah dia se...

Siapa dengar HotFm pagi nih? Topik pasal hari Pos sedunia. Pastu ada sorang caller call. Katanya dulu dia malu dengan pekerjaan ayah dia sebagai seorang posman. Ok...aku dah start touching. Gi skolah bapak hantar naik motor posmen siap karung kiri kanan tu. Dia rasa malu dengan kawan² sebab kena ejek. Sampai siap cakap ngan ayah dia jangan amik dia kat skolah *citer dengan nada sebak. Aku dah start bergenang mata nih. Sambung lagi...ayah dia tak cakap apa pon bila dia suarakan jangan amik dia kat skolah...diam jer. Bila dah besar ni, baru dia tau betapa susahnya pengorbanan seorang ayah yang bekerja siang malam untuk anak. Rasa menyesal sebab cakap macam tu kat ayah dia dulu. Gittew lah lebih kurang kisahnya.

Pastu DJ start pasang lagu AYAH dan IBU dari Sudirman. Terus berjurai² airmata aku. Teringat kat arwah ayah. Uolls pernah malu ker dengan pekerjaan ayah uolls dulu? Tipu lah kalau aku cakap aku tak pernah ada perasaan tu. Biasalah...budak sekolah tengah nak naik kan. Tak matang lagi. Ayah aku dulu pesara. Dah pencen lah senang citer. Bosan dok rumah kot. Tak pon sebab nak cari rezeki lebih untuk keluarga. Buat kerja tambahan. Jadi pengawal keselamatan. *nangis*

Arwah ayah plak jenis tak pandai bawak motor apatah lagi memandu. Pergi lah kerja naik bas mini. Naik tangga turun tangga bas arwah ayah aku tu. Pastu dari stesen bas, jalan kaki plak gi tempat kerja. Dengan bawak bag and bekal lagi. Gi kerja petang, esok pagi baru baik. Ya! allah...bila di ingat² balik...sedihnya. Aku menyesal...sebab pernah ada perasaan jahat tu dulu. Pada hal dengan duit tu lah aku hidup skang nih. Tapi itu dulu...jaman budak hingusan. bila dah meningkat dewasa, hilang dah perasaan tu.

Ok...aku nak stop dulu. Lagi aku tulis lagi bertambah kesesedihan hati ini.. Cuma aku nak pesan, apa pon pekerjaan parents kita, jangan lah ada rasa malu. Dengan duit tu lah kita dapat bersekolah. Dengan duit tu lah kita dapat belajar sampai Universiti. Hargailah setiap titik peluh mereka. 

Note: Al-fatihah untuk arwah ayah. Ayah...orang rindu kat ayah sangat² :-(





Apa kenangan indah zaman uolls menjadi budak²? Mustahil tak der kan. Tapi yang pasti, kenangan zaman budak² kita dulu tak sama demgan zaman...

Apa kenangan indah zaman uolls menjadi budak²? Mustahil tak der kan. Tapi yang pasti, kenangan zaman budak² kita dulu tak sama demgan zaman budak² sekarang kan. Cuba baca senarai kenangan zaman budak² yang aku nak kongsikan. Memang aku garenti korang akan tersenyum² dan mungkin akan tergelak² *macam aku sebab sambil baca sambil teringat kenangan yang kita pernah buat dulu.

1. Buka kipas. Bercakap dan menyanyi depan kipas sebab nak dengar suara bertukar. Atau berlumba dengan adik siapa yang paling lama bertahan menjerit depan kipas. Alaaaaa...macam iklan MAXIS tu...hahaha...

2. Naik kereta, tengok bulan pastu ingat bulan ikut kita.

3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle'. Rasa hebat.

4. Masa sekolah ada orang bagi MILO free. Lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain beratur sebab nak amik lagi. Tapi yang ni aku tak buat ☺

5. Lukis butrung guna huruf 'm'

6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.

7. Tutup peti ais dengan perlahan sebab nak tengok bila lampu dia mati...ekekeke...memang aku selalu buat. Tapi bila anak buat aku marah. Dah tau lah ikut sapa kan...erkkk.,,hahaha...

8. Main belon sabun  dalam bilik air time tengah mandi. Yang ni sampai skang pon buat...wakakaka...

9. Makan chewing gum. Lepas tu jilat sampul dia seba nak tepek tatoo kat tangan. Hahahaha...betul tu. Skang dah tak der chewing gum macam tu.

10. Gigit kulit nugget dulu, kemudian baru makan isi sebab tak nak cepat habis.

11. Koyak tengah² buku latihan sebab nak buat kapal terbang, sampai dan juga origami. Sampai nipis buku ko kerjakan...hehehe...

12. Kawan terpijak kasut skolah, lepas tu pijak kasut dia balik.

13. Guna buku matematik buat main SOS.

14. Beli sharpener yang ada cermin sebab nak betulkan tudung, main pantul cahaya . Lepas tu tak bagi kawan tiup sebab takut sharpener tumpul. 

15. Tuang air panas dalam piring sebab nak bagi air cepat sejuk. Pastu minum dalam piring. Ni zaman aku gi sekolah pepagi. Mak mesti sejukkan air dalam piring ☺

16. Tak bagi kawan korek pensel di kedua² hujung. Nanti mak mati.

17. Bila blackout, pakai lilin buat pelbagai aksi dengan bayang².

18. Susun snek bentuk cincin (super ring) pada setiap jari. Kemudian makan satu persatu.

19. Tengok tanda kat tapak tangan. Kalau berbentuk K bermaksud nanti jadi orang kaya. Kalau berbentuk M nanti jadi orang miskin...ppffttt...

20. Ingat kalau tertelan biji, nanti tumbuh pokon dalam perut.

21. Mesti uolls tengah senyum sesorang bila baca semua kenangan di atas ni kan...hehehe...

Antara permainan wajib zaman budak² (Google pic)

Rindu rasanya nak kembali ke zaman budak². Rindu nak main permainan² waktu kita membesar dulu. Banyak kenangan dan juga banyak aktiviti. Siap kena kejar ngan arwah ayah sebab main sampai tak ingat nak balik rumah. Kelam kabut lari pastu nyorok bawah katil takut kena rotan. Sian gak kat bebudak skang. Asyik dengan gadget. 

Note: Dulu siap kutip tin ngan kekawan. Sambil balik sekolah agama sambil mata melilau cari tin. Pastu jual. Bebudak skang malu kot nak kutip tin. 


Pagi tadi dapat WhatsApp dari group office ni. One of our colleague sedang berada di Tanah Suci Mekah. Sebelum beliau melakukan wukuf di Ar...

Pagi tadi dapat WhatsApp dari group office ni. One of our colleague sedang berada di Tanah Suci Mekah. Sebelum beliau melakukan wukuf di Arafah, beliau sempat mengirimkan 2 keping gambar:

Pandangan dari tingkat 2 Masjidil Haram

Luar Masjidil Haram. Dari suaru hotel

Ya! allah...tetiba rasa sebak tengok gambar ni. Beruntungnya mereka yang berpeluang menjadi tetamu Allah. Aku??? Berpeluang ker? Sempat ker aku menjejakkan kaki di SANA nanti? Semoga impian KITA ni menjadi kenyataan. 

Buat Kak Dina dan buat jemaah² haji, semoga dapat menunaikan rukun islam yang ke 5 ini dengan sempurna dan semoga mendapat haji yang mabrur, insya'allah. Dan smoga di permudahkan semua urusan dan perjalanan.


Selamat menunaikan ibadah korban buat semua umat muslimin dan muslimat diluar sana. Bagi yang pulang ke kampung...berhati² di jalan raya. Ramai yang dah start balik kampung malam ni kot. Rancang perjalanan anda supaya tak tersangkut dalam kesesakan lalulintas. Jaga kelajuan kenderaan. Ingat...CAMERA AES ada di mana². Jaga², ada yang memerhati...ekekeke..

Note: Puan punya blog pon cuti sampai selasa. Al maklumlah....nursery tutup. Nak tak nak, terpaksalah amik cuti.



Ha'ah...dah tak champion penyakit Kencing Manis ni sebab dah turun pangkat. Nak tau penyakit apa yang champion skang ni? Meh kita tengo...

Ha'ah...dah tak champion penyakit Kencing Manis ni sebab dah turun pangkat. Nak tau penyakit apa yang champion skang ni? Meh kita tengok:


Hahahaha...Betul lah tu kan. Ada jer idea dorang ni kan. Tapi beli nasi lemak. Kakak tu pon mengadu pasal suma barang dah naik 20 sen. Gittew lah kesannya. Impact yang sangat besar bila harga minyak start naik. 

Semalam aku gi isi minyak. Tapi isi RM20 jelah. Tak cukup duit *naksebutjugaktu. Kalau sebelum ni minyak dapat 9.524. Tapi bila dah naik ni dapat 8.70 liter jer wei. Banyak jugak tu bagi rakyat marhaen macam aku ni. Gi minum smalam. Order air MILO. RM2.70 skang. Lepas ni gi kedai bawak bekal air siap² jer lah yerp.

Bertabahlah buat semua rakyat Malaysia yerp. Bersyukurlah...Malaysia masih aman *ayat cliche. Tragedi Oktober sungguh ni. Kebetulan plak nak dekat Hari Raya Korban. Memang 'Terkorban' rakyat di buatnya sebab rakyat terpaksa 'Berkorban' dengan kenaikan harga minyak nih. Memang aku minta BR1M lah tahun depan.

Note: Aku rasa syarikat pon kena tengok balik gaji pekerja. Dengan kos sara hidup yang makin tinggi ni. Tapi gaji? Naik tak seberapa. Yang tak dapat kenaikan lagi lah kesian. 



Macam ni: Alhamdulillah. Rezeki datang lagi. Dapat 3 BE baru serentak semalam. Bila tunggu, tak der. Bila tak mengharap, berderet² p...

Macam ni:


Alhamdulillah. Rezeki datang lagi. Dapat 3 BE baru serentak semalam. Bila tunggu, tak der. Bila tak mengharap, berderet² pulak yang masuk. Tips nya senang jer

1. Jangan update blog dalam tempoh masa yang lama. Memang banyak BE yang masuk. Sebab ramai yang pernah kena macam ni termasuk lah aku. Update hari², nan hado BE nya. Bila bersawang. Errrrkkkk...muncul plak ko yer BE. Tapi jangan lah buat macam ni....hahaha...

2. Rajin² lah update survey tu yerp. Tapi bergantung juga. Kekadang update survey hari² pon tak nampak batang hidung BE *nampak sangar desperate nak BE sampai hari² update...wakakaka...aku lettew.

3. Cash out jer lah BE bila dah sampai tempoh matang. Tapi aku orang yang gigih mengumpul duit tabung bertahun. Ni yang aku perasan. Tapi tak cash out dapat jugak BE kan...hehehe...Sebenarnya aku dah cash out. Tu yang bertingkek² BE masuk.

Inilah punca rezeki side income aku...blogging. Itu pon bergantung pada rezeki. Kalau banyak...alhamdulillah. Kalau sikit pon, dah kira bersyukur jugak. Teringin nak buat job review. Tapi tu lah, belum ada rezeki lagi kot. 

Note: Tak sabar nak tunggu cek ☺




Saya sudah. Anda bila lagi...hehe.. Tak tau lah uolls dah tau pasal benda ni atau aku yang ketinggalan jaman. Pada yang tak tau atau ...

Saya sudah. Anda bila lagi...hehe..

Tak tau lah uolls dah tau pasal benda ni atau aku yang ketinggalan jaman. Pada yang tak tau atau tak perasan pasal kempen nih, Meh…aku nak bagi kecoh sket. Masih belum terlambat lagi untuk submit surat untuk anak2. Kempen ni dah start dari 2nd september 2014 dan akan berakhir pada 12th Oktober 2014. Apa yang di maksudkan dengan Letters Fot The Future? Meh baca nih:


Haaaaa....menarik kan. Capsul nya plak macam nih:


Cute kan. Cepat...sempat lagi ni. Best wei karang surat untuk anak². Bila cukup tempoh matang baru boleh baca. Gigih aku mengarang surat untuk anak² smalam. Sambil taip sambil touching dengan hasil karangan sendiri....hahaha...biasalah kan. Hati tisu semenjak bergelar ibu nih.

Kalau nak join, klik [SINI]. Kalau nak tau lebih lanjut pasal kempen ni, Bleh terjah FB AIA Bhd. Malaysia. Kalau tak der idea nak karang surat macam mana. Terjah jer [SINI] untuk tengok contoh² surat yang banyak. Pastu...kalau jumpa surat aku, sila jangan gelak yerp...hehehe...Sekian laporan sharing is caring dari Fiza Rahman.

Note: Kesian kat budak yang di iktiraf nama terpanjang kat malaysia tu, Tak ker menyusahkan anak bila dah besar nanti. MakPak tak fikir ker? Macam selfish plak aku rasa bagi nama anak panjang². Kesudahannya bukan nama panjang yang di panggilnya. Nama pendek gak kan. 





Klik banner kalau nak join ☺ Jawapan aku senang jer. Kalau nak menambah ilmu, kena lah banyak membaca, banyak belajar dan banyak car...

Klik banner kalau nak join ☺

Jawapan aku senang jer. Kalau nak menambah ilmu, kena lah banyak membaca, banyak belajar dan banyak cari info. Ilmu tak datang kalau tak di cari. Dan ilmu takkan datang kalau tak di gali sumbernya. Bukan pasal parenting jer kita kena banyak belajar. Tapi pasal banyak perkara di sekeliling kita. Even nak gi interview sekali pon kita kena cari info pasal tempat kita nak bekerja tu kan. Inikan pulak pasal parenting. Ok…panjang plak mukadimah aku.

Bagi aku, setiap pasangan yang berkahwin inginkan cahayamata sebagai pelengkap rumahtangga. Siapa yang tak nak anak kan. Nak jadi ibu bapa pon bukan satu perkara yang mudah. Lebih² lagi dalam zaman moden yang serba serbi canggih dan banyak cabarannya. Kalau kita sebagai ibu bapa tak der ilmu, macam mana nak didik anal² kan. Sebab tu lah ilmu keibubapaan ni sangat penting bagi semua ibu² dan bapa² diluar sana. Saat lahirnya seorang anak, maka tanggungjawab kita sebagai ibu bapa sudah bermula.

Sebab tu perlu adanya ilmu dan kena banyak membaca. Membaca itu sesungguhnya satu perintah, satu ibadat. Maka, bacalah kerana dengan itu akan terbuka pintu ketenangan dan kejayaan. Pesanku, bacalah dengan hati yang merendah diri kerana aliran ilmu itu umpama air yang mengalir, hanya bertakung de tempat yang rendah. Tadahlah ilmu itu dengan hati yang tawaduk kerana merasai diri tidak berilmu adalah rasa setiap orang yang berilmuUstaz Pahrol Mohd Juoi.

Aku sendiri masih dalam proses belajar dan mengumpul ilmu even dah 7 tahun bergelar seorang ibu…cewahhh ayat haku. Belajar nak mengawal perasaan marah. Belajar nak menjadi seorang ibu yang penyabar. Belajar macam mana nak tawan hati anak2 dan macam² lagi lah yang berkaitan anak². #makbanyakanak *macambanyaksangat katakana. Lebih² lagi anak² yang dalam fasa nak naik. Memang sangat mencabar mental, fizikal dan emosi. Dan kadang² buat aku tak sabar juga dengan karenah anak². Cabaran bila dah bergelar IBU/AYAH kan. Mana² aura negative macam cepat marah tu aku cuba nak kurangkan. Kalau hilang terus lagi bagus kan…hehehe…SEMUA ORANG MAMPU BERUBAH ASALKAN MAHU BERUSAHA kan. Macam tu juga aku.

Sebagai ibu bapa, kita semestinya nak jadi yang terbaik buat anak². Nak jadi ibu bapa yang sempurna buat anak² juga kan. Tapi tiada ibu bapa yang sempurna *ayat cliche..haha. Sebab tu pentingnya ilmu. Aku suka baca blog² atau website² yang banyak bagi tips pasal keibubapaan nih. Sebab banyak info dan ilmu yang aku dapat. Antaranya:


Sebenarnya banyak lagi. Tapi kembar Izzue Islam ni…erk….ekekeke…Melastikbintang.com ni nak 3 jer. Ok lah…ini lah pendapat aku kenapa perlu baca blog parenting. Dan pesanan buat ibu²/bapa² di luar sana dan juga buat diri sendiri: 

MENJADI IBU BAPA YANG MENYERONOKKAN, TIDAK BERMAKNA KITA PERLU MENJELMA MENJADI SEPERTI MALAIKAT. LAKUKAN PERUBAHAN, (SEKIRANYA MEMANG PERLU BERUBAH) MENGIKUT KEMAMPUAN KITA. MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK BERUBAH KAN 

Note: Kejap jer dah masuk bulan October.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...